23 Homestay Di Kuala Terengganu (2023) | Untuk Percutian Keluarga Istimewa

Dalam hanya 1 jam penerbangan dari Kuala Lumpur anda akan sampai ke bandar pesisir pantai, Kuala Terengganu yang dihiasi dengan keindahan yang menjadi tarikan di mata dunia. Dengan tarikan alam semula jadi pantai yang panjang, pulau-pulau eksotik yang menjadi destinasi menyelam skuba, air terjun yang tertinggi di Malaysia dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan itu, anda juga akan digoda dengan makanan-makanan tradisionalnya yang bila sekali dicuba terbawa ke mimpi keenakannya, seperti nasi kerabu, keropok lekor dan nasi dagang. Sungguh banyak sekali tarikan di negeri ini menjadikan ia pilihan ramai yang mencari angin baru setibanya musim cuti.

Tarikan-tarikan yang terdapat di Terengganu ini cukup seronok dan sesuai untuk dinikmati bersama keluarga. Oleh sebab itu, wujudlah banyak sekali penginapan homestay di negeri pantai timur ini.

Kalau anda nak tahu, menginap di homestay ini jauh lagi best daripada di hotel-hotel biasa kerana ia bukan sahaja murah tetapi juga cukup selesa untuk diduduki beramai-ramai.

Di samping itu, fasilitinya juga kebanyakannya tidak ubah seperti di rumah sendiri. Selesa, luas dan lengkap, itulah 3 adjektif yang menggambarkan kesempurnaan sebuah homestay. Nak tahu dimanakah homestay di Kuala Terengganu yang menarik dan selesa? Teruskan membaca senarai ini.

Lihat Tawaran Terbaik Hotel Di Kuala Terengganu

23. Shafickza Guesthouse

Shafickza Guesthouse - Gambar Luar Homestay

Jika anda bercadang untuk bercuti dengan keluarga yang besar, kami syorkan anda dapatkan penginapan di Shafickza Guesthouse yang terletak di Jalan Paloh, Kuala Terengganu.

Berdekatan dengan spot-spot menarik di Kuala Terengganu, homestay jenis banglo American style ini mempunyai 3 bilik dan mampu menampung sehingga 15 orang. Dengan kemudahan menarik, termasuk kolam renang persendirian, homestay ini memang direka khas untuk golongan keluarga atau bercuti beramai-ramai.

Shafickza Guesthouse - Gambar Dalam, Ruang Tamu Dan Bilik

Shafickza Guesthouse mempunyai 3 bilik tidur, bilik tidur pertama mempunyai 3 katil 2-tingkat, bilik tidur kedua, sebuah katil Queen dan sebuah katil single dan bilik terakhir dilengkapi dengan sebuah katil Queen, sebuah katil single dan 2 katil 2-tingkat. Banyak, kan tempat tidur.

Kesemua bilik cukup selesa dengan penghawa dingin. Ada 4 bilik mandi di sini, jadi anda dan keluarga tak perlu berebut-rebut. Selain dari dapur yang lengkap, mereka juga menyediakan kelengkapan BBQ. Ruang tamu selesa juga lengkap dengan TV. Seluruh rumah mempunyai WiFi percuma.

Alamat: Jalan Paloh 1993, Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com

22. Teduh Residence

Teduh Residence - Gambar Ruang Tamu

Di Kampung Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu, terdapat sebuah homestay yang cukup selesa untuk anda dan keluarga. Homestay jenis apartment ini merumahkan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi.

Homestay ini cukup menarik dan cantik dengan hiasan dalaman moden dan selesa, ala IKEA. Lokasinya juga cukup strategik dengan berada cuma 800 meter dari Pantai Batu Burok dan 7km dari Masjid Kristal. Jadi jika anda bercadang untuk mengembara dan bersiar-siar di kawasan popular Terengganu, ini adalah homestay tepat untuk anda.

Teduh Residence - Gambar Bilik Dan Dapur

Homestay 3 bilik ini cukup selesa dengan 2 bilik yang dilengkapi dengan katil Queen dan 1 bilik bersama katil bersaiz single. Ia juga mempunyai katil sofa di ruang tamu yang boleh menempatkan seorang lagi tetamu.

Cukup selesa untuk 6 pax, anda dan keluarga tentu puas hati. Homestay ini juga menyediakan dapur yang lengkap dengan kelengkapan seperti peti sejuk, microwave dan alatan memasak, ruang makan yang selesa untuk anda menjamu selera, dan ruang tamu lengkap dengan TV dan WiFi Di seluruh rumah.

Alamat: Jalan Sultan Zainal Abidin No 18/03, Pangsapuri Ladang Tok Pelam, Kg Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com

21. Villapadu Desa

Villapadu Desa - Gambar Luar Villa

Sebuah lagi homestay jenis banglo Yang boleh anda jadikan tempat penginapan pilihan ialah Villapadu Desa. Homestay ini merupakan villa 3 bilik yang cukup mewah.

Menggabungkan kesenian arkitektur tradisional dengan kelengkapan dan kemudahan serba modern, Villapadu Desa memang sering menjadi pilihan ramai. Ada juga yang meraikan hari perkahwinan di sini. Cantik sangat. Villa ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan, termasuk kolam renang persendirian yang tampak modern.

Villapadu Desa - Gambar Bilik, Ruang santai, dan kolam renang

3 bilik tidur di sini lengkap dengan bilik mandi en-suite setiap satu. Bilik tidur pertama mempunyai katil Queen, bilik kedua mempunyai sebuah katil Queen dan sebuah katil single dan bilik terakhir lengkap dengan 2 buah katil Queen dan sebuah katil single.

Cukup selesa untuk anda dan keluarga. Seluruh villa mempunyai sambungan WiFi yang akan memudahkan anda nanti. Villa ini juga menyediakan sarapan Asia dan halal setiap pagi. Ruang makan yang luas dan besar ada disediakan diluar dengan suasana dan pemandangan yang cantik.

Alamat: Kampung Seberang Baruh, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com

20. OneFamily Homestay

OneFamily Homestay -Gambar Luar

Sesuai dengan namanya, OneFamily Homestay ini memang direka khas untuk golongan berkeluarga besar. Homestay jenis teres ini mempunyai 5 bilik tidur dan 3 bilik mandi. Cukup luas dan selesa untuk ramai tetamu.

Rumah modern ini juga dihias rapi dan kemas dengan gaya modern dan simple. Walaupun kelengkapan yang disediakan adalah basic atau asas, ia cukup lengkap untuk percutian penuh bermakna.

OneFamily Homestay - Gambar Bilik dan Dapur

4 dari 5 bilik tidur di sini dilengkapi dengan katil bersaiz queen manakala sebuah lagi bilik mempunyai katil sofa. Lebih kurang 10 orang dapat dimuatkan dengan selesa. Dapur lengkap dengan kelengkapan seperti peti sejuk dan microwave juga akan memudahkan anda.

Ruang tamu dengan TV flat skrin dan ruang makan yang luas juga akan membantu anda dan keluarga bergaul bersama dalam suasana yang selesa. Macam rumah sendiri.

Alamat: PT 3267 Taman Chendering Heights, Kg. Binjai, Jalan Simpang Empat Chendering, Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com

19. Surai Homes

Surai Homes - Gambar Ruang Tamu

Sebuah homestay yang cukup cantik, elegan dan sofistikated, Surai Homes yang terletak di Pangsapuri Ladang Tanjung memang sesuai untuk anda dan keluarga. Homestay jenis apartment ini dihias dengan penuh teliti dengan penggunaan warna lembut peach dan putih serta perhiasan berunsur keemasan. Memang cukup cantik dan mewah, apartment ini dan rekaan dalamannya seakan-akan gambar-gambar inspirasi di Pinterest. 

Apartment ini mempunyai 4 bilik tidur di mana 3 daripadanya dilengkapi dengan katil bersaiz queen dan sebuah lagi bilik lengkap dengan katil single. Memuatkan sehingga 7 orang dengan selesa, apartment ini juga berhawa dingin di seluruh rumah.

Surai Homes - Gambar Bilik dan Dapur

Anda juga akan menikmati WiFi percuma di homestay ini. Selain dari itu, kemudahan seperti tempat letak kereta, kolam renang, taman permainan dan gim apartment ini sedia untuk digunakan. Dapur ringkas yang lengkap dengan peti sejuk dan microwave juga akan memudahkan anda dan keluarga nanti.

Alamat: Pangsapuri Ladang Tanjung , B-10-08, Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com

18. Sunny Seaview @ Icon Residence

Sunny Seaview @ Icon Residence - Gambar Luar

Hanya 1.4km dari Pantai Batu Burok, anda boleh menikmati penginapan yang cukup selesa dengan pemandangan yang menarik di Sunny Seaview @ Icon Residence. Homestay jenis apartment 3 bilik ini mampu memuatkan sehingga 6 pax dengan cukup selesa. Di Bawah Sunny Seaview ini sebenarnya terdapat beberapa unit apartment homestay. Anda boleh memilih antara pemandangan bandar, gunung atau standard. Setiap unit telah pun dihias dengan cantik dan dilengkapi dengan semua kemudahan asas yang anda perlukan.

Sunny Seaview @ Icon Residence - Gambar Bilik, Kemudahan, Ruang Tamu dan Dapur

Setiap unit yang dibuka untuk homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Penghawa dingin telah pun dipasang Di setiap bilik untuk keselesaan anda sekeluarga. Selain itu, homestay ini juga lengkap dengan kemudahan WiFi dan flat skrin TV. Setiap unit juga mempunyai dapur yang telah disiapkan dengan peti sejuk, cerek, microwave dan mesin basuh. Mudahlah anda nak jaga seisi keluarga ketika bercuti nanti.

Alamat: Icon residence Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com

17. Sarah Guesthouse

Sarah Guesthouse - Gambar Luar

Inginkan penginapan yang bukan sahaja selesa, cantik, berlokasi strategik tetapi cukup private? Cubalah Sarah Guesthouse yang terletak di Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Hanya 7km dari Masjid Kristal 700m dari Pusat Kebudayaan Kraf Kuala Terengganu, dan 2.2km dari Pantai Batu Burok, anda boleh bersiar-siar dengan mudah apabila menginap di sini.

Homestay jenis villa ini mempunyai vibe kampung tetapi dengan gaya dan kelengkapan yang cukup modern. Arkitekturnya masih mengekalkan struktur rumah kampung yang tinggi, tetapi apabila anda masuk ke dalam, hiasan dalamannya memang cukup modern.

Villa ini mempunyai 4 bilik sepenuhnya yang telah dilengkapi dengan katil bersaiz queen, penghawa dingin dan siap dengan tuala. Terdapat 2 bilik mandi di sini, 1 berkongsi dan 1 lagi en suite dalam bilik ke2. Dapur di Sarah Guesthouse ini sangat cantik dan modern.

Sarah Guesthouse - Gambar Bilik dan Ruang Tamu

Bukan sahaja telah lengkap dengan pelbagai kelengkapan seperti peti sejuk, cerek dan microwave, ia juga sangat selesa dengan ruang makan yang cantik. Kelengkapan makan seperti pinggan mangkuk dan gelas juga sudah tersedia di sini. Di bahagian belakang villa terdapat sebuah ruang santai yang boleh anda gunakan jika ingin meraikan apa-apa sambutan istimewa.

Alamat: 1615 Jalan Ibrahim, Pasir Panjang, 21100 Kampong Bukit Besar, Terengganu, Malaysia

Selanjutnya Di Booking.com

16. Twin Homestay C

Twin Homestay C - Gambar Luar

Twin Homestay C di Kampung Teluk Pasu terletak lebih kurang 6km dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Jadi jika anda tidak memandu ketika bercuti, inilah homestay yang dekat dengan lapangan terbang.

Sebenarnya, Twin Homestay mempunyai sehingga 4 buah rumah yang telah dijadikan sebagai homestay. Jadi jika anda bercuti bersama keluarga besar, bolehlah dapatkan penginapan di setiap rumah Twin Homestay.

Twin Homestay C - Gambar Bilik

Twin Homestay C mempunyai 3 bilik tidur yang boleh memuatkan sehingga 7 pax dengan selesa. 2 bilik dilengkapi dengan katil bersaiz queen dan 1 bilik lagi lengkap dengan 2 katil single. Di ruang tamu pula ada katil sofa yang selesa. Rumah yang cukup menarik dan cantik ini juga mempunyai ruang makan yang luas. Dapur juga lengkap dengan microwave dan cerek.

Alamat: 4472 C, Kampung Teluk Pasu, Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com

15. Desa Hana Homestay

Desa Hana Homestay - Gambar Luar

Rumah homestay yang terasa seperti rumah sendiri seperti Desa Hana Homestay ini memang sering menjadi pilihan ramai. Terletak di Kampung Bukit Kandis, homestay ini hanya 1.5km dari Masjid Kristal. Anda dan keluarga tentu akan berasa selesa dengan kelengkapan dan perhiasan yang sangat home-ly ini. Homestay jenis banglo ini sangat besar dan luas.

Desa Hana Homestay - Gambar Dalam Bilik dan ruang tamu

Mempunyai 3 bilik tidur, kesemuanya lengkap dengan penghawa dingin dan katil bersaiz queen. Namun, jika anda ingin menempatkan lebih ramai orang, bolehlah bawa tilam sendiri dan letakkan di ruang tamu yang tersedia luas dan selesa. Dapur di sini juga lengkap dengan peti ais dan semua kelengkapan memasak. Ruang makan juga luas, bolehlah makan beramai-ramai. Sesuai sangat dijadikan penginapan ketika bercuti atau pada musim perayaan.

Alamat: 54653, Kampung Bukit Kandis, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com

14. Greenview Homestay

Greenview Homestay - Gambar Bilik Tidur Utama

Sebuah lagi homestay jenis rumah setingkat ialah Greenview Homestay yang terletak di Kampung Kebor Besar. Rumah ini cukup luas dan selesa. Dihias dengan kemas dan simple, anda dan keluarga boleh menikmati sebuah percutian yang serba lengkap di sini.

Greenview Homestay - Gambar Ruang Tamu dan dapur

Greenview Homestay menyediakan 3 bilik tidur dan 1 bilik mandi. Setiap bilik tidur dilengkapi dengan katil bersaiz queen dan penghawa dingin. Namun jika anda bersama ramai ahli keluarga, boleh saja bawa tilam dan bantal ekstra yang boleh dibentang di ruang tamu yang luas di sini. Anda dan keluarga juga boleh menikmati WiFi percuma di seluruh rumah. Kelengkapan di dapur juga cukup lengkap. Peti sejuk, tempat dan alatan memasak serta mesin basuh semuanya disediakan di sini.

Alamat: Kampung Kebor Besar, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com

13. Homestay Camelia (Rose) – The Budget’s House 2

Homestay Camelia (Rose) - Gambar Master Bedroom

Homestay Budget Camelia (Rose) yang terletak di Pangsapuri Ladang Tok Pelam merupakan sebuah homestya jenis apartment. Homestay ini dihias dengan cukup menarik. Dengan tema garden atau taman, homestay ini digayakan dengan teliti. Apartment ini bukan sahaja selesa dan lengkap, ia juga nampak ceria dan kemas.

Homestay Camelia (Rose) - Gambar Ruang Tamu

Mempunyai 3 bilik tidur, apartment ini mampu menempatkan dalam 7 pax dengan selesa. Walaupun simple homestay Camelia ini memastikan anda mendapat layanan dan kelengkapan yang serba lengkap dan modern. Malah, tuala dan kelengkapan mandi juga turut disediakan. Di dapur, peti ais, alatan memasak serta mesin basuh telah disediakan untuk kemudahan anda sekeluarga.

Alamat: No.11/11, Aras 11, Pangsapuri Kampung Ladang Tok Pelam, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com

12. Aishiteru Homestay Kuala Terengganu

Aishiteru Homestay Kuala Terengganu - Master Bedroom

Aishiteru Homestay merupakan sebuah lagi penginapan jenis apartment. Terletak di Pangsapuri Ladang Tanjung, homestay ini sangat convenient kerana terletak hanya 3 minit dari KTCC Mall.

Mudahlah untuk anda dan keluarga untuk membeli-belah atau mencari kedai makan. Aishiteru Homestay ini cukup cantik dan modern. Hiasan dalamannya tampak mewah dan kemas seperti sebuah showroom.

Aishiteru Homestay Kuala Terengganu - Gambar Bilik

Homestay ini lengkap dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Seluruh rumah ini dilengkapi dengan penghawa dingin untuk keselesaan optimum anda sekeluarga. Dapur modern di sini juga lengkap dengan peti ais dan cerek elektrik.

Yang menariknya di sini, anda boleh menikmati fasiliti apartment yang tersedia di sini seperti kolam renang, taman permainan dan gimnasium. Memang mudah untuk anda yang biasa dengan gaya hidup bandar.

Alamat: Pangsapuri ladang tanjung, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com

11. Purple Paradise

Purple Paradise - Gambar Ruang Tamu

Terletak di Pangsapuri Ladang Tanjung, unit baru dari Purple Paradise ini menjanjikan pemandangan laut yang cukup indah. Hanya 1.3km dari Pantai Batu Burok, anda juga dapat menikmati suasana kota atau bandar.

Homestay jenis apartment ini juga cukup cantik dan menarik. Hiasan dalaman simple dan bergaya akan menambahkan lagi suasana tenang ketika anda bercuti.

Purple Paradise - Gambar Bilik

Purple Paradise ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Dapur modern yang ringkas ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas untuk kemudahan anda dan keluarga. Selain itu, anda juga dapat menikmati semua fasiliti di apartment ini seperti kolam renang, gim dan taman permainan.

Alamat: Pangsapuri ladang tanjung, Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com

10. Villapadu Kota

Villapadu Kota - Gambar Ruang Tamu

Sebuah lagi homestay dari siri Villapadu ialah Villapadu Kota. Seperti Villapadu Desa, Villapadu Kota juga merupakan sebuah homestay berkonsep villa mewah. Terletak di kawasan KP Perdana, Villapadu Kota merupakan villa terkecil dari Villapadu dan boleh memuatkan sehingga 8 orang dengan selesa.

Sama seperti Villapadu Desa, hiasan dalaman di sini juga cukup sempurna. Dengan gaya modern kontemporari, Villapadu Kota ini sangat sesuai dijadikan penginapan bagi golongan yang inginkan kedamaian percutian namun masih lagi dengan kelengkapan dan kemudahan modern.

Villa ini mempunyai 4 bilik tidur dengan semuanya lengkap dengan katil bersaiz queen setiap satu. Seluruh villa ini dilengkapi dengan penghawa dingin dan WiFi percuma. Dapur dan ruang makan juga sangat lengkap. Dengan kelengkapan memasak yang serba mewah serta 4 biji stovetop akan memudahkan anda dan keluarga menyediakan pelbagai hidangan.

Villapadu Kota - Gambar Bilik

Terdapat juga ruang makan outdoor yang mereka sediakan jika anda dan keluarga ingin beramah mesra di luar bersama pemandangan indah kolam renang private! Ya, yang paling menarik tentang Villapadu Kota ini ialah sebuah kolam renang persendirian buat anda dan keluarga. Mereka juga menyediakan perkhidmatan makanan. Jadi jika anda tidak merancang untuk masak, mereka akan sediakan makanan buat anda bila-bila terasa lapar.

Alamat: Kampung Seberang Baruh, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com

9. Anjung Ara Suites & Roomstays

Anjung Ara Suites & Roomstays - Gambar Homestay

Anjung Ara Suites & Roomstays terletak diluar sedikit dari kawasan kota Kuala Terengganu. Jika anda ingin bercuti di kawasan yang lebih tenang dan aman, di sini lebih sesuai. Di Anjung Ara Suites & Roomstays ini terdapat beberapa unit yang menawarkan penginapan yang berbeza dari segi saiz dan layout.

Walaupun keduanya berkonsep rumah dan setiap unit terdapat 2-3 bilik tidur, setiap unit di sini unik dan tersendiri. Anda bolehlah menempah unit homestay mengikut kesesuaian dan keselesaan anda sekeluarga. Atau jika anda ingin bercuti bersama keluarga besar dan adakan family day, tempah saja seluruh unit di sini.

Anjung Ara Suites & Roomstays - Gambar Bilik, Ruang Tamu, dan Dapur

Perbezaan lain antara setiap unit ialah ada unit yang mempunyai dapur. Dapur serba lengkap ini mempunyai peti sejuk besar, alatan memasak dan lain-lain. Buat pengetahuan anda, mereka turut menyediakan kolam renang di sini yang boleh dikongsi oleh setiap tetamu dari unit-unit di sini. Ada juga kawasan dan alatan BBQ yang boleh anda gunakan jika inginkan sesuatu yang istimewa.

Alamat: lot 23375, kg wakaf tengah, jalan padang maras – telipot, batu rakit, Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com

8. Terang Place

Terang Place - Gambar Ruang Tamu

Sebuah homestay berkonsep apartment dengan hiasan modern kontemporari, Terang Place menjadi pilihan ramai kerana tertarik dengan hiasan dalamannya. Lokasinya yang strategik juga menjadi antara faktor ia sangat digemari. Hanya 800 meter dari Pantai Batu Burok, anda dan keluarga dapat menikmati pemandangan yang cukup cantik.

Terang Place - Gambar Bilik

Terdapat 3 bilik tidur di sini dan 2 bilik mandi. Kesemuanya dihias dengan cukup unik dan simple. Keselesaan homestay ini ditambah lagi dengan kemudahan lain seperti penghawa dingin dan WiFi percuma di seluruh rumah. Anda juga boleh menggunakan dapur serba lengkap yang menyediakan pelbagai kemudahan termasuk peti sejuk dan microwave.

Alamat: Jalan Sultan Zainal Abidin No 18/05, Pangsapuri Ladang Tok Pelam, Kg Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com

7. Visit Terengganu Homestay

Visit Terengganu Homestay - Gambar Ruang Tamu

Sebuah lagi homestay jenis apartment yang boleh anda jadikan pilihan penginapan ialah Visit Terengganu Homestay yang terletak di Pangsapuri Ladang Tanjung.

Berdekatan dengan KTCC Mall, anda dan keluarga tidak perlu risau atau bersusah payah mencari makanan dan hiburan. Homestay ini dihias dengan penuh mewah dan menjanjikan keselesaan.

Visit Terengganu Homestay - Gambar Bilik dan Dapur

Visit Terengganu Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Menjanjikan pemandangan laut yang cukup nyaman, ruang tamunya juga sungguh selesa dan lengkap dengan penghawa dingin, TV flat screen dan WiFi percuma.

Kesemua bilik tidur di sini juga lengkap dengan katil bersaiz queen dan penghawa dingin. Tentu anda dan keluarga cukup selesa di sini. Anda juga akan menikmati fasiliti yang disediakan di pangsapuri ini seperti kolam renang, taman permainan dan gimnasium.

Alamat: Jalan Sultan Zainal Abidin A-11-5 Pangsapuri Ladang Tanjung, Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com

6. Senja Homes

Senja Homes - Gambar Ruang Tamu

Sebuah lagi homestay jenis apartment di bawah naungan syarikat The Nap Place, Senja Homes turut menyediakan penginapan yang selesa dan cantik buat anda.

Dengan kemasan dan penggayaan yang modern dan kontemporari, Senja Homes tampak luas dan mewah untuk tetamu. Terletak di Kampung Ladang Tok Pelam, ianya berdekatan dengan Pantai Batu Burok dan menawarkan pemandangan yang cukup cantik.

Senja Homes - Gambar Bilik

Apartment 3 bilik ini dilengkapi dengan 2 katil bersaiz queen dan 1 katil single. Cukup selesa untuk keluarga kecil. Seluruh rumah juga dilengkapi penghawa dingin dan WiFi percuma. Dapur yang serba ringkas ini juga lengkap untuk kegunaan anda sekeluarga. Kemudahan seperti peti sejuk, alatan dan bahan membuat kopi/teh akan memudahkan anda dan keluarga.

Alamat: Jalan Pantai, Kampung Ladang Tok Pelam, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com

5. ASR Homes, Icon Residence

ASR Homes, Icon Residence - Gambar Ruang Tamu

Sebuah homestay jenis apartment yang pastinya menjadi rumah idaman anda ialah ASR Homes di Icon Residence. ASR Homes telah menghias homestay ini dengan gaya art deco dan modern klasik. Cukup menarik buat anda seisi keluarga.

Nak bergambar pun banyak sudut. Kombinasi warna kelabu dan mint pastinya nampak tenteram dan manis. Berdekatan dengan pusat-pusat pelancongan yang menarik sekitar Kuala Terengganu, anda tentu akan berpuas hati dengan pilihan ini sebagai penginapan anda.

ASR Homes, Icon Residence - Gambar Bilik

ASR Homes mempunyai 3 bilik semuanya berhawa dingin. WiFi juga percuma di seluruh rumah. And juga akan menikmati kemudahan di pangsapuri ini seperti kolam renang dan tempat letak kereta persendirian. Dapur yang lengkap dengan kemudahan seperti peti ais, periuk nasi, microwave dan bahan-bahan asas akan memudahkan lagi percutian anda nanti.

Alamat: Jalan Sultan Omar 16-7, Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com

4. De Rhumaa Homestay

De Rhumaa Homestay - Gambar Luar

Homestay dengan hiasan dan rekaan tradisional tetapi lengkap dengan kemudahan dan kelengkapan modern. Itulah De Rhumaa Homestay yang terletak di Kampung Gong Rusila.

Antara rumah pilihan ramai untuk homestay, De Rhumaa Homestay ini merupakan homestay jenis banglo tradisional. Walaupun sedikit jauh dari kota dan dikelilingi kawasan kampung, De Rhumaa menjanjikan ketenangan dan kedamaian.

De Rhumaa Homestay - Gambar Bilik

3 bilik tidur di homestay ini dilengkapi dengan 2 katil bersaiz queen dan 2 katil single. Selesa untuk 7 pax. Sesuai buat keluarga yang kecil dan tentu seronok untuk golongan kanak-kanak. Rumah ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin dan sangat selesa untuk semua. Dapurnya ringkas dengan kemudahan asas seperti sinki dan peti ais. Namun, cukup untuk percutian anda.

Alamat: 742, Jalan Kg. Gong Rusila, Kampung Gong Rusila, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com

3. Tokmi Retreat Home

Tokmi Retreat Home - Gambar Homestay

Sebuah banglo yang dihias indah dan dijadikan homestay, Tokmi Retreat Home bukan sahaja menyediakan suasana cantik di dalam rumah, malah laman yang luas di luar juga menjadi tarikan ramai.

Tokmi Retreat Home dihias dengan warna putih menjadikan interior rumah tampak besar, luas dan bersih. Laman luas diluar juga lengkap dengan sebuah ambin. Jadi, jika anda mengadakan apa-apa perayaan atau sambutan, kawasan luar rumah ini pasti menjadi tumpuan ramai.

Tokmi Retreat Home - Gambar Bilik Dan Ruang Makan

4 bilik tidur di sini disediakan dengan penuh selesa. Pastinya memuatkan hingga ke 10 pax, setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin dan katil bersaiz queen. Salah satu bilik di sini mempunyai 1 katil bersaiz queen dan 1 katil single.

Seronok betul jika dapat tidur beramai-ramai di sini. Dapur di sini juga sangat lengkap. Peti ais, microwave, penapis air dan macam-macam lagi telah pun disediakan bagi memudahkan anda seisi keluarga.

Alamat: 8670-A, Jalan Tok Jiring, KG Banggol Tok Jiring, Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com

2. KTCVU Homestay

KTCVU Homestay - Gambar Ruang Tamu

Nampaknya pangsapurisangat popular di kalangan pengusaha homestay di sini. Sebuah lagi homestay di Kampung Ladang Tok Pelam ialah KTCVU Homestay. Homestay jenis apartment ini juga telah dihias dengan gaya modern dan kontemporari. Memang cantik dan selesa.

Homestay ini juga berdekatan dengan Pantai Batu Burok. Tentu seronok pergi berkelah atau mandi di pantai bersama keluarga. Jangan risau, Homestay KTCVU ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memudahkan anda nanti.

KTCVU Homestay - Gambar Bilik

Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan setiap bilik dilengkapkan dengan penghawa dingin. Bilik tidur utama mempunyai 1 katil bersaiz queen dan 1 katil single. Lebih sesuai untuk golongan berkeluarga atau mempunyai anak-anak kecil. Bilik tidur kedua mempunyai 1 katil bersaiz queen dan bilik tidur terakhir lengkap dengan katil bersaiz single. Di ruang tamu juga ada katil sofa.

Secara keseluruhan, bolehlah menampung keluarga 10 pax. Dapur di sini lengkap dengan kemudahan asas seperti cerek, microwave dan peti sejuk. Anda juga boleh menggunakan mesin basuh, mop dan peralatan mengemas di sini. Anda juga boleh menggunakan fasiliti dan kemudahan di apartment seperti kolam renang, taman permainan dan gimnasium.

Alamat: Pangsapuri Ladang Tanjung, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com

1. Villapadu Bayu

Villapadu Bayu - Gambar Kolam Renang

Homestay terakhir dari Villapadu ialah Villapadu Bayu yang terletak di Lorong Pandan. Mungkin saja menjadi kegemaran peminat-peminat Villapadu kerana mempunyai kapasiti dan kolam renang paling besar di antara villa-villa mereka.

Seperti villa-villa mereka yang lain, Villapadu Bayu juga dikemaskan dengan gaya modern kontemporari. Namun, dinding-dinding kaca di villa ini menaikkan lagi resort living yang mereka ketengahkan.

Villapadu Bayu - Gambar Bilik, Ruang Santai dan Pantai

Villa ini lengkap dengan 6 bilik yang luas-luas belaka. Setiap bilik dilengkapi dengan 2 katil bersaiz queen dan semuanya berhawa dingin. Di villa ini juga terdapat 2 ruang tamu dan 1 lounge di mana beberapa hiburan disediakan seperti meja pool. Seluruh villa juga diberi WiFi percuma.

Villa yang betul-betul berada di tepi pantai ini mempunyai akses ke pantai yang tersendiri. Memang sebuah percutian yang mewah, selesa dan menakjubkan. Sesuai untuk seluruh keluarga besar anda.

Alamat: 815, Lorong Pandan, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com

Ada yang menarik hati anda daripada 30 pilihan homestay di Kuala Terengganu yang disenaraikan ini? Jika anda rasa ini sahaja pilihan yang ada, jangan terkejut bila melihat betapa banyaknya lagi sebenarnya pilihan penginapan di Terengganu jika anda melawati laman web booking.com, harga-harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.

Untuk memudahkan lagi pilihan anda yang mungkin menginginkan pengalaman penginapan yang lebih adventurous, apa kata kalau anda mencuba mana-mana daripada penginapan di dalam artikel kami bertajuk 30 Hotel Murah di Terengganu ini. Pasti ada yang dapat menjentik jiwa traveler anda.

Penginapan sudah dipilih, tunggu apa lagi? Bawalah keluarga anda untuk menyelami keindahan ‘negeri cantik, budaya menarik’ ini untuk sebuah percutian yang sempurna. Makanan yang enak, tempat shopping yang best, pantai-pantai yang indah, pastikan sempurna semua bucket list anda di Terengganu ya? Moh kita bergerak ke negeri pantai timur ini yang padu dengan kehebatannya yang tersendiri ini. Selamat bercuti ke Kuala Terengganu!

3.6/5 - (12 votes)