Hot Chicken Chop Melaka | Khas Untuk Penggemar Makanan Ala Western

Melaka adalah sebuah bandaraya beca yang terletak hanyalah 2 jam perjalanan dari ibu kota Kuala Lumpur. Tanpa perlu bergerak jauh anda dapat memasuki sebuah kota lama yang dapat mendatangkan nostalgia dengan hanya melihat struktur-struktur bangunan di sekitar yang kebanyakannya dibina dengan pengaruh gaya seni bina British, Belanda dan juga Portugis hasil daripada jajahan-jajahan lampau.

Walau dihiasi dengan panorama klasik, ini tidak bermakna Melaka kosong daripada sebarang aktiviti yang menyeronokkan, daripada tarikan untuk berhibur bersama keluarga sehinggalah kepada kedai-kedai makan, pilihan yang ada boleh buat sesiapa pun rambang mata.

Hot Chicken Chop Melaka Steak - Restaurant Front Image

Bercakap tentang kedai makan, di sini admin ingin menyarakan salah satu kedai makan yang best untuk anda singgah bila bercuti ke Melaka. Kedai yang dimaksudkan ini adalah restoran Hot Chicken Chop yang terletak di Taman Teknologi Cheng.

Masakan Barat Yang Sedap Di Melaka

Hot Chicken Chop adalah sebuah kedai dengan konsep santai yang patut anda singgahi sekiranya jiwa anda mendambakan masakan barat untuk menghilangkan rasa lapar.

Hot Chicken Chop Melaka Steak Ayam Goreng Image

Jangan keliru, walaupun nama yang diberikan kepada restoran ini adalah ‘Chicken Chop,’ jenis menu yang ditawarkan cukup pelbagai!

Hot Chicken Chop Melaka Steak - Gambar Daging

Bukan sekadar chicken chop ya? Nak tahu apa menu-menu yang ditawarkan? Teruskan membaca.

Hot Chicken Chop Melaka Steak - Gambar Pasta

Menu

Berdasarkan nama kedai ini mesti anda mengagak bahawa menu signaturenya adalah chicken chop bukan? Realitinya, menu special yang terdapat di restoran ini adalah pelbagai jenis hidangan barat lain seperti Spaghetti Marinara (RM 18.80), Linguine Ala Pollo (RM 17.80), Chicken Arabiata (RM 16.80) dan juga Tenderloin Steak (RM 29.80). Memandangkan semua ini adalah menu paling istimewa di sini, memang rugi kalau tak cuba!

Hot Chicken Chop Melaka Steak - Gambar Menu

Namun begitu, bersesuaian dengan nama kedai ini, menu Crispy ‘Chicken Chop’nya jugalah yang menjadi pilihan ramai. Menu terhangat yang lain adalah Blackpepper Chicken (RM 14.00) dan juga Pizza yang beraneka jenis.

Gambar Pizza Menu

Sebagai info, kedai ini turut menawarkan beberapa menu tempatan seperti Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Cili Padi dan Nasi Goreng Biasa yang semuanya berharga hanya RM5.50 sepinggan.

Nak cuba masakan unik mereka? Restoran ini juga menghidangkan masakan tempatan yang digabungkan dengan gaya masakan barat seperti Nasi Goreng Chicken Grill (RM 19.00), Nasi Goreng Lamb Shoulder (RM 29.90), Nasi Goreng Crispy Chicken Chop (RM 15.00) dan banyak lagi.

Pendek kata, menu yang ditawarkan di Hot Chicken Chop cukup beraneka. Apa yang anda rasa nak cuba? Tepuk dada, tanya selera.

Sekiranya tujuan utama anda datang makan di sini adalah untuk mencuba menu yang menjadi nama kedai ini ataupun Chicken Chopnya, anda pasti tak akan kecewa sebaik rasa chicken chop yang dicelup bersama sos istimewanya mencecah lidah, sungguh menyelerakan. Berharga hanya serendah RM 10.00, ia merupakan antara Chicken Chop termurah yang boleh anda temui di serata Malaya.

Bukan sekadar sedap dimakan, hidangan yang diletakkan di atas meja juga cukup sedap dipandang kerana dihias dengan menarik oleh chef restoran ini. Dari sini sudah dapat dibayangkan kualiti layanan yang bakal diterima bukan?

Keistimewaan Restoran Hot Chicken Chop

Kalau jiwa anda masih berbelah bahagi sama ada nak cuba makan di Hot Chicken Chop atau tidak, di sini Mai Singgah ingin kongsikan beberapa perkara menarik tentang restoran ini.

Image Of Inside Restaurant

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan sos-sos yang digunakan dalam hidangan yang ditawarkan dihasilkan sendiri secara homemade oleh restoran Hot Chicken Chop. Antara sos yang dimaksudkan adalah sos blackpepper, sos bbq, sos mushroom dan juga sos keju.

Mushroom Soup (RM 7.00) kedai ini juga menarik untuk dicuba kerana ia dihasilkan sendiri dengan menggunakan beberapa jenis cendawan yang segar. Ini sudah semestinya dapat membangkitkan selera sesiapa sahaja.

Friendly Waiter

Selain itu, bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis hidangan western seperti Steak dan juga Lamb Shoulder adalah didatangkan dari New Zealand.

Harga

Secara umumnya, harga yang diletakkan untuk setiap menu di sini adalah sangat berpatutan dengan kualiti dan saiz hidangan yang ditawarkan.

Anggaran harga untuk masakan western di kedai ini adalah daripada RM 5.00 ke RM 29.80. Pizzanya pula adalah daripada RM 16.00 ke RM 30.00. Bagi menu gabungan masakan tempatan dan barat, harga yang diletakkan adalah dalam lingkungan RM 15.00 ke RM 34.80.

Untuk minuman biasa bermula dari RM 1.50 (panas) – RM3.50 (sejuk). Manakala, jus buah adalah dari RM 3.50 – RM 4.20 dan aneka milk shake pula hanyalah RM 5.50 segelas. Untuk pencuci mulutnya pula, hanyalah dari serendah RM 1.50 ke RM 9.80.

Harga yang sangat berpatutan bukan? Tak patut rasanya kalau tak singgah sekiranya datang ke Melaka.

Lingkungan Harga Makanan:

A) Makanan:

  • Western Food: RM 5.00 – RM 29.80
  • Local Food: RM 5.50
  • Special Fried Rice With Western Style: RM 15.00 – RM 34.80
  • Pizza: RM 16.00 ­– RM 30.00

B) Minuman:

  • Hot & Cold Drink: RM 1.50 – RM 3.50
  • Soft Drinks: RM 2.20 – RM 2.80
  • Fruit Juice: RM 3.50 – RM 4.20
  • Milk Shake: RM 5.50

C) Dessert: RM 1.50 – RM 9.00

Lokasi

Hot Chicken Chop terletak hanyalah dalam sekitar 300 meter dari Pasaraya NSK, 800 meter dari Pasar Borong Melaka dan 900 meter dari Pasaraya Cowboy. Dah kenyang nanti, bolehlah menyambung aktiviti di Melaka dengan bershopping pula.

Alamat: No 23, Jalan TTC 26 A, Taman Teknologi  Cheng, 75250, Melaka

Info Penting

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (4.30 pm – 11.00 pm) | Isnin (Tutup)

Laman Web: hotchickenchop.com

Facebook: @hotchickenchop

5/5 - (1 vote)