Ingin merasai pengalaman yang unik? Jiwa adventure anda sudah bergetar untuk mencuba sesuatu yang baru dan berbeza? Tiada destinasi yang lebih tepat untuk dituju selain daripada ibu negara Thailand iaitu Bangkok!
Kota yang besar dan tak pernah lena ini menawarkan bermacam tarikan yang lain daripada yang lain, tarikan yang merentasi masa, yang meremangkan bulu roma dan bermacam lagi! Kalau selama ini anda rasa Bangkok hanyalah terkenal dengan tempat untuk membeli-belah, tidak sama sekali. Disebabkan betapa banyaknya tarikan unik yang terdapat di sini, Bangkok menjadi pilihan ramai pelancong yang datang dari pelbagai pelusuk dunia.
Dengan tahap populariti yang tidak dapat ditampung, tempat-tempat penginapan mula muncul dengan banyak sekali di daerah ini. Makin banyak pilihan yang ada, makin sukarlah untuk anda memilih.
Untuk memudahkan anda mencari penginapan yang terbaik namun dalam harga yang tidak mengeringkan poket, kami telah senaraikan 38 hotel murah di Bangkok yang selesa dengan harga yang berbaloi. Teruskan membaca untuk mencari pilihan hati.
38. Parvena Hotel Sathorn
Parvena Hotel Sathorn merupakan sebuah hotel kecil yang menawarkan 10 buah bilik yang dihias dengan simple dengan penggunaan warna putih di segenap sudut. Ini secara tidak langsung memancarkan tahap kebersihan hotel ini yang cukup hebat!
Di samping itu, sekiranya anda menginap di tingkat yang tinggi, pemandangan yang disajikan sangat memukau jiwa terutama sekali pada waktu pagi. Selain itu, bilik-biliknya juga luas menjadikan ianya sesuai untuk dijadikan pilihan penginapan sekiranya datang bercuti bersama keluarga.
Hotel ini turut menyediakan kopi atau teh percuma beserta dengan biskut dan buah-buahan. Lebih sebab untuk menginap di hotel ini?
Anda boleh menggunakan perkhidmatan tuk-tuk secara percuma untuk ke mana-mana lokasi yang berada dalam sekitar 3 km dari hotel! Kemudahan lain yang disediakan adalah wifi percuma. Banyaknya benda percuma dekat hotel ni kan?
Lokasinya terletak hanyalah 20 minit berjalan kaki dari MRT dan BTS. Kedai seperti Family Mart dan 7E juga boleh ditemui di sekitar hotel.
Alamat: no.592 Sathon Soi, 3 Suanplu Soi 5 Sathon Tai Road, Tungmahamek, Sathon, Sathorn, 10120 Bangkok
37. Rambuttri Village Plaza
Jika anda tercari-cari penginapan yang tak ada sebab untuk tak booking, jawapannya adalah Rambuttri Village Plaza.
Bukan hanya sedap dipandang, hotel ini sememangnya sempurna dalam segenap aspek. Hotel ini berlokasi strategik, lengkap dengan fasiliti yang menarik dan keselesaan biliknya sangat luar biasa!
Hotel ini berlokasi strategik kerana cukup mudah untuk anda mengakses banyak kedai-kedai jualan, money changer, pasar, kedai makan dan banyak lagi tanpa perlu berjalan jauh.
Kemudahan pengangkutan awam sepeti bas dan bot teksi juga tidak jauh. Untuk penerokaan bandar pula, tarikan-tarikan bersejarah di Bangkok tidak sukar untuk diakses dari hotel ini.
Walaupun berlokasi strategik, hotel ini tetap sunyi daripada sebarang gangguan bunyi memastikan anda dapat menikmati tidur yang lena.
Setelah puas berehat di dalam bilik yang dihias dengan gaya oriental moden ini, anda boleh menyegarkan badan di kolam renang hotel yang terletak pada bahagian rooftop, bukan satu, tapi dua buah kolam renang disediakan untuk para penginap!
Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan urutan Thai yang ditawarkan. Kemudahan lain yang disediakan adalah akses wifi yang pantas dan taman untuk anda menenangkan minda.
Alamat: 95 Soi Ram Buttri, Chakkra Phong Road, Phra Nakorn, 10200 Bangkok, Thailand
36. Romance Hotel Sukhumvit 97
Romance Hotel Sukhumvit 97 adalah sebuah hotel 3 bintang yang menawarkan bilik-bilik yang dihias dengan minimal menggunakan warna putih yang cerah pada hampir keseluruhan ruang.
Kebersihan bilik ini juga begitu terserlah dengan penggunaan warna yang sangat menyejukkan pandangan mata. Sambil bersantai di dalam bilik yang luas ini, anda boleh menggunakan kemudahan wifi pantas yang disediakan atau menikmati pemandangan yang menarik di luar tingkap.
Selain bilik yang selesa, kemudahan lain yang boleh digunakan sepanjang penginapan anda di sini adalah kolam renang rooftop yang menyajikan pemandangan mempesonakan kawasan sekitar dan juga pusat kecergasan.
Mengenai lokasinya, hanyalah beberapa tapak dari hotel ini anda boleh menemui pusat membeli-belah dan pasar. Stesen keretapi BTS pula hanyalah 10 minit perjalanan kaki dari hotel.
Alamat: 99/9 Soi Sukhumvit 97, 10260 Bangkok, Thailand
35. Aim House Bangkok
Aim House Bangkok adalah sebuah hotel 3 bintang dengan tawaran harga yang cukup murah!
Sekiranya anda menginap di bilik superior, anda dapat bersantai di ruang balkoni untuk menikmati udara luar. Biliknya cukup luas memastikan anda sekeluarga menginap dengan selesa.
Sambil bersantai di dalam bilik hotel, anda boleh menggunakan akses wifi yang berkelajuan tinggi, bukan senang nak jumpa hotel dalam harga semurah ini yang lengkap dengan wifi laju bukan?
Lokasinya, cukup mudah untuk anda mengakses pengangkutan yang terdapat di Bangkok kerana terletak hanyalah dalam 700 meter dari jeti bot dan 350 meter dari stesen BTS.
Manakala, untuk bershopping pula, hotel ini terletak hanyalah dalam 300 meter dari Lighthouse Community Mall dan 700 meter dari Sena Fest Community Mall.
Alamat: 95,99 Soi Charoennakorn 14, Klongtonsai, Klongsan, 10600 Bangkok, Thailand
34. Prime Hotel Central Station Bangkok
Prime Hotel Central Station Bangkok adalah sebuah penginapan elegan yang penuh dengan keselesaan. Ramai yang memuji betapa empuknya katil yang disediakan hotel ini. Apa lagi? Tidur lena sudah semestinya menanti anda yang memilih hotel ini.
Tak akanlah itu je sebab untuk anda bookingkan? Sebab lain adalah kerana hotel ini turut menawarkan khidmat urutan secara percuma! Siapa tak suka?
Apatah lagi kalau dah penat berjalan tu, sudah semestinya saat ini yang dinanti-nantikan. Bukan itu sahaja, sarapan paginya juga penuh dengan pilihan makanan yang sihat.
Di samping itu, lokasinya juga memang terbaik! Hotel ini terletak berdekatan dengan Chinatown, stesen MRT, keretapi dan stesen bot. Apa lagi yang anda perlukan?
Alamat: 23/34-35 Traimit Road, Taladnoy, 10100 Bangkok, Thailand
33. iSanook Bangkok
iSanook Bangkok adalah sebuah penginapan 4 bintang berkonsep moden yang menawarkan pelbagai kemudahan menarik untuk keselesaan para penginap. Tak ingin bersusah-payah mencari pengangkutan untuk meneroka sekitar Bangkok?
Anda boleh menggunakan kemudahan shuttle yang disediakan pihak hotel secara percuma dari pukul 9 pagi hungga 5 petang untuk ke Siam Square, MRT Samyan dan Si Pharaya Pier.
Selain kemudahan pengangkutan, fasiliti lain yang dapat digunakan untuk menambahkan keseronokan penginapan anda di sini adalah kolam renang, jakuzi di atas bumbung dan pusat kecergasan. Mengenai bilik yang ditawarkan pula, cukup luas dan bersih.
Kedudukan hotel ini? Cukup strategik, terletak hanyalah 15 minit dari Si Phraya Pier, 2 km dari Chinatown, 20 minit pemanduan dari Siam Paragon untuk anda yang ingin bershopping.
Alamat: 118, 118/8 Soi Songpra, Siphaya Road, Mahapruttaram, Bangrak, Bang Rak, 10500 Bangkok, Thailand
32. Bangkok Saran Poshtel
Inginkan penginapan yang membuatkan anda terasa seperti berada di rumah sendiri? Menginaplah di Bangkok Saran Poshtel. Hotel 3 bintang ini merupakan sebuah penginapan moden yang penuh dengan keselesaan.
Di samping dapat menikmati tidur yang lena di dalam suasana bersih dan selesa, pemilik penginapan ini menyediakan biskut, kopi dan air minuman lain secara percuma pada setiap masa.
Lokasinya? Inilah satu lagi sebab anda wajib memilih Bangkok Saran Poshtel, kerana hotel ini terletak di lokasi yang sangat menarik sekiranya anda ingin melawat banyak tarikan bersejarah yang terdapat di Bangkok sama ada dengan hanya berjalan kaki atau menggunakan kemudahan tuk-tuk.
Anda juga boleh menggunakan motorsikal yang disediakan pemilik hotel untuk meneroka kawasan di sekitar secara FREE! Kemudahan lain yang disediakan adalah akses wifi, perpustakaan mini dan ruang santai yang lengkap dengan DVD serta permainan.
Alamat: 11/1 Soi Samsen 3 Samsen Road, Wat Samphraya, Phranakhon, 10200 Bangkok, Thailand
31. The Onion Hostel at Flower Market (Backpacker)
Simple dan cute! The Onion Hostel at Flower Market adalah penginapan yang cukup sesuai buat anda yang ingin bercuti dalam harga betul-betul bajet tapi tetap inginkan keselesaan yang tak terhingga.
Bukan senang nak jumpa penginapan macam ni kan? Bukan je murah dan selesa tapi ianya juga super duper bersih, sampai nak jumpa satu debu pun susah! Sekali anda menjejakkan kaki ke dalam hostel ini, jelas terasa aura ‘homey’ dan damainya, mengalahkan rumah sendiri.
Yang menariknya, hotel ini menyediakan air teh dan biskut secara percuma sepanjang hari. Sarapan paginya juga adalah percuma.
Lokasinya? Terletak berdekatan dengan banyak tarikan menarik dan ini termasuklah hentian bot ekspres Chao Phraya.
Alamat: 131/1 Soi Thaklang, Chakphet Road, Wang Burapha Phirom, PhraNakhon, 10200 Bangkok, Thailand
30. Grand 5 Hotel & Plaza Sukhumvit Bangkok
Sukakan dekorasi yang moden? Grand 5 Hotel & Plaza Sukhumvit Bangkok adalah pilihan yang tepat untuk anda! Hotel ini cukup stylish dengan atmosfera eksklusif. Sekiranya ini yang anda idamkan dari sebuah penginapan, tak perlu fikir banyak, booking sekarang!
Hotel 9 tingkat ini menawarkan bilik-bilik yang luas dan lengkap dengan pelbagai kemudahan penting untuk keselesaan sepanjang penginapan. Kemudahan lain yang ditawarkan adalah spa dan salon kecantikan.
Lokasinya, terletak berdekatan dengan perhentian bas yang hanyalah di luar hotel dan Nana Skytrain Station yang hanyalah 200 meter dari sini. Kelaparan? Banyak restoran halal dan restoran Arab yang terletak berdekatan hotel.
Alamat: 87 Sukhumvit Road Soi 5, Klongtoey Nua, Wattana, Wattana, 10110 Bangkok, Thailand
29. Ibis Bangkok Sukhumvit 4
Ibis Bangkok Sukhumvit 4 adalah sebuah hotel murah di Bangkok dengan dekorasi dalaman moden yang berlantaikan kayu. Sekiranya anda memilih penginapan ini, anda pasti tidak akan kecewa dengan keselesaan yang ditawarkan.
Lokasinya, terletak tidak jauh dari Stesen Skytrain Nana BTS yang hanyalah 950 meter atau hanyalah 5 ke 10 minit berjalan kaki dari hotel ini dan 2.5 km dari MBK Shopping Mall.
Dari kawasan sekitar hotel ini juga cukup mudah untuk anda mendapatkan pengangkutan. Sekiranya anda menginginkan kudapan sewaktu menginap, 7-11 dan Family Mart terletak sangat hampir dengan hotel.
Alamat: 41 Sukhumvit Road, Soi 4, Klongtoey, Khlong Toei, 10110 Bangkok, Thailand
28. The Step Sathon
Sekiranya anda inginkan kemudahan untuk meneroka ‘seluas alam’ sekitar Bangkok ini, The Step Sathon adalah pilihan yang tepat! Kenapa?
Kerana lokasinya yang terletak hanyalah dalam 1 minit berjalan kaki atau 50 meter dari Surasak BTS Skytrain Station, tak ada hotel yang lebih hampir dengan stesen dari hotel ni. Family Mart yang dibuka 24 jam juga terletak berdekatan dengan hotel.
Selain lokasi yang menarik, The Step Sathon menawarkan 56 buah bilik berlantaikan kayu yang dihias dengan penuh gaya dan padat dengan keselesaan.
Alamat: 87, South Sathorn Road, Yannawa, Sathorn, Bangkok, 10120, Sathorn, 10120 Bangkok, Thailand
27. Lub D Bangkok Siam Hostel (Backpacker)
Lub d Bangkok Siam Hostel adalah penginapan dalam harga bajet yang sesuai untuk anda yang ingin berkenalan dengan ramai traveler dari luar negara sebab memang banyak tempat lepak best yang disediakan. Nakkan privasi? Jangan risau! Hotel ini turut menawarkan bilik peribadi untuk anda yang tidak selesa beramai-ramai dalam dorm.
Bercuti lama di Bangkok tapi tak bawa banyak baju? Anda boleh menggunakan kemudahan mesin basuh dan mesin pengering baju yang disediakan hotel ini. Kemudahan lain yang disediakan adalah bilik khas untuk wanita, bilik teater, akses wifi percuma dan banyak lagi!
Tarikan yang terletak berdekatan dengan hotel adalah Art & Cultural Centre yang hanyalah 5 minit dari hotel.
Kaki shopping? Banyak pusat membelah-belah mudah diakses dari hotel ini. Anda juga boleh menuju ke stesen kereta api dalam hanya 5 minit berjalan kaki dari sini. Inginkan kudapan sewaktu berehat di dalam bilik? 7-11 terletak hanyalah bersebelahan dengan hotel.
Alamat: 925/9 Rama 1 Road Wangmai Patthumwan, Phaya Thai, 10330 Bangkok, Thailand
26. ibis Bangkok Sathorn
Hotel dengan sentuhan kontemporari, ibis Bangkok Sathorn merupakan sebuah pilihan yang tepat untuk anda yang menginginkan keselesaan dan mementingkan kebersihan.
Selain itu, anda yang memilih untuk menginap di sini dapat menikmati sarapan pagi yang sarat dengan pelbagai pilihan makanan yang sihat dan segar untuk tenaga sepanjang pengembaraan anda di Bangkok. Penting tau makan makanan sihat masa tengah bercuti ni!
Lokasinya, terletak berhampiran dengan stesen MRT yang hanyalah 1 minit jaraknya dari hotel.
Kemudahan lain seperti 7E, gerai-gerai makanan dan spa urutan juga hanyalah beberapa tapak dari hotel ini. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan shuttle yang disediakan untuk ke stesen BTS dan MRT secara percuma.
Alamat: Soi Ngam Duphli Rama IV, Sathorn, 10120 Bangkok, Thailand
25. First House Hotel Bangkok
Menawarkan bilik dengan pelbagai warna tema yang berbeza, walau apa pun bilik yang dipilih di First House Hotel Bangkok ini, anda dapat merasai penginapan yang penuh dengan keselesaan. Kebersihannya? Tip-top!
Lokasinya, sangat bahaya! Terletak berdekatan dengan banyak tempat membeli-belah yang bakal menggoda anda untuk berbelanja lebih daripada sepatutnya.
Antaranya adalah Siam Paragon, Platinum dan Central World Plaza yang mana kesemua malls ini hanyalah dalam 10 ke 15 minit berjalan kaki dari hotel. 7E dan McD pula hanyalah 2 minit daripada hotel.
Alamat: 14/20-29 Petchaburi 19 Road, Phayathai, Ratchathewi, Bangkok, Pathumwan, 10400 Bangkok, Thailand
24. Bangkok City Hotel
Dari harga bermula dari bawah RM200, anda dapat menginap di sebuah penginapan yang cukup sempurna di Bangkok City Hotel.
Bagi anda yang memilih untuk menginap di sini, setelah seharian puas berjalan di kawasan sekitar yang padat dengan tarikan menarik, anda sekeluarga boleh menyegarkan badan di kolam renang dan 4 buah jakuzi tertutup yang disediakan.
Mengenai penginapannya pula, hotel ini menawarkan 252 buah bilik yang dihias dengan minimal namun lengkap dengan kesemua kemudahan penting untuk keselesaan sepanjang masa anda berada di hotel ini.
Bercakap mengenai lokasi pula, hotel ini cukup hebat kerana dari sini sangat mudah untuk anda menuju ke banyak pusat membeli-belah terkemuka Bangkok iaitu Central World Plaza, Siam Square, MBK Shopping Center dan Siam Paragon.
Yang menariknya, hotel ini turut terletak berdekatan dengan masjid, ini salah satu petanda bahawa terdapat banyaknya kedai makan halal di sekitar.
Alamat: 268 between Soi Petchburi 10-12, Petchburi Road, Ratchathewi, Bangkok, Phaya Thai, 10400 Bangkok, Thailand
23. New Siam Palace Ville
Melihat daripada struktur luaran bangunan hotel New Siam Palace Ville ini sahaja, sudah dapat dibayangkan kesempurnaan yang menanti. Dari harga kurang daripada RM250, penginapan anda sekeluarga di sini terasa seperti sebuah percutian yang mewah.
Sekiranya anda memilih untuk menginap di sini, antara perkara yang membuatkan pilihan anda berbaloi adalah kolam renang luarannya yang seronok untuk dijadikan tempat menyegarkan badan sebelum memulakan eksplorasi. Sarapan pagi yang disediakan hotel ini juga cukup banyak pilihan untuk memberikan tenaga seharian.
Lokasinya, tak perlu risau, hotel ini sangatlah strategik kerana kedudukannya yang terletak hanyalah dalam jarak berjalan kaki untuk ke banyak tarikan menarik di Bangkok.
Salah satunya adalah Koh San Road yang meriah dengan bermacam jualan menarik. Kemudahan pengangkutan juga tak menjadi isu, semuanya mudah didapati dari hotel ini.
Alamat: 56 Trok Rong Mhai, Chao Fa Rd, Chao Fa Rd, Chanasongkram, 10200 Bangkok, Thailand
22. Woraburi Sukhumvit Hotel
Apa yang tiada di Woraburi Sukhumvit Hotel? Dari harga yang kurang daripada RM200, anda sekeluarga dapat menikmati pelbagai kemudahan menarik yang disediakannya seperti kolam renang rooftop yang luas, rawatan spa yang menghilangkan kesengalan badan, akses wifi percuma dan perkhidmatan tuk-tuk FREE untuk ke kawasan yang terdekat. Menarikkan?
Bukan itu sahaja, lokasinya juga cukup hebat, kerana dari sini untuk ke pusat membeli-belah terkenal Bangkok seperti Central World Plaza dan Paragon Mall hanyalah 2.3 km.
Untuk ke Sukhumvit Road pula hanyalah 10 minit berjalan kaki dari hotel. Bagi kemudahan pengangkutan lain, skytrain hanyalah 5 minit berjalan kaki dari sini.
Alamat: 128/1 Sukhumvit Soi 4, Klongtoey, Khlong Toei, 10110 Bangkok, Thailand
21. Dang Derm Khaosan
Ingin merasakan nikmat penginapan dengan atmosfera klasik Thailand? Apa kata sekiranya anda menginap di Dang Derm Khaosan, kerana hotel ini menawarkan bilik-bilik yang dihias dengan gaya Thailand menggunakan warna natural yang sangat sedap dipandang mata.
Lokasinya? Penginapan ini terletak di tengah-tengah kawasan yang terkenal di Bangkok, iaitu Khaosan Road, kalau anda tidak mahu berjalan jauh ke tempat menarik, ini adalah pilihan yang tepat! Nak bershopping, kedai makan, mendapatkan urutan yang menyegarkan badan dan bermacam lagi, di sinilah hampir segalanya terkumpul.
Namun begitu, jangan terkejut! Kerana suasana di dalam hotel ini sangat jauh berbeza dengan awasan di sekeliling yang meriah. Hotel ini memiliki atmosfera yang sangat mendamaikan. Anda sekeluarga dapat menikmati tidur yang lena tanpa sebarang gangguan.
Setelah puas berehat, anda boleh menggunakan semua kemudahan yang disediakan hotel seperti kolam renang dan ruang santai di atas bumbung hotel.
Yang membuatkan bayaran hotel ini terasa sangat berbaloi lagi adalah kerana anda dapat menikmati sarapan pagi secara percuma!
Alamat: 1 Khaosan Road, Pranakorn, 10200 Bangkok, Thailand
20. The 93 Hotel
The 93 Hotel menawarkan 70 buah bilik penginapan yang dihias dengan penuh gaya terdiri daripada bilik Superior, Deluxe dan Executive, pilihlah yang mana yang bersesuaian dengan keperluan penginapan anda.
Sambil menikmati rehat yang sebenar di dalam bilik yang dihias elegan dan berlampu malap ini, anda juga boleh menggunakan kemudahan wifi percuma yang disediakan ataupun menonton tv yang menawarkan bermacam pilihan siaran.
Tak rasa nak buang masa lama-lama dalam bilik? Anda boleh mendapatkan rawatan aromaterapi yang ditawarkan pihak hotel. Barulah terasa macam percutian sebenar di Thailand kan?
Lokasinya, terletak berhampiran dengan stesen skytrain BTS, kedai runcit dan banyak lagi kedai jualan yang lain. Pusat membeli-belah Platinum Shopping Mall pula hanyalah 5 minit berjalan kaki dari hotel ini. Manakala Central World Shopping Centre hanyalah 10 minit dari sini.
Alamat: 93 soi Somprasong ( Petchburi 17 Rd ) Pratunum, Pathumwan, 10400 Bangkok, Thailand
19. Pinnacle Lumpinee Park Hotel
Mana mungkin hotel dari harga semurah ini menawarkan bermacam fasiliti menarik? Namun inilah yang dapat anda sekeluarga gunakan sepanjang penginapan di Pinnacle Lumpinee Park Hotel.
Hotel ini menyediakan kemudahan seperti kolam renang rooftop untuk anda merelakskan badan setelah seharian berjalan, bilik sauna, pusat kecergasan untuk anda yang memiliki gaya hidup aktif dan akses wifi percuma.
Mengenai penginapan yang ditawarkan pula, anda dapat menikmati tidur yang lena di dalam bilik yang dihias dengan gaya oriental dan dalam masa yang sama elegan. Tidak langsung terasa seperti menginap di hotel dalam harga bajet.
Lokasinya sangat baik kerana terletak tidak jauh dari stesen MRT yang hanyalah 2 minit dari hotel ini. Kemudahan lain yang terletak berdekatan adalah perhentian bas.
Alamat: 17 Soi Ngam Duphli, Rama 4 Road, Sathorn, Sathorn, 10120 Bangkok, Thailand
18. Rikka Inn
Terletak di tengah-tengah Khaosan Road, Rikka Inn adalah penginapan yang tepat untuk anda yang tidak ingin tinggal jauh dari kemeriahan sebenar di Bangkok.
Sekiranya anda sudah puas meneroka apa sahaja yang ditawarkan di sekitar hotel ini, cara terbaik untuk menghilangkan lelah adalah dengan merendamkan badan di dalam kolam renang rooftop hotel ini atau hanya bersandar di kerusi malas yang terdapat di sekitar untuk menikmati udara segar.
Kemudahan lain yang disediakan hotel adalah kafe internet, kedai runcit dan kemudahan tukaran wang.
Lokasinya, terletak kurang 4 km dari tarikan pusat membeli-belah Siam Paragon dan hanyalah dalam 3 km dari Hua Lamphong Train Station.
Alamat: 259 Khaosan Road, Phra Nakorn, 10200 Bangkok, Thailand
17. Khaosan Palace Hotel
Khaosan Palace Hotel adalah sebuah hotel butik dengan konsep moden yang menawarkan penginapan dalam harga yang sangat berpatutan.
Hotel dengan kelas tersendiri ini dapat memberikan anda sekeluarga pengalaman penginapan yang tidak dapat dirasai di tempat lain, cukup menarik konsep yang diketengahkan di mana bilik-biliknya diberikan sentuhan Morocco dengan pelbagai warna tema yang berbeza dalam setiap bilik.
Setelah menikmati rehat sebenar di dalam bilik yang dihias dengan sempurna, anda boleh memanfaatkan banyak kemudahan lain yang disediakan seperti kolam renang rooftop dengan pemandangan yang mengujakan atau menikmati makanan dan minuman di Kappu Kappu Coffee Shop.
Alamat: 139 Khaosan Road, Phra Nakorn, 10200 Bangkok, Thailand
16. Dang Derm in The Park Khaosan
Dang Derm in The Park Khaosan adalah sebuah hotel 3 bintang yang menawarkan pemandangan yang menarik sekitar bandar.
Tapi jangan lupa untuk meminta bilik yang lebih tinggi daripada tingkat 3 untuk mendapatkan pemandangan ini ya? Bilik-bilik yang ditawarkan juga luas dan selesa sesuai untuk menginap bersama keluarga.
Lebih sebab kenapa anda perlu memilih Dang Derm in The Park Khaosan adalah kerana kolam renangnya yang terletak di tingkat 7 hotel ini, bayangkanlah pemandangan yang dapat dinikmati dari ketinggian ini sambil menghirup udara yang menyegarkan.
Anda juga boleh menggunakan kemudahan wifi percuma yang berkelajuan pantas untuk berhubung dengan orang tersayang.
Lokasinya walaupun terletak di Khaosan Road yang terkenal dengan kemeriahannya, hotel ini tetap tenang daripada sebarang gangguan bunyi. Keselesaan? Memang terbaik!
Alamat: 68-70 Khaosan Road, Phranakorn, 10200 Bangkok, Thailand
15. Royal View Resort – Rang Nam
Royal View Resort – Rang Nam adalah sebuah penginapan moden yang bertaraf 3 bintang berlokasi di Rang Nam yang merupakan salah satu kawasan yang terkenal dengan aktiviti shopping di Bangkok.
Bukan shopping biasa! Tapi tempat shopping BEBAS CUKAI, pusat membeli-belah King Power yang terletak hanyalah bersebelahan dengan hotel ini.
Sekiranya King Power masih tidak cukup untuk memuaskan nafsu shopping anda, hanyalah dalam masa 5 minit berjalan kaki dari hotel, anda boleh sampai ke Century Shopping Center.
Selain berlokasi gempak, hotel dengan gaya oriental dan elegan ini juga menarik untuk diinapi kerana ianya menawarkan kemudahan unlimited internet serta minuman herba Thai dan towel basah FREE setiap kali sampai ke hotel.
Setelah kepenatan bershopping juga, anda boleh mendapatkan khidmat urutan yang ditawarkan hotel ini sama ada Thai Massage ataupun Foot Massage.
Alamat: 27/3 Soi Rajawithi 3 Rangnam Road, Phayathai, Rachathevi, Pratunam, Pathumwan, 10400 Bangkok, Thailand
14. Prince Palace Hotel
Habislah kalau anda booking penginapan di Prince Palace Hotel ni, kenapa? Sebab hotel ini terletak betul-betul di atas Bo Bae Tower yang merupakan pasar borong pakaian. Memang bahaya terutama untuk kaum wanita.
Tapi apa yang boleh dibuat, anda terpaksa juga booking Prince Palace Hotel ini dek kerana betapa sempurnanya fasiliti yang ditawarkan. Hotel ini menyediakan bukan satu tapi dua buah kolam renang.
Di samping itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan spa untuk menyegarkan badan. Bagi anda yang tidak mahu melepaskan aktiviti bersenam walaupun sedang bercuti, anda boleh meneruskan aktiviti ini di Prince Fitness yang lengkap dengan pelbagai peralatan senaman.
Mengenai penginapan ini sendiri, anda dapat menikmati pemandangan yang menakjubkan kawasan sekitar bandar dari tingkap bilik. Bilik-biliknya juga luas, selesa untuk penginapan bersama ahli keluarga.
Lokasinya, terletak hanyalah 10 minit dari pusat MBK dengan menaiki tuk-tuk. Ia juga terletak berdekatan dengan old town, istana diraja, Wat Pho, Wat Arun dan pasar malam.
Alamat: 488/800 Bo Bae Tower, Damrongrak Road, Mahanak, Pomprab Sattrupai, 10100 Bangkok, Thailand
13. New Siam Riverside
New Siam Riverside adalah sebuah penginapan bergaya mewah yang terletak di Chaophaya River dan tidak jauh dari Grand Palace.
Bilik-bilik di hotel ini dihias dengan konsep klasik dan oriental menggunakan warna natural dan perabot-perabot kayu. Aura penginapan ini terasa sungguh menenteramkan jiwa ditambah lagi dengan pemandangan sungai tenang yang dapat dilihat dari tingkap bilik.
Sambil bersantai di dalam bilik, anda boleh menggunakan kemudahan wifi berkelajuan tinggi yang disediakan secara free.
Setelah puas berehat, anda boleh menikmati mandian menyegarkan dari kolam renang sambil menikmati pemandangan sungai. Anda mungkin ingin memanjangkan lagi percutian di Bangkok sekiranya menetap di sini.
Alamat: Thanon Phra Athit 21, Khwaeng Chana Songkhram, Khet Phra Nakhon, 10200 Bangkok, Thailand
12. Taraplace Hotel Bangkok
Taraplace Hotel Bangkok terletak hanyalah 5 ke 10 minit berjalan kaki dari Khaosan Road, Grand Palace dan Emerald Buddha. Tak nak mencairkan mekap berjalan kaki? Hotel ini turut menyediakan perkhidmatan tuk-tuk secara percuma untuk menuju ke Grand Palace.
Jelas sekali yang hotel ini adalah pilihan penginapan yang tepat untuk anda yang ingin melawati banyak tarikan terkenal di Bangkok.
Mengenai hotel ini sendiri, mereka menyediakan kopi panas dan kudapan lain secara percuma sepanjang masa di ruang lobi.
Bilik-biliknya pula memiliki tahap kebersihan yang sangat memuaskan hati, memang bersih! Lokasinya yang walaupun terletak tidak jauh dari Khaosan Road, tetap tenang daripada sebarang gangguan bunyi untuk tidur yang lena.
Alamat: 113, 117 Samsen Rd., Phranakorn, Bangkok, Thailand
11. Astera Sathorn
Astera Sathorn menawarkan bilik-bilik yang dilengkapi dengan perabot-perabot kayu berwarna natural. Untuk menghidupkan suasana di dalam bilik, warna-warni yang cerah turut digabungkan dalam dekorasi dalamannya. Bagi anda yang sukakan dekorasi yang happening, bookinglah Astera Sathorn!
Sebab lain kenapa anda patut booking hotel ini adalah kerana kesempurnaan fasilitinya yang bukan mudah nak dapat kalau di hotel lain yang menawarkan harga bajet.
Antara kemudahan yang disediakan adalah bilik-bilik sauna, kolam renang, akses wifi percuma dan pusat kecergasan yang menawarkan pemandangan kolam renang.
Lokasinya, tidak mengecewakan, anda hanya perlu berjalan kaki selama 3 minit untuk ke Saphan Taksin BTS Skytrain Station.
Pengangkutan lain seperti perhentian bas dan jeti feri juga hanyalah beberapa minit sahaja berjalan kaki dari hotel ini. Tarikan seperti Chinatown dan Silom Road  hanyalah dalam 2 km dari sini.
Alamat: 143 South Sathorn Rd, Yannawa, Sathorn, 10120 Bangkok, Thailand
Baca: 32 Hotel Murah Di Hatyai Untuk Percutian Bajet sempurna
10. Ratchadamnoen Residence
Ratchadamnoen Residence terletak di dalam kawasan yang tenang dan tidak jauh dari Monumen Demokrasi yang hanyalah 100 meter dari sini. Khaosan Road pula hanyalah beberapa minit berjalan kaki dari hotel, manakala Grand Palace hanyalah 10 ke 15 minit dengan menaiki tuk-tuk. Lokasi? Sangat strategik.
Ratchadamnoen Residence menawarkan penginapan yang luas dan selesa untuk diinapi bersama keluarga. Tahap kebersihannya? Memang wow!
Terasa lapar? Singgah sahaja kedai 7E atau McD yang terletak hanya beberapa tapak dari hotel ini.
Alamat: 211/16 Soi Damnoen Klang Nuea Ratchadamnoen Klang Road Boworn Nivet, Phranakorn, 10200 Bangkok, Thailand
9. D Varee Xpress Pula Silom, Bangkok
Sebaik anda melangkahkan kaki ke dalam ruang lobi hotel ini, pandangan mata yang kepenatan akan kembali segar oleh kerana warna cerah yang digunakan untuk ruang lobi hotel aD Varee Xpress Pula Silom, Bangkok.
Yang menariknya tentang lobi ini, terdapat banyak ruang berbeza yang boleh dipilih untuk anda bersantai atau bersosial dengan keluarga atau pelancong yang lain.
Bilik-biliknya pula, dihias dengan minimal dan moden menggunakan warna hitam, putih dan warna natural yang lain. Suasana di dalam bilik penginapan ini terasa cukup santai.
Sudah puas berehat, anda boleh mengambil angin segar di kawasan taman luas, Lumpini Park yang terletak hampir dengan hotel.
Tapi sekiranya hati anda tidak sabar untuk meneroka, stesen MRT dan BTS hanyalah beberapa minit dari hotel. Dari hotel ini juga cukup mudah untuk anda menuju ke pusat membeli-belah.
Alamat: 60/12-15 Silom Soi 2/1, Silom, Bangrak, Bang Rak, 10500 Bangkok, Thailand
8. Marvin Suites
Mengidamkan kawasan penginapan yang tenang sewaktu bercuti di Bangkok? Salah satu penginapan yang boleh dijadikan pilihan adalah Marvin Suites. Hotel ini terletak di dalam sebuah kawasan jalan kecil yang dipanggil Soi di Sathorn Road.
Walaupun tidak terletak di dalam kawasan yang meriah, tidak bermakna lokasinya tidak strategik untuk para pelancong, kerana dari hotel ini, anda hanya perlu berjalan kaki untuk menuju ke stesen BTS dan Silom Road yang merupakan kawasan bershopping yang terkenal di Bangkok. Untuk menghirup udara segar, anda boleh menuju ke Lumpini Park yang juga tidak jauh.
Yang menariknya, sebagai penginap hotel ini, anda boleh mendapatkan khidmat pengangkutan tuk-tuk untuk menuju ke stesen BTS secara free. Kemudahan lain yang disediakan adalah wifi berkelajuan tinggi, ruang meletak kereta dan banyak lagi.
Mengenai bilik-bilik yang ditawarkannya pula, cukup luas dan lengkap dengan segala peralatan penting untuk keselesaan sepanjang penginapan. Yang penting, kebersihannya sangat memuaskan hati!
Alamat: 1 Sathorn Soi 11, Sathorn road, Yannawa, Sathorn, 10120 Bangkok, Thailand
7. The Sathon Vimanda Hotel
Terletak di celah-celah bandar yang meriah namun pada sudut yang tenang, tiada lokasi penginapan yang lebih strategik daripada The Sathon Vimanda Hotel! Tidak ingin jauh dari lokasi menarik untuk dilawati? Tapi tak nak juga menginap di dalam kawasan yang terlalu sibuk? Inilah pilihan yang tepat.
The Sathon Vimanda Hotel menawarkan bilik-bilik yang dihias elegan dan luas untuk keselesaan anda yang datang menginap bersama keluarga.
Anda juga tak perlu risau tentang keselamatan kawasan sekitar sebab hotel ini terletak sangat hampir dengan balai polis.
Wang ringgit yang dikeluarkan terasa sangat berbaloi bukan hanya kerana keselesaan penginapannya yang sempurna, tapi juga kerana kemudahan lain yang disediakan seperti shuttle tuk-tuk percuma untuk ke BTS Skytrain dan MRT Subway serta akses wifi yang juga percuma.
Pihak hotel turut menyediakan kopi dan teh serta kudapan percuma sepanjang waktu di ruang lobi.
Alamat: 578 Soi Suan Phlu 3, South Sathon Road, Sathorn, 10120 Bangkok, Thailand
6. Le Tada Parkview Hotel
Le Tada Parkview Hotel adalah sebuah hotel yang moden dan elegan membuatkan anda tertanya-tanya sama ada benar atau tidak sekiranya harga yang ditawarkan sebegitu murah.
Hotel yang terletak di Rang Nam Road ini menyediakan penginapan yang sangat luas, dan supercomfy.
Setelah puas berehat di dalam bilik, anda boleh bermandi-manda di kolam renang hotel ini yang memiliki suasana sangat mendamaikan. Bagi anda yang tak pernah meninggalkan gym, hotel ini turut menyediakan kemudahan ini.
Lokasinya juga tidak mengecewakan, hotel ini terletak berdekatan dengan taman hijau dan hanyalah 15 minit berjalan kaki untuk ke stesen keretapi. Manakala untuk ke pusat-pusat membeli-belah pula hanyalah 25 minit dari hotel.
Alamat: 440/58 Ratchawithi Soi 3 Ratchathewi , Pathumwan, 10400 Bangkok, Thailand
5. Varmtel Bangkok
Bertemakan warna putih yang bersih dengan konsep moden, Varmtel adalah ibarat sebuah penginapan dalam galeri. Dekorasinya sungguh sempurna pada pandangan.
Setiap sudut hotel ini walaupun kelihatan simple, mampu menarik hati sesiapa sahaja yang memandang. Tercari-cari idea untuk menghias rumah sendiri? Mungkin anda boleh mendapatkan inspirasi dari hotel 3 bintang ini.
Selain dekorasi yang menarik, sebab lain untuk anda memilih penginapan ini adalah kerana kewujudan ruang taman yang menghijau dan balkoni. Sesetengah bilik di hotel ini menawarkan pemandangan taman yang menenangkan jiwa.
Lokasinya, hanyalah 5 minit berjalan kaki untuk menuju ke stesen keretapi, jeti bot dan banyak lagi kemudahan yang lain. Apa yang tidak hebat tentang hotel ni? Ingin lebih sebab? Anda boleh mendapatkan minuman seperti kopi dan teh pada bila-bila masa!
Alamat: 24 Charoen Nakorn 13, Charoen Nakorn Rd, Klongtonsai, Klongsan, 10600 Bangkok, Thailand
4. Silom Serene A Boutique Hotel
Inginkan layanan seperti selebriti? Menginaplah di Silom Serene A Boutique Hotel. Kerana kalau anda menginap di sini, setiap kali anda sampai sahaja ke pintu masuk hotel, anda akan disambut dengan minuman dan towel basah untuk meredakan kepenatan berjalan. Ada hotel lain yang buat macam ni?
Sudahlah mendapat layanan yang sempurna, para penginap juga dapat menggunakan pelbagai fasiliti menarik yang disediakan seperti kolam renang, pusat kecergasan dan sauna. Bilik mandinya juga lengkap dengan kemudahan bathtub. Menarikkan?
Mengenai lokasinya pula, hotel ini terletak hanyalah dalam 6 minit berjalan kaki untuk ke stesen BTS.
Alamat: 7 Soi Pipat (Silom 3), Silom Road, Bangrak, Bang Rak, 10500 Bangkok, Thailand
3. S44ROOM
S44ROOM menawarkan penginapan moden yang dihias dengan minimal menggunakan warna yang cerah yang sejuk dipandang. Anda juga boleh mengambil angin luar dari ruang balkoni bilik. Bagi anda yang mementingkan kebersihan, hotel ini pasti tidak akan mengecewakan anda.
Lokasinya, terletak hanyalah 2 minit berjalan kaki untuk ke stesen BTS dan hanyalah beberapa tapak dari kafe yang menarik untuk dicuba terutama sekali untuk sarapan pagi. Tidak jauh dari hotel ini, terdapat pusat membeli-belah sekiranya anda ingin bershopping.
Alamat: 1040/48, Soi Sukhumvit 44, Sukhumvit Road, Phakanong, Klongtoei, Khlong Toei, 10110 Bangkok, Thailand
2. the FAH silom
the FAH silom merupakan sebuah penginapan yang berkonsepkan elegan dan klasik. Dengan nilai wang yang dikeluarkan, terasa cukup berbaloi sebaik melihat dekorasi dalaman hotel yang cukup terperinci dan kelihatan mewah. Antara jenis penginapan yang ditawarkan adalah Penthouse, Deluxe dan Superior.
Bukan itu sahaja, dengan menginap di hotel ini, anda dapat menuju ke banyak pusat-pusat membeli-belah yang terkenal di Bangkok dengan mudah menggunakan kemudahan pengangkutan BTS atau MRT untuk ke Central Silom, Silom Complex, Siam Center, Paragon Mall, Central World, MBK Mall, Platinum Mall dan banyak lagi.
Alamat: 128/10-11 Silom soi 6, Silom road, Suriyawong sub-district, Bangrak district, Bang Rak, 10500 Bangkok, Thailand
1. ibis Styles Bangkok Sukhumvit Phra Khanong
Inginkan penginapan yang moden habis? Jom menginap di ibis Styles Bangkok Sukhumvit Phra Khanong. Masuk je ke dalam bilik, pandangan mata anda akan terus terarah kepada perabot yang digunakan dalam bilik dan dekorasi lain yang penuh dengan warna-warni.
Anda sekeluarga juga boleh berseronok di kolam renang hotel sambil menikmati pemandangan sekitar bandar yang cukup memukau terutama sekali apabila tiba waktu malam. Hotel 3 bintang ini turut lengkap dengan kemudahan pusat kecergasan, khidmat urutan dan spa.
ibis Styles Bangkok Sukhumvit Phra Khanong terletak hanyalah 3.6 km dari Emporium Shopping Mall dan hanyalah 5 km dari Queen Sirikit National Convention Centre.
Sekiranya anda ingin meneroka lebih jauh di sekitar Bangkok, stesen skytrain BTS hanyalah 3 ke 5 minit berjalan kaki dari hotel. Yang bestnya, anda boleh menaiki bas mini percuma untuk ke sana.
Alamat: 1122 Sukhumvit Road Phra Khanong Khlong Toei, Khlong Toei, 10110 Bangkok, Thailand
Sudah terjumpa pilihan hati? Banyak bukan penginapan yang best dalam harga bajet di Bangkok ni? Bertambah-tambahlah sebab untuk anda ke sini bukan!?
Tapi andai kata senarai hotel murah di Bangkok ni masih tak cukup untuk memuaskan hati anda, apa kata kalau anda layari booking.com untuk melihat lebih banyak lagi pilihan penginapan yang terdapat di Bangkok dalam tawaran harga yang terbaru. Jangan salahkan kami kalau mata anda semakin rambang dengan pilihan yang ada!
Sebelum tu, jangan lupa untuk merancang perjalanan anda ke di Bangkok nanti. Untuk memudahkan perancangan, anda boleh baca artikel kami bertajuk 37 Tempat Menarik di Bangkok.
Rugi kalau tak rancang awal-awal, boleh terlepas tempat wajib dilawat kalau dah kesuntukan masa atau tenggelam dalam kesibukan kota ini yang tak pernah berhenti aktif walau di malam hari.
Tunggu apa lagi? Settlekan booking penginapan dan flight anda secepat mungkin! Banyak tarikan unik dan klasik yang menanti, selamat bercuti ke Bangkok