16 Hotel Murah Di Alor Setar | Bilik Selesa Untuk Bajet Bawah RM100 Semalam

Alor Setar sememangnya terkenal sebagai sebuah hab pelancongan utama di utara Malaysia. Tambahan pula, kedudukanya yang strategik, berhampiran dengan Pulau Pinang dan sempadan Thailand, bermaksud anda tidak perlu berjalan jauh untuk melawat destinasi percutian menarik berdekatan.

Bandar kedua terbesar di Kedah ini menempatkan pelbagai pilihan penginapan, setiap satu menawarkan suatu yang berbeza. Untuk memudahkan anda memilih hotel yang selesa yang berpadanan dengan bajet, kami telah menyediakan senarai 16 hotel murah di Alor Setar yang bakal memberi nilai paling bagus untuk wang anda.

16. Tanjak Motel | Dari RM65 Semalam

Tanjak Motel 1

Kami memulakan entri ini dengan sebuah hotel yang sudah lama meyediakan khidmatnya kepada pengembara bajet. Dengan bilik bermula dari RM70 hotel ini afdal untuk mereka yang hanya perlukan bilik bajet untuk bermalam. Didalam bilik hotel tersebut, anda dapat menemui segala kemudahan asas dapat membuat anda bermalam dengan selesa.

Tanjak Motel 2

Tambahan pula jika anda merancang untuk melawat Alor Setar dengan menaiki bas, Tanjak Motel terletak hanya 2 minit sahaja berjalan kaki dari terminal bas Shah Perdana. Untuk mereka yang menaiki penerbangan pula, lapangan terbang Shahab Perdana terletak 9 kilometer dari hotel tersebut.

Lokasi: 179 & 180 (GF), Jalan Shahab 5, Kompleks Shahab Perdana, Jalan Sultanah Sambungan, 05150 Alor Setar

Selanjutnya Di Booking.com

15. T Hotel Tandop | Dari RM70 Semalam

T Hotel Tandop 1

Siapa kata keselesaan itu sesuatu yang mahal. Di T Hotel Tandop anda dapat bermalam dengan selesa tanpa mengeluarkan modal yang besar.

Seperti mana yang anda dapat lihat didalam gambar, bilik moden berhawa dingin ini lengkap dengan TV LCD dan bilik mandi peribadi, cukup untuk membuat anda bermalam dengan selesa.

T Hotel Tandop 2

Tambahan pula, kerana hotel ini terletak hanya 20 minit sahaja masa memandu dari terminal feri Kuala Kedah ia amat sesuai untuk mereka yang mahu menumpang semalam Alor Setar sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Langkawi.

Untuk mencari makanan pula, anda hanya perlu memandu selama 5 minit sahaja untuk sampai ke Alor Star Mall dan jika anda tidak mahu memandu terdapat banyak gerai makanan yang menyajikan pelbagai jenis hidangan tempatan disekitar kawasan hotel tersebut.

Lokasi: 12 & 13, Kawasan Perusahaan Tandop Baru, 05400 Alor Setar

Selanjutnya Di Booking.com

14. The Leverage Business Hotel (Kuala Kedah) | Dari RM70 Semalam

The-Leverage-Business-Hotel-Kuala-Kedah-1

Walaupun harga bilik di htoe ini bermula dari RM70 semalam, tetapi is mempunyai penampilan yang agak mewah. The Leverage Business Hotel Kuala Kedah ini terletak hanya 15 minit sahaja masa memandu dari Pusat Membeli Belah Alor Setar dan Jeti Kuala Kedah.

Hotel yang menawarkan bilik serba moden ini datang lengkap dengan penghawa dingin, TV LCD dan bilik air persendirian.

Leverage Hotel Kuala Kedah 2

Tepat dengan geleran Business Hotel, mengikut jenis bilik, terdapat meja kerja yang disedikan didalam bilik untuk mereka yang perlu menyiapkan kerja. Tambahan pula, anda boleh menggunakan kemudahan bilik mesyuarat yang bertempat didalam hotel. Untuk menjamu selera pula, anda hanya perlu memandu selama 20 minit untuk menikmati makanan laut terkenal Kubu Kuala Kedah.Untuk mereka yang malas memandu pula, anda dapat menjamu selera atau menikmati secawan kopi panas di Old Town Coffee yang terletak berhampiran dengan hotel tersebut.

Lokasi: 50, Taman Gunung Indah, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar

Selanjutnya Di Booking.com

13. AST Hotel | Dari RM90 Semalam

AST Hotel 1

Jika anda mencari hotel bajet yang terletak di kawasan Tandop, apa yang ditawarkan oleh AST Hotel Tandop bakal menjentik minat anda. Hotel ini menyediakan bilik yang selesa yang bermula dari harga RM90 semalam dan ia terletak berhampiran dengan plaza membeli belah Alor Setar. Untuk ke Pusat Bandar Alor Setar pula anda hanya perlu memandu 15 minit sahaja.

AST Hotel 2

Bilik-bilik yang bergaya ini dimuatkan dengan penghawa dingin untuk memastikan anda bermalam dengan selesa. Selain daripada itu, terdapat meja kerja yang disediakan didalam setiap bilik, bagus untuk mereka yang mahu menyaipkan kerja didalam bilik. Anda juga boleh menikmati kemudahan bilik air persendirian dengan shower air panas. Hotel ini juga menyediakan Wifi percuma untuk pengunjungnya.

Lokasi: 182, Taman Perindustrian Tandop Baru, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05400 Alor Setar

Selanjutnya Di Booking.com

12. The Leverage Business Hotel (Bandar Baru Mergong) | Dari RM90 Semalam

The Leverage Business Hotel Mergong 1

Tidak juah berbeza dengan cawangannya di Kuala Kedah, The Leverage Business Hotel Bandar Baru Mergong ini juga menyediakan keselesaan yang setanding.

Bilik-bilik berlantai kayu ini dilengkapi dengan penghawa dingin, bilik air persendirian dengan rain shower, dan kemudahan membuat minuman panas.

The Leverage Business Hotel 2

Tambahan pula, apa yang menambah kepada keunikan hotel ini adalah ia menempatkan sebuah restoran yang menghidang berbagai jenis hidangan tempatan yang pasti memikat selera mata yang memandang. Untuk membeli barang keperluan semasa bercuti nanti anda hanya perlu berjalan 5 minit ke Tesco Hypermart yang berdekatan.

Lokasi: 12, Jalan Lengkok Sari, Taman Bandar Baru Mergong, 05150 Alor Setar

Selanjutnya Di Booking.com

11. Hotel Royale | Dari RM92 Semalam

Hotel Royale 1

Hotel Royale ini mempunyai senibina yang klasik memberi tetamu pemandangan indah sungai Perak dari luar tingkap mereka. Untuk membuktikan betapa dekatnya hotel tersebut dengan pusat bandar, jika anda teliti bahagian kiri gambar diatas, Menara Alor Setar kelihatan jelas.

Hotel Royale 2

Selain daripada bilik air persendirian, bilik-bilik bajet disini juga datang lengkap dengan penghawa dingin, TV dan Wifi percuma. Disesetengah bilik anda disediakan dengan sofa untuk dimana anda dapat merehatkan kaki selepas sehari suntuk bersiar-siar di bandar tersebut.

Lokasi: 97, Seberang Jalan Putra, 05100 Alor Setar

Selanjutnya Di Booking.com

10. T+ Hotel | Dari RM100 Semalam

T+ Hotel 1

Agak susah nak bayangkan dengan RM100 sahaja anda dapat bermalam di sebuah hotel moden dan selesa. T+ Hotel ini merupakan rangkaian hotel bajet yang sudah lama terkenal dengan khidmat pelanggan yang bagus.

Hote yang bertempat di Jalan Sungai Korok ini mempunyai seni bina yang moden dan bilik yang ditawarkan pula datang lengkap dengan penghawa dingin, TV LCD dan bilik air peribadi.

T+ Hotel 2

Disamping itu, lantai berkayu, alas katil putih segar, beserta lampu yang malap melahirkan sebuah suasana yang ideal untuk anda merehatkan diri.

Jika anda memandu, ia hanya mengambil masa 5 minit untuk ke Pusat Membeli Belah Alor Setar dan 15 minit ke Terminal Ferry Kuala Kedah. Untuk ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pula, ia hanya mengambil 30 minit sahaja berkereta.

Lokasi: No. 888, Batu 2 1/2, Jalan Sungai Korok , 05440 Alor Setar

Selanjutnya Di Booking.com

9. Fuller Hotel | Dari RM105 Semalam

Fuller Hotel 1

Hotel popular yang sudah bertahun lama menyambut kedatangan pelancong di Alor Setar adalah Fuller Hotel. Bilik berparket ini datang lengkap dengan penghawa dingin, meja kerja dan bilik air persendirian. Untuk melayari internet pula, anda diberi akses Wifi percuma didalam bilik.

Fuller Hotel 2

Untuk tetamu yang memandu, tempat letak kereta disediakan secara percuma. Kemudahan lain termasuk tempat menyimpan bagasi dan kaunter check-in yang dibuka selama 24jam. Hotel ini terletak hanya 20 minit sahaja dari Terminal Feri Kuala Kedah.

Lokasi: No. 1, 10 Kompleks Perniagaan, Jalan Pintu Sepuluh, 05100 Alor Setar

Selanjutnya Di Booking.com

8. Q Bintang Hotel | Dari RM108 Semalam

Q Bintang Hotel 1

Ramai pengunjung yang telah bermalam di sini memberi ulasan bagus tentang Q Bintang hotel ini dan daya tarikan utama hotel ini adalah lokasinya yang strategik berdekatan dengan pusat bandar Alor Setar.

Q Bintang Hotel 2

Walaupun harga bilik di Q Bintang hotel ini murah tetapi ia tetap selesa kerana ia datang lengkap dengan penghawa dingin dan bilik mandi persendirian berserta toileteries percuma. Anda juga boleh melayari internet dengan mengakses Wifi percuma yang disediakan oleh pihak hotel.

Jika anda perlu check-out awal untuk ke lapangan terbang, anda tidak perlu risau, kerana kaunter menerima tetamu dibuka selama 24 jam.

Lokasi: No. 7-14, Taman Seri Astana, Fasa 1, Jalan Langgar, 05460 Alor Setar

Selanjutnya Di Booking.com

7. Hotel Grand Crystal | Dari RM118 Semalam

Hotel Grand Hotel Crystal 1

Hotel Grand Crystal merupakan hotel 3 bintang yang sudah lama menjadi sasaran pelancong yang memburu penginapan selesa di Alor Setar dengan harga yang berbaloi. Hotel yang menempatkan 138 bilik ini menawarkan 3 jenis bilik iaitu bilik Deluxe Single, Deluxe Double, Family Deluxe Tripple dan Suite.

Bilik yang ekslusif datang lengkap dengan penghawa dingin, TV LCD, dan bilik air berserta tab untuk anda baring sambil berendam air panas. Tambahan pula, ada peti sejuk mini didalam setiap bilik dan kemudahan membuat minuman panas.

Hotel Grand Crystal 2

Bercuti bersama keluarga? Anda dapat bersuka-ria sambil bermain air bersama anak-anak di kolam renang luaran hotel tersebut. Untuk mengisi perut yang kosong pula anda boleh ke singgah ke Putra Coffee House dimana anda dapat mencuba beraneka jenis sajian yang menyelerakan.

Kepada meraka yang berhajat untuk membeli belah bebas cukai di Bukit Kayu Hitam, Hotel Grand Crystal ini terletak 25 minit sahaja masa memandu kesana.

Lokasi: 40 Jalan Kampung Perak, 05100 Alor Setar

Selanjutnya Di Booking.com

6. The Regency Alor Setar | Dari RM146 Semalam

The-Regency Hotel Alor Setar 1

Hotel seterusnya adalah sebuah hotel 4 bintang yang bakal menarik minat mereka yang mahukan penginapan yang lebih ekslusif di Alor Setar. Terletak di tengah-tengah bandar, Hotel Regency ini ideal untuk mereka yang mencari kemewahan dengan harga yang berbaloi. Ini kerana bilik-bilik mewah hotel ini bermula dari RM146 semalam sahaja.

Seperti mana anda boleh lihat, bilik moden yang ditawarkan oleh hotel ini pasti memberikan siapa yang sudi bermalam didalamnya sebuah pengalaman yang tidak mudah dilupai.

The-Regency Hotel Alor Setar 2

The Regency Hotel Alor Setar ini juga merupakan sebuah Business Centre dan ia menyediakan kemudahan seperti bilik mesyuarat dan wifi percuma.

Jika anda mencari tempat makan tetapi tidak mahu meninggalkan kawasan hotel, anda boleh menjamu selera di Restoran Seribu Gantang. Restoran ini meyajikan pelbagai pilihan makanan tempatan dan antarabangsa.

Kerana anda berada di pusat bandar, anda tidak perlu berjalan jauh untuk melihat tarikan menarik seperti menara Alor Setar atau pusat membeli-belah Alor Setar. Tambahan pula, hotel ini hanya 3 minit sahaja masa berjalan kaki ke Kompleks Pekan Rabu.

Lokasi: Lot 134-141 Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Malaysia

Selanjutnya Di Booking.com

5. Sentosa Regency Hotel | Dari RM148 Semalam

Sentosa Regency Hotel 1

Jika anda seorang yang sering kali melawat Alor Setar sudah pasti anda tahu tetang kepopularan Sentosa Regency Hotel. Hotel 3.5 bintang ini menempatkan 86 bilik hotel selesa serba lengkap dengan penghawa dingin, TV dan bilik air persendirian.

Sentosa Regency Hotel 2

Bilik berkarpet yang nyaman berhawa dingin ini datang lengkap dengan tandas persendirian, TV LCD, peti sejuk mini dan meja kerja.

Antara tarikan yang terletak berhampiran adalah menara Alor Setar, Kompleks membeli-belah aman dan Masjid Zahir Alor Setar.

Lokasi: 250, Jalan Putra, 05150 Alor Setar

Selanjutnya Di Booking.com

4. Holiday Villa City Centre | Dari RM151 Semalam

Holiday Villa City Centre 1

Terletak di pusat bandar, Holiday Villa City Center Alor Setar merupakan hotel 4 bintang terkemuka yang menawarkan tahap keselesaan yang telah mendapat sanjungan ramai yang berpeluang untuk bermalam di hotel tersebut.

Hotel ini unik kerana ia bersambung dengan kompleks membeli-belah City Plaza menjadikan ia sesuai untuk tetamu yang tidak mahu berjalan jauh dari hotel untuk makan atau membeli-belah.

Holiday Villa City Centre 2

Bilik nyaman berhawa dingin yang dihias cantik ini datang lengkap dengan TV LCD dan bilik mandi persendirian. Untuk kemudahan pula anda dapat mengunakan kolam renang atau pusat kecergasan yang terletak didalam kawasan hotel. Tambahan pula terdapat spa jika anda mahu manjakan diri anda. Restoran Lagenda pula dibuka selama 24 jam dan menghidangkan pelbagai sajian tempatan dan barat yang menggiurkan.

Lokasi: Lot 162-163, Jalan Tunku Ibrahim, Bandar Alor Setar, Mukim Kota Star, 05000 Alor Setar

Selanjutnya Di Booking.com

3. StarCity Hotel | Dari RM168 Semalam

StarCity Hotel 1

Terletak di Jalan Pintu Sepuluh, StarCity hotel ini merupakan antara hotel yang baru dibina di Alor Setar. Hotel yang bertaraf 3 bintang ini menawarkan bilik moden dan selesa bawah RM200 semalam.

StarCity Hotel 2

Untuk memastikan anda bermalam dengan selesa, bilik dipasang dengan penyaman udara dan alas katil bersih ditukar setiap hari. Tambahan pula, setiap bilik mempunyai bilik mandinya yang tersendiri. Jika anda mahu secawan kopi tapi tidak mahu berjalan jauh, anda boleh singgah ke Paddy Coffee House yang boleh dijumpai didalam kawasan hotel.

Lokasi: 88, Jalan Pintu Sepuluh, 05100 Alor Setar

Selanjutnya Di Booking.com

2. Grand Alora Hotel | Dari RM189 Semalam

Grand Alora Hotel 1

Kepada meraka yang mengutamakan keselesaan dan tidak kisah untuk mebayar lebih sedikit, Grand Alor Hotel menanti ketibaan anda. Inilah peluang anda bermalam di hotel bertaraf 5 bintang dengan harga bilik bawah RM200 semalam.

Bilik eksklusif yang berkarpet ini datang lengkap dengan TV LCD, bilik air persendirian beserta shower air panas dan kemudahan membuat teh dan kopi segera. Tambahan pula, Wifi percuma boleh diakses dari mana-mana sahaja dalam kawasan hotel.

Grand Alora Hotel 2

Disini anda boleh bersantai bersama keluarga di kolam renang luaran atau bersenam sebentar di pusat kecergasan yang disediakan. Selain daripada it, disini anda dapat menikmati hidangan cina Szechuan seperti Dim Sum yang halal. Untuk mereka yang lebih gemarkan makanan tempatan yang konventional anda boleh bergegas ke Restoran Lengkuas. Lapangan terbang kepala batas hanya 20 minit masa memandu ke hotel tersebut.

Lokasi: No 888, Persiaran Bandar Baru Mergong, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05150 Alor Setar

Selanjutnya Di Booking.com

1. Tabung Haji Hotel Alor Setar | Dari RM238 Semalam

Tabung Haji Hotel Alor Setar 1

Kami mengakhiri senarai hotel murah di Alor Setar ini dengan Tabung Haji sebuah hotel 4 bintang yang moden, selesa dan patuh syariah. Hotel yang didirikan hotel Lembaga Tabung Haji ini bakal membuat pengalaman bermalam di Alor Setar sebuah memori yang tidak mudah dilupakan.

Tabung Haji Hotel Alor Setar 2

Hotel ini menyediakan bilik-bilik yang selesa dengan dekor yang moden dan meberansangkan. Tambahan pula hotel ini menyediakan dua kolam renang berasingan satu untuk wanita dan lagi satu untuk lelaki. Disamping itu anda boleh menggunakan pusat kecergasan moden dan spa yang bertempat didalam hotel.

Jika anda mencari hotel berdekatan dengan muzium padi Kedah, anda hanya perlu memandu 20 minit sahaja dari hotel tersebut.

Lokasi: Lot 3860, Mukim Titi Gajah, Seksyen 2, Bandar Anak Bukit, Daerah Kota Setar, 06020 Alor Setar.

Selanjutnya Di Booking.com

Berakhir sudah ulasan tentang hotel-hotel bajet yang kami rasakan memberi nilai yang paling bagus untuk wang anda dan kami harap ia dapat gambaram tentang pilihan hotel ekonomi yang dapat dijumpai di bandar Alor Setar.

Harga bilik ditunjukkan diatas merupakan harga yang diambil pada masa menulis artikel ini. Anda mungkin tahu naik turun harga bilik hotel ini sesuatu yang bergantung pada pemintaan semasa dan harga yang dilihat mungkin tinggi sedikit sidebabkan oleh musim perayaan atau percutian am. Untuk mendapatkan harga bilik yang terkini, membaca lebih lanjut tentang hotel diatas atau melihat pilihan penginapan yang lain anda boleh menyemak laman web Booking.com.

Sekali lagi kami harap catatan ini dapat memberi anda sekeluarga manfaat dan membantu anda membuat pilihan yang terbaik semasa berada disana nanti. Sekian terima kasih dan selamat bercuti ke Alor Setar.