Terasa lemas dalam kehidupan yang bergerak terlalu pantas untuk mengejar keinginan materialistik yang tiada penghujungnya? Cuba berhenti seketika, tarik nafas dan relaks. Bayangkan sebuah dunia tanpa tekanan, dikelilingi oleh alam semula jadi yang penuh kesegaran, di sinilah di mana jiwa anda akan mendapat kebahagiaan yang sebenar.
Namun begitu, imaginasi bukanlah solusinya, jadikan ketenangan ini satu realiti dengan merancang sebuah percutian di dalam keindahan asli yang memukau. Di mana? Salah satunya terdapat di sebuah pekan kecil di Sabah iaitu Kundasang.
Di sini, anda dapat menikmati penginapan di antara gunung dalam suhu yang dingin, dikelilingi oleh pohon-pohon yang berbuah segar dan bunga-bungaan yang penuh warna-warni. Sejuk mata, sejuk hati, percutian di Kundasang adalah terapi yang dicari.
Kuasa kedamaiannya yang luar biasa menjadikan Kundasang cukup terkenal dalam kalangan warga kota yang mencari ketenangan. Di sini kami telah senaraikan 18 homestay di Kundasang untuk dijadikan tempat penginapan sewaktu anda bercuti ke sana nanti. Kami telah membahagikan penginapan ini kepada 2 bahagian iaitu Kundasang dan Ranau kerana kedudukan kedua-duanya yang tidak begitu jauh dari satu sama lain iaitu hanya dalam 20 minit pemanduan.
Kami telah menyenaraikan homestay yang sesuai untuk diinapi beramai-ramai hinggalah kepada yang menawarkan keselesaan yang luar biasa, teruskan membaca untuk mencari pilihan hati anda.
Homestay Di Kundasang
18. Sutera Sanctuary Lodge at Kinabalu Park
Sebuah lagi penginapan ala lodge atau cabins ialah Sutera Sanctuary Lodge. Namun, yang agak berbeza di sini ialah perkhidmatan bertaraf hotel yang mereka sediakan. Bukan sahaja tampak teratur dan mewah, ia juga lengkap dengan restoran, kedai cendermata dan reception.
Feel dan vibe di sini lebih kepada Hunter’s lodge atau kabin pemburu. Dengan penggunaan kayu sebagai motif utama, memang nampak rustic tetapi masih kekal mewah dan selesa.
Di sini terdapat beberapa lodge. Setiap lodge boleh memuatkan sehingga 3 pax dengan selesa. Lodge-lodge di sini konsepnya sama seperti studio apartment yang mempunyai hanya 1 bilik atau ruang tidur. Setiap lodge didatangkan bersama bilik mandi en-suite dan ruang tamu. Sesuai untuk yang berpasangan atau keluarga kecil.
Bagi yang akan bercuti dengan lebih ramai, boleh cuba dapatkan villa. Terdapat beberapa villa di sini yang mempunyai 2 atau 3 bilik tidur. Setiap satunya didekorasi dengan konsep berbeza namun cukup cantik. Ia juga dilengkapi dengan rung tamu dan pantry ringkas.
Alamat: Mt Kinabalu National Park, Kinabalu Park, 89300 Ranau, Sabah
17. Spring Garden
Sebuah penginapan mewah, Spring Garden menawarkan pengalaman bercuti seperti berada di Hollywood Hills. Di sini, suasananya sangat aman dan tenang, seperti sunyi. Jika anda mencari ketenangan, di sinilah tempat paling ideal.
Setiap bilik atau chalet di bina berjauhan antara satu sama lain, jadi anda dan yang tersayang dapat menikmati privacy. Tambahan pula apabila chalet-chalet ini mempunyai feature seperti dinding kaca, untuk anda dan keluarga menikmati pemandangan luar alam semulajadi.
Terdapat beberapa jenis unit di sini. Antaranya ialah suite king dan bilik twin. Bilik twin boleh memuatkan sehingga 4 pax dab suite king yang lebih intimate sesuai untuk 2 pax atau keluarga kecil 3 pax. Setiap bilik dihias dengan sangat bergaya dengan konsep minimalist. Bilik mandi yang lengkap dengan bath tub dan tingkap untuk pemandangan luar juga sangat mewah.
Alamat: Spring Garden Kundasang, Jalan Golf Course Mesilou, Kundasang, Ranau, Malaysia
16. Bayu Senja Lodge
Bayu Senja Lodge merupakan sejenis penginapan yang cukup istimewa. Ia terletak di kawasan pergunungan jadi pemandangan dari homestay ini memang cantik. Bahagian luar lebih kepada European style lodge, namun, dalam unit-unit di sini, ia lebih kepada simple dan kemas ala penginapan di Korea atau Jepun.
Di sini ada beberapa jenis bilik yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian anda sekeluarga. Jika datang beramai-ramai atau mempunyai keluarga yang besar, boleh dapatkan bilik family. Tetapi untuk keluarga kecil, solo atau berpasangan, bilik standard pon sudah memadai.
Selain dari bilik yang selesa, anda boleh menikmati kawasan teres berkongsi yang sesuai untuk lepak dan chill sambil menikmati pemandangan yang best dalam cuaca yang dingin. Terdapat juga dapur berkongsi di mana ia terdapat peti sejuk, tempat masak dan juga peralatan BBQ.
Alamat: Jalan Mohimboyon Kibas, Kampung Dumpiring Atas, 89308 Kundasang, Sabah
15. Hidden Hill Homestay
Homestay yang tentunya menjanjikan kelainan ialah Hidden Hill Homestay, Kundasang. Memang tak menyesal jika anda ke sini. Kerana bukan sahaja anda dapat percutian idaman di Kundasang, malah di penginapan ini sahaja sudah banyak tarikan tersendiri.
Homestay di sini berkonsep Jepun. Jadi jika anda peminat anime atau menyukai budaya Jepun, di sini anda dapat mendalaminya tanpa perlu ke Jepun. Anda boleh menyewa pakaian tradisional Jepun dan cosplay anime di sini tau.
Setiap unit homestay di sini adalah berbeza dari segi saiz dan jumlah tetamunya. Namun kesemuanya didekorasi dan dinamakan ala Jepun. Anda boleh memilih antara rumah 2 bilik atau rumah 1 bilik. Kesemua unit didatangkan bersama bilik mandi, ruang makan dan dapur yang ringkas. Memang sama macam rumah-rumah di Jepun. Cute je.
Alamat: Nearby Perkasa Hotel and Kem Bina, Kg Dodon Kasigau, Kundasang, 89308 Ranau, Sabah, Malaysia
14. Ayana Holiday Resort
Ayana Holiday Resort yang terletak di dalam perkarangan Taman Nasional Kinabalu. Merupakan sebuah homestay jenis resort, anda disajikan dengan pemandangan terbaik, cuaca yang menyenangkan dan yang paling penting, pilihan penginapan yang selesa. Kerana lokasinya yang menarik, anda boleh menikmati aktiviti hiking. Jika lebih adventurous, boleh menaiki Gunung Kinabalu terus.
Di sini anda boleh memilih untuk mendapatkan bilik standard, deluxe atau superior, ataupun jika datang beramai-ramai, dapatkan rumah holiday house mereka yang mempunyai 3 bilik dalam unit rumah tersebut. Bilik-bilik standard, deluxe dan superior semuanya lengkap dengan bilik mandi en-suite dan kelengkapan asas. Namun rumah holiday house mereka lebih menarik kerana mempunyai ruang tamu, ruang makan dan dapur yang ringkas.
Alamat: Kg. Tinompok, Mile 35, Kinabalu National Park, Nabalu, Sabah 89300, Malaysia
13. Kundasang Guesthouse
Percutian anda dan keluarga di Kundasang boleh saja di nikmati Di Kundasang Guesthouse. Nampak seperti perumahan di England, dengan penggunaan dinding-dinding bata atau exposed bricks, homestay ini nampak kukuh, gah dan mewah. Namun, sebenarnya, Kundasang Guesthouse ini tersangatlah budget friendly, jadi jangan rasa teragak-agak.
Di sini, mereka menyediakan 2 jenis penginapan. Yang pertama adalah penginapan jenis bilik. Mereka mempunyai beberapa bilik yang boleh memuatkan 2-4 pax. Ini mungkin lebih sesuai kepada pasangan atau keluarga kecil ataupun pelancong solo. Yang kedua ialah penginapan jenis rumah. Rumah-rumah di sini mempunyai 2 hingga 3 bilik.
Ini lebih sesuai untuk mereka yang bercuti beramai-ramai atau mempunyai keluarga yang besar. Setiap unit rumah juga berserta dengan dapur dan ruang tamu yang selesa. Seluruh resort telah dilengkapi dengan sambungan WiFi percuma untuk memudahkan anda.
Alamat: Jalan Lobou Lobou Satu, 89308 Kundasang, Sabah
12. J Residence
Alami percutian yang berbeza di J Residence, Kundasang. Memang Kundasang banyak pilihan penginapan di atas bukit, namun J Residence ada sedikit perbezaan. Bilik-bilik ala lodge atau log cabin di sini dibina secara rawak dalam suasana hutan.
Jadi, ada elemen camping di situ. Cumanya, anda akan menikmati kemudahan dan keselesaan seperti rumah sendiri. Memang sangat nyaman di sini. Apalagi bila menikmati kopi atau teh di balkoni atau teres yang disediakan sambil menghirup udara segar dan menyaksikan Gunung Kinabalu.
Di sini, ada beberapa jenis penginapan yang boleh anda pilih. Bagi anda yang akan bercuti bersama pasangan atau keluarga kecil, lebih sesuai jika anda menempah bilik superior twin atau superior triple.
Biliknya ringkas dengan kemudahan seperti bilik mandi en-suite dan TV. Jadi, sudah cukup selesa. Namun, jika anda bercuti beramai-ramai, disarankan anda mencuba superior villa yang mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik mandi. Villa ini agak luas dan boleh memuatkan sehingga 8 pax dengan selesa. Ia juga dilengkapi dengan dapur persendirian yang serba lengkap. Ada microwave, peti sejuk dan lain-lain.
Alamat: Kg. Tinompok, Mile 35, Kinabalu National Park, Nabalu, Sabah 89300, Malaysia
11. Sinurambi 2
Sinurambi 2 merupakan sebuah homestay yang agak berbeza dari homestay yang lain. Ini kerana konsep yang mereka bawakan adalah seperti American motel di mana semua bilik penginapan adalah dalam satu bangunan ala apartment yang Sama.
Sinurambi 2 menyediakan pelbagai kemudahan yang boleh digunakan seperti tempat BBQ, teres berkongsi dan lain-lain. Ada juga sebuah greenhouse atau rumah tumbuhan di mana mereka menanam tumbuhan seperti succulents di sini.
Ada 2 jenis penginapan di sini yang boleh anda cuba. Pertama ialah bilik King yang menyediakan penginapan untuk 2-3 pax. Sesuailah untuk pasangan atau keluarga kecil. Mereka turut menyediakan 2 unit rumah yang mempunyai 3 bilik tidur.
Untuk penginapan jenis rumah ini, anda akan menikmati kemudahan seperti ruang tamu, ruang makan dan dapur, seperti sebuah apartment. Kemudahan memasak turut disediakan. Jadi jika anda bercuti bersama kawan-kawan atau keluarga yang besar, ramai-ramai lah tidur di sini!
Alamat: Kampung Cinta Mata Kundasang, 89308 Ranau, Sabah, Malaysia
10. Soboroong Farmer’s Cottage
Penginapan yang serba ceria berwarna kuning ini, dimeriahkan lagi dengan bunga-bunga dan tumbuhan berwarna-warni, sambil dikelilingi kehijauan pokok-pokok, akan mengingatkan anda kepada rumah opah atau rumah nenek anda. Memang nostalgic tetapi cukup ceria. Pemandangan Gunung Kinabalu dari sini juga cukup cantik dan nampak gah.
Di sini mereka sediakan penginapan jenis chalet yang mempunyai 2 bilik setiap satu. Di setiap chalet ini juga anda dapat menikmati keselesaan dengan ruang tamu, ruang makan dan dapur ringkas.
Dapur juga dilengkapi dengan peralatan memasak, peti sejuk dan cerek. Chalet ini boleh memuatkan sehingga 6 pax dengan selesa dalam satu masa. Jadi, sesuai la jika anda bercuti bersama keluarga.
Alamat: Jalan kundasang kauluan, Pekan Kundasang, 89307, Kundasang, Sabah
9. Suang Noh Homestay Kundasang
Suang Noh Homestay merupakan sejenis homestay berkonsep B&B. Jika anda tidak berapa familiar dengan konsep itu, ia sebenarnya lebih popular di Eropah Di mana sesebuah rumah, sama ada banglo atau mansion, yang di mana bilik-bilik disewa. Ada sebahagian dari rumah ini dijadikan seperti sebuah apartment kecil. Namun, semuanya dalam 1 bangunan.
Di Suang Noh Homestay ini anda boleh memilih antara beberapa jenis penginapan. Bilik double, bilik triple, bilik family adalah penginapan jenis bilik sahaja. Bilik-bilik ini lengkap dengan amaun dan saiz katil yang berbeza untuk keselesaan para tetamu.
Namun jika anda bercuti bersama keluarga yang besar dan inginkan privacy yang lebih, boleh cuba suite 2 bilik tidur yang lebih selesa. Setiap suite atau apartment kecil ini boleh menempatkan sehingga 8-10 pax. Ianya lebih lengkap dengan dapur lengkap dan ruang tamu.
Alamat: Jalan Kundasang Kauluan, 89308 Kundasang, Sabah
8. Sling N Stone Vacation Homes Mt. Kinabalu
Untuk yang benar-benar inginkan percutian bersama famili besar, boleh cuba Sling N Stone Vacation Homes. Homestay ini merupakan jenis banglo atau mansion yang boleh memuatkan hampir 30 pax sekali gus. Sesuai la untuk anda yang akan mengadakan family day, kan? Apa kata ramai-ramai ke Kundasang, Sabah? Pasti luar biasa dan istimewa.
Vacation home atau mansion ini mempunyai 7 bilik kesemuanya. Muat lah untuk family along, Angah, achik hingga ke Ucu nanti. Lengkap dengan pelbagai ruang makan, ruang tamu, dapur indoor dan outdoor, tempat BBQ, tempat masak, taman luas untuk anak-anak kecil berkeliaran dan serba lengkap dengan kelengkapan. Memang akan mudah dan menambah keseronokan untuk percutian anda.
Alamat: Lot D85, Jalan Golf Course Mesilau, Kundasang
7. Jabez Resort Kundasang
Sebuah resort yang cukup istimewa di Kundasang, Jabez Resort Kundasang menyajikan sebuah pusat penginapan serba lengkap, cantik dan mudah. Sekitar resort dihias dengan cukup manis.
Terdapat beberapa sudut di taman yang tampak seolah-olah fairtmytale. Bolehlah anda bergambar sakan. Selain itu, fasiliti di sini cukup lengkap. Dengan restoran dan tempat permainan kanak-kanak, anda dan keluarga tentu dapat menikmati percutian yang simple dan relaxing.
Di sini terdapat beberapa jenis bilik yang disediakan di sini. Bolehlah anda pilih mengikut kesesuaian percutian anda. Terdapat juga banglo keluarga yang menyediakan 3 bilik tidur. Sesuai untuk anda yang Inginkan privacy dan kemudahan yang lengkap. Siap dengan balkoni dan patio. Anda juga akan menikmati dapur ringkas, ruang tamu dan ruang makan yang cukup selesa.
Alamat: KM 9.5, Ranau to Kundasang Highway, 89309, Ranau, Sabah, Malaysia
6. Skyville Zen Resort, Kundasang
Dengar sahaja perkataan ‘zen’, anda tak perlu risau tentang kenyamanan atmosfera yang ditawarkannya. Kalau anda nak tahu, ‘zen’ yang berasal daripada bahasa Jepun ini membawa maksud ‘meditasi di tahap tertinggi.’ Inginkan fikiran yang setenang ini? Menginaplah di Skyville Zen Resort, Kundasang.
Dikelilingi oleh ketenangan alam semulajadi yang menyegarkan dalam suasana yang dingin Skyville Zen Resort, Kundasang, menginap di sini dapat membawa anda sekeluarga bersatu dengan alam.
Lanskap indah ini ditambah lagi dengan tahap kebersihan resort yang sangat memuaskan. Ketenangan yang sebenar sememangnya dapat dirasai di sini.
Setelah puas menikmati keindahannya, anda boleh mengisi kelaparan dengan memasak sendiri di ruang dapur yang disediakan atau berbbq bersama keluarga. Untuk pengetahuan anda, di sekitar kawasan penginapan ini terdapat banyak pondok yang masing-masing tersedia dengan kemudahan bbq.
Alamat: Jalan Kinasaraban, Kampong Kundassang, 89308 Kundasang
5. Amazing Grace Lodge
Ingin bangun tidur dengan pemandangan yang sempurna persis lukisan, menginaplah di Amazing Grace Lodge.
Penginapan indah ini lengkap dengan bbq pit, dan dapur yang sempurna dengan segala kemudahan memasak. Dah selesai memasak, juadah boleh dinikmati di ruang makan terbuka sambil menghirup udara segar dan melihat pemandangan yang memukau jiwa.
Lokasinya, terletak kurang 10 km dari Desa Cattle Farm. Kedai makan pula, KFC dan Puteri Nabalu Cafe hanyalah 500 meter dari lodge. Bagi anda yang merancang untuk memasak sendiri di sini dan ingin membeli bahan mentah, Mini Market 88 dan pasar juga kurang 1 km dari penginapan ini.
Alamat: Kampung Sinisian, Kundasang, 89308 Ranau
4. Wind Valley Farmstay
Wind Valley Farmstay adalah sebuah penginapan yang dihias ringkas namun cukup selesa dimana setiap bilik lengkap dengan ruang balkoni sebagai tempat untuk anda menenangkan fikiran dan menikmati pemandangan.
Lokasinya? Terletak tidak jauh dari Desa Cattle Dairy Farm yang kurang 8 km dari farmstay dan Kundasang War Memorial pula hanyalah 11.6 km.
Alamat: Jalan Cinta Mata Mesilou HSE NO MSLU 107, 89308 Ranau
Homestay di Ranau
3. Sabah Tea Garden
Kuasa terapi jiwa yang efektif dapat anda rasakan di Sabah Tea Garden. Suasana tenang dan penuh privasi menjadikankan ia sebuah penginapan yang istimewa. Dari sini, anda dapat melihat keanggunan pemandangan sekitar ladang teh dan Gunung Kinabalu yang terbentang luas di hadapan mata.
Setelah puas berjalan di kawasan sekitar, anda boleh menikmati makanan yang dihidangkan di restoran Sabah Tea Garden sambil menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang mempesonakan. Jangan lupa juga untuk mencuba pelbagai jenis teh yang disediakan di restoran ini.
Untuk pengetahuan anda, setiap sudut di Sabah Tea Garden ini cukup fotogenik untuk diabadikan di dalam Instagram anda. Kalau ada dslr, jangan lupa untuk full kan baterinya dahulu ya?
Selain itu, anda juga tidak patut melepaskan peluang untuk mengikuti lawatan yang menunjukkan bagaimana Sabah Tea dihasilkan.
Alamat: KM 17, Jalan Ranau/ Sandakan, Kampong Nalapak, Ranau, Sabah, Malaysia, 88450 Ranau
2. Mesilau Mountain Retreats | Luxury Edition
Apa salahnya sekali-sekala menikmati percutian mewah dalam keindahan alam semula jadikan? Bukan mudah untuk mendapatkan waktu yang boleh diluangkan untuk diri sendiri, dan apabila peluang tiba, inilah waktunya untuk mendapatkan sebuah percutian yang diimpikan. Jika tercari sebuah penginapan yang sempurna di Sabah, Mesilau Mountain Retreats | Luxury Edition adalah jawapannya.
Mesilau Mountain Retreats | Luxury Edition adalah sebuah penginapan yang sempurna dalam segala aspek. Dihias dengan elegan, setiap sudut rumah ini diberikan perhatian yang cukup terperinci membuatkan segalanya sedap dipandang sewaktu anda berehat-rehat di sofa yang selesa.
Menawarkan 3 buah bilik tidur, homestay mewah ini selesa untuk diinapi 6 orang dewasa. Kemudahan lain yang disediakan di sini adalah dapur yang lengkap, ruang balkoni dengan tempat duduk yang selesa dan lain-lain lagi.
Alamat: Unnamed Road, 89308, Kundasang, 89308 Ranau
1. T Paradise
Bercuti bersama keluarga yang ramai atau dengan semua sahabat yang sekepala dengan anda? Salah satu pilihan yang tepat di Ranau adalah T Paradise. Homestay kayu berwarna kelabu ini cukup luas untuk penginapan sekitar 8 orang dewasa. Menyediakan 3 buah bilik tidur dan sebuah ruang tamu yang lengkap dengan 4 katil sofa, pilih sahaja dimana anda mahu tidur.
Di dalam bilik atau di luar bilik, segenap pelusuk T Paradise ini cukup sedap dipandang mata. Dekorasi dalamannya yang menggunakan warna-warna natural dan perabot-perabot kayu berwarna cerah, menyerlahkan aura santai penginapan ini.
Bukan itu sahaja, ia juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti peralatan bbq dan dapur yang sempurna untuk anda memasak masakan panas. Untuk berhibur pula, TV bersiaran satelit dan pemain DVD turut disediakan.
Namun apa gunanya jika waktu bercuti dihabiskan di depan skrin kaca bukan? Apa kata jika anda menikmati sepuasnya pemandangan dari ruang balkoni homestay ini. Pada waktu malam, anda mungkin dapat melihat pendaki-pendaki Gunung Kinabalu yang dikatakan kelihatan seperti kelip-kelip dari jauh.
Penuh dengan privasi, udara yang segar dan pemandangan yang menyejukkan mata, T Paradise dapat memberikan anda syurga percutian yang diimpikan.
Alamat: Kampung Mesilau, 89308 Ranau
Yang mana yang berjaya mengetuk pintu hati anda? Sekiranya pilihan yang disenaraikan ini masih tidak cukup, anda boleh melayari booking.com untuk melihat lebih banyak pilihan penginapan yang terdapat di Sabah dengan tawaran harga yang sangat berpatutan.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu stabil ini, mesti ramai antara anda yang ingin menyimpan bajet tapi termimpi-mimpikan percutian di Kundasang bukan? Tak perlu risau, penginapan dalam harga murah cukup banyak sebenarnya di Kota Kinabalu ini, nak tahu di mana? Anda boleh membaca artikel kami tentang 25 Hotel Murah di Kota Kinabalu.
Sudah temui penginapan idaman anda? Jangan lagi menyeksa jiwa yang merindukan kedamaian dalam keindahan alam flora dan fauna. Deria yang telah lama dicemari boleh disegarkan kembali di pekan kecil ini di mana kemodenan dan material boleh ditinggalkan di belakang buat seketika. Pack beg anda dan terbanglah ke Sabah untuk percutian yang pasti membuatkan jiwa tenang tak terkata. Selamat bercuti ke Kundasang!