Genting Skyworld akan dibuka tidak lama lagi pada 8 Februari 2022 dan tiket masuk akan mula dijual mulai 4 Februari ini. Genting Skyworld bertempat di Genting Highlands merupakan taman tema yang dinanti-nantikan.
Dengan keluasan 26 ekar yang menempatkan 26 tunggangan atau rides dalam 9 dunia imaginasi yang cukup menarik, sesuai untuk seisi keluarga.
Setiap dunia imaginasi mempunyai tema yang berbeza, rides yang berbeza, kedai dan makanan yang berbeza. Sekiranya anda merancang untuk berkunjung ke Genting Skyworld ini, bersiap sedia untuk menghabiskan sepanjang hari di sini.
Dunia imaginasi yang akan dibawa kepada anda termasuk Studio Plaza, Eagle Mountain, Central Park, Rio, Andromeda Base, Liberty Lane, Epic, Robots Rivet Town dan Ice Age. Jika anda perhatikan, setiap dunia imaginasi ini adalah berdasarkan filem-filem hebat. Setiap dunia imaginasi ini menempatkan aktiviti dan hiburan yang tersendiri.
Pengunjung boleh menempah tiket secara atas talian. Setelah itu, anda digalakkan memuat turun aplikasi Genting Skyworld yang disediakan secara percuma melalui Google Play, Apple app store dan Huawei Appgallery.
Aplikasi ini memudahkan pengunjung untuk mendapatkan maklumat secara langsung. Ia juga membolehkan pengunjung melawat dan melihat taman tema Genting Skyworld secara maya sebelum sampai ke sana, membolehkan anda merancang percutian anda lebih awal.
Aplikasi ini juga memperkenalkan feature terbaru yang dinamakan Virtual Queue (VQ) yang membolehkan pengunjung beratur untuk aktiviti tanpa berdiri panjang dan lama.
Untuk pembukaan awal ini, Genting Skyworld menawarkan VQ dan photo+ access secara percuma. Jadi, pastikan anda antara yang terawal untuk mendapatkan tiket ke Genting Skyworld. Tiket boleh ditempah melalui laman web Genting Skyworld. Dapatkan tiket anda dan bahagiakan keluarga anda.
Laman Web: https://www.gentingskyworlds.com/