21 Hotel Murah Di Batu Ferringhi Untuk Percutian Pantai Yang Sempurna

Hotel Murah Di Batu Ferringhi

Negeri yang menjadi destinasi pelancongan impian dunia, Penang, bukan sahaja meriah dengan penduduk yang ramah tetapi juga dengan tarikan menarik untuk dilawati.

Boleh dikatakan Penang memenuhi hampir semua kriteria destinasi pelancongan yang sempurna, tempat membeli-belah, pantai yang memukau, sejarah dan budaya yang terserlah, alam semula jadi yang terjaga, street food yang tiada penghujungnya dan banyak lagi, segalanya ada di sini.

Di mana dapat anda nikmati hampir semua tarikan ini di Penang? Jawapannya adalah di Batu Ferringhi.

Dari pasar malam yang berkepanjangan 1 kilometer untuk pilihan barangan yang merambangkan mata, hinggalah ke pantai yang padat dengan pelbagai aktiviti air, menjadikan Batu Ferringhi sebagai destinasi penginapan adalah satu pilihan yang terbaik untuk menyerap pelbagai keseronokan ditawarkan negeri ini.

Bukan itu sahaja, tapak warisan UNESCO, Georgetown juga terletak hanya beberapa minit pemanduan dari sini. Tiada sebab untuk anda tidak memilih Baru Ferringhi sebagai lokasi penginapan sekiranya ke Penang bukan?

Sekiranya anda bercadang untuk menjadikan Batu Ferringhi sebagai destinasi penginapan, di sini kami telah menyenaraikan 21 hotel murah di Batu Ferringhi yang selesa untuk diinapi bagi sebuah percutian yang sempurna. Teruskan membaca.

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Batu Ferringhi


01. The Bayview Beach Resort

The Bayview Beach Resort Batu Ferringhi - Main Image

Dengar sahaja nama hotel ini, The Bayview Beach Resort anda pasti membayangkan pemandangan dari bilik yang indah bukan?

Sememangnya pemandangan dari bilik-bilik di resort ini dapat memukau jiwa kerana dari ruang santai bilik anda dapat menikmati pemandangan lautan ataupun bukit-bukau di sekitar Batu Ferringhi.

Setelah puas menikmati waktu santai di dalam bilik, anda boleh merancang banyak aktiviti lain untuk dilakukan sepanjang penginapan tanpa perlu keluar daripada resort seperti bersenam di gym sambil menikmati pemandangan taman, berenang di kolam sambil melihat cahaya bintang berkerlipan, memanjakan badan di pusat spa, dan macam-macam lagi.

The Bayview Beach Resort Batu Ferringhi - Room Image

Apa pun pilihan anda, segala yang ditawarkan di resort ini berada di standard yang luar biasa.

Jika anda inginkan pengalaman percutian yang lebih gempak dan tidak kisah untuk berbelanja lebih, apa kata kalau anda pilih penginapan jenis penthouse suite kerana anda bukan sahaja mendapat sebuah penginapan yang cukup elegan, tetapi juga lengkap dengan kolam renang peribadi di ruang atas bumbung. Cool!

Alamat: Batu Ferringhi Beach, 11100 Batu Ferringhi

Selanjutnya Di Agoda.com

02. ZEN Rooms Eden Parade

ZEN Rooms Eden Parade Batu Ferringhi - Main Image

ZEN Rooms Eden Parade seperti namanya, dapat memberikan anda โ€˜zenโ€™ atau ketenangan yang dibayangkan sewaktu bercuti.

Semua ini melalui sentuhan dalaman bilik penginapannya yang cukup sejuk dipandang mata dengan konsep moden ditambah pula dengan pencahayaan yang selesa, anda sekeluarga dapat menikmati waktu rehat di dalam bilik dalam aura yang menenangkan jiwa.

ZEN Rooms Eden Parade Batu Ferringhi - Room Image

Bilik keluarga yang ditawarkan hotel ini juga cukup luas untuk keselesaan anda yang travel beramai-ramai. Jika sudah puas berehat di dalam bilik, ruang lobinya juga memiliki atmosfera yang cukup chill untuk anda bersantai.

Lokasinya pula, terletak berdekatan dengan pasar malam Batu Ferringhi dan pantai yang kurang 200 meter dari hotel.

Alamat: Roomies Suite Penang, Jalan Sungai Emas, No 1-9B Eden Parade 1, Batu Ferringhi, Penang, 11100 Batu Ferringhi

Selanjutnya Di Agoda.com

03. Eco Capsule Resort

Eco Capsule Resort Batu Ferringhi Penang

Bercadang ingin meneroka keindahan flora dan fauna semasa musim cuti nanti? Dalam harga bajet, anda boleh menginap di sebuah penginapan yang dikelilingi oleh kehijauan rimba iaitu di Eco Capsule Resort.

Baca: 27 Hotel Bajet Terbaik Di Penang

Resort kapsul ini adalah destinasi yang sempurna bagi anda yang mencari ketenangan alam semula jadi sebenar. Kalau berstamina tinggi, anda boleh menggunakan denai panjang untuk menuju ke Penang Hill dari kawasan resort ini sendiri.

Eco Capsule Resort Batu Feringghi Penang - Room Image

Untuk aktiviti lebih santai, anda boleh menggunakan kemudahan bbq yang disediakan pihak resort untuk menikmati hidangan panas sambil menghirup oksigen segar yang sentiasa bertiupan serta mendengar irama rimba yang mendamaikan jiwa.

Berkaitan dengan resort yang ditawarkan, walaupun dalam harga bajet, bilik-bilik yang disediakan di dalam struktur bereka bentuk comel ini memiliki tahap kebersihan yang sungguh memuaskan hati.

Alamat: Lorong Rimba, Teluk Bahang, 11050 Penang, 11050 Batu Feringgi

Selanjutnya Di Agoda.com

04. G Beach Front Villa

G Beach Front Villa Georgetown Penang - Main Image

Ingin tenggelam dalam keindahan Batu Feringgi yang sebenar? Menginaplah di bilik selesa yang ditawarkan G Beach Front Villa.

Villa mewah yang terletak di Medan Tanjung Bungah ini memiliki dekorasi dalaman yang cukup moden dan kelihatan selesa.

Villa ini sempurna dengan dapur yang dilengkapi kemudahan memasak, ruang makan, ruang tamu dan ruang bacaan.

G Beach Front Villa Georgetown Penang - Room Image

Bahagian halaman rumah villa ini pula cukup luas, dilengkapi dengan kemudahan bbq, tempat duduk serta buaian. Suasana di sekitar villa ini terasa sungguh santai.

Hanyalah beberapa tapak dari pantai, dari villa ini juga anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke kawasan pasar, kedai makan dan banyak lagi kafe menarik yang lain.

Alamat: No. 546-E, Medan Tanjung Bungah, 11200 Batu Feringgi

Selanjutnya Di Agoda.com

05. OYO 874 Ferringhi Inn Hotel

OYO 874 Ferringhi Inn Hotel - Main Image

OYO 874 Ferringhi Inn Hotel adalah sebuah penginapan bertaraf 2 bintang yang terletak berdekatan dengan pantai.

Lokasinya cukup strategik kerana dari sini juga mudah untuk anda ke banyak kedai makan menarik yang ada di sekitar Feringgi.

OYO 874 Ferringhi Inn Hotel - Room Image

Mengenai bilik-bilik yang ditawarkan, dihias dengan ringkas, namun lengkap dengan kemudahan yang berkualiti seperti katil yang empuk.

Di samping itu, persekitaran hotel juga cukup bersih menjadikan wang ringgit yang dikeluarkan terasa sangat berbaloi.

Alamat: No. 3A, Eden Square, Jalan Sungai Emas, Kawasan Perumahan Sungai Emas, Pulau Penang, 11100 Batu Feringgi

Selanjutnya Di Agoda.com

06. OYO 873 Bamboo Inn

OYO 873 Bamboo Inn - Main Image

Terletak bersebelahan dengan kawasan kedai makan, OYO 873 Bamboo Inn adalah pilihan yang sesuai untuk anda yang inginkan sebuah penginapan yang ringkas dan selesa untuk diinapi buat percutian jangka pendek di Penang.

Di dalam bilik-bilik hotel bertaraf 2 bintang ini lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk membolehkan anda mendapatkan tidur yang lena. Tahap kebersihannya juga sangat boleh dipuji.

OYO 873 Bamboo Inn - Room Image

Dengan kedudukannya yang terletak tidak jauh dari kawasan pantai, tapak pasar malam, perhentian bas dan banyak lagi, pelbagai aktiviti menarik boleh dirancang untuk dilakukan.

Lenguh kaki lepas berjalan sana-sini? Apa kata kalau anda singgah ke pusat urutan kaki yang terletak tak jauh dari hotel, bolehlah berjalan banyak lagi tempat lain lepas kaki dah dimanjakan nanti.

Alamat: 152 B, Jalan Batu Feringghi, Suite number, intersection, plaza square, George-Town, 11100 Batu Feringgi

Selanjutnya Di Agoda.com

07. OYO 1149 Ferringhi Hotel

OYO 1149 Feringghi Hotel Batu Feringghi - Main Image

Tak nak buang masa yang lama atas jalan raya semasa bercuti nanti? Sekiranya anda menginap di 1149 Ferringhi Hotels, banyak lokasi menarik di sekitar Penang boleh anda lawati tidak terlalu jauh dari penginapan.

Antaranya adalah Tropical Spice Garden, Kampung Nelayan Teluk Bahang, Pasar Malam Batu Feringghi, Penang Toy Museum, Pantai Ferringhi dan banyak lagi.

OYO 1149 Feringghi Hotel Batu Feringghi - Room Image

Kedudukan hotel ini walaupun berdekatan dengan pelbagai tarikan, tetap tenang daripada sebarang gangguan bunyi.

Sambil bersantai di dalam bilik hotel yang selesa ini, anda dapat menikmati pemandangan indah sekitar kawasan pantai dari tingkap bilik-bilik tertentu.

Tak rugi untuk anda cuba tanya di kaunter hotel nanti agak-agak boleh dapat bilik dengan pemandangan indah ni.

Alamat: 66-15-0, Jalan Batu Feringghi, 11000 Batu Ferringhi

Selanjutnya Di Agoda.com

08. Zahaar Hotel

Zahaar Hotel Batu Feringghi - Main Image

Zahaar Hotel adalah sebuah hotel bajet yang dihias dengan simple namun serba lengkap dengan pelbagai kemudahan yang dapat mengoptimumkan keselesaan sepanjang penginapan.

Penginapannya lengkap dengan tandas peribadi, tv, penyejuk udara dan juga wifi. Terlebih sempurna untuk harga murah yang ditawarkan bukan?

Zahaar Hotel Batu-Feringghi - Room Image

Lokasinya, tidak jauh dari kedai jualan seperti 7E, pasar malam, pantai dan juga kedai-kedai makan.

Alamat: 3F, Tingkat 1 & 3g, Tingkat 1 & 2, Jalan Sungai Emas, 11100 Batu Feringgi

Selanjutnya Di Agoda.com

09. Green Ocean Seaview Apartment

Green Ocean Seaview Apartment - Main Image

Nikmati keindahan panorama matahari terbenam yang memancarkan rona merah keemasan di permukaan lautan dan langit tanpa perlu keluar dari tempat penginapan sekiranya anda menginap di mana-mana apartment dengan 3 atau 2 bilik yang ditawarkan Green Ocean Seaview Apartment.

Dari harga kurang daripada RM250 semalaman, anda sekeluarga dapat merasai sebuah pengalaman penginapan yang sempurna.

Aura sekitar apartment ini juga terasa cukup mewah, dengan ruang yang luas, konsep yang menarik dipandang dan juga kemudahan yang sempurna seperti di rumah. Anda bakal tersenyum puas kerana betapa berbaloinya setiap sen yang dikeluarkan.

Green Ocean Seaview Apartment - Room Image

Sambil berehat di dalam apartment, selain menikmati pemandangan indah dari ruang balkoni, anda juga boleh menghiburkan diri dengan menonton tv bersiaran Astro atau melayari internet dengan akses wifi yang disediakan.

Alamat: 188, Jalan Batu Ferringhi, Penang, 11100 Batu Feringgi

Selanjutnya Di Agoda.com

10. Rasa Motel

Rasa Motel Batu Ferringhi - Main Image

Secara visual mungkin hotel ini kelihatan tidak begitu berbeza daripada hotel bajet yang lain, tapi layanan yang diberikan mengalahkan sebuah hotel 5 bintang.

Setiap hari, anda akan disambut dengan roti atau kek yang segar dimasak, di samping water dispenser yang sentiasa tersedia untuk anda membuat minuman.

Rasa Motel Batu Ferringhi - Room Image

Tidak cukup dengan itu,  hotel bajet ini juga cukup kena dengan kata orang putih โ€œDonโ€™t judge the book by its cover,โ€ kerana walaupun rekaan dalamannya cukup simple, keselesaan yang ditawarkan agak luar biasa, dengan wifi yang pantas, katil yang empuk dan fasiliti yang berfungsi dengan sempurna.

Lokasinya juga tidak mengecewakan, terletak hanya 3 minit perjalanan kaki untuk ke pantai dan banyak kedai makan yang menarik.

Alamat: 186-G26 Ferringhi Plaza, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi

Selanjutnya Di Agoda.com

11. My Budget Home

My Budget Home Batu Ferringhi - Main Image

My Budget Home adalah salah satu hotel bajet yang berlokasi menarik untuk anda mencuba pelbagai jenis masakan di Penang kerana gerai-gerai makan terletak di merata tempat sebaik anda turun dari hotel.

Baca: 26 Hotel Istimewa Di Penang Untuk Percutian Luarbiasa

Jika anda teringinkan makanan seperti KFC, Subway dan McD pula segalanya terletak di seberang jalan dari hotel ini.

Sesudah membeli makanan anda boleh terus berjalan kaki untuk ke pantai yang hanyalah dalam 5 minit perjalanan kaki dari hotel.

My Budge Home Batu Ferringhi - Room Image

Lokasi? Terbaik! Mengenai biliknya pula, cukup selesa dan lengkap dengan segala kemudahan asas untuk keselesaan penginapan anda.

Kemudahan lain seperti wifi memiliki kepantasan yang cukup memuaskan hati.

Alamat: 1-6C Eden Parade, Jalan Sungai Emas,, 11100 Batu Ferringhi

Selanjutnya Di Agoda.com

12. Holiday Inn Resort Penang

Holiday Inn Resort Penang Batu Ferringhi - Main Image

Tidak mahu diselubungi kebosanan walaupun sesaat? Holiday Inn Resort Penang adalah salah satu pilihan penginapan yang tepat untuk anda yang serius ingin menjadikan percutian di Penang salah satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Resort yang menyediakan bilik dalam harga bajet ini padat dengan segala fasiliti yang dibayangkan untuk penginapan yang sempurna seperti spa, kolam renang yang berlanskap indah, bilik permainan kanak-kanak yang agak hi-tech, gym yang lengkap dan banyak lagi.

Holiday Inn Resort Penang Batu Ferringhi - Room Image

Di resort ini juga anda boleh merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti lain seperti bermain tennis, ping-pong, berbasikal, belajar memasak, bermain layang-layang dan lain-lain lagi yang boleh diatur dengan pihak resort.

Lokasinya, terletak dekat dengan banyak tarikan terkenal di sekitar sekitar Batu Ferringhi.

Alamat: 72, Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi

Selanjutnya Di Agoda.com

13. Ferringhi Stay Iinn

Ferringhi Stay Inn - Gambar Depan Hotel

Ferringhi Stay Iinn yang terletak di Jalan Sungai Emas ini cukup strategik bagi anda yang tidak ingin duduk diam sewaktu di Penang.

Dengan lokasi seperti Pantai Batu Ferringhi yang hanya 200 meter dari hotel, pasar malam yang hanya 500 meter dan Wet World Wild Adventure Park dalam hanya 90 meter dari hotel.

ZEN Rooms Batu Ferringhi Stay Iinn - Room Image

Dengan lokasi yang strategik sebegini, bab makanan memang tak perlu risau. Bagi anda yang ingin meneroka lebih jauh sekitar Penang, perhentian bas juga hanyalah beberapa tapak dari hotel.

Lokasi yang hebat, bagaimana pula bilik penginapan hotel ini? Ferringhi Stay Iinn menyediakan katil yang empuk untuk tidur lena, dan banyak lagi kemudahan lain yang membuatkan wang yang dikeluarkan terasa cukup berbaloi. Fasiliti lain seperti wifi, mempunyai kelajuan yang tip-top.

Alamat: No. 1-3C, Eden Parade, Jalan Sungai Emas 1, 11100 Batu Ferringhi

Selanjutnya Di Agoda.com

14. Bayu Emas Apartments

Bayu Emas Serviced Apartments Batu Ferringhi Penang - Main Image

Jika anda menghargai pengalaman penginapan dalam suasana yang penuh ketenangan, jauh dari hiruk-pikuk kawasan bandar, Bayu Emas Apartments adalah antara penginapan yang memenuhi kriteria ini.

Baca:ย 29 Hotel Menarik Di Penang Yang Luar Biasa

Suasana kawasan sekitarnya cukup mendamaikan dan penuh dengan kehijauan yang menyejukkan pandangan mata, dalam masa yang sama cukup strategik untuk anda melawat banyak tarikan di sekitar Batu Ferringhi.

Bayu Emas Serviced Apartments Batu Ferringhi Penang - Room Image

Untuk ke kawasan pantai dari apartment ini hanyalah memakan masa 5 minit perjalanan kaki. Selain itu, untuk pengetahuan anda, tidak jauh dari apartment ini juga terdapat kawasan air terjun yang besar.

Mengenai penginapan ini pula, apartmentnya lengkap dengan segala fasiliti yang termasuklah kemudahan memasak.

Bayu Emas Apartments juga adalah sebuah penginapan yang cukup sesuai bagi anda yang datang bercuti beramai-ramai kerana menyediakan tilam yang agak banyak. Dari RM200 untuk semua ini? Cukup berbaloi bukan?

Alamat: Bayu Emas Apartment, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi

Selanjutnya Di Agoda.com

15. Green Ocean Inn

Hotel bajet Green Ocean Inn ini dari luar bangunannya kelihatan biasa sahaja, namun siapa sangka bilik penginapannya boleh menjadi cukup selesa.

Bilik yang dihias dengan minimal ini kelihatan agak luas dengan kebersihan yang sangat memuaskan persis sebuah hotel 4 bintang.

Green Ocean Inn Batu Ferringhi - Room Image

Kemudahan lain seperti wifi yang disediakan hotel pula memiliki kepantasan yang cukup superb.

Hotel ini turut menyediakan ruang balkoni yang lengkap dengan kerusi dan meja untuk anda menghirup udara di luar sambil menikmati minum petang. Perhentian bas pula hanyalah terletak berhadapan dengan hotel ini.

Alamat: No.2, Jalan Pantai Miami, Batu Ferringhi, Penang, 11100 Batu Ferringhi

Selanjutnya Di Agoda.com

16. HUPO Resort Beach Front Pool Villa

HUPO Resort Beach Front Pool Villa Batu Ferringhi - Main Image

Siapa sangka sebuah penginapan villa ditawarkan dalam harga bajet? Menginap di HUPO Resort Beach Front Pool Villa dapat memberikan anda privasi setelah kepenatan makan angin di sekitar Penang.

HUPO Resort Beach Front Pool Villa Batu Ferringhi - Room Image

Pada waktu lapang anda boleh menikmati mandian menyegarkan di kolam renang ataupun sekadar berehat di ruang santai di halaman villa ini sambil menggunakan akses wifi pantas yang disediakan pihak villa.

Lokasinya, hanyalah 300 meter dari pantai sekiranya anda ingin menikmati pemandangan matahari terbenam yang terindah.

Alamat: Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi

Selanjutnya Di Agoda.com

17. D’Feringghi Haus Hotel & Restaurant

D'Feringghi Haus Hotel & Restaurant Batu Ferringhi - Main Image

D’Feringghi Haus Hotel & Restaurant yang terletak bersebelahan dengan jalan utama ini cukup strategik bagi anda yang ingin berjalan kaki untuk ke pelbagai tarikan tanpa perlu menaiki kenderaan.

Kedi Kopi, pasar malam Batu Ferringhi, kedai-kedai makan, pantai dan sebagainya hanyalah di sekitar hotel.

D'Feringghi Haus Hotel & Restaurant Batu Ferringhi - Room Image

Namun begitu, suasana di dalam hotel ini tetap tenang tanpa sebarang gangguan bunyi.

Jika anda seorang yang simple dan inginkan penginapan berlokasi strategik, menginap di D’Feringghi Haus Hotel & Restaurant adalah satu pilihan yang tepat.

Alamat: 66-15-0, Jalan Batu Feringghi, 11000 Batu Ferringhi

Selanjutnya Di Agoda.com

18. Sri Sayang Resort Service Apartment

Sri Sayang Resort Service Apartment Batu Ferringhi - Main Image

Pemandangan air laut yang tenang dan bayu yang menyegarkan dapat anda rasai sekiranya anda memilih Sri Sayang Resort Service Apartment sebagai penginapan di Batu Ferringhi.

Apartment yang terletak berhadapan dengan pantai indah ini memberikan anda sekeluarga percutian yang sempurna seperti menduduki hotel mewah kerana pemandangannya.

Sri Sayang Resort Service Apartment Batu Ferringhi - Room Image

Dari apartment ini juga agak mudah untuk anda menuju ke pasar malam dan kedai makan. Fasiliti lain yang dapat anda gunakan di sini adalah kolam renang dan gelanggang tenis.

Alamat: 188 Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi

Selanjutnya Di Agoda.com

19. DoubleTree Resort by Hilton Hotel Penang

DoubleTree Resort by Hilton Hotel Penang Batu Ferringhi - Main Image

Inginkan penginapan yang menawarkan harga bajet namun mewah? DoubleTree Resort by Hilton Hotel Penang adalah antara penginapan yang anda impikan.

Bukanlah hotel biasa, hotel 5 bintang ini cukup sempurna dengan pelbagai kemudahan menarik.

DoubleTree Resort by Hilton Hotel Penang Batu Ferringhi - Room Image

Lengkap dengan fasiliti seperti kolam renang yang luas, pusat kecergasan dengan pemandangan mempesonakan, spa dengan urutan yang melegakan badan dan bermacam lagi, semuanya dapat dinikmati dari harga bilik yang bermula dengan RM300+, cukup berbaloi bukan?

Yang menariknya lagi, hotel ini juga menempatkan muzium teddy bear yang pertama di Malaysia, TeddyVille.

Bolehlah anda memasukkan lawatan ke muzium ini sebagai salah satu rancangan perjalanan anda di Batu Ferringhi nanti.

Alamat: 56 Jalan Low Yat, 11100 Batu Ferringhi

Selanjutnya Di Agoda.com

20. Fifty Five Holiday Guest House Penang

Fifty Five Holiday Guest House Penang Batu Ferringhi - Main Image

Fifty Five Holiday Guest House Penang adalah penginapan jenis chalet yang terletak hanyalah beberapa minit berjalan kaki untuk ke pantai.

Fifty Five Holiday Guest House Penang Batu Ferringhi - Room Image

Guesthouse ini cukup sesuai bagi penginapan bersama keluarga kerana keluasan ruang biliknya dan kelengkapan fasilitinya yang termasuklah dapur memasak.

Keselesaan seperti di rumah sendiri dan strategik dari RM200? Tersangatlah berbaloikan?

Alamat: Chalet 303/340 Lot, Jalan Batu Ferringhi Daerah Timur Laut, 11100 Batu Ferringhi

Selanjutnya Di Agoda.com

21. Lost Paradise Resort

Lost Paradise Resort

Lost Paradise Resort bukan sekadar indah pada namanya, kerana ia sememangnya dapat memberikan anda pengalaman penginapan yang sukar dilupakan seperti di syurga.

Resort yang dikelilingi oleh kehijauan ini sebenarnya cukup istimewa.

Melangkah masuk ke dalam resort ini membuatkan anda terasa seperti sedang bercuti di destinasi terkenal dunia, Bali.

Ya, dekorasi dalamannya sungguh indah yang mana anda dapat melihat ukiran kayu yang dihasilkan dengan teliti dan banyak lagi seni halus lain yang didatangkan bukan sahaja daripada Bali malahan juga daripada negara India.

Lost Paradise Resort Batu Ferringhi - Room Image

Dari biliknya pula, anda akan dihidangkan dengan pemandangan yang mendamaikan air laut tenang ditemani kicipan burung.

Anda juga boleh menikmati udara segar dari ruang taman resort ini yang dikelilingi oleh pokok-pokok eksotik. Ingin lebih sebab untuk menginap di sini?

Lost Paradise Resort turut memiliki kolam renang infiniti untuk anda sekeluarga bermandi-manda sepuas hati. Tunggu apa lagi? Jom booking!

Alamat: 260, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Selanjutnya Di Agoda.com

Fuhh! Banyak sekali pilihan hotel murah di Batu Ferringhi ini. Yang menariknya, sesetengah daripada hotel bajet ini menawarkan fasiliti yang melampaui batasan harganya yang murah.

Buatlah pilihan mengikut citarasa anda, berjiwa simple? High taste? Padat dengan kemudahan beraktiviti? Bermacam pilihan tersedia dalam harga yang membuatkan anda tersenyum.

Nak lebih banyak pilihan? Apa kata kalau anda luangkan masa membaca artikel kami, 27 Hotel Murah di Penang untuk pilihan penginapan mesra bajet traveller.

Tak cukup lagi? Jangan malu-malu untuk singgah membaca artikel kami bertajuk 21 Hotel Murah di Georgetown yang mana kami menyenaraikan penginapan yang menarik dengan harga bajet.

Anda juga boleh melayari agoda.com untuk melihat senarai penginapan yang tidak berkesudahan banyaknya di sekitar Penang untuk mendapatkan tawaran harga terbaru yang sukar untuk ditolak.

Apa jua pilihan anda, semoga percutian di Penang menjadi sebuah memori indah yang tidak dapat dilupakan. Selamat bercuti ke kota street food!