Taman haiwan adalah antara inisiatif terbaik untuk mendekatkan masyarakat dengan haiwan dan alam semulajadi. Menggalakkan para pengunjung untuk mengenali haiwan dengan lebih dekat tentunya akan memupuk sifat kasih dan sayang terhadap haiwan.

Farm In The City - Gambar Racoon
Sumber: Maisinggah.com

Antara taman haiwan yang popular di Kuala Lumpur ialah Farm In The City. Ramai yang telah berpeluang mengunjungi zoo yang membawa haiwan-haiwan dari pelbagai habitat ini sejak pembukaannya bertahun lalu. Jika anda masih belum berkesempatan untuk ke sini atau sudah lama tidak berkunjung ke sini, mari kita lihat apa yang ada di sana!

Farm In The City - Pemandangan Dalam Tarikan
Sumber: Maisinggah.com

Lokasi

Farm In The City terletak di Seri Kembangan. Lebih kurang 20-30 minit perjalanan dari kotaraya Kuala Lumpur.

Farm In The City - Papan Tanda
Sumber: Maisinggah.com

Mudah untuk warga kota mengambil peluang untuk melawat taman haiwan ini. Taman ini berkeluasan 7 ekar dan mengandungi lebih 100 sepesis haiwan dari haiwan ternakan ke haiwan eksotik, dari dalam dan luar negara. 

Tarikan 

Taman yang besar ini terbahagi kepada banyak bahagian yang menawarkan haiwan berbeza dan pengalaman yang berbeza. Seluruh taman direka khas mencerminkan suasana kampung tradisional memberikan identiti yang unik buat taman haiwan ini. Jom, lihat apakah bahagian-bahagian yang ada di sini.

Pet Village

Kawasan Petting Zoo
Sumber: Maisinggah.com

Masuk ke stesen ke-8, pasti membuatkan anda dan si kecil teruja. Di sinilah haiwan-haiwan kesayangan ramai diletakkan.

Kawasan Pet Village
Sumber: Maisinggah.com

Haiwan seperti arnab dan guinea pig dibiar bebas di bahagian ini. Jadi, anda dan anak boleh bergaul mesra, membelai sambil memberi makan pada haiwan-haiwan ini.

Ostrich Farm

Farm In The City - Kandang Ostrich dan Kambing
Sumber: Maisinggah.com

Sejurus masuk, anda akan disambut dengan burung unta. Stesen ini juga memberikan anda kampung vibe terawal dengan kandang kambing dan lembu yang berada bersebelahan dengan kandang burung unta tadi.

Turtle & Tortoise Farm

Farm In The City - Kura Kura Gergasi
Sumber: Maisinggah.com

Stesen kedua mengetengahkan haiwan-haiwan berumur panjang iaitu kura-kura dan penyu. Mereka membawakan pelbagai jenis penyu dan kura-kura. Namun, bukan sekadar pameran sahaja, anda juga dapat bermesra, bergaul dan memberi makan kepada haiwan-haiwan ini. Anak-anak kecil pasti teruja melihat kura-kura dan penyu di depan mata.

Reptiles Cavern

Farm In The City - Gambar Iguana Oren
Sumber: Maisinggah.com

Stesen ketiga ini mungkin antara bahagian yang menggerunkan buat ramai pengunjung. Namun, jangan risau, semuanya hanya sekadar pameran. Laluan ini direka khas untuk kelihatan seperti sebuah gua. Tetapi, lihat Kiri, kanan dan atas kepala anda kerana ular-ular di sini bebas merantau sekitar luar laluan. Anda juga akan berpeluang untuk menyaksikan spesis buaya terkecil di sini.

Passion fruit Garden

Stesen ke-4 ini menggabungkan antara ladang buah dengan taman haiwan. Walaupun ia merupakan sebuah kebun buah markisa, anda juga dapat cuba mencari 4 ekor kucing leopard di sini.

Bird Aviary

Farm In The City - Sangkar Burung Terbuka
Sumber: Maisinggah.com

Seterusnya, stesen ke-5 yang merupakan sebuah sangkar besar yang menempatkan pelbagai jenis burung. Ada yang terbang, ada yang berenang dan ada yang hanya berjalan di darat. Semuanya berwarna-warni.

Anda juga akan berpeluang untuk memberi makan kepada burung-burung ini. Lihat saja burung-burung berterbangan atau berkejaran untuk mendapatkan makanan dari tangan anda. Sebuah pengalaman yang cukup unik.

Savannah

Farm In The City - Kandang Rusa Yang Jinak
Sumber: Maisinggah.com

Stesen ke-6 ini mungkin antara stesen yang paling menarik. Savannah membawakan pelbagai haiwan yang menarik dan unik.

Farm In The City - Kandang Alpacca
Sumber: Maisinggah.com

Anda akan berpeluang untuk mendekati haiwan seperti kambing dari New Zealand, Rusa Javan, Alpaca dan juga spesis kangaroo terkecil iaitu Dusky Wallaby.

Vegetables & Fruits Farm

Farm In The City - Ladang Sayur Yang Luas
Sumber: Maisinggah.com

Apabila anda masuk stesen ke-7, tentu anda kagum dan seronok. Merupakan sebuah kebun buah dan sayuran, bahagian ini telah direka dan dihias untuk nampak seperti kawasan kampung yang sebenar. Malah, siap ada perigi lagi. Terdapat lebih 100 jenis buahan tropika dan sayuran yang telah ditanam di sini. Jangan lupa bergambar dengan orang-orang yang dihias di sini.

Longkang Fish

Di tepi bahagian ke-8 tadi ialah stesen ke-9 yang merupakan kolam-kolam ikan kecil. Menggunakan penceduk net, anak-anak akan diberi peluang untuk cuba menangkap ikan. Mereka tentu rasa seronok dan bangga apabila dapat menangkap ikan.

Mood’s Lake

Farm In The City - Kolam Ikan Dan Itik
Sumber: Maisinggah.com

Ambil masa untuk berehat sambil memberi makan kepada haiwan-haiwan yang berada di Tasik Mood. Haiwan-haiwan seperti ikan koi, itik, angsa dan lain-lain bebas berenang di sini.

Jungle Walk

Bahagian ini telah direka untuk dilihat seperti habitat hutan sebenar. Stesen ke-11 ini membenarkan anda membayangkan diri bagai berada dalam hutan dan akan dikelilingi oleh haiwan-haiwan hutan seperti marmoset, landak, musang dan juga iguana. 

Twilight Creatures

Stesen ke-12 sebenarnya mempamerkan haiwan-haiwan nokternal atau haiwan-haiwan yang berjaga di waktu malam seperti burung hantu dan slow loris. Namun, kunjungan anda di waktu siang akan menunjukkan mereka sedang tidur.

Dewan Pameran

Stesen seterusnya ialah sebuah Dewan Pameran. Di sini, haiwan-haiwan yang agak rare atau bahaya dipamerkan dalam sebuah setting seperti muzium. Haiwan-haiwan di sini diletakkan dalam bekas pameran dan anda berpeluang untuk melihat mereka serta mengenali mereka dengan lebih dekat. Anda juga dapat mengenali proses inkubasi telur di sini.

Kampung Mahmood

Farm In The City - Gambar Kawasan Parrot
Sumber: Maisinggah.com

Kampung Mahmood merupakan stese ke-14 di sini dan merupakan sebuah tempat persembahan. Siapa yang akan memberikan persembahan? Haiwan-haiwan cerdik pandai lah! Saksikan burung-burung Macaw dan Parrot bersama rakan-rakan mereka yang akan menonjolkan kebolehan mereka sambil memberi nasihat dan galakkan tentang penjagaan haiwan dan alam sekitar.

Pony Ride

Farm In The City - Kandang Kuda
Sumber: Maisinggah.com

Hampir ke penghujung taman haiwan ini, anda dan anak-anak diberi peluang untuk meunggang kuda di stesen ke-15. Pony ride ini disediakan khas untuk si kecil untuk merasai pengalaman menunggang kuda dan bersiar-siar sekitar bahagian ini. 

Desert House

Farm In The City - Kandang Meerkat
Sumber: Maisinggah.com

Bagi anda yang sukakan haiwan-haiwan gurun seperti Fennec Fox dan Meerkat, singgah sebentar di stesen ke-16 ini iaitu Desert House atau Rumah Gurun. Habitat di sini juga direka untuk menyamai gurun sebenar. Jadi, haiwan-haiwan ini mudah menyesuaikan diri.

Falabella Horse

Kuda Kerdil Falabella Horse
Sumber: Maisinggah.com

Sebelum beransur pulang, anda akan diperkenalkan kepada spesis kuda kerdil iaitu Falabella Horse yang sangat comel. Stesen ke-17 ini didedikasikan khas untuk mereka. Anda akan berpeluang untuk mendekati, membelai dan mengenali kuda falabella ini dengan lebih dekat. Anak-anak pasti suka!

Racoon Feeding

Aktiviti memberi racoon makan
Sumber: Maisinggah.com

Akhir sekali di stesen ke-18 ialah sebuah tempat untuk anda memberi makan kepada musang atau racoon. Buat pengetahuan anda, tangan haiwan ini sama seperti tangan manusia. Mereka juga mempunyai 5 jari yang membolehkan mereka mencapai dan mengambil makanan dengan mudah.

Pendidikan

Buat pengetahun anda, FiTC ini juga sebenarnya dibina atas dasar konservasi, rehabilitasi dan penyelidikan tentang haiwan-haiwan bagi memastikan kesinambungan dan kelangsungan hidup mereka.

Ia juga ingin mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan harapan habitat-habitat alami haiwan-haiwan ini tidak terancam di masa hadapan. Ini antara usaha mereka untuk memastikan kadar pupus haiwan-haiwan dikurangkan dan dikawal.

Harga Tiket & Waktu Operasi Farm In The City

Jika anda merancang untuk berkunjung ke sini bersama keluarga nanti, mari kami kongsikan waktu operasi mereka agar anda dapat merancang dengan lebih baik.

Isnin-Jumaat10am-6pm
Sabtu-Ahad9.30am-6pm
*Tutup pada hari Selasa kecuali ketika cuti umum & cuti sekolah

Harga tiket yang kami kongsikan di bawah ini adalah harga untuk pass sehari. Mereka turut menawarkan pelbagai pakej dan juga pass tahunan. Pastikan anda dapatkan maklumat lanjut tentang tiket mereka di sini.

Kategori

Warganegara

Bukan Warganegara

Dewasa

(12 tahun ke atas)

RM39

RM58

Kanak-kanak 

(11 tahun ke bawah)

RM32

RM48

Warga Emas

(60 tahun ke atas)

RM32

RM48

*Kemasukan percuma buat kanak-kanak di bawah ketinggian 90cm.


Tarikan Sama Seperti Farm In The City:


Itu dia serba sedikit perkongsian kami tentang Farm In The City (FiTC). Kami harap ia dapat membantu anda dalam perancangan anda membawa keluarga tersayang berjalan-jalan. Pastikan anda ikuti laman media sosial mereka juga untuk maklumat lanjut dan promosi terkini. Selamat bercuti!

Media Sosial: Facebook | Instagram

No. Telefon: +603-89413099

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. 43300 Selangor Darul Ehsan. Malaysia

Waktu Operasi

Isnin-Jumaat10am-6pm
Sabtu-Ahad9.30am-6pm
*Tutup pada hari Selasa kecuali ketika cuti umum & cuti sekolah