Kuala Terengganu memang ada banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Namun, Ada sebuah pulau di sini yang harus diterokai, Pulau Duyong.
Di Pulau Duyong ini, anda perlu menginap di Duyong Marina & Resort yang akan memberikan anda sebuah percutian yang serba mewah.
Lokasi
Duyong Marina & Resort ini terletak di Pulau Duyong Besar dan merupakan resort berkonsep chalet. Resort ini dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Terengganu dan sudah lama beroperasi sejak tahun 1998.
Baca: 30 Hotel Murah Di Kuala Terengganu Yang Selesa Untuk Bajet Traveller
Untuk sampai ke Pulau Duyong, anda boleh menaiki bot dari jeti berdekatan Pasar Payang atau Central Market. Selain itu, anda juga boleh memandu ke pulau ini melalui Jambatan Sultan Mahmud.
Hanya 15 minit sahaja dari Kuala Terengganu tau. Pulau Duyong juga merupakan lokasi untuk Monsoon Cup yang dijalankan setiap hujung tahun. Duyong Marina & Resort ini mempunyai suasana yang cukup istimewa kerana menggabungkan kesederhanaan dan kemewahan.
Vibe dan look hotel ini cukup mewah, namun kemesraan staff di sini dan harga yang ditawarkan menyuntikkan kesederhanaan.
Penginapan
Terdapat beberapa pilihan bilik penginapan di sini yang ditawarkan. Anda boleh memilih jenis bilik mengikut kesesuaian bajet dan keselesaan keluarga anda.
-
Deluxe Room
Anda boleh memilih antara katil King atau katil Twin. Bilik ini cukup luas dan dilengkapi dengan set sofa yang selesa.
-
Executive Deluxe Room
Bilik ini sebenarnya lebih kecil dari bilik Deluxe Room tetapi ia jenis bilik yang mempunyai kemudahan adjoining dengan Royal Suite. Jadi jika keluarga anda besar dan memilih Royal Suite, boleh membuat penambahan bilik dengan menempah Executive Deluxe Room. Selain itu, jika anda berkunjung bersendirian atau atas sebab kerja atau bisnes, boleh dapatkan bilik ini juga.
-
Duplex Room
Bilik jenis duplex ini merupakan jenis bilik 2 tingkat. Tingkat bawah merupakan ruang tamu, ruang makan dan dapur. Manakala di bahagian atas merupakan tempat tidur. Dengan ruang tamu yang selesa, meja makan yang memuatkan sehingga 6 orang dan dapur modern yang lengkap, anda akan berasa seperti rumah kedua.
-
Royal Suite
Dengan keluasan 195m², Royal Suite lengkap dengan bilik tidur yang diasingkan, ruang tamu yang selesa, ruang makan yang private dan memuatkan sehingga 8 orang tetamu, bilik mandi yang lengkap dengan jacuzzi dan macam-macam lagi. Dikira sebagai kemewahan ultimate di sini.
Setiap bilik dihias dengan gaya tradisional dan lebih menerapkan elemen kayu dan rotan dalam rekaannya. Namun, penampilan tradisional ini tidak menahan mereka dari membawakan kemudahan dan kelengkapan yang serba modern untuk keselesaan anda. Setiap bilik dilengkapi dengan TV, peti sejuk, tuala mandi dan toiletries dari in-house spa mereka iaitu Sembunyi Spa.
Buat bilik yang lebih mewah iaitu Duplex dan Royal Suite, anda juga diberi kain batik untuk wanita dan sarong untuk lelaki. Anda juga akan dimanjakan dengan servis turn-down iaitu sejenis servis yang menyediakan bilik tidur anda untuk digunakan. Servis ini termasuk melipat sedikit selimut katil, menghias katil dan menyediakan lampu malap untuk memberi suasana romantis dan private.
Fasiliti
Resort mewah seperti Duyong Marina & Resort ini tentunya akan menitik beratkan soal kemudahan untuk ditawarkan kepada tetamu. Anda pastinya akan dimanjakan dengan pelbagai pilihan dan kemudahan.
Kolam Renang
Walaupun suasana di sekitar Duyong Marina & Resort ini serba tradisional dan rustic, kolam renang mereka direka sangat modern. Dengan dek bersih dan simple, anda tentu selesa beriadah dan bersantai di kerusi-kerusi di sekeliling kolam renang ini.
Dilengkapi juga dengan kolam renang kanak-kanak. Dengan view yang indah menghadap sungai, relakslah di sini dan nikmati ketenangan walau sejenak.
Restoran
Di Duyong Marina & Resort, terdapat 2 restoran yang boleh anda pilih iaitu antara Verandah Restaurant atau Bytes Cafe.
Verandah Restaurant menawarkan pelbagai makanan tempatan dan makanan western. Bytes Cafe pula merupakan tempat buffet sarapan pagi dan a-la carte untuk waktu Tengahari dan malam dan menawarkan tempat duduk bersebelahan marina.
Marina
Jika anda seorang pelayar atau sedang mengembara menggunakan bot, anda boleh meletakkan bot anda di Marina di sini.
Malah, ramai pengembara bot dari serata dunia berlabuh di sini apabila melalui Laut China Selatan.
Kolek Payang Ride
And juga boleh menikmati pengalaman menaiki Kolek Payang. Kolek Payang merupakan sejenis perahu tradisional yang memang berasal dari bahagian Pantai Timur negara dan lebih banyak digunakan di Terengganu dan Kelantan. Kalau nak try, boleh cuba di Pulau Duyong ini.
Gymnasium
Mereka pastikan semua tetamu juga dapat mengekalkan kesihatan dan rutin senaman kebiasaan mereka apabila menginap di sini. Gimnasium yang bersih, selamat dan lengkap dengan alatan tersedia untuk anda.
Dewan, Venue & Perancangan Majlis
Buat yang ingin mengadakan majlis, sambutan atau seminar, Duyong Marina & Resort turut menyediakan dewan yang lengkap dengan alatan-alatan dan persedian yang diperlukan. Inginkan venue yang lebih menarik dan outdoor?
Mereka juga mempunyai beberapa pilihan venue outdoor lain seperti Marina Garden yang merupakan taman dengan pemandangan marina untuk Majlis perkahwinan yang bukan sahaja unik, tetapi lain dari yang lain. Satu lagi venue outdoor di sini ialah GM Terrace yang memandang ke arah Jambatan Ikonik Terengganu. Jika anda ingin merancang aktiviti yang lebih fizikal dan aktif, boleh cuba dapatkan perkhidmatan telematch mereka.
Sembunyi Spa
Manjakan diri anda sepanjang bercuti di sini dengan rawatan spa dan urutan khas dari Sembunyi Spa. Anda dan pasangan akan berpeluang untuk mendapatkan urutan, rawatan facial, mandian bunga dan bermacam lagi.
Dengan semua tarikan ini, tentunya melancong atau melawat ke Pulau Duyong ini menjadi semakin menarik, bukan? Marilah alami sendiri pengalaman bercuti yang serba mewah dengan harga yang cukup berpatutan.
Social Media: Facebook | Instagram | Email
Alamat: Pulau Duyong, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.