Siapa tak kenal sebuah perkampungan yang dikelilingi lautan indah di Pantai Timur Malaysia iaitu Cherating. Bukan hanya kawasan pantainya yang menarik perhatian pelancong, malahan banyak lagi tarikan menarik yang lain seperti mencanting batik, kawasan penetasan penyu, makanan-makanannya yang berasaskan laut seperti keropok lekor, otak-otak, sata dan banyak lagilah.
Cukup sekali pakej yang ditawarkan Cherating ini. Mungkin anda dah tak sabar untuk merasai pengalaman bercuti ke Cherating, tapi sebelum bercuti ke mana-mana, seperti biasa, kenalah buat kajian dulu mana nak menginapkan?
Mesti ramai antara anda yang ingin berjimat dalam keadaan ekonomi yang sebegini tapi dalam masa yang sama ingin mengembirakan hati keluarga yang tercinta dengan membawa mereka bercuti, oleh itu, kami MaiSinggah memudahkan pencarian anda dengan menyenaraikan hotel murah di Cherating yang pasti menambah kepada keistimewaan percutian anda.
22. Suria Cherating Beach Resort
Di tepian Laut China Selatan, terletaknya sebuah resort yang memberikan ketenangan jiwa, Suria Cherating Beach Resort. Resort ini menawarkan bilik-bilik dengan pemandangan laut ataupun taman, yang mana yang menjadi pilihan anda? Kawasan di sekitar resort pula dikelilingi oleh pokok-pokok pine dan lanskap tropika yang menyejukkan pandangan mata.
Antara kemudahan yang disediakan resort ini yang dapat dinikmati dengan bayaran bawah daripada RM200 adalah kolam renang, tempat bermain netball, dan banyak lagi aktiviti pantai yang lain.
Lokasi best, banyak pula tu kemudahan yang menarik untuk anda sekeluarga beraktiviti, macam mana? Nak cari tempat penginapan lain lagi?
Alamat: Km 32.5 Jalan Kuantan, 26080 Cherating
21. Tanjung Inn
Ingin menikmati keseronokan walau dalam harga bajet? Kepuasan sebenar dapat anda rasai sekiranya menginap di Tanjung Inn.
Anda bukan hanya puas hati kerana menemui penginapan yang murah tapi juga kerana kesempurnaan fasiliti dan juga kepelbagaian penginapan yang ditawarkannya, Tanjung Inn adalah antara pilihan yang paling istimewa di Cherating.
Anda boleh memilih daripada 34 buah chalet dan juga 21 buah khemah selesa yang ada untuk dijadikan penginapan sepanjang percutian.
Khemah pun ada? Bukan khemah biasa, kerana setiap khemah ini padat dengan keselesaan seperti di hotel biasa iaitu tilam bertaraf 5 bintang, kipas, plug, lampu bacaan, almari dan paip kecil. Daripada khemah ini juga anda dapat menikmati pemandangan kolam.
Mengenai kemudahan yang disediakan, hotel ini memiliki restoran di tepi pantai, playhouse kanak-kanak yang dibina di tepian air terjun, taman yang lengkap dengan buaian, perpustakaan yang padat dengan pelbagai jenis buku, wifi dan surau.
Alamat: Tanjung Inn Jalan Cherating Lama, Kampung Cherating, Pahang, 26080 Kuantan
20. Maznah Guest House
Nikmati penginapan dalam suasana kampung di Maznah Guest House. Dikelilingi oleh pokok kelapa dan kehijauan flora, suasana di sekitar rumah chalet ini cukup mendamaikan jiwa.
Walau nampak ringkas dan harga yang ditawarkan cukup melampau murahnya, ia tetap lengkap dengan kemudahan moden seperti wifi percuma dan juga penyejuk udara yang menyegarkan.
Bilik yang ditawarkan juga lengkap dengan ruang balkoni di mana anda boleh berehat untuk menikmati udara luar bila tiba waktu petang sambil menikmati secawan teh panas. Untuk pengetahuan anda, anda boleh mendapatkan minuman kopi dan teh secara percuma pada bila-bila masa. Water dispenser turut disediakan di ruang makan.
Sekiranya anda mementingkan lokasi yang strategik, anda pasti tak akan kecewa dengan kedudukan chalet ini. Dari sini, anda boleh menuju ke banyak tarikan terkenal di sekitar Cherating tanpa perlu bergerak terlalu jauh seperti Limbong Art, Eksplorasi Kelip-Kelip & Paya Bakau serta Pusat Perlindungan Penyu Cherating yang terletak kurang 500 meter.
Alamat: Maznah Guest House, Lot 5624, Kampung Cherating Lama, 26080 Cherating
19. De’ Chukai Hotel
De’ Chukai Hotel menawarkan bilik-bilik yang dihias ringkas namun lengkap dengan segala kemudahan untuk keselesaan walau selama mana anda bercadang ingin meluangkan masa di sini.
Terdapat 2 jenis bilik penginapan yang ditawarkan iaitu bilik double dan juga bilik single dari harga permulaan yang tidak melebihi RM60 semalaman. Kebiasaannya, dengan harga sebegini, kebanyakan hotel hanya menyediakan tandas kongsi, namun tidak di De’ Chukai Hotel, keselesaan yang bakal dinikmati tidak ubah seperti hotel dalam harga lebih mahal.
Melangkah masuk ke dalam ruangan lobi hotel, anda akan disapa oleh aroma yang sungguh harum dan keadaan hotel yang cukup bersih. Tidak cukup dengan itu, anda juga bakal jatuh cinta sebaik melihat layanan kakitangannya yang melayan tetamu dengan penuh ceria, ramai penginap yang memuji kualiti khidmat pelanggannya yang sangat menyejukkan hati.
Apa lagi yang anda perlukan? Hotel murah? Kemudahan yang lengkap? Layanan yang baik? Untung besar siapa yang menginap di hotel ini.
Jarak Dari Cherating: 22 Minit / 17.8 KM
Alamat: Jalan Bakau Tinggi Taman Kemaman, 24000 Kampong Kemaman
18. Hotel Shafura 2
Hotel Shafura 2 menawarkan pelbagai jenis penginapan yang dapat memberikan keselesaan kepada penginap solo mahupun yang berkeluarga dalam harga yang sangat berpatutan.
Bilik-bilik yang ditawarkannya dihias ringkas, namun kualiti segala kemudahan yang disediakan sangat tip-top. Katil dan bantalnya sangat empuk untuk tidur malam yang lena, tahap kebersihannya juga begitu memuaskan hati.
Bagi anda yang inginkan penginapan yang simple dalam harga berpatutan, booking sahaja Hotel Shafura 2. Kedudukannya juga agak mudah ditemui kerana terletak bersebalahan dengan jalan raya.
Jarak Dari Cherating: 24 Minit / 17.6 KM
Alamat: Lot 920 Lorong 13 Kampung Besut, 24000 Cukai
17. Hotel Shafura 1
Memiliki reka bentuk bangunan yang menarik kerana elemen klasiknya, siapa pun tak akan terlepas pandang penginapan bajet, Hotel Shafura 1 yang terletak di Jalan Abdul Rahman, Cukai ini. Hanyalah berjarak sekitar 15 km dari Cherating, hotel ini boleh juga dipertimbangkan untuk diinapi bila bercuti nanti kerana harganya yang sangat berbaloi.
Memasuki ruangan lobi hotel, kedatangan anda akan disambut dengan keindahan dekorasi dalaman berkonsep Inggeris yang sejuk dipandang mata. Dari sini sudah jelas terpancar keselesaan yang bakal menanti.
Bilik-biliknya cukup cosy dengan tilam yang empuk, anda bakal menikmati tidur yang lena. Bila terjaga dari tidur pula, anda boleh menikmati pemandangan sekitar bandar dari tingkap bilik. Anda juga boleh menghiburkan diri dengan melayari internet menggunakan wifi percuma yang disediakan.
Jarak Dari Cherating: 17 Minit / 15.8 KM
Alamat: Lot 563 jalan abdul rahman, 24000 Cukai
16. OYO 850 Gold Star Hotel
OYO 850 Gold Star Hotel menawarkan bilik-bilik penginapan yang selesa dan dihias dengan simple dalam harga yang cukup murah, sangat berbaloi dengan kemudahan asas yang lengkap disediakan.
Penginapan yang ditawarkan di sini dapat memberikan keselesaan yang optimum kepada dua sehingga empat orang penginap. Sekiranya anda datang bersama keluarga dan inginkan penginapan dalam harga yang betul-betul murah, hotel ini boleh dijadikan salah satu pilihan memandangkan harga yang ditawarkannya hanyalah dalam sekitar RM100+ semalaman.
Terasa lapar? Jangan risau, cukup mudah untuk anda menemui pelbagai jenis kedai makan di sekitar hotel ini. Murah, lengkap dan terletak dekat dengan banyak kedai makan, bukan senang nak jumpa hotel yang dapat memenuhi semua kriteria ni.
Jarak Dari Cherating: 19 Minit / 16.5 KM
Alamat: K-99 Jalan Sulaimani Kampung Dusung Nyior, Chukai, 24000 Cukai
15. Hotel Seri Geliga
Hotel bergaya minimal, Hotel Seri Geliga adalah sebuah hotel bertaraf 2 bintang yang menawarkan bilik-bilik selesa yang lengkap dengan kesemua kemudahan asas dan kemudahan moden untuk keselesaan sepanjang penginapan. Jangan terkejut, wifi yang disediakan di hotel ini cukup pantas! Siapa kata hotel murah dan luar dari KL tak mampu sediakan wifi laju?
Di samping itu, tahap kebersihannya juga sangat memuaskan hati, pendek kata, segala aspek berkaitan dengan hotel ini cukup berkualiti. Sangat berbaloi setiap sen yang dikeluarkan.
Lokasinya cukup menarik kerana terletak berdekatan dengan Pantai Mak Nik, stesen minyak, surau, supermarket dan banyak lagi. Walaupun terletak di Cukai, bagi anda yang ingin meneroka keindahan Cherating, jarak dari hotel ini hanyalah dalam sekitar 13 minit pemanduan.
Jarak Dari Cherating: 13 Minit / 11.5 KM
Alamat: No 51666/51667 Jalan Geliga Besar, 24000 Cukai
14. Santai Lots Cherating
Dari hanya RM60+ semalaman, anda sekeluarga dapat menginap di dalam bilik penginapan yang luas di Santai Lots Cherating. Antara jenis penginapan yang ditawarkan adalah bilik bajet twin dan juga bilik triple yang masing-masing lengkap dengan bilik mandi peribadi.
Terletak di lokasi yang terpencil, anda dijanjikan dengan suasana yang damai dari sebarang gangguan bunyi yang semestinya diimpikan setelah kepenatan berjalan. Katil yang disediakan juga sungguh selesa untuk memberikan anda tidur malam yang lena.
Mengenai lokasinya, hanya dalam 5 ke 10 minit perjalanan kaki, anda boleh sampai ke kawasan pantai untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang dapat memukau jiwa.
Alamat: Lot 770 Jalan Kemaman Kg Cherating Lama, 26080 Kuantan
13. Skyview Hotel
Skyview Hotel adalah sebuah penginapan berkonsep minimal yang dihias dengan warna yang sejuk iaitu putih secara keseluruhannya. Warna yang digunakan ini menyerlahkan lagi tahap kebersihannya yang sangat memuaskan hati.
Dari harga yang tidak melebihi RM120 semalaman, anda dapat merehatkan badan di dalam bilik yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan. Hotel yang terletak dalam bangunan 3 tingkat ini juga lengkap dengan ruangan khas untuk melayari internet percuma dan ruang bacaan.
Terasa lapar? Banyak kedai makan boleh anda temui di sekitar hotel.
Jarak Dari Cherating: 16 Minit / 14.8 km
Alamat: K-7240 Jalan Jakar, Terangganu, 24000 Cukai
12. Mandurah Hotel
Terletak di tepi pantai yang menyajikan pemandangan menyejukkan jiwa, Mandurah Hotel adalah pilihan penginapan yang menarik sekiranya anda ingin merasai kesempurnaan percutian yang sebenar walau dalam harga bajet.
Bilik-biliknya dihias dengan menggunakan warna natural seperti putih dan tona coklat untuk melahirkan rasa santai. Sambil berehat, anda boleh melayan internet dengan menggunakan wifi percuma hotel.
Hotel ini juga turut lengkap dengan restorannya sendiri yang menghidangkan pelbagai jenis hidangan enak untuk sarapan pagi. Bila dah dapat tenaga barulah seronok nak berjalan-jalan tepi pantaikan? Pulang sahaja dari beraktiviti, katil dan bantal yang empuk setia menanti untuk digunakan bagi mendapatkan rehat yang sempurna.
Jarak Dari Cherating: 33 Minit / 32.9 KM
Alamat: D – 929216, Pantai Beserah,Jalan Kuantan – Kemaman, Pahang, 26100 Kuantan
11. Century Inn Hotel
Betul ke wujud hotel bajet bergaya mewah? Jawapannya, tidak mustahil. Salah satunya adalah Century Inn Hotel.
Terletak hanyalah 17 minit perjalanan dari Cherating, Century Inn Hotel menawarkan bilik-bilik selesa yang beruara mewah, semua ini kelihatan terserlah melalui penggunaan wallpaper dan pencahayaan yang menarik. Gabungan warna dekorasi dalaman bilik hotel juga cukup sedap dipandang.
Selain menjanjikan bilik yang selesa, penginapan bertaraf 2 bintang ini turut lengkap dengan kemudahan moden lain seperti wifi percuma dan penyejuk udara yang menggigil sejuknya. Bagi yang suka menonton movie, siaran tv hotel ini juga sangat menarik dengan salah satu siaran yang ditawarkan adalah Fox Movies.
Mengenai lokasinya, hotel ini terletak berdekatan dengan pasaraya, kedai-kedai makan dan juga kemudahan dobi.
Jarak Dari Cherating: 17 Minit / 14.7 KM
Alamat: K 9671, 9672, 9673, Jalan Kubang Kurus, 24000 Cukai
10. Eastana Cherating Beach Resort
Alangkah indahnya bila dapat tenggelam dalam suasana tenang perkampungan klasik sekali-sekala dapat bercutikan? Untuk tujuan ini, anda boleh menginap di Eastana Cherating Beach Resort. Di resort ini, anda akan dikelilingi oleh chalet-chalet dengan gaya rumah tradisional Melayu yang turut dihiasi oleh lanskap taman yang indah kehijauan.
Mengenai bilik-biliknya pula, kesemuanya dihias dengan simple menggunakan warna-warna semula jadi untuk mewujudkan atmosfera santai.
Sesudah puas merehatkan badan, anda sekeluarga boleh merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan seperti melontarkan suara lunak di bilik karaoke atau menikmati sajian enak di Restoran Surf Club sambil melihat pemandangan lautan yang membiru.
Kedudukannya, cukup menarik, kerana dari sini anda hanya perlu berjalan kaki selama 2 minit untuk ke Pantai Cherating yang padat dengan pelbagai aktiviti air. Tarikan lain yang terletak berdekatan adalah seperti Pusat Perlindungan Penyu Cherating dan Limbong Art yang hanyalah berjarak 500 meter dari sini.
Alamat: Lot 1/772 Pantai Cherating, 26080 Cherating
9. Royale Chulan Cherating Chalet
Royale Chulan Cherating Chalet menawarkan penginapan selesa yang dihias dengan moden dan minimal dalam harga yang begitu berpatutan dengan keselesaan yang ditawarkannya.
Bilik-bilik di hotel ini cukup cosy dengan warna tema cerah yang menyerlahkan lagi tahap kebersihan hotel ini. Cukup sesuai untuk diinapi bersama keluarga, saiz bilik yang ditawarkan agak luas.
Dari sini, anda boleh merancang untuk melawat pelbagai tarikan menarik di sekitar Cherating yang terletak dalam jarak hanyalah 100 meter seperti Limbong Art dan Eksplorasi Kelip-Kelip & Paya Bakau. Kelaparan? Banyak kedai makan boleh anda temui di sekitar hotel.
Alamat: Jalan Kampung Cherating Lama, 26080 Cherating
8. Samsuria Beach Resort & Residence
Macam tak percaya je dengan harga di bawah RM250, anda boleh merasa penginapan di sebuah apartment yang kelihatan agak mewah rekaan dalamannya.
Apartment ini juga lengkap dengan kemudahan seperti kolam renang yang cukup luas dan juga pusat kecergasan dengan pemandangan kolam, sambil-sambil bersenam melihat kawasan kolam, dapatlah anda merelakskan fikiran.
Setiap apartment yang ditawarkan di sini menyajikan anda dengan pemandangan indah laut China Selatan. Di samping itu, untuk keselesaan sepanjang penginapan, ruangan dapur apartment ini lengkap dengan pelbagai peralatan. Bolehlah anda beli dan masak sendiri, dapatlah berjimatkan?
Jarak Dari Cherating: 12.5 KM via Jln Kuantan – Kemaman/Route 3/AH18 | 12 Minit Pemanduan
Alamat: Jalan Sungai Ular Damai 1,Balok, Pahang, Malaysia Samsuria Beach Residence, 26080 Kampung Sungai Ula
7. Kemaman Sands
Lengkap dengan kolam renang dan taman permainan kanak-kanak, menginap di Kemaman Sands pasti akan memberikan keseronokan kepada anda sekeluarga.
Di samping berdekatan dengan kawasan pantai, hotel ini juga turut terlibat dalam program pemuliharaan penyu yang mana anda berpeluang untuk turut serta dalam aktiviti melepaskan bayi-bayi penyu ke dalam laut! Peluang yang bukan senang nak dapat ya, anak-anak anda pasti gembira dapat menyentuh haiwan yang comel ini.
Berkaitan dengan bilik penginapan di sini pula, rekaan dalamannya cukup menyejukkan mata, menggunakan tona-tona warna natural dengan sedikit gabungan warna-warni pada lukisan di dinding menghidupkan suasana bilik.
Untuk menjamu selera, anda boleh singgah ke Restoran Cik Wan yang terletak hanyalah beberapa tapak dari hotel untuk merasa sata, otak-otak dan banyak lagi. Tak sahlah kalau tak makan makanan-makanan sebegini kalau dah sampai di pantai timurkan?
Dekat dengan pantai, dekorasi bilik yang menarik, restoran pun dekat. Sebuah penginapan yang cukup sempurna! Murah lagi tu. Jadi apa lagi? Booking sebelum hotel penuh!
Jarak Dari Cherating: 11.6 KM Jln Kuantan – Kemaman/Route 3/AH18 | 12 Minit Pemanduan
Alamat: Kemaman Sands 1403, Taman Sri Pantai, Kampung Geliga Besar, 24000 Kampong Geliga Besar
6. Home 2 Hotel Sdn Bhd
Dari Home 2 Hotel Sdn Bhd untuk ke Cherating hanyalah 15 minit pemanduan. Walaupun anda perlu memandu beberapa minit untuk sampai ke Cherating, keselesaan dan kecantikan rekaan dalaman hotel ini membuatkan anda tak fikir dua kali.
Di samping itu, pernah anda jumpa hotel murah yang lengkap dengan water disperser dalam bilik penginapan? Ya di Home 2 Hotel Sdn Bhd, anda tak perlu bersusah-payah memastikan bekalan air minuman cukup terutama sekali setelah penat makan angin di sekitar Cherating.
Biliknya juga luas dan dihias dengan moden, cukup selesa untuk percutian bersama keluarga.
Jarak Dari Cherating: 14.5 KM via Jln Kuantan – Kemaman/Route 3/AH18 | 15 Minit Pemanduan
Alamat: Lot 10967,10968 & 10969 Jalan Jakar, 24000 Cukai
5. De Rhu Beach Resort
De Rhu Beach Resort adalah sebuah resort yang cukup lengkap, walaupun murah, ianya sempurna dengan pelbagai kemudahan yang menarik seperti gym, taman permainan untuk kanak-kanak dan juga kolam renang. Kolam renangnya pun siap ada gelongsor air lagi, memang terbaiklah!
Untuk biliknya pula, agak luas cukup sesuai untuk penginapan bersama keluarga. Pemandangan dari bilik juga sangat mengasyikkan, mana taknya, sebagai resort tepi pantai, anda yang menginap di sini dapatlah menikmati pemandangan air laut 24 jam.
Dah bosan duduk di bilik, bawalah keluarga anda berkelah di tepi pantai sambil menikmati bbq. Jangan lupa untuk membawa peralatan berkelah yang lengkap sebelum ke sini.
Jarak Dari Cherating: 27.6 KM via Jln Kuantan – Kemaman| 27 Minit Pemanduan
Alamat: 152, Sg Karang, Beserah, 26100 Kuantan
4. Residence Inn Cherating
Terletak hanya 1 minit perjalanan kaki untuk ke kawasan pantai, apa lagi yang anda inginkan kalau menginap di Cherating? Kolam renang? Gym? Bilik yang lengkap dengan balkoni? Semuanya ada di Residence Inn Cherating.
Bilik-bilik yang ditawarkan oleh Residence Inn Cherating agak luas, sesuai untuk penginapan bersama keluarga. Selain itu, Residence Inn Cherating juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti bar mini dan TV bersaluran satelit.
Sekiranya anda ingin berbbq bersama keluarga, peralatan ini turut disediakan pihak hotel. Memang bestlah kalau dapat menikmati makanan panas-panas sambil menikmati pemandangan pantai!
Alamat: Lot 826 Mukim Sungai Karang Kuantan, 26080 Cherating
3. Holiday Villa Beach Resort Cherating
Moden dan tradisional, inilah konsep yang diketengahkan Holiday Villa Beach Resort Cherating. Bila anda melangkahkan kaki ke kewasan hotel ini, anda dapat lihat lanskap sekitar yang menghijau dan sejuk dipandang mata.
Hotel ini menawarkan penginapan bilik, suite yang luas dan juga villa taman. Sekiranya anda tidak kisah untuk bayar lebih untuk penginapan yang lebih menarik, villa taman patut menjadi pilihan utama, kerana bila lagi anda nak merasa tinggal di sebuah rumah yang dikelilingi taman yang indah? Waktu bercutilahkan?
Di samping itu, antara kemudahan menarik yang disediakan hotel adalah kolam renang, pusat kecergasan dan juga spa yang memberikan rawatan ala-Bali.
Alamat: Lot 1303, Mukim Sungai Karang, 26080 Cherating
2. Casa Titik
Casa Titik merupakan sebuah penginapan tepi pantai dengan konsep terbuka yang lengkap dengan taman yang indah untuk anda bersantai bersama keluarga serta kolam renang dewasa dan kanak-kanak.
Kerana lokasinya yang begitu strategik sebagai sebuah casa penginapan di tepi pantai, pelbaga aktiviti menarik yang boleh diatur untuk dilakukan bersama keluarga seperti mencanting batik, menunggang kuda, memancing dan banyak lagi yang terlintas di fikiran anda untuk percutian menyeronokkan di tepi pantai. Yang menariknya, kawasan pantai di Casa Titik ini juga agak privasi, terasa seperti berada di pulau peribadi.
Antara fasiliti lain yang disediakan penginapan ini adalah dapur yang lengkap di mana anda boleh mendapatkan minuman dan kudapan untuk dinikmati sambil menikmati pemandangan sekitar hotel. Sebuah penginapan yang cukup indah.
Alamat: Lot 27105, Jalan Kuantan-Kemaman, Sg. Baging, Mukim Sg. Karang, 26080 Cherating
1. The Legend Cherating Beach Resort
Kata orang, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai, tapi siapa tak suka merasa bayu laut siang dan malamkan? Sekali-sekala bercuti tu bawalah keluarga merasa penginapan di tepi pantai. Salah satu resort yang menawarkannya adalah The Legend Cherating Beach Resort.
Dari resort ini untuk ke pantai, hanyalah 2 minit berjalan kaki. Sudahlah dekat dengan pantai, lengkap pula tu dengan 2 kolamnya sendiri yang agak luas untuk dewasa dan kanak-kanak.
Setiap bilik di resort ini pula menawarkan pemandangan indah kawasan sekitar sama ada air laut biru China Selatan, kolam renang ataupun taman.
Untuk menikmati pemandangan menyejukkan mata ini anda boleh bersantai di ruang balkoni yang terdapat di setiap bilik. Kalau anda bangun pada awal pagi, dapatlah anda menikmati panorama indah cahaya matahari terbit dari bilik.
Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dirancang untuk dilakukan bersama keluarga di Mizi Watersport Centre resort ini, nak main volleyball? Water polo? Memanah? Dan lain-lain lagi, semuanya boleh diatur dari resort.
Alamat: Lot 1290, Mukim Sungai, Karang, 26080 Cherating
Ada yang menjadi pilihan anda? Kalau ini masih tak cukup, nak pilihan lagi banyak, anda boleh layari booking.com. Bermacam-macam lagi pilihan hotel murah di Cherating lain yang ditawarkan laman web ini, harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan.
Kalau dah tahu di mana untuk tinggal bila bercuti di Cherating nanti, apa kata kalau anda baca artikel kami Tempat Menarik di Cherating untuk memudahkan anda merancang perjalanan anda di sana.
Sekian, terima kasih kerana telah meluangkan masa anda membaca sehingga ke penghujung artikel. Semoga anda sekeluarga dapat menikmati percutian yang tidak dapat dilupakan dan menenangkan jiwa di Cherating!