G2G Animal Garden Berikan Anda dan Keluarga Pengalaman Mendekati Haiwan Yang Menarik

Mencintai alam sekitar adalah sifat yang positif yang perlu ditanamkan dalam setiap individu sejak kecil lagi. Salah satu cara paling berkesan untuk memupuk sifat ini adalah dengan mendekatkan si kecil dengan alam sekitar dan haiwan-haiwan.

Jadi, jom luangkan hujung minggu anda di zoo kecil. G2G Animal Garden akan memberikan anda dan keluarga pengalaman mendekati haiwan yang cukup menarik. Jom, kita terokai taman haiwan ini!

G2G Animal Garden Serdang - Pelawat Sedang Bermesra Dengan Burung
Sumber: kelly_huixuan

Lokasi

G2G Animal Garden terletak di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Ya, hanya di Serdang. Lebih kurang 20-30 minit dari kotaraya Kuala Lumpur. Mereka menyediakan pengalaman beramah mesra bersama lebih kurang 70 spesis haiwan dari dalam dan luar negara.

G2G Animal Garden Serdang - Pintu Gerbang Masuk
Sumber: @G2GAnimalGardenOfficial

Buat si pencinta haiwan, taman ini memang destinasi ideal untuk berhujung minggu. Buat anda yang sudah berkeluarga atau ingin mencuba pengalaman terapi haiwan, taman ini juga akan membantu si kecil untuk belajar membelai dan menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan. Bukan sekadar pameran, taman ini menggalakkan interaksi antara pengunjung dengan haiwan.

Baca: The Acre By Farm Fresh | Jom Alami Dunia Peladang Susu Segar Tempatan

Tarikan

Taman haiwan yang besar ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Pastikan anda datang awal agar dapat menikmati setiap bahagian sepenuhnya!

Cat House (Rumah Kucing)

Taman Kuching Di G2G Garden
Sumber: zi_han99

Si pencinta kucing pasti teruja untuk melawat bahagian ini. Cat House mereka mengandungi pelbagai kucing dari baka berbeza. Anda bukan sahaja dapat mempelajari dan mengenali setiap baka yang ada, anda juga dapat membelai dan bermain bersama si comel berbulu ini. Kalau takut nak dekat dengan kucing, melihat keriangan dan kelincahan mereka juga sudah cukup membuat kita tersenyum.

Animal Therapy House (Rumah Terapi Haiwan)

Animal Therapy House G2G Garden
Sumber: syzanaamir

Ada ujian yang membuktikan pergaulan dan sentuhan antara manusia dan haiwan membawa aura positif dan membantu dalam pembesaran kanak-kanak. Jadi, di Animal Therapy House ini, mereka menawarkan pengalaman membelai, bermain dan menjaga haiwan-haiwan ternakan seperti kambing dan kambing biri-biri. Marilah cuba!

Bird Aviary (Rumah Burung)

G2G Animal Garden Serdang - Penjaga Burung
Sumber: sabrinaelisa_

Sangkar besar yang mengandungi pelbagai jenis burung ini merupakan pengalam interaktif buat anda dan keluarga bersama burung-burung. Anda boleh membeli makanan burung berharga RM1 secawan bagi menarik perhatian burung-burung yang akan mendekati anda untuk makan.

G2G Animal Garden Serdang - Gambar Tempat Simpanan Burung Exotic
Sumber: @G2GAnimalGardenOfficial

Mungkin ia sebuah pengalaman yang agak mendebarkan buat anda yang takut dengan burung atau pengalaman pertama mendekati burung, namun ia sebenarnya sangat menyeronokkan. 

Rabbit Garden (Taman Arnab)

G2G Animal Garden Serdang - Gambar Hamster Tengah Bersantai
Sumber: Shahmy Said

Sukakan arnab? Jangan lepaskan peluang melawat Rabbit Garden! Haiwan comel kesayangan ramai ini sangat suka bermain. Jadi anda dan si kecil dapat bermain, memberi makan dan membelai arnab-arnab di sini!

Reptile House (Rumah Reptilia)

G2G Animal Garden Serdang - Gambar Biawak
Sumber: radien krowry

Bahagian seterusnya ini agak menggerunkan bagi sesetengah orang. Reptile House merupakan bahagian yang mengandungi pelbagai jenis reptilia termasuk ular, iguana dan katak. Jika anda lebih berani, bolehlah memegang haiwan-haiwan ini. Jangan risau, tentu sekali dengan bantuan pihak ranger di sini.

Fishing Boat (Bot Memancing)

Berikan peluang kepada si kecil anda untuk belajar menangkap ikan. Tentu tidak sama dengan pengalaman memancing sebenar, namun mereka akan tetap teruja dan merasa suatu pencapaian apabila dapat menangkap ikan, walaupun menggunakan net sahaja. Rekaan kolam ikan menggunakan bot sampan lama ini bukan sahaja berinovasi, ia juga sangat menarik buat para pengunjung.

Pony Joyride (Menunggang Kuda)

Bukan sahaja mendekati, menjaga dan bermain bersama haiwan, G2G Animal Garden juga menawarkan pengalaman lebih interaktif seperti menunggang kuda. Aktiviti ini hanya terbuka untuk kanak-kanak sahaja, ya ibubapa.

maklumlah menunggang pun anak kuda. Si kecil anda akan berpeluang berpusing-pusing sekitar taman menunggang kuda bertemankan penjaga kuda.

Giant Chair (Kerusi Gergasi)

Berlatar belakangkan pemandangan indah, Giant Chair di sini adalah spot bergambar paling menarik. Kerusi kayu gergasi ini akan membuatkan anda berasa kecil sekali seperti Alice in Wonderland. Pastikan anda ambil peluang bergambar di sini ya!

Tree Deck (Dek Atas Pokok)

Sebuah lagi spot bergambar menarik di sini ialah Tree Deck yang terletak bersebelahan saja dengan Giant Chair tadi. Di sini, anda berpeluang untuk mendapatkan photo-photo unik bersama seluruh ahli keluarga, dari arah yang istimewa. Nampak seperti seluruh keluarga tersusun di atas pokok.

Lain-lain

Terdapat juga bahagian-bahagian lain yang tidak kurang menarik. Pastikan anda melawat setiap bahagian termasuklah yang berikut:

  • Pigeon House
  • Tortoise garden
  • Kampung Pets

Harga Tiket & Waktu Operasi G2G Animal Garden

Pastikan anda merancang lawatan anda dengan baik. Untuk membantu anda, kami senaraikan waktu operasi mereka supaya anda lebih yakin:

Isnin- Jumaat

10am-6pm

Sabtu-Ahad & Cuti Umum

9.30am-6pm

Selasa

Tutup

Harga tiket masuk pula adalah seperti berikut: 

Kategori

Warganegara

Bukan Warganegara

Dewasa

RM25

RM50

Kanak-kanak

RM20

RM40

Warga Emas

RM20

RM40

*Kemasukan percuma untuk kanak-kanak kurang 90cm

Pastikan anda mengambil masa dan peluang untuk merasai pengalaman istimewa ini. G2G Animal Garden ini cukup unik dan berbeza, Jadi, selitkan destinasi ini dalam perancangan cuti sekolah atau cuti umum untuk anda dan keluarga nanti. Ikuti juga laman media sosial mereka untuk maklumat lanjut dan promosi terkini. Selamat bercuti!

Media Sosial: Facebook | Instagram

Alamat: Jalan MAEPS 4/1, Fasa 3 Presint 9, 43400 Serdang, Selangor

Waktu Operasi: Isnin- Jumaat (10am-6pm) | Sabtu-Ahad & Cuti Umum (9.30am-6pm)