24 Hotel Di Perlis yang Murah dan Selesa Bawah RM200 Semalam

Jika anda membaca entri ini anda mungkin sedang merancang lawatan anda ke Negeri Perlis dan tengah mencari Hotel di Perlis yang berbaloi dengan harga yang anda akan bayar.

Hotel di Perlis - Hotel Seri Malaysia

Jika anda sedang mencari hotel anda telah datang ke tempat yang betul kerana di bawah saya telah senaraikan hotel di Perlis yang paling popular mengikut kawasan.

Di perlis terdapat empat kawasan yang anda boleh menjumpai hotel iaitu:

  • Kangar
  • Kuala Perlis
  • Arau
  • Simpang Empat

Saya telah sertakan informasi penting tentang setiap hotel di bawah untuk memudahkan anda membuat pilihan yang terbaik.

Hotel Di Kangar

Kangar merupakan ibu negeri dan bandar terbesar di Perlis. Kebanyakkan hotel yang terletak di negeri perlis terdapat di bandar ini. Dimana pun anda pilih untuk menginap di bandar ini anda tidak jauh dari restoran atau tempat membeli belah. Terdapat lapan buah hotel yang terbaik di Kangar:

Hotel di Perlis - Hotel Seri Malaysia

Hotel Seri Malaysia

  • Harga: Rm185
  • Alamat: Lot 8101 Mukim Utan Aji, Persiaran Wawasan, 01000 Kangar
Selanjutnya Di Booking.com

 


Hotel di Perlis - Hotel Sri Garden Kangar

Hotel Sri Garden

  • Harga: Rm118
  • Alamat: Lot 8101 Mukim Utan Aji, Persiaran Wawasan, 01000 Kangar
Selanjutnya Di Booking.com

Hotel di Perlis - P Motel Kangar

P Motel

  • Harga: Rm78
  • Alamat: 342 Jalan Kangar-Alor Setar Taman Mutiara, 01000 Kangar
Selanjutnya Di Booking.com

Hote di Perlis - 4BD Homestay Kangar

4BD Homestay

  • Harga: Rm250
  • Alamat: 50, Jalan Maju 8, Taman Kemajuan, Perlis, 01000 Kangar
Selanjutnya Di Booking.com

Hotel di Perlis - Federal Hotel Kangar

Federal Hotel

  • Harga: Rm100
  • Alamat: 104B, Jalan Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar
Selanjutnya Di Booking.com

Hotel di Perlis - Noor Homestay Kangar

Noor Homestay

  • Harga: Rm199
  • Alamat: No 9, Jalan Ira Jaya 1, Taman Ira Jaya, 01000 Kangar
Selanjutnya Di Booking.com

Hotel di Perlis - Noor Homestay Kangar

Noor Homestay 4 Bilik

  • Harga: Rm269
  • Alamat: 32, Jalan Putra 2, Taman Putra Utama, Perlis, 01000 Kangar
Selanjutnya Di Booking.com

Hotel di Perlis - Noor Homestay Kangar

Motel Fyna

  • Harga: Rm160
  • Alamat: No. 6, 8 &10, Jalan 1, Taman Desa Repoh, 02600 Kangar
Selanjutnya Di Booking.com

Hotel Ayu Villa

Hotel Ayu Villa - Main Image

Hotel Ayu Villa menawarkan penginapan dalam harga bajet bertaraf 2 bintang yang dihias dengan ringkas. Bilik-biliknya cukup luas menjadikan ianya hotel yang sesuai untuk diinapi bersama keluarga.

Walau dalam harga bajet, bilik yang disediakan tetap lengkap dengan penyaman udara dan katil yang empuk untuk menghilangkan kelenguhan selepas seharian beraktiviti.

Hotel Ayu Villa - Room Image

Terletak tidak jauh dari kedai makan dan kedai runcit, hotel bajet yang luas, selesa dan bersih ini cukup berbaloi untuk diinapi sekiranya anda bercadang untuk bercuti di Perlis nanti.

Harga: Dari RM75+ Semalaman

Alamat: No. 15, Jalan Kangar – Alor Setar, 01000 Kangar

Selanjutnya Di Booking.com

Wadihana Homestay Kangar Perlis

Wadihana Homestay Kangar Perlis - Main Image

Percutian bersama keluarga akan menjadi bertambah ceria sekiranya anda memilih Wadihana Homestay Kangar Perlis sebagai tempat penginapan.

Dibandingkan dengan hotel yang mustahil untuk anda mendapat ruang privasi, di homestay ini pula, walaupun sehingga 10 orang penginap dalam masa yang sama, banyak ruang santai yang boleh digunakan dengan penuh keselesaan.

Rumah teres satu tingkat ini lengkap dengan 3 buah bilik tidur yang selesa, ruang tamu yang luas, halaman yang lengkap dengan kerusi dan meja serta dapur yang sempurna dengan pelbagai kemudahan memasak.

Wadihana Homestay Kangar Perlis - Room Image

Sambil berehat-rehat di ruang tamu dan menikmati hidangan panas yang dimasak sendiri, anda boleh menonton tv bersiaran Njoi yang disediakan pihak homestay.

Lokasinya juga menarik kerana terletak tidak jauh dari kedai makan, kedai runcit dan juga masjid.

Harga: Dari RM200+ Semalaman

Alamat: No. 13, Jalan Tujuh, Jalan Kangar – Alor Setar, Taman Temak Jaya, 01000 Kangar

Selanjutnya Di Booking.com

Kayangan Homestay Perlis

Kayangan Homestay Perlis - Main Image

Penginapan yang lengkap dengan halaman yang ditanami dengan pokok mangga, Kayangan Homestay Perlis adalah sebuah penginapan yang sangat menarik untuk sebuah suasana penginapan yang tidak ubah seperti di rumah sendiri.

Ya, memang macam di rumah sendiri, bukan sahaja disebabkan halamannya yang meriah dengan tanaman, tapi juga kerana kelengkapan lain yang disediakan homestay ini terutama sekali di dapurnya.

Kayangan Homestay Perlis - Room Image

Lengkap dengan bermacam jenis stok makanan dari maggi, telur hinggalah kepada minuman 3 in 1 yang boleh digunakan secara percuma, mana lagi nak jumpa homestay bajet yang memberikan layanan semewah ini?

Kesemua bilik di dalam rumah 3 bilik ini juga lengkap dengan penyejuk udara. Jangan terkejut, untuk semua kemudahan ini harga yang dikenakan hanyalah dari RM150+ semalaman. Memang rugi kalau tak booking cepat.

Harga: Dari RM150+ Semalaman

Alamat: No. 4, Taman Aman Jalan Satu, 01000 Kangar

Selanjutnya Di Booking.com

Ants Hotel

Ants Hotel Perlis

Ants Hotel menawarkan bilik-bilik berkonsep moden yang dihias ringkas untuk keselesaan bagi anda yang sukakan suasana yang simple namun tetap lengkap dengan pelbagai kemudahan asas dan mantap tahap kebersihannya.

Dari harga hanya sekitar RM110 semalaman, anda dapat menginap di dalam hotel yang dilengkapi kemudahan berkualiti seperti bilik mandi dengan tekanan air yang memuaskan hati, mandian air panas, kemudahan seterika dan banyak lagi. Saiz bilik yang ditawarkan juga cukup luas.

Ants Hotel Perlis Room

Walaupun hanyalah sebuah hotel 5 tingkat, ia tetap lengkap dengan lif untuk kemudahan para penginap. Untuk kualiti layanan pelanggannya dan banyak lagi aspek lain, anda tak akan kecewa dengan Ants Hotel. Booking jangan tak booking ya?

Harga: Dari RM114+ Semalaman

Alamat: No. 12, Jalan Bintong Mewah 1, Bintong Mewah 01000, Kangar, Perlis, 01000 Kangar

Selanjutnya Di Booking.com

Hotel Di Kuala Perlis

Kuala Perlis merupakan Bandar kedua terbesar di Perlis dan disini juga terdapat perlabuhan utama di negeri tersebut. Anda memang bertuah jika dapat ke Kuala Perlis kerana ia merupakan syurga makanan laut dan jika anda kesana jangan lupa cuba ikan bakar.

Terdapat 2 hotel murah di Kuala Perlis dan 1 Homestay yang selesa jika anda mencari penginapan yang berbaloi di bandar ini. Berikut adalah hotel di kuala perlis.

Hotel di Perlis - T Hotel Kuala PerlisT Hotel

  • Harga: Rm69
  • Alamat: 43, Persiaran Putra Timur 1,, 02000 Kuala Perlis
Selanjutnya Di Booking.com

Hotel di Perlis - T Hotel Kuala Perlis

D’View Hotel

  • Hotel: Rm80
  • Alamat: No.19 & 21, Jalan Senangin 7, Taman Kuala Perlis
Selanjutnya Di Booking.com

Hotel di Perlis - D'View Guest House Kangar

D’View Guest House

  • Harga: Rm300
  • Alamat: No.01-17, Jalan Senangin 7, Taman Kuala Perlis
Selanjutnya Di Booking.com

The Zuley Heritage Hotel

The Zuley Heritage Hotel Perlis - Main Image

Tidak jauh dari Jeti Kuala Perlis terletaknya sebuah hotel di dalam bangunan berwarna putih berseri, The Zuley Heritage Hotel. Menyediakan bilik-bilik yang dihias dengan simple namun tetap terserlah keselesaannya, hotel ini menawarkan pelbagai jenis bilik dalam harga yang sangat berpatutan.

Kalau anda sukakan sesuatu yang fresh, The Zuley Heritage Hotel adalah penginapan yang dicari. Masih baru dibuka, segala kemudahan dan dekorasi yang terdapat di hotel ini masih segar dari kedai, membuatkan ianya kelihatan dua kali ganda lebih bersih daripada hotel lain dalam harga bajet.

The Zuley Heritage Hotel Perlis - Room Image

Di samping penginapan yang ‘segar dari ladang,’ sebab lain kenapa anda patut booking hotel ini adalah kerana ianya turut dilengkapi dengan wifi percuma serta menawarkan sarapan pagi yang menyelerakan.

Harga: Dari RM99+ Semalaman

Alamat: No. 1, Persiaran Putra Timur 1, 02000 Kuala Perlis

Selanjutnya Di Booking.com

Q Hotel Kuala Perlis

Q hotel Kuala Perlis - Main Image

Inginkan hotel yang lengkap dengan pelbagai kemudahan tapi dalam harga yang murah? Carilah hotel bajet yang terletak di kawasan rumah kedai.

Dikelilingi oleh kedai-kedai yang mengusahakan pelbagai jenis perniagaan, seperti kedai makan, dobi dan lain-lain, segala keperluan penting tersedia di sekitar hotel. Salah satu hotel yang memenuhi kriteria ini adalah Hotel Q Hotel Kuala Perlis.

Q hotel Kuala Perlis - Room Image

Dari harga hanyalah dalam sekitar RM60 semalaman, anda bukan sahaja dapat menginap di dalam sebuah hotel murah yang strategik, tapi juga bilik yang selesa untuk anda mendapatkan rehat yang sebenar.

Harga: Dari RM65+ Semalaman

Alamat: Jalan Bukit Kubu No 18A-20A, Taman semarak 2, 02000 Kuala Perlis

Selanjutnya Di Booking.com

Hotel Di Arau

Arau dalah sebuah pekan kecil yang terletak hanya 14 kilometer dari Bandar Kangar dan ia dikenali sebagai bandar diraja Perlis. Bandar Arau ini juga menjadi tempat dimana UITM perlis bertapak.

Jika anda mencari hotel berdekatan dengan UITM Perlis anda perlu mencari hotel di kawasan Arau. Kedai yang popular di bandar ini bernama C-Mart yang terletak di Komplex Tok Arau.

Hotel di Perlis - K Hause Arau

K Hause

  • Harga: Rm65
  • Alamat: Lot 8287, Jalan Rani Estet, Arau, Perlis, 02600 Arau
Selanjutnya Di Booking.com

Hotel di Perlis - Sanctuary Garden Arau

Sanctuary Garden

  • Harga: Rm93
  • Alamat: Lot 5107 Jalan Pauh Arau, , 02600 Arau
Selanjutnya Di Booking.com

Hotel di Perlis - 2B Homestay Arau

2B Homestay

  • Harga: Rm150
  • Alamat: No 35 Jalan Kg Sena, Kg Padang Telela, Kurong Anai, Pauh
Selanjutnya Di Booking.com

The Indera Homestay

The Indera Homestay Perlis

The Indera Homestay adalah sebuah penginapan jenis rumah teres yang lengkap dengan 3 buah bilik tidur yang mampu memberikan keselesaan kepada sehingga 8 orang penginap.

Cukup menarik untuk diinapi bersama keluarga, rumah yang dihias dengan konsep moden ini turut lengkap dengan pelbagai kemudahan rumah seperti dapur memasak, mesin basuh dan lain-lain lagi yang membuatkan anda tertanya-tanya betul ke semua ini hanya dalam harga serendah ini?

The Indera Homestay Perlis Room

Lokasinya juga sunyi daripada sebarang gangguan, dapatlah anda menikmati rehat yang sebenar setelah seharian berjalan. Untuk menghilangkan rasa lapar, gerai makan boleh ditemui tidak jauh dari sini.

Harga: Dari RM150+ Semalaman

Alamat: No. 31, Jalan Saujana Idaman 6 Taman Saujana Idaman, 02600 Arau

Selanjutnya Di Booking.com

Banat Homestay & Roomstay Arau

BANAT Homestay & Roomstay Arau - Main Image

Dikelilingi oleh keindahan sawah padi yang terbentang penuh kehijauan, Banat Homestay & Roomstay Arau menawarkan homestay berkonsep minimal dengan harga dalam hanya sekitar RM100 semalaman, cukup berpatutan untuk percutian bajet bersama keluarga.

BANAT Homestay & Roomstay Arau - Room Image

Anda boleh memilih sama ada ingin menginap di rumah dengan sebuah bilik tidur ataupun rumah dengan 2 buah bilik tidur yang masing-masing lengkap dengan penyejuk udara walaupun dalam harga semurah ini. Saiz biliknya juga cukup luas untuk lebih keselesaan.

Harga: Dari RM99+ Semalaman

Alamat: No. 2 lorong 1 Kampung Banat, 02600 Arau

Selanjutnya Di Booking.com

Metroinn Hotel

Metroinn Hotel Perlis - Main Image

Rasanya tiada penginapan bajet yang lebih sempurna daripada Metroinn Hotel dari segi lokasinya. Kenapa? Sebab turun sahaja dari hotel ini anda akan terus ternampak dobi, 7E, farmasi dan banyak lagi.

Untuk segala keperluan penting, segalanya telah tersedia di depan mata. Kedai makan pun hanyalah di sekitar hotel. Tak cukup lagi? Kedudukan hotel ini hanyalah berbelakangkan shopping complex. Lokasi? Perfect!

Metroinn Hotel Perlis - Room Image

Bukan sekadar berlokasi menarik, bilik yang ditawarkannya juga tak kurang hebatnya, cukup bersih, luas dan padat dengan kemudahan asas. Sambil berehat-rehat di dalam bilik, anda boleh menonton tv bersiaran Astro. Barulah syok nak lepak dalam bilik bila ada siaran tv yang bestkan?

Harga: Dari RM94+ Semalaman

Alamat: No 27, 29, 31, 33, 35 Komplek Tok, Arau, Jalan Arau Kodiang, 02600 Arau

Selanjutnya Di Booking.com

Hotel Di Simpang Empat

Simpang Empat, juga disebut sebagai Simpang Ampat, letaknya di bahagain utara perlis dan di sini anda akan menjumpai pekan Simpang Empat. Pekan Simpang Empat ini merupakan sebuah pekan yang sunyi dan kebanyakan penduduk pekan ini meraih pendapatan mereka dari menanam padi.

Terdapat beberapa pasar yang sibuk berdekatan bandar ini seperti Pasar Sehari dan Bazar Simpang Empat yang baru di bina. Terdapat hanya sebuah hotel di kawasan Simpang Empat ini.

Hotel di Perlis - Hotel Natalia Simpang Empat

Hotel Natalia Inapan

  • Harga: Rm85
  • Alamat: No. 1, Taman Seri Sejahtera, 02700 Simpang Empat
Selanjutnya Di Booking.com

Saya harap senarai Hotel di Perlis ini dapat membantu anda memilih hotel yang terbaik untuk diri anda. Harga yang tertera di atas adalah harga semasa saya menulis entri ini.

Kerana harga hotel suatu yang sentiasa berubah mengikut kadar permintaan saya nasihati anda semak harga terkini supaya anda dapat membuat keputusan yang lebih tepat.

Jika anda mahu melihat harga terkini Hotel di sekitar Negeri Perlis anda hanya perlu mengunakan kotak carian yang terletak di bawah entri ini dan tekan cari.

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Perlis

Anda akan dapat melihat harga hotel terkini dan dapat menyusun hotel mengikut harga dari yang paling murah ke yang paling mahal.

Di samping itu, anda juga dapat melihat informasi penting seperti rating hotel tersebut dan yang paling penting anda dapat membaca review dari tetamu yang lain. Review ini dapat membantu anda mendapat gambaran mental mengenai keadaan sebenar hotel tersebut.

Sekali lagi saya harap entri ini sedikit-sebanyak dapat membantu anda merancang percutian anda ke Negeri Perlis nanti. Selamat bercuti dan saya doakan keselamatan anda disana nanti, sekian terima kasih.



Booking.com