Experiment Kitchen Balakong | Talam Western Super Sedap Untuk Dikongsi Bersama

Terhasil dari pasangan suami isteri yang suka bereksperimentasi dalam makanan, Experiment Kitchen yang dulunya beroperasi di sebuah gerai, kini mempunyai restoran tersendiri di Balakong, Cheras.

Dengan variasi menu yang luas, termasuk masakan lokal dan western, restoran ini berjaya di buka selepas setahun sahaja beraksi di gerai. Hebat, kan? Restoran yang luas ini membawa suasana yang modern dan simple, membenarkan makanan mereka menjadi tumpuan utama.

Experiment Kitchen Balakong Cheras - Burger dan Dulang Western
Sumber: @ExperimentKitchen

Untuk pengetahuan anda, Experiment Kitchen mempunyai reputasi sebagai pakar talam. Hidangan talam ini merupakan makanan yang dihidangkan dalam portion yang besar dan berbagai.

Kalau anda makan sendiri atau berdua sahaja, boleh cuba mini talam, jika anda berkumpulan, boleh cuba talam dino yang sesuai dimakan 5-6 orang.

Apa yang ada dalam hidangan talam ini? Bersama nasi jagung butter, ia dikelilingi dengan 2 jenis kentang goreng, ayam dan kambing bakar, frankfurter dan juga coleslaw. Meriah.

Experiment Kitchen Balakong Cheras - Gambar Air Jus Buah Buahan
@ExperimentKitchen

Di sini juga mereka menyajikan makanan kegemaran tempatan iaitu asam pedas. Asam pedas di sini dihidang dalam bentuk claypot dan terdapat 5 jenis ikan yang boleh anda pilih untuk dimasak dalam asam pedas. Tentunya, ia dihidang bersama nasi putih.

Experiment Kitchen Balakong Cheras- Talam Seafood
Sumber: @ExperimentKitchen

Anda juga boleh mencuba nasi ayam penyet mereka. Katanya, sangat sedap. Selain itu, Experiment Kitchen juga menyajikan versi shell-out mereka tersendiri yang dinamakan cengkerang-out, makanan laut seperti ketam, lala, dan kupang dihidang bersama nasi putih dan jagung. Mereka juga menyediakan pelbagai variasi burger untuk dipilih.

Experiment Kitchen Balakong Cheras - Western Food

Banyak betul pilihan menu dari mereka, bukan? Mereka juga pernah dipaparkan Dalam rancangan TV3, Jalan-Jalan Cari Makan.

Jika anda ingin mencuba sendiri makanan di Experiment Kitchen ini, jangan lupa singgah di Balakong, Cheras. Ikuti laman media sosial mereka di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: No. 8G,10G & 12G, Jalan Cheras Maju Pusat Perniagaan Cheras Maju Balakong, 43200 Cheras, Selangor[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: 12pm-10.30pm (setiap hari)[/su_tab][/su_tabs]

3.3/5 - (3 votes)