Bandaraya Kuala Lumpur cukup sinonim dengan kewujudan pelbagai tarikan moden serta bangunan-bangunan yang gah menjadikan ianya sebuah ikon yang cukup membanggakan bagi rakyat Malaysia.
Salah satu bangunan atau lokasi yang terkenal di bandaraya ini adalah pusat membeli-belah terkemuka Pavilion yang terletak di kawasan segitiga emas Bukit Bintang. Di mall ini terdapat banyak sekali kedai-kedai barangan berjenama dan juga pilihan kedai makan untuk memuaskan pelbagai jenis selera. Maklumlah, kawasan yang menjadi tarikan pelancongkan?
Dalam banyak-banyak kedai makan yang ada di Pavilion ini, terdapat sebuah kedai makan yang cukup menarik untuk disinggahi kalau anda inginkan hidangan yang mengenyangkan dalam harga yang berpatutan dengan saiz hidangan. Kedai yang dimaksudkan ini adalah Gami Chicken.
Cawangan Kedai Makan Ayam Goreng Korea Yang Terkenal Di Australia
Perniagaan yang bermula dengan hanya sebuah cawangan di Melbourne, Australia ini berkembang dengan pesat sehingga terlahirnya lebih daripada 20 cawangan selepas mereka memperkenalkan menu ayam goreng Korea atau Korean Fried Chicken yang menjadi kegilaan ramai.
Ayam gorengnya ini cukup mengiurkan, dengan kulit yang rangup dimasak sempurna, isi ayam ini cukup lembut berjus, tak cukup sekali suap! Menu yang dinamakan Gami Fried Chicken ini ditawarkan dalam empat perisa berbeza iaitu Original, Sweet Chilli, Soy Garlic dan juga Spicy. Untuk menu ini, anda boleh memilih sama ada ingin menikmati 8 ketul kepak ayam goreng, 12 ketul kepak ayam goreng, separuh ayam tanpa tulang, separuh ayam, keseluruhan ayam tanpa tulang atau keseluruhan ayam.
Menu Lain
Selain terkenal dengan ayam gorengnya, Gami Chicken turut menjadi tarikan ramai kerana keenakan menu lain seperti Potato Heaven. Masakan ini dihasilkan dengan menggabungkan kentang yang telah dilecek dengan keju mozzarella, berserta wedges yang dihidangkan dengan sour cream. Rasanya? Sedap berlemak, sangat mengenyangkan.
Hidangan lain yang boleh ditemui dalam menu Gami Chicken adalah seperti Spicy Seafood Soup yang padat dengan isi seafood dan dihidangkan panas dengan hotclaypot. Chicken Parma iaitu ayam yang disaluti serbuk roti dan disimbahi dengan sos Napoli, keju mozzarella serta keju parmesan, Kimchi Fried Rice dan macam-macam lagi.
Untuk minumannya pula, anda boleh menyejukkan tekak dengan pelbagai jenis minuman yang dikategorikan sebagai Gami Mocktails seperti Gami Sunrise iaitu gabungan jus oren, nanas dan lemon yang digabungkan dengan puri buah markisah dan beberapa bahan yang lain.
Minuman lain dalam harga berpatutan untuk segelas cawan dengan kuantiti air yang banyak adalah seperti Passion Grape, Peach Rita, Cherry Cola dan sebagainya. Minuman panas, sejuk dan jus biasa juga turut ditawarkan di restoran ini.
Keistimewaan Restoran Gami Chicken
Istimewanya makan di Gami Chicken ni adalah kerana saiz hidangannya yang tidak kedekut, bersesuaian dengan harga menu tersebut, memang tak rugi cuba makan di sini kalau datang dengan perut lapar. Sedap pun sedap.
Selain itu Gami Chicken juga telah di beri anugerah ayam goreng Korea terbaik di Australia pada tahun 2019. Tambahan pula ayam yang digunakan oleh Gami Chicken ini Halal Certified dan segar.
Ayam yang digunakan padat dengan isi. Pilihan menu yang ditawarkan juga cukup pelbagai jika dibandingkan dengan cawangan dengan menu ayam goreng Korea yang lain.
Info Penting
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 9.00 pm)
Alamat: Lot 1 . 29 . 01B & E1 . 29 . 01B, 168, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Pavilion Kuala Lumpur).
Lokasi
Terletak di tingkat 1 Pavillion yang menempatkan food court, untuk menuju ke Gami Chicken, sebaik turun ke tingkat ini dengan menggunakan eskalator, anda perlu menuju ke sebelah kanan dan berjalan sehingga ke lot kedai yang paling hujung, sebaris dengan farmasi Caring.
Tunggu! Jangan pergi dulu! Kami nak tahu ada tak yang…
Nak Makan Ayam Percuma Selama Setahun & Nak Menang Hadiah Bernilai RM50,000?
Jom join pertandingan #CHEESYTARIK yang diadakan dari 24 September – 24 Oktober, 2020!
Macam mana nak sertai pertandingan ni?
Senang je, ikut langkah-langkah yang dinyatakan di bawah:
- Langkah 1 – Beli 1 x Corn Cheese + Belanja minimum RM 45.00
- Langkah 2 – Rakamkan video cubaan #CHEESYTARIK yang terpanjang (hanya untuk dine-in sahaja)
- Langkah 3 – Postkan di Instagram dan tag @mygamichicken
5 peserta teratas dengan markah #CHEESYTARIK tertinggi akan disenarai pendekkan bagi peringkat akhir pada 31 Oktober nanti.
Inilah peluang untuk anda menikmati ayam percuma bukan sekali, tapi setahun! Rugi tak join! Semoga berjaya!