Di Malaysia ini memang banyak tempat-tempat hiburan sekeluarga untuk anda luangkan masa bersama yang tersayang.
Namun, di Penang ada satu tempat yang menggabungkan taman tema hiburan, taman tema air dan taman aktiviti extreme, dalam 1 tempat yang sama. Wow! Mesti best. Jom kita kenali Escape, Penang!
Lokasi
Escape merupakan sebuah taman tema hiburan yang cukup besar dan luas. Terletak di Teluk Bahang, Tanjung Bungah, taman ini mudah dikunjungi dari seluruh Pulau Pinang.
Ia merupakan taman yang lebih besar berbanding cawangannya yang terletak di Petaling Jaya. Ini kerana di Penang, taman ini terdiri dari aktiviti adventure dan extreme, aktiviti air dan aktiviti graviti.
Aktiviti & Tarikan
Aktiviti-aktiviti di sini direka khas untuk seisi keluarga. Setiap aktiviti mempunyai had umur, tenaga dan keupayaan yang berbeza.
Baca: Entopia Pulau Pinang | Taman Rama-Rama Luarbiasa Di Penang
Jadi anda boleh cuba aktiviti-aktiviti yang anda suka mengikut keupayaan sendiri. Namun, anda jangan risau. Terdapat banyak aktiviti di sini dan semestinya ada sesuatu untuk semua lapisan masyarakat. Dari anak kecil hingga ke warga emas.
Memandangkan taman ini mengutamakan keseronokan untuk semua, kategori umur juga dibahagikan mengikut tahap umur dan diberi nama yang comel.
- Future Kid (0-3 tahun)
- Junior Kid (4-13 tahun)
- Big Kid (13-60 tahun)
- Super Kid (60-100 tahun)
Di bawah aktiviti adventure, anda dan keluarga dapat mencuba pelbagai aktiviti fizikal yang cukup menarik. Ini termasuk:
- Aerobat – Hayun dan bergayut sambil beraksi
- Airbag – Lompat ke atas bag angin untuk keseronokan berganda bersama anak-anak
- Atan’s leap – Loncat dari atas pokok
- Bull Lee – Tunggang Kerbau mekanik
- Coco Climb – Aktiviti memanjat pokok
- Discovery Dig – Aktiviti korek tanah untuk mencari harta karun
- Flying Lemur -zipline
- Gecko Tower – Wall climbing
- Go Bananas
- Jungle Swinger
- Jumping Jack
- Kite flyer
- Monkey business
- Monkey school
- Sling shot
- Zoom bug
Aktiviti-aktiviti graviti pula mengandungi aktiviti-aktiviti yang melibatkan keadaan tinggi. Jika gayat atau takut tinggi, cabarlah diri anda dengan aktiviti-aktiviti seperti:
- Chairlift – seperti cable car namun hanya duduk di atas buai
- The longest – gelongsor air tube terpanjang
- Tubby Racer – gelongsor berboya
- Zip coaster – roller coaster zipline
Aktiviti-aktiviti air yang boleh anda dan keluarga cuba di sini akan membantu anda dan anak-anak menjadi lebih berani dan berkebolehan. Antara aktiviti yang akan membantu adalah seperti:
- AK academy
- AK discovery – menyelam
- AK splash
- Atan’s Jump – terjun air
- Banana Flip – gelongsor air berbentuk pisang yang akan melonjakkan anda ke atas sebelum jatuh ke air.
- Dunk Tank – cabar rakan anda untuk jatuhkan anda ke dalam air dengan mencuba untuk kena pada sasaran
- Escape club
- Family Twister -gelongsor air
- Lazy river
- Mega drop – gelongsor air
- Play house – Taman permainan Dalam air
- Speed Racer – gelongsor bersama rakan-rakan
- Super looper
- Tot’s pool -kolam untuk anak-anak kecil
- Tubby Rapids – gelongsor air berboya
- Tubby tunnel
- Wave Ball – kolam ala air laut dan Pantai
Base Camp
Base camp merupakan tapak perkemahan yang boleh anda cuba untuk nikmati pengalaman tidur di bawah bintang.
Anda boleh memilih untuk membawa peralatan sendiri atau sewa dari pihak Escape.
Pakej stay & play
Jika anda ingin mencari pakej yang lebih lengkap, mereka turut berkolaborasi dengan pusat penginapan Travelodge Georgetown Penang Hotel untuk memberikan anda bilik penginapan. Pakej ini juga termasuk dengan harga tiket untuk Escape.
Team building
Buat anda yang ingin mendapatkan aktiviti-aktiviti untuk tujuan Bina semangat dan team building, mereka juga boleh menyediakan pakej khas yang direka khas untuk anda dan pasukan anda. Tidak kira untuk keluarga, syarikat atau kelab-kelab tertentu.
Fasiliti
Selain dari kemudahan awam yang asas seperti bilik mandi, bilik persalinan, tandas dan surau, Escape turut menyediakan pelbagai fasiliti untuk memudahkan lawatan anda. Ini termasuk:
- Locker
- Tuala
- Pakaian Mandi
- Kasut
Tips
Seperti biasa, kami ingin kongsikan beberapa tip untuk membuatkan percutian anda lebih mudah dan bermakna.
- Pastikan anda berpakaian yang sesuai. Untuk aktiviti lasak, kasut yang betul, pakaian yang betul sangat penting atas faktor keselamatan. Slipper dan sandal bawa sahaja untuk dipakai selepas semua aktiviti selesai
- Bawa pakaian salinan extra sekiranya pakaian yang anda bawa basah, Kotor atau tidak sesuai
- Mereka tidak membenarkan apa-apa jenis barang kemas yang tergantung atas faktor keselamatan. Simpan saja di rumah atau locker.
- Jangan lupa bawa sunscreen atau krim pelindung SPF untuk kesihatan anda sekeluarga.
- Pastikan telefon bimbit anda juga penuh bateri untuk bergambar dan ambil video nanti
Harga Tiket & Waktu Operasi Escape Penang
Taman ini dibuka setiap hari kecuali Hari Isnin dari jam 10am-6pm. Harga pula terbahagi kategori dan tempoh belian.
Tempoh belian tiket (awal) | Future Kid
(0-3 tahun) | Junior Kid
(4-12 tahun) | Big Kid
(13-60 tahun) | Super Kid
(61-100+ tahun) |
Hari yang sama |
Percuma |
RM111 |
RM167 |
Percuma |
1-7 hari |
Percuma |
RM103.23 |
RM155.31 |
Percuma |
8-30 hari |
Percuma |
RM94.35 |
RM141.95 |
Percuma |
31-60 hari |
Percuma |
RM88.80 |
RM133.60 |
Percuma |
Lebih 61 hari |
Percuma |
RM77.70 |
RM116.90 |
Percuma |
*Percuma adalah bersyarat ditemani tetamu berbayar.
Buat pengetahuan anda, Escape Penang menggunakan teknologi facial recognition atau pengecaman wajah untuk masuk. Setelah membuat bayaran untuk tiket, setiap tetamu mesti memuatnaik selfie atau gambar anda ke Laman web mereka. Anda boleh masuk dan keluar dengan hanya menunjukkan muka anda sahaja.
Itu dia informasi tentang Escape Penang yang boleh kami kongsikan untuk pertimbangan anda. Jangan susah-susah fikir lagi. Mesti cuba bila anda berada di Penang nanti. Keseronokan menanti anda seisi keluarga. Ikuti laman media sosial mereka untuk maklumat terkini dari mereka. Selamat ber-adventure!
Laman Web: escape.my
Media Sosial: Facebook | Instagram
Alamat: 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang