Kebelakangan ini, Putrajaya semakin dinaik taraf dengan pelbagai tarikan dibuka. Tarikan seperti Putrajaya Steps dan Pantai Floria menarik perhatian ramai dan menambahkan kehadiran ramai pengunjung dari dalam dan luar negara.
Kini, terdapat sebuah lagi tarikan yang boleh anda cuba. Inginkan percutian dengan keselesaan hotel dalam suasana alam semulajadi? Cubalah glamping di Glow Putrajaya! Glamping ini merupakan sebuah aktiviti yang semakin hangat di kalangan belia kita.
Tidak kira yang remaja atau sudah berkeluarga, aktiviti ini lebih sesuai untuk semua lapisan masyarakat berbanding dengan camping. Apa itu glamping? Glamping ini adalah terminologi yang diberikan untuk aktiviti camping dalam suasana yang lebih selesa dan glamour. Glamour camping dijadikan Glamping.
Jadi, buat anda yang ingin berkemah tetapi tidak mahu mengorbankan keselesaan anda, glamping adalah jawapannya.
Apa beza glamping dengan camping? Kalau camping, anda perlu melakukan semua persiapan sendiri seperti memacak kemah, memasang flysheet, dan membina unggun api. Namun, di glamping, tidak perlu semua itu. Cuma bawa diri dan keperluan sahaja. Lebih mudah, ringkas dan selamat sebenarnya.
Lokasi
Glow Putrajaya merupakan sebuah tempat glamping yang terbaru di Putrajaya. Dibuka sejak akhir 2021 lagi, ramai yang ke sini cukup berpuas hati. Lokasinya terletak di Wetlands Putrajaya di Presint 13. Selari dengan trend masa kini, Glow Putrajaya menawarkan pengalaman glamping yang 1st class
Suasana di sini tidaklah terlalu rustic. Bukanlah anda akan bermalam dalam hutan. Malah, pusat glamping ini lebih terasa seperti dalam taman.
Masih mengekalkan keindahan outdoor namun lebih kemas dan teratur. Walaupun bukan dalam hutan, anda akan tetap terasa aman dan damai tanpa bunyi bising kotaraya.
Penginapan
Terdapat 10 kemah glamping yang disediakan yang boleh memuatkan sehingga 40 orang sekali.
Ada juga 20 tapak kemah yang disediakan buat mereka yang mahu membawa kemah sendiri dan merasai pengalaman berkemah yang sebenar. Kemah-kemah glamping yang mereka sediakan memang sangat-sangat selesa.
Dalam kemah glamping itu terdapat katil bersaiz queen yang lengkap dengan alas dan set comforter, penghawa dingin yang akan menambahkan keselesaan anda, ruang duduk yang beralas dengan permaidani cantik dan juga soket-soket elektrik untuk memudahkan anda menggunakan barangan elektronik seperti pengecas telefon, pengering rambut, radio, dan sebagainya.
Macam duduk dalam hotel, kan? Bilik mandi yang bersih dan selesa juga disediakan tau. Jadi jangan risau tentang apa-apa. Antara kemudahan lain yang mereka sediakan ialah kemudahan dan peralatan dapur, unggun api atau campfire, surau dan tandas.
Aktiviti
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa yang boleh dilakukan di sini? Kerana tidak terletak dalam suasana hutan, tentu tiada air terjun dan sebagainya.
Jangan risau, mereka sediakan dan menawarkan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan yang akan membuatkan pengalaman anda di sini lebih menyeronokkan.
- Berbasikal – Anda boleh menyewa basikal di sini dan memgayuh sekitar taman di Wetlands ini.
- Trampolines – Bagi yang belum pernah merasai pengalaman melompat trampoline ini perlu mencuba, hilang semua tekanan dan kerisauan anda.
- Challenge Park – Mereka menawarkan sebuah taman larian berhalang atau obstacle course yang dinamakan sebagai challenge park. Cuba la test kehandalan anda.
- Memanah – Anda juga boleh mencuba aktiviti memanah atau archery yang mereka sediakan.
- Buaian sarang burung – Tempat menenangkan minda dan hati ataupun bergambar
- Indoor games (carrom, jengga, kad) – permainan tradisional yang menggalakkan kanak-kanak melepaskan gajet mereka.
- Memancing – Buat yang suka menangkap ikan dan cuba masakkan sendiri. Fresh betul.
- ATV – All terrain vehicle yang boleh anda kendali bersama rakan-rakan atau keluarga.
- Flying Fox
- Night Trail
- Fire show
- Karaoke
- BBQ
Kalau anda nak tahu, pakej yang mereka sediakan termasuk dengan makanan tau. 4 kali sehari. Kenyang sungguh nanti. Sarapan pagi, makan tengahari, hi-Tea dan makan malam, lengkap dari pagi hingga malam.
Pakej
Terdapat 2 jenis pakej yang mereka sediakan di sini. Kedua-dua nya untuk 2 hari 1 Malam dan dikira sekepala.
2 Hari 1 Malam (Kemah Couple) | |
Sabtu sahaja | Dewasa
RM218 |
Khamis, Jumaat & Ahad | Dewasa
RM188 |
2 Hari 1 Malam (Kemah Quad) | |
Sabtu sahaja | Dewasa
RM188 |
Kanak-kanak
RM138 | |
Khamis, Jumaat & Ahad | Dewasa
RM168 |
Kanak-kanak
RM108 |
Setiap pakej termasuk:
- Kemah 2 Hari 1 Malam & Pertunjukan api
- 4 kali makan secara buffet (sarapan pagi, makan tengahari, hi-Tea & makan Malam)
Itu dia serba sedikit tentang Glow Putrajaya di Wetlands Putrajaya. Buat anda yang ingin mencari ketenangan atau quick escape dari kehidupan seharian dan kebingitan kota, anda perlu cuba sendiri glamping ini.
Memang selesa namun tetap adventurous. Ikuti maklumat lanjut tentang pakej dan promosi mereka melalui laman media sosial mereka.
Media Sosial: Facebook | Instagram
E-mail: glowputrajaya@gmail.com
Alamat: Glamping Wetland Putrajaya, Persiaran persekutuan, Presint 13, 62300 Putrajaya, Malaysia