10 Hotel Murah Di Batu Pahat Khas Untuk Bajet Traveller | Bawah RM250 Semalam

Anda sedang dalam misi mencari kedai makan best di sekitar Malaysia? Batu Pahat patut diletakkan dalam senarai salah satu destinasi yang patut anda lawati!

Bukan sahaja menawarkan banyak tempat menjamu selera yang viral di media sosial, tapi bandar ini juga ‘tak kedekut’ dengan bermacam lagi tarikan tempat best untuk anda singgahi!

Dari taman tema air yang padat dengan keseronokan, alam semula jadi dengan keindahan yang mengujakan hinggalah kepada tempat-tempat bershopping yang menggoda anda untuk melicinkan poket, Batu Pahat bukanlah sebuah destinasi yang mengecewakan.

Selain ini semua, Batu Pahat juga menawarkan banyak pilihan penginapan bagi anda yang ingin meluangkan lebih banyak masa di bandar ini.

Untuk memudahkan anda membuat pilihan yang sesuai, dalam artikel ini Mai Singgah telah menyenaraikan semua pilihan penginapan dalam harga bajet yang terbaik beserta dengan apa yang mereka tawarkan secara terperinci. Teruskan membaca senarai hotel murah di Batu Pahat ini.

10. OYO 584 OYO BP

OYO 584 OYO Batu Pahat - Main Image

OYO 584 OYO BP menawarkan 29 buah bilik yang dihias dengan ringkas lengkap dengan katil yang cukup empuk untuk tidur lena.

Yang menambahkan lagi keselesaan sepanjang penginapan anda sekeluarga di sini adalah kerana suasana sekitarnya yang  tenang tanpa sebarang gangguan bunyi bising.

OYO 54 OYO Batu Pahat - Room Image

Lokasinya, terletak berdekatan dengan terminal bas untuk memudahkan eksplorasi anda. Ingin membeli-belah? Pasaraya yang terdekat hanyalah 500 meter dari hotel dan yang seterusnya pula hanyalah sekitar 2.8 km dari hotel ini.

Apa lagi yang anda fikirkan? Bukan sahaja murah, selesa dan strategik lagi tu!

Alamat: No 22, Jalan Megat, 83000 Batu Pahat

Selanjutnya Di Booking.com

9. The Landmark Hotel

The Landmark Hotel Batu Pahat - Main Image

Dari luar nampak macam  hotel bajet biasa, tapi bila jejakkan kaki ke dalamnya, tak ubah macam sebuah hotel mewah.

Hotel yang terletak di Jalan Omar, Batu Pahat ini, The Landmark Hotel bukan sekadar memiliki aura seperti sebuah hotel mewah, tapi juga menawarkan bilik-bilik yang luas untuk keselesaan penginapan bersama keluarga.

Suasana sekitar hotel juga tenang daripada sebarang gangguan menjanjikan anda tidur malam yang lena.

The Landmark Hotel Batu Pahat - Room Image

Bagaimana pula dengan layanan staff hotel ini? Cukup profesional! Sarapannya? Sangat enak untuk sebuah hotel dalam harga bajet.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan water dispenser untuk mendapatkan air panas dan air sejuk yang disediakan berdekatan dengan lif di lobi. Mesin teh dan kopi juga turut tersedia.

Lokasinya, hanyalah dalam sekitar 15 minit pemanduan dari Batu Pahat Summit Parade dan 20 minit untuk ke Batu Pahat Mall.

Apa lagi yang anda inginkan daripada sebuah hotel bajet? Booking cepat sebelum kesemua 53 bilik yang ditawarkan licin dibooking orang!

Alamat: No. 1, Jalan Omar, 83000 Batu Pahat

Selanjutnya Di Booking.com

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Batu Pahat

8. B&S Boutique Hotel

B & S Boutique Hotel adalah sebuah hotel murah di Batu Pahat bertaraf 3 bintang yang menawarkan bilik-bilik dalam harga bajet bermula semurah RM115.

Kesemua 50 buah bilik yang ditawarkan hotel ini dihias dengan 20 tema berbeza. Walau apa pun tema yang diketengahkan, keselesaan dan kemudahan untuk para penginap diberikan keutamaan.

Bukan sahaja selesa dan sedap dipandang, saiz biliknya juga luas di samping katil yang besar dan empuk menjadikan ianya ideal untuk penginapan bersama keluarga.

Antara tarikan yang terletak berdekatan dengan hotel butik ini adalah DIY Playground yang hanyalah sekitar 600 meter dari hotel, Taman Rekreasi Tasik Y dan Batu Pahat Golf Club pula kurang 3 km dari sini, manakala Wet World Batu Pahat hanyalah 4.5 km dari hotel.

Alamat: Jalan Abu Bakar, 83000 Batu Pahat

Selanjutnya Di Booking.com

7. Summit Signature Hotel Batu Pahat

Summit Signature Hotel Batu Pahat - Main Image

Summit Signature Hotel Batu Pahat menawarkan bilik-bilik yang dihias dengan minimal  dan moden, sesuai untuk anda yang berjiwa urban.

Hotel bertaraf 3 bintang ini sangat selesa untuk diinapi bukan sahaja kerana konsepnya, tapi juga disebabkan saiz bilik yang cukup luas untuk anak-anak anda bermain. Di samping itu,  pemandangan bandar yang dapat dilihat dari tingkap bilik juga cukup mempesonakan.

Harganya? Untuk menikmati kesemua kesempurnaan ini, anda hanya perlu mengeluarkan belanja sekitar RM104+ sahaja!

Alamat: No. 88, Jalan Bakau Condong, 83000 Batu Pahat

Selanjutnya Di Booking.com

6. Crystal Inn Sdn.Bhd.

Crystal Inn Sdn Batu Pahat - Main Image

Crystal Inn Sdn.Bhd. menawarkan 63 buah bilik yang dihias dengan moden dan elegan. Susun atur bilik ini juga cukup kemas untuk memaksimakan keluasan yang dapat dinikmati para penginap di samping memiliki banyak ruang untuk bersantai.

Crystal Inn Sdn Batu Pahat -Room Image

Bagaimana pula dengan kedudukan hotel ni? Cukup strategik kerana hanyalah dalam sekitar 2 minit dari hotel ini terletaknya DIY Playground dan 7 minit dari sini pula terdapat tempat bersantai Taman Rekreasi Tasik Y.

Nak bermandi-manda bersama keluarga? Wet World Batu Pahat hanyalah berjarak sekitar 3.3 km dari hotel. Nak membeli barangan keperluan? Pasaraya Stores hanyalah beberapa tapak dari hotel.

Alamat: No.36, Jalan Zabedah, 83000 Batu Pahat

Selanjutnya Di Booking.com

5. Pine Tree Hotel

Pine Tree Hotel Batu Pahat - Main Image

Pentingkan sarapan yang best daripada hotel yang diinapi? Tak perlu pandang hotel lain lagi sebab Pine Tree Hotel dapat memberikan anda kepuasan yang dicari.

Banyak pilihan makanan yang disediakan dan yang penting sekali, cukup enak! Kaki minum kopi? Anda tak akan kecewa dengan kualiti kopi yang dihidangkan di hotel bajet ni.

Pine Tree Hotel Batu Pahat - Room Image

Bercakap tentang penginapannya pula, bilik-bilik di Pine Tree Hotel ini dihias dengan penuh stylish berlantaikan kayu dengan pencahayaan romantik  untuk mewujudkan suasana santai. Biliknya juga cukup luas untuk keselesaan anda yang datang menginap bersama keluarga.

Lokasinya, hanyalah sekitar 5 minit pemanduan dari Batu Pahat Mall, Carrefour dan Summit Mall. Untuk ke Stesen Bas Batu Pahat dari sini pula hanyalah 10 minit pemanduan. Nak merasai angin tepi pantai? Anda hanya perlu memandu selama sekitar 30 minit dari hotel untuk ke Pantai Minyak Beku.

Alamat: 36 Jalan Mengkudu, Off Jalan Bukit Pasu, 83000 Batu Pahat

Selanjutnya Di Booking.com

4. 888 Boutique Hotel

888 Boutique Hotel Batu Pahat - Main Image

Sebaik melangkah masuk ke dalam bilik hotel bajet ini, anda akan terhidu bauan yang sungguh harum sambil pandangan mata turut terasa segar melihat bilik yang dihias dengan elegan dan minimal ini.

Mencari keselesaan maksima dalam harga minima? 888 Boutique Hotel adalah hotel yang dicari.

Bukan sahaja selesa, hotel ini turut menawarkan khidmat urutan, pakej spa, jakuzi dan sauna. Wah! Macam hotel mewah pula kan?

888 Boutique Hotel Batu Pahat - Room Image

Selain itu, anda juga boleh menggunakan water dispenser yang disediakan berdekatan dengan lif hotel untuk menghilangkan rasa dahaga.

Lokasinya juga tidak mengecewakan, terletak berdekatan dengan pusat-pusat membeli-belah dan kedai-kedai makan. Inginkan kudapan? Singgah sahaja ke kedai mini di hotel ini, macam-macam jenis snek dan minuman ada di sini.

Mana lagi nak cari hotel selengkap ini dalam harga permulaan yang begitu murah?

Alamat: No. 33 – 38, Jalan Maju, Bukit Pasir, 83000 Batu Pahat

Selanjutnya Di Booking.com

Baca: 25 Hotel Bajet Di Johor Bawah RM200 Semalam

3. Pelican Hotel Batu Pahat

Pelican Hotel Batu Pahat - Main Image

Dikelilingi oleh banyak pusat membeli-belah dan restoran, Pelican Hotel Batu Pahat adalah sebuah pilihan penginapan yang tepat untuk anda yang ingin menerokai segala yang ditawarkan Batu Pahat tanpa perlu bergerak jauh. Sangat strategik!

Selain lokasi yang hebat, sambil bersantai di dalam bilik yang dihias dengan klasik dan elegan ini, anda boleh menikmati pemandangan indah sekitar bandar.

Ingin menikmati pemandangan yang lebih memuaskan? Book bilik hotel di tingkat yang lebih tinggi.

Pelican Hotel Batu Pahat - Room Image

Terasa lenguh setelah puas makan angin? Anda boleh mendapatkan urutan tradisional atau rawatan spa yang ditawarkan hotel ini.

Bagaimana pula dengan kualiti sarapan yang disajikan hotel ini? Memang terbaik! Booking jangan tak booking.

Alamat: No. 181, Jalan Rugayah, 83000 Batu Pahat

Selanjutnya Di Booking.com

2. Remember Hotel Batu Pahat

Remember Hotel Batu Pahat - Main Image

Ingat hotel, ingatlah Remember Hotel Batu Pahat. Hotel yang bermula kurang daripada RM80 ini adalah sebuah penginapan dalam harga yang sangatlah murah yang patut anda pertimbangkan kalau betul-betul nak berjimat semasa bercuti ke Batu Pahat.

Hotel bertaraf 3 bintang ini menawarkan 54 buah bilik yang dihias dengan moden beraura homey. Sambil bersantai di dalam bilik, anda boleh berhibur sambil menikmati akses wifi yang disediakan.

Remember Hotel Batu Pahat - Room Image

Terasa lapar? Anda mesti cuba cafe di hotel ini! Minuman dan makanan yang disediakan sangat menyelerakan! Terasa haus tapi malas nak kedai? Water dispenser telah disediakan di ruang reception hotel.

Lokasinya, sangat strategik untuk anda yang suka bershopping kerana terletak hanyalah dalam beberapa minit perjalanan dari pusat membeli-belah Aeon dan BP Mall.

Alamat: No. 18 & 19, Jalan Maju Barat, Taman Maju, 83000 Batu Pahat

Selanjutnya Di Booking.com

1. Hotel Pintar

Hotel Pintar bukanlah sebuah penginapan yang terletak di Batu Pahat namun  lokasinya agak berdekatan dengan pemanduan hanyalah sekitar 25 minit.

Sekiranya anda tidak kisah untuk travel dari sini demi sebuah hotel dengan tahap keselesaan yang tip-top dalam harga yang “Wow!” tak perlu fikir lama-lama, inilah salah satu hotel terbaik yang boleh anda pertimbangkan.

Antara kemudahan yang disediakan untuk para penginap adalah akses wifi, water cooler, microwave dan vending machine yang menjual pelbagai jenis snek dan minuman. Tak perlulah anda bersusah-payah berjalan kaki mencari kudapan di luar hotel.

Bercakap tentang bilik-biliknya pula, dihias dengan minimal menggunakan gabungan warna yang sejuk dipandang seperti hijau dan warna natural yang lain. Atmosfera yang dapat dinikmati di hotel ini cukup santai dan homey.

Terasa lapar? Tidak jauh dari hotel ini terdapat beberapa kedai makan untuk dicuba dan salah satu darinya boleh diakses dengan hanya berjalan kaki dari hotel.

Jarak Dari Batu Pahat: Sekitar 25 Minit Pemanduan

Alamat: No.2 Jalan Siswa Jaya 1, 86400 Parit Raja

Selanjutnya Di Booking.com

Dah jumpa penginapan yang menggoda jiwa anda daripada senarai ni? Booking pilihan hati anda secepat yang boleh sebelum melepas!

Andai kata masih lagi tak jumpa penginapan yang sesuai dengan keperluan percutian anda, boleh layari booking.com untuk melihat lebih banyak pilihan penginapan yang lain dalam tawaran harga yang terbaru.

Baca: 27 Hotel Menarik Di Johor Untuk Pengalaman Menginap yang Luar Biasa

Jangan buang masa lagi! Booking cepat! Bermacam tarikan dan kedai makan yang viral menanti untuk dicuba di bandar ini! Selamat bercuti ke Batu Pahat!

3.7/5 - (3 votes)