Ibu negeri Selangor, Shah Alam boleh dikatakan antara bandar yang sungguh mengagumkan kerana di sebalik kepesatan ekonomi dan pembangunannya sebagai sebuah ibu negeri, tidak sukar untuk anda mencari lanskap hijau.
Bandar ini turut lengkap dengan pelbagai tarikan menarik yang setaraf dengan tarikan antarabangsa sepertimana yang terdapat di taman tema i-City. Pilihan pusat membeli-belahnya juga tidak kurang banyaknya. Kedai makan yang best? Shah Alam boleh dikatakan sebagai salah satu syurga jalan-jalan cari makan yang terbaik. Disebabkan kepadatannya dengan pelbagai tarikan, siapa yang tak tertarik untuk bercuti ke sinikan? Disebabkan itu, banyaklah tempat penginapan wujud di sekitar kota ini.
Bagi yang datang bercuti bersama keluarga, penginapan jenis homestay adalah yang terbaik untuk keselesaan semua. Tapi persoalannya, homestay mana yang selesa dan paling menarik untuk diinapi beramai-ramai? Dalam artikel kali ini, MaiSinggah menyenaraikan 24 homestay di Shah Alam yang paling selesa. Teruskan membaca.
Kandungan
- 24. Blue House Shah Alam
- 23. i-City I-SOHO
- 22. Memorabilia.RASZ
- 21. Happy Holiday
- 20. The Happy Garden
- 19. i-City Premium Apartments by HA
- 18. Double Storey in the Sky@ i-City
- 17. Cosy Studio 14 Shah Alam
- 16. Alami Homestay Trefoil
- 15. JM Suite @ I City
- 14. Luxury Suite @ i-City
- 13. Miko’s Studio @ Setia Convention
- 12. Vista Alam Studio Units
- 11. Peanut House @ i-City Shah Alam
- 10. Cozy Suite ~ Infinity Pool View @ Bukit Jelutong
- 9. a SPACE, i-Suites @ i-City
- 8. Eminent Suite @ I-City, Shah Alam
- 7. Peanut House @ Trefoil Shah Alam
- 6. The Paris Deluxe
- 5. TRS – The Relaxing Style 3
- 4. Wander Inn Hillside Cottage
- 3. Lovely Homestay @ Seksyen 7
- 2. ‘One1A’ Homestay
- 1. WHITE Residence Semi-D Setia Alam/Klang
24. Blue House Shah Alam
Blue House Shah Alam adalah sebuah homestay bergaya moden yang dihias dengan kreatif yang terletak di Sri Alam Condo.
Dari balkoni homestay ini, anda dapat menyaksikan pemandangan di sekitar bandar, sekiranya datang bercuti pada malam sambutan tahun baru, dari sini anda dapat melihat pertunjukan bunga api yang cukup menakjubkan.
Dah puas bersantai di dalam bilik, anda boleh bermandi-manda di kolam renang luas yang terdapat di kondominium ini.
Kelaparan selepas beraktiviti? Singgah sahaja ke café yang terletak tidak jauh dari sini untuk melihat pelbagai pilihan hidangan yang menarik. Nak lebih jimat bajet? Jangan risau, sebab homestay ini turut lengkap dengan dapurnya sendiri, anda hanya perlu bawa bahan mentahnya sahaja.
Harga: Dari RM200+ Semalaman
Alamat: Sri Alam Condo, Jalan Kelab Golf 13/1, Section 13, 40100 Shah Alam
23. i-City I-SOHO
Homestay yang selesa, i-City I-SOHO merupakan sebuah apartment dengan dua buah bilik tidur yang dapat memberikan keselesaan optimum untuk 6 orang penginap.
Dari homestay ini, anda dapat menyaksikan pemandangan sekitar taman tema i-City Park yang penuh dengan cahaya warna-warni pada waktu malam.
Antara kemudahan penting yang tersedia di homestay ini adalah seperti mesin basuh, wifi percuma dan dapur memasak. Bercadang untuk masak sendiri? Inilah salah satu homestay yang boleh anda pertimbangkan.
Sebagai penginap apartment ini, anda boleh menggunakan pelbagai fasiliti menarik yang ada seperti kolam renang (termasuk kolam renang kanak-kanak), kemudahan bbq dan juga gimnasium. Tempat meletak kereta percuma turut tersedia.
Lokasinya, cukup strategik kerana terletak berhampiran dengan banyak tarikan seperti Wax Museum, Amusement Park dan juga Digital Park. Tidak jauh dari sini juga terletak i-Central Mall.
Harga: Dari RM169+ Semalaman
Alamat: Jalan Multimedia 7/Ah i SOHO, i-City, 40000 Shah Alam
22. Memorabilia.RASZ
Inginkan penginapan dengan dekorasi dalaman yang sedap dipandang? Anda tidak akan kecewa sekiranya memilih Memorabilia.RASZ.
Dekorasi dalamannya kelihatan sungguh elegan dan moden dengan gabungan warna yang harmoni. Homestay ini telah dihias dengan inspirasi daripada kota Paris, auranya sungguh santai dan selesa.
Dapat memberikan keselesaan kepada 6 ke 7 orang penginap, rumah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan penting menjadikan ianya sesuai dipilih untuk diinapi bersama keluarga ataupun untuk percutian yang panjang.
Yang menariknya lagi, sambil bersantai-santai di dalam homestay, anda boleh menonton smart tv yang turut lengkap dengan saluran Netflix. Tontonlah movie sepuas hati ya?
Sepanjang penginapan di sini, anda boleh menggunakan fasiliti menarik yang disediakan seperti kolam renang dan gimnasium.
Setelah puas bersenam atau bermandi-manda, anda bersama keluarga boleh berseronok di taman tema yang terletak hanyalah bersebelahan dengan homestay untuk melawat tarikan seperti Harry Potter Park, Aladdin Park, Marvels Park dan banyak lagi.
Harga: Dari RM213+ Semalaman
Alamat: Parisian Tower Jalan Multimedia, Icity, 40000 Shah Alam
21. Happy Holiday
Happy Holiday menawarkan beberapa buah homestay moden yang selesa dari harga yang sangat murah iaitu RM80+ semalaman. Siapa sangka homestay yang serba lengkap ditawarkan dalam harga yang serendah ini?
Kelengkapan dan keselesaan homestay ini tiada bezanya dengan penginapan lain yang mungkin lebih mahal. Apa lagi yang difikirkan? Book cepat sebelum terlepas! Rekaan dalamannya juga tidak kurang menariknya, cukup sejuk dipandang mata.
Ingin beraktiviti? Anda sekeluarga boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kolam renang infiniti, gimnasium yang serba lengkap, bilik sauna, ruang bbq, taman permainan kanak-kanak dan sebagainya.
Harga: Dari RM80+ Semalaman
Alamat: D-12-07, I-Soho, I-City, 40000 Shah Alam, Malaysia, Shah Alam, 40000 Shah Alam
20. The Happy Garden
The Happy Garden adalah sebuah penginapan jenis apartment yang selesa dan strategik yang lengkap dengan sebuah bilik tidur. Apartment ini juga memiliki penyejuk udara yang menyegarkan, mesin basuh, dapur yang sempurna dan sebagainya.
Mengenai dekorasi dalamannya, apartment ini dihias dengan moden dan beraura cozy supaya para penginap dapat menikmati rehat yang sebenar sepanjang penginapan di sini.
Dah puas bersantai, anda sekeluarga boleh menuju ke kolam renang untuk bermandi-manda.
Harga: Dari RM140+ Semalaman
Alamat: D-12-3A, I-Soho @ I-City Persiaran Multimedia, Seksyen 7, 40000 Shah Alam
19. i-City Premium Apartments by HA
i-City Premium Apartments by HA menawarkan beberapa jenis homestay yang selesa untuk penginapan dari 2 hingga 4 orang penginap. Anda boleh memilih sama ada ingin menginap di apartment dengan sebuah bilik atau apartment dengan dua buah bilik.
Walau apa pun penginapan yang dipilih, kesemua homestay dilengkapi dengan tv bersaluran Netflix yang boleh anda tontoni sambil menikmati kopi yang dibuat dengan menggunakan mesin Nespresso. Dah puas menonton Netlix, anda boleh menyegarkan badan di kolam renang atau meningkatkan stamina di gimnasium.
Untuk menghilangkan rasa lapar, anda boleh menikmati hidangan di restoran yang turut terdapat di bangunan apartment ini. Ingin menyediakan makanan sendiri? Boleh sahaja menggunakan kemudahan yang terdapat di dapurnya.
Harga: Dari RM116+ Semalaman
Alamat: Persiaran Multimedia, Seksyen 7, i-Suite, 40000 Shah Alam
18. Double Storey in the Sky@ i-City
Terletak di Jalan Multimedia, Shah Alam, Double Storey in the Sky@ i-City adalah sebuah apartment 1 bilik yang padat dengan segala keselesaan penting sebagai sebuah homestay.
Jangan salah anggap, walaupun hanya 1 bilik, apartment ini sebenarnya dapat memberikan keselesaan yang optimum dan juga tempat tidur yang selesa untuk sehingga 5 orang tetamu dengan 2 buah bunk bed, sebuah katil double dan juga sebuah katil sofanya.
Sambil-sambil berehat di homestay, anda boleh melayari internet dengan menggunakan wifi percuma yang disediakan. Perut menggerodak kelaparan atau teringin minum minuman panas? Segalanya boleh disediakan di dapur yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan memasak.
Sebagai sebuah homestay yang terletak di dalam bangunan apartment, anda boleh menggunakan banyak lagi fasiliti lain yang ada seperti kolam renang, ruang bbq, taman, tempat meletak kereta dan taman permainan kanak-kanak.
Kedudukan homestay ini juga cukup strategik kerana anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke lokasi seperti i-City, pusat membeli-belah, restoran, kedai runcit 24 jam dan banyak lagi.
Harga: Dari RM140+ Semalaman
Alamat: Jalan Multimedia 7/Ag A1-33-07, 40000 Shah Alam
17. Cosy Studio 14 Shah Alam
Cosy Studio 14 Shah Alam adalah sebuah penginapan selesa yang dapat memberikan keselesaan kepada seorang sehingga 4 orang penginap dari harga yang sangat berpatutan iaitu RM121+ sahaja untuk semalaman.
Sebagai penginap di Cosy Studio 14 Shah Alam, anda boleh memanfaatkan kemudahan menarik seperti wifi berkelajuan tinggi Unifi, Hypp tv dan banyak lagi kemudahan moden lain. Fasiliti lain yang turut boleh digunakan adalah kolam renang, gimnasium, taman permainan kanak-kanak dan sebagainya.
Dari penginapan ini, anda boleh berjalan kaki untuk ke pusat membeli-belah SACC Mall dan kedai-kedai makan. Tidak jauh dari sini juga adalah Taman Tasik Shah Alam, bolehlah anda merancang untk berjogging bersama keluarga pada waktu petang.
Harga: Dari RM121+ Semalaman
Alamat: Studio Fourteen Persiaran Perbandaran Seksyen 14, 40000 Shah Alam
16. Alami Homestay Trefoil
Alami Homestay Trefoil menawarkan penginapan untuk keselesaan 3 – 7 orang penginap di dalam studio apartment yang dihias dengan konsep desa dan klasik. Bagi yang berjiwa lama tu, bolehlah pertimbangkan Alami Homestay Trefoil untuk percutian di Shah Alam nanti.
Nak buat aktiviti yang dapat menghidupkan hari anda bersama keluarga? Tak perlu keluar jauh-jauh sebab di apartment ini sendiri sudah tersedia pelbagai fasiliti yang best untuk digunakan seperti gelanggang tenis, bilik sauna, gimnasium, jakuzi, kolam renang dan banyak lagi.
Dah penat beraktiviti, anda boleh berehat di dalam homestay sambil menonton tv bersiaran Astro. Lokasinya, berdekatan dengan Setia City Mall, Setia City Park dan banyak lagi kemudahan lain.
Harga: Dari RM109+ Semalaman
Alamat: No.2 Jln Setia Dagang (AH U13/AH), Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam
15. JM Suite @ I City
JM Suite @ I City menawarkan beberapa buah apartment berbeza untuk dipilih. Setiap apartment di sini cukup luas dan selesa untuk memuatkan sehingga 5 orang tetamu. Dekorasi dalaman homestay ini juga sungguh sedap dipandang dan moden.
Daripada apartment JM Suite, anda sekeluarga boleh menyaksikan pemandangan yang indah sekitar bandar atau kolam renang. Dah puas meelihat pemandangan?
Anda boleh menikmati hidangan yang boleh disediakan di dapur yang serba-serbi sempurna sambil menonton tv.
Anak-anak tak sabar nak berseronok semasa bercuti di Shah Alam? Anda memang tak tersalah pilihan sekiranya menginap di JM Suite sebab kedudukannya dari taman tema i-City hanyalah berjarak 500 meter sahaja, jalan kaki pun dah boleh sampai.
Selain makan angin di luar, anda sekeluarga juga boleh menggunakan pelbagai fasiliti yang disediakan apartment seperti gimnasium, kolam renang, taman permainan kanak-kanak, ruang bbq dan sebagainya.
Harga: Dari RM135+ Semalaman
Alamat: Persiaran Multimedia, Seksyen 7 I-Soho, I-City, 40000 Shah Alam
14. Luxury Suite @ i-City
Luxury Suite @ i-City menawarkan 2 jenis penginapan moden iaitu apartment 2 bilik dan juga apartment studio untuk keselesaan optimum bagi 3 ke 4 orang penginap. Atmosfera apartment terasa cukup cozy dengan tahap kebersihan yang sangat memuaskan hati. Melihat daripada dekorasi dalaman dan kelengkepan homestaynya, caj semalaman yang dikenakan terasa cukup murah, lebih-lebih lagi kerana setiap ruang penginapan dilengkapi dengan pendingin hawa.
Bercadang untuk memasak sendiri? Boleh gunakan dapur yang disediakan. Setelah kenyang anda boleh berehat dengan cara melayari internet menggunakan wifi percuma yang disediakan.
Mengenai lokasinya pula, anda hanya perlu berjalan kaki sahaja dari Luxury Suite @ i-City untuk ke Central i-City dan juga untuk ke taman tema i-City. Dah puas berseronok nanti, pulang sahaja dari apartment anda boleh terus terjun ke kolam renang untuk mengembalikan kesegaran badan.
Harga: Dari RM111+ Semalaman
Alamat: I-City, 40000 Shah Alam
13. Miko’s Studio @ Setia Convention
Miko’s Studio menawarkan homestay yang selesa dalam harga bajet bermula dari hanya RM160+ semalaman. Dari apartment yang diinapi anda dapat melihat pemandangan sekitar kolam renang. Apartment juga lengkap dengan ruang balkoni di mana anda boleh bersantai sambil menghirup secawan kopi panas sambil menyaksikan pemandangan bandar Shah Alam di waktu pagi.
Nak melayari internet untuk sentiasa update dengan berita terkini? Seperti mana homestay lain di sekitar Shah Alam, Miko’s Studio turut lengkap dengan wifi percuma.
Mengenai kemudahan lain yang terdapat di apartment ini adalah seperti kolam renang, gimnasium, gelanggang tenis, bilik sauna, taman dan sebagainya.
Harga: Dari RM160+ Semalaman
Alamat: Jalan Setia Dagang AH U13/AH, 40170 Shah Alam
12. Vista Alam Studio Units
Berkonsep minimal dan simple dari segi dekorasi, SeVista Alam Studio Units menawarkan beberapa jenis apartment berbeza supaya mudah untuk anda membuat pilihan berdasarkan bajet dan keperluan percutian.
Jenis homestay yang ditawarkan adalah studio (3 orang), apartment untuk 4 orang, apartment dengan sebuah bilik (6 orang), apartment dengan 3 buah bilik (6 orang), apartment 2 bilik (8 orang) dan apartment 4 bilik (18 orang).
Kedudukannya, terletak tidak jauh dari tempat-tempat seperti SACC Mall, Muzium Sultan Shah Alam dan Shah Alam Royal Theater yang hanyalah dalam sekitar 1.1 km dari sini. Manakala Wet World Water Park pula hanyalah 2.6 km dari sini.
Harga: Dari RM88+ Semalaman
Alamat: S2-06-13, Vista Alam, Jln Ikhtisas, Section 14, 40000 Shah Alam
11. Peanut House @ i-City Shah Alam
Penginapan yang unik dimana dinding-dindingnya dihiasi dengan lukisan kreatif, Peanut House adalah homestay yang boleh anda booking sekiranya menginginkan kelainan dan penginapan yang ‘hidup’ dengan warna-warni.
Bergantung kepada bajet dan berapa ramai ahli keluarga yang dibawa, anda boleh memilih sama ada ingin menginap di apartment 1 bilik atau apartment 2 bilik. Dari kesemua apartment ini anda dapat menyaksikan pemandangan di sekitar bandaraya Shah Alam.
Kedudukan homestay ini juga tidak mengecewakan kerana sebagai penginapan yang terletak di i-SoHo i-City, anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke banyak tarikan yang dapat memberikan keseronokan seperti Trick Art Museum, Itsy Bitsy Fun World, Waterworld dan sebagainya yang terdapat di taman tema i-City.
Dah puas berseronok di luar, untuk aktiviti lebih santai, anda boleh sahaja menggunakan pelbagai fasiliti yang disediakan seperti bilik sauna, kolam renang, taman dan gimnasium. Anak-anak pula boleh berseronok di taman permainan.
Harga: Dari RM95+ Semalaman
Alamat: Jalan Multimedia 7/Ag D-30-12, I-SOHO @ I-CITY, 40000 Shah Alam
10. Cozy Suite ~ Infinity Pool View @ Bukit Jelutong
Penginapan moden yang seterusnya ini adalah Cozy Suite iaitu sebuah apartment 1 bilik tidur. Ditawarkan dari harga serendah RM116+ semalaman, Cozy Suite merupakan apartment selesa yang serba lengkap termasuklah dengan kemudahan memasak dan mesin basuh, tak perlulah anda bersusah-payah mencari dobi atau kedai makan sekiranya bercuti panjang di Shah Alam.
Sambil bersantai di dalam apartment yang berkonsep moden dan minimal ini, anda boleh menyegarkan mata dengan pemandangan luar yang menyajikan keindahan lanskap bandaraya Shah Alam, Subang dan juga Petaling Jaya. Bukan itu sahaja, anda juga dapat menikmati pemandangan sambil berenang di kolam renang infiniti yang disediakan apartment.
Terletak di hadapan Masjid Tengku Ampuang Jemaah dan di tepi sungai, suasana di sekitar apartment ini cukup mendamaikan jiwa. Sekiranya anda mendambakan ketenangan yang sebenar walaupun di dalam kota, menginaplah di Cozy Suite.
Harga: Dari RM116+ Semalaman
Alamat: Jalan Bazar U8/99, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam
9. a SPACE, i-Suites @ i-City
Di a SPACE anda dapat menikmati suasana penginapan yang benar-benar selesa, homey, penuh privasi dan tenang daripada sebarang gangguan bunyi. Di apartment yang ditawarkan ini anda sekeluarga dapat menikmati rehat yang sempurna di atas katil dan sofa yang empuk. Di waktu lapang anda boleh berhibur dengan menonton Netflix yang padat dengan pelbagai movie menarik.
Mengenai kemudahan lain yang ada, a Space menyediakan apartment-apartment yang lengkap dengan kemudahan penting seperti mesin basuh, dapur memasak dan sebagainya. Fasiliti menarik lain yang turut boleh diakses sebagai penginap apartment adalah kolam renang dan bilik sauna.
Lokasinya, bukanlah satu isu kerana sekiranya anda ingin membeli barangan keperluan atau berwindow shopping, anda hanya perlu melalui jambatan yang disediakan untuk terus menuju ke pusat membeli-belah.
Harga: Dari RM91+ Semalaman
Alamat: I-Soho, I-City, 40000 Shah Alam
8. Eminent Suite @ I-City, Shah Alam
Eminent Suite mengetengahkan konsep Skandanavia dalam rekaan dalamannya, menjadikan suasana di dalam suite yang ditawarkan beraura moden dan santai dengan tona warna yang sejuk dipandang. Lengkap dengan balkoni, di mana terletaknya kemudahan mesin basuh untuk memudahkan anda mencuci baju tanpa perlu mencari dobi.
Penginapannya cukup luas untuk keselesaan yang optimum. Dari apartment ini juga anda boleh menyaksikan pemandangan indah di sekitar bandar atau kolam renang. Ingin membeli-belah? Lokasinya tidak jauh dari mall. Dari homestay ini juga cukup mudah untuk anda mengakses banyak lagi tarikan lain.
Harga: Dari RM143+ Semalaman
Alamat: Persiaran Multimedia, Seksyen 7, I-City, 40000 Shah Alam
7. Peanut House @ Trefoil Shah Alam
Terdapat beberapa pilihan penginapan yang ditawarkan oleh Peanut House @ Trefoil Shah Alam dari harga yang bermula serendah RM106+ semalaman. Dari harga semurah ini, anda boleh menginap di dalam homestay yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan moden untuk keselesaan sepanjang percutian.
Untuk menghilangkan kebosanan terperap di dalam rumah, apa kata kalau anda buat bermacam aktiviti best dengan menggunakan fasiliti menarik lain yang terdapat di apartment ini, antaranya adalah kolam renang, gimnasium, bilik sauna dan banyak lagi.
Nak bershopping? Anda hanya perlu berjalan kaki dalam sekitar 3 minit sahaja untuk ke Setia City Mall.
Harga: Dari RM106+ Semalaman
Alamat: Jalan Setia Dagang AH U13/AH B-17-06, 40170 Shah Alam
6. The Paris Deluxe
Penginapan yang simplistik dan beraura santai serta romantik seperti di kota Paris, The Paris Deluxe adalah pilihan yang menarik sekiranya anda ingin berjimat namun tetap ingin memanjakan diri dengan menginap di homestay yang selesa dan sedap dipandang.
Apartment 1 bilik tidur ini dapat memberikan keselesaan sebenar kepada sehingga 3 orang penginap. Dari apartment indah ini, anda boleh menyaksikan pemandangan yang mengujakan terutama sekali pada waktu malam. Mengenai fasiliti menarik yang ada di apartment ini, salah satunya adalah kolam renang.
Lokasinya, hanyalah beberapa tapak dari i-City dan juga cukup mudah untuk anda ke kedai 7E, restoran atau dobi yang terletak di tingkat bawah apartment.
Harga: Dari RM126+ Semalaman
Alamat: Jalan Multimedia 7/Ah Seksyen 7, 40000 Shah Alam
5. TRS – The Relaxing Style 3
TRS – The Relaxing Style 3 adalah apartment 1 bilik yang menawarkan pemandangan tenang sekitar kolam renang. Dapat memberikan keselesaan maksima untuk 3 orang penginap, apartment ini dilengkapi dengan sebuah double bed dan juga sebuah katil sofa yang selesa.
Bagi yang bercadang untuk bercuti panjang di Shah Alam, TRS – The Relaxing Style 3 adalah sebuah penginapan yang sesuai kerana ia turut lengkap dengan mesin basuh.
Mengenai lokasinya, anda boleh berjalan kaki untuk ke mall terdekat iaitu i-Sogo dan juga i-City theme park. Di tingkat bawah apartment pula terdapat kafe yang boleh anda singgah untuk menghilangkan rasa lapar atau hubungi sahaja pihak kafe ini untuk khidmat delivery.
Harga: Dari RM140+ Semalaman
Alamat: A-15-12, I-Soho @ i-city, persiaran multimedia seksyen 7, 40000 Shah Alam
4. Wander Inn Hillside Cottage
Cukup luas untuk keluarga yang besar, Wander Inn Hillside Cottage adalah sebuah rumah teres dengan 4 buah bilik yang selesa untuk sebuah pengalaman penginapan seolah-olah berada di rumah sendiri. Seluruh ahli keluarga dapat menikmati tidur yang lena di dalam bilik masing-masing yang kesemuanya dilengkapi dengan katil empuk.
Setiap sudut rumah ini dihias dengan elegan untuk suasana penginapan yang eksklusif. Gantungan lampu chandelier juga menambahkan aura mewah rumah. Hanya dari RM499+ semalaman untuk penginapan dengan rekaan dalaman bergaya ala Inggeris dan selesa untuk keluarga yang ramai, apa lagi yang ditunggu? Booking sebelum terlambat.
Harga: Dari RM499+ Semalaman
Alamat: 17 Jalan Pulau Angsa U10/2a, 40170 Shah Alam
3. Lovely Homestay @ Seksyen 7
Lovely Homestay @ Seksyen 7 adalah sebuah homestay 2 tingkat yang cukup luas dan selesa untuk sebuah keluarga yang besar. Dekorasi dalamannya simple dan minimal namun ianya tetap lengkap dengan pelbagai kemudahan asas dan kemudahan moden untuk keselesaan maksima.
Anda sekeluarga boleh berehat di ruang tamu sambil menonton tv di bawah kesejukan pendingin udara. Kelaparan atau teringin untuk minum air kopi panas? Semuanya boleh disediakan dengan menggunakan kemudahan di dapur yang lengkap.
Secara keseluruhannya, rumah ini dilengkapi dengan 4 buah bilik tidur yang selesa yang mana kesemuanya memiliki sebuah katil double yang selesa.
Harga: Dari RM350+ Semalaman
Alamat: 19 Jalan Plumbum 7/101a, 40000 Shah Alam
2. ‘One1A’ Homestay
Rumah yang selesa dengan suasana santai dan tenang, ‘One1A’ Homestay adalah sebuah pilihan yang menarik untuk percutian bersama keluarga. Persekitaran homestay ini cukup tenang dan sunyi daripada sebarang gangguan untuk tidur yang lena dan rehat yang sempurna.
Rumah ini lengkap dengan 3 buah bilik tidur untuk keselesaan sehingga 6 orang penginap, berpendingin hawa, dapur, ruang makan dan ruang tamu yang selesa sepertimana homestay lain.
Kedudukan homestay ini cukup menarik kerana anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke LRT terdekat yang dapat membawa anda ke pusat-pusat membeli-belah terkemuka seperti KLCC, Bukit Bintang dan Sunway Pyramid. Selain itu, anda juga boleh berjalan kaki untuk ke taman di mana anda boleh berjogging bersama keluarga di waktu pagi. Kemudahan lain yang terletak berdekatan adalah dobi dan juga kedai runcit.
Harga: Dari RM399+ Semalaman
Alamat: 11 Jalan Putra Bistari 2/1v Subang Jaya, 47650 Subang Jaya
1. WHITE Residence Semi-D Setia Alam/Klang
WHITE Residence Semi-D Setia Alam/Klang adalah sebuah penginapan yang bertemakan warna putih yang sejuk dipandang mata. Hampir keseluruhan perabot dan perhiasan di rumah ini berwarna putih, cukup terserlah tahap kebersihannya. Konsep dekorasi yang diketengahkan pula adalah moden dan minimal.
Lengkap dengan 4 buah bilik tidur, rumah semi-d ini cukup selesa untuk 8 orang ahli keluarga. Kawasan halaman rumah ini juga luas untuk anak-anak kecil berkejar-kejaran atau melakukan aktiviti menyeronokkan yang lain. Halaman yang luas ini juga boleh memuatkan sehingga 4 buah kereta.
Selain ini semua, rumah ini turut sempurna dengan pelbagai kemudahan menjadikan keselesaan menginap di sini tidak ubah seperti berada di rumah sendiri.
Lokasinya, cukup strategik kerana terletak hanyalah 2 minit pemanduan dari lokasi kedai-kedai makan seperti Pizza Hut, KFC, Korean Restaurant, kedai mamak dan sebagainya. Untuk shopping barangan keperluan pula, Tesco hanyalah 3 minit pemanduan dari sini. Dalam sekitar 5 minit pula adalah Setia City Mall, Jaya Grocer dan Giant. Strategik, selesa, luas dan serba lengkap, apa lagi sebab untuk anda tak booking sekarang?
Harga: Dari RM355+ Semalaman
Alamat: No 25 Jalan Setia Impian U13/5N Seksyen U13 , Bandar Setia Alam, 40170 Setia Alam
Sudah jumpa penginapan yang menarik pandangan mata dan sesuai dengan bajet anda? Atau mungkin juga senarai ini masih tak cukup lagi untuk membantu anda membuat pilihan yang tepat? Tak apa, anda boleh sahaja layari Booking.com untuk melihat lebih banyak pilihan homestay yang ditawarkan dalam harga terbaru.
Diharapkan melalui artikel ini, kami dapat memudahkan anda sekeluarga membuat pilihan penginapan daripada antara senarai penginapan terbaik yang ada di Shah Alam, tak perlulah anda scroll lama-lama berkerut dahi mencari daripada ratusan pilihan yang. Buat apa buang masa lama-lama kan? Banyak tempat menarik dan kedai makan viral yang dah memanggil-manggil di Shah Alam ni, cepat booking penginapan anda sekarang! Selamat bercuti!