11 Hotel Di Bandar Hilir Melaka Yang Murah | Bajet & Berdekatan

Hotel Murah Di Bandar Hilir Melaka - Pilihan Terbaik Untuk Percutian Bajet

Hotel di Bandar Hilir Melaka memang banyak tetapi bukan semuanya sama dengan setiap hotel menawarkan sesuatu yang berbeza.

Mungkin anda datang ke Melaka untuk lawatan berkerja ataupun anda sedang bercuti dengan keluarga, hotel yang anda pilih boleh menambah kepada pengalaman anda semasa berada di Bandar Hilir Melaka kelak.

Untuk memudahkan pilihan anda, saya sudah menyusun senarai hotel di Bandar Hilir Melaka mengikut dua faktor penting iaitu jarak dari pusat bandar dan harga bilik.

Disamping itu, saya juga memberi sedikit ulasan mengenai bilik dan kemudahan yang ditawarkan oleh hotel-hotel tersebut.

Peta Kawasan Bandar Hilir Melaka
Peta Bandar Hilir Melaka

Saya hanya telah menulis tentang hotel yang terdekat dengan pusat bandar Melaka. Jika anda memilih untuk menginap di mana-mana hotel yang tersenarai disini anda hanya beberapa minit sahaja perjalanan kaki ke tempat menarik di Bandar Hilir Melaka seperti:

  • Taman Costa Mahkota
  • Plaza Mahkota Parade
  • The Stadthuys
  • Kota A’ Famosa
  • Muzium Samudera
  • Muzium Taming Sari

Hotel Di Bandar Hilir Melaka | Berhampiran Bandar

Tiga Hotel berikut adalah hotel yang paling dekat dengan Bandar Hilir Melaka. Hotel berikut terletak di tengah-tengah bandar Melaka dan sesuai untuk orang yang mencari hotel paling dekat dengan bandar.

01. Ideals Hotel Melaka

Ideals Hotel Melaka - Gambar Luar Hotel (1)

Mencari Hotel yang hanya 15 minit berjalan kaki ke Mahkota Parade? Ideals Hotel Melaka mungkin pilihan sesuai untuk mereka yang tidak mahu memandu semasa di berada di Melaka nanti.

Jika anda pilih untuk memandu jangan risau, kerana ada parking percuma disediakan untuk tetamu yang menginap di Ideals Hotel ini.

Setiap bilik di lengkapi dengan penghawa dingin, TV berserta Astro, dan bilik mandi air panas.

Ideals Hotel Melaka - Gambar Dalam Bilik Dan Lobi

Sebagai kemudahan untuk tetamu, hotel ini menyediakan tempat makan di bahagian lobi hotel. Jika restoran di hotel ini tidak memikat selera anda terdapat banyak restoran di sekitar kawasan hotel.

Jarak Dari A’Famosa:   850 meter | 15 minit jika berjalan

Alamat: 5, Kompleks Perniagaan Melaka Raya, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, Melaka

Dapatkan di Booking.com

02. The Explorer Hotel

The Explorer Hotel Bandar Hilir Melaka - Gambar Luar (1)

The Explorer Hotel ini terletak bertentangan dengan Melaka Megamall dan anda hanya perlu berjalan kaki jika hendak ke Mahkota Parade.

Setiap bilik di sini berhawa dingin dan dilengkapi dengan Wifi percuma, shower air panas dan pengering rambut.

Kemudahan yang disediakan di hotel ini adalah tempat letak kereta percuma, kaunter sambutan tetamu dibuka selama 24jam, restoran, servis simpan bagasi dan tempat permainan khas disediakan untuk kanak-kanak.

Jarak Dari A’Famosa: 450 meter | 6 minit jika berjalan

Alamat: No.1,  Jalan Plaza Merdeka, Plaza Merdeka, 75000 Melaka

Dapatkan di Booking.com

03. Malacca Straits Hotel

The Straits Hotel & Suites Melaka - Gambar Luar

Malacca Straits Hotel ini terletak berdekatan dengan Kota A’Famosa dan mengambil masa 10 minit jika anda berjalan kaki.

Bilik yang selesa dilengkapi dengan Tv berserta Astro, penghawa dingin dan Wifi percuma, dan peti keselamatan peribadi untuk menyimpan barang berharga semasa anda keluar berjalan di bandar Melaka.

The Straits Hotel Suites Melaka - Gambar Bilik Dan Kolam Renang

Jika anda mencari akitivi best semasa berada di dalam hotel anda boleh berseronok di kolam renang yang disediakan didalam hotel tersebut.

Jarak Dari A’Famosa: 650 meter | 6 minit jika berjalan

Alamat: 37A, Jalan Chan Koon Cheng, 75000 Melaka

Dapatkan di Booking.com

04. Imperial Heritage

Imperial Heritage Melaka - Gambar Luar Hotel

Jika anda lebih gemar suasana hotel yang moden, Imperial Heritage Hotel adalah hotel 4 bintang yang menawarkan bilik moden dan selesa. Hotel ini terletak betul-betul bersebelahan dengan dataran pahlawan hanya 6 minit jika anda berjalan kaki.

Di sini Wifi diberikan kepada tetamu secara percuma tidak kira dimana anda berada didalam bangunan.

Hotel ini juga mempunyai kolam renang dan gym jika anda mencari aktiviti semasa berada di hotel nanti.

Imperial Heritage Melaka - Gambar Dalam Bilik

Untuk kemudahan tetamu, Hotel Imperial Heritage menawarkan perkhidmatan seperti khidmat simpan bagasi, dobi, kaunter penerimaan pelanggan 24jam dan jika anda mahu online anda boleh ke network lounge untuk mengunakan tablet yang disediakan khas untuk kegunaan pelanggan.

Untuk bilik pula, anda akan mendapat bilik moden dan selesa yang dilengkapi dengan almari, meja untuk berkerja, TV, shower air panas, dan peti keselamatan jika anda perlu menyimpan barang berharga semasa anda keluar menikmati Bandar Melaka.

Jarak Dari A’Famosa: 400 meter | 5 minit jika berjalan

Alamat: 1 Jalan Merdeka 1, Melaka, 75000 Melaka

Dapatkan di Booking.com

Hotel berdekatan Bandar Hilir Melaka Dengan Bajet Bawah RM100

Senarai ini sesuai untuk yang mencari hotel bajet di Bandar Melaka dan tidak mahu belanja lebih dari Rm100 Ringgit.

Seperti mana-mana hotel bajet di Negara ini, untuk mendapat harga yang rendah anda perlu mempah bilik 2 ke tiga minggu sebelum perjalanan anda.

Jika anda mencari bilik segera, harga mungkin akan naik melebihi Rm100 mengikut permintaan. Lagi satu sebab yang membuat harga bilik hotel meningkat adalah musim cuti awam atau cuti sekolah.

05. Fenix Inn

Fenix Inn - Gambar Bilik King Bed

Untuk memulakan senari hotel di Bandar Hilir Melaka, hotel paling murah yang berdekatan dengan bandar adalah Fenix Inn dengan harga bilik bermula dari Rm82 semalam.

Ia terletak 500 meter dari Kota A’famosa dan jika anda pilih untuk berjalan kaki ia akan mengambil masa selama 10 minit.

Fenix Inn - Gambar Persekitaran Hotel

Walaupun hotel ini menawarkan bilik ekonomi, bilik di sini tetap datang dengan Wifi percuma, TV, pengahawa dingin, teh & kopi segera, dan bilik mandi lengkap dengan shower air panas.

Kaunter penerimaan tetamu di buka selama 24jam. Disamping itu anda juga dapat mengunakan perkhidmatan dobi dan tempat letak kereta percuma.

Jarak Dari A’Famosa: 500 meter | 6 minit jika berjalan

Alamat:  156 Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Dapatkan di Booking.com

06. Euro Rich Hotel Melaka

Euro Rich Hotel Melaka - Gambar Hotel

Hotel kedua yang anda boleh bermalam untuk Rm100 adalah Euro Rich Hotel Melaka. Hotel ini hanya satu kilometre jaraknya dari Jonker Street dan A’Famosa.

Bilik ekonomi yang disediakan oleh hotel ini dilengkapi penghawa dingin, TV, bilik air berserta shower air panas.

Euro Rich Hotel Melaka - Gambar Bilik

Jika anda travel bersama kelurga anda mungkin perlu menempah bilik Deluxe Twin mereka untuk mendapat 2 katil berasingan.

Di sini anda dapat menggunakan parking percuma yang disediakan oleh pihak hotel.

Jarak Dari A’Famosa: 900 meter | 11 minit jika berjalan

Alamat: No 8, Jalan PM 13, Plaza Mahkota, 75000 Melaka

Dapatkan di Booking.com

07. Good2Stay Budget Hotel

Good2Stay Budget Hotel Bandar Hilir - Gambar Depan Hotel

Jika anda mencari hotel yang terletak betul-betul di tengah pusat bandar, Good2Stay Budget Hotel mungkin hotel yang sesuai untuk anda.

Untuk memberi anda sedikit gambaran mengenenai lokasi hotel ini, hotel ini 650 meter dari Mahkota Parade dan juga berhampiran dengan Pahlawan Megamall.

Oleh itu anda hanya perlu berjalan sekejap sahaja untuk sampai ke tarikan-tarikan popular di Bandar Hilir Melaka

Good2Stay Budget Hotel Bandar Hilir - Gambar Bilik Twin & Fasiliti Yang Disediakan

Setiap bilik di lengkapi dengan TV, Teh & Kopi segera, peti keselamatan peribadi, penghawa dingin dan shower.

Kemudahan lain yang disediakan oleh pihak hotel adalah dobi, tempat simpan bagasi dan kaunter tetamu.

Jarak Dari A’Famosa: 1 kilometer | 12 minit jika berjalan

Alamat: 15-G, Jalan Pm 5, Plaza Mahkota, Melaka

Dapatkan di Booking.com

08. Seri Costa Hotel

Seri Costa Hotel Melaka - Gambar Luar hotel

Seri Costa Hotel ini terletak di kawasan Plaza Mahkota dan hanya mengambil masa 5 minit sahaja dari Menara Taming Sari.

Seri Costa Hotel Melaka - Dalam Bilik, Tandas & Dewan Makan

Bilik hotel di sini di lengkapi dengan penghawa dingin, TV beserta Astro, bilik mandi persendirian dan pengering rambut. Di hotel ini juga terdapat pusat kecergasan dan kaunter penyambut tetamu.

Alamat:  Jalan PM8, Plaza Mahkota, 75000 Melaka

Dapatkan di Booking.com

Hotel bawah Rm200 Sekitar Bandar Hilir Melaka

Berikut adalah beberapa hotel di sekitar kawasan Bandar Hilir Melaka selesa yang berharga RM200 kebawah.

09. Temasek Hotel

Temasek Hotel Bandar Melaka - Gambar Kolam Renang

Kolam renang di tengah-tengah dikelilingi bilik mirip hotel mewah tetapi dengan harga yang sangat berbaloi. Temasek Hotel ini antara hotel yang semakin menjadi pilihan bajet traveller yang ke bercuti ke bandar bersejarah ini.

Sebagai tetamu anda akan dapat menikmati Wifi percuma di seluruh kawasan hotel dan akses ke pool yang sangat dekat dengan biliik anda

Bilik di hotel ini mempunyai rekabentuk moden, bersih dan minimalis pasti akan membuat masa anda di sini selesa.

Bilik-biliknya datang lengkap dengan penghawa dingin, TV, bilik mandi peribadi, meja dan cerek berserta teh & kopi segera.

Kaunter menerima tetamu di bibuka selama 24jam dan jika diperlukan perkhidmatan seperti menyimpan bagasi dan tempat parking kereta percuma disediakan kepada tetamu.

Jarak Dari A’Famosa: 700 meter | 9 minit jika berjalan

Alamat: No. 9, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka

Dapatkan di Booking.com

10. Hallmark Crown Hotel

Hallmark Crown Hotel - Gambar Depan

Jika anda mencari hotel yang dekat dengan Kota A’Famosa, Hallmark Crown Hotel 15 minit saja perjalanan kaki. Jika anda memandu ia hanya mengambil 15 minit saja untuk ke Melaka Raya.

Bilik di hotel ini bergaya dan serba lengkap dengan penghawa dingin, dapur, ruang tamu yang terdapat sofa dan TV berserta Astro.

Hallmark Crown Hotel - Gambar Bilik, Tub Mandi & Kafe

Jika anda mencari tempat penginapan yang luas Mahkota Hotel Melaka ini sesuai untuk anda.

Jarak Dari A’Famosa: 1.1 kilometer | 15 minit jika berjalan

Alamat: No. 16 Jalan Syed Abdul Aziz, 75000 Melaka, Malaysia

Dapatkan di Booking.com

11. Estadia Hotel

Estadia Hotel Bandar Hilir Melaka - Gambar Pintu Masuk Hotel

Ini satu-satunya hotel yang menyediakan perkhidmatan bus ulang alik dari hotel ke Jonker Walk.

Kawasan di sekeliling hotel ini popular sebagai kawasan untuk berbasikal dan disebabkan oleh ini, Hotel Estadia juga menyediakan perkhidmatan meminjam basikal.

Bilik di hotel ini selesa dan datang lengkap dengan penghawa dingin, TV berserta Astro, dan bilik mandi peribadi.

Jarak Dari A’Famosa: 750 meter | 9 minit jika berjalan

Alamat: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Dapatkan di Booking.com

Pilihan Penginapan Terbaik Di Melaka:


Saya harap senarai ini memberi anda sedikit sebanyak gambaran hotel yang anda boleh dapati di bandar Melaka. Kebanyakan hotel ini hanya 15 minit jika anda berjalan kaki ke pusat bandar.

Sebenarnya terdapat banyak hotel bajet di Melaka yang lain tetapi kebanyakanya terletak jauh sedikit dari pusat bandar.

Jika anda memandu tidak ada masaalah kerana segala tempat menarik di bandar Melaka hanya beberapa minit drive jika anda dapatkan hotel di kawasan berhampiran.

Segala maklumat yang tertulis di atas diambil pada masa saya menulis entri ini. Jika anda mahu melihat harga terkini anda boleh menjumpai informasi berikut dengan mengunakan kotak carian yang disediakan di bawah.