Udara yang segar bak negara Eropah, kafe dengan atmosfera yang mengalahkan Starbucks, makanan yang tak berpenghujung pilihannya, tempat shopping dengan tawaran harga yang buat anda rasa seperti nak borong segalanya, itulah Bandung!
Syoknya bercuti di sini bukan kepalang, cukup segala pakej penting yang menjadikan ianya destinasi percutian yang terindah. Buktinya? Ramai pelancong bersetuju bahawa Bandung adalah antara destinasi cuti yang paling best di Indonesia!
Anda ingin merasakan sendiri penangan bandar ketiga terbesar di Indonesia ni? Jadikanlah ianya destinasi pilihan pada percutian akan datang. Untuk menambahkan kesempurnaan holiday di Bandung nanti, anda perlulah membuat pilihan penginapan dengan bijak, kalau tersalah pilih memang rosak segalanya!
Nak tahu penginapan apa yang best tapi dalam masa yang sama tak melicinkan poket? Jom lihat senarai hotel murah di Bandung yang ada dalam artikel ni. Kalau jumpa yang menarik hati, terus je booking!
36. Favehotel Braga
Terletak di tengah-tengah kota Bandung, favehotel Braga hanyalah 5 minit pemanduan dari Pusat Membeli-Belah Pasar Baru. Trans Studio Indoor Theme Park pula hanyalah 10 minit pemanduan dari sini. Pendek kata, bermacam tarikan Bandung terletak tidak jauh dari penginapan.
Kedai makan? Tak perlu penat-penat mencari, keluar je dari hotel ni,macam-macam pilihan boleh jumpa. Memang strategik! Untuk menuju ke airport pula, hotel ini menyediakan shuttle secara percuma.
Mengenai penginapan ini sendiri, favehotel Braga dhias dengan moden dan penuh gaya. Bukan sekadar sedap dipandang, keselesaan yang disediakan juga sangat tip-top! Yang paling penting sekali, katil dan bantalnya memang empuk untuk tidur yang lena.
Alamat: Jl. Braga no. 99 – 101, Sumurbandung, 40111 Bandung, Indonesia
35. Zest Hotel Sukajadi Bandung
Berkonsep moden dan minimal dengan penggunaan warna hijau yang menyegarkan, Zest Hotel Sukajadi Bandung adalah penginapan yang patut anda booking sekiranya anda mendambakan suasana yang sempoi dan tenang.
Bilik-biliknya luas dan selesa untuk penginapan beramai-ramai. Bukan itu sahaja, segala peralatan yang penting lengkap tersedia, menjadikan penginapan anda di hotel ini bertambah selesa. Nak bercuti panjang di Bandung? Pilihlah hotel ini!
Lokasinya juga sangat memuaskan hati! Anda boleh menuju ke pusat membeli-belah Paris Van Java dalam hanya beberapa minit berjalan kaki dari hotel kerana kedudukannya yang kurang 500 meter dari sini. Masjid pula hanyalah bertentangan dengan hotel ini.
Alamat: Jalan Sukajadi No.16, Sukajadi, 40161 Bandung, Indonesia
34. Favehotel Premier Cihampelas
favehotel Premier Cihampelas adalah sebuah penginapan elegan yang cukup strategik, terletak di dalam kawasan yang sangat happening di Bandung! Kalau anda ingin merasakan suasana percutian yang meriah, di sinilah lokasinya.
Kedudukannya daripada banyak tempat menarik seperti Chiwalk, street food dan restoran hanyalah 5 minit berjalan kaki dari hotel, pusat membeli-belah Cihampelas juga terletak berdekatan. Tarikan lain seperti Taman Tema Indoor Trans Studio adalah 40 minit pemanduan dari hotel.
Bukan sahaja berlokasi menarik, lebih sebab untuk anda memilih penginapan ini sekiranya berada di Bandung adalah kerana ianya lengkap dengan pelbagai fasiliti menarik seperti wifi percuma, kolam renang dan pusat kecergasan.
Alamat: Premier Plaza, Jl. Cihampelas 129, Sukajadi, 40131 Bandung, Indonesia
33. Neo Dipatiukur Bandung
Eksklusif dan moden, hotel Neo Dipatiukur Bandung cukup sesuai dengan anda yang berjiwa urban. Sebaik melangkah masuk ke dalam ruangan lobinya, pandangan anda akan serta-merta terpesona dengan gabungan warna yang hitam dan putih yang digunakan. Terasa agak mewah untuk sebuah hotel bajet.
Bukan sekadar cantik di pandangan, hotel ini turut sempurna dalam pelbagai aspek lagi. Antaranya adalah keluasan bilik yang ditawarkan, membuatkan ianya pilihan penginapan yang tepat untuk diinapi bersama keluarga, cukup luas dan selesa!
Yang menariknya, mereka turut menyediakan akses wifi dan TV sehingga 60 siaran! Hiburan kalau bersantai dalam bilik? Tidak menjadi isu.
Anda juga dapat menikmati tidur yang lena kerana suasana yang sunyi dan tenang daripada sebarang gangguan. Lokasinya? Hanyalah 15 minit pemanduan untuk ke bandar Bandung dan terletak berdekatan dengan banyak kedai dan restoran untuk menjamu selera.
Alamat: Jl. Dipatiukur no. 72 – 74, 40132 Bandung, Indonesia
32. Mercure Bandung City Centre
Terpandang sahaja bangunan hotel Mercure Bandung City Centre, anda pasti tertanya-tanya betul ke ada penginapan dengan harga bawah RM200 kat sini? Aura elegannya cukup terserlah dari struktur bangunannya, apatah lagi apabila melangkah masuk ke ruang dalamnya.
Hotel ini adalah pilihan yang sangat tidak mengecewakan untuk percutian yang sempurna di Bandung. Setiap bilik dihias dengan moden sehingga buat anda terasa seperti CEO syarikat besar! Bilik-bilik ini lengkap dengan ruang duduk untuk anda bersantai merehatkan badan. Sesetengah biliknya juga lengkap dengan ruang balkoni untuk anda menikmati udara segar di luar.
Kemudahan menarik lain yang disediakan adalah kolam renang infiniti di bumbung hotel yang menyajikan pemandangan yang sungguh mengujakan di sekitar Bandung terutama sekali apabila tiba waktu malam.
Alamat: Jalan Lengkong Besar No 8, 40261 Bandung, Indonesia
31. Novotel Bandung
Suka bershopping dan inginkan penginapan yang boleh memeriahkan percutian anda sekeluarga? Menginaplah di Novotel Bandung!
Hotel yang menawarkan penginapan dalam harga bajet ini bukan sahaja memiliki lokasi yang strategik untuk kaki shopping tapi juga lengkap dengan pelbagai fasiliti menarik untuk kegunaan anda sepanjang percutian.
Novotel Bandung terletak berdekatan dengan pusat-pusat membeli-belah terkenal di daerah ini. Setelah penat bershopping, anda boleh merehatkan badan sambil menikmati mandian menyegarkan di kolam renang hotel atau mendapatkan rawatan spa yang disediakan.
Setelah puas memanjakan diri, anda boleh berehat di atas katil empuk hotel ini. Bangun dari tidur pula, anda boleh memulakan hari dengan melakukan senaman di gym. Macam-macam aktiviti boleh dibuat walau hanya berada di hotel bukan?
Alamat: Cihampelas 23 – 25, 40171 Bandung, Indonesia
30. Bidakara Grand Savoy Homann Hotel Bandung
Bidakara Grand Savoy Homann Hotel Bandung adalah sebuah penginapan menarik dengan atmosfera elegan, mewah dan tropika menjadikan penginapan anda di sini terasa cukup santai dan penuh dengan keselesaan.
Bukan sahaja memiliki suasana yang menarik, hotel ini juga turut menyimpan sejarah yang penting kerana ianya pernah dijadikan lokasi untuk Asia-Aftika Conference pada tahun 1955. Sebuah hotel klasik yang menyimpan sejarahnya sendiri.
Bagi anda yang mencintai suasana antik dan mudah terpesona dengan sejarah, sudah semestinya penginapan ini adalah pilihan yang tak perlu difikirkan dua tiga kali. Hotel ini juga terletak berhadapan dengan muzium Asia-Africa Conference.
Bagi pencinta kopi, cafe Starbucks juga hanyalah di sekitar hotel. Kalau anda nak tahu, selain Starbucks, ada banyak lagi pilihan kedai menarik dan selesa untuk dijadikan tempat menjamu selera yang terletak berdekatan.
Mengenai keselesaan penginapan ini sendiri, hotel bertaraf 4 bintang ini menawarkan bilik-bilik yang lengkap dengan perabot kayu yang menyejukkan mata. Setelah puas merehatkan badan, anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan menarik yang disediakan seperti gym dan games room yang lengkap dengan permainan video dan tradisional.
Alamat: Jalan Asia Afrika 112, Sumurbandung, 40261 Bandung, Indonesia
29. Best Western Premier La Grande Bandung
Terletak di tengah-tengah kotaraya Bandung iaitu antara kawasan Dago, Merdeka dan R.E. Martadinata, Best Western Premier La Grande Bandung adalah sebuah hotel murah di Bandung yang berada di lokasi yang menarik untuk para pelancong kerana ni sinilah berpusatnya banyak pusat membeli-belah terkenal Bandung dan kedai-kedai makan yang menarik.
Berkenaan penginapannya, hotel ini menyediakan 191 buah bilik tetamu dan suites yang selesa dengan dekorasi dalaman elegan berwarna natural. Sekiranya anda menginap di hotel ini, anda turut dapat menggunakan pelbagai fasiliti menarik seperti kolam renang dengan air hangat yang dapat menghilangkan kelenguhan badan, spa dan pusat kecergasan.
Makanan? Dengan kedudukannya yang berada di antara dua pusat membeli-belah dan kawasan street food, cukup banyak pilihan yang dihidangkan di depan mata.
Alamat: Jl. Merdeka No. 25 – 29, Sumurbandung, 40117 Bandung, Indonesia
28. Ibis Styles Bandung Braga
Ibis Styles Bandung Braga menyediakan penginapan yang moden dan selesa untuk penginapan beramai-ramai bersama keluarga. Dari bilik yang diinapi juga anda dapat menikmati pemandangan yang mempesonakan kawasan sekitar bandar dan gunung-ganang, terutama sekali sekiranya anda dapat menginap di bilik yang terletak di tingkat yang tinggi.
Selain pemandangan yang menarik, hotel ini turut menyediakan sarapan pagi yang sangat menyelerakan! Kalau tak rasa nak menikmati sarapan di sini, anda juga boleh menuju ke Starbucks yang terletak betul-betul di luar hotel. Lokasinya, sangat strategik dengan jalan Braga dan Jalan Asia-Afrika yang boleh diakses dengan hanya berjalan kaki dari hotel.
Alamat: Jalan Braga No. 8, Sumurbandung, 40111 Bandung, Indonesia
27. Hotel Citradream Bandung
Hotel Citradream merupakan sebuah hotel bajet di Bandung yang cukup selesa untuk dijadikan tempat penginapan sepanjang percutian anda ke sini nanti. Aura penginapan dengan hiasan dalaman yang minimal ini terasa sungguh mendamaikan.
Tidak terlalu padat dengan pelbagai dekorasi dan menggunakan warna-warna yang sedap dipandang mata, segala aspek hotel ini dapat memberikan ketenangan yang dicari semasa percutian. Dari bilik yang diinapi juga anda dapat menikmati pemandangan di sekitar bandar.
Di samping itu, tahap kebersihannya juga sangat memuaskan hati! Kalau anda seorang yang perfectionist dalam hal begini, anda pasti tidak akan kecewa.
Lokasinya, hanyalah 10 minit pemanduan untuk ke kawasan tarikan Cihampelas, 15 minit untuk ke Dago dan 45 minit untuk ke kawasan tanah tinggi Lembang.
Alamat: Jl. Pasir Kaliki No. 36 – 42, 40171 Bandung, Indonesia
26. Amaroossa Hotel Bandung Indonesia
Ingin merasa seperti seorang Diva untuk beberapa hari? Anda boleh merasainya kalau menginap di Amaroossa Hotel Bandung Indonesia! Dekorasi dalamannya kelihatan sungguh elegan dengan perabot-perabot yang menarik dan berlantaikan kayu.
Hotel butik bertaraf 4 bintang ini telah dihias dengan penuh teliti untuk memberikan para penginap pengalaman penginapan yang tidak dapat dilupakan. Bilik-biliknya juga agak luas untuk keselesaan penginapan bersama keluarga.
Sekiranya anda menginap di hotel ini, anda dapat menggunakan banyak kemudahan yang disediakan seperti spa, kolam renang, salon dan pusat kecergasan. Akses wifi percuma turut ditawarkan.
Lokasinya, terletak berdekatan dengan factory outlets, Riau, Gedung Sate dan banyak lagi.
Alamat: Jl. Aceh no 71A, Bandung Wetan, 40115 Bandung, Indonesia
25. Art Deco Luxury Hotel & Residence
Art Deco Luxury Hotel & Residence, dengar sahaja namanya, apa yang anda bayangkan? Sudah semestinya anda menjangkakan sebuah penginapan yang sempurna di pandangan mata dengan tahap keselesaan yang luar biasa bukan? Memang benar!
Penginapan ini memiliki dekorasi dalaman yang cukup sedap dipandang, terasa seperti bercuti di dalam istana. Dari restoran atas bumbung hotel ini, anda dapat menikmati udara segar dan pemandangan yang indah sekitar Bandung.
Tidak cukup dengan itu, anda juga dapat menikmati mandian yang menyegarkan dari kolam renang infiniti hotel sambil melihat pemandangan. Kemudahan lain yang disediakan hotel mewah ini adalah pusat kecergasan untuk anda yang ingin kekal aktif sewaktu bercuti.
Alamat: Jalan Rancabentang No.2, Ciumbuleuit, 40142 Bandung, Indonesia
24. De JAVA Hotel Bandung
Hotel 4 bintang de JAVA Hotel Bandung terletak betul-betul berhadapan dengan pusat membeli-belah Paris Van Java. Jadi hati-hatilah kalau anda memang jenis kaki shopping, memang mudah tergoda dengan bermacam barangan yang dijual di sini.
Selain itu, hotel ini turut terletak dalam jarak berjalan kaki dengan Carrefour dan kedai serbaneka 24 jam. Lebih suka berhabis duit dengan makan angin? Hotel ini terletak tidak jauh dari Lembang dan bandar Bandung untuk diteroka.
Mengenai penginapan ini sendiri, bilik-bilik yang ditawarkan memiliki konsep tersendiri yang dapat melahirkan rasa santai, gabungan warna yang digunakan sangat menyejukkan pandangan. Saiz biliknya juga agak luas dan selesa untuk penginapan bersama keluarga.
Selain bilik yang selesa, anda juga boleh menggunakan kemudahan lain yang disediakan hotel iaitu pusat kecergasan dan kolam renang yang menyajikan pemandangan sekitar bandar. Anda juga boleh mendapatkan rawatan spa dari lokasi yang berdekatan.
Alamat: Jl. Sukajadi No 148-150, Sukajadi, 40161 Bandung, Indonesia
23. Hotel Cemerlang
Cukup versatile! Bilik-bilik di Hotel Cemerlang ini dihias dengan bermacam gaya berbeza. Anda inginkan bilik yang berkonsep minimal? Pop art? Elegan? Segalanya ada di sini. Walau apa sekalipun rekaan dalaman bilik yang diinapi, keselesaan yang ditawarkan kesemuanya adalah di tahap yang superb!
Lokasinya, sangat menarik, terletak berdekatan dengan pasar makanan Paskal, stesen keretapi, Cihampelas Walk, Braga City Walk, Riau Street dan banyak lagi. Segala kemudahan berada di dalam jarak berjalan kaki dari hotel.
Alamat: Jalan HOS. Tjokroaminoto No 45 (Pasirkaliki), 40171 Bandung, Indonesia
22. Ibis Bandung Trans Studio
Tak perlu bersusah-payah mencari tarikan best semasa di Bandung sebab anda sekeluarga boleh terus tinggal di dalam kompleks tarikan paling menarik di Bandung ini sendiri!
Ibis Bandung Trans Studio adalah sebuah penginapan yang terletak di dalam kompleks Trans Studio Bandung. Untuk pengetahuan anda, Trans Studio merupakan taman tema yang menawarkan pelbagai keseronokan untuk seisi keluarga!
Mengenai penginapan ini sendiri, ianya bergabung dengan pusat membeli-belah yang menyediakan banyak pilihan kedai makan dan kemudahan yang lain. Bilik-bilik yang ditawarkan dihias dengan minimal dan selesa untuk penginapan bersama keluarga. Setelah puas berseronok di dalam taman tema ini, anda boleh mendapatkan rawatan spa yang disediakan.
Alamat: Jl. Gatot Subroto No. 289, 40273 Bandung, Indonesia
21. Kytos Hotel
Kytos Hotel adalah sebuah hotel dengan konsep minimal yang memiliki tahap kebersihan yang sungguh memuaskan. Bilik yang ditawarkan juga luas untuk keselesaan penginapan bersama keluarga.
Apa yang menariknya tentang hotel ini selain penginapan yang selesa adalah restoran rooftopnya yang bukan sahaja menyajikan makanan yang menyelerakan dalam harga berpatutan, tapi sambil menikmati makanannya, anda dapat melihat pemandangan yang mengujakan kawasan sekitar. Cukup mendamaikan jiwa.
Lokasinya, sangat strategik, terletak berdekatan dengan banyak restoran, pasar mini dan kawasan-kawasan tarikan sekitar Lembang.
Alamat: Jl Setiabudi No 153, 40141 Bandung, Indonesia
20. M Premiere Hotel Dago Bandung
M Premiere Hotel Dago Bandung menawarkan 34 buah bilik yang dihias mewah, moden dan padat dengan keselesaan yang diimpikan daripada sebuah penginapan. Hotel ini menawarkan bilik-bilik yang luas untuk anda yang datang bercuti ke Bandung bersama rakan-rakan atau keluarga.
Setelah puas merehatkan badan di dalam bilik yang selesa, anda juga boleh menggunakan basikal-basikal sewa yang disediakan untuk makan angin di kawasan sekitar.
Lokasinya, terletak tidak jauh dari tarikan pelancong seperti CiWalk Mall, Jalan Braga, Jalan Dago dan banyak lagi!
Alamat: Jl. Sultan Tirtayasa No. 5, Bandung Wetan, 40115 Bandung, Indonesia
[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””]
[su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]
[/su_tab][/su_tabs]
19. Grand Setiabudi Hotel
Bagi anda yang sukakan gaya simple dengan aura klasik, Grand Setiabudi Hotel adalah jawapannya. Hotel 4 bintang yang terletak di tengah bandaraya Bandung ini menawarkan pelbagai fasiliti menarik lain yang menjadikan wang ringgit yang dikeluarkan terasa sungguh berbaloi seperti kolam renang, pusat kecergasan dan khidmat rawatan spa.
Bagaimana pula dengan lokasinya? Terletak berdekatan dengan Factory Outlets di Jalan Setiabudi yang hanyalah 5 minit pemanduan dari hotel. Pusat membeli-belah terkenal Paris Van Java pula hanyalah 15 minit pemanduan dari sini. Di sekitar hotel ini sendiri, terdapat ATM, bank, restoran, gerai-gerai jualan makanan dan pusat membeli-belah.
Alamat: Jl. Setiabudi 130-134, 40141 Bandung, Indonesia
18. Aston Tropicana Hotel Bandung
Aston Tropicana Hotel Bandung terletak di Jalan Cihampelas yang tidak jauh dari kawasan-kawasan membeli-belah. Untuk pengetahuan anda, Cihampelas dikenali sebagai pusat jeans. Anda peminat jeans?
Sediakan bajet untuk bershopping di sini sepuas hati. Selain itu, hotel ini juga terletak dekat dengan pelbagai tempat makan menarik seperti Ampera, Ayam Goreng Jakarta dan banyak lagi.
Selain berlokasi strategik, sebab lain untuk anda memilih hotel ini adalah kerana semua bilik di hotel ini termasuklah yang ditawarkan dalam harga bajet lengkap dengan tab mandian. Bilik-biliknya juga luas dan cukup bersih!
Setelah puas berehat di dalam bilik hotel, anda boleh menyegarkan badan di kolam renang hotel, atau bersenam di pusat kecergasan yang disediakan. Kemudahan lain yang ada adalah spa untuk anda menghilangkan lenguh badan.
Alamat: Jl. Cihampelas 125-127, Sukajadi, 40131 Bandung, Indonesia
17. Ibis Budget Bandung Asia Afrika
Ibis Budget Bandung Asia Afrika menawarkan penginapan dengan warna yang sejuk dilihat. Masuk sahaja ke dalam bilik, anda terus terasa relaks, dan bila baring di atas katilnya pula, empuknya sehingga membuatkan anda terasa seperti berada di awang-awangan.
Kalau dilihat dari segi rekaan dalamannya, berkonsep simple namun keselesaan dan aura hotel ni, memang best! Yang bestnya lagi, ramai penginap sebelum ini yang menyukai sarapan pagi yang disediakan hotel ni. Apa lagi yang anda fikirkan? Booking sekarang!
Lokasinya juga menarik, anda boleh berjalan kaki dari hotel ini untuk menuju ke pusat-pusat membeli-belah, muzium, restoran dan lain-lain.
Alamat: Jl. Asia Afrika No. 128, Sumurbandung, 40261 Bandung, Indonesia
16. House Sangkuriang
Bila konsep tradisional dan moden digabungkan, terjadilah House Sangkuriang, penginapan dengan konsep hiasan dalaman yang menarik ini juga turut memiliki aura yang sungguh mendamaikan.
Gabungan perabot-perabot kayu, warna-warna natural dan kehijauan tumbuhan di sekitar penginapan mewujudkan rasa santai yang membuatkan hati anda berat untuk meninggalkan penginapan ini setibanya hari terakhir berada di Bandung. Tak percaya? Booking dulu!
Selain memiliki atmosfera nyaman, House Sangkuriang turut menawarkan pelbagai kemudahan menarik seperti kolam renang, restoran dengan pemandangan kolam, taman yang indah, wifi pantas dan lain-lain lagi! Pendek kata, tak ada apa untuk dikomenkan! Harga? Cukup murah!
Alamat: Jl. Sangkuriang no.1 Dago, Kecamatan Coblong, 40135 Bandung, Indonesia
15. Mutiara Hotel
Sebaik melangkah masuk ke dalam Mutiara Hotel, anda akan disambut dengan aroma yang menyegarkan deria di samping kehijauan tumbuhan yang menghiasi segenap pelusuk hotel ini. Atmosferanya sungguh menyenangkan.
Setelah puas berehat di dalam bilik hotel yang berkonsep minimal ini, anda boleh menyegarkan badan di kolam renang sebelum memulakan eksplorasi di sekitar Bandung.
Lokasinya, terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Bandung yang hanyalah 5 minit berjalan kaki dari hotel, 10 minit untuk ke Pasar Baru dan lapangan terbang Bandung, dan 5 ke 15 minit berjalan kaki untuk ke banyak tarikan dan kedai-kedai makan yang menarik.
Alamat: Jalan Kebon Kawung No. 60, 40171 Bandung, Indonesia
14. HARRIS Hotel & Conventions Ciumbuleuit
Bertemakan warna jingga dan putih, anda dapat merasakan aura yang menyegarkan sekiranya memilih HARRIS Hotel & Conventions Ciumbuleuit sebagai tempat penginapan semasa berada di Bandung.
Gabungan kedua-dua warna ini dengan konsep moden berhasil untuk mewujudkan suasana yang santai bagi anda yang menginginkan ketenangan sebenar sewaktu bercuti.
Di samping berkonsep menarik, hotel ini turut menawarkan fasiliti kolam renang rooftop dengan pemandangan yang mengujakan. Kemudahan lain yang disediakan adalah akses wifi, spa, pusat kecergasan dan bilik permainan kanak-kanak. Dari RM134+ untuk semua ni? Sangat berbaloi!
Alamat: Jl. Ciumbuleuit No. 50-58, 40141 Bandung, Indonesia
13. Green Batara Hotel
Green Batara Hotel seperti namanya, menggabungkan warna hijau dan warna-warna natural lain untuk melahirkan atmosfera santai kepada para penginap. Hotel ini menyediakan bilik-bilik kedap bunyi supaya anda dapat menikmati tidur yang lena dan rehat yang sempurna tanpa sedikit pun gangguan.
Yang menariknya lagi, sesetengah bilik di hotel ini menawarkan pemandangan yang menarik di sekitar bandar dan sesetengah bilik lagi menyajikan keindahan gunung-ganang yang menyejukkan mata.
Mengenai lokasinya pula, dari hotel ini cukup mudah untuk anda mencari tempat menjamu selera dan membeli-belah seperti Ciwalk Malk dan Cihampelas Skywalk. Jangan lupa untuk mencuba jagung rebus yang dijual berhadapan dengan hotel! Sangat enak!
Alamat: Jalan Cihampelas no 145, 40126 Bandung, Indonesia
12. Grand Tjokro Bandung
Inginkan penginapan yang menawarkan keseronokan untuk seisi keluarga walau dalam harga bajet? Apa kata sekiranya anda menginap di Grand Tjokro Bandung? Pasti tidak mengecewakan!
Hotel yang terletak di jalan yang terkenal dengan aktiviti shoppingnya ini menawarkan pelbagai tarikan menarik untuk dilakukan bersama keluarga seperti bermandi-manda di kolam renang rooftop sambil menikmati pemandangan, mini teater, taman permainan kanak-kanak yang cool habis, zoo mini, kelas memasak pizza (hujung minggu), taman permainan indoor dan banyak lagi! Kalau anda ingin memberikan pengalaman menyeronokkan yang sukar dilupakan anak-anak, tak perlu pandang hotel lain lagi!
Alamat: Jalan Cihampelas no 211-217, 40131 Bandung, Indonesia
11. Pasar Baru Square Hotel Bandung
Pasar Baru Square Hotel Bandung yang terletak di Jalan Pecinan Lama merupakan sebuah penginapan yang menawarkan pelbagai jenis bilik penginapan iaitu Superior, Deluxe dan Executive yang kesemuanya dihias dengan warna-warna natural yang sedap dipandang. Daripada bilik-bilik ini juga anda dapat menikmati pemandangan sekitar bandar.
Apa yang menariknya tetap penginapan ini adalah kerana keselesaan dan konsep moden yang diketengahkannya, menjadikan percutian anda sekeluarga terasa sangat sempurna. Sambil bersantai di dalam bilik, anda boleh menggunakan akses wifi dengan kelajuan pantas yang disediakan.
Di samping itu, kedudukan hotel ini yang terletak di atas pusat membeli-belah memudahkan anda mendapatkan barangan keperluan sepanjang percutian serta untuk mencari tempat makan yang menarik tanpa perlu berjalan jauh.
Alamat: Jl. Otto Iskandardinata No. 81 – 89, Sumurbandung, 40111 Bandung, Indonesia
10. Ivory by Ayola Hotel Bandung
Ivory by Ayola Hotel Bandung adalah sebuah penginapan dengan dekorasi kontemporari yang menarik untuk diinapi bersama keluarga. Bilik yang ditawarkannya luas dan lengkap dengan pelbagai kemudahan yang penting untuk keselesaan sepanjang percutian.
Untungnya anda yang memilih penginapan ini bukan sekadar disebabkan keselesaan penginapannya, tapi juga menu makanan sarapan yang disediakan di kafe hotel ini yang sentiasa berubah-ubah dan menarik. Barulah syok nak menginap lama di hotel ni!
Lokasi hotel ini juga tidak mengecewakan, terletak berdekatan dengan banyak kedai makan, tempat membeli-belah dan lain-lain lagi.
Alamat: Jl. Bahureksa No. 3, Bandung Wetan, 40115 Bandung, Indonesia
9. THE 1O1 Bandung Dago
THE 1O1 Bandung Dago adalah sebuah penginapan dengan konsep yang cukup artistik, agak lain daripada yang lain! Banyak sudut di hotel ini boleh dijadikan latar belakang untuk anda berposing.
Di samping berkonsep menarik, biliknya sangat luas, anak-anak pasti seronok dapat berlari di sekitar bilik dengan sepuas hati. Rasa macam berada di rumah sendiri! Anda pula boleh menikmati pemandangan dari ruang balkoni.
Setelah puas berehat di dalam bilik anda boleh menyegarkan badan di kolam renang yang disediakan hotel sebelum meneruskan pengembaraan di kawasan sekitar.
Lokasinya, terletak tidak jauh dari Jalan Riau yang hanyalah 15 minit berjalan kaki dari hotel. Nak shopping? Anda hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit untuk sampai ke Bandung Indah Plaza Shopping Centre dan memandu hanyalah 30 minit untuk ke Paris Van Java.
Alamat: Jalan Ir. H. Juanda no.3, Bandung Wetan, 40115 Bandung, Indonesia
8. Meize Hotel Bandung
Meize Hotel Bandung adalah sebuah hotel moden dengan tahap kebersihan yang terbaik! Ada perfectionist? Anda pasti akan berpuas hati, tak mampu nak complaint apa-apa.
Tak cukup dengan itu, hotel ini turut menawarkan perkhidmatan spa dengan tawaran harga yang sangat berpatutan. Tak perlu fikir dua tiga kali kalau dah penat explore Bandung, terus je dapatkan rawatan spa di sini!
Terasa lapar? Jangan risau, sebab hanya 10 minit berjalan kaki dari hotel ni, bermacam tempat makan anda boleh jumpa, sampai tak tahu nak pilih yang mana satu!
Alamat: Jl. Sumbawa No. 7, Sumurbandung, 40113 Bandung, Indonesia
7. The Jayakarta Suites Bandung, Hotel & Spa
The Jayakarta Suites Bandung, Hotel & Spa adalah sebuah penginapan dengan dekorasi dalaman yang klasik bersama perabot-perabot kayu dan warna-warna natural. Kedengaran seperti citarasa anda? Sambil berehat di dalam bilik yang penuh dengan keselesaan ini, anda boleh menikmati pemandangan sekitar bandar dan juga gunung-ganang yang mempesonakan pandangan.
Setelah puas merehatkan badan, anda dan keluarga boleh menggunakan pelbagai kemudahan best yang disediakan seperti tennis court di atas bumbung, spa, pusat kecergasan, kolam renang, taman permainan kanak-kanak dan kolam renang kanak-kanak yang berpasir pantai.
Lokasinya, hanyalah 10 minit daripada pusat bandar Bandung yang menawarkan banyak pilihan kedai makan dan tempat membeli-belah.
Alamat: Jl. Ir. H. Juanda No. 381A, 40135 Bandung, Indonesia
6. Ruby Hotel Syariah
Sekiranya anda inginkan ketenangan jiwa dan minda tanpa perlu risau tentang tahap kebersihan fasiliti yang disediakan dan kehalalan makanan yang dihidangkan atau apa sahaja sekali pun, tak perlu berfikir lama, booking sahaja Ruby Hotel Syariah. Dari namanya sahaja dah jelas bukan? Segala yang terdapat di hotel ini adalah mesra Muslim. Penginapan yang sesuai diinapi bersama keluarga.
Bilik-bilik yang ditawarkan dihias dengan minimal dan moden. Anda juga dapat mendengar bacaan al-Quran dan azan yang akan dikumandangkan setiap kali masuk waktu. Menarik bukan? Ketenangan yang sebenar dapat dinikmati sekiranya anda memilih hotel ini sebagai penginapan sewaktu bercuti di Bandung.
Alamat: Jl. Dr. Rubini No.4, Pasirkaliki, 40171 Bandung, Indonesia
5. Noor Hotel
Ingin merasa seperti golongan aristokrat Perancis? Bukanlah taman tema, tapi segalanya tentang hotel ni memang ‘real’ macam berada di dalam era klasik Perancis yang penuh elegan. Yang menariknya, konsep ini turut digabungkan dengan elemen Islamik. Segala yang dipandang dalam Noor Hotel ini akan membuatkan jiwa anda berasa sangat teruja.
Penginapan yang sempurna, bagaimana pula dengan kedudukannya? Hotel ini terletak di lokasi strategik kerana hanyalah beberapa minit dari pusat membeli-belah dan factory outlets terkenal di Jalan Riau. Untuk ke Bandung Railway Station pula hanyalah 20 minit dari hotel ini.
Segalanya tentang hotel ini adalah 10/10 berbaloi dengan jumlah wang ringgit yang dikeluarkan!
Alamat: Jalan Madura No. 6, Bandung Wetan, 40115 Bandung, Indonesia
4. Dago Teuku Angkasa 14
Dago Teuku Angkasa 14 merupakan sebuah penginapan 3 bintang yang lengkap dengan segala keselesaan yang menjadi dambaan sesiapa sahaja, siapa tak suka kalau ada kolam renang kan? Anda juga boleh sentiasa updated dengan trend-trend terkini menggunakan akses wifi percuma yang disediakan.
Lokasinya, terletak di dalam kawasan yang nyaman daripada sebarang gangguan bunyi supaya anda sekeluarga dapat menikmati rehat yang sempurna sepanjang penginapan. Keselesaan penginapan di sini menjadi 2 kali ganda lebih hebat dengan tahap kebersihan yang sangat memuaskan hati, katil dan bantal yang empuk dan pelbagai lagi kemudahan yang berkualiti tinggi.
Setelah badan puas menikmati tidur yang lena, anda sekeluarga boleh terjun ke kolam renang yang disediakan untuk menyegarkan badan sebelum memulakan pengembaraan sekitar Bandung.
Alamat: Jl. Teuku Angkasa No. 14, 40132 Bandung, Indonesia
3. Hotel California Bandung
Rasa macam nak menyanyi lagu Hotel California je bila dengar nama hotel ni kan? Daripada namanya, Hotel California Bandung, terasa macam mahal, tapi bila dilihat harga yang ditawarkan wow! Biar betul? Sangatlah murah kerana bermula dari bawah RM150, tak ada alasan untuk tak menginap di hotel ni. Tapi macam mana pula dengan keselesaannya? Berbaloi ke?
Kalau anda nak tahu, hotel dengan konsep minimalis ni menawarkan bilik-bilik yang luas, kalis daripada sebarang gangguan bunyi, dan lengkap dengan segala fasiliti yang penting!
Yang menariknya, anda dapat menggunakan akses wifi percuma yang super pantas, bukan senang nak jumpa wifi selaju ni di Bandung. Selain tu, siaran tvnya pun bukan main banyak lagi, ada lebih daripada 50 siaran untuk dipilih. Bosan? Tidak akan berlaku sama sekali di hotel ni.
Alamat: Jl. Wastukencana No. 48, Bandung Wetan, 40117 Bandung, Indonesia
2. La Nostalgie Boutique Guest House
Menawarkan bilik dengan konsep-konsep yang berbeza, namun semuanya mengekalkan aura elegan tersendiri. La Nostalgie Boutique Guest House terletak di dalam sebuah kawasan yang mendamaikan dikelilingi oleh tumbuhan menghijau yang menyejukkan pandangan mata.
Dari bilik yang diinapi juga, anda dapat menikmati pemandangan penuh kehijauan. Anda dijanjikan dengan suasana yang terasa seperti di rumah sendiri namun dalam keadaan yang jauh lebih elegan. Sarapan yang disediakan juga sangat menarik seperti nasi goreng, bubur ayam, bijirin, kopi, teh dan macam-macam lagi!
Lokasinya, terletak hanyalah 10 minit berjalan kaki untuk ke Trans Studio Indoor Theme Park. Kedai-kedai makan pula boleh ditemui dalam hanya 5 ke 10 minit pemanduan dari penginapan.
Alamat: Jl. Galunggung 29, 40263 Bandung, Indonesia
1. Hay Bandung
Apabila gaya urban dan natural digabungkan wujudlah konsep ‘hipster’ atau ‘industrial’ seperti di Hay Bandung. Sesiapa pun pasti teruja melihat rekaan dalamannya yang penuh gaya di setiap sudut. Bilik-bilik di hotel ini turut lengkap dengan ruang balkoni sekiranya anda ingin mengambil udara luar sambil menikmati pemandangan.
Lokasi hotel ini pula memang best untuk anda yang suka mencuba makanan baru sebab kawasan di sekitarnya adalah syurga makanan! Bermacam pilihan restoran dan kafe yang ada di sekeliling. Pengangkutan juga mudah untuk didapati sekiranya anda ingin meneroka lebih jauh dari kawasan penginapan.
Alamat: Jalan Trunojoyo No.19, Bandung Wetan, 20116 Bandung, Indonesia
Banyak betul pilihan penginapan menarik hotel murah di Bandung ni bukan? Jangan terkejut pula kalau dikatakan sebenarnya ada banyak lagi penginapan lain yang tak dapat kami senaraikan.
Bermacam-macam lagi penginapan unik dan best yang yang ada kat Bandung ni! Kalau tak percaya, anda layari sahaja booking.com untuk melihat pelbagai pilihan penginapan dengan tawaran harga yang terbaru.
Dah tahu nak menginap di mana, jangan lupa untuk merancang tarikan yang ingin dilawati pula, untuk tujuan ini, anda boleh membaca artikel kami bertajuk 35 Tempat Menarik Di Bandung.
Dari pemandangan alam semula jadi yang mempesona jiwa, tempat shopping yang murah, hinggalah kepada kepada kafe-kafe yang best untuk dicuba, Bandung pasti menjadi destinasi paling seronok yang pernah anda lawati! Jadi tunggu apa lagi? Jom terbang ke Bandung! Selamat bercuti ke ‘Paris van Java’!