Port Dickson merupakan antara destinasi percutian atau quick getaway pilihan ramai kerana lokasinya yang dekat dengan ibu kota dan negeri-negeri berdekatan.
Oleh kerana itu, pusat peranginan dan penginapan memang banyak disediakan. Namun, untuk mendapatkan percutian yang unik dan istimewa, ia memerlukan sebuah tempat yang benar-benar berbeza. Alami percutian dalam perkampungan ala cowboy di Eagle Ranch Resort Port Dickson.
Latar Belakang
Eagle Ranch Resort Port Dickson merupakan sebuah pusat penginapan dan percutian yang bertema wild wild west atau perkampungan koboi. Konsep ini tentunya berbeza dari pusat-pusat penginapan yang lain.
Dengan keluasan 19 ekar, resort ini bermula dari idea pemilik dan rakan kongsi sejak 20 tahun yang lalu.
Membesar tidak jauh dari resort ini, pemilik Eagle Ranch Resort ini memang menggemari budaya western dan membesar dengan filem-filem cowboy seperti The good, The bad & The ugly. Namun, apa yang menjadi pendorong utama dalam pembukaan resort bertema ranch ini ialah cinta beliau terhadap sukan menunggang kuda.
Asalnya, Eagle Ranch ini merupakan kandang kuda tempat beliau menyimpan dan menjaga kuda-kudanya sambil menyediakan kelas-kelas menunggang. Kemudian, beliau menambah aktiviti go-kart dan kopitiam di sini. Apabila terlalu sering menghabiskan masa di sini, mereka mula membina sebuah kabin kayu. Dari situlah bermulanya Eagle Ranch Resort berubah menjadi pusat penginapan.
Penginapan
Di Eagle Ranch Resort ini, anda ditawarkan lebih kurang 123 bilik yang terbahagi kepada 7 jenis bilik yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda dan keluarga.
Teepee
Merupakan penginapan berkonsep Native American atau orang asli Amerika yang lebih dikenali sebagai Red Indian. Rumah Teepee ini kelihatan seperti sebuah kemah yang berbentuk kon.
Bandwagon
Bilik ini berkonsep wagon atau gerabak. Anda boleh memilih untuk mendapatkan bilik di aras atas ataupun bawah. Bandwagon sangat sinonim dengan kehidupan cowboy yang sering mengembara.
Log Cabin
Log Cabin adalah bilik yang lebih kelihatan seperti rumah kayu Amerika. Kabin kayu yang banyak dibina di Amerika menjadi simbol kepada kehidupan cowboy. Jadi tentulah perlu ada bilik jenis ini di sini. Anda boleh memilih antara katil Queen atau katil Twin.
Kampung House
Merupakan sejenis penghormatan kepada budaya tempatan, bilik Kampung house adalah jenis rumah kayu yang dibina di atas perairan. Anda boleh memilih antara katil Queen atau katil Twin.
Eagle Terrace
Sejenis bilik seperti Log Cabin cuma dalam bentuk teres atau bercantum dengan bilik lain. Sesuai untuk pasangan atau keluarga kecil.
Paddock Chalet
Chalet jenis family room ini boleh memuatkan sehingga 4 orang dengan ruang lebih luas dari Eagle Terrace.
Dormitories
Berkonsep dorm atau asrama, bilik ini lebih sesuai untuk backpackers atau tetamu yang datang dalam kumpulan besar.
Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan asas seperti penghawa dingin, bilik mandi, air panas, cerek, TV, peti sejuk mini, tuala dan toiletries. Walau apa jenis bilik anda pilih, pastinya ia menawarkan keselesaan dan suasana rehat yang relaks.
Fasiliti
Eagle Ranch Resort memastikan fasiliti yang mereka sediakan, bukan sahaja memudahkan dan melengkapkan percutian anda, ia juga akan memberikan memori yang cukup istimewa.
Kolam Renang
Kolam renang merupakan antara fasiliti utama di mana-mana pusat percutian keluarga. Di sini, mereka turut menyediakan sewaan boya untuk anda dan keluarga, atau rakit dan kanoe untuk golongan dewasa atau mereka yang melakukan team building.
Malah, mereka turut menyediakan program telematch dan larian berhalangan dalam air buat pengunjung team building atau family day.
Restoran
Di sini anda akan dimanjakan dengan pilihan kedai makanan yang banyak. Terdapat 4 restoran di sini yang boleh anda pilih. Watering Hole dan Rock Mountain menghidangkan makanan pelbagai jenis, dari makanan lokal ke makanan western.
Restoran D’Barrel dan Melting Pot Pula menawarkan hidangan jenis buffet yang membawakan pelbagai pilihan makanan. Apabila anda menginap di sini, anda tentu tidak perlu bersusah-susah mencari makanan.
Pusat Event & Bilik Majlis
Mereka turut menyediakan servis dan kemudahan untuk apa jua acara dan majlis. Terdapat 5 bilik khas untuk event yang lengkap dengan PA System, Projector, Rostrum dan lain-lain. Jadi sekiranya anda datang bersama kumpulan syarikat atau Hari keluarga, anda akan mendapat ruang khas yang membolehkan anda mengadakan majlis anda.
Antara yang teristimewa di sini ialah Majlis perkahwinan yang mereka boleh bantu rancangkan. Malah, ia akan bertema ala cowboy atau western, lain dari yang lain, kan? Mungkin ia sesuatu yang boleh anda pertimbangan jika akan berkahwin tidak lama lagi.
Aktiviti
Di sini, terdapat banyak aktiviti yang mereka sediakan. Seperti yang kita maklumkan tadi, pemilik Eagle Ranch Resort ini merupakan seorang yang aktif, maka beliau memastikan resort beliau juga membantu para pengunjung kekal aktif ketika bercuti. Malah, ia juga membantu membuat memori indah buat semua yang ke sini.
- Team building
- Paintball
- Berakit
- Memanah
- Go-kart
- Flying fox
- Cabaran Bertali
- Pony Cart Ride
- Paddock Ride (Menunggang Kuda)
- Taman Arnab
- Berbasikal
- Bola Sepak Bubble
- VR Game
- Ping Pong
- Bola Tampar
- Bola Keranjang
- Futsal
- Dirt Buggy
- Sukan air
Kesemua aktiviti di sini menjanjikan keseronokan dan tentunya sihat untuk semua. Sewaan dan harga setiap aktiviti dladalah berbeza.
Serba sedikit tentang Eagle Ranch Resort Port Dickson telahpun kami kongsikan. Jadi, pastikan anda melawat dan menginap di sini sendiri untuk mendapatkan pengalaman yang luarbiasa dan istimewa.
Tentunya ia suatu percutian yang lain dari yang lain. Ikuti juga laman media sosial mereka untuk maklumat terkini.
Media Sosial: Facebook | Instagram | Laman Web | E-mail
Alamat: Eagle Ranch Resort Port Dickson, Lot 544, Batu 14, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia