Tidur Di Bawah Bintang di Glamz @ Genting

Fenomena glamping atau glamorous camping mendapat sambutan hebat oleh orang Malaysia. Ia merupakan titik tengah antara orang yang sukakan berkemah, dengan orang yang tak suka berkemah. Konsep glamping ini membolehkan kedua-dua pihak menikmati percutian yang sama.

Glamz At Genting - Drone Image
Sumber: glamz.com.my

Antara pusat glamping yang makin popular ialah Glamz @ Genting. Lokasi strategik yang memberikan suasana sejuk pergunungan dan berdekatan dengan Genting Theme Park, Glamz @ Genting menjadi alternatif penginapan utama buat pengunjung Genting Highlands.

Glamz At Genting - Gambar Penginapan Dan Bilik
Pelbagai jenis penginapan yang menarik & unik | Sumber: glamz.com.my

Glamz @ Genting menyediakan beberapa penginapan yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda. Bell tent, sesuai untuk pasangan atau keluarga kecil.

Namun, anda boleh memilih untuk bermalam di dalam dome room yang merupakan sejenis kemah berbentuk separa bulat atau dome, yang mempunyai tingkap kecil atau besar untuk anda nikmati pemandangan daridalam bilik.

Glamz At Genting - Small Window Tent
Dome room small window | Sumber: @robxlim

Untuk keluarga yang bersaiz besar atau percutian berkumpulan, bolehlah memilih family dome yang dilengkapi dengan 6 katil single. Namun, untuk anda yang ingin berbelanja lebih untuk keistimewaan berganda, boleh memilih VIP dome yang dilengkapi dengan ruang legar dan jacuzzi persendirian.

Glamz At Genting - Jakuzi Peribadi
VIP Dome dengan Jacuzzi persendirian | Sumber: glamz.com.my

Rekaan dan hiasan di sini mempunyai unsur-unsur Nordic dan memilih suasana yang easygoing dan open space.

Glamz At Genting - Gambar Fasiliti
Fasilti yang disediakan | Sumber: glamz.com.my

Antara fasiliti yang disediakan termasuk kafe, jacuzzi umum, ruang legar atau common space di mana anda boleh relaks, membaca buku atau bergaul sesama pengunjung, dan stargaze stairs yang merupakan satu tempat strategik untuk anda menikmati langit yang penuh dengan bintang. Mereka juga menyediakan ruang untuk BBQ dan event.

Glamz At Genting - Gambar Kawasan Tempat Glamping
Sumber: @robxlim

Buat anda yang ingin mencuba glamping atau ingin berkemah dalam suasana dingin, datanglah ke Glamz @ Genting.

Baca: 18 Tempat Glamping Menarik Di Malaysia Yang Seronok & Mesra Alam

Ikuti laman media sosial mereka di Facebook dan Instagram untuk promosi dan maklumat lanjut. Alami pengalaman glamping yang unik dan menarik ini.

Alamat: 1, Jln Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 9am-5pm (setiap hari)

4/5 - (1 vote)