13 Homestay Di Johor Bahru Yang Menarik Untuk Keselesaan Maksima

One Riimba Private Pool & Garden Residence - Gambar luar homestay dan kolam renang

Menjadi gerbang untuk ke Singapura, Johor Bahru adalah salah satu destinasi di selatan semenanjung yang memiliki keunikan dan kehebatannya yang tersendiri, ada juga tarikan yang bertaraf antarabangsa bertapak di sini yang tak lain tak bukan adalah Legoland yang menempatkan lebih daripada 70 jenis permainan/tarikan.

Bukan itu sahaja, pusat-pusat membeli-belah, kedai makan menarik dan tarikan alam semula jadi tidak kurang banyaknya di bandar ini, pendek kata, memang lengkaplah pakej Johor Bahru sebagai sebuah pusat pelancongan.

Memandangkan banyak sekali aktiviti keluarga yang boleh dilakukan di sini, maka lahirlah juga begitu banyak pilihan homestay untuk memudahkan pelancong yang datang bersama keluarga.

Dalam banyak-banyak jenis penginapan yang ada, homestay menjadi pilihan ramai dek kerana keluasan, kelengkapan dan juga keselesaan yang ditawarkannya dalam harga yang sangat berpatutan. Namun begitu, tak semua homestay mencapai tahap kualiti yang didambakan.

Untuk memudahkan anda membuat pilihan dalam proses yang agak memeningkan kepala ni, kami telah menyenaraikan antara homestay terbaik yang terdapat di Johor Bahru. Dah jumpa yang suka, book terus ya?

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Johor Bahru

01. One Riimba Private Pool & Garden Residence

One Riimba Private Pool & Garden Residence - Gambar luar homestay dan kolam renang

One Riimba merupakan sebuah homestay jenis rumah banglo. Jadi, jika anda merancang untuk ke JB beramai-ramai, di sinilah tempat yang bukan sahaja tepat, malah cukup menarik untuk anda sekeluarga.

Terletak di kawasan Bukit Indah, ia berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti kedai-kedai makan, pusat membeli-belah dan juga tempat-tempat tarikan di Johor Bahru.

One Riimba Private Pool & Garden Residence - Gambar bilik dan ruang santai di luar

Rumah banglo ini mempunyai 6 bilik tidur. Lebih kurang 30 orang boleh must untuk menginap di sini. Tambahan pula ada 6 bilik mandi.

Jadi, kalau ramai pon tak perlu bersesak-sesak nanti. Rumah ini lengkap dengan ruang tamu dan ruang makan yang luas dan selesa.

Kawasan luar rumah pon sangat besar, bolehlah buat BBQ atau sambutan hari istimewa dan gathering kan? Dapur juga lengkap dengan segala keperluan yang anda perlukan.

Namun, yang paling istimewa di rumah ini ialah kolam renang persendirian yang ada di sini. Bukan sahaja menyeronokkan buat seisi keluarga, kolam renang mereka pon sangat cantik.

Alamat: 1 Jalan Indah 12/8 Taman Bukit Indah, Bukit Indah, Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

02. Ria Homestay

Ria Homestay - Gambar depan homestay

Sebuah villa yang cukup mewah akan membuatkan anda kian kembali ke Johor Bahru, Ria Homestay memang cukup selesa.

Terletak di Taman Johor, ia berdekatan dengan pelbagai tempat-tempat menarik dan kemudahan-kemudahan seperti pasaraya dan kedai-kedai makan.

Ria Homestay ini memang menggabungkan perhiasan yang mewah namun tetap cozy. Jadi, anda dan keluarga dapat meluangkan masa bersama dalam suasana yang cukup istimewa.

Ria Homestay - Gambar dalam homestay

Villa Ria Homestay ini mempunyai 5 bilik tidur dan 1 bilik mandi. Besar, kan? Muatlah dalam 17 pax dengan selesa. Villa ini cukup lengkap dengan WiFi percuma, penghawa dingin, ruang tamu, ruang makan dan dapur yang lengkap.

Namun, kami rasa tarikan utama berada di luar rumah iaitu sebuah kolam renang persendirian dikelilingi taman permainan. Mereka turut menyediakan perkakas dan tempat BBQ tau. Ruang makan dan pantry outdoor juga ada untuk memudahkan anda nanti.

Alamat: 131, Jalan Panti, Taman Johor, 81200 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

03. Country Garden Nest Suite

Nest Home at Danga Bay - Pemandangan dari balkoni

Country Garden Nest Suite di Danga Bay merupakan sebuah koleksi homestay pelbagai unit yang menyediakan penginapan untuk percutian anda. Setiap unit di Nest Home mempunyai tema dan muatan yang berbeza. Jadi, anda bolehlah memilih mengikut kesukaan anda.

Nest Home terletak di Country Garden, Danga Bay. Kemudahan seperti kedai makan, dobi, pasaraya dan lain-lain memang tersedia di sini. Kolam renang dan taman permainan juga ada.

Nest Home at Danga Bay - Gambar bilik, dapur dan ruang tamu

Nest Home terdiri dari beberapa unit apartment dari studio ke 3 bilik tidur. Setiap unit di sini juga dilengkapi dengan WiFi percuma, penghawa dingin, ruang makan dan dapur yang selesa dan lengkap.

Yang menarik sekali tentang Country Garden Nest Suite ialah dekorasi unit-unit di sini yang mengikut tema. Ada yang mengikut tema pantai, tema tropika, tema marvel, tema rumah burung dan banyak lagi. Memang cukup cantik dan berlainan dari kebanyakan homestay di JB ini.

Alamat: Lot PTB 22056, Danga Bay, Jalan Bertingkat Skudai, 80200 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

04. Suria Homestay JB

Suria Homestay JB - Gambar luar homestay

Terletak di Mount Austin ialah Suria Homestay yang merupakan homestay jenis rumah Semi-D. Suria homestay ini memang best dan menarik. Bukan sahaja besar dan luas, homestay ini juga lengkap dan selesa.

Suria Homestay menyediakan sebuah penginapan yang istimewa untuk percutian anda dengan tarikan seperti kolam renang persendirian. Kawasan luar ruang yang luas juga sesuai buat para tetamu adakan BBQ atau meraikan apa-apa sambutan.

Suria Homestay JB - Gambar kolam renang peribadi dan bilik

Terdapat 5 buah bilik tidur di Suria Homestay ini dan 4 bilik mandi. Memang cukup selesa untuk sebuah keluarga besar atau membuat gathering bersama sanak saudara. Mereka juga melengkapkan ruang tamu dengan TV dan astro Njoi.

Selain itu, sambungan WiFi percuma tersedia di seluruh rumah. Ruang makan yang besar juga amat membantu jika bercuti ramai-ramai. Akhir sekali, dapur yang cukup lengkap ini memang akan memudahkan lagi anda dan keluarga.

Alamat: No 1, Jalan Mutiara Emas 9/21, Taman Mount Austin, Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

05. Mosaic Suite Midvalley Southkey

Mosaic Suite Midvalley Southkey - Bath tub peribadi yang romantik

Sebuah lagi koleksi homestay di bawah naungan Nest Home ialah Mosaic Suite yang terletak di Midvalley Southey.

Seperti homestay-homestay di bawah pengurusan Nest Home yang lain, Mosaic Suite juga dihias dengan cantik dan dijaga dengan rapi. Kelengkapan yang cukup tentunya disediakan juga.

Mosaic Suite Midvalley Southkey - Gambar bilik dan kolam renang

Unit-unit Mosaic Suite terdiri daripada apartment 2 bilik dan 3 bilik. Jadi, pilihlah mengikut kesesuaian anda.

Kemudahan tersedia seperti kolam renang, taman permainan, gimnasium dan macam-macam lagi boleh anda nikmati sepanjang penginapan anda.

Di sekitar Southey ini juga terdapat pelbagai tarikan termasuk pusat membeli-belah Midvalley Megamall JB.

Alamat: Persiaran Southkey 1, Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

06. Pinnacle Tower @ Feel Suites

Pinnacle Tower @ Feel Suites - Gambar dalam bilik

Feel Suites yang terletak di Pinnacle Tower di Taman Abad ini memang cukup mewah dan selesa. Koleksi homestay mereka terdiri daripada apartment 2 bilik dan apartment 3 bilik.

Berdekatan dengan pusat membeli-belah dan hiburan KSL city, ia juga berdekatan dengan tarikan-tarikan JB yang lain. Nak cari kedai-kedai makan yang popular seperti Banafee cafe dan lain-lain juga mudah dan dekat.

Pinnacle Tower @ Feel Suites - Gambar ruang makan dan ruang tamu

Feel Suites dilengkapi dengan WiFi percuma, ruang tamu yang selesa berserta TV, ruang makan yang selesa dan dapur ringkas. Selain itu, unit-unit di sini juga dihias dengan penuh bergaya untuk tampak mewah dan modern.

Anda juga boleh menikmati semua kemudahan tersedia di Pinnacle Tower ini seperti kolam renang, taman permainan, gimnasium dan banyak lagi.

Alamat: PTB 18921, Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad 37-03 Pinnacle Tower, Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

07. Suasana JB City Center Suites

Holi Suasana Suite - Master bedroom

Holi Suasana Suite menampilkan 2 jenis penginapan iaitu deluxe apartment dan juga apartment 2 bilik. Penginapan moden ini lengkap dengan pelbagai kemudahan yang dapat memberikan keselesaan kepada seluruh ahli keluarga sepanjang penginapan.

Kesemua unit yang ditawarkan juga lengkap dengan katil yang sungguh empuk untuk rehat yang sebenar sebelum memulakan aktiviti.

Baca:ย 42 Tempat Makan Menarik Di Johor Bahru

Selama  anda menginap di sini, anda boleh menggunakan banyak kemudahan lain yang disediakan seperti wifi percuma, gimnasium, kolam renang dan lain-lain

Holi Suasana Suite - Gambar dalam homestay

Lokasinya, hanyalah 2.8 km dari Angry Birds Activity Park, 1.6 km dari JB City Square dan 9 km dari Singapore Turf Club. Kedudukan apartment ini juga tidak jauh dari bangunan Komtar.

Selain itu, anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke CIQ (Johor Bahru Checkpoint). Bagi yang bercadang nak bercuti ke Singapura tu, ini adalah salah satu penginapan terbaik yang boleh dipilih.

Alamat: Suasana Suites, 82C Jalan Trus 2403, 80000 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

08. Southkey Mosaic by CozyStay

Southkey Mosaic by Asiapex - Gambar dalam homestay

Southkey Mosaic by CozyStay menawarkan penginapan jenis apartment dengan 3 buah bilik yang luas untuk keselesaan kepada 7ยญยญยญโ€“8 orang penginap.

Kesemua apartment ini bak kata orang putih โ€œspotlessly cleanโ€ atau di tahap kebersihan tanpa walau sezarah pun kekotoran.

Kalau ini salah satu kriteria paling penting dalam pemilihan penginapan, anda pasti akan berpuas hati dengan Southkey Mosaic.

Southkey Mosaic by Asiapex - Gambar bilik dan bath tub

Salah satu kemudahan yang boleh anda manfaatkan sepanjang penginapan di sini adalah kolam renangnya. Yang menariknya, di bahagian kolam renang kanak-kanak terdapat water shooting dan juga bucket splash.

Nak anak-anak lebih enjoy semasa bercuti di JB nanti? Book sahaja homestay ni.

Lokasinya, hanyalah dalam sekitar 5 minit berjalan kaki untuk ke Mega Mall Mid Valley @ Southkey.

Alamat: Southkey Mosaic Persiaran Southkey Utama, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

09. Shama Suasana Johor Bahru

Suasana All Suites Hotel - Gambar ruang tamu

Bukanlah homestay biasa, Shama Suasana Johor Bahru Hotel merupakan sebuah penginapan eksklusif yang cukup sesuai untuk sesiapa yang bercita rasa tinggi.

Kesemua unit suites yang ditawarkan lengkap dengan kemudahan dapur, ruang tamu, ruang balkoni, dan pelbagai peralatan asas lain.

Terdapat 3 pilihan penginapan yang ditawarkan iaitu sama ada suite 1 bilik (2 orang), suite 2 bilik (4 orang) ataupun suite 3 bilik (6 orang).

Dengan harga yang ditawarkan, anda bukan sahaja dapat menginap di dalam suite yang selesa dan stylish, tapi juga tak perlu risau tentang tahap kebersihannya yang cukup tip-top.

Selain itu, mengenai kemudahan yang disediakannya pula, semuanya terdiri daripada barangan yang berkualiti tinggi seperti bantal dan tilam yang memberi sokongan ortopedik, perabot dengan design ergonomik dan banyak lagi.

Suasana All Suites Hotel - Gambar bilik dan kemudahan dalam homestay

Di samping itu, kedudukan hotel ini juga sangat strategik kerana anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke banyak pusat membeli-belah. Bercadang untuk bershopping sakan di JB?

Shama Suasana Johor Bahru adalah penginapan yang patut anda booking. Checkpoint Kastam juga tidak jauh dari sini. Inginkan kudapan? 7-11 hanyalah di tingkat bawah hotel.

Alamat: 82C Jalan Trus, 80000 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

10. KSL City Mall D’esplanade By Summer

JB CITY Dโ€™Esplanade Apartment (SUMMER) - Gambar ruang tamu dan pemandangan dari balkoni

Homestay dalam harga bajet, KSL City Mall D’esplanade By Summer adalah sebuah apartment yang dihias dengan ringkas namun kelengkapan yang disediakannya cukup sempurna.

Tahap kebersihannya yang sangat memuaskan, kedudukannya yang strategik dan juga wifinya yang cukup pantas turut menjadi antara faktor yang membuatkan penginapan yang ditawarkan JB CITY Dโ€™Esplanade Apartment (SUMMER) menjadi pilihan ramai.

Anda boleh memilih sama ada ingin menginap di dalam apartment studio ataupun apartment 2 bilik.

Pilih sahaja apa yang sesuai dengan bajet dan bilangan โ€˜kontinjenโ€™ percutian yang dibawa agar semuanya dapat menikmati keselesaan.

JB CITY Dโ€™Esplanade Apartment (SUMMER) - Gambar kolam renang dan bilik

Daripada harga serendah RM165+ semalaman, anda sekeluarga turut boleh menggunakan banyak lagi fasiliti lain seperti kolam renang, gimnasium dan juga bilik sauna.

Alamat: Jalan Seladang KSL D’Esplanades, 80250 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

11. KSL Suites

KSL JB Suites - Gambar ruang tamu

KSL Suites menampilkan beberapa buah homestay moden yang cukup luas untuk keselesaan penginapan bersama keluarga yang besar terutama sekali homestay yang dinamakan Dโ€™Mobius Suite yang lengkap dengan 4 buah bilik tidur.

Pilihan homestay lain yang ditawarkan di bangunan yang sama adalah The Avengerโ€™s Mansion (apartment 2 bilik), The Justice League Suite (apartment 3 bilik) dan juga beberapa buah apartment 2 bilik.

KSL JB Suites - Gambar bilik dan dalam homestay

Kedudukannya, agak sukar dikalahkan oleh homestay lain kerana ia sebenarnya bersambungan dengan pusat membeli-belah.

Sekiranya anda inginkan kemudahan untuk mencari kedai makan, membeli barangan keperluan atau bershopping sakan, tiada pilihan yang lebih tepat daripada KSL JB Suites.

Fasiliti lain yang terdapat di apartment ini adalah kolam renang dan juga taman permainan kanak-kanak.

Alamat: Jalan Seladang Taman Abad, 80250 Johor Bahru


12. The Aliff Residences

The Aliff Residences - Gambar kolam renang

The Aliff Residences menawarkan 2 jenis penginapan iaitu apartment 2 bilik (4โ€“8 orang) dan juga apartment 3 bilik (5โ€“11 orang).

Apartment yang ditawarkan dihias dengan simple namun memiliki tahap keselesaan yang diharapkan daripada sebuah homestay. Lengkap dengan pelbagai kemudahan penting dan ini termasuklah ketersediaan pendingin udara di setiap ruang rumah.

Selain itu, untuk tidur malam yang lena, katil bertilam empuk telah disediakan. Tidak cukup dengan itu,  tahap kebersihannya juga tidak mengecewakan hati.

The Aliff Residences - Gambar bilik double, sofa, dan dapur

Kemudahan lain yang disediakan adalah seperti wifi percuma, mesin basuh, kolam renang, taman permainan kanak-kanak dan banyak lagi.

Alamat: Jalan Tahana The Aliff Residences (Pangsapuri Alif Utama), 81200 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

13. JB City Shopping Mall Apartment

JB City Shopping Mall Apartment - Master bedroom

Daripada namanya sahaja seperti sudah dapat teka yang homestay ini sebenarnya bersambungan dengan pusat membeli-belah.

Sekiranya anda menginap di JB City Shopping Mall Apartment, anda hanya perlu membuka langkah kaki menuju ke tingkat bawah untuk ke shopping mallnya. Di sini, segala macam kedai makan, kedai jualan dan hiburan boleh dijumpai.

JB City Shopping Mall Apartment - Gambar bilik konsi dan ruang dapur

Bukan itu sahaja tarikannya, memandangkan kedudukan homestay ini yang berada di tingkat atas, anda boleh menyaksikan antara pemandangan yang paling mempesonakan.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keindahan matahari terbit di sebalik lautan yang boleh dilihat dari sini. Berkaitan dengan kemudahannya pula, semua unit lengkap dengan akses wifi percuma, mesin basuh, kemudahan dapur dan banyak lagi.

Lokasinya, hanyalah 2.9 km dari Angry Birds Activity Park dan 3.5 km dari JB City Square. Untuk ke bangunan kastam pula hanyalah mengambil masa 15 minit pemanduan.

Alamat: Jalan Seladang Block B, 80250 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

Begitu banyak sekali homestay menarik di Johor Bahru, daripada yang simple atau minimal hinggalah kepada yang bergaya eksklusif dengan aura seperti sebuah resort, bermacam pilihan tersedia untuk disesuaikan dengan bajet anda.

Masih tak jumpa lagi pilihan yang diinginkan? Anda boleh layari agoda.com untuk melihat semua jenis penginapan yang ditawarkan di bandar ini.

Baca:ย 28 Hotel Murah Di Johor Bahru | RM100 & RM200 Kebawah

Sekiranya anda telah jatuh hati dengan mana-mana penginapan yang disenaraikan dalam artikel ini, jangan tunda-tunda lagi, booking secepat yang mungkin sebelum diambil orang lain! Selamat bercuti ke Johor Bahru!