Kaki shopping, kaki makan, kaki tak boleh duduk diam, jom pergi Bukit Bintang! Di sekitar kawasan Bukit Bintang inilah terdapatnya banyak tempat menarik untuk dilawati semasa anda berada di Kuala Lumpur nanti. Diberi gelaran sebagai Segitiga Emas, kerana tempat ini kaya dengan pusat-pusat membeli-belah yang bukan calang-calang, seperti Pavilion Mall, Berjaya Times Square, Sungei Wang, Low Yat dan banyak lagi.
Memang syurga bagi anda yang ingin menghabiskan masa bercuti dengan โretail therapyโ. Kalau anda datang bersama keluarga pula boleh ke KLCC yang terdapat banyak tarikan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak, di Berjaya Times Square pula ada Taman Tema,
inilah antara aktiviti menarik untuk dibuat di sekitar Bukit Bintang. Excited? Kalau dah excited tu, jangan buang masa lagi, jom rancang percutian bersama keluarga ke sini, banyak hotel murah di sini kalau anda nak saving wang selebihnya untuk membuat aktiviti-aktiviti yang best dan melawat destinasi menarik di Kuala Lumpur semasa berada di sana nanti. Teruskan membaca senarai hotel murah di Bukit Bintang yang telah kami pilih yang dapat memberikan anda penginapan yang berkualiti dalam harga yang sukar dipercayai.
01. Hotel Transit Kuala Lumpur

Terletak berdekatan dengan banyak tarikan pelancong seperti Chinatown dan Berjaya Times Square yang hanya 10 minit perjalanan kaki dari hotel. Pusat membeli-belah lain seperti Pavilion Mall dan Fahrenheit hanyalah dalam 15 ke 20 minit dari hotel. Untuk pengangkutan awam, hanya dalam 5 minit perjalanan kaki anda akan sampai ke Stesen Bas Pudu.

Bilik-bilik di hotel ini memiliki aura ekslusif dengan gabungan warna hitam, putih, kelabu dan coklat, agak sejuk mata memandang. Setiap bilik lengkap dengan peti ais kecil, kemudahan membuat air teh dan kopi, serta bilik mandi yang lengkap dengan mandian air panas.
Kalau anda nak berikan sebuah pengalaman penginapan yang istimewa untuk keluarga anda, mintalah bilik di tingkat yang tinggi untuk mendapatkan pemandangan yang menakjubkan Menara Petronas. Baru syok.
Alamat: 42 Jalan Pudu, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
02. Corona Inn

Terletak berdekatan dengan Jalan Alor yang mana apabila tibanya waktu malam akan mula sibuk dengan ramai orang yang mencari makanan tidak kira masakan Cina, Thai mahupun India, memang banyak pilihan di sini.
Bukan sahaja senang untuk mencari makanan di sekitar hotel, hanya 450 meter sahaja dari hotel terletaknya Stesen Monorel Imbi dan dalam 10 minit berjalan kaki pula anda akan sampai ke Pavilion Mall.

Setiap bilik di hotel ini berkonsep simple dan moden, dengan menggabungkan warna-warna neutral. Menawarkan kemudahan seperti peti ais, peralatan membuat air, tandasnya pula lengkap dengan mandian air panas.
Untuk anda yang datang bersama keluarga, dinasihatkan untuk memilih sama ada bilik deluxe ataupun bilik superior family yang lebih luas dan berpemandangan lebih menarik.
Alamat: 22, Jalan Tong Shin, Off Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
03. Izumi Hotel Bukit Bintang

Hanya 5 minit berjalan kaki anda akan sampai ke Pavilion Mall, Fahrenheit Mall dan lain-lain lagi. Untuk ke KLCC pula hanyalah 5 minit pemanduan dari hotel. Dari sini juga mudah untuk anda mendapatkan teksi atau untuk ke stesen monorel yang terletak bersebelahan sahaja dari hotel.

Bilik-bilik di hotel ini didekorasi dengan moden dengan penggunaan ruang secara efisien membuatkan penginapan anda terasa sangat selesa. Akses internet yang disediakan hotel ini juga sangat mantap.
Kemudahan lain yang disediakan adalah penyejuk udara, TV bersaluran satelit, peti deposit keselamatan dan bilik mandi yang lengkap dengan mandian air panas, tak adalah anda terasa berat nak mandi lagi-lagi dalam bilik yang sejuk berair-cond seperti ini.
Alamat: 85, Jalan Berangan, off Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
04. Alpha Genesis Hotel

Hotel yang berharga berpatutan ini berlokasi sangat strategik dengan banyak pusat membeli-belah terkenal di sekitar KL yang terletak kurang 1 km dari hotel seperti Berjaya Times Square, Fahrenheit dan banyak lagi.
KLCC pula hanyalah 1.3 km dari tempat penginapan ini. Stesen Monorel terdekat adalah Stesen Bukit Bintang yang hanya dalam 3 minit berjalan kaki dari hotel.

Hotel ini dihias dengan simple sahaja tapi oklah kan dengan harga yang tak menyedihkan poket anda, lengkap dengan fasiliti yang sama seperti hotel-hotel lain seperti penyejuk udara, mini bar, TV bersaluran kabel, kemudahan membuat air kopi dan teh serta peti deposit keselamatan. Cukup sempurna untuk penginapan yang selesa.
Alamat: 45 Tingkat Tong Shin, Kuala Lumpur 50200
05. Hotel Imperial Bukit Bintang

Lokasi hotel ini agak fantastik, mana taknya ia berdekatan dengan Jalan Alor, dan banyak lagi pusat membeli-belah sekitar Bukit Bintang, tak perlu membazir wang menaiki pengangkutan. Kalau anda bukan rakyat Malaysia, khidmat tukaran mata wang terletak di ruangan masuk hotel ini, mudah kerja anda.

Bilik-bilik yang luas di hotel ini dilengkapi dengan penyejuk udara dan lantai yang berkarpet membuatkan penginapan anda 2 kali lebih selesa.
Kalau ada karpet tidaklah kaki anda kesejukan dalam bilik yang lengkap dengan air-cond ini. Bukan itu sahaja, bilik-biliknya juga terjaga dengan bersih sekali dan penuh dengan kelengkapan penting.
Alamat: 76-80, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
06. The Mesui Hotel

Hotel ini sangat unik seni bina luarannya, menarik perhatian sesiapa sahaja yang berada berdekatan. Lokasi hotel ini juga menjadi daya tarikan kepada para pelancong yang inginkan kemudahan akses ke tempat-tempat menarik sekitar Bukit Bintang.

Bukan sahaja cantik di luar, malahan dalamannya juga tak kurang hebatnya. Dekorasi dalaman bilik-bilik hotel ini agak stylish dengan wallpapernya yang menarik dan gabungan warna-warna neutral yang selesa untuk bilik tidur, ini membantu anda untuk tidur lena setelah penat menerokai bandaraya ini. Ia juga lengkap dengan semua kemudahan untuk keselesaan penginapan anda sekeluarga.
Alamat: 9, Jalan Mesui, Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
07. Hotel Royal

Di Hotel Royal Kuala Lumpur anda dapat menikmati penginapan seperti di hotel mewah dan penuh kelas dengan harga yang sangat berpatutan.
Ia bukan sahaja menarik pandangan mata, malahan lokasinya juga sangat strategik berdekatan dengan stesen monorel dan pusat-pusat membeli-belah. Yang menarik lagi tentang hotel ini adalah fasilitinya yang agak lengkap dengan kolam renang dan gimnasium.

Bilik-biliknya yang berkonsepkan moden dan elegan menjadikan penginapan anda penuh dengan keselesaan. Bilik yang bersih ini lengkap dengan minibar yang diisi dengan makanan dan minuman untuk diambil secara percuma.
Kemudahan lain yang disediakan adalah peralatan membuat air teh dan kopi untuk diminum sewaktu berehat di dalam bilik, TV bersaluran satelit, peti deposit keselamatan dan tandas yang lengkap dengan peralatan mandi.
Pemandangan dari bilik hotel ini juga agak menarik. Walaupun lebih daripada RM200, kelengkapan fasiliti hotel ini ditambah lagi dengan lokasinya yang terletak di ibu negara Malaysia membuatkan harganya sangatlah berpatutan. Tidak mahal untuk satu pengalaman penginapan yang sempurna.
Alamat: Jalan Walter Grenier, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
08. Furama Bukit Bintang

Sukar untuk mendapatkan hotel yang dapat memberikan layanan bertaraf bintang dengan harga yang tidak mahal di Kuala Lumpur ini. Dekorasinya yang moden dan elegan membuat anda garu kepala dengan harga yang ditawarkan, boleh percaya ke?
Di hotel Furama Bukit Bintang ini anda mendapat sebuah penginapan yang bukan sahaja strategik di Segitiga Emas bandaraya ini, tapi juga lengkap dengan kolam renang dan gimnasium.

Bilik-bilik di hotel ini agak luas dan memiliki tingkap yang bersaiz besar untuk kepuasan anda menikmati pemandangan sambil berehat. Antara kemudahan lain yang disediakan adalah TV 32-inci, kemudahan membuat air teh dan kopi, peti simpanan keselematan dan banyak lagi.
Alamat: 136, Jalan Changkat Thambi Dollah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
09. Swiss-Garden Hotel Bukit Bintang

Hanyalah 3 minit berjalan kaki dari hotel ini adalah kawasan Segitiga Emas yang sentiasa meriah tidak kira siang atau malam. Dari hotel ini anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke Bukit Bintang dan KLCC.
Untuk menjamu selera, terdapat banyak restoran Halal di sekitar Jalan Bukit Bintang. Anda boleh juga mendapatkan khidmat shuttle percuma untuk ke KLCC dan Chinatown dari hotel ini. Kemudahan lain yang disediakan hotel yang cantik ini adalah kolam renang dan spa.

Bilik-bilik di hotel ini sangat luas dan berkatil empuk. Lengkap dengan minibar, peralatan membuat air, peti simpanan keselamatan dan radio untuk menjadi halwa telinga sewaktu bersantai. Kalau anda mendapat bilik di tingkat atas, anda dapat menikmati pemandangan yang indah sekitar Kuala Lumpur. Worth it!
Alamat: 117 Jalan Pudu, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
10. Melange Boutique Hotel

Anda boleh berjalan kaki sahaja untuk ke banyak tempat menarik sekitar KL, ia juga tidak jauh dari stesen monorel untuk anda terokai KL dengan lebih luas lagi. Restoran hotel ini yang terletak di tingkat atas menawarkan pemandangan yang agak menarik.

Simple dan stylish menjadi konsep bilik-bilik di hotel ini, dengan menggunakan warna putih pada majoriti bahagian bilik, ia menonjolkan tahap kebersihan bilik ini yang sangat memuaskan.

Yang bestnya lagi, anda tak perlu nak berebut plug dengan ahli keluarga lain untuk charge handphone anda, sebab agak banyak plug yang disediakan di dalam bilik.
Alamat: 14, Jalan Rembia, off Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
11. Mercure Kuala Lumpur Shaw Parade

Sebuah hotel yang lengkap dengan kolam renang di atas bumbung dan gimnasium. Kalau anda menginap di hotel ini, anda dapat menikmati sarapan yang pelbagai dan menyelerakan.
Rekaan dalaman bilik-bilik di hotel ini sangat moden dengan katil yang empuk mampu membuat anda tidur dengan penuh lena. Bilik lengkap dengan penyejuk udara dan lain-lain lagi kemudahan penting termasuklah seterika. Semuanya tersedia untuk keselesaan penginapan anda di sini.

Lokasi hotel ini sangat strategik dengan pelbagai kawasan menarik boleh diakses dengan hanya berjalan kaki dari hotel. Di sekitar hotel ini juga terdapat banyak restoran yang menjual makanan dengan harga yang berpatutan. Kalau anda nak pergi ke banyak lagi tempat menarik yang terdapat di KL ini, stesen monorel hanyalah 10 minit perjalanan kaki dari hotel.
Alamat: 152, Changkat Thambi Dollah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
12. The Hulo Hotel & Gallery

Antara hotel murah di Bukit Bintang yang paling menarik adalah Hulo Hotel & Art Gallery. Ini kerana ia menjadikan lukisan hasil seni sebagai dekorasi penting hotel ini, ternyata ia menjadi daya penarik kepada ramai para pelancong. Unik dan kreatif sekali, setiap bilik dihias mengikut aura karya seni yang dipaparkan di dalam bilik.

Rasanya tiada sebab untuk anda tidak menginap di hotel ini, satu pengalaman yang berbeza dan menyeronokkan. Lengkap dengan TV sebagai hiburan, cerek elektrik, bilik mandi yang berpancuran mandian, peralatan mandian yang lengkap dan pengering rambut.
Lokasinya juga strategik yang mana Berjaya Times Square hanyalah 5 minit berjalan kaki sahaja dari hotel. Di sekitar hotel ini juga terdapat restoran-restoran yang menarik untuk anda menjamu selera.
Alamat: 196 Jalan Changkat Thambi Dollah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
13. Starus Hotel Bukit Bintang

Hotel yang terletak di Changkat yang merupakan salah satu kawasan Segitiga Emas ini menawarkan penginapan yang lengkap dengan pelbagai fasiliti menarik seperti kolam renang, pusat karaoke dan juga khidmat urutan. Dapatlah anda gunakan semua kemudahan ini kalau tiba-tiba anda terasa malas nak keluar dari hotel ataupun cuaca tak begitu baik.

Setiap bilik di hotel ini dihias dengan simple dan dilengkapi dengan peti ais, TV bersaluran kabel, serta tandasnya pula lengkap dengan tab mandi.
Lokasi hotel ini yang begitu strategik memudahkan anda untuk mencari barangan keperluan tanpa perlu berjalan jauh, antara kedai-kedai yang terdapat di sekitar adalah 7E, KK Shop serta restoran-restoran untuk anda menjamu selera bersama keluarga.
Alamat: 51A Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
Bukan senang nak cari hotel murah sekaligus berkualiti, diharapkan artikel ini dapat membantu anda untuk mendapatkan penginapan yang sempurna dan bersesuaian dengan bajet.
Tapi kalau anda nak tahu, sebenarnya banyak lagi hotel menarik di Bukit Bintang ini, anda layari sahaja Agoda.com untuk melihat lebih banyak pilihan hotel yang best dengan harga yang berpatutan.
Kalau anda tak kisah tentang bajet, dan inginkan penginapan yang luar biasa gempak untuk keluarga tersayang, anda boleh membaca artikel kami 37 Hotel Menarik di Kuala Lumpur ataupun kalau anda inginkan penginapan yang berdekatan dengan bangunan ikonik Malaysia iaitu KLCC anda boleh membaca artikel kami yang bertajuk 23 Hotel Menarik di Sekitar KLCC.
Memang banyak hotel di sekitar KL ini untuk anda pilih, apa-apa pun diharapkan anda dapat membuat pilihan terbaik untuk percutian menyeronokkan yang tidak dapat dilupakan ahli keluarga anda.