Apa sahaja yang anda inginkan semuanya ada di bandar ini, sebuah kota metropolitan yang terkenal di seantero dunia, Kuala Lumpur. Dari bangunan bersejarah zaman penjajahan British, kehijauan pokok-pokok, tempat makan yang best, bangunan pencakar langit, tempat membeli-belah dan banyak lagi, semuanya lengkap di bandar yang kecil ini. Rakyat Malaysia sendiri belum tentu dah melawat semua tempat menarik di KL ni.

Banyak juga pilihan tempat penginapan yang ditawarkan kepada sesiapa yang berniat ingin meneroka bandaraya ini. Nak memudahkan kerja anda untuk membuat pilihan penginapan terbaik semasa berada di sini, kami menyenaraikan 38 hotel menarik di Kuala Lumpur yang pasti tidak akan mengecewakan anda.

38. Banyan Tree Kuala Lumpur

Banyan Tree Kuala Lumpur - Gambar drone hotel

Sebuah hotel yang mengetengahkan ketenangan dan ketenteraman, Banyan Tree Kuala Lumpur terletak di Jalan Conlay, di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur. Hanya beberapa langkah ke KLCC dan akses terus ke segi tiga emas Kuala Lumpur, Banyan Tree menawarkan suasana tenang dalam kesibukan ibu kota.

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Kuala Lumpur

Rekaan dalaman dan hiasan mereka menggunakan warna-warna earth tones dan neutral menaikkan lagi suasana aman damai yang mereka ketengahkan. Namun, mereka tetap mengekalkan elemen-elemen mewah. Ini membuatkan hotel ini nampak eksklusif, elegan dan sofistikated.

Banyan Tree Kuala Lumpur - Gambar Bilik

Terdapat 55 bilik penginapan yang terbahagi kepada beberapa jenis. Anda boleh memilih antara bilik biasa atau bilik jenis suite yang datang bersama ruang tamu. Dengan tingkap-tingkap besar dalam bilik dan bilik mandi, anda dapat menikmati pemandangan kota yang berbeza-beza, bergantung kepada lokasi bilik anda.

Bayangkan dapat berehat dalam bath tub sambil melihat pemandangan Kuala Lumpur di waktu malam. Memang luarbiasa. Fasiliti lengkap dan mewah di Banyan Tree termasuk restoran-restoran mewah, kolam renang, gym, spa dan macam-macam lagi.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: 2 Jalan Conlay, Kuala Lumpur 50450, Malaysia

37. Dorsett Kuala Lumpur

Dorsett Kuala Lumpur - Gambar Balkoni

Menawarkan layanan dan perkhidmatan bertaraf 5 Bintang, Dorsett Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur ini memang sudah sinonim dengan kemewahan. Lokasinya yang berada dalam segitiga emas Kuala Lumpur memberikan anda akses terus ke kawasan membeli belah premium di Bukit Bintang. Bukan itu sahaja, bagi golongan muda yang ingin mencari tempat-tempat happening dan kedai-kedai makan yang hipster, semuanya berdekatan sahaja.

Dorsett Kuala Lumpur juga turut mementingkan persekitaran yang sihat dan antara perkhidmatan 5 Bintang yang kami nyatakan tadi termasuk kebersihan dan sanitasi yang terbaik. Dorsett Kuala Lumpur juga telah menjadi penginapan pilihan oleh golongan selebriti dan orang-orang kenamaan. Malah, ramai yang menganjurkan majlis di sini.

Dorsett Kuala Lumpur - Gambar Dalam Hotel

Dorsett Kuala Lumpur menawarkan beberapa jenis bilik tidur buat tetamu mereka. Kesemua bilik-bilik ini telah dihias dengan penuh bergaya dan nampak sangat classy. Terdapat 4 jenis bilik tidur di sini yang boleh anda pilih. Kesemuanya lengkap dengan bilik mandi en-suite, kelengkapan seperti TV, meja tulis dan lain-lain.

Dorsett juga sentiasa memastikan penginapan anda disertai dengan aktiviti-aktiviti menarik. Jadi, mereka sediakan kemudahan dan fasiliti seperti kolam renang, gim dan servis limousine yang boleh membawa anda ke mana-mana anda mahu. Selain itu, bilik mesyuarat dan acara ada disediakan di sini. Mereka juga mempunyai 2 restoran in-house iaitu Checker’s Cafe yang menawarkan all day dining dan sebuah bar bernama Window’s Lounge yang terletak di lobby hotel.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: Dorsett Kuala Lumpur, 172 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia

36. Grand Millennium Kuala Lumpur

Grand Millennium Kuala Lumpur - Gambar Luar Hotel

Sebuah lagi hotel yang terletak dalam perkarangan segitiga emas Kuala Lumpur ialah Grand Millennium Hotel Kuala Lumpur. Terletak di Bukit Bintang, hotel ini mempunyai lokasi strategik yang membenarkan tetamu-tetamu mereka berjalan, membeli-belah dan meneroka bandaraya Kuala Lumpur tanpa perlu memandu.

Grand Millennium Kuala Lumpur mempunyai look yang lebih professional dan maskulin. Dari luar juga sudah nampak gah dan mewah. Lebih sesuai untuk ahli-ahli pernaiagaan kerana hiasan dalaman merka juga mendaparkan identiti mereka yang mewah, classy dan serious.

Grand Millennium Kuala Lumpur - Gambar Bilik dan Kolam Renang

Terdapat 7 jenis bilik di sini untuk pilihan anda. Antara bilik Superior, bilik Deluxe, bilik Club, Grand Deluxe, Executive Suite, Presidential Suite dan Imperative Suite, semuanya mempunyai perhiasan berbeza, layout dan muatan berbeza. Keselesaan anda memang terjamin dan segala amenities yang mereka sediakan adalah untuk kemudahan anda sekeluarga.

Jika anda datang ke ibu kota untuk meneroka bandaraya Kuala Lumpur dan segi tiga emas KL, Grand Millennium Hotel ini adalah antara hotel terbaik untuk anda. Pemandangan kotaraya juga dapat dinikmati ketika anda makan di Restoran-restoran in-house mereka termasuk Bistro 160, The Milk Cafe, Lai Ching Yuen dan Hanaya.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: 160, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

35. De King Boutique Hotel KLCC

De King Boutique Hotel KLCC - Gambar Depan Hotel

Ingin penginapan dengan pemandangan KLCC dengan harga berpatutan? Cuba De King Boutique Hotel! Terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, De King Boutique Hotel merupakan sebuah hotel berkonsep boutique atau kecil.

Lokasinya yang strategik bukan sahaja memberikan anda akses mudah ke pusat-pusat membeli-belah ternama Kuala Lumpur seperti Suria KLCC dan Avenue K, ia juga sangat berdekatan dengan stesen LRT Jalan Ampang. Ini memudahkan untuk anda menuju ke tempat-tempat lain sekitar Kuala Lumpur. Kedai-kedai makan dan kedai serbaneka 7-eleven juga berdekatan dengan hotel ini, memudahkan anda sekiranya terasa lapar atau ingin mencari keperluan.

De King Boutique Hotel KLCC - Gambar Dalam Hotel

Hotel ini mempunyai 78 bilik superior dan 144 bilik deluxe. Anda boleh memilih antara 2 jenis bilik ini dengan katil King, Queen atau Twin. Jika anda bersama keluarga dan akan mendapatkan lebih dari 1 bilik, boleh dapatkan bilik bersambung juga. Bilik-bilik mereka dihias dengan penuh citarasa dan tampak ceria dan modern.

Setiap bilik dilengkapi dengan TV, meja tulis dan amenities yang menarik. Paling istimewa ialah pemandangan kotaraya Kuala Lumpur dan KLCC yang cukup cantik di waktu malam. Selalunya anda perlu membayar Mahal untuk pemandangan ini, namun kini Ada alternatif yang lebih berpatutan.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: de King Boutique Hotel KLCC , 160, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

34. Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residence

Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residence - Gambar Luar

Pullman Kuala Lumpur Hotel & Residence merupakan antara hotel yang cukup terkenal di kalangan pelancong. Yang menarik tentang hotel ini ialah ia merupakan sebuah hotel dan juga residence atau tempat tinggal. Ya, ada orang yang bertuah sungguh dapat menetap di hotel ini.

Pullman adalah jenama perhotelan mewah yang terkenal di serata dunia. Setanding dengan jenama-jenama perhotelan terkenal lain. Jadi, tidak hairanlah jika taraf dan standard perkhidmatan mereka cukup menakjubkan. Malah, perhiasan dan dekorasi hotel Pullman ini juga cukup cantik. Dengan penggunaan warna minimal dan aksesori-aksesori mewah, hotel Pullman tampil modern, bergaya dan kontemporari.

Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residence - Gambar bilik dan dalam hotel

Terletak di Jalan Conlay, yang bertentangan dengan Pavillion Mall, lokasi ini adalah antara lokasi kegemaran para pelancong dari dalam dan luar negara. Terdapat 450 bilik penginapan yang lengkap dengan amenities modern dan 157 tempat tinggal atau residence.

Mereka juga menyediakan pelbagai fasiliti yang akan membuatkan penginapan anda lebih seronok dan mudah seperti kolam renang, gimnasium, the Zone (bilik mainan kanak-kanak), restaurant bersebelahan kolam renang dan juga Vibes Spa. Mereka turut tawarkan 5 restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan yang berbeza-beza. Bolehlah cuba satu persatu.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: 4 Jalan Conlay, 50450 KUALA LUMPUR, MALAYSIA

33. Mandarin Oriental Kuala Lumpur

Mandarin Oriental Kuala Lumpur - Gambar Kolam Renang

Mandarin Oriental Kuala Lumpur tidak perlu diperkenalkan lagi. Setelah beroperasi Di Kuala Lumpur berdekad-dekad, Mandarin Oriental sudah pun dikira sebagai lagenda hotel mewah di Kuala Lumpur.

Terletak di antara KLCC dan Taman KLCC, Mandarin Oriental menawarkan pemandangan indah dari kedua-duanya. Bukan itu sahaja, Suria KLCC hanya beberapa langkah dari hotel. Tidak perlu memandu untuk ke mana-mana. Malah, untuk ke tempat lain pon hanya perlu naiki LRT Dari KLCC.

Mandarin Oriental Kuala Lumpur - Gambar Dalam Hotel

Mandarin Oriental menawarkan 16 jenis bilik penginapan yang mewah. Dengan pilihan pemandangan KLCC atau pemandangan taman. Menjadi antara hotel pilihan dan kegemaran golongan atasan, Mandarin Oriental turut menawarkan beberapa jenis bilik mewah yang sesuai dengan citaras mereka seperti Presidential Suite mereka yang berharga sehingga RM20,000 untuk satu malam. Namun, jangan risau, mereka juga tawarkan bilik-bilik biasa untuk golongan marhain seperti kita yang ingin merasa pengalaman menginap di hotel mewah.

Mandarin Oriental bukan sahaja terkenal sebagai hotel 5 Bintang, ia juga terkenal dengan restoran-restoran mereka yang menawarkan pelbagai jenis masakan dan diketuai oleh cef-cef ternama dunia. Spa mereka juga bukan calang-calang. Jadi pastikan anda cuba apabila menginap di sana nanti.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: KUALA LUMPUR CITY CENTRE, 50088 KUALA LUMPUR, MALAYSIA

32. Novotel Kuala Lumpur City Center

Novotel Kuala Lumpur City Center - Gambar Kolam Renang

Novotel Kuala Lumpur adalah antara hotel yang terletak di lokasi paling ideal. Terletak di Jalan Kia Peng yang menghubungkan kawasan sekitar KLCC dengan Bukit Bintang, hotel ini menawarkan anda yang terbaik. Sesuai untuk golongan yang ke sini untuk membeli-belah.

Novotel KL ini juga sesuai untuk anda yang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja atau perniagaan. Malah, anda tidak perlu risau tentang transportasi kerana akses ke kenderaan awam seperti LRT, Monorail dan bas persiaran percuma semuanya ada di sini. Perhiasan dan dekorasi hotel banyak berinspirasikan alam semulajadi dengan motif-motif daun dan penggunaan warna-warna earth tones tentunya membuatkan hotel ini tampak eksklusif namun tetap cozy.

Novotel Kuala Lumpur City Center - Gambar bilik dan sekeliling pool

Novotel menawarkan beberapa jenis bilik yang boleh anda pilih. Sama ada bilik deluxe, executive, premier atau suite, anda tetap akan mendapat keselesaan optimum. Selain dari itu, fasiliti-fasiliti yang mereka sediakan juga cukup lengkap untuk percutian dan penginapan yang menyeronokkan.

Kolam renang, gim, bilik majlis dan mesyuarat serta restoran-restoran mewah akan menjadikan percutian anda lebih mudah. Ia juga menawarkan sebuah Skybridge yang akan menghubungkan anda dengan Suria KLCC dan Pavilion KL.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: 2 Jalan Kia Peng, 50450 KUALA LUMPUR, MALAYSIA

31. Concorde Hotel Kuala Lumpur

Concorde Hotel Kuala Lumpur - Gambar Luar

Concorde Hotel Kuala Lumpur memang sudah dikenali ramai sebagai hotel mewah yang menawarkan penginapan business class. Terletak di Jalan Sultan Ismail, Concorde Hotel menawarkan yang terbaik dari bahagian bisnes, pusat-pusat pelancongan dan juga tempat-tempat hiburan.

Penginapan anda di sini akan memudahkan anda mendapatkan kesemuanya. Jadi, tidak kira jika anda ke sini atas urusan kerja, masih tetap dapat berhibur dan melancong.

Concorde Hotel Kuala Lumpur - Gambar bilik

Dari segi bilik penginapan, kesemua 581 bilik yang mereka tawarkan, memberikan anda suasana tenang dan aman, menghilangkan tekanan bagi anda yang ke sini atas urusan kerja dan bisnes. Bilik-bilik ini terbahagi kepada bilik Superior dan Deluxe, bilik Premier dan Premier Executive, serta bilik Premier Suite.

Untuk anda yang ingin mengekalkan rutin senaman dan kesihatan, mereka turut menyediakan gim dan kolam renang. Restoran-restoran yang mereka sediakan di sini menawarkan pelbagai jenis makanan. Jadi, anda bukan sahaja mudah mendapatkan makanan, malah tentu rambang mata dengan pilihan yang diberi. Untuk anda, Concorde KL sentiasa tawarkan yang terbaik. Jadi, mereka juga ada sediakan kawasan membeli belah yang membawa barisan kedai dan perkhidmatan seperti salon, spa, kedai baju dan kedai serbaneka.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: 2 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia

30. Oasis Suites Kuala Lumpur

Oasia Suites Kuala Lumpur - Gambar kolam renang

Di Jalan P. Ramlee, terdapat sebuah penginapan yang dinamakan Oasis Suites Kuala Lumpur. Oasis Suites ini memang agak berbeza dari hotel-hotel di kawasan ini. Namun, kemewahan dan keselesaan tetap diutamakan. Terletak di kawasan tiga segi emas kotaraya Kuala Lumpur, lokasi Oasis Suites ini sangat strategik.

Bukan sahaja berdekatan dengan pusat-pusat komersil, membeli-belah dan hiburan di sekitar Bukit Bintang, Jalan Ampang dan Petaling Street, ia juga berdekatan dengan pusat-pusat pelancongan dan tarikan yang ada di sini. Pengangkutan awam juga mudah didapati di sini.

Oasia Suites Kuala Lumpur - Gambar Dalam Bilik

Oasis Suites menyediakan beberapa jenis bilik penginapan. Yang membuatkan mereka berbeza ialah bukan sahaja bilik tidur biasa seperti bilik Deluxe dan Superior, mereka turut menyediakan bilik ala apartment yang mempunyai sehingga 3 bilik tidur.

Bilik-bilik jenis Family Suite, Junior Suite dan Premier Suite ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan tambahan seperti sebuah dapur ringkas, mesin basuh, ruang makan dan lain-lain. Bak kata mereka, a home away from home atau rumah kedua, bagi ramai yang menginap di sini.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: No. 10, Lorong P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia

29. DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur

DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur - Gambar Drone

Sebuah lagi nama yang tidak asing lagi Dalam dunia perhotelan mewah ialah DoubleTree by Hilton. Cawangan Kuala Lumpur mereka terletak di Jalan Ampang. Berada secara langsung di Menara Intermark, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur ini memang sudah cukup dikenali. Malah, jika anda tahu di mana KLCC, mesti anda tahu di mana DoubleTree by Hilton.

Lokasinya cukup strategik dan kini ia sudahpun menjadi sebuah landmark di kotaraya Kuala Lumpur. Akses terus ke Menara Intermark memudahkan anda berurusan di sana dan membeli-belah. Anda juga berdekatan dengan stesen LRT Jalan Ampang dan perjalanan kaki ke sana adalah tertutup. Berdekatan dengan KLCC, Avenue K dan lain-lain, penginapan anda di DoubleTree cukup mudah.

DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur - Gambar Bilik dan Tandas

DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur tentunya akan memberikan penginapan yang terbaik. Sesuai dengan jenama mereka, kemewahan dan keselesaan anda sekeluarga diutamakan. Bilik-bilik standard atau guest room dan deluxe room mereka ditawarkan dengan pilihan pemandangan dan katil berbeza, jadi anda bolehlah pilih mengikut kesukaan anda.

Mereka juga menyediakan bilik jenis suite yang mengasingkan tempat tidur dengan ruang tamu ringkas. Kemewahan bukan sahaja dapat dilihat dalam dekorasi dan hiasan bilik, malah, perkhidmatan dan layanan mereka turut mencapai taraf antarabangsa.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: The Intermark, 348, Jln Tun Razak, Kampung Datuk Keramat, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

28. Ariva Trillion Residence

Ariva Trillion Residence - Gambar bilik

Masih lagi dalam pekarangan kotaraya Kuala Lumpur, Ariva Trillion Residence yang terletak di Keramat, Jalan Tun Razak, sudah menjadi penginapan pilihan orang ramai, termasuk golongan expatriate.

Mengetengahkan penginapan berkonsep apartment atau residence, Ariva Trillion Residence ini juga sangat memudahkan para tetamu. Lokasinya yang mempunyai akses mudah ke pengangkutan awam dan pusat-pusat komersil membolehkan anda mendapatkan keperluan dan hiburan dengan cukup mudah. Nak beli-belah pon dekat sahaja. Ariva Trillion Residence masih menawarkan fasiliti lengkap seperti hotel-hotel lain seperti kolam renang, gim dan bilik majlis.

Ariva Trillion Residence - Gambar ruang santai dan kolam renang

Anda boleh memilih untuk menginap di apartment antara 1 hingga 4 bilik tidur. Kesemua apartment ini juga lengkap dengan semua keperluan dan kemudahan asas seperti dapur yang lengkap, ruang makan, dan ruang tamu yang cukup cantik dan lengkap.

Anda juga boleh memastikan si kecil anda kekal terhibur sepanjang penginapan anda dengan ada nya kolam renang, taman permainan kanak-kanak dan banyak lagi. Nak ada acara BBQ pon boleh. Bagi anda yang suka kekal sihat dan ingin konsisiten dengan rutin senaman anda, gim, sauna dan gelanggang tennis semua tersedia.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: Block A, 338, Jln Tun Razak, Kampung Datuk Keramat, 50400 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

27. Hotel Maya Kuala Lumpur

Hotel Maya Kuala Lumpur - Kolam renang kongsi yang cantik

Sebuah lagi hotel yang terletak di Jalan Ampang ialah Hotel Maya Kuala Lumpur. Hotel yang menggabungkan konsep urban dan tradisional ini bukan sahaja menjanjikan keselesaan, ia juga membawa suasana yang tenang dan aman, walaupun anda sebenarnya berada dalam kesibukan kotaraya Kuala Lumpur.

Terletak di lokasi yang sangat grateful, anda tidak jauh dari pengangkutan awam, pusat-pusat komersil, membeli-belah dan hiburan di sekitar Kuala Lumpur. Rasai keseimbangan antara kemewahan dan keselesaan di sini.

Hotel Maya Kuala Lumpur - Gambar bilik

Maya Hotel menawarkan 5 jenis penginapan; studio, studio heritage, junior suite, deluxe suite dan executive suite. Bilik-bilik jenis suite mempunyai ruang khas berasingan sebagai ruang tamu. Membolehkan tetamu mengasingkan tempat berehat dengan tempat berhibur.

Setiap bilik juga dihias dengan sentuhan glamour dan tradisional. Fasiliti di Mata hotel termasuklah restoran-restoran mewah, Angguk Spa by Mandara dan kemudahan asas lain seperti gim dan kolam renang.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: Hotel Maya Kuala Lumpur, 138 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur Malaysia

26. Traders Hotel Kuala Lumpur

Traders Hotel Kuala Lumpur - Gambar bilik dan pemandangan KLCC

Traders Hotel Kuala Lumpur adalah salah satu hotel yang membawakan suasana bisnes dalam bentuk mewah dan eksklusif. Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, Traders Hotel juga menawarkan pemandangan indah Kuala Lumpur yang tiada tandingan.

Lokasinya juga membenarkan anda berjalan-jalan dan meneroka Kuala Lumpur tanpa perlu memandu. Bukan itu sahaja, kemudahan yang mereka sediakan juga sudah cukup lengkap bagi memastikan anda dan keluarga mendapat percutian yang diidamkan.

Traders Hotel Kuala Lumpur - Gambar Dalam Hotel dan fasiliti

Penginapan di Traders hotel cukup terkenal dengan gaya sofistikated, modern dengan sentuhan maskulin. Namun, penggunaan fabrik dan aksesori mewah membawa keseimbangan dan suasana yang selesa. Terdapat beberapa jenis bilik di sini iaitu Bilik Deluxe, bilik Traders Club, Suite Twin Tower View dan bilik Two Deluxe Twin Tower.

Bukan hanya dilengkapi dengan amenities yang lengkap dan mewah, bilik-bilik di sini menawarkan pemandangan panoramik kotaraya Kuala Lumpur. Anda juga boleh mendapatkan bilik yang menawarkan pemandangan khas menara KLCC yang cukup terkenal dengan keindahannya di waktu malam.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

25. Impiana KLCC Hotel

Impiana KLCC Hotel - Gambar luar hotel

Terletak di Jalan Pinang, Impiana KLCC Hotel bukan sahaja memberikan pemandangan kotaraya Kuala Lumpur yang cantik, ia juga berada dalam lokasi yang cukup sempurna. Hanya beberapa langkah untuk ke KLCC, Convention Center, Pavillion dan pelbagai tempat-tempat pelancongan yang terkemuka, percutian anda sekeluarga pastinya lebih menarik dan mudah.

Bertaraf 4 bintang, fasiliti dan perkhidmatan mereka memang cukup lengkap. Nikmati kemudahan seperti transportasi ke lapangan terbang, laundry, gim, kolam renang dan juga doktor on-call semua disediakan di sini.

Impiana KLCC Hotel - Gambar dalam bilik

Dari segi penginapan, semuanya dalam kondisi yang terbaik. Hiasan romantis, feminin dan elegan, memberikan suasana yang begitu selesa dan mewah. Pemandangan KLCC dan kotaraya Kuala Lumpur dari bilik juga menjadi hiasan indah untuk bilik-bilik pilihan anda. Pilih antara bilik Superior, Deluxe, Executive Suite, Deluxe Suite, Club Deluxe, Club Premier dan Impiana Suite. Bagi kami, tidak kira bilik yang mana, keselesaan anda sekeluarga tentu diutamakan.

Mereka juga menawarkan beberapa restoran yang menyediakan pengalaman makan yang isimewa. Nikmati hidangan yang berbeza-beza dari 4 restoran mereka, Tonka Bean Cafe & Deli, Cedar on 15, Oswego dan Lobby Lounge.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: Impiana Klcc Hotel & Spa, 13, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

24. The RuMa Hotel & Residence

The RuMa Hotel & Residence - Pemandangan KLCC dari tingkap

The RuMa Hotel & Residence adalah antara hotel dan pusat penginapan yang sangat unik di Kuala Lumpur. Lokasinya di Jalan Kia Peng, bagai sejengkal dari KLCC. Ia juga tidak mengambil masa yang cukup singkat untuk sampai ke Jalan Bukit Bintang kerana cukup berdekatan.

Dari segi estetik, The RuMa menawarkan suasana yang lebih rustic dan retro dengan sentuhan alami dan tradisional. Anda akan cukup kagum dengan rekaan dan hiasan dalaman mereka. Banyak spot-spot bergambar di dalam hotel ini.

The RuMa Hotel & Residence - Gambar dalam bilik dan ruang santai

Mereka menawarkan pelbagai jenis bilik seperti bilik Deluxe, bilik Grand, Corner Studio, Grand Studio, Deluxe Suite, Grand Suite, Studio Family 2 bilik, Deluxe suite 2 bilik, RuMa Suite dan RuMa Suite 2 bilik. Jadi bagi anda yang berkeluarga atau mempunyai anak-anak dan perlukan privasi, dapatkan penginapan 2 bilik tidur yang mereka sediakan.

Restoran-restoran terkemuka mereka seperti ATAS, Seven Lobby Bar and Lounge, Santai Pool Bar and Lounge menawrkan pengalaman makan yang istimewa. Mereka juga terkenal dengan UR Spa mereka yang terletak berdekatan dengan kolam renang mereka. Manjakan diri dan dapatkan percutian hebat di The RuMa Hotel & Residence.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: 7, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

23. Four Seasons Hotel Kuala Lumpur

Four Seasons Hotel Kuala Lumpur - Pemandangan dari luar hotel

Nama Four Seasons Hotel adalah antara nama terkemuka di dunia. Mempunyai cawangan hotel di serata dunia, Four Seasons tidak mengecualikan kotaraya Kuala Lumpur untuk berikan pengalaman penginapan bertaraf 5 bintang mereka. Kedudukan hotel di Jalan Ampang membolehkan para tetamu berkunjung ke pusat-pusat tarikan utama di Kuala Lumpur dengan mudah sekali.

Four Seasons memastikan jenama mereka yang sering dikaitkan dengan kemewahan sentiasa terjamin. Bangunan yang cukup megah ini mempunyai hiasan dalaman yang juga mengagumkan. Rekaan dan hiasan yang modern, urban dan elagan, mencerminkan identity mereka.

Four Seasons Hotel Kuala Lumpur - Gambar dalam bilik

Four Seasons Hotel Kuala Lumpur menyediakan 3 kategori penginpan iaitu bilik tetamu, suites dan apartment mewah. Bilik tetamu mereka mempunyai 5 jenis yang berbeza dari segi pemandangan dan jenis katil. Bilik Suites mereka juga mempunyai 5 jenis dan berbeza dari segi pemandangan dan hiasan dalaman.

Apartment mewah mereka mempunyai 4 jenis yang berbeza dari segi peandangan, suasana dan jumlah bilik (antara 1-2 bilik tidur). Kesemua jenis penginapan menjanjikan suasana urban dan mewah, seperti berada di Upper East Side di New York. Ini lah tempat yang paling sesuai untuk ada merasai pengalaman seorang socialite atau orang kenamaan. Nikmati juga perkhidmatan 5 bintang mereka seperti concierge peribadi, spa, kereta persendirian dan banyak lagi.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: 145 JALAN AMPANG, 50450 KUALA LUMPUR, MALAYSIA

22. Parkview Suites

Parkview Suites KL - Gambar pool

Parkview Suites merupakan sebuah hotel-apartment di mana penginapan yang ditawarkan adalah dalam bentuk apartment. Terletak di Jalan Changkat Perak, ianya terletak berdekatan dengan KLCC, Aquaria dan juga laluan pejalan kaki KLCC-Bukit Bintang.

Lokasi yang strategik ini memberikan anda pemandangan kotaraya Kuala Lumpur yang tiada tandingan. Parkview Suites ini memang nampak sangat eksklusif. Ia seperti salah satu perumahan apartment di Upper East Side, New York. Memang nampak cukup mewah dan klasik.

Parkview Suites - Gambar bilik

Apartment-apartment di sini didatangkan antara studio 1 bilik sehingga 2 bilik tidur. Ia lebih sesuai untuk golongan berkeluarga kerana ia serba lengkap. Setiap unit juga mempunyai sebuah kitchenette atau dapur mini yang boleh digunakan untuk menyediakan snack ringkas dan membuat minuman.

Selain dari penginapan selesa, anda juga akan menikmati amenities sama seperti hotel-hotel mewah lain seperti kolam renang, gim dan lain-lain. Kolam renang mereka terletak di aras yang tinggi tau, jadi sambil berenang, dapatlah berehat dan menikmati pemandangan kotaraya.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: 5, Lrg Perak, City Centre, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

21. EQ Kuala Lumpur

EQ Kuala Lumpur - Gambar drone hotel

EQ Equatorial Hotel Kuala Lumpur bukanlah nama yang asing dalam dunia perhotelan mewah. Cawangan Equatorial hotel bukan sahaja berada di serata negara, malah seluruh dunia. Mengekalkan taraf mereka sebagai hotel 5 bintang, EQ Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Sultan Ismail memang sering dijadikan tempat persinggahan dan perjumpaan golongan elite dan kenamaan.

Dari segi rekaan dalaman, EQ Kuala Lumpur sentiasa dinaik taraf dan memastikan rekaan modern mereka sentiasa nampak segar, trendy dengan sentuhan klasik. Lokasinya yang strategik juga berdekatan dengan semua tempat-tempat pelancongan dan tarikan utama di Kuala Lumpur seperti KLCC, Bukit Bintang, Changkat Bukit Bintang dan lain-lain.

EQ Kuala Lumpur - Gambar bilik

Terdapat 440 bilik penginapan secara keseluruhannya. Bilik biasa seperti bilik deluxe dan premier, terbahagi kepada beberapa jenis mengikut saiz katil yang anda mahu. Mereka turut menyediakan bilik jenis suites. Terdapat 4 jenis suites di sini termasuk executive, studio, Aha! dan Presidential.

Suites adalah lebih eksklusif dan mewah yang didatangkan bersama ruang tamu, ruang makan, kitchenette dan juga almari walk-in. Fasiliti-fasiliti di sini memang cukup mewah. Selain dari kolam renang mereka, pusat kesihatan mereka iaitu Sanctum Fitness dan Sanctum Spa mereka memang terkenal dengan keistimewaan sendiri. Mereka turut menyediakan perkhidmatan concierge yang akan membantu memudahkan penginapan anda.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: Equatorial Plaza, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia

20. W Kuala Lumpur

W Kuala Lumpur - Gambar bilik

W Kuala Lumpur adalah hotel 5 bintang yang membawakan gaya yang lebih modern, muda dan urban. W membawakan suasana yang lebih youthful dengan vibe yang lebih modern. Namun, tetap mengekalkan kemewahan sebagai identiti utama.

W Kuala Lumpur terletak di Jalan Ampang dan berdekatan dengan semua tempat-tempat pelancongan dan tarikan utama di Kuala Lumpur. W Kuala Lumpur juga terkenal dengan seleksi restaurant mereka termasuk Flock, Yen, Wet Deck dan Woobar.

W Kuala Lumpur - Gambar fasiliti lima bintang

Bilik-bilik penginapan di sini dibahagikan kepada 9 jenis dan mempunyai 150 bilik penginapan kesemuanya. Anda boleh memilih antara bilik wonderful, spectacular, Mega, Cool, Studio Suite, Marvelous Suite dan Wow Suite.

Pilihan warna-warna neon dan ceria membuatkan suasana nampak sangat fresh. Rekaan dan hiasan dalamannya juga sangat cantik dengan gabungan elemen natural dan tradisional bersama unsur-unsur modern. Pastikan anda juga cuba fasiliti-fasiliti mereka seperti kolam renang yang berlatar belakangkan KLCC, gim dan Away Spa.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: No. 121, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia, 50450

19. Ceria Hotel

Ceria Hotel - Gambar Hotel

Nakkan sebuah percutian yang ceria? Jom menginap di hotel ini yang bukan sahaja murah dan membahagiakan poket anda, malahan lokasinya juga sangat strategik kerana terletak berhampiran dengan Berjaya Times Square, pusat membeli-belah terkenal di KL.

Bilik-bilik di hotel ini memiliki rekaan dalaman yang minimal dengan penggunaan warna monokrom menjadikan ia kelihatan bersih, selesa dan elegan.

Ceria Hotel - Gambar Bilik

Kemudahan yang disediakan adalah seperti penghawa dingin, televisyen, dan seterika. Simple dan ada segalanya untuk keselesaan penginapan anda di bandaraya ini.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: 270 Changkat Thambi Dollah, Pudu, Kuala Lumpur 55100

18. Red by Sirocco

the RED One KLCC - Gambar bilik double bed

Melihat daripada bangunannya sahaja sudah dapat dibayangkan betapa uniknya hotel Red by Sirocco  ini jika dibandingkan dengan penginapan lain. Bagi yang berminda kreatif, atau ingin mencari inspirasi dalam suasana yang selesa, ini adalah salah satu penginapan menarik di KL yang boleh anda pertimbangkan.

Baca: 40 Hotel Murah Di Kuala Lumpur Sesuai Untuk Bajet Traveller

Bilik yang ditawarkan cukup luas dan dihias moden bertemakan warna hitam, putih dan merah. Sambil berehat di dalam bilik, anda boleh menonton tv yang menawarkan banyak siaran menarik.

the RED One KLCC - Gambar tandas dan lobby

Nak menikmati pemandangan tanpa batasan di sekitar KL? Apa kata kalau anda pilih bilik yang lengkap dengan ruang balkoni? Anda juga boleh menikmati pemandangan sambil menyegarkan badan di kolam renang yang terletak di bahagian rooftop hotel.

Walaupun terletak di tengah bandar, suasananya tetap tenang dan jauh dari kesesakan orang ramai. Dari hotel ini juga mudah untuk anda mencari kedai makan. Stesen LRT yang terdekat pula hanyalah 10 minit berjalan kaki dari sini.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: Menara 101 Dang Wangi No. 3 Jalan Kamunting, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur

17. The Bed KLCC

The Bed KLCC - Gambar capsule hotel

Bagi yang sukakan sesuatu yang simple dan mementingkan keselesaan anda tak perlu pandang penginapan lain lagi, pilih sahaja The Bed KLCC yang terletak di Jalan Sultan Ismail ni.

Bergantung kepada bajet yang ada, anda boleh memilih daripada beberapa jenis penginapan yang ditawarkan seperti bilik queen, bilik twin, bilik keluarga, bilik single, bilik travel buddy (4 orang) atau penginapan yang sesuai untuk backpackers iaitu pod single. Pernah jumpa hotel yang begitu pelbagai macam ni?

The Bed KLCC - Dalam hotel

Bukan itu sahaja, hotel ini turut lengkap dengan pelbagai fasiliti menarik lain seperti kolam renang, gimnasium, dapur kongsi dan juga ruang lepak yang best. Bagi yang ulat buku tu, bila anda masuk je ke ruang lepak hotel ni, anda pasti akan terkesima melihat pilihan buku yang ada. Memang cool!

Lokasinya, seperti nama hotel ini sendiri iaitu The Bed KLCC, sudah semestinya tidak jauh dari KLCC yang terletak kurang 1 km dari sini.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: 12 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

16. CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang

CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang - Gambar luar hotel

Memiliki beberapa cawangan di bandar-bandar besar dunia seperti di kota London dan New York, CitizenM Kuala Lumpur adalah penginapan yang mesti anda inapi walau sekali dalam seumur hidup untuk merasai kesempurnaan penginapan urban yang sebenar.

Bukan sekadar menarik dari segi dekorasinya, tapi juga disebabkan oleh penggunaan teknologi moden dalam pelbagai kemudahan di hotel ini. Jangan terkejut, hampir segala kemudahan dalam bilik anda boleh dikawal dengan iPad.

CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang - Gambar bilik dan lobi hotel

Keterujaan menginap di hotel ini tidak terhenti pada teknologinya, kerana anda juga bakal dikejutkan dengan pemandangan sekitar bandar yang sangat menarik untuk dilihat dari bilik. Dengan harga sekitar RM230+ semalaman untuk semua ni? Sangat berpatutan.

Mengenai lokasinya pula, cukup strategik  kerana terletak tidak jauh dari pusat membeli-belah yang terkenal di KL iaitu Berjaya Times Square yang berjarak hanya 1 km.

Tidak jauh dari sini juga iaitu dalam sekitar 2 km adalah Galeri Starhill dan Pavilion KL. Anda juga hanya perlu berjalan kaki beberapa minit sahaja dari hotel sekiranya ingin ke MRT Bukit Bintang.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: 128 Jalan Pudu, Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

15. Tian Jing Hotel

Tian Jing Hotel - Gambar luar hotel

Bagi anda yang inginkan gaya penginapan yang lebih tradisional dan natural untuk melarikan diri dari dunia urban walau seketika, anda boleh menekan butang booking hotel Tian Jing Hotel.  Melihat daripada gaya seni bina luaran hotel ini sahaja sudah terpancar aura klasiknya.

Dekorasi dalaman biliknya dikuasai oleh warna natural seperti coklat, putih dan hitam dengan setiap sudut yang selesa dipandang mata.

Tian Jing Hotel - Gambar bilik

Peminat kopi? Sekiranya anda menginap di sini, anda boleh menebus kopi percuma daripada kafe yang terletak di tingkat bawah hotel.

Bagaimana pula dengan lokasinya? Cukup strategik, kerana banyak tarikan di sekitar KL boleh diakses dengan mudah dari hotel yang mana kesemuanya terletak dalam sekitar 2 ke 3 km seperti Berjaya Times Square, Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Galeri Seni Bank Negara.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: No. 66 & 68, Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur

14. Hotel Stripes Kuala Lumpur, Autograph Collection

Hotel Stripes Kuala Lumpur, Autograph Collection - Gambar bili besar

Hotel Stripes Kuala Lumpur, Autograph Collection menawarkan bilik-bilik bergaya moden yang beraura mewah, cukup luas untuk lebih keselesaan. Dari bilik penginapan juga anda boleh menikmati pemandangan yang mengujakan sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Ingin menikmati pemandangan yang lebih mengujakan? Anda boleh meluangkan masa di kawasan kolam renang hotel yang terletak di atas bumbung, dari sini anda bakal disajikan dengan pemandangan Menara Kuala Lumpur yang berdiri megah dari kejauhan.

Hotel Stripes Kuala Lumpur, Autograph Collection - Dalam hotel

Bagi anda yang tak pernah miss daripada melakukan aktiviti senaman, jangan risau, anda masih boleh meneruskan gaya hidup aktif di Hotel Stripes kerana ianya turut lengkap dengan gimnasium yang sempurna dengan pelbagai jenis peralatan senaman.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: 25 Jalan Kamunting, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur

13. Chaos Hotel

Chaos Hotel - Gambar bilik

Chaos atau dalam bahasa Melayunya β€˜huru-hara’, jangan salah sangka pula dengan namanya. Nama hotel ini memang tiada kena-mengena sebenarnya memandangkan suasana dalam hotel ini agak tenteram dan selesa.

Hiasan dalam hotel ini adalah gabungan urban dan alam semulajadi. Satu gabungan yang agak bercanggahkan? Tapi pihak hotel berjaya menggabungkan kedua-duanya menjadi sebuah dekorasi yang sangat indah. Berada di dalam pusat membeli-belah terkemuka, Fahrenheit 88, anda tak perlu nak pergi jauh-jauh untuk mencari tempat makan, semuanya anda di sini.

Chaos Hotel - Gambar dalam hotel

Bilik-biliknya juga lengkap dengan hiburan televisyen bersaluran satelit, pemanas air serta tandas yang lengkap dengan peralatan mandian. Penginapan yang sempurna dan strategik.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: Lot B-1, Fahrenheit 88, 179 Jalan Bukit Bintang

12. Manhattan Business Hotel

Manhattan Business Hotel - Gambar hotel

Nama hotel ini yang diambil dari sebuah bandar di New York memberikan anda pengalaman penginapan seperti berada di kota metropolitan ini. Tak dapat ke New York, sekurang-kurangnya dapat β€˜feel’nya pun jadilah kan.

Baca: 13 Hotel Terapung Menarik Di Malaysia

Hiasan dalamannya yang penuh perincian menghidupkan suasana yang mewah dan penuh keselesaan. Lokasi hotel ini juga berdekatan dengan pelbagai pusat membeli-belah terkenal seperti The Curve, 1 Utama dan Ikea.

Manhattan Business Hotel - Gambar dalam hotel

Setiap bilik di hotel ini dilengkapi dengan penyejuk udara, televisyen, peti keselamatan dan peralatan membuat air. Tandasnya juga lengkap dengan pancuran mandian dan pengering rambut.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: A-G-1, NomborΒ  1, Damansara Neo, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47800 Kuala Lumpur

11. The Mesui Hotel

The Mesui Hotel - Pintu masuk hotel

Melihat rekaan luaran bangunan ini, memang lain dari yang lain. Sangat unik dan menarik perhatian. Bukan sahaja cantik di luar, dalamannya juga dihias dengan menarik sekali gabungan konsep moden dan sentuhan 70-an.

The Mesui Hotel - Gambar bilik, ruang tamu dan tempat check in

Bilik-bilik di hotel ini dihias dengan minimal untuk memberikan keselesaan. Bukan itu sahaja, kebersihan hotel juga tip-top! Lengkap dengan peyejuk udara dan semua kemudahan penginapan, terdapat tiga jenis bilik yang ditawarkan untuk anda iaitu, Lush,Loft dan Luxe. Ruang lepak hotel ini juga sangat selesa dengan konsep terbuka di mana anda boleh bersantai sambil online ataupun membaca majalah setelah seharian meneroka KL.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: 9 Jalan Mesui, Bukit Bintang, Kuala Lumpur 50200

10. Hotel Mezzo

Hotel Mezzo - Gambar depan hotel

Hotel ini terletak hanya 5 minit dari LRT Maluri dan 10 minit ke pusat membeli-belah Jusco. Selain itu, banyak tempat-tempat makan yang tersedia untuk anda di sekitar hotel ini.

Bilik-bilik di hotel ini sangat selesa dan agak luas jadi ianya sangat sesuai untuk anda menginap bersama keluarga. Rekaan dalamannya simple tapi dengan tahap kebersihan hotel ini yang mantap, siapa tak suka kan? Setiap bilik lengkap dengan televisyen dan bilik mandi berpancuran air hujan.

Hotel Mezzo - Gambar bilik

Tidak jauh dari hotel ini juga kalau anda nak berekreasi bersama keluarga, anda boleh ke Taman Rekreasi Shamelin Walk yang hanya 1.6 km dari hotel.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: 532, Batu 3 ΒΌ, Jalan Cheras, Kuala Lumpur 56100

9. Sakura Hotel

Sakura Hotel - Gambar Luar

Terdapat 38 buah bilik di hotel ini yang sangat selesa dan dihias dengan dekorasi yang bertujuan untuk menimbulkan suasana harmoni, gabungan alam semulajadi dan konsep moden kontemporari.

Kalau anda ke cafΓ©nya yang terletak di atas bumbung hotel, anda dapat melihat pemandangan sekitar hotel sambil menikmati makanan.

Sakura Hotel - Gambar Dalam

Hotel ini turut terletak berdekatan dengan Plaza Low Yat, KLCC dan Pavilion Mall. Di hadapan hotel ini pula terdapat Bazar Larut Malam KL yang menjual bermacam barangan untuk anda mencuci mata dan bershopping sepuas hati. Gerai-gerai makan pun banyak di bazar ini.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: 327 & 329 Jalan Tun Razak (Pudu), Kuala Lumpur 50400

8. V Garden Hotel

V Garden Hotel - Gambar Bilik

Seperti namanya, hotel ini menjadikan alam semulajadi sebagai inspirasi deko. Di setiap bilik terdapat motif bunga-bungaan atau tumbuhan. Seperti berada di taman bunga, tambahan lagi dengan katil yang sangat selesa, pasti nyenyak tidur anda.

Kalau anda ke ruang santainya pula, anda dapat merehatkan badan di bean bag yang tersedia sambil menikmati pemandangan taman di sekeliling, ruang santai ini turut berbumbungkan kaca, jadi bolehlah anda lepak di sini pada malam hari untuk melihat langit yang indah di waktu malam.

V Garden Hotel - Gambar bilik single dan tempat santai

Restorannya juga berdekorasi ala-ala taman. Kemudahan pengangkutan juga memang tidak perlu dirisaukan, hanya 5 minit dari hotel ini terdapat stesen LRT Maluri.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: 21, Jalan Pudu Ulu, off Jalan Cheras, Kuala Lumpur 56100

7. KL Journal Hotel

KL Journal Hotel - Gambar bilik mewah

Hotel dengan rekabentuk moden ini bukan sahaja berada di lokasi yang terkenal yang berdekatan dengan tarikan-tarikan di KL, malahan lengkap dengan pelbagai kemudahan atau hiburan yang diidamkan penginap sewaktu bercuti seperti gym, kolam di atas bumbung hotel, permainan ping pong, perpustakaan pun ada untuk anda yang suka membaca.

Baca: 16 Hotel Bajet Di Bukit Bintang

Dari bilik-bilik yang dihias moden ini anda dapat menikmati pemandangan Menara Petronas yang sangat cantik pada waktu malam melalui tingkap yang besar.

KL Journal Hotel - Gambar dalam hotel

Semua bilik lengkap dengan keselesaan penyejuk udara, televisyen, internet yang laju dan iPod dock. Untuk bilik-bilik tertentu pula terdapat mesin kopi Nespresso, jadi untuk anda yang kaki kopi jangan lupa untuk meminta bilik dengan kemudahan ini.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: No. 30, Jalan Beremi, Off Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur

6. Aloft Kuala Lumpur Central

Aloft Kuala Lumpur Central - Gambar Kolam renang infinity

Terletak bersebelahan dengan KL Sentral, lokasinya sangat strategik untuk anda yang ingin meneroka bandaraya ini.

Juga berdekatan dengan Brickfields, di sini anda dapat melihat banyak tempat-tempat makan yang best. Kalau nak shopping, NU Sentral Mall adalah yang terdekat, di sini juga banyak tempat makan yang menarik.

Aloft Kuala Lumpur Central - Gambar Bilik dan tempat makan

Setiap bilik di hotel ini berpenghawa dingin dan berlantaikan karpet, lengkap dengan kemudahan seperti televisyen dan lain-lain untuk keselesaan penginapan anda.

Suka bersenam? Bercuti tak bermaksud anda perlu tinggalkan aktiviti yang sihat ni kan, anda boleh lawati gym yang disediakan hotel.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: No 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur

5. Villa Samadhi

Villa Samadhi - Gambar pool

Penginapan mewah di vila ini sesuai untuk anda yang mengidamkan suasana yang penuh ketenangan dan kesantaian selepas begitu lama stres dengan bermacam cabaran pada hari-hari biasa.

Direka dengan gabungan konkrit dan kayu buluh, anda dapat menikmati atmosfera tenang vila ini seperti tinggal jauh dari kota walaupun sebenarnya vila ini terletak di tengah-tengah KL.

Villa Samadhi - Gambar hotel bertemakan bali

Anda boleh bermandi-mandian di kolam renang dan memanjakan diri anda dengan khidmat urutan yang disediakan hotel. Bilik tidurnya juga  lengkap dengan jakuzi di mana anda dapat menyegarkan badan yang penat. Untuk menjamu selera, anda boleh menikmati masakan melayu dan antarabangsa di restoran terbuka, Mandi Mandi.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: No. 8, Jalan Madge, Off Persiaran Madge, Jalan U-Thant, 55000 Kuala Lumpur

4. Hotel Maison Boutique

Hotel Maison Boutique - Bilik bertemakan kereta

Terletak di Jalan Baba, anda hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit untuk sampai ke Berjaya Times Square. Lokasi memang mantaplah! Bukan itu sahaja, 42 buah bilik di hotel ini bukan sahaja luas dan selesa, malahan, memiliki tema-tema yang tersendiri seperti Fairy Tale, James Bond, Space Odyssey, Arabian Night, Atlantis dan Marilyn Monroe.

Hotel Maison Boutique - Gambar

Kalau anda seorang yang mementingkan senaman atau ingin mencuba sekali-sekala bersenam di gym, anda boleh menggunakan kemudahan kecergasan yang disediakan di Fitness Room hotel ini. Untuk menjamu selera, lawati Bistro 36 yang menyediakan hidangan tempatan, barat dan Jepun.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: No. 36 & 36, Jalan Baba, Off Jalan Changkat Thambi Dollah

3. Melange Hotel

Melange Hotel - Luar hotel

Terletak tidak jauh dari Jalan Alor yang meriah dengan gerai-gerai makanan dan pusat-pusat membeli-belah seperti Times Square dan Low Yat. Hotel ini terkenal dengan tahap kebersihannya yang sangat memuaskan hati.

Melange Hotel - Gambar bilik dan tandas

Rekaan dalaman bilik-bilik di hotel ini sangat menyegarkan mata dengan penggunaan warna-warna yang segar. Hiasan dalaman bilik yang berkonsepkan urban moden ini direka oleh pengarah kreatif Daniel Goh yang menggunakan 3 tema berbeza untuk setiap tingkat yang dinamakan tema Tampan, tema Manja dan tema Ayu.

Jom ke sini kalau nak rasai sendiri pengalaman tinggal di bilik yang dihias dengan menarik ini.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: 14, Jalan Rembia, off Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur

2. H Boutique Hotel Sri Petaling

H Boutique Hotel Sri Petaling - Gambar Lobi Hotel

Hotel ini tepat untuk anda yang bercuti sambil berbajet dan inginkan lokasi yang strategik. Dekat dengan bermacam jenis restoran untuk anda menjamu selera sebelum makan angin di sekitar bandar ini. MRT pula hanya 5 minit berjalan kaki dari hotel.

H Boutique Hotel Sri Petaling - Gambar Dalam Bilik

Bilik-biliknya agak luas dan sesuai untuk penginapan anda bersama keluarga. Yang penting ianya bersih dan selesa, kalau cantik saja pun tak cukup kan? Kalau anda menginap di bilik Deluxe, peti ais disediakan, bolehlah anda shopping makanan banyak-banyak.

Kalau anda ingin berekreasi, taman rekreasi Bukit Jalil dekat sahaja dari hotel.  Taman ini agak menarik juga untuk bergambar.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat:Β  No. 2A, Jalan Radin Bagus 6, Bandar Baru Seri Petaling, 57000 Kuala Lumpur

1. Wolo Hotel Bukit Bintang

Wolo Hotel Bukit Bintang - Lobi hotel

Dengan akronim WOLO β€˜ We Only Live Once’ sebagai nama hotel, memang patut untuk anda sekali di dalam hidup menginap di hotel ini. Dari luar sudah terlihat keunikan rekaan hotel ini yang berbatu-bata di dalam dan berkaca di luar. Sebaik anda melangkah masuk pasti anda terpegun dengan dekorasi dalamannya.

Bilik-bilik di hotel ini tidak kurang menariknya, luas, berdindingkan dan berlantaikan papan kayu  pada sebahagian besar bilik. Lengkap dengan semua kemudahan yang diperlukan penginap.

Wolo Hotel Bukit Bintang - Gambar dalam bilik dan kemudahan yang disediakan

Lokasi hotel ini yang terletak di kawasan Segitiga Emas bermaksud ia dikelilingi dengan pelbagai jenis tarikan, restoran-restoran dan tempat membeli-belah terkenal di KL.

Selanjutnya Di Booking.com
πŸ“ Alamat
Alamat: Corner of Jalan Bukit Bintang and Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, Kuala Lumpur 55100

Dah pilih yang mana anda suka? Atau terasa susah sangat nak buat pilihan? Apa kata kalau anda lawati Booking.com dan baca testimoni-testimoni mereka yang pernah menetap di tempat-tempat penginapan ini, mungkin serba sedikit dapat membantu anda membuat keputusan terbaik.

Apa-apa pun, lagi awal anda membuat perancangan lagi bagus sebenarnya, sebab anda mungkin mendapat harga yang lebih rendah kalau anda membuat tempahan yang awal.

Untuk pengetahuan anda juga, harga hotel berubah-ubah mengikut musim. Selalunya harga lebih mahal pada musim cuti persekolahan. Tunggu apa lagi? Rancanglah mulai dari sekarang.

Baca: 25 Hotel Berdekatan KLCC | Penginapan Menarik Di Pusat Bandar

Diharapkan senarai ini dapat membantu anda memilih tempat penginapan yang menawarkan apa yang anda inginkan dalam sebuah percutian. Yang paling penting sekali, bersesuaian dengan bajet percutian anda.

Akhir kata, terima kasih kerana meluangkan masa membaca entri hotel menarik di Kuala Lumpur sehingga ke penghujung penulisan. Semoga anda berseronok meneroka bandaraya ini nanti, jangan lupa bawa kamera, banyak lokasi yang fotogenik di KL!

Lihat Destinasi & Penginapan Terbaik Di Kuala Lumpur
DEstinasi
Makan
Taman Tema
5/5 - (2 votes)