Kalau Amerika Syarikat memiliki Silicon Valley sebagai bandaraya inovasi, kenapa pula Malaysia tidak perlu ada satu? Inilah dia Silicon Valley Malaysia, Cyberjaya, terletak di Sepang, bukanlah salah satu destinasi yang terkenal untuk para pelancong tapi sangat ideal bagi anda yang inginkan angin yang berbeza sewaktu bercuti.
Kawasan yang dahulunya merupakan ladang kelapa sawit, kini menjadi tulang belakang Koridor Raya Multimedia Malaysia. Antara syarikat antarabangsa yang menjalankan operasi di bandaraya kosmopolitan ini adalah Shell IT, Nokia, IBM, Ericsson dan banyak lagi dalam sekitar 250 syarikat kesemuanya. Jika anda mengidamkan atmosfera yang lebih sofistikated, moden dan urban, Cyberjaya patut menjadi salah satu destinasi pilihan anda sekeluarga.
Namun begitu, dalam arus pembangunan Cyberjaya yang tidak pernah henti, lanskap hijaunya tetap diberikan perhatian yang sama, jadi bagi anda yang mengganggap Cyberjaya agak ‘robotik,’ ianya sebenarnya adalah sebuah bandaraya yang berjaya mewujudkan kedua-dua elemen, pembangunan dan alam semulajadi dalam suasana yang harmoni.
Jika anda ingin merasai sendiri keterujaan berada di Cyberjaya ini, rancanglah percutian anda ke sini, dan langkah ini bermula dengan membuat pilihan tempat penginapan yang tepat. Oleh itu, di dalam artikel ini kami ingin memudahkan anda membuat pilihan penginapan yang bukan sahaja menarik tetapi cukup berpatutan! Nak tahu di mana? Teruskan membaca senarai 13 hotel murah di Cyberjaya yang memberi keselesaan maksima dengan harga yang berbaloi.
Hotel
13. Dash Box Hotel Cyberjaya
Unik dan sempurna, inilah Dash Box Hotel Cyberjaya. Keunikannya bukan sahaja dari rekaan luaran bangunan hotelnya yang kelihatan seperti bot yang terbalik, tapi juga dekorasi dalamannya yang serius berbeza daripada hotel yang lain, penuh dengan warna-warni. Identitinya yang unik ini menjadikan hotel menarik ini pilihan ramai pelancong dari dalam dan luar negara.
Kesempurnaan hotel ini pula adalah dari segi fasilitinya yang cukup lengkap untuk sebuah hotel yang murah, antaranya adalah kolam renang yang luas bersama dengan gelongsor, gym yang lengkap, bilik permainan kanak-kanak yang sangat ceria, surau dan ruang santai yang juga unik! Selain itu, anda juga boleh menyewa basikal yang disediakan pihak hotel untuk bersiar-siar di sekitar.
Di samping ini semua, lokasi hotel ini cukup memuaskan dengan pusat membeli-belah terdekat terletak kurang 2 km dari hotel. Pelbagai aktiviti yang boleh anda rancang bersama keluarga di sini bukan?
Harga: Dari RM132+ Semalaman
Alamat: Dash Box Hotel @ MaGIC Village, Cyber 8, Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya
12. Tune Hotel – DPulze Cyberjaya
Siapa tak kenal rangkaian hotel bajet Tune Hotel, di mana sahaja bandar besar di sekitar Malaysia ini, pasti ada Tune Hotel. Tapi kalau anda nak tahu, bukan sahaja di Malaysia, di Liverpool pun ada. Hotel murah di Cyberjaya yang berkonsep minimal ini tidaklah sesempurna hotel 5 bintang, nama pun minimalkan. Namun begitu, lengkap dengan kemudahan yang penting bagi anda yang mengembara seperti katil yang empuk, peralatan mandian, peti keselamatan dan penyejuk udara.
Yang membuatkan Tune Hotel di Cyberjaya ini lebih menarik adalah kerana ianya bersambung dengan pusat membeli-belah yang serba lengkap, DPulze Cyberjaya. Hanya turun ke aras bawah dan belok ke kiri, anda sudah berada di dalam mall yang lengkap dengan tempat bermain bowling, TGV, Daiso, Chatime, Chicken Rice dan banyak lagilah. Di samping itu, kalau anda inginkan pemandangan yang paling menarik di sekitar Cyberjaya, ambillah bilik di tingkat yang lebih tinggi. Memang terbaik!
Harga: Dari RM112+ Semalaman
Alamat: Tune Hotel – Cyberjaya DPulze Mall, Block D, Cyberjaya CBD, Persiaran Multimedia, Cyber 12, 63000 Cyberjaya
11. EV World Hotel Cyberjaya @ DPulze
Hotel minimal, EV World Hotel Cyberjaya menggabungkan tona putih dan coklat dalam dekorasi dalamannya, dihidupkan lagi dengan warna-warni pada hiasan yang digunakan, menyejukkan mata yang memandang sebaik melangkah masuk ke dalam hotel. Keselesaan menginap di hotel ini ditambah lagi dengan fasilitinya yang agak lengkap untuk sebuah hotel murah seperti tv dan juga penyejuk udara yang menyegarkan.
Bukan itu sahaja, lokasi EV World Hotel ini juga cukup strategik yang mana anda hanya perlu berjalan kaki dalam 2 minit untuk sampai ke pusat membeli-belah DPulze, untuk ke Shaftsbury Square pula hanyalah 1.1km dari hotel. Dari RM99 untuk semua ini? Macam tak percaya!
Harga: Dari RM99+ Semalaman
Alamat: 4803-1-05 CBD Perdana 1, 63000 Cyberjaya
10. Z Hotel Cyberjaya
Terletak hanya 1.2 km dari Shaftsbury Square yang agak meriah dengan pelbagai jenis restoran seperti Pizza Hut, Starbucks, Secret Recipe dan banyak lagi. Anda juga boleh berjalan kaki sahaja untuk ke pusat membeli-belah terkenal di Cyberjaya, DPulze Shopping Centre.
Selain lokasi yang strategik, Z Hotel Cyberjaya juga menawarkan beberapa bilik yang memiliki pemandangan sekitar bandar. Sekali-sekala datang ke Cyberjaya, inilah peluang anda untuk menikmati pemandangan di sini dengan sepuas hati dari bilik tidur.
Harga: Dari RM108+ Semalaman
Alamat: Persiaran Flora, Cyber 12 No.4809-33A, CBD Perdana 2, 63000 Cyberjaya
9. Tan’Yaa Hotel Cyberjaya
Tan’Yaa Hotel Cyberjaya memiliki lokasi yang sangat tip-top kerana berdekatan dengan pusat membeli-belah DPulze, central point Cyberjaya, kedai makan, CIMB Bank dan banyak lagi. Walaupun begitu, hotel ini agak jauh dari jalan besar untuk ke pusat bandar, oleh itu, jangan risau, anda dan keluarga masih dapat menikmati tidur malam yang lena.
Dengan harga di bawah RM200, bilik anda yang luas juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti seterika, peti keselamatan dan juga ruang dapur yang tersedia dengan microwave. Satu bonus untuk kaum ibu mithali.
Harga: Dari RM155+ Semalaman
Alamat: Unit G-02, Ground Floor, Block 3520, Jalan Teknokrat 6, Cyber 5, 63000 Cyberjaya
8. Musse Hotel
Musse Hotel menawarkan penginapan yang sangat sejuk di mata dengan dekorasinya yang tampak santai dan minimal. Bukan itu sahaja, ia juga lengkap dengan water dispenser yang terletak di luar bilik. Waktu-waktu bercuti inilah tekak mudah kering banyak berjalan, ye tak? Tak perlu membazir membeli air sepanjang penginapan. Inilah dia penjimatan dalam segala aspek.
Selain itu, lokasinya juga menjadi daya penarik hotel ini kerana terletak berdekatan dengan banyak kedai makan dan juga sebuah pusat membeli-belah yang hanya 4 minit berjalan kaki dari Musse Hotel.
Harga: Dari RM129+ Semalaman
Alamat: Persiaran Flora, Cyber 12 Block 4812-51 (Level 1), 63000 Cyberjaya
Serviced Apartments
Sebagai bandaraya yang masih lagi membangun, Cyberjaya tidak memiliki begitu banyak pilihan hotel tapi dalam masa yang sama, ia dibanjiri dengan tawaran-tawaran penginapan menarik di apartment-apartment moden yang berdiri megah di sekitarnya.
Walaupun di dalam lingkungan harga yang murah, kesemua apartment yang disenaraikan ini tidak mahu kalah dari segi kelengkapan fasiliti dan tahap keselesaannya. Pasti rambang mata dibuatnya!
7. Cybersquare 27 Cyberjaya
Berfasiliti yang sangat lengkap mengalahkan hotel 5 bintang, antara kemudahan yang boleh anda manfaatkan sepanjang penginapan di apartment Cybersquare 27 ini adalah kolam renang dewasa dan kanak-kanak, gym, taman permainan, jakuzi, sauna dan gelanggang tenis.
Di mana lagi boleh anda dapatkan penginapan yang murah dengan fasiliti selengkap ini? Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan kalau anda berniat untuk melegakan fikiran di Cyberjaya tanpa perlu menempuhi hiruk-pikuk kota. Berkaitan dengan lokasinya pula, beberapa buah restoran termasuklah McDonald’s terletak berdekatan dengan tempat penginapan.
Harga: Dari RM125+ Semalaman
Alamat: Jalan Teknokrat 7, Selangor, 63000 Cyberjaya
6. Hyve Cyberjaya
Penginapan dengan pemandangan kawasan taman, Hyve Cyberjaya membahagiakan anda sekeluarga dengan kelengkapan yang juga sempurna. Kemudahan internet di apartment ini pula sangat pantas, apa lagi? Dah puas berjalan, bolehlah anda sekeluarga menonton filem dengan sepuas hati, beginilah baru percutian sebenar!
Di samping itu, Hyve Cyberjaya juga lengkap dengan kolam renang dan pusat kecergasan bagi anda yang ingin beraktiviti sewaktu menginap di sini. Berkaitan dengan lokasi Hyve Cyberjaya ini pula, jaraknya dengan Shaftsbury Square hanyalah 0.3 km sahaja dan dari DPulze pula 1.1 km. Lokasi? Sempurna.
Harga: Dari RM155+ Semalaman
Alamat: Hyve Suite, B5-10, Jalan Impact, Cyber 6, 63000 Cyberjaya
5. Solstice Service Apartment
Menawarkan pemandangan yang mengujakan dari kolam renang dan kawasan sekitar yang indah, Solstice Service Apartment menawarkan anda sekeluarga sebuah pengalaman percutian yang cukup merelakskan.
Seperti apartment moden yang lain, Solstice Service Apartment juga tak kurang hebat dari segi fasiliti yang disediakannya selain kolam renang, iaitu pusat kercergasan, taman atas bumbung yang terletak di tingkat 40 untuk anda menikmati waktu santai bersama keluarga, taman permainan kanak-kanak, taman bertema di setiap selang empat tingkat, gelanggang skuasy dan banyak lagi! Nak tahu apa lagi yang ada di sini? Jadikanlah apartment ini lokasi penginapan anda di Cyberjaya nanti!
Harga: Dari RM150+ Semalaman
Alamat: Solstice Service Apartment, 63000 Cyberjaya
4. VERDI Eco-dominiums Cyberjaya
Hanyalah 1.2 km sahaja dari DPulze Shopping Centre, VERDI Eco-dominiums Cyberjaya bukan sahaja memiliki lokasi yang strategik, tetapi apartment moden ini juga turut menarik perhatian ramai penginap kerana memiliki lanskap sekitar yang cukup indah iaitu tamannya sendiri yang segar menghijau.
Di samping itu, penginapan anda di VERDI Eco-dominiums Cyberjaya juga dapat dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan bersama keluarga dan bersantai seperti bermandi-manda di kolam renang, bermain badminton di gelanggang yang disediakan dan kanak-kanak pula boleh berseronok di taman permainan apartment ini. Bukan itu sahaja, bagi anda yang datang bersama keluarga, ruang dapur apartmentnya yang lengkap, menambahkan lagi keselesaan penginapan.
Harga: Dari RM190+ Semalaman
Alamat: Jalan Fauna 1, Cyber 9, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia
3. Cozy Kanvas Soho Suites
Memiliki reka bentuk bangunan yang jelas sofistikated, Cozy Kanvas Soho Suites bukanlah apartment biasa, kemudahannya yang agak lengkap, pemandangan yang mengasyikkan di mana sahaja anda bersantai di apartment ini, mesti membuatkan anda terasa seperti ingin tinggal di sini selamanya.
Atmosfera di kolam renang apartment ini juga kelihatan sangat mendamaikan dengan tumbuhan hijau di sekitarnya, sekali masuk, terasa berat nak keluar. Di samping kolam renang, hotel ini turut memiliki pusat kecergasannya sendiri, bagi anda yang berbadan sado dan fit tu, usah gundah-gulana. Dekorasi dalaman apartment ini pula, kelihatan cukup santai dan bersih. Apa lagi? Internet yang laju, bilik yang sunyi dari sebarang gangguan bunyi, lokasi yang sempurna, semuanya 10/10!
Harga: Dari RM150+ Semalaman
Alamat: Jalan Teknokrat 6, 63000 Cyberjaya
2. Private Suite @ Garden Plaza, Cyberjaya
Kolam renang, pusat kecergasan dan sauna, dari apartment ini sahaja sudah pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan. Penginapannya pula dilengkapi dengan bukan sahaja ruangan dapur yang tersedia dengan microwave tapi juga dengan mesin basuh dan pencuci, ada hotel yang menawarkan ini semua dengan harga di bawah RM200?
Tak cukup dengan ini semua, untuk hiburan, anda boleh menonton pelbagai filem menarik dengan Netflix dan bermacam lagi hiburan lain dengan internet fibernya yang sangat pantas.
Bukan hanya lengkap dengan pelbagai kemudahan, malahan dekorasi dalaman apartment ini juga cukup menarik hati, terasa ekslusif dan elegan. Lokasi? Apartment ini terletak berdekatan dengan banyak kedai makan dan kedai runcit. Apartment yang menjadi definisi kesempurnaan.
Harga: Dari RM140+ Semalaman
Alamat: Oxford Tower, Garden Plaza, Persiaran Harmoni, 62000 Cyberjaya
1. Shaftsbury Serviced Suites & Hotel
Dilengkapi dengan kolam renang, sauna, taman permainan kanak-kanak dan pusat kecergasan, Shaftsbury Serviced Suites & Hotel sememangnya menawarkan penginapan yang moden yang serba lengkap.
Setiap apartmentnya menawarkan ruang dapur yang membuatkan anda terasa seperti berada di rumah sendiri kerana dilengkapi dengan kemudahan seperti peti ais, mesin untuk memasak nasi dan juga microwave, tak perlulah anda sekeluarga ke kedai setiap kali perut berbunyi meminta makanan. Untuk dipendekkan cerita, apa yang memudahkan penginapan anda, semuanya disediakan di Shaftsbury Serviced Suites & Hotel. Anda dan keluarga hanya perlu datang dan berseronok.
Harga: Dari RM181+ Semalaman
Alamat: A-G-01, Shaftsbury Serviced Residences, Jalan Impact, Cycber 6, 63000 Cyberjaya
Hebat-hebatkan? Murah, lokasi strategik, fasiliti yang lengkap, wifi yang berkelajuan tinggi, sangat sesuailah dengan lokasi penginapan-penginapan ini yang terletak di bandaraya multimedia. Untuk pengetahuan anda, banyak lagi sebenarnya pilihan penginapan di Cyberjaya ini, nak tahu di mana lagi tempat penginapan menarik dengan harga yang terbaik layari sahaja booking.com.
Apa lagi yang dinantikan? Pack semua gajet yang anda ada, pakaian yang moden, dengan langkah yang sofistikated, inilah waktunya untuk anda memberikan keluarga anda pengalaman percutian urban di bandaraya Silicon Valley Malaysia, Cyberjaya. Semoga berseronok di sana!