Gastrohub Nilai | Berikan Suasana Waktu Makan Istimewa & Instaworthy

Sepanjang musim PKP tahun lepas, banyak kafe-kafe menjadi viral kerana ingin dikunjungi sebaik saja perintah kawalan pergerakan dibubarkan. Salah satu kafe viral ini ialah Gastrohub yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.

Gastro Hub Nilai - Gambar Makanan Dihidang
Sumber: @gastrohub.my

Terletak di sempadan Negeri Sembilan dengan Kuala Lumpur, Gastrohub menerima ramai pelanggan dari kedua-dua negeri. Malah, sejak menjadi viral, barisan beratur di luar kedai sentiasa panjang.

Apa dia yang istimewa sungguh tentang restoran ini? Mari kami ceritakan. Gastrohub merupakan restoran Dalam sebuah bangunan bersendiri dan mempunyai 3 bahagian tempat duduk.

Sebaik saja masuk ke restoran ini, anda disambut mesra dan akan melihat ruang makan pertama, indoor dining. Dengan rekaan dalaman ala rustic kontemporari, ruang ini sangat luas dan mempesonakan.

Baca: 30 Tempat Makan Menarik Di Seremban | Restoran Best Untuk Foodie

Bahagian kedua merupakan ruang makan di luar atau al-fresco dining. Di sini, anda dikelilingi landscape indah dan pokok-pokok yang dipilih dengan teliti untuk membangkitkan suasana modern dan elegan.

Gastrohub Nilai - Gambar Tempat Makan Dan Luar Restoran
Sumber: Hana Razali, Akmal Adib, Emily Chng, M Azmir Bakar

 Bahagian terakhir adalah bahagian yang menjadikan restoran ini viral di laman media sosial, iaitu glasshouse dining. Dikelilingi tingkap-tingkap kaca dan numbing kaca, ia memberikan anda the best of both worlds. Indoor dining dengan suasana outdoor. Mudah dikatakan, kesemua bahagian dalam restoran ini sangat insta-worthy.

Gastrohub Nilai - Gambar tetamu Bersuka Ria
Sumber: @gastrohub.my

Dari segi menu juga, restoran ini memberikan variasi yang luas. Masakan asia, masakan barat dan pastri yang menjadi kesukaan ramai. Masakan asia kegemaran ramai seperti nasi goreng kampung dan mee goreng mamak pasti menjadi antara menu mereka.

Gastrohub Nilai - Gambar Crosaint
Sumber: @gastrohub.my

Namun, yang agak istimewa semestinya ketam bercili yang dihidangkan bersama ban mantou yang digoreng. Untuk masakan western pula, mereka menawarkan pasta, burger dan hidangan special seperti chicken chop dan grilled salmon.

Gastrohub Nilai - Gambar Makanan Sarapan
Sumber: @gastrohub.my (Breakfast Menu)

Mereka juga menawarkan hidangan ringan seperti sandwich yang dibuat menggunakan roti croissant. Untuk pengetahuan anda, set hi-tea juga disediakan di sini.

Gastrohub Nilai - Set Hi-Tea
Sumber: @gastrohub.my (Set Hi-Tea)

Set hi-tea mereka didatangkan bersama kek-kek kecil, scones dan roti croissant plain. Pilihan teh yang dihidangkan ialah English breakfast, chamomile dan earl grey.

Gastrohub Nilai - Milkshake Dan Cake
Sumber: @gastrohub.my

Pencuci mulut dan desserts yang mereka tawarkan juga tidak kurang menarik. Pilihan seperti Belgian Chocolate waffles, Istanbul Kunafa dan pelbagai jenis kek, tentu membuatkan anda rambang mata.

Dari segi harga, kami anggarkan dari RM18 ke atas untuk main course. Kiranya berbaloi untuk kualiti makanan yang baik dan suasana makan yang bertaraf kafe modern. Bagi anda yang ingin mencuba suasana waktu makan yang istimewa seperti ini, tidak kira untuk hujung minggu bersama teman-teman ataupun temujanji bersama orang tersayang, pastikan datang awal untuk mengelak beratur panjang.

Baca:12 Book Cafe Di Selangor Untuk Pencinta Buku & Kopi

Namun, berita baik buat anda ialah ramai berkata servis di sini sangat baik, malah walaupun ramai pelanggan, servis mereka sangat cepat. Jangan lupa cuba makanan di sini ya! Ikuti mereka di Facebook dan Instagram juga untuk promosi dan maklumat terkini.

Alamat: Persiaran Korporat, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 3pm-10.30pm (Selasa-Ahad) Tutup pada hari Isnin

4/5 - (4 votes)