
Ayer Keroh adalah salah sebuah lokasi di Melaka yang tak boleh anda pandang sebelah mata.
Kalau Bandar Hilir Melaka kaya dengan tarikan-tarikan bersejarah, di sini pula terdapat banyak taman-taman yang menarik, dari Taman Rama-Rama, Taman Botani hinggalah kepada Taman Buaya. Bukan itu sahaja, Melaka Wonderland Theme Park turut terletak di sini.
Nak cerita dalam satu perenggan semua perkara menarik yang ada di sini memang tak cukup, apa kata anda terokai bandar ini sendiri bersama keluarga tercinta?
Tapi sebelum tu, kenalah cari tempat penginapan dulu, nak tahu di mana tempat penginapan menarik dalam harga bajet yang ada di sekitar Ayer Keroh?
Anda boleh teruskan membaca artikel hotel murah di Ayer Keroh ini sampai ke penghujung untuk mencari yang sesuai dengan jiwa dan rancangan perjalanan anda.
Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Melaka
01. Hotel Kobemas Melaka

Hotel Kobemas Melaka adalah sebuah penginapan yang ditawarkan dalam harga bajet yang sangat murah namun tidak mengabaikan keselesaan para penginapnya.
Bilik-bilik dihias dengan pelbagai tema warna berbeza seperti maroon, hijau, kuning dan biru dengan kesemuanya memiliki saiz keluasan yang memuaskan hati, cukup selesa untuk penginapan bersama keluarga.
Selain itu, hotel ini menyediakan tempat parking yang cukup banyak, jadi tak perlulah anda bersusah hati kalau bawa kenderaan sendiri.
Lokasinya, terletak berdekatan dengan masjid dan banyak kedai makan. Hotel ini juga terletak
tidak jauh dari Mydin, Kota Fesyen, Melaka Wonderland, Bowling Centre, Mini Malaysia, Zoo Melaka, Taman Botani dan banyak lagi!
Alamat: Jalan MITC Prima 1, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh
02. MITC Hotel

Berlokasi strategik, dengan kedudukan hanyalah 2.6 km dari Night Zoo Melaka. Tarikan-tarikan lain yang terletak berdekatan adalah Mini Malaysia, Crocodile Farm, Jusco dan banyak lagi. Rancang untuk menginap semasa bercuti bersama keluarga? Anda pasti tak akan kecewa dengan MITC Hotel.
Bilik-biliknya dihias dengan gabungan warna yang selesa dipandang dengan sentuhan dekorasi dalaman yang berbeza-beza, namun setiap bilik memiliki aura elegan dan ekslusif yang tersendiri.

Nak lebih sebab untuk menginap di hotel ini? Kalau anda nak tahu, selain memiliki restoran yang menghidangkan pelbagai hidangan enak (mesti cuba nasi lemaknya!) hotel ini turut lengkap dengan cafe yang beaura tak ubah macam Starbucks iaitu Asahan Coffee.
Fasiliti lain yang boleh anda gunakan di sini adalah wifi yang pantas dan kolam renang. Yang syoknya, kolam renang kanak-kanak siap lengkap dengan taman permainan lagi, tak payah lawat taman tema air dah kot?
Alamat: Melaka International Trade Center, Ayer Keroh, 75450 Melaka
03. Hallmark View Hotel

Ingin melawat banyak tempat semasa bercuti di Melaka? Jom menginap di Hallmark View Hotel! Kenapa? Sebab anda tak perlu bersusah-payah beratur panjang di lokasi tarikan semata-mata untuk membeli tiket, sebab hotel ini turut menjual tiket masuk tarikan-tarikan yang ada di Melaka. Hotel yang cukup memudahkan bukan?
Bercakap tentang bilik-biliknya pula, semuanya dihias dengan warna-warna yang lembut dipandang dan dapat melahirkan rasa santai kepada para penginap. Saiz ruangnya juga cukup luas untuk anda yang datang menginap bersama keluarga.

Katilnya? Sangat empuk untuk tidur malam yang selesa selepas puas makan angina.Kalau anda nak tahu, hotel ini turut lengkap dengan vending machine untuk memudahkan anda mendapatkan kudapan dan minuman 24 jam. Nak air free? Water dispenser sudah tersedia.
Lokasinya, hanyalah 10 minit pemanduan untuk ke Jonker Street dan 15 minit pemanduan untuk ke Mahkota Parade Shopping Mall. Nak hilangkan rasa lapar? Ada banyak gerai yang dibuka di sekitar hotel ini sehingga waktu malam.
Jarak Dari Ayer Keroh: 16 Minit / 7.8 KM
Alamat: 9830 Bukit Baru, Malaysia, 75150 Melaka
04. Amverton Heritage Resort

Inginkan penginapan yang sempurna semasa berada di Ayer Keroh? Anda tidak patut terlepas pandang tempat penginapan yang elegan ini, Amverton Heritage Resort.
Melangkah masuk ke ruang lobinya, anda dapat terasa aura kemewahan resort ini melalui gabungan warna dekorasi dalamannya dan juga pencahayaannya.
Resort ini bukan sahaja dapat menarik jiwa sesiapa sahaja dengan sekali pandang, tapi selepas โmengenaliโ resort ini secara mendalam, anda pasti akan makin โtergodaโ.

Untuk pengetahuan anda, resort ini menawarkan banyak fasiliti menarik seperti kolam renang, pusat kecergasan, taman tema air, taman mini kanak-kanak, Kidโs Fun Zone yang lengkap dengan pelbagai permainan menyeronokkan, aktiviti ATV untuk dewasa dan kanak-kanak dan banyak lagi! Menginap di hotel ini pun dah terasa cukup meriah kan?
Terasa lapar? Banyak kedai makan menarik yang boleh diakses dalam hanya 10 minit pemanduan dari resort ini. Lokasi? Fasiliti? Keselesaan? Segalanya tip-top di Amverton Heritage Resort!
Alamat: Jalan Puteri Resort 1, Ayer Keroh, 75450 Melaka
05. Hotel Seri Malaysia Melaka

Siapa tak kenal Hotel Seri Malaysia, hampir seluruh negeri menampakkan kehadiran hotel ini dan tidak ketinggalan juga negeri Melaka. Berlokasi di Ayer Keroh, Hotel Seri Malaysia Melaka adalah sebuah penginapan 3 bintang dalam harga bajet yang dapat memberikan keselesaan yang sesuai dengan nilai wang yang dikeluarkan.

Bilik-bilik di hotel ini dihias ringkas dengan aura klasik. Saiz biliknya? Cukup luas untuk anda yang datang bercuti bersama keluarga. Selama penginapan di sini, anda sekeluarga juga boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan iaitu kolam renang, akses wifi percuma dan restoran.
Lokasinya, terletak sangat dekat dengan banyak tarikan seperti Honey Bee Museum, Crocodile Farm dan banyak lagi yang berada di sekitar Ayer Keroh.
Alamat: Ayer Keroh, 75450 Melaka
06. World Youth Hotel

World Youth Hotel adalah sebuah hotel murah di Ayer Keroh yang dihias dengan ringkas namun memiliki tahap keselesaan yang sangat memuaskan hati. Ia juga sangat bersih dan luas untuk keselesaan penginapan bersama keluarga.
Terasa lapar? Jangan lepaskan peluang untuk makan di restoran hotel ini yang menyediakan pelbagai hidangan enak sebelum anda memulakan langkah ke banyak lokasi menarik di negeri ni.

Kedudukannya? Sangat strategik, terletak hanyalah 5 minit berjalan kaki dari Zoo Melaka dan 10 minit untuk ke Taman Seri Bunga. Untuk ke Melaka Wonderland Theme Park pula anda hanya perlu memandu selama 5 minit sahaja dari hotel. Lokasi yang memang superb!
Alamat: PT 18708, Mukim Bukit Katil, Daerah Melaka Tengah, 75450 Ayer Keroh
07. Hotel MetraSquare

Siapa kata kena bayar lebih untuk sebuah penginapan yang berkonsep elegan dan ekslusif? Anda dapat menikmati semua kesempurnaan ini sekiranya menginap di Hotel MetraSquare.
Baca: 12 Resort Di Melaka Yang Menarik Untuk Percutian Keluarga Istimewa
Hotel bertaraf 3 bintang ini menawarkan 400 buah bilik yang selesa dan luas untuk anda yang menginap bersama keluarga.
Sebagai penginap di hotel ini, anda boleh menggunakan kemudahan pusat kecergasan yang disediakan.

Lokasinya, terletak dekat dengan tol Ayer Keroh, jadi tak perlulah anda melalui kesibukan trafik di kawasan bandar.
Jarak Dari Ayer Keroh: 3 Minit / 1.4 KM
Alamat: Jalan Pkak 1 & Pkak 2, 75450 Melaka
08. Hallmark Crown Hotel

Hallmark Crown Hotel menawarkan bilik-bilik yang dihias dengan moden berwarna natural melahirkan rasa santai kepada sesiapa yang memandang. Ada juga bilik yang dihias dengan elegan dengan gabungan warna-warni kuning keemasan dan maroon.
Dari harga yang bermula bawah dari RM100 ini, agak mengejutkan kerana ianya juga lengkap dengan fasiliti kolam renang yang terletak di bahagian rooftop.
Anda sekeluarga dapat berseronok di dalam kolam renang ini sambil menikmati pemandangan langit yang membiru.

Bukan itu sahaja, bilik-biliknya juga lengkap dengan pelbagai kemudahan yang kebiasaannya memerlukan anda membuat permintaan dengan staff hotel seperti seterika, iron board dan hairdryer. Sebuah penginapan yang wajib anda pilih untuk pengalaman percutian yang sempurna.
Lokasinya, hanyalah 10 minit berjalan kaki untuk ke Dataran Pahlawan dan pusat membeli-belah Mahkota. Anda juga hanya perlu berjalan kaki untuk ke Jonker Street. Jarak homestay menarik ini dengan Ayer Keroh hanyalah 14 km.
Jarak Dari Ayer Keroh: 23 Minit / 14 KM
Alamat: 170 Jalan Parameswara, 75000 Melaka
09. White Loft Hotel

Anda seorang yang berjiwa minimalist? Anda pasti dapat merasakan ketenangan sekiranya menginap di White Loft Hotel.
Bertemakan putih secara keseluruhannya dengan sedikit sentuhan warna merah dalam hiasan dalaman biliknya, dekorasi dalamannya tidak membuatkan mata anda serabut. Cukup dengan segala yang penting untuk kegunaan sepanjang penginapan.

Lokasinya, boleh dikatakan hampir dengan banyak lokasi menarik seperti Jonker Street yang hanyalah 10 ke 15 minit dari hotel.
Perut menggerodak? Kedai ikan bakar terkenal, Alai, hanyalah dalam 20 ke 25 minit dari sini. Atau nak lebih mudah, singgah je ke cafe hipster hotel ni yang terletak di tingkat bawah. Nak kudapan? 7E hanyalah beberapa tapak dari hotel.
Jarak Dari Ayer Keroh: 18 Minit / 9.2 KM
Alamat: 38, Jalan Rahmat 4, Taman Malim Jaya, 75250 Melaka
10. Batu Berendam Inn

Batu Berendam Inn menawarkan bilik-bilik yang selesa untuk penginapan bersama keluarga dalam tawaran harga yang sukar untuk ditolak. Sangat selamat untuk bajet anda kerana bermula dari bawah RM70 je!
Lokasinya, Batu Berendam Inn terletak dalam sekitar 7 km dari pelbagai tarikan menarik di sekitar Melaka seperti Jonker Street, Porta de Santiago, Zoo Melaka dan banyak lagi.

Nak cuba sesuatu yang viral di kawasan sekitar? Hanyalah 3 minit berjalan kaki dari sini, anda boleh sampai ke Batu Berendam Coconut Shake dan 4 minit pemanduan pula boleh membawa anda ke Royal Mango Float Sungai Putat. Wajib cuba!
Jarak Dari Ayer Keroh: 10 Minit / 6.5 KM
Alamat: 7, T/S, Jalan Sutera 1/2, Taman Sutera 1, Batu Berendam, 75350 Melaka
Baca: 23 Homestay Murah Di Melaka Untuk Percutian Bajet Yang Sempurna
11. Mudzaffar Hotel

Inginkan tidur yang lena tanpa gangguan bunyi bising? Di Mudzaffar Hotel anda sekeluarga gerenti dapat menikmati tidur yang paling lena dalam hidup! Ditambah lagi dalam suasana bilik yang sangat selesa dengan gabungan warna yang kelihatan elegan dan ruang yang luas.
Di samping bilik yang selesa, anda sekeluarga juga dapat menggunakan pelbagai kemudahan lain yang disediakan seperti kolam renang dan restoran hotel yang menyediakan masakan-masakan yang pasti memuaskan deria rasa anda.

Ingin beraktiviti? Bowling center hanyalah beberapa minit dari hotel ini. Ingin membeli barangan keperluan? Mydin terletak tidak jauh dari sini. Perut berbunyi minta diisi? McD dan restoran lain juga ada di sekitar hotel. Apa lagi yang anda inginkan?
Alamat: 5509, Jalan Wisma Persekutuan MITC, Ayer Keroh, 75350 Melaka
Sebagai salah sebuah hotspot pelancongan di Melaka, pilihan penginapan di Ayer Keroh tidak mengecewakan.
Banyak juga hotel murah di Ayer Keroh yang memberikan kualiti yang diimpikan, bersih, lengkap, luas dan strategik.
Namun begitu, kalau senarai penginapan ini masih tidak memuaskan hati anda, dan nak lihat lebih banyak lagi pilihan lain yang ada di Ayer Keroh dan kawasan sekitarnya, anda boleh melayari agoda.com, pelbagai pilihan dalam tawaran harga terbaru ada di sini!
Dah tahu di mana nak menginap, langkah seterusnya adalah untuk memecut kenderaan anda ke Ayer Keroh! Jangan buang masa lagi, nak ke sana sekiranya anda datang dari KL hanyalah memakan masa 2 jam je! Banyak aktiviti yang menanti di Ayer Keroh nanti! Selamat bercuti!