Dusun Bonda | Destinasi Glamping Popular Di Batang Kali

Masih ingat lagi tak suasana kampung? Pasti anda rindu dengan suasana balik kampung. Apatah lagi semenjak 3 tahun lepas, kita semua jarang dapat pulang ke kampung atau kemana-mana kerana pandemik yang melanda.

Dusun Bonda Batangkali - Gambar kolam renang
Sumber: syahirulhilmi

Jika anda Inginkan sebuah percutian dan penginapan yang terasa seperti balik kampung, datanglah ke Dusun Bonda di Batangkali.

Lokasi

Pusat penginapan Dusun Bonda ini terletak di Ulu Tamu, Batangkali, Selangor. Ia merupakan sebuah pusat penginapan yang menyediakan penginapan jenis villa dan kemah bell tent ala glamping. Ia juga merupakan titik tengah di antara Selangor dan Genting Highlands. Malah, hanya perlu 20-30 minit sahaja untuk sampai ke Genting Highlands.

Dusun Bonda Batangkali - Papan tanda dusun bonda
Sumber: areziefadzil

Pusat penginapan berkeluasan 2.1 ekar ini menawarkan penginapan, aktiviti dan fasiliti yang serba lengkap. Namun, kerana lokasinya yang agak terpencil, rangkaian telefon dan WiFi tidak kuat di sini. Tetapi, ini membuatkan Dusun Bonda ini tempat paling sesuai untuk percutian yang aman dan tenang, tanpa gangguan.

Dusun Bonda Batangkali - Buayan yang desidiakan
Sumber: lylee_nabiela

Penginapan

Dusun Bonda menyediakan beberapa pilihan penginapan untuk keselesaan anda sekeluarga.

Dusun Bonda Batangkali - Gambar kemah pada waktu pagi
Sumber: syahirulhilmi

Pusat penginapan yang berkeluasan 2.1 ekar ini mengandungi:

  • 2 studio Villa
  • Villa 3 bilik tidur
  • 4 unit Kemah Bell Tent 5 meter Glam
  • 4 unit Kemah Bell Tent 4 meter Glam
Dusun Bonda Batangkali - Gambar kemah glamping single
Sumber: azruljantan

Secara keseluruhannya, Dusun Bonda boleh menempatkan sehingga 50 orang dewasa dalam satu waktu.

Dusun Bonda Batangkali - Gambar kemah glamping yang luas dan selesa untuk keluarga besar
Sumber: Dusun Bonda

Anda boleh memilih jenis penginapan yang anda Inginkan mengikut saiz keluarga dan kesesuaian bajet anda. Secara amnya, setiap penginapan boleh memuatkan sehingga 5 atau 6 orang dewasa. Selesa dan luas.

Dusun Bonda Batangkali - Rumah batu untuk tetamu
Sumber: Dusun Bonda

Villa di sini dihias dengan rekaan ala contemporary dan industrial. Tampak eksklusif dan modern, walaupun dalam kawasan hutan dan dusun buah. Bell tent yang mereka sediakan juga cukup selesa. Memang nampak mewah dan 1st class.

 
Dusun Bonda Batangkali - Gambar kemah kecil
Sumber: syahirulhilmi

Fasiliti & Kemudahan

Di Dusun Bonda ini, anda akan menikmati kemudahan dan fasiliti yang cukup lengkap. Mereka mendahulukan keselesaan dan kemudahan setiap tetamu yang menginap di sini.

Dusun Bonda Batangkali - Kemudahan yang desidiakan
Sumber: azruljantan

Mereka juga mengutamakan kemudahan yang bersifat mesra kanak-kanak kerana mereka ingin setiap ahli keluarga berasa seronok di sini. Jom kita lihat apa yang mereka sediakan.

Kolam renang

Di sini terdapat 2 kolam renang. 1 untuk orang dewasa dan 1 lagi untuk kanak-kanak. Kolam renang kanak-kanak juga lengkap dengan gelongsor air tau. Kolam renang mereka dibuka setiap hari dari pukul 8am hingga 7pm. Ianya ditutup dari jam 12.30pm-2pm untuk pengendalian kebersihan dan penyelenggaraan. 

Sungai Ulu Tamu

Walaupun ini bukanlah fasiliti yang mereka sediakan sendiri, Sungai yang mengalir secara semulajadi ini telah pun dilengkapi dengan beberapa fasiliti tambahan seperti buaian untuk menambah keseronokan anda sekeluarga.

Taman Permainan

Taman Permainan kanak-kanak ini tentunya akan membuatkan percutian anda dan anak-anak lebih bermakna. Menambah lagi aktiviti fizikal buat si kecil supaya tidak hanya tertumpu kepada gajet dan elektronik.

Dusun Bonda Batangkali - Taman permainan
Sumber: Dusun Bonda

Riverside Tamu Hall

Dewan berkumpul ini bukanlah tertutup dan lebih berkonsep open space tetapi cukup selesa dan sesuai untuk anda merancang apa-apa sambutan dan majlis private. Lengkap dengan kerusi meja, kipas dan lampu.

Rooftop Dining

Mereka turut menyediakan sebuah tempat makan khas untuk majlis yang lebih intim dan private.

Surau

Sebuah kontainer yang sudah diubah suai untuk menjadi sebuah surau turut disediakan untuk keselesaan para tetamu, terutama sekali yang berkemah.

Peralatan BBQ & Dapur

Tentunya apabila kita camping atau berkemah, mestilah nak ber-BBQ kan. Semua persiapan dan masakan boleh disediakan di dapur di sini. Peralatan BBQ juga turut disediakan.

Aktiviti

Dusun Bonda Batangkali - Gambar sungai untuk kegunaan pelanggan
Sumber: hhana.hharris

Apabila anda bercuti, tentu anda inginkan sebuah tempat yang mempunyai pilihan aktiviti yang banyak, terutama sekali jika tempat ini agak terpencil dan tidak mempunyai kemudahan rangkaian telefon dan WiFi. Ini antara aktiviti yang ditawarkan di Dusun Bonda:

  • Mandi kolam & Mandi sungai
  • River tubing – Naiki boya dan ikut saja aliran sungai Ulu Tamu
  • Bonfire – Jika cuaca mengizinkan, anda boleh nikmati unggun api bersama keluarga
  • Jungle Trekking – Buat pengetahuan anda, sebarang aktiviti tidak dibenarkan dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Tamu ini. Namun, pihak Dusun Bonda bersedia untuk menyediakan aktiviti ini di kawasan berdekatan. Aktiviti ini adalah berpandu dan anda perlu membayar terus ke juru pandu. Harga untuk aktiviti ini adalah seperti berikut:
1-20 paxRM80 /seorang
Tambahan/lebih dari 20paxRM5 /seorang

Terdapat juga beberapa aktiviti berdekatan Dusun Bonda seperti:

  • Hot Spring (Kolam Air Panas) – Cholo-cholo Hot Spring merupakan kolam air panas yang terletak hanya 3 minit dari Dusun Bonda.
  • Genting Highlands – Kalau terasa nak membeli belah atau makan di Restoran, boleh ke Genting Premium Outlets yang hanya mengambil masa 30 minit.

Itu dia serba sedikit tentang Dusun Bonda yang boleh kami kongsikan. Memang menarik dan unik, kan? Pastikan anda ikuti laman media sosial mereka untuk sentiasa dapatkan maklumat terkini dari mereka. Bolehlah anda rancang percutian anda nanti. Selamat Bercuti!

Alamat: Lot 2121 (2996) Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 44300 Batang Kali, Selangor

Baca: 18 Tempat Glamping Menarik Di Malaysia

3.3/5 - (3 votes)