Hammocks By The River | Campsite Menarik Di Hulu Langat

Sejak berakhirnya melalui PKP, kita semua mencari pelbagai aktiviti outdoor, sebanyak yang mungkin. Terkini, ramai yang mula berjinak-jinak dalam aktiviti berkemah atau camping.

Bagi anda yang ingin mencari tempat baru untuk mendapatkan pengalaman berkemah yang istimewa, mari kami kongsikan sebuah tempat berkemah atau campsite yang menarik di Hulu Langat. Tidur di bawah bintang dan bulan di Hammocks By The River.

Lokasi

Terletak di Batu 14, Hulu Langat, Hammocks by The River merupakan sebuah pusat berkemah yang boleh kami katakan sebagai premium.

Hammocks By The River - Hulu Langat - Kawasan Camping Pada Waktu Malam
Sumber: @hammocksbytheriver

Terletak di secebis tanah persendirian di tebing sungai, ia bukan sahaja dikelilingi pokok-pokok yang menghijau, ia juga mempunyai suasana aman dengan bunyian air sungai dan burung-burung bersiulan.

Hanya 40 minit dari Kuala Lumpur, ini membuatkan Hammocks By The River ini sebuah pusat percutian sejenak yang terbaik buat warga kota yang ingin mengambil masa untuk menghilangkan tekanan dan kesibukan kehidupan harian.

Tarikan

Hammocks By The River adalah sebuah pusat berkemah berkonsep all-in atau berseluruh. Ini bermaksud, anda tidak perlu membawa apa-apa peralatan berkemah kerana semuanya sudahpun tersedia untuk gunaan anda. Bayangkan, sejurus sampai, semua sudah tersedia. Tidak perlu membaca manual yang membingungkan atau memacak kemah sendiri.

Hammocks By The River - Hulu Langat - Kemah Selesa Dan Besar
Sumber: @hammocksbytheriver

Tidak perlu meniup tilam angin, tidak perlu menghidupkan pelita atau menyediakan kipas yang menggunakan bateri. Tinggalkan semua peralatan berkemah anda di rumah bersama tekanan anda, hanya bawa, diri, keperluan dan keluarga atau rakan-rakan.

Di Hammocks By The River - Pelbagai Jenis Kemah Disediakan
Sumber: @jiansoh

Kemah bilik yang mereka sediakan cukup lengkap dengan tilam dan tempat duduk ala studio apartment. Memang cantik. Setiap kemah berwarna beige dihias lagi dengan perabot dan perhiasan warna hitam dan kelabu. Memang nampak eksklusif, modern dan stylish.

Untuk membuatkan pengalaman camping anda lebih selesa, kemah-kemah ini semuanya dilengkapi dengan kipas mudah alih dan port USB. Anda juga akan disediakan dengan perkakas-perkakas makan seperti sudu garfu, pinggan mangkuk dan cawan-cawan.

Hammocks By The River - Meja Makan Di Luar Yang Besar
Sumber: @sharuddinlangat

Hammocks By The River juga menyediakan 2 dapur berkongsi yang boleh digunakan sepanjang percutian anda di sini. Dapur yang serba lengkap ini memang sesuai dan memudahkan para campers yang ke sini dalam kumpulan yang besar. Malah, jika anda berkenalan dengan campers lain dan bercadang untuk masak bersama, juga dialu-alukan. Barulah kemeriahan terasa.

Hammocks By The River - Hulu Langat - Kawasan Camping Yang Luas
Sumber: @hammocksbytheriver

Anda cuma perlu membawa bahan-bahan masakan yang diperlukan untuk resepi anda sahaja. Peralatan seperti kuali, pisau, periuk, semuanya ada di sini. Jika anda ingin ber-BBQ juga boleh kerana mereka menyediakan batu-bata untuk anda bina sendiri pit BBQ anda. 

Sebuah common area atau ruang perkongsian awam disediakan di sini di bawah flysheet dan kemah besar. Terdapat banyak kerusi-kerusi dan meja-meja untuk anda duduk bersembang bersama.

Hammocks By The River - Hulu Langat - Memasak Di Tepi Sungai
Sumber: @hammocksbytheriver

Ia juga dilengkapi dengan kipas-kipas mudah alih dan lampu-lampu pelita yang akan meenerangi kawasan ini di waktu malam. Anda juga dialu-alukan menyambut majlis-majlis dan hari-hari istimewa seperti harijadi, graduasi dan lain-lain.

Buat campers yang ingin mencuba berkemah buat pertama kali, perkara utama yang mereka bimbangkan ialah tandas atau bilik mandi. Namun, di Hammocks By The River ini, perkara ini tidak menjadi isu langsung kerana mereka menyediakan bilik air khas untuk campers yang cukup bersih, selesa dan kemas. Tandas ini juga lengkap dengan pancuran air atau shower untuk anda mandi dengan selesa. Memang macam rasa seperti di rumah.

Aktiviti

Buat anda yang tidak pernah berkemah atau camping, mari kami kongsikan beberapa aktiviti yang sering menjadi pilihan ramai ketika berkemah. Antaranya ialah:

  • Memancing
  • BBQ
  • Unggun Api 
  • Hiking
  • Memasak
  • Mandi Sungai
Di Hammocks By The River - Hulu Langat - Aktiviti Naik Bot
Sumber: @hammocksbytheriver

Walau apa jua aktiviti yang anda pilih, yang kami pasti, ia tentunya cukup chill dan relaxing. Anda tentu akan berasa tenang dan aman tanpa risau tentang kerja atau apa-apa masalah.

Pakej

Di sini, terdapat 2 zon berkemah yang boleh anda pilih iaitu Riverside Campsite, yang terletak di tebing sungai, atau Durian Campsite, yang terletak di dalam kebun durian. Wah, kalau kena pada musim, bolehlah makan durian sekali!

Ada 3 pakej 2 Hari 1 Malam yang mereka sediakan:

  • Pakej Standard (RM140/seorang)
  • Pakej Premium (RM220/seorang)
  • Pakej Super Premium (RM420/seorang)

Had masa & Umur

Atas faktor keselamatan, Hammocks By The River telah menetapkan had masa untuk pagar masuk campsite serta umur campers yang dibenarkan masuk.

Pagar campsite ditutup dari 9pm ke 8am. Campers berunsur 17 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan berada di campsite.


Tempat Glamping Lain Yang Menarik:


Tips

Seperti biasa, kami ingin kongsikan beberapa tips untuk anda yang akan ke sini nanti.

  • Jika anda ingin mengadakan apa-apa sambutan, bawa sendiri dekorasi dan alatan yang diperlukan. Namun, pastikan anda prihatin akan campers lain yang menyewa di sini. Jangan terlalu bising. Saling menghormati.
  • Pastikan kebersihan dijaga di seluruh kawasan campsite. Kawasan berkemah yang bersih akan membuatkan tempat ini sentiasa selesa. 
  • Pastikan anda DM mereka di Instagram atau Facebook kerana mereka tidak menerima walk-in.

Baca: 18 Tempat Glamping Menarik Di Malaysia Yang Seronok & Mesra Alam

Menarik kan! melihat persekitaran campsite luarbiasa ini? Bukan sahaja sesuai untuk si camper pertama kali, ia juga tentu membuatkan si camper veteran cukup teruja. Pastikan anda ikuti laman media sosial mereka sebelum ke sini. Mesti terus kemas beg baju. Selamat bercuti!

Media Sosial: Facebook | Instagram

Alamat: Lot 617, Jalan Sungai Makau, Batu 14 Hulu Langat, Selangor