
Jika anda mencari hotel di KLIA2 yang berdekatan dengan terminal utama, dibawah kami telah menyediakan senarai hotel murah yang terletak tidak jauh dari lapangan terbang berikut.
Dalam senarai ini kami himpunkan hotel bajet dengan harga Rm250 kebawah yang dapat memenuhi pelbagai citarasa dan keperluan yang berbeza. Dari hotel ala eksklusif untuk keluarga yang mengutamakan keselesaan, hinggalah ke hotel backpackers bajet khas untuk solo traveller.
Kami juga menyertakan informasi penting seperti alamat, jarak dari lapangan terbang dan masa yang diambil jika anda memandu dari hotel ke KLIA2.
Tidak kira jika anda travel bersendirian ataupun bercuti bersama keluarga, pasti anda dapat jumpa hotel yang sesuai. Jom kita bermula!
Lihat Tawaran Terkini Hotel Berdekatan KLIA
01. Tune Hotel KLIA 2, Sepang

Jika anda mencari Hotel yang betulโbetul bersebelahan dengan KLIA2, Tune Hotel berada hanya beberapa minit jika anda berjalan kaki dari lapangan terbang tersebut.
Untuk memudahkan anda berulang alik ke lapangan terbang, Tune Hotel ini disambungkan oleh jambatan tertutup ke KLIA2.

Hotel ini menampilkan bilik moden yang dilengkapi dengan Wifi percuma, penghawa dingin, meja, peti keselamatan, TV, bilik mandi persendirian berserta shower air panas.
Hotel serba lengkap ini mempunyai restoran yang tersendiri, kafe, kedai serbaneka dan ruang lobi yang menakjubkan untuk anda berehat.
Kalau anda bosan duduk di hotel, anda boleh berjalan kaki ke Gateway KLIA2. Di situ ada tempat membeli belah yang menarik terletak didalam KLIA2 yang pasti menghiburkan diri anda.
Jarak Dari KLIA 2: 1.4 kilometer, 17 minit jika berjalan
Alamat: Lot Pt 13, Jalan KLIA 2/2, 64000 KLIA, 64000 Sepang
02. Bary Inn Hotel, Sepang

Jika anda mencari hotel yang hanya 15 minit sahaja dari KLIA2 menaiki kereta, Bary Inn memang pilihan yang bagus untuk anda.
Hotel ini menawarkan bilik berkelengkapan sederhana dengan harga yang berpatutuan. Setiap bilik di hotel bajet ini dilengkapi dengan pengawa dingin, TV LED, dan bilik mandi dengan air panas.

Jika anda perlu online anda boleh akses Wifi percuma di kawasan lobi mereka. Anda juga boleh menikmati sarapan ala Buffet yang disediakan oleh pihak hotel setiap pagi.
Jarak Dari KLIA 2: 13 kilometer, 15 minit jika memandu
Alamat: No 1 Jalan 4, Bandar Baru Salak Tinggi Business Park, 43900 Sepang
03. Hotel Seri Nilai

Kepada mereka yang mencari Hotel bajet berdekatan dengan KLIA2, Hotel Seri Nilai ini pilihan yang bagus. Kerana ia terletak di Bandar Nilai anda boleh menikmati kemudahan sekitar bandar itu seperti pilihan restoran dan kedai yang banyak.
Antara kemudahan yang ada di sekitar hotel ini adalah Tesco Nilai yang hanya 10 minit saja jika anda berjalan kaki.

Kaunter penerimaan tetamu dibuka selama 24 jam oleh itu anda tidak perlu risau jika anda perlu bergerak ke lapangan terbang pada waktu awal pagi.
Bilik di sini dilengkapi dengan katil yang selesa, TV, penghawa dingin, shower air panas dan meja kecil jika anda perlu menyiapkan kerja anda di hotel.
Jarak Dari KLIA2: 20.2 kilometer, 23 minit jika memandu
Alamat: PT 12990, Jalan BBN 1/7A, Putra Indah 3B, Kampong Baharu Nilai, 71800 Nilai
04. Sri Packers Hotel, Sepang

Mencari penginapan ala backpackers? Sri Packers Hotel menyediakan hotel yang sesuai untuk mereka yang suka backpacking.
Di sini anda boleh mendapat bilik murah yang dikongsi dengan tetamu hotel yang lain. Walaupun ini hotel klas ekonomi anda tetap disediakan dengan kemudahan seperti Wifi percuma, bilik berhawa dingin dan tempat tidur yang bersih.

Di sini anda dapat mandi di bilik air berkongsi yang ada shower air panas. Perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan adalah dobi dan servis simpan bagasi. Ia hanya mengambil masa 25 minit saja memandu dari hotel ke KLIA2.
Jarak Dari KLIA 2: 19.7 kilometer, 20 minit jika memandu
Alamat: No. 83, Jalan Enstek Timur 6/1B, Timur @ Enstek, 71760 Sepang
05. City View Hotel, Sepang

Lagi satu hotel bajet yang berhampiran dengan KLIA2 ini terletak di Bandar Baru Salak Tinggi. Hotel City View ini menampilkan bilik penginapan yang moden, bersih dan selesa.
Hotel ini terletak hanya 13 kilometer dari KLIA 2, membuat hotel ini pilihan sesuai untuk mereka yang mencari hotel yang dekat dengan Lapangan Terbang.

Bilik di hotel ini dilengkapi dengan penghawa dingin, almari, TV LED, pengering rambut, shower air panas dan Wifi percuma.
Kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel adalah kaunter check-in 24 jam dan tempat letak kereta yang percuma untuk pelanggan.
Jarak Dari KLIA 2: 12.9 kilometer, 15 minit jika memandu
Alamat: 29 Jalan 4 Medan 120 Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang
06. Sri Enstenk Hotel, Sepang

Sri Enstenk Hotel ini terletak di Bandar Enstenk, Sepang yang terletak hanya 21 minit jika anda memandu ke KLIA2.
Bilik hotel di sini mempunyai seni bina yang menarik kerana terdapat banyak ukiran kayu dan dinding yang dihias dengan gambar menarik, menambah kepada pengalaman seronok bermalam di hotel ini.

Di samping itu, setiap bilik dilengkapkan dengan TV LED, shower air panas dan tempat menyediakan teh dan kopi.
Jika anda rasa lapar anda boleh menikmati makanan ringan seperti roti dan biskut yang disediakan cara percuma oleh pihak hotel.
Perkhidmatan lain adalah khidmat simpan bagasi, penghantaran dari hotel ke KLIA2 dan dobi.
Jarak Dari KLIA 2: 19.7 kilometer, 20 minit jika memandu
Alamat: 61 Jalan Timur 6/1b, Bandar Enstek, 71760 Sepang
07. Langit Langi Hotel, Dengkil

Ini satu-satunya hotel yang terletak di Dengkil. Langit Langi hotel ini mengambil masa 15 minit sahaja masa memandu ke Lapangan Terbang KLIA2.

Bilik di hotel ini lengkap dengan penghawa dingin, TV, shower air panas dan tempat iron baju.
Perkhidmatan yang disediakan di hotel ini adalah servis menyimpan bagasi, servis penghantaran pergi dan balik ke KLIA2, dan tempat letak kereta percuma.
Jarak Dari KLIA 2: 19 kilometer, 20 minit memandu
Alamat: No 7A , Jalan Deluxe, Pusat Perdagangan Deluxe, 43800 Dengkil
08. Sky Star Hotel, Sepang

Untuk sampai ke Lapangan Terbang dari Sky Star Hotel yang terletak di Salak Tinggi Sepang ini anda hanya perlu memandu 15 minit sahaja.
Bilik di hotel ini dilengkapi dengan Wifi percuma, TV, penghawa dingin, tempat iron baju, Teh dan Kopi segera dan bilik mandi yang datang dengan shower air panas.

Perkhidmatan sampingan yang di sediakan oleh Sky Star Hotel adalah tempat penerimaan pelanggan yang beroperasi selama 24 jam, servis simpan bagasi, dan tempat letak kereta percuma.
Jika anda terlupa untuk membeli barang keperluan sebelum perjalanan anda atau mencari snek semasa berada di hotel, ada kedai serbaneka berhampiran untuk kemudahan tetamu.
Jarak Dari KLIA 2: 13.1 kilometer, 16 minit memandu
Alamat: 58, Jalan 2, Medan 120, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang
09. The Youni Q Hotel, Sepang

Youni Q Hotel ini terletak di Bandar Baru Salak Tinggi Business Park, Sepang. Jika anda pilih untuk memandu atau menaiki teksi ia mengambil masa 15 minit sahaja ke KLIA2.

Setiap bilik mempunyai kemudahan seperti penghawa dingin, TV, Peti keselamatan, teh & kopi segera dan bilik mandi peribadi yang ada shower air panas.
Kemudahan yang disediakan ialah dobi, mini gym, Wifi percuma, kaunter penerimaan tetamu 24 jam, dan tempat letak kerata percuma untuk tetamu hotel.
Terdapat beberapa tempat makan yang murah dan sedap di sekeliling hotel ini jika anda mahu mencari makanan sendiri.
Jarak Dari KLIA 2: 13.2 kilometer, 17 minit jika memandu
Alamat: No.42, Jalan 2 Medan 120, Bandar Baru Salak Tinggi Business Park, 43900 Sepang
10. EV World Hotel Enstek, Sepang

Jika anda mencari hotel murah di Sepang, EV World Enstek menyediakan penginapan bajet yang selesa dan berhampiran dengan KLIA2.
Walaupun ia merupakan hotel bajet, bilik di Hotel EV World ini serba lengkap dengan penghawa dingin, TV, bilik mandi yang ada shower air panas dan tuala yang bersih.

Perkhidmatan yang disediakan untuk tetamu termasuk Wifi Percuma, kaunter tetamu 24jam, servis menyimpan bagasi dan parking percuma.
Jarak Dari KLIA 2: 19.7 kilometer, 20 minit jika memandu
Alamat: No.93, Jalan Timur 6/1B, Timur @ Enstek, Bandar Enstek, 71760 Sepang
11. Casa Hotel, Sepang

Jika anda mencari penginapan moden dan selesa yang hanya 20 minit memandu ke KLIA anda mungkin akan suka Casa Hotel.
Casa Hotel ini terletak di Pusat Perniagaan Salak Tinggi dan menyediakan tempat letak kereta percuma, kaunter pelanggan 24jam, dan jika anda tidak memandu pihak hotel juga boleh membawa anda ke lapangan terbang KLIA2 dengan bayaran yang kecil.

Bilik di Hotel Casa ini dilengkapi dengan TV, penghawa dingin, tempat iron baju, bilik mandi air panas, teh & kopi segera dan tuala.
Jarak Dari KLIA 2: 17.9 kilometer, 19 minit jika memandu
Alamat: No 2, 2A & 6-2 Jalan PPS 1 Pusat Perniagan Salak, 43900 Sepang
12. Hotel Time, Nilai

Hotel Time Nilai ini hanya 3 minit saja dari Tesco Nilai dan mengambil masa 20 minit jika anda memandu ke KLIA2.
Bilik di hotel ini dihias dengan perabot yang cantik dan datang dengan penghawa dingin, Wifi percuma, shower air panas dan ruang bersofa jika anda mahu rehat didalam bilik.

Anatara perkhidmatan yang disediakan kepada yang pilih untuk menginap di hotel ini adalah servis simpan bagasi, servis iron baju, penghantaran makanan ke bilik, dan tempat letak kereta percuma.
Kerana hotel ini terletak di Bardar Nilai anda boleh mempunyai pilihan tempat makan yang luas dan terdapat banyak kedai untuk anda beli barang keperluan sebelum penerbangan anda.
Jarak Dari KLIA 2: 20.6 kilometer, 21 minit jika memandu
Alamat: PT 12940 Jalan BBN 1/7d, Bandar Putra Nilai, 71800 Nilai
13. OYO 89665 Royale City Hotel, Sepang

OYO 89665 Royale City Hotel ini terletak di Pusat Perniagaan Gemilang, Sepang dan jika anda memandu akan mengambil kira-kira 14 minit untuk sampai ke KLIA2.

Di sini terdapat beberapa jenis bilik yang berbeza. Setiap bilik anda akan menjumpai penghawa dingin, TV, bilik air peribadi dengan shower air panas dan ada bilik yang mempunyai ruang duduk yang bersofa. Kaunter sambutan tetamu di hotel ini dibuka untuk 24 jam.
Jarak Dari KLIA 2: 10 kilometer, 11 minit jika memandu
Alamat: No. 18, Jalan Gemilang 1, Pusat Perniagaan Gemilang, 43900 Sepang
14. Hotel Golden View, Nilai

Hotel Golden View ini boleh di jumpai di Kampong Baharu Nilai. Hotel ini berhampiran dengan Tesco Nilai dan 20 minit dari KLIA2 jika anda memandu.

Bilik di Hotel Golden View datang dengan TV, Meja, Tempat Iron Baju, Teh & Kopi segera dan bilik mandi peribadi.
Hotel bajet ini menyediakan tempat letak kereta percuma, kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan dobi
Jarak Dari KLIA 2: 20.7 kilometer, 21 minit jika memandu
Alamat: Lot Pt 12952, Jalan BBN 1/7D, Putra Nilai, Mukim Labu, 71800 Nilai
15. Sri Langit Hotel, Sepang

Jika anda mencari pengalaman menginap di Hotel yang direka seperti dalam sebuah kapal terbang anda mungkin mahu bermalam di Sri Langit Hotel di Bandar Baru Salak. Jika anda merancang untuk memandu ke KLIA, hotel ini hanya 15 minit sahaja masa perjalanan ke KLIA2.
Kemudahan yang disediakan oleh hotel ini adalah kafe jika anda mahu minum kopi dan kedai sebaneka untuk keperluan anda dan kedua-dua tempat ini dibuka 24jam sehari.

Reka bentuk bilik di hotel ini serupa seperti reka dalam kapal terbang. Bilik di hotel ini menjaminkan keselesaan anda dengan menyediakan kelengkapan seperti Penghawa Dingin, TV LED, Tempat menyediakan Teh dan Kopi, dan shower air panas.
Di Lobby anda dapat menggunakan perkhidmatan simpan bagasi dan kaunter check-in yang dibuka untuk 24 jam sedia menyambut temtamu tidak kira waktu.
Kepada Business Traveller, hotel ini juga menyediakan bilik mesyuarat dan dewan jika anda memerlukan tempat untuk persidangan.
Jarak Dari KLIA 2: 13 kilometer, 16 minit jika memandu
Alamat: No. 2 – 10, Jalan 11, Medan 120, Bandar Baru Salak, 43900 Sepang
16. Empress Hotel, Sepang

Empress Hotel Sepang merupakan salah satu hotel bajet yang terletak di sekitar kawasan KLIA2 dan menawarkan bilik ekonomi yang selesa. Setiap bilik di hotel ini mempunyai penghawa dingin, TV beserta Astro dan shower air panas.

Perkhidmatan di hotel ini berlainan jikalau dibezakan dengan hotel bajet yang lain kerana ia mempunyai kolam renang dan Gym khas untuk tetamu.
Kemudahan lain adalah seperti tempat menyambut tetamu 24jam, tempat letak kereta percuma, perkhidmatan order makanan ke bilik, pengering rambut dan bilik air persendirian yang lengkap dengan shower air panas.
Jarak Dari KLIA 2: 14.9 Kilometer, 17 minit jika memandu
Alamat: Jalan ST1C/7, Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang
17. Nilai Springs Hotel, Nilai

Hotel Nilai Springs ini serba lengkap dan menampilkan kemudahan seperti kolam renang, spa dan 3 restoran berasingan untuk anda menjamu selera.
Setiap bilik dalam hotel ini datang dengan TV, peti simpanan peribadi, teh & kopi segera, dan bilik air persendirian berserta shower air panas.

Aktiviti menarik yang anda dapat lakukan di sini adalah bermain golf, bersenam di gym yang disediakan dan sukan seperti badminton dan tenis.
Jarak Dari KLIA 2: 22.3 kilometer, 22 minit jika memandu
Alamat: PT4770, Nilai Springs, 71800 Nilai
Harap senarai hotel di KLIA2 ini dapat membantu anda dalam mendapat bilik hotel yang terbaik semasa perjalanan anda kelak.
Harga yang tertera di atas telah diambil pada masa saya menulis entri ini dan kerana harga bilik bergantung atas permintaan semasa, ada kemungkinan harga yang anda lihat semasa anda baca entri ini sudah berubah. Oleh itu, saya harap anda ambil harga diatas sebagai anggaran sahaja.
Jika anda mahu melihat harga terkini anda boleh semak menggunakan kotak carian yang disediakan dibawah.
Baca: 10 Hotel Bajet Di Cyberjaya | Penginapan Selesa Bawah RM250 Semalam