13 Hotel Murah Di Bayan Lepas | Penginapan Bajet Bawah RM250 Yang Selesa

Hotel Murah Di Bayan Lepas

Tersenarai di dalam majalah pelancongan USA, Condรฉ Nast Traveller sebagai destinasi kedua yang terbaik di dunia untuk dilawati, daya tarikan Penang memang tidak disangkal lagi.

Dari street food yang menggegarkan deria rasa hinggalah ke street art yang terkenal di seluruh dunia, Penang bukanlah destinasi pelancongan yang mudah dilupakan.

Ibu negerinya, Georgetown yang memegang takhta sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sepertimana Melaka cukup padat dengan tarikan yang menarik dari rumah-rumah kedai yang dijadikan muzium hinggalah ke bangunan-bangunan peninggalan penjajah.

Tiada sebab untuk anda tidak menjejakkan kaki ke negeri yang begitu mempesonakan mata dunia ini bukan?

Sekiranya anda berniat untuk ke Penang, apa kata jika anda jadikan Bayan Lepas sebagai destinasi penginapan.

Ianya bukan sahaja padat dengan penginapan bajet, tapi juga kerana lokasinya yang begitu strategik terletak berdekatan dengan lapangan terbang dan kaya dengan restoran serta pusat membeli-belah yang menarik.

Nak tahu dimanakah hotel-hotel bajet ini? Teruskan membaca senarai hotel murah di Bayan Lepas ini.

Baca: 29 Hotel Istimewa Di Penang

01. U Hotel Penang

U Hotel Bayan Lepas Penang - Main Image

U Hotel Penang menyediakan 128 buah bilik yang dihias dengan penuh gaya menggabungkan tema industrial dan retro.

Bukan sahaja cantik di mata, keselesaan bilik ini juga agak luar dari  batasan kerana turut menyediakan bantal empuk ekstra untuk para penginap. Kebersihan? Mantap.

Akses wifi yang disediakan hotel ini juga cukup laju untuk anda berhubung dengan orang tersayang yang jauh di mata.

U Hotel Bayan Lepas Penang - Room Image

Berkaitan lokasinya pula, terletak di lokasi menarik yang mana anda boleh berjalan kaki dari hotel untuk ke pasaraya, dobi, McDonalds, kedai roti, Nasi Kandar Pelita dan banyak lagi restoran yang lain.

Pada hari Sabtu malam pula, anda boleh singgah ke pasar malam yang dibuka bertentangan dengan hotel.

Alamat: 676, Jalan Sungai Dua, 11700 Bayan Lepas

Selanjutnya Di Agoda.com

02. AC Hotel

AC Hotel Bayan Lepas Penang - Gambar Lobi Mewah

Terletak di Jalan Bukit Gambir adalah sebuah bangunan hotel yang kelihatan elegan, AC Hotel Penang.

Terasa mewah dan moden dekorasi dalaman lobi hotel ini, sentuhan yang sama turut diberikan untuk bilik-bilik penginapan di sini.

Untuk pengetahuan anda, bilik yang ditawarkan di hotel ini cukup luas dan selesa untuk diinapi bersama keluarga.

AC Hotel Bayan Lepas Penang - Gambar Dalam Bilik

Bilik keluarga yang disediakan kelihatan seperti sebuah apartment yang dihias dengan penuh elegan.

Inginkan pengalaman penginapan yang lagi best? Apa kata kalau anda menginap di tingkat yang tinggi untuk mendapatkan pemandangan sekitar bandar Penang yang termasuklah jambatan ikoniknya.

Sebab lain kenapa anda perlu memilih hotel ini adalah kerana lokasinya yang tersangatlah strategik kerana terletak berdekatan dengan pusat membeli-belah Bukit Jambul dan Mydin.

Kedai makan? Nasi Kandar Kayu yang hot di Penang juga tidak jauh dari hotel.

Alamat: 213, Jalan Bukit Gambir, 11950 Bayan Lepas

Selanjutnya Di Agoda.com

03. The Corum View Hotel

The Corum View Hotel Bayan Lepas - Main Image

Berlokasi strategik, The Corum View Hotel dikelilingi oleh banyak kemudahan seperti pasaraya Giant, 7-11, bank dan pelbagai restoran menarik yang termasuklah kedai Nasi Kandar Pelita.

Untuk ke lapangan terbang pula, hanyalah 10 minit pemanduan dari hotel.

The Corum View Hotel Bayan Lepas - Room Image

The Corum View Hotel adalah sebuah hotel yang menawarkan bilik-bilik yang luas dan dihias ringkas. Katil bilik juga cukup empuk untuk tidur malam yang lena.

Lokasi yang strategik dan bilik yang cukup selesa, apa lagi yang anda inginkan dari sebuah penginapan yang cukup murah ini?

Alamat: 90 Jalan Mayang Pasir, Taman Sri Tunas , Bayan Baru 11950 Penang, 11950 Bayan Lepas

Selanjutnya Di Agoda.com

04. Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang

Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang - Gambar Depan Hotel

Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang adalah sebuah hotel dengan dekorasi dalaman yang ringkas namun lengkap dengan pelbagai kemudahan asas untuk keselesaan selama penginapan anda di hotel ini.

Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang Bayan Lepas - Room Image

Pihak hotel turut menyediakan kemudahan BBQ sekiranya anda sekeluarga merancang untuk menghabiskan waktu petang dengan aktiviti santai ini.

Hotel yang terletak di Jalan Mayang Pasir ini hanyalah berjarak 500 meter dari SPICE Arena dan sekitar 1 km dari Tokong Ular.

Alamat: No 7 Jalan Mayang Pasir 2, Bandar Bayan Baru, Penang Bandar Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas

Selanjutnya Di Agoda.com

05. TH Hotel Penang

Raia Hotel Penang - Gambar Luar

TH Hotel Penang adalah sebuah hotel 3 bintang yang menawarkan 134 buah bilik yang dihias dengan simple menggunakan warna-warna lembut dan natural untuk mewujudkan suasana selesa selain diterangi cahaya malap untuk memudahkan anda mendapat tidur nyenyak setelah kepenatan.

TH Hotel Penang Bayan Lepas - Room Image

Bilik-bilik yang luas di hotel yang islamik ini cukup sesuai bagi anda yang ingin memberikan penginapan yang terbaik bagi keluarga ditambah lagi dengan suasana sekitar hotel yang kelihatan mendamaikan.

Lokasinya pula, terletak tidak jauh dari restoran masakan Nasi Dalca dan pasar malam pada hari Sabtu.

Alamat: Lot 5789 & 5790, Jalan Dato’ Ismail Hashim, 11900 Bayan Lepas

Selanjutnya Di Agoda.com

06. D’Nice Hotel

D'Nice Hotel Bayan Lepas - Main Image

Jika anda seorang yang berjiwa minimal, Dโ€™Nice Hotel adalah penginapan yang cukup sesuai untuk anda.

Hanya menggunakan warna hitam dan putih dalam dekorasi minimalnya, menyerlahkan lagi kebersihan hotel murah ini.

Lokasinya pula, seperti di kebanyakan penginapan lain di sekitar Penang, agak mudah untuk mencari kedai makan yang mana restoran halal hanyalah 5 minit berjalan kaki dari hotel.

D'Nice Hotel Bayan Lepas - Room Image

Yang menariknya, pusat membeli-belah yang terkenal di Penang, Queensbay Mall pula hanyalah sekitar 5 minit pemanduan dari hotel.

Dari RM100 untuk sebuah penginapan yang gerenti selesa, bersih dan strategik? Tak perlu pandang tempat lain lagi.

Alamat: 1 – 65, Arena Curve, Persiaran Mahsuri, Penang, 11900 Bayan Lepas

Selanjutnya Di Agoda.com

07. Apple 1 Hotel

Apple 1 Hotel Bayan Lepas - Main Image

Apple 1 Hotel bukan hanya โ€˜epalโ€™ pada namanya tapi juga aroma yang menyelubungi hotel ini, anda akan disapa dengan bau menyegarkan buah epal sebaik melangkah masuk ke ruang lobinya.

Apple 1 Hotel Bayan Lepas - Room Image

Cool juga kan bila nama menggambarkan suasana di dalam penginapan? Bilik-bilik di hotel ini dihias dengan moden dan ringkas  mewujudkan aura keselesaan seperti di rumah sendiri.

Setiap bilik lengkap dengan katil yang selesa, akses wifi dan banyak lagi yang membuatkan harga yang ditawarkan terasa cukup berbaloi.

Lokasi hotel ini pula cukup strategik kerana terletak bertentangan dengan pintu masuk pusat membeli-belah yang meriah, Queensbay Mall. Untuk ke pantai pula hanyalah 1 minit perjalanan kaki dari hotel.

Alamat: 77, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang , 11900 Bayan Lepas

Selanjutnya Di Agoda.com

08. DR Hotel Penang

DR Hotel Penang Bayan Lepas - Main Image

Kedudukan hotel ini yang terletak berdekatan dengan jalan utama tidak langsung mengganggu suasana di dalam DR Hotel Penang yang menenangkan.

Kalau dah lokasi pun sebegini, anda boleh menjangkakan kewujudan restoran-restoran menarik di sekitar hotel yang termasuklah Dominoโ€™s Pizza.

DR Hotel Penang Bayan Lepas - Room Image

Apa lagi, takeaway pizalah alang-alangkan? Sambil menikmati piza panas-panas, anda boleh menghiburkan diri dengan melayari internet menggunakan akses wifi yang bersignal pantas disediakan pihak hotel.

Kemudahan lain yang disediakan hotel bajet ini seperti katil dan bantalnya, cukup selesa untuk membawa anda ke dunia mimpi.

Alamat: 12A Lintang Sungai Tiram 5, 11900 Bayan Lepas

Selanjutnya Di Agoda.com

09. CEO ( Executive Office Suites )

The CEO Executive Suites Penang - Gambar Bilik Besar

Namanya, CEO ( Executive Office Suites ), membuatkan anda terbayangkan suasana penginapan mewah bukan?

Penginapan ini sebenarnya bukan hanya untuk seorang CEO, tapi juga untuk anda yang memiliki angan-angan menjadi bos kerana harganya yang cukup murah.

Memiliki rekaan dalaman yang minimal dan kelihatan mewah, penginapan ini agak luas untuk anda yang datang bersama keluarga.

Penginapan ini lengkap dengan meja eksekutif, jadi bagi anda yang membawa anak-anak yang masih bersekolah, bolehlah mereka menyiapkan homework di meja big boss ini.

The CEO Executive Suites Penang - Gambar Katil Double

Lebih-lebih lagi dalam suasana bilik yang selesa ini, memang syoklah kan. Yang bestnya lagi, hotel ini terletak berhadapan dengan kedai Nasi Kandar.  Nikmatilah makanan legend di Penang ini sepuas hati ya.

Alamat: 31-1-11, Lebuh Nipah 5, Bayan Lepas, 11950 Bayan Lepas

Selanjutnya Di Agoda.com

10. Century Bay Private Residences

Century Bay Private Residences - Gambar Luar

Century Bay Private Residences menawarkan penginapan jenis apartment 2 bilik tidur, apartment dengan sebuah bilik tidur dan juga apartment 3 buah bilik tidur yang mampu menampung dari 2 ke 5 orang penginap.

Yang menariknya, setiap katil empuk di dalam bilik-bilik ini disediakan dengan bilangan bantal yang banyak, tidur macam bayilah anda di sini ya.

Pemandangan dari ruang balkoni apartment ini juga cukup menarik kerana anda dapat melihat keindahan Penang dari lautan yang membiru hinggalah ke gunung-ganang yang menghijau.

Century Bay Private Residences - Gambar Dalam

Tidak cukup dengan itu? Apartment ini turut menyediakan fasiliti yang over lengkap kerana bukan sahaja memiliki kolam renang, jakuzi dan pusat kecergasan, malahan juga taman permainan, kemudahan permainan ping-pong dan gelanggang badminton.

Anda juga boleh menyewa basikal untuk meneroka kawasan sekitar yang meriah dengan pelbagai jualan makanan dan lain-lain.

Tak akan sesaat pun kebosanan menguasai anda jika menginap di apartment ini.

Alamat: 5, Lintang Pantai Jerjak, 11700 Bayan Lepas

Selanjutnya Di Agoda.com

11. M Qube Hotel

M Qube Hotel Bayan Lepas - Main Image

Penginapan seperti di angkasa lepas, di M Qube Hotel anda dapat menikmati pengalaman penginapan yang lain daripada yang lain.

Bukanlah apartment ataupun bilik, M Qube Hotel hanya menyediakan kapsul, ops! Bukan pil kapsul, tapi sebuah ruang tidur yang memuatkan katil untuk anda bermalam.

M Qube Hotel Bayan Lepas - Room Image

Anda mesti cuba sekali dalam seumur hidup penginapan sebegini, kerana bukan sahaja murah namun keselesaannya mencecah ruang angkasa.

Di dalam kapsul yang bercahaya biru ini, anda dapat menikmati movie kegemaran melalui Android TV, anda juga akan diberikan headphone untuk digunakan sepanjang penginapan. Kemudahan lain yang disediakan M Qube Hotel adalah soket dan loker barangan.

Alamat: 22 A, 1st Floor, Jalan Aziz Ibrahim, Pantai Jerjak, 11900 Bayan Lepas

Selanjutnya Di Agoda.com

12. Oldrich Hotel Penang

Oldrich Hotel Bayan Lepas Penang - Room Image

Oldrich Hotel Penang adalah sebuah penginapan bajet yang terletak di lokasi strategik, yang mana SPICE Arena hanyalah 2.7 km dari hotel dan pusat membeli-belah Queensbay Mall pula hanyalah berjarak 1.2 km.

Oldrich Hotel Bayan Lepas Penang - Room Image

Berkenaan penginapannya pula, Oldrich Hotel Penang menawarkan bilik yang cukup selesa.

Yang menariknya, bilik mandi hotel bajet ini lengkap dengan tab mandian.

Setelah puas bershopping, berendamlah anda di dalam tab mandi ini selama mungkin untuk merelakskan badan yang kepenatan.

Alamat: 565 & 568A Jalan Sultan Azlan Shah, 11900 Bayan Lepas

Selanjutnya Di Agoda.com

13. Olive Tree Hotel Penang

Olive Tree Hotel Penang - Gambar Luar Hotel

Olive Tree Hotel Penang adalah sebuah bangunan 25 tingkat yang mesra. Mesra apa?

Untuk pengetahuan anda, hotel ini adalah salah satu daripada bangunan yang mesra alam kerana segala aspek mengenai bangunan ini daripada pengunaan air, tenaga dan banyak lagi melalui proses yang efisien untuk mengurangkan bahan buangan yang merosakkan alam sekitar.

Nak bercuti sambil berbakti kepada alam sekitar? Menginaplah di Olive Tree Hotel Penang ya.

Bukan itu sahaja, hotel hijau ini juga turut dilengkapi dengan pelbagai fasiliti menarik seperti kolam renang, pusat kecergasan, bilik yoga dan yang penting sekali, wifi yang pantas.

Olive Tree Hotel Penang Bayan Lepas - Room Image

Lokasinya? Bagi anda yang kaki shopping, Queensbay Mall hanyalah 2.6 km sahaja daripada hotel dan SPICE Arena pula hanyalah 0.3 km.

Untuk makanan pula, kawasan di sekitar hotel ini terdapat banyak sekali gerai makanan untuk dicuba. Malas nak berjalan jauh? Betul-betul bersebelahan dengan hotel ini ada sebuah restoran yang menyediakan makanan dengan harga yang sangat berpatutan.

Alamat: No 76, Jalan Mahsuri, 11950 Bayan Lepas

Selanjutnya Di Agoda.com

Inilah antara hotel murah di Bayan Lepas yang memberi nilai terbaik untuk wang anda tanpa mengabaikan keselesaan.

Jika senarai ini masih tidak memuaskan hati anda, apa kata jika anda membaca artikel kami berkaitan 27 hotel bajet di Penang yang mana anda dapat melihat senarai hotel bajet yang berharga bawah dari RM200.

Jika anda menginginkan penginapan yang bukan sahaja murah tapi juga menarik untuk diinapi dan berada di pusat bandar, anda boleh rujuk artikel kami berkenaan 21 hotel bajet di Georgetown.

Atau sekiranya anda inginkan tawaran harga yang lebih mengejutkan jantung murahnya dan untuk  melihat lebih banyak lagi hotel menarik, lawati sahaja agoda.com, pasti ada yang mampu membuat anda tergoda.

Setelah membuat pilihan penginapan, jangan lupa untuk merancang itinerari anda di sini, kerana terlalu banyak tarikan yang ditawarkan terutama sekali kedai-kedai makannya yang rugi kalau tak singgah.

Tunggu apa lagi? Start packing sekarang juga! Perut pun sudah berbunyi memanggil nasi kandar. Selamat bercuti ke Bayan Lepas!