Fowlboys SS15 | Nikmati Rasa Ayam Ala Selatan Amerika Syarikat Sebenar

Bermula dari home-based business yang dikendalikan dari dapur sebuah apartment, Fowlboys kini dua cawangan di Kuala Lumpur, SS15 Subang Jaya dan Kitchen Connect @ Plaza Mont Kiara.

Fowlboys SS15 Fried Chicken Shop - Chicken Burger & Food Selection
Sumber: Fowlboys

Ditubuhkan oleh dua anak muda bercita-cita tinggi, Johann Razali, 28, dan Shafiq Saiful Aznir, 32, Fowlboys menawarkan hidangan ayam yang berbeza dari yang menguasai pasaran, membolehkan mereka dikenali dengan cepat dan meletakkan Fowlboys di level yang berbeza dari biasa.

Fowlboys SS15 Fried Chicken Shop - Gambar Dalam Tempat Makan
Sumber: Fowlboys

Fowlboys tercetus apabila mereka menyedari bahawa hidangan ayam yang mendominasi pasaran adalah rangkaian kedai makanan dan restoran Korea. Jadi, mereka mencari resepi yang akan memberi kelainan untuk para penggemar ayam. Dengan itu, bermulalah perjalanan Fowlboys sejak tahun 2020 dengan modal RM1,000 sahaja.

Resepi pilihan merek terinspirasi dari selatan Amerika Syarikat. Di sana, Southern Buttermilk fried chicken memang sangat popular. Menu ini dipilih kerana rasanya yang sedap, ayam yang juicy dan keunikan yang dibawa dalam pasaran.

Fowlboys SS15 Fried Chicken Shop - TGambar Tray Penuh Dengan Makanan
Sumber: Fowlboys

Pada awalnya, mereka menjual kepada rakan-rakan dan mengharapkan buah mulut sahaja. Namun, kerana sambutan yang luarbiasa, Fowlboys mula menjadi perhatian ramai, terutama di media sosial.

Fowlboys SS15 Fried Chicken Shop - Spicy Chicken Burger
Sumber: Fowlboys

Antara menu pilihan yang menjadi kegemaran ramai ialah O.G Sandwich dan Motherclucker yang merupakan burger ayam goreng serta Batter Up yang merupakan gandingan ayam goreng bersama waffle panas. Harga bermula dari RM16-RM23.50, cukup berbaloi untuk rasa yang sedap dan menu yang menarik ini.

Fowlboys SS15 Fried Chicken Shop - Waffles
Sumber: @eathatmuch

Selain hidangan ayam, mereka juga mempunyai jem luar biasa diberi nama Fowl Jam yang menjadi kegemaran peminat rasa combo pedas dan manis. Sos ini juga menpunyai rasa yang unik kerana ia dibuat daripada gabungan dua jenis cili iaitu cili import dan cili tanah air.

Fowlboys SS15 Fried Chicken Shop - Gambar Menu
Sumber: Fowlboys

Rasai sendiri keunikan dan keenakan hidangan ayam dari Fowlboys. Anda juga boleh mendapatkan menu pilihan dengan pesanan online di sini. Atau ikuti laman media sosial mereka di Facebook dan Instagram untuk melihat sendiri menu yang meliurkan dan dapatkan maklumat terkini.

Alamat:

  • SS15 Subang Jaya38, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
  • Kitchen Connect @Plaza Mont Kiara – Kitchen Connect, Plaza, 2, Jalan Kiara 2, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
5/5 - (1 vote)