Farm Ville Cafe & Homestay | Penginapan Dan Kafe Kontena Dengan Suasana Sawah Padi Di Sekinchan

Sekinchan, Selangor adalah antara tempat pilihan untuk percutian spontan atau quick getaway dari kesibukan kota. Sekinchan mempunyai tarikan yang amat unik. Bukan sahaja perkampungan ini mempunyai sawah padi, ia juga berdekatan dengan pantai.

Farm Ville Cafe & Homestay - Gambar Swimming Pool
Sumber: farmvillehomestay.com.my

Jika anda ingin ke Sekinchan, kami cadangkan anda dapatkan tempahan untuk menginap di Farm Ville Cafe & Homestay. Hotel berkonsep Kebun atau ladang ini dikelilingi dengan sawah padi dan dibina dari kontainer.

Pengenalan

Pemilik Farm Ville Cafe & Homestay berkata ramai yang tidak menyedari kepelbagaian kegunaan kontainer. Ramai yang hanya menyangka kontainer boleh digunakan untuk memunggah barangan. Tidak lama dahulu baru makin ramai yang mula menggunakannya untuk dijadikan pelbagai benda.

Farmville Cafe & Homestay - Gambar pelanggan di atas bumbung
Sumber: cdlovefasha

Mereka memilih untuk mengubahsuai kontainer besi itu menjadi bilik penginapan dan struktur kafe dan hotel.

Farmville Cafe & Homestay - Gambar lampu neon
Sumber: aidafarizan

Mereka memastikan struktur kontainer dan bilik-bilik ini disusun atur dengan baik agar semua yang menginap di sini dapat menikmati keindahan sawah padi yang menghijau ketika muda dan menjadi keemasan ketika masak.

Farmville Cafe & Homestay - gambar papan tanda

Penginapan

Terdapat 6 jenis bilik penginapan yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda dan keluarga.

Farmville Cafe & Homestay - gambar bilik
  • Deluxe King – Memuatkan sehingga 2 dewasa dan 1 kanak-kanak, bilik ini dilengkapi dengan katil bersaiz King dan bilik mandi.
  • Family Room (Downstairs) – Memuatkan sehingga 4 dewasa, bilik ini dilengkapi dengan 2 katil bersaiz King dan bilik mandi. Terletak di tingkat bawah.
  • Family Room (Upstairs) – Memuatkan sehingga 4 dewasa, bilik ini dilengkapi dengan 2 katil bersaiz King dan bilik mandi. Terletak di tingkat atas.
  • Family Room (Upstairs with Paddy View) – Memuatkan sehingga 4 dewasa, bilik ini dilengkapi dengan 2 katil bersaiz King dan bilik mandi. Terletak di tingkat atas dan menawarkan pemandangan sawah padi yang jelas.
  • Fifth Room – Memuatkan sehingga 5 dewasa dengan 2 katil bersaiz King dan 1 katil single, lengkap dengan bilik mandi.
  • Sixers Room – Bilik ini memuatkan 6 orang dewasa dengan 3 katil bersaiz King dan lengkap dengan bilik mandi.

Kesemua bilik lengkap dengan amenities asas seperti tuala, toiletries, water heater, keperluan membuat kopi/teh dan hair dryer.

Baca: 18 Tempat Menarik Di Kuala Selangor

Fasiliti

Kerana mereka sangat peka dengan kemahuan pengunjung yang inginkan ketenangan dan distraksi dari tekanan kehidupan seharian, pihak Farm Ville Cafe & Homestay telah pun memastikan mereka menyediakan pelbagai fasiliti dan aktiviti untuk sebuah percutian yang ceria dan seronok. Antara fasiliti ini ialah:

Farmville Cafe & Homestay - Gambar tempat santai di bumbung
Sumber: farmvillehomestay.com.my
  • Trampoline
  • Mini Golf
  • Kolam Renang kanak-kanak dengan gelongsor
  • Kawasan dan keperluan BBQ
  • Bilik private
  • TV di bilik menunggu
  • Water dispenser
  • Taman
  • WiFi
Farmville Cafe & Homestay - Gambar tempat main golf

Aktiviti & Tarikan

Kalau sudah sampai ke Sekinchan, anda tentulah ingin berjalan-jalan dan meneroka sekitar daerah ini, kan? Mari kami kongsikan beberapa pusat tarikan yang boleh anda lawati berdekatan dengan Farm Ville Cafe & Homestay.

  • Kuala Selangor Nature Park – Taman rekreasi ini sangat sesuai anda kunjungi untuk beriadah dan bersantai bersama keluarga.
  • Kelip-kelip – Saksikan keunikan dan keindahan serangga kecil ini yang menerangi suasana di waktu malam.
  • Blue tears – Saksikan keindahan fenomena alam semulajadi yang menjadikan air laut tampak seperti bercahaya biru.
  • Sky mirror – Antara rahsia terindah Kuala Selangor ialah kawasan tanah rata yang muncul secara rambang di tengah lautan. 
  • Pantai Redang – Berkelah bersama keluarga di pantai Redang atau sekadar menikmati angin laut sebelum pergi menikmati makanan laut di sekitar Sekinchan.

Baca: 12 Tempat Makan Menarik Di Sekinchan

Walaupun bukan kawasan percutian yang dikatakan paling popular ataupun modern, Sekinchan mempunyai tarikan dan keunikan tersendiri. Farm Ville Cafe & Homestay berjaya mengekalkan keistimewaan ini sambil membawakan sesuatu yang baru buat destinasi ini. Jika anda ingin ke luar kota untuk getaway ringkas sepanjang hujung minggu, jangan lupa saksikan Farm Ville Cafe & Homestay, ia mungkin saja apa yang anda cari selama ini.

Sosial Media: Facebook | Laman Web

Alamat: 11304, Jalan Tepi Sawah, Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

4/5 - (2 votes)