
Tidak boleh dinafikan bahawa Cameron Highlands pasti memukau sesiapa saja yang sudi melawatnya.
Pemandangan Ladang Teh hijau sejauh mata memangdang, ditambah pula dengan suasana nyaman udara sejuk bakal membuat diri berasa seperti berada di negara lain, satu suana yang amat jauh bezanya dengan hiruk โ piruk bandar.
Flora semulajadi, pemandangan indah dan tempat-tempat menarik di Cameron Highland hanya sebahagian daripada pengalaman bercuti semasa disana.
Penginapan yang selesa dan menepati cita-rasa dan keperluan, tidak kira anda bercuti bersama keluarga ataupun rakan, juga menambah kepada kualiti percutian anda.

Tepat dengan tajuk ulasan ini, di bawah saya telah menyusun senarai hotel murah di Cameron Highland mengikut harga. Penginapan yang selesa di Cameron Highland selalunya bermula dari RM150 semalam.
Mungkin harga ini lebih sedikit apabila dibandingkan dengan penginapan bajet di kawasan seperti Melaka ataupun Pulau Langkawi, tetapi apa yang anda perlu pertimbangkan adalah kawasan Cameron Highland ini sendiri tidak sebesar kawasan lain dan bilangan hotel pun tidak begitu banyak.
Baca: 16 Hotel Terbaik Di Cameron Highland
Tidak bermaksud mencari bilik hotel murah yang berkualiti itu suatu yang mustahil, tidak, anda masih boleh bermalam dengan selesa di mana-mana hotel yang tersenarai di bawah tanpa mengularkan modal yang banyak.
Penginapan di Cameron Highland ini terbahagi kepada dua jenis iaitu hotel dan apartment (Apartment-Hotel).
Apa yang penting sebelum membuat pilihan adalah anda perlu tanya diri anda 3 soalan ini:
- Apa jenis penginapan yang anda minat, Hotel atau Apartment?
- Berapa orang yang akan datang masa bercuti nanti, berpasangan orang atau bersama keluarga?
- Kawasan mana paling sesuai untuk diri anda? Brinchang atau Tanah Rata?
Di bawah saya telah asingkan penginapan tersebut mengikut kawasan dan harga, bermula dengan kawasan Brinchang dan diikuti pula dengan Tanah Rata.
Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Cameron Highlands
Hotel Murah di Tanah Rata
Tanah Rata adalah pekan yang terbeasr di Cameron Highland dan merupakan pusat pentadbiran penduduk di sana. Oleh itu terdapat banyak kedai, resortan, bank dan pejabat awam yang bertempat di sini. Berikut senarai hotel murah di Tanah Rata:
01. Cameronian Inn

1,400 meter dari paras laut terletak Cameronian Inn, sebuah penginapan popular di Tanah Rata. Tetamu di penginapan ini boleh bersiar di taman indah yang boleh dijumpai di kawasan Inn atau melayari Wifi percuma di lobi.
Tarikan yang berdekatan dengan Cameron Inn adalah, Strawberry Farm 10 minit memandu dan Ladang Teh Boh 25 minit memandu.

Terdapat 18 bilik di Cameronian Inn ini dan ada sesetengah bilik yang mempunyai bilik air persendirian, yang lain mesti menggunakan bilik air berkongsi .
Penginapan ini juga menyediakan Cafe dengan sajian tempatan jika anda terasa untuk menjamu selera tanpa berjalan jauh.
Alamat: 16, Jalan Camelia, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland
02. Zetter Suites

Zetter Suites adalah sebuah hotel selesa yang bergaya elegan, menawarkan beberapa jenis penginapan berbeza iaitu Studio, Apartment dengan 2 bilik dan juga Apartment dengan 3 bilik.Semuanya dalam harga yang cukup berpatutan.
Walau apapun jenis penginapan yang dipilih, semuanya lengkap dengan ruang dapur yang sempurna dengan pelbagai kemudahan, ruang makan dan banyak lagi fasiliti moden lain untuk keselesaan yang optimum seperti di rumah sendiri. Sambil bersantai di dalam bilik yang luas ini, anda boleh menghiburkan diri dengan menonton tv bersiaran Astro.

Lokasinya, cukup menarik kerana terletak berhadapan dengan pasar Brinchang serta berdekatan dengan 7E dan banyak kedai makan.
Alamat: C-G-31, Barrington Square Apartment, Jalan Golden Hill 1,Cameron Golden Hill, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands
03. Hotel De’La Ferns

Hotel DeโLa Ferns di Cameron Highlands merupakan hotel 3 bintang yang boleh anda cuba ketika bercuti di Cameron Highlands. Terletak di Tanah Rata, ia berdekatan dengan pusat-pusat pelancongan sekitar Cameron Highlands.
Lokasinya yang terletak di atas bukit juga memberikan anda panorama indah kawasan bukit dan pemandangan padang golf yang berdekatan. Dengan cuaca yang dingin dan pemandangan indah, tentu rasa tenang sangat.

Hotel DeโLa Ferns masih mengekalkan gaya tudor atau english cottage yang sangat sinonim dengan kebanyakan bangunan-bangunan di Cameron Highlands ini. Dari segi penginapan, anda berpeluang untuk memilih antara bilik deluxe double, deluxe twin, deluxe triple dan deluxe quadruple yang berbeza dari segi saiz katil dan jumlah katil untuk muatan berbeza.
Anda juga boleh memilih untuk mencuba suite mereka antara Junior Suite, Family Suite, Family Suite 2 bilik tidur dan Pentsuite. Penginapan jenis suite memberikan keluasan yang lebih besar serta ruang tamu dan ruang makan yang akan memberikan keselesaan optimum, terutama sekali buat golongan berkeluarga.
Alamat: Batu 39 Jalan Besar, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands
04. OYO 1231 Ar-Rayyan Boutique Hotel

Jika anda mencari penginapan yang berpatutan untuk memaksimumkan bajet percutian anda, boleh lah mencuba OYO 1231 Ar-Rayyan Boutique Hotel.
Terletak berdekatan dengan Taman Pertabalan Tanah Rata, hotel boutique ini berdekatan dengan pusat-pusat tarikan di Cameron Highlands seperti Tanโs Camellia Garden dan Parit Falls.
Anda juga akan berada berdekatan dengan beberapa kedai makan ternama Cameron Highlands. Antara yang mesti anda cuba termasuk Amsterdam Cafe dan C Buddyโs Steamboat.

Dari segi bilik penginapan, hotel ini masih mengekalkan warna signature OYO iaitu merah dan putih. Namun, bilik-bilik mereka bukan sahaja luas dan selesa, ia juga serba lengkap dengan sambungan WiFi percum, TV dan penghawa dingin.
Dari segi keselamatan, mereka telah memastikan bangunan ini bawah pengawasan CCTV untuk memastikan para tetamu di sini terjamin dan terjaga dengan baik.
Alamat: No. 40 , 1st Floor, 39000 Tanah Rata, Pahang
05. Hillview Inn

Hillview Inn merupakan sebuah hotel bajet yang terletak di Tanah Rata. Hotel ini masih mengekalkan facade English Cottage yang telah sinonim dengan Cameron Highlands.
Lokasinya juga cukup strategik dengan hanya beberapa minit perjalanan ke Terminal Bas Tanah Rata dan Pekan Tanah Rata. Malah pihak hotel turut menyediakan perkhidmatan shuttle percuma untuk ke Terminal Bas.

Bilik penginapan merek cukup simple namun sangat selesa. Mereka menawarkan beberapa jenis bilik yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda sekeluarga.
Ini termasuk bilik Family, bilik Triple, bilik Double dan bilik Double bajet yang didatangkan bersama bilik mandi berkongsi. Hillview Inn turut menyediakan sebuah cafe yang menyediakan pelbagai makanan sarapan pagi seperti scones yang cukup sedap dinikmati bersama teh.
Alamat: 17, Jalan Mentigi Utama, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
06. Sleepbox Hotel (Backpacker)

Sleepbox Hotel di Tanah Rata merupakan sebuah lagi hotel berkonsep kapsul yang boleh anda cuba di Cameron Highlands ini. Berinspirasi dari hotel-hotel kapsul di Jepun, Sleepbox hotel ini menawarkan penginapan yang compact namun cukup selesa.
Lokasinya di Tanah Rata hanya beberapa meter dari Kampung Orang Asli. Ia juga hanya 300m dari Stesen Bas Tanah Rata. Mudahlah untuk golongan backpackers yang ke sini untuk aktiviti hiking untuk mendapatkan penginapan.

Penginapan di sini memberikan anda pengalaman tidur dalam suasana dormitory. Setiap unit kotak dilengkapi dengan katil, kipas, lampu malam dan ada yang didatangkan bersama tingkap. Cukup selesa untuk tidur.
Setiap tempat tidur juga dilengkap dengan langsir yang memberikan anda privasi. Hotel ini menawarkan bilik mandi berkongsi yang selesa dan lengkap dengan pemanas air dan pengering rambut.
Alamat: 5-2, Marigold Square, Jalan Besar, 39000 Tanah Rata, Pahang
07. Rata House

Rata House merupakan sebuah penginapan jenis apartment yang terletak di Cameron Fair. Penginapan ini cukup selesa dan menenangkan dengan pemandangan indah kawasan berbukit dan kawasan bandar.
Rata House juga lengkap dengan fasiliti seperti kedai-kedai dan ATM di bahagian bawah Cameron Fair ini. Anda juga boleh menikmti fasiliti seperti taman permainan kanak-kanak yang tersedia di sini.

Unit Rata House ini mengandungi 2 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Secara amnya, boleh memuatkan sehingga 6 orang dewasa kerana di ruang tamu juga terdapat katil sofa yang besar dan selesa.
Unit ini turut didatangkan bersama balkoni besar di mana anda boleh beristirehat sambil menikmati pemandangan dan cuaca Cameron Highlands. Selain itu, unit ini juga mempunyai sebuah dapur kecil yang kemas dan lengkap. Ia lengkap dengan peti sejuk, microwave dan cerek.
Alamat: A-3A-23A,Cameron Fair, Cameron Highlands
08. Highlanders Garden Guesthouse

Mengidamkan rumah indah di dalam kawasan taman? Anda boleh mempertimbangkan untuk meluangkan waktu cuti di Highlanders Garden Guesthouse.
Dikelilingi oleh taman hijau yang berlanskap indah, Highlanders Garden Guesthouse adalah sebuah penginapan menarik yang turut boleh dijadikan pilihan sekiranya anda ingin mendapatkan privasi yang sebenar.
Selesai check-in di hotel ini, anda boleh memilih sama ada ingin merehatkan badan sambil menikmati secawan teh segar di dalam bilik atau berjalan-jalan menikmati udara segar di kawasan taman.

Lokasinya, tidak lebih 10 minit pemanduan dari pasar malam Brinchang dan juga Ladang Teh.
Kepenatan setelah makan angin? Anda boleh berehat di atas katil empuk yang disediakan. Sebaik bangun dari tidur, anda bakal disambut oleh bunyi kicipan burung dan pemandangan indah dari tingkap bilik yang penuh dengan kehijauan.
Hanya menawarkan 12 buah bilik, kalau ini penginapan yang berjaya menarik hati anda, booking cepat-cepat ya?
Alamat: 17 Jalan Mentigi, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands
09. ATS Cameron Hotel

ATS Cameron Hotel menawarkan beberapa jenis penginapan berbeza iaitu Studio, Apartment dengan dua buah bilik, dan juga Apartment dua bilik yang lengkap dengan balkoni.
Kalau anda tak kisah untuk berbelanja lebih (yang juga tidak terlalu mahal), jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan penginapan berbalkoni, bila lagi nak menghirup udara segar Cameron sepuas hati kalau tak masa cuti ni kan?

Sepanjang berada di sini, anda boleh menggunakan kemudahan yang disediakan seperti gimnasium atau berehat di kawasan taman yang mekar dengan tumbuhan hijau.
Selain menawarkan penginapan yang menarik, lokasinya juga sangat memuaskan hati, terletak dekat dengan banyak kedai makan dan hanyalah 5 km dari Ladang Teh Boh.
Alamat: C-1-35,Cameron Fair, 39000 Cameron Highlands
10. Orchid Haven

Kalau anda hanya memerlukan katil yang selesa dan tempat berteduh untuk semalaman yang murah, Orchid Haven mungkin apa yang anda cari.
Orchid Haven ini juga satu hotspot untuk backpackers dan melihat laman Facebook mereka, penginapan ini telah dikunjungi backpakers dari pelbagai negara, menjadikan Orchid Haven ini syurga buat pelancong sempoi yang mencari kenalan baru sambil mengembara.

Nak mengatasi kebosanan semasa berada didalam bilik nanti anda boleh melayari internet dengan menggunakan Wifi yang disediakan secara percuma kepada tetamu.
Mencari pengalaman baru pula semasa di Cameron Highland nanti, singgah sebentar ke kampung Orang Asli yang hanya 600m saja dari Orchid Haven ini.
Alamat: 82D, Persiaran Camelia 4, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland
11. Melur Inn Hotel

Tetamu yang memilih Melur Inn Hotel ini tidak akan jauh dari jalan utama dan kedai-kedai yang terletak di bandar tersebut.
Untuk RM155 semalam anda pasti mendapat nilai untuk wang anda kerana setiap bilik mempunyai billik air persendirian dan Wifi percuma.
Anda juga tidak akan terlepas rancangan kegemaran anda kerana setiap bilik mempunyai TV skrin rata dan Astro.

Nak memanaskan badan selepas keluar dari udara yang sejuk? lompat masuk shower air panas yang disediakan.
Alamat: 44-A Jalan Besar, , 39000 Tanah Rata, Cameron Highland
12. Heritage Hotel Cameron Highlands

Heritage Hotel merupakan antara resort terbesar di Cameron Highlands yang menawarkan pengalaman hotel butik yang selesa dan lengkap dengan fasiliti sama seperti hotel 4 bintang yang lain.
Dari tingkap bilik anda akan dapat melihat pemandangan Tanah Rata dan hotel ini sering diselindungi oleh kabus putih yang nyaman seolah-olah anda berada di awanan.

Pihak hotel mengutamakan keselesaan anda dengan melengkapkan bilik dengan TV beserta Astro, kemudahan membuat Teh dan Kopi dan peti sejuk kecil.
Antara fasiliti lain yang membuat resort ini menarik adalah taman, restoran dan juga perpustakaan.
Di kawasan lounge pula anda boleh duduk sambil minum teh Cameron sambil mencuba kek dan biskut beraneka pilihan. Nak ke tanah rata pula anda hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit.
Alamat: Jalan Gereja, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland
13. CH Green Stay Resort

CH Green Stay Resort Apartment ini pula boleh dijumpai bersebelahan dengan padang golf Pekeliling.
Ini bermaksud anda boleh melihat pemandangan padang golf serba hijau dari balkoni peribadi anda.
Tetamu boleh mengunakan Wifi percuma di hotel dan jika anda memandu, parking percuma disediakan untuk anda.
Penginapan ini juga sesuai jika anda bercuti bersama keluarga kerana ia merupakan apartment-hotel yang memberi tetamu pilihan antara penginapan 2 bilik atau 3 bilik.

CH green Stay resort ini mempunyai jarak perjalanan selama satu kilometer ke pekan Brinchang.
Disini anda akan bermalam di bilik yang selesa serba lengkap dengan TV LCD berserta Astro, dan bilik mandi persendirian dengan shower air panas.
Kelebihan tempat ini berbanding dengan hotel lain adalah tempat ini terdapat ruang tamu, meja makan dan dapur untuk menyediakan makanan, ideal untuk mereka yang bercuti bersama keluarga.
Semua yang tertera di atas dengan harga bermula dari RM250 semalam agak bagus kalau difikirkan. Nak tambah bilik dan upgrade ke apartment 3 bilik hanya RM50 sahaja.
Alamat: Lot 198, Iris House Resort Apartment Building, Jalan Perkeliling Padang Golf, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland
14. Century Pines Resort

Hotel yang sudah lama terkenal dengan pengunjung Cameron Highland adalah Century Pines Resort Tanah Rata.
Tetamu yang memilih untuk bermalam di resort ini dapat menikmati fasiliti setaraf dengan hotel 4 bintang yang lain. Anda juga dapat bersenam di gym ataupun menenangkan fikiran di Spa Pool hotel.

Resort ini juga mempunyai restoranya tersendiri jika minat untuk menjamu selera tanpa meninggalkan perkarangan hotel.
Didalam bilik pula terdapat TV, meja kerja dan tandas persendirian.
Alamat: The Square, Jalan Aranda Nova, Greencow, 39100 Brinchang, Cameron Highland
Hotel Murah di Brinchang
Brinchang merupakan pekan pelancongan yang kedua paling popular di Pahang selepas Tanah Rata dan anda bertuah kerana ia juga boleh dijumpai di Cameron Highlands.
Jika anda lebih suka meluangkan masa anda dengan aktiviti luar rumah seperti Jungle Trekking ataupun berhajat untuk memetik buah di ladang Strawberry semasa anda berada di Cameron Highlands nanti, di Brinchang terdapat Gunung Batu Brinchang dan Strawberry Farm.
15. Copthorne Cameron Highlands

Dikelilingi oleh kehijauan gunung-ganang, dari penginapan Copthorne Cameron Highlands anda dapat menikmati pemandangan sekitar yang berlanskap indah kawasan tanah tinggi tanpa sebarang batasan, cukup mengujakan. Lenyap segala masalah di fikiran sebaik membuka tingkap bilik atau bersantai di ruang balkoni untuk menghirup udara segar dan dingin yang sentiasa bertiupan.
Baca: 37 Homestay Di Cameron Highland Yang Menarik & Selesa
Setelah puas menikmati ketenangan di dalam bilik yang dihias ringkas, anda boleh melakukan banyak aktiviti menarik dengan menggunakan fasiliti yang disediakan hotel seperti kolam renang tertutup, gimnasium atau membawa anak-anak berseronok di taman permainan kanak-kanak.

Ingin keluar dari hotel? Jangan risau, kedudukannya cukup strategik kerana terletak berdekatan dengan banyak tarikan di sekitar Cameron Highlands seperti Taman Rama-Rama, Air Terjun Robinson dan Ladang Teh Boh. Ingin menghilangkan rasa lapar? Anda boleh berjalan kaki untuk menuju ke 7E, pasar, restoran atau kebun terdekat.
Alamat: Kea Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highlands
16. Hotel Flora Plus

Hotel Flora Plus adalah sebuah hotel berkonsep minimal dan moden yang bertemakan flora, sesuai sekali dengan lokasinya di kawasan tanah tinggi Cameron yang kaya dengan bunga-bungaan berwarna-warni.
Biliknya kelihatan cukup comel dengan kuntuman bunga berwarna-warni yang menghidupkan suasana bilik, melahirkan suasana yang cukup menenangkan.

Lokasinya, terletak berdekatan dengan pasar tani, pasar malam, kedai makan dan juga 7E, segala kemudahan tersedia di sekitar. Untuk ke hotspot pelancongan di Cameron, tarikan seperti Big Red Strawberry Farm dan juga Cactus Valley hanyalah dalam sekitar 650 meter dari hotel.
Alamat: B3, 29-30 Brinchang Square Jalan Besar Brinchang, 39100 Cameron Highlands
17. Wan Alyasa Hotel

Nikmati rehat yang sebenar di Wan Alyasa Hotel yang tenang daripada sebarang gangguan bunyi setelah kepenatan meneroka keindahan Cameron.
Setibanya di bilik anda boleh terus merebahkan badan di atas katil yang empuk. Sambil berehat di dalam bilik yang dihias cantik ini anda boleh berhibur dengan akses wifi yang disediakan.

Terasa lapar? Singgah sahaja ke kedai makan yang terletak hanyalah bersebelahan dengan hotel. Untuk membeli barangan keperluan atau kudapan pula, 7E hanyalah beberapa tapak dari sini.
Kemudahan lain yang terletak berdekatan adalah masjid, ATM, kedai jualan cenderamata, lobi dan juga stesen minyak. Hotel yang padat dengan keselesaan dan dekat dengan pelbagai kemudahan dalam harga yang hanya bermula dari RM80+, cukup berbaloi bukan?
Alamat: No. 8 & 9 Brinchangs Square Brinchangs, 39100 Cameron Highlands, Malaysia
18. OYO 44029 Tudor Home Inn

Sebuah lagi hotel boutique di bawah jenama OYO ialah OYO 44029 Tudor Home Inn. Hotel comel ini terletak di Brinchang, Cameron Highlands. Jadi, ia berdekatan dengan pusat-pusat pelancongan seperti Cactus Valley, Time Tunnel Museum dan Butterfly Farm.
Buat pengetahuan anda, Brinchang ini juga adalah tempat utama yang menawarkan buah strawberi. Jadi, bolehlah anda borong untuk makan bersama atau dibawa pulang.

Penginapan di sini cukup luas dan selesa walaupun merupakan sebuah boutique hotel. Warna tema Tudor Home Inn iaitu Kuning mewarnai dinding-dinding di setiap bilik. Namun, mereka tetap mengekalkan peralatan dan kemasan bilik tidur berwarna merah, trademark jenama OYO. Mereka menawarkan penginapan bilik standard dan juga bilik family yang boleh memuatkan lebih ramai tetamu, sesuai untuk golongan berkeluarga.
Alamat: 10A, 3, Jalan Angsana 1, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang
19. The Cocoon Capsule Hotel (Backpacker)

Sebuah lagi hotel bajet di kawasan Brinchang yang boleh anda cuba ialah The Cocoon Capsule Hotel. Hotel ini tentunya akan memberikan anda sebuah pengalaman penginapan yang unik. Mengambil inspirasi dari hotel-hotel kapsul di Jepun, The Cocoon Capsule hotel ini menawarkan penginapan yang compact dan bersifat dormitory.

Mereka menawarkan penginapan yang dinamakan pod di mana anda disediakan dengan sebuah katil yang boleh ditutup dengan langsir hitam untuk memberikan anda privasi. Setiap pod didatangkan bersama sebuah kipas mini, lampu malam dan sebuah soket untuk kegunaan anda. Anda juga akan dibekalkan sebuah loker.
Penginapan ini lebih sesuai untuk golongan backpackers yang suka menjelajah dan berkenalan dengan orang-orang baru dari serata dunia. Mereka ada sediakan ruang meja yang boleh dikongsi di mana anda boleh gunakan untuk makan, bekerja atau lepak. Ruang tamu berkongsi juga lengkap dengan TV dan tempat duduk.
Alamat: The Cocoon Capsule Hotel 21-2 & 21-3 Jalan Palas Horizon (Office Lot Palas Horizon, 39010 Brinchang, Pahang
20. Hotel Rosa Passadena

Hotel Rosa Passadena terletak di Brinchang dan dikelilingi kawasan berbukit dan hutan. Hotel 3 bintang ini sering menjadi pilihan ramai pelancong dari dalam dan luar negara.
Dari bahagian luar, tentunya mereka mengekalkan identiti English Cottage dan Tudor Style yang sinonim dengan Cameron Highlands. Hiasan dalamannya pula meneruskan vibe Inggeris dengan penggunaan motif berbunga dan paisley.

Hotel Rosa Passadena cukup lengkap dengan fasiliti asas sebuah hotel seperti bilik mesyuarat, restoran dan banyak lagi. Anda boleh memilih untuk menginap di antara bilik Standard, Triple Superior dan Deluxe Quad. Setiap bilik memberikan muatan yang berbeza dan anda boleh memilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda sekeluarga.
Alamat: No. 1, 39100 Brinchang, Pahang
21. Hotel Rainbow

Salah satu hotel bajet mesra keluarga popular di Brinchang adalah Hotel Rainbow yang boleh dijumpai sederet dengan rumah-rumah kedai di pekan Brinchang.
Walaupun Hotel Rainbow ini sebuah hotel bajet yang menawarkan bilik bermula dengna harga RM90 semalam, namun biliknya cukup lengkap dengan TV berserta Astro, fridge mini dan Wifi.

Untuk mereka yang datang ke Cameron Highlang untuk lawatan bekerje pula, di dalam setiap bilik disediakan untuk anda meja kerja dan kemudahan untuk membuat teh & kopi.
Disebabkan hotel ini terletak di kawasan rumah kedai, tugas seperti mencari makanan atau barang keperluan semasa bercuti agak senang.
Tanpa berjalan jauh anda boleh menemui ladang strawberry dan kaktus hanya 10 minit saja berjalan dari hotel.
Disini juga terdapat pasar malam popular jika anda tertarik hati untuk merayau di pekan Brinchang pada waktu malam.
Alamat: Lot 25, 39100 Brinchang, Cameron Highland
22. Hotel Remix

Untuk sebuah hotel bajet, apa yang ditawarkan oleh Hotel Remix sudah cukup sempurna, boleh diberikan 10/10! Walau dari segi dekorasi dalamannya kelihatan agak ringkas, kemudahan yang disediakan hotel ini cukup lengkap, tahap kebersihannya juga sangat memuaskan hati.

Bukan itu sahaja, kedudukannya juga strategik kerana hanya dalam sekitar 1 km terdapat banyak tarikan yang boleh diakses dengan mudah seperti pasar malam, kedai-kedai makan dan tarikan terkenal Sam Poh Temple.
Alamat: Lot 12, Jalan Besar, 39100 Brinchang, Cameron Highlands, 39100 Cameron Highlands
23. Jasmine Hotel

Jasmine hotel merupakan satu lagi pilihan hotel bajet yang popular di Cameron Highlands dengan tawaran harga bilik murah bawah RM100 semalam.
Tarikan popular yang berdekatan adalah pasar malam pekan Brinchang yang hanya 5 minit sahaja berjalan kaki.
Jika anda memandu pula, taman rama-rama dan ladang kaktus mengambil 15 minit manakala Ladang Teh Boh mengambil masa 20 minit.

Kalau kita lihat dari segi keselesaan bilik pula, tetamu akan menerima bilik yang dilengkapi dengan cerek elektrik, TV beserta Astro dan bilik air persendirian.
Kerana hotel ini terletak di lokasi yang strategik di pekan Brinchang, anda tidak perlu risau apabila hendak mencari restoran ataupun kedai.
Alamat: No 29 – 32, 39100 Brinchang, Cameron Highland
24. Zarania Hillhomes

Kalau anda sedang merancang percutian bersama kelurga ke Cameron Highland, agak susah untuk mencari penginapan yang menawarkan nilai untuk wang yang lebih baik dari Zarania Hillhomes.
Apartment ini merupakan sasaran popular buat mereka yang datang bercuti ke Cameron Highlands bersama keluarga.

Ini kerana mereka menyediakan dua jenis penginapan yang luas dan selesa. Apartment satu bilik yang bermula dari RM250 boleh memuatkan sebanyak 4 orang, manakala bilik double pula boleh memuatkan sebanyak 6 orang.
Setiap apartment datang dengan ruang tamu dan dapur untuk memudahkan anda menyediakan makanan.
Disamping itu rekabentuk, hiasan bilik dan suasana kawasan luar yang mengelilingi Natasya Resort ni betul-betul mengingatkan anda bahawa anda berada di Cameron Highlands.
Di depan apartment kelihatan taman, di luar balkoni pula pemandangan gunung yang hijau.
Alamat: Lot 6 Entertaiment Complex, Kea Farm, 39100 Brinchang, Cameron Highland
25. Cameron View Apartment

Mencari Apartment murah di Cameron Highland yang boleh memuatkan sebanyak 8 orang dan mempunyai 3 bilik berasingan? Cameron View Apartment tempat yang anda cari.
Didalam terdapat dapur dan ruang tamu untuk anda berehat bersama keluarga atau rakan-rakan.

Apartment-hotel ini datang dengan 2 tandas dan balkoni untuk anda menikmati pemandangan luar.
Tarikan yang hanya 10minit memandu dari apartment ini adalah Ladang Lebah dan Air Terjun Robinson. Ladang Strawberry Big Red pun terletak hanya 10 minit saja perjalanan.
Alamat: Crown Imperial Court, Brinchang, 39100 Brinchang, Cameron Highland
26. Nova Highlands Hotel

Untuk mengakhiri senarai hotel di Cameron Highland ini saya letak Nova Highlands Hotel kerana hotel ini baru siap dibina dan menjadi pilihan terbaik untuk orang yang gemar pada hotel yang moden dan selesa.
Tetamu dapat menggunakan Wifi percuma yang disediakan di seluruh kawasan hotel dan juga di dalam bilik.

Harganya mungkin tinggi sedikit berbanding denagn pilihan lain diatas tetapi apa yang anda terima dari segi keselesaan dan kelengkapan bilik adalah setimpal dengan harga yang dibayar.
Bilik yang datang dengan balkoni peribadi ini lengkap dengan Wifi percuma, TV LCD, microwave dan kemudahan membuat minuman panas.
Alamat: The Square, Jalan Aranda Nova, Greencow, Cameron Highlands, 39100 Brinchang, Cameron Highland
Dengan ini tamatlah senarai Hotel dan Apartment bajet di Cameron Highland. Saya harap dengan ulasan ini anda mendapat sedikit gambaran mengenai jenis penginapan dan harga yang ditawarkan di Cameron Highland.
Kalau ada nasihat yang saya boleh bagi kepada yang sedang merancang percutian ke Cameron adalah tolong membuat tempahan bilik awal, paling lambat dalam sebulan sebelum kalau boleh, untuk mengelakkan terlepas penginapan yang diingini atau terpaksa bayar harga yang lebih mahal.
Cameron Highlands memang menjadi sasaran pelancong, lebih-lebih lagi pada musim perayaan atau cuti sekolah dan harga bilik memang terpengaruh dengan kadar permintaan musim cuti. Apa-apa pun jangan tinggalkan ke saat terakhir untuk membuat tempahan.
Harga yang tertulis diatas adalah harga semasa saya membuat ulasan ini. Jika anda mahu melihat harga terkini atau melihat pilihan penginapan lain yang terdapat di Cameron Highland anda boleh mebuat demikian di laman Web Agoda.com.
Selamat bercuti dan jangan lupa membawa blazer atau jaket, suhu boleh turun ke 16c pada waktu malam di sana nanti.