
Diberi gelaran sebagai bandar ilmu, Bangi adalah sebuah bandar kecil di Selangor yang menempatkan banyak institusi pendidikan seperti UKM, sekolah-sekolah tahfiz, UNITEN dan banyak lagi.
Tidak kedengaran seperti lokasi yang menarik untuk percutian bukan? Namun begitu, bandar ini yang terletak di antara Putrajaya dan Kajang menjadikan ia destinasi penginapan pilihan ramai para pelancong.
Siapa tak kenal Kajang dengan satenya, Putrajaya dengan pusat membeli-belah dan taman indahnya, Bangi juga kini tidak kurang menariknya dengan lokasi-lokasi membeli-belah dan kedai makan yang begitu banyak.
Memilih untuk menginap di Bangi adalah satu tindakan bijak bagi anda yang ingin menjejaki semua lokasi menarik yang ditawarkan di ketiga-tiga kota ini. Ingin lebih bijak lagi?
Pilihlah penginapan murah yang terbaik yang ditawarkan di Bangi, barulah puas dapat anda menikmati segala tarikan yang terdapat di sekitar apabila dapat berjimat dari segi penginapan bukan?
Nak tahu di mana lokasi penginapan-penginapan ini? Teruskan membaca senarai hotel murah di Bangi yang pasti buat anda rasa teruja.
Kami juga turut menyenaraikan beberapa buah penginapan yang terdapat di Kajang untuk menambahkan lagi pilihan penginapan murah sekiranya anda merancang untuk bercuti ke sini bersama keluarga.
Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Bangi
Bangi
01. Bangi Business Hotel

Terletak hanya 15 minit dari pusat membeli-belah Alamanda, Bangi Business Hotel bukan sahaja memiliki lokasi yang strategik untuk anda yang datang bercuti di bandar, malahan ia juga dikelililingi oleh pelbagai jenis restoran, memang terbaiklah bagi anda yang perut tak pernah kenyang.

Di samping itu, bilik-bilik yang ditawarkan di sini juga agak luas dan sesuai untuk anda yang datang bercuti bersama keluarga.
Alamat: a10, a10-2, a10-3, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi,
02. New Bangi Gateway Hotel

Dengan harga yang bermula dari bawah RM80 anda mendapat sebuah penginapan yang sangat selesa dan luas untuk percutian bersama keluarga tercinta di New Bangi Gateway Hotel.
Tak cukup dengan harganya yang murah, setiap sen yang dikeluarkan juga terasa sangat berbaloi dengan segala kemudahan yang disediakan seperti akses wifi dan juga televisyen sebagai hiburan sewaktu anda bersantai di dalam bilik.

Di samping itu, ia juga terletak berdekatan dengan pasar yang boleh anda sampai dengan hanya berjalan kaki dari hotel.
Di sekitar hotel ini pula terdapat banyak kedai makan yang boleh anda cuba disaat perut menggerodak kelaparan.
Alamat: B-2-G, Ground Floor, Bangi Gateway Shopping Complex, Persiaran Pekeliling Seksyen 15, 43650 Bangi
03. 9 Square Hotel

Bagi kaki shopping, kawasan sekitar 9 Square Hotel adalah syurga bagi anda. Salah satu kedai yang terletak berhampiran dengan hotel murah ini adalah butik Nora Danish, manakala IOI City Mall pula kurang 5 km dari hotel.
Tempat makan? Boleh rambang mata anda melihat di sekitar hotel ini, kalau anda teringin ke McDonaldโs ataupun Oldtown, hanya perlu berjalan kaki 10 minit sahaja dari hotel.

Lokasi yang sangat mantap, bagaimana pula dengan bilik hotel?
Saiz bilik agak kecil namun kebersihannya dan keselesaan yang ditawarkan sangat memuaskan hati. Yang penting, dapat tidur dengan selesa, tak begitu?
Alamat: C-01-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Pusat Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi
04. 101 Hotel Bangi

Hotel yang bersih, wifi percuma, lokasi yang strategik, bilik yang luas, kedengaran seperti sebuah hotel yang sempurna bukan?

Ditambah lagi dengan harga yang bermula bawah dari RM120, tiada sebab untuk anda tidak memilih 101 Hotel Bangi sebagai tempat penginapan anda apabila ke Bangi nanti.
Backpacker? Melancong bersama keluarga? 101 Hotel Bangiย adalah tepat untuk anda.
Alamat: 21, 23, Jalan Medan Pusat 2D, Persiaran Bandar Baru Bangi, 46350 Bangi
05. City Boutique Hotel Bangi

Terletak bersebelahan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia adalah hotel murah City Boutique Hotel Bangi.
Di sekitarnya pula terdapat banyak kedai makan yang mesti anda cuba termasuklah kedai nasi ayam yang dapat anda lihat di sebelah hotel.

Dah puas mengisi perut yang kosong, apa kata kalau anda mengisi waktu senggang anda di Bangi ini dengan berwindow shopping di pusat membeli-belah terdekat.
Berkenaan biliknya pula, hotel ini menawarkan penginapan yang agak luas sesuai untuk anda yang datang ke Bangi beramai-ramai.
Alamat: No 13, Jalan 15/1B, Seksyen 15, 43650 Bangi
06. Grand Sri Lagenda

Penginapan yang cukup elegan rekaan dalamannya, membuatkan anda tertanya-tanya, benarkah semurah ini harga penginapan yang ditawarkan?

Bukan sahaja memiliki dekorasi dalaman yang menyejukkan mata, di sesetengah bilik yang terdapat di Grand Sri Lagenda juga memiliki ruang balkoni yang mana anda boleh bersantai bersama keluarga untuk menikmati pemandangan indah gunung-ganang yang terhampar ibarat lukisan.
Cukup sesuai dengan nama yang diberikan Grand Sri Lagenda yang persis Lagenda Gunung Ledang.
Alamat: Jalan Perdana Jalan Gerbang Wawasan 1, 43650 Bangi
07. D Gateway Perdana Hotel

Menggabungkan warna-warna natural dalam dekorasi dalaman bilik tidurnya, D Gateway Perdana Hotel memberikan anda sekeluarga penginapan yang cukup menyejukkan mata.
Tona warna coklat, kelabu, hitam dan putih, mewujudkan atmosfera ekslusif yang sukar didapati di hotel murah yang lain.

Tambahan lagi dengan status hotel ini yang agak baru, perabot-perabotnya kelihatan cukup segar dan kebersihannya juga sangat memuaskan hati.
Ia juga sesuai untuk dijadikan penginapan beramai-ramai kerana ruang biliknya yang agak luas.
Alamat: Plaza Bangi Perdana, Jalan Gerbang Wawasan 1, 43650 Bangi
08. Bangi Resort Hotel

Bangi Resort Hotel adalah sebuah penginapan yang sangat sesuai untuk anda yang mengidamkan sebuah percutian yang penuh ketenangan.
Dikelilingi dengan kehijauan tumbuhan hijau, pemandangan dari bilik di Bangi Resort Hotel ini sangat menyegarkan mata. Tiada gangguan bunyi yang mengganggu tidur malam anda, tiada pencemaran udara yang menyesakkan dada. Siapa kata di bandar tiada tempat sebegini?

Kemudahan yang ditawarkan hotel ini juga sangat memuaskan hati, seperti kemudahan mandian stim, sauna, gelanggang tenis, kolam renang, jakuzi dan biliard.
Di hotel ini sahaja pelbagai aktiviti boleh anda lakukan bersama keluarga.
Tidak cukup dengan itu, wifi yang disediakan hotel ini juga sangat pantas. Zaman moden ini, mendapat penginapan dengan internet yang pantas seperti mendapat duit raya pulakan?
Alamat: Off Persiaran Bandar, 43650 Bangi
Kajang
09. OYO 89583 Grove Hotel

OYO 89583 Grove Hotel adalah sebuah penginapan murah yang terletak berhadapan dengan Kajang Perdana Avenue.
Dari hotel ini juga, dalam hanya 10 minit berjalan kaki anda akan menemui banyak kedai makan yang menarik termasuklah kedai mamak bagi anda yang tak boleh tinggal makan roti canai.

Tidak padan dengan harga murah yang ditawarkan hotel ini, persekitaran hotel ini cukup terjaga dan bersih, bilik-biliknya pula menggunakan lantai kayu yang sangat selesa dipijak, katilnya empuk membuatkan tidur anda cukup lena tatkala dibuai mimpi indah.
Tidak cukup dengan keselesaan seperti hotel 5 bintang ini, dari ruang lobinya juga anda boleh mendapatkan kopi percuma. Bagaimana? Nak pandang hotel lain lagi?
Alamat: No. 28, Jalan TTDI Grove 1/1, Taman TTDI Grove, 43000 Kajang
Jarak Ke Bandar Baru Bangi: 20 min (14.5 km) via Lebuhraya SILK/Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang/E18
10. ECO Hotel Putra Kajang

Bagi kaki suka berjalan-jalan cari makan, ECO Hotel Putra Kajang adalah salah satu hotel murah yang agak strategik lokasinya.
Mana tidaknya, berjalan kaki di sekitar hotel ini anda dapat melihat banyak kedai makan menarik, ikut sahaja selera anda, masakan Melayu? India? Barat? Arab? Macam-macam tersedia untuk anda pilih.

Di samping itu, berkenaan bilik yang ditawarkan hotel ini pula, hiasan dalamannya agak simple, dengan tema berwarna hijau, agak sejuk mata memandang, di tambah lagi dengan kebersihan yang sangat memuaskan.
RM78? Ternyata anda mendapat lebih daripada nilai wang yang telah dikeluarkan.
Alamat: No 2-1, Jalan Putra 5, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang
Jarak Ke Bandar Baru Bangi: 9 min (3.9 km) via Persiaran Bangi
11. RHR Hotel Kajang

Berlokasi di atas bukit, RHR Hotel Kajang memberikan anda akses kepada keistimewaan yang ditawarkan di dalam Kelab Mewah hotel ini.
Untuk menuju ke kelab hotel ini yang menawarkan pelbagai fasiliti menarik seperti kolam renang, anda boleh menaiki shuttle yang disediakan.

Selain itu, berdekatan dengan hotel ini juga andaย boleh menemui kedai sate yang terkenal di Kajang iaitu Sate Haji Samuri, cuba jangan tak cuba!
Alamat: Wisma Metro Kajang, Jalan Semenyih, 43000 Kajang
Jarak Ke Bandar Baru Bangi: 16 min (7.6 km) via B17 dan Persiaran Bangi
12. Royal Park Hotel @ UNITEN

Royal Park Hotel @ UNITEN terletak tidak jauh daripada Putrajaya yang hanya 4.8 km dan Bandar Baru Bangi pula hanyalah 14 minit pemanduan dari hotel. Cukup strategik.

Bilik-bilik yang ditawarkan hotel ini sesuai untuk anda yang datang bercuti dalam bilangan yang ramai kerana ruangnya yang agak luas.
Sekiranya anda menginap di hotel ini, jangan lupa untuk menjamu selera di restoran milik hotel ini yang turut menyajikan pemandangan indah kawasan tasik.
Alamat: Km 7, Jalan IKRAM-UNITEN, 43009 Kajang
Jarak Ke Bandar Baru Bangi: 14 min (7.9 km) via Persiaran Jaya
13. Oriental Crystal Hotel

Sekiranya anda bercuti ke Bangi bersama keluarga dan menginap di Oriental Crystal Hotel, bilik deluxe hotel ini adalah yang paling sesuai kerana agak luas.
Bukan itu sahaja, dengan harga di bawah RM200 juga anda dapat menikmati mandian di dalam tab mandi yang disediakan.

Bukan senang nak jumpa hotel murah yang lengkap dengan tab mandi sebegini. Di samping itu, kemudahan lain yang menjadi bonus penginapan anda di sini adalah kolam renang, gym, mandian stim dan juga khidmat rawatan spa.
Alamat: Lot 13, Jalan S10/3, Section 10, Off Jalan Bukit, 43000 Kajang
Jarak Ke Bandar Baru Bangi: 21 min (8.5 km) via B17 dan Persiaran Bangi
14. The Everly Putrajaya

Dengan harga yang bermula di bawah RM200, anda sekeluarga dapat menginap di sebuah hotel yang cukup elegan rekaan dalamannya.
Bukan sahaja cantik di mata, kemudahan yang disediakan hotel ini juga tidak kurang hebatnya, lengkap dengan akses wifi yang sangat superb. Apa salahnya keluarkan wang lebih sedikit untuk penginapan yang lebih hebat dan selesa seperti ini bukan?

Selain itu, lokasinya juga menjadi daya tarikan hotel ini kerana terletak begitu dekat dengan pusat membeli-belah Alamanda termasuklah kedai-kedai makan yang menarik.
Alamat: No.1 Jalan Alamanda 2, Precinct 1, 62000 Putrajaya
Jarak Ke Bandar Baru Bangi: 17 min (13.1 km) via Lebuhraya Lembah Klang Selatan/E26
15. Villa 223

Villa 223 adalah sebuah apartment 3 bilik yang turut memiliki ruang dapur yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Bawa sahaja makanan kegemaran anda ke apartment ini kerana peti ais, dapur memasak dan microwave turut disediakan.

Tak perlu bersusah-payah mencari kedai makan. Kemudahan lain yang disediakan apartment ini adalah akses wifi dan juga tv bersaluran kabel.
Selain itu, lokasi Villa 223 ini juga agak strategik dengan pusat membeli-belah IOI City yang terletak kurang 3 km dari apartment.
Alamat: Lot 7, Lorong Mawar Putih 1, Kampung Dato Abu Bakar Baginda, 43000 Kajang
Jarak Ke Bandar Baru Bangi: 16 min (7.5 km) via Persiaran Pusat Bandar 1
Menarik juga hotel murah di Bangi bukan? Tidak cukup dengan 15 pilihan penginapan ini?
Nak rambangkan lagi mata anda dengan pilihan lain? Layari sahaja agoda.com untuk mendapatkan senarai penginapan yang lebih banyak dengan harga yang pasti tidak menipiskan poket anda.
Baca: 13 Hotel Bajet Di Cyberjaya Yang Menarik
Akhir kata, terima kasih kerana membaca sehingga ke penghujung artikel, semoga anda sekeluarga berseronok di bercuti di Bangi!