19 Hotel Menarik Di Johor Bahru Untuk Percutian Bandar Yang Luar Biasa

Hotel Menarik Di Johor Bahru

Walaupun terletak di pinggiran nun hujung di selatan Malaysia, mustahil untuk memandang negeri ini dengan sebelah mata.

Bandar yang membangun dengan pesat ini semakin hari semakin bertambah tarikan-tarikannya yang bukan main hebat lagi.

Terletak di pintu masuk untuk ke Singapura, Johor Bahru cukup meriah dengan aktiviti pelancongan, kerana itu jugalah banyak hotel menarik wujud di bandaraya ini.

Cukup banyak, tapi anda tahukah yang mana yang terbaik untuk percutian anda?

Disebabkan terlalu banyak hotel yang ada, Mai Singgah ingin membantu anda membuat pilihan yang terbaik dengan menyenaraikan hotel menarik di Johor Bahru beserta dengan penerangan terperinci.

Jangan buang masa lagi, musim cuti makin mendekati, teruskan membaca untuk mencari penginapan idaman hati.

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Johor Bahru


Anda Mungkin Suka:


01. Amari Johor Bahru

Siapa tak suka sesuatu yang segar? Inginkan penginapan dengan kesegaran sebenar, apa kata kalau anda booking penginapan di Amari Johor Bharu.

Sebuah hotel yang agak baru, berkonsep moden dan elegan, dengan penggunaan warnanya yang tampak mewah, penginapan anda sekeluarga di sini terasa cukup ekslusif!

Bukan sahaja sempurna pada pandangan mata dari segi rekaan bangunan dan dekorasi dalamannya, hotel ini turut lengkap dengan pelbagai fasiliti lain seperti kolam renang, spa, gym, jakuzi dan banyak lagi.

Amari Johor Bahru - Gambar Bilik & Fasiliti

Konsep moden hotel ini juga bukan sahaja pada dekorasinya, malahan pada teknologinya seperti penggunaan sensor pergerakan di dalam bilik, tanpa perlu menggunakan kad untuk menghidupkan barangan elektrik. Gempakkan?

Lokasi hotel ini juga memang terbaik! Nak membeli-belah, di hadapan bangunan hotel ini terletaknya pusat membeli-belah Komtar yang mana di tingkat tiganya terdapat Angry Bird Activity Park untuk menceriakan hari anak-anak.

Alamat: 82C, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

02. Doubletree by Hilton Johor Bahru

Doubletree by Hilton Johor Bahru - Gambar Luar Hotel

Hotel yang cukup gah, Doubletree by Hilton Johor Bahru, terletak tidak jauh dari Pusat Beli-belah City Square yang hanya 500 meter dari hotel.

Selain lokasi yang sempurna, anda dapat menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan hotel ini seperti kolam renang dan gym yang moden.

Doubletree by Hilton Johor Bahru - Bilik & Fasiliti

Hotel yang elegan ini turut memberikan anda layanan yang sempurna yang dapat dirasakan dari awal anda menjejakkan kaki ke hotel sehinggalah ke akhir penginapan. Khidmat pelanggan yang tip-top daripada Hilton!

Alamat: No. 12 Jalan Ngee Heng, 80000 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

03. Capri by Fraser Johor Bahru

Capri by Fraser Johor Bahru - Gambar Luar Hotel

Tercari penginapan dalam harga berpatutan dengan kualiti yang mengalahkan hotel 5 bintang lain? Salah satu pilihan hotel yang boleh diberikan perhatian adalah Capri by Fraser Johor Bahru.

Hotel residence yang terletak di dalam sebuah bangunan yang gah ini menawarkan bilik jenis studio dan juga apartment 1 bilik berkonsep moden yang sungguh luas untuk keselesaan penginapan bersama keluarga.

Jangan terkejut, bila menyentuh tuala yang disediakan hotel ni, tersangatlah lembut! Segala kemudahan yang disediakan adalah dalam kualiti premium. Bagi anda yang bercuti panjang di JB, jangan risau, dobi turut disediakan.

Capri-by-Fraser-Johor-Bahru-Gambar-Bilik-Single-Kolam-Renang

Bagi anda yang inginkan keselesaan seperti berada di rumah sendiri, bolehlah booking apartment 1 biliknya yang lengkap dengan dapur yang sempurna dengan banyak perkakasan dan ruang makan yang selesa.

Sepanjang penginapan di sini, anda juga boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kolam renang terbuka, kolam renang kanak-kanak, gym, restoran dan banyak lagi.

Untuk membeli-belah, mall yang terdekat iaitu JB City Square hanyalah 10 minit berjalan kaki dari hotel ini.

Malas nak berjalan kaki? Manfaatkan bas shuttle yang disediakan pihak hotel untuk ke banyak shopping mall di kawasan sekitar (pada waktu tertentu).

Alamat: Menara Tiga Serangkai, Jalan Tengku Azizah, 80300 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

04. Renaissance Johor Bahru Hotel

Renaissance Johor Bahru Hotel - Gambar Luar Pada Waktu Malam

Lihat sahaja bangunan Renaissance Johor Bahru Hotel, anda dah boleh membayangkan rekaan dalamannya yang juga sangat mengujakan.

Penggunaan warna-warna natural di dalam dekorasi dalamannya yang dapat dilihat sebaik anda menjejakkan kaki ke lobi hotel, membuatkan anda terfikir yang ini bukanlah hotel biasa.

Renaissance Johor Bahru Hotel - Gambar Bilik, Pool, Cafe

Antara kemudahan yang disediakan hotel ini adalah kolam renang dan pusat kecergasan. Lokasinya? Anda jalan kaki sahaja dari hotel, macam-macam terdapat di sekitarnya, pusat membeli-belah? Kedai makan? Semuanya terletak berdekatan dengan hotel.

Penginapan di hotel ini juga cukup sesuai untuk anda yang datang bersama keluarga kerana keluasan biliknya yang sangat memuaskan, selesa dan lengkap dengan pelbagai kelengkapan moden.

Alamat: 2, Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

05. Holiday Villa Johor Bahru City Centre

Holiday Villa Johor Bahru City Centre - Pemandangan Dari Kolam Renang

Terletak berhadapan dengan Pusat Membeli-belah KSL yang bukan calang-calang di Johor, Holiday Villa Johor Bahru City Centre adalah pilihan yang tepat bagi anda yang ingin membeli-belah sewaktu di Johor.

Sekiranya anda menginap di hotel ini pada hari Isnin, jangan lupa untuk melawat pasar malam yang terletak berdekatan KSL Mall.

Holiday Villa Johor Bahru City Centre - Gambar Bilik & Lobi

Dah puas berjalan-jalan di sekitar Johor Bahru, anda boleh bermandi-manda di kolam renang infiniti hotel ini yang turut menawarkan pemandangan yang sempurna.

Jakuzi juga disediakan di ruang mandian pancuran kolam ini. Kemudahan lain yang disediakan hotel ini yang mesti anda nikmati sewaktu penginapan adalah sauna dan pusat kecergasan.

Alamat: 260, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80250 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

06. Trinidad Suites Puteri Harbour

Trinidad Suites Johor, Trademark Collection by Wyndham - (1)

Trinidad Suites Puteri Harbour Iskandar Puteri menawarkan penginapan yang begitu sempurna

Apa yang anda inginkan untuk penginapan yang selesa? Bilik yang luas? Dapur yang lengkap? Peti ais yang besar? TV dengan pelbagai siaran? Wifi yang power? Kalau macam tu, bookinglah penginapan di Somerset Puteri Harbour Iskandar Puteri.

Trinidad Suites Johor, Trademark Collection by Wyndham - (2)

Anda rasa itu pun dah cukup? Jangan terkejut, hotel ini juga lengkap dengan kolam renang yang berpemandangan indah dan juga sebuah pusat kecergasan untuk anda memulakan hari dengan aktif sepanjang penginapan.

Lokasinya pula terletak berdekatan dengan banyak kedai makan.

Alamat: Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, Nusajaya, 79000 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

07. De Sweet Boutique Hotel

De Sweet Boutique Hotel - Gambar Luar

De Sweet Boutique Hotel seperti namanya, anda pasti akan mendapat pengalaman manis sepanjang penginapan di sini. Harga yang murah dengan kualiti yang terasa mewah, siapa yang tak tertarik?

Bilik-bilik yang ditawarkan di sini cukup luas, bersih dan selesa untuk penginapan bersama keluarga. Hotel ini turut menyediakan water filter dengan pilihan air panas dan sejuk.

De Sweet Boutique Hotel - Gambar Dalam

Berkaitan lokasi hotel ini pula, anda tidak perlu berjalan jauh untuk ke kawasan bandar yang meriah dan juga pusat-pusat membeli-belah.

Alamat: G-122, Jalan Permas 15/1, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

08. V8 Hotel Johor Bahru

V8 Hotel Johor Bahru - Pool

Lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti pusat kecergasan, kolam renang dan akses wifi, V8 Hotel Johor Bahru, adalah sebuah penginapan yang sempurna untuk percutian anda di Johor Bahru.

V8 Hotel Johor Bahru - Bilik, Tandas, Dapur

Kolam renang yang disediakan hotel ini lengkap dengan kawasan kolam untuk kanak-kanak beserta dua gelongsor untuk memaksimumkan keseronokan mereka bermandi-manda. Pemandangan dari kolam renang juga sangat menarik.

Baca: 50 Destinasi Terbaik Di Singapore

Lokasi hotel ini pula berdekatan dengan pelbagai tempat makan termasuklah KFC dan McDonaldโ€™s yang kesemuanya dapat diakses dengan hanya berjalan kaki dari hotel.

Alamat: 2, Jalan Jati 2, Taman Nusa Bestari, 81300 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

09. Midori Concept Hotel

Midori Concept Hotel - Gambar Luar

Hotel 3 tingkat, Midori Concept Hotel, kelihatan sangat unik jika dilihat dari luar, mana taknya, bangunannya ini dilitupi oleh tumbuhan menghijau sebagai latarbelakang nama hotel yang dipaparkan, bukan lukisan, tapi tumbuhan yang sebenar.

Lihat sahaja rekaan luaran bangunan hotel ini, pasti membuat anda tak sabar nak tahu bagaimana pula dekorasi dalamannya yang tak kurang hebatnya.

Dekorasi dalaman hotel ini unik dengan elemen Eropah atau Victoria yang dapat dilihat dari setiap sudut hotel, semuanya sungguh instagrammable!

Midori Concept Hotel - Bilik Queen Bed

Sekiranya anda menginap di hotel ini, anda boleh melawat adventure park yang terletak begitu dekat dengan hotel.

Selain itu, untuk mengisi perut yang lapar juga tidak menjadi isu, banyak sekali gerai-gerai dan restoran yang terletak berdekatan.

Alamat: 57, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

10. Amerin Boutique Hotel Johor Bahru

Amerin Boutique Hotel Johor Bahru - Pool Luar

Bagi pencinta kopi, inilah hotel untuk anda, Amerin Boutique Hotel Johor Bahru, yang menempatkan Gloria Jeanโ€™s Coffees di tingkat bawah hotel.

Sekiranya anda ingin menikmati pemandangan mengujakan sambil menjamu selera, anda boleh ke Sky View Restaurant yang terletak di tingkat 13A hotel ini.

Selain kaya dengan pelbagai pilihan makanan, hotel ini turut lengkap dengan kemudahan lain seperti kolam renang di tingkat 15 hotel, spa dan pusat kecergasan.

Amerin Boutique Hotel Johor Bahru - Bilik & Lobi

Berkaitan dengan bilik yang ditawarkan di hotel ini, bilik terbesar yang ditawarkan adalah Amerin Suite yang lengkap dengan 2 buah bilik, 2 buah TV, ruang santai, tab mandian, mesin basuh dan mesin pengering. Kalau ada bajet lebih, bilik ini adalah yang terbaik untuk penginapan bersama keluarga.

Alamat: No 35, Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling, Skudai Johor, 81200 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

11. Tanjong Puteri Golf Resort Berhad

Untuk penginapan yang tidak membosankan walaupun tidak keluar dari kawasan resort, Tanjong Puteri Golf Resort Berhad patut menjadi pilihan utama anda sewaktu di Johor Bahru.

Bagi anda yang aktif, apa yang terlintas dalam fikiran untuk anda lakukan sepanjang percutian?

Tanjong Puteri Golf Resort - Gambar Bilik & Fasiliti

Hampir kesemuanya ada di resort ini antaranya, kolam renang bersaiz olimpik, gelanggang tenis, gelanggang futsal, sauna, gym, permainan papan, billiard, spa dengan suasana desa, ping-pong, dan macam-macam lagi, semuanya tersedia untuk anda sekeluarga!

Alamat: Jalan Tanjong Puteri 1, Tanjong Puteri Resort, Pasir Gudang, 81700 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

12. Thistle Johor Bahru

Thistle-Johor-Bahru-Gambar-Luar

Untuk penginapan dengan pemandangan yang indah, mai booking Thistle Johor Bahru kerana dari hotel ini anda mungkin dapat menikmati pemandangan indah Selat Johor ataupun bandaraya Singapura.

Selain itu, lokasi hotel ini yang terletak hampir dengan Jalan Mohd Amin juga adalah satu lagi bonus, kerana di sini terdapat gerai yang menjual tauhu bakar dan lain-lain lagi yang cukup mengiurkan.

Thistle Johor Bahru - Gambar Bilik Selesa & Istimewa

Kalau anda nak shopping pula, khidmat shuttle percuma disediakan untuk anda ke JPO, bukan pusat membeli-belah biasa, tapi bebas cukai lagi tu!

Keseronokan menginap di hotel ini tidak terhenti di situ, Thistle Johor Bahru juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti kolam renang, pusat kecergasan, spa dan gelanggang tenis.

Alamat: Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

13. KSL Hotel & Resort

KSL Hotel & Resort - Pool

Kalau anda pernah dengar tentang Pusat Membeli-belah KSL, ini pula adalah tempat penginapannya, KSL Hotel & Resort, yang tak lain tak bukan, terletak di dalam pusat membeli-belah ini sendiri.

Kaki shopping apa lagi? Penginapan ini khas untuk anda! Tak cukup membeli-belah di sini, JPO pula hanyalah 20 minit pemanduan dari sini.

KSL Hotel & Resort - Bilik, Tab Mandi, Ruang Tamu

Antara kemudahan lain yang tersedia bagi para penginap hotel adalah kolam renang, pusat kecergasan, sauna dan taman tema air mini. Sebuah penginapan yang menyeronokkan untuk anda sekeluarga!

Alamat: 33 Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

14. Grand Bluewave Hotel

Grand Bluewave Hotel - Gambar Hotel Pada Waktu Malam

Grand Bluewave Hotel adalah sebuah penginapan yang membuatkan anda terasa seperti tinggal di rumah sendiri dengan kemudahan yang lengkap seperti TV bersiaran kabel, wifi yang pantas, dapur kecil, bar mini dan banyak lagi.

Anda juga tidak akan bosan dengan pelbagai kemudahan mewah lain yang disediakan hotel seperti kolam renang dan gym yang agak lengkap.

Dari bilik penginapan Grand Bluewave Hotel yang berkonsep moden ini anda dapat menikmati pemandangan yang menarik sekitar bandaraya Johor Bahru.

Alamat: 9R, Jalan Bukit Meldrum, 80300 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

15. Somerset Medini Iskandar Puteri

Sekiranya tujuan utama anda bercuti ke Johor Bahru adalah untuk melawat Legoland, hotel ini adalah salah satu penginapan yang terbaik.

Agak dekat dengan tarikan terkenal ini sehinggakan terdapat bilik yang menyajikan pemandangan sekitar Legoland.

Hotel yang dikelilingi oleh taman hijau ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan menarik seperti gym yang cukup lengkap dengan pelbagai peralatan senaman, bilik permainan kanak-kanak dan juga kolam renang infiniti.

Alamat: Lot 5 Jalan Medini Utara 4, Medini Iskandar, Nusajaya, 79200 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

16. New York Hotel Johor Bahru

New York Hotel Johor Bahru - Pintu Masuk

New York Hotel Johor Bahru terletak tidak jauh dari Johor Bahru-Singapore Causeway yang hanyalah 10 minit perjalanan dari hotel.

Di sekitar hotel ini juga terdapat banyak kedai makan dan pusat membeli-belah. Tak perlu risau tentang lokasi!

New York Hotel Johor Bahru - Gambar Bilik

Menawarkan 413 buah bilik yang dihias moden termasuklah tandas yang lengkap dengan tab mandian.

Tak cukup dengan ini, kemudahan lain yang disediakan hotel adalah bilik sauna, gym, kolam renang yang dilengkapi jakuzi air panas dan spa. Anda sekeluarga dapat menikmati percutian sebenar dengan menginap di hotel ini.

Alamat: No 22, Jalan Dato Abdullah Tahir, 80300 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

17. Bello Hotel JB Central

Hotel dengan dekorasi moden, Bello Hotel JB Central, adalah sebuah penginapan yang terletak di lokasi yang sangat menarik.

Dari pintu masuk hotel ini, sekiranya  anda ke sebelah kanan, dalam 5 minit berjalan kaki, anda akan sampai ke kawasan pasar malam, manakala sekiranya anda menuju ke arah kiri pula, dalam 5 minit berjalan kaki anda akan sampai ke City Square Mall.

Bello Hotel JB Central - Dalam

Kalau anda ingin ke Singapura, anda boleh menaiki bas 707 yang berhenti berdekatan hotel untuk ke Universal Studios Sentosa. Lokasi yang cukup sempurna!

Alamat: 21 Jalan Meldrum, 80000 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

18. Millesime Hotel Johor Bahru

Millesime Hotel Johor Bahru - Gambar Hotel

Bilik-bilik di Millesime Hotel Johor Bahru yang berlantaikan kayu dan lengkap dengan pelbagai kemudahan moden ini dihias dengan tona warna natural, menimbulkan suasana tenang dan selesa.

Di samping itu, dari bilik-bilik penginapan di hotel ini, anda sekeluarga dapat menikmati panorama yang mengujakan sekitar bandar.

Millesime Hotel Johor Bahru - Gambar Bilik

Bukan itu sahaja, hotel ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan menarik seperti spa, kolam renang yang terletak di tingkat 7 hotel dan pusat kecergasan.

Alamat: B-01-01, Jalan Persiaran Afiat, Taman Kesihatan Afiat, 79259 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

19. Hyatt Place

Terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru, hotel Hyatt Place pastinya tidak akan mengecewakan anda dari segi lokasinya yang berdekatan dengan pelbagai tempat menarik di Johor.

Bukan lokasinya sahaja yang best tetapi hotel ini juga bersambung terus dengan Paradigm Mall Johor menjadikanya penginapan wajib kaki shopping yang mencari penginapan terbaik di Johor Bahru.

Hyatt Place - Gambar Dalam

Hotel ini juga menarik perhatian ramai penginap kerana kemudahan-kemudahan yang disediakan yang agak lengkap seperti kolam renang, pusat kecergasan, khidmat urutan dan banyak lagi.

Alamat: Paradigm Mall, Jln Mewah Ria 2, Taman Bukit Mewah, 81200 Johor Bahru, Johor

Selanjutnya Di Agoda.com

Bagaimana? Ada yang mencuri hati anda? Kalau dah ada, apa yang anda tunggu-tunggukan lagi, bukan senang untuk mendapatkan penginapan di hotel menarik di Johor Bahru ini.

Nak lihat lebih banyak hotel menarik yang ada di Johor dengan potongan harga yang sukar dikalahkan oleh laman web hotel yang lain? Layari agoda.com, gerenti terkejut melihat harga-harga hotel yang ditawarkan!

Murah atau mahal, penginapan-penginapan di Johor Bahru pasti tidak akan mengecewakan anda dari segi lokasinya, di mana-mana sahaja anda berada, ada sahaja destinasi menarik untuk dilawati.

Jangan buang masa lagi! Rancang aktiviti, tempah hotel dan kemas beg anda untuk sebuah percutian yang menyeronokkan di Johor Bahru!