
Pulau Pinang sememangnya layak sekali diberi gelaran sebagai Pulau Mutiara. Pelbagai โmutiaraโ indah tersimpan di sini, atau dalam erti kata lain tarikan-tarikan yang membuatkan ramai orang tergoda untuk meluangkan masa bercuti di negeri ini.
Tarikannya dapat memuaskan pencinta sejarah, food hunter, orang yang berjiwa lasak dan sesiapa yang merindukan keindahan alam semula jadi. Dari muda hinggalah tua, semuanya dapat menikmati keseronokan di Penang.
Disebabkan betapa ramainya pelancong yang datang ke sini untuk bercuti, maka banyaklah tempat penginapan yang diwujudkan.
Tapi tak semua dapat memenuhi kriteria yang diinginkan, terutama sekali bagi anda yang merancang untuk datang bercuti bersama keluarga, homestay mana yang serba lengkap, ada fasiliti menarik dan boleh bagi keselesaan kepada semua ahli keluarga?
Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Penang
Dalam artikel kali ini, kami senaraikan antara homestay di Penang menarik yang boleh anda pertimbangkan penginapan bila bercuti di pulau ini nanti.
01. Stay SongSong Mount Erskine

Stay SongSong Mount Erskine terletak di Georgetown. Rumah 3 bilik ini boleh disewa sepenuhnya untuk anda dan keluarga. Rumah ini telah pun dibuah suai dan dihiasi dengan konsep yang cukup menarik dan cantik.
Interior nya yang modern, kemas dan ceria ini pasti membuatkan anda lebih tertarik. Nak ambil gambar pon banyak sudut. Banyak ruang santai yang disediakan dalam dan sekitar kawasan luar rumah.

2 bilik di sini dilengkapi dengan katil bersaiz queen manakala 1 lagi bilik dilengkapi dengan 2 katil single.
Di ruang tamu pula terdapat katil sofa yang boleh memuatkan seorang lagi tetamu. Terdapat 3 bilik mandi di sini berserta dengan dapur lengkap dan ruang makan.
Ruang tamu juga dilengkapi dengan TV dan penghawa dingin untuk keselesaan optimum anda. Bukan itu sahaja, kelengkapan memasak, kelengkapan BBQ, peti sejuk, mesin basuh baju dan banyak lagi turut disediakan khas untuk anda.
Alamat: 15 Gerbang Erskine, George Town
02. The Landmark By Comfy

Menawarkan penginapan berpemandangan laut yang cukup cantik, The Landmark by Comfy ini terletak di Georgetown.
Dengan konsep modern, bilik-bilik penginapan ini dihias indah dengan gaya modern, warna-warni ceria dan lengkap dengan keperluan untuk anda seisi keluarga. Siap ada balkoni lagi.

Terdapat beberapa jenis bilik yang disediakan di sini termasuk studio, apartment 2 bilik dan penthouse 2 bilik.
Bilik-bilik di sini boleh memuatkan dari 2 pax sehingga 10 pax, dan anda boleh memilih mengikut kesesuaian bajet dan saiz keluarga anda. Yang pasti, semuanya selesa dan serba lengkap.
Alamat: 100A-7-2, The Landmark by Katana, Jln Tanjung Tokong, 10470 George Town, Penang
03. Rumahku Georgetown

Rumah dengan struktur dan senibina lama ini telah diubah suai menjadi sebuah homestay yang kontemporari, modern dan bergaya.
Baca:ย 27 Hotel Murah Di Penang Sesuai Untuk Bajet Traveller
Dari luar, facade lama dikekalkan, sejurus masuk, anda akan terpegun dengan rekaan dan hiasan dalaman yang cukup modern. Bukan itu sahaja, RumahKu Georgetown ini juga cukup lengkap dengan keperluan dan amenities.

Seluruh rumah mempunyai 5 bilik dan 4 daripadanya dilengkapi dengan bilik mandi en-suite.
Jika anda bercuti beramai-ramai, RumahKu Georgetown ini memang sesuai untuk anda. Boleh memuatkan sehingga 12 orang secara keseluruhan, keselesaan anda dan keluarga pasti terjamin.
Bukan sahaja bilik yang selesa, anda juga akan menikmati sebuah dapur yang luas dan lengkap. Mesin basuh dan pengering juga ada.
Anda juga akan menikmati sebuah taman persendirian yang membenarkan anda chill dan lepak bersama keluarga di luar. Nak BBQ pon boleh tau.
Alamat: 37 Lebuh Noordin, George Town
04. Ke-lan-tan House

Terletak dalam bangunan lama dan berkonsepkan rumah tradisional lama, Ke-lan-tan House ini berada di Georgetown.
Dihiasi dengan cukup teliti untuk menggambarkan gaya zaman dahulu, Ke-lan-tan House ini memang cukup unik dan menarik. Buat anda yang sukakan konsep klasik, ini penginapan tepat untuk anda.

Terdapat 5 jenis bilik di sini iaitu bilik standard twin, standard double, suite deluxe, bilik family, dan bilik king.
Setiap bilik di sini dilengkapi dengan bilik mandi persendirian.
Di sini, mereka turut menyediakan dapur yang boleh dikongsi. Premis ini juga dilengkapi dengan WiFi dan penyambut tetamu yang beroperasi 24 jam.
Alamat: 27 Kelantan Road, Georgetown
05. Carnavon House

Sebuah lagi homestay yang terletak dalam bangunan kolonial lama Penang ialah Carnavon House yang juga terletak di Georgetown.
Carnavon House ini pula sangat unik. Ini kerana secara umumnya, ia dihiasi dengan konsep nyonya atau Chinese-style tetapi, bilik-bilik di sini membawa konsep dan hiasan yang berbeza dan lain antara satu sama lain.
Lebih kepada konsep dormitory, dengan bilik mandi berkongsi, Carnavon House ini menyediakan beberapa jenis bilik yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.
Ini termasuk bilik Chaulia, bilik Kapitan, bilik Buckingham, bilik Acheh, bilik Kimberley, bilik Carnavon, dan bilik Armenian.

Bukan sahaja cantik dari segi estetika, Carnavon House ini juga selesa dan serba lengkap.
Terdapat juga ruang common atau ruang bersantai berkongsi serta ruang makan berkongsi. Jadi, jika anda menginap di sini, bolehlah bergaul mesra bersama tetamu-tetamu lain.
Alamat: 28 Lorong Carnarvon, Georgetown
06. Greenville Homestay

Greenville Homestay terletak di Balik Pulau dan merupakan homestay rumah teres, 4 bilik. Besar, kan? Senanglah nak bawa satu keluarga.
Untuk memudahkan anda, mereka turut menyediakan perkhidmatan sewaan basikal dan kereta tau.
Konsep dan hiasan di homestay ini cukup simple tetapi modern. Menambahkan lagi kemudahan untuk anda sekeluarga, WiFi juga disediakan di sini.

Rumah 4 bilik ini boleh memuatkan lebih kurang 8 hingga 10 orang dengan mudah dan selesa. Lengkap dengan ruang tamu berTV, dapur yang dilengkapi dengan peti sejuk dan kelengkapan masak, ruang makan yang luas dan patio yang luas, anda dan keluarga pasti selesa. Mereka turut menyediakan sebuah pit BBQ di luar. Bolehlah anda dan keluarga raikan apa-apa sambutan bersama di sini.
Alamat: No. 1, Jalan Kampung Air Putih 3, Balik Pulau, Balik Pulau
07. Sea Lion By The Beach

Sea Lion By The Beach merupakan sebuah homestay jenis rumah teres 3 bilik. Rumah dengan arkitektur menarik ini terletak hanya 1.1km dari Pantai Tanjung Bungah.
Memang sangat convenient dan selesa untuk apa jua saiz keluarga atau kumpulan percutian anda. Hiasan dalamannya simple dan funky dengan penggunaan warna-warna ceria.

3 bilik ini boleh dipilih antara bilik twin single beds yang memuatkan 2 pax, bilik king dengan balkoni yang memuatkan 2-3 pax dan bilik triple yang memuatkan 3 pax.
Rumah homestay ini juga dilengkapi dengan dapur dan taman berkongsi. Dapur lengkap dengan peti sejuk, microwave dan kemudahan dan peralatan memasak. Mudahlah bagi anda jika ingin masak ketika bercuti nanti.
Alamat: 548K, Jalan Wee Hein Tze, Georgetown
08. Hickory Penang Hill

Terletak di Ayer Hitam, Penang, sebuah penginapan yang cukup unik dan menarik ialah Hickory Penang Hill. Ia merupakan penginapan dalam sebuah mansion di atas bukit yang menawarkan pemandangan yang sangat cantik.
Bangunan berstyle kolonial ini menawarkan bilik-bilik yang lengkap dengan bilik mandi dan akses ke teres yang selesa.

Anda boleh memilih dari bilik single, bilik twin kecil, bilik double deluxe, bilik comfort triple atau bilik keluarga. Setiap bilik dihias dengan cukup kemas dan simple.
Di homestay ini, anda akan disajikan dengan makanan-makanan istimewa dari restoran mereka sendiri. Tak perlu risau untuk memasak atau keluar mencari makan.
Ramai yang syorkan anda tinggal di sini paling kurang 2 malam kerana anda perlu mengalami dan menyaksikan terbit matahari dari atas bukit ini, pada hari kedua percutian anda.
Alamat: Jalan Bukit Bendera, Lower Tunnel Road, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang, Malaysia
09. By The Sea Penang

By The Sea merupakan sebuah homestay jenis apartment yang terletak di Batu Ferringhi. Jika anda Inginkan percutian di pantai, By The Sea mungkin saja penginapan yang sesuai buat anda.
Dengan hiasan dalaman yang modern dan sleek, homestay ini bukan sahaja cantik dan selesa, malah lengkap dengan kemudahan untuk penginapan yang cukup memudahkan.

Apartment 2 bilik ini boleh memuatkan sehingga 6 pax. Serba lengkap dengan peralatan dapur, mesin pencuci baju, TV, ruang tamu dan ruang makan, homestay ini tentu akan memudahkan anda, terutama sekali yang sudah berkeluarga dan beranak kecil.
Perkhidmatan WiFi juga disediakan di sini. Selain itu, kemudahan apartment ini seperti kolam renang dan sebagainya juga boleh dinikmati.
Alamat: By The Sea HOMESTAY, Jalan Batu Ferringhi Batu Ferringhi, 11100 Penang, Pulau Pinang
10. Golden View Serviced Apartments

Golden View Serviced Apartments menawarkan pelbagai jenis penginapan untuk memenuhi keperluan percutian anda, dari bilik yang selesa untuk 2 orang penginap hinggalah kepada apartment dengan 3 buah bilik tidur.
Kesemua unit lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan penginapan bersama keluarga.
Tarikan apartment ini tidak terhenti di situ, layanan yang diberikan juga bertaraf 5 bintang! Salah satu sebabnya adalah kerana kakitangan akan membersihkan penginapan anda dan menyediakan tuala yang baru setiap hari. Dengan harga yang ditawarkan, berbaloi bukan?

Kedudukannya, hanyalah sekirar 1 km dari Gurney Drive dan Tanjong Tokong, Straits Quay pula hanyalah 2.2 km. Nak ke Georgetown? Hanyalah 4.5 km dari sini.
Alamat: 2, Jalan Pantai Molek, Tanjung Tokong, Penang, 10470 George Town
11. Jazz Suite Tanjung Tokong

Untuk anda yang ingin bercuti tanpa mengabaikan keselesaan diri dan keluarga, anda pasti tak akan kecewa sekiranya memilih Jazz Suite Tanjung Tokong.
Apartment dengan 2 buah bilik ini dihias dengan minimal namun lengkap dengan kemudahan moden untuk keselesaan sepanjang penginapan.
Untuk beraktiviti, anda boleh menggunakan pelbagai fasiliti yang disediakan seperti kolam renang, gym dan bilik sauna. Untuk aktiviti yang lebih santai, anda boleh berehat sahaja menikmati udara segar di kawasan taman.

Lokasinya, hanyalah 2.4 km dari Pantai Tanjung Bungah dan 8 km dari Rainbow Skywalk di Komtar. Nak membeli kudapan atau barangan kemudahan lain? Jangan risau, Tesco terletak betul-betul berhadapan dengan apartment ni.
Cafรฉ dan restoran juga terdapat banyak di sekitar apartment.
Alamat: Jalan Seri Tanjung Pinang, The Jazz Suite , 10470 Georgetown
12. Tanjung Point Residences

Tanjung Point Residences adalah sebuah studio apartment dengan pemandangan laut indah dalam harga yang sangat berpatutan.
Baca:ย 21 Hotel Bajet Di Georgetown Yang Menarik & Selesa
Apartment yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan moden ini dapat memberikan keselesaan optimum kepada 2 orang penginap. Untuk yang datang bercuti bersama anak-anak, anda boleh juga memilih apartment 2 bilik ataupun apartment 3 biliknya.

Sepanjang percutian di sini, anda sekeluarga dapat menikmati waktu rehat yang sebenar, kerana suasananya yang tenang daripada sebarang gangguan bunyi. Sambil itu, anda turut dalam menyaksikan pemandangan laut biru.
Mengenai tarikan yang terdekat, Tanjung Point Residences terletak tidak jauh dari Avatar Garden, Spice Garden, Gurney Plaza dan juga Adventurous Escape Park.
Alamat: 508 Jalan Tanjung Tokong, Tanjung Tokong, 10470 Georgetown
13. Tropicana 218 Macalister

Tropicana 218 Macalister menawarkan beberapa buah apartment selesa untuk dipilih sama ada apartment 2 bilik atau 3 bilik yang masing-masing lengkap dengan kemudahan seperti di rumah sendiri. Dekorasi dalamannya juga cukup sedap dipandang.
Sambil berehat-rehat di ruang tamu apartment, anda boleh menonton siaran Netflix atau berhibur menggunakan wifi percuma yang disediakan.
Perut tiba-tiba berbunyi masa tengah syok bersantai? Jangan risau, turun sahaja ke ground floor, anda boleh terus singgah kafe, kedai roti, bubble tea atau mini mart (24 jam). Semuanya dah tersedia di depan mata tanpa perlu berjalan jauh.

Dah puas berehat, anda boleh bermandi-manda di kolam renang atau meningkatkan stamina di gym.
Pakaian yang dah kotor bila beraktiviti tu boleh terus dibasuh dengan mesin basuh yang disediakan di dalam apartment anda. Apa lagi sebab untuk anda tak booking?
Alamat: 218 Macalister Jalan Macalister, 10400 Georgetown
14. Luxfort 118 Service Suites

Luxfort 118 Service Suites menawarkan pelbagai jenis penginapan menarik yang terdiri daripada king suite, family suite, deluxe studio dengan 2 bilik dan apartment 2 bilik.
Anda boleh memilih sama ada ingin menginap di bilik dengan pemandangan laut atau yang menyajikan pemandangan sekitar bandar Georgetown.
Bilik-bilik yang ditawarkan dihias dengan penuh elegan berlantaikan kayu.
Sekiranya anda bercuti bersama anak kecil, family suitenya lengkap dengan ruang untuk anak-anak bermain permainan beyblade.
Mana nak cari hotel yang macam ni kan? Bagi yang dewasa pula, anda boleh ke kolam renang untuk menyegarkan badan.

Lokasinya, terletak berdekatan dengan Batu Ferringhi dan dan juga Gurney Drive.
Anda juga hanya perlu turun ke tingkat LG sekiranya ingin membeli sayuran, buah-buahan segar atau sebagainya di Cold Storage.
Alamat: 118, Island Plaza, Jalan Tanjong Tokong, 10470 Georgetown
15. Sri Sayang by Coral Holiday Resort

Inginkan penginapan yang luas dan selesa seperti di rumah sendiri dalam harga bajet? Anda boleh booking homestay moden Sri Sayang by Coral Holiday Resort.
Apartment di resort ini lengkap dengan 2 buah bilik tidur untuk keselesaan kepada 4 orang penginap.
Nak berjalan-jalan merasai kelembutan pasir di tepi pantai setiap pagi?
Anda hanya perlu bergerak dalam sekitar 1 km untuk ke Miami Beach dan 2.6 km sahaja untuk ke Pantai Tanjung Bungah.

Dah puas makan angin, badan yang kepenatan akan kembali lega setelah pulang ke apartment yang sejuk berpendingin hawa.
Anda boleh juga bersantai di ruang balkoni untuk menghirup udara luar sambil menikmati minum petang yang boleh disediakan menggunakan kemudahan yang ada di dapur.
Sambil-sambil melepak tu, bolehlah anda menonton tv atau melayari internet menggunakan wifi percuma yang disediakan. Dah bosan? Anda boleh menuju ke kolam renang yang disediakan pihak apartment untuk bermandi-manda.
Alamat: 188, Sri Sayang Apartment, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi
16. Century Bay Private Residences

Century Bay Private Residences sememangnya adalah โhome away from home,โ melangkah masuk ke dalam rumah penginapan ini, anda sekeluarga pasti jatuh cinta melihat dekorasi dalamannya yang cukup sejuk dipandang, dengan perabot berwarna putih.
Setiap ruang penginapan ini dihias dengan penuh stylish.
Bukan sekadar cantik dipandang, rumah ini turut lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti di rumah.
Untuk hiburan pula anda boleh menggunakan DVD player yang disediakan untuk menonton video atau movie.

Dah puas bersantai-santai, anda sekeluarga boleh memeriahkan lagi hari dengan menggunakan pelbagai kemudahan lain yang ada seperti gimnasium, bermain billiard, membawa anak-anak ke taman permainan atau meluangkan masa mengisi minda di perpustakaan.
Janganlah pula dek kerana terlalu teruja sampai tak keluar-keluar dari apartment, sebab ada banyak lagi tarikan menarik untuk dilawat di luar, lebih-lebih lagi di Georgetown yang terletak hanyalah 10 minit pemanduan dari sini.
Dalam jarak hanyalah 2 minit pula adalah Queensbay Mall.
Alamat: 5, Lintang Pantai Jerjak, 11700 Bayan Lepas
17. Lost Paradise Resort

Dari harga hanya RM181+ semalaman, anda dapat bercuti di โBaliโ. Ya, seni bina resort ini dan juga dekorasi dalaman Lost Paradise Resort membuatkan anda berasa seolah-olah berada di Bali.
Penginapan ini diberikan sentuhan tradisional Bali yang sangat mempesonakan dan dihidupkan dengan warna-warni yang ceria.
Sepanjang berada di sini, anda juga bakal ditemani oleh bunyi deruan ombak dari pantai. Kalau anda nak tahu, anda boleh terus berjalan kaki dari sini untuk ke kawasan pantai.

Resort ini turut lengkap dengan kolam renang, khidmat urutan spa dan juga restorannya sendiri. Resort yang cukup menarik untuk diinapi sekiranya anda ingin memanjakan diri.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan cahaya matahari terbit yang sangat memukau dari sini ya? Percayalah, percutian di resort ini pasti akan menjadi salah satu memori yang mustahil untuk dilupakan.
Alamat: 262, Jalan Batu Feringghi, 11100 Batu Ferringhi
18. Cosy Minimalist Home

Ingin mengembalikan kesegaran fikiran setelah berhari-hari pening kepala dengan urusan kerja? Rasanya tak senang nak jumpa tempat penginapan yang lagi sesuai daripada Cosy Minimalist Home.

Homestay luas yang terletak di Butterworth ini adalah rumah teres 4 bilik yang masih terserlah aura kesegarannya dengan perabot dan perhiasan yang baru.
Berehatlah sepuas hati di dalam homestay yang mana tahap kebersihannya setaraf hotel 5 bintang.
Walaupun mengetengahkan konsep minimalis dalam rekaan dalamannya, peralatan dan kemudahan yang disediakan lebih dari cukup untuk keselesaan semua.
Lengkap dengan 10 buah katil, wifi percuma, dapur sempurna dan banyak lagi.
Alamat: 15, Jalan Bagan Lalang 1, 13400 Butterworth
19. Smell Rose Beach Garden

Smell Rose Beach Garden adalah sebuah penginapan yang memang wow! Keindahan dekorasi dalamannya sukar untuk ditandingi oleh tempat lain.
Cukup sesuai dengan namanya โSmell Rose…โ, melihat dekorasinya walau hanya secara visual sudah dapat membayangkan keharuman yang bakal menerpa sebaik tiba di homestay ini nanti.

Setiap inci rumah ini dihias dengan begitu kreatif dan indah dengan tema artistik yang bergaya santai, sangat bersesuaian dengan lokasinya yang berada di tepi pantai.
Rumah ini dihias dengan kreatif menggunakan pelbagai hasil kraftangan yang menarik.
Semasa berada di sini, anda boleh berehat-rehat di ruang tamu sambil menyaksikan keindahan pantai dengan air laut yang berombak.
Anda juga boleh berjalan-jalan di kawasan taman yang diceriakan dengan kehadiran bunga ros dan pelbagai lagi tanaman lain.
Alamat: Medan Tanjung Bungah 32 Medan, 11200 Batu Ferringhi
20. iBook Gurney Suites

iBook Gurney Suites menawarkan beberapa jenis penginapan yang dapat memuatkan dari 4 ke 8 orang tetamu pada satu-satu masa.
Sekiranya anda bercuti beramai-ramai, townhouse dengan 2 bilik tidur adalah pilihan yang tepat untuk keselesaan semua.
Walau apa pun jenis penginapan yang dipilih, semuanya memiliki konsep hiasan dalaman yang moden dan menarik dengan gabungan warna natural secara keseluruhannya, atmosfera penginapan terasa cukup santai.

Di samping itu, suasana di sekitarnya juga tenang daripada sebarang gangguan bunyi. Dapatlah anda menikmati rehat yang sebenar.
Kedudukannya juga sangat strategik kerana anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke tarikan seperti Gurney Plaza, Gurney Drive Hawker Centre dan Gurney Paragon.
Alamat: 18, Tingkat Kelawei, 10250 Georgetown
21. Maritime Suites by Comfy

Penginapan bergaya moden dan eksklusif, Maritime Suites by Comfy sesuai untuk anda yang bercita rasa tinggi.
Terletak di Persiaran Karpal Singh, suite ini dihias dengan gabungan warna natural yang menarik pada pandangan mata.
Sesetengah suite stylish yang ditawarkan dilengkapi dengan ruang duduk yang selesa, ruang dapurnya pula sempurna dengan pelbagai kemudahan asas.

Selain ini semua, fasiliti lain seperti kolam renang dan kedai runcit turut disediakan. Mengenai kedudukannya, mudah untuk anda ke kedai, restoran dan pelbagai lagi tarikan lain.
Alamat: 29B-4-2 Persiaran Karpal Singh 2, 11600 Georgetown
22. Luxury Seaview Suite by Little Cabin

Siapa yang tak nak disajikan dengan pemandangan indah selama 24 jam?
Dari Luxury Seaview Suite by Little Cabin, anda dapat menyaksikan pemandangan sungai yang tenang sambil menghirup kopi yang dibuat dengan menggunakan kemudahan yang disediakan di dapur.

Bila minda dah tenang setelah menyaksikan pemandangan, barulah seronok untuk beraktiviti bukan?
Untuk aktivitinya pula, anda boleh menggunakan fasiliti lain yang disediakan apartment seperti kolam renang, gimnasium dan juga taman permainan kanak-kanak.
Alamat: Jalan Tanjung Tokong, 10470 Georgetown
23. Sunrise Gurney

Sunrise Gurney menawarkan penginapan yang dihias indah dengan konsep minimal. Dengan harga yang ditawarkan, anda akan mendapat sebuah penginapan yang luas dan lengkap dengan pelbagai kemudahan moden.
Anda boleh memilih daripada beberapa jenis penginapan yang ditawarkan iaitu sama ada apartment 2 bilik (deluxe), loft (2 bilik), suite 2 bilik atau apartment 2 bilik (standard) yang dapat memberi keselesaan kepada 6 ke 8 orang penginap.

Berkaitan dengan kemudahannya pula, apartment ini lengkap dengan wifi percuma, parking peribadi, serta akses eksklusif untuk ke gimnasium dan juga kolam renang.
Alamat: 68A-12-1 Persiaran Gurney Pulau Pinang, 10250 Georgetown
Banyak rupanya homestay menarik di Penang ni ya? Sebelum datang ke sini, jangan lupa untuk merancang aktiviti yang ingin dibuat nanti. Untuk memudahkan perancangan, anda boleh merujuk artikel kami berkaitan tempat menarik di Penang.
Baca: 29 Hotel Menarik Di Penang Untuk Percutian Pulau Luar Biasa
Macam mana? Dah jumpa homestay yang berkenan? Pastikan homestay yang dipilih terletak di lokasi yang ingin anda teroka dengan sepuas hati.
Kalau dah jumpa penginapan yang disukai, cepat-cepat booking sebelum terlepas! Selamat bercuti di syurga makanan Malaysia!