emart24 | Kedai Serbaneka Yang Membawa Keunikan Korea Ke Malaysia

Kedai serbaneka Korea paling pesat mengembang, emart24, berlabuh di Malaysia dan membawa keunikan citarasa Korea untuk rakyat Malaysia. Walaupun dari Korea, emart24 memastikan cawangan-cawangan mereka di Malaysia mesra Muslim.

Kedai emart24 Ala Korea Baru Dibuka Di Malaysia - Gambar Makanan
Sumber: @dauzuki

Bermula dengan 1 cawangan di Bangsar South, Kuala Lumpur pada bulan Jun 2021, emart24 kini mempunyai 13 cawangan di sekitar Kuala Lumpur. Mereka menjangkakan pembukaan 300 cawangan dalam masa 5 tahun. Untuk mencari cawangan terdekat dengan lokasi anda, klik di sini.

Kedai emart24 Ala Korea Baru DibukaDi Malaysia
Sumber: emart24

Membawa pelbagai makanan jalanan popular dari Korea seperti gimbap, samgak gimbap dan sandwich, pelbagai jenis kopi dan teh dan snek-snek dari jenama persendirian mereka I’M e dan No Brand, anda akan dapat mendalami citarasa masyarakat Korea. Mereka juga membawa variasi produk K-beauty, menjadikan mereka sebuah kedai serbaneka berantai yang sangat diverse.

Terbaru, emart24 juga melancarkan beberapa dessert baru yang boleh anda cuba. Bersama dengan berbagai jenis bingsu, emart24 turut mengeluarkan sejenis soft serve atau aiskrim yang unik, yang dinamakan ProsperiMee. Yang menariknya, ProsperiMee ini merupakan soft serve yang berupa mee.

Didatangkan dengan 2 rasa; cheese souffle dan malcha, anda boleh juga memilih untuk mendapatkan swirl atau gabungan kedua-duanya. ProsperiMee juga dihidangkan bersama topping biskut dan coklat yang berbentuk seperti daging dan bahan-bahan mee. Anda boleh menikmati ProsperiMee ini di dalam cup ataupun kon.

Kedai emart24 Gambar Dalam Kedai
Sumber: @dauzuki

Memang berbeza sekali. Bagi bingsu pula, perasa baru dari mereka ialah Banana Pudding Bingsu. Bingsu merupakan sejenis dessert yang dibuat dengan ais yang diparut, seperti ais kacang. Mereka kini mempunyai 4 rasa, iaitu Banana Pudding Bingsu, Ddalgi Bingsu, Milo Dinosaur Bingsu dan Mango Bingsu.

emart24 Pilihan Snek
Sumber: emart24

Ikuti laman Facebook dan Instagram mereka untuk maklumat dan promosi terkini. Pastikan anda kunjungi emart24 terdekat dengan anda untuk menghayati sisi hallyu fan anda. Bolehla feeling-feeling Korea.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: 8.00am-11.00pm *berbeza untuk beberapa lokasi[/su_tab][/su_tabs]

4/5 - (1 vote)