Di mana lagi lokasi taman-taman tema terhebat di Malaysia kalau bukan di Genting Highlands. Terletak hanya dalam 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, Genting Highlands menempatkan pelbagai tarikan yang menyeronokkan untuk seisi keluarga, tak kira tua atau muda, ada sahaja yang sesuai untuk anda di sini.
Di samping taman tema yang agak meriah, anda juga boleh melegakan fikiran dengan aktiviti stargazing, merentas hutan dan banyak lagi kerana lokasinya yang berada di kawasan tanah tinggi. Di Genting jugalah terletaknya kereta kabel terpanjang di Asia Tenggara untuk anda menikmati pemandangan alam semulajadi dengan sepuas hati.
Agak banyak kalau nak senaraikan kesemua tarikan yang ditawarkan Genting Highlands ini. Kalau anda nak tahu dengan lebih lagi, apa kata anda bawa keluarga anda bercuti ke kawasan tanah tinggi ini, percutian ke sini pasti mencipta memori indah yang sukar dilupakan.
Disebabkan banyak sekali aktiviti menyeronokkan yang boleh dibuat di sini, mesti ada dalam kalangan anda yang ingin berjimat dari segi penginapan bukan? Oleh itu, MaiSinggah telah menyenaraikan 10 hotel murah di Genting Highland untuk penginapan yang tidak menipiskan poket anda. Teruskan membaca.
10. Resorts World Genting – First World Hotel
Penginapan di Genting Highlands seringkali tidak akan mengecewakan dari segi pemandangan yang ditawarkan kerana terletak di kawasan tanah tinggi. Inilah yang dapat anda nikmati kalau menginap di First World Hotel.
Sebab yang paling utama untuk anda menginap di sini adalah kerana di hotel inilah terletaknya taman tema yang berkeluasan 500,000 kaki persegi untuk anda berseronok bersama keluarga. Di samping itu, anda tak perlu pening kepala di mana untuk makan kerana terdapat banyak tempat untuk menjamu selera di kawasan hotel termasuklah sebuah pusat membeli-belah.
Selain itu, lokasinya juga tidak jauh dari tarikan lain di Genting Highlands seperti Genting Skyway Station, anda hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit dari hotel untuk pengalaman menaiki kereta kabel di sini.
Alamat: Resorts World Genting, Genting Highlands 69000
9. Hotel Seri Malaysia Genting Highlands
Terletak di kawasan tinggi lebih 2000 meter dari aras laut adalah Hotel Seri Malaysia Genting Highlands. Sekiranya anda menginap di sini, jangan lupa untuk membawa baju sejuk pula.
Hotel ini terletak berdekatan dengan Ladang Strawberi yang hanya 5 minit berjalan kaki dari hotel. Lokasi yang cukup menarik kerana tidak terlalu sibuk dengan keriuhan pelancong untuk anda menenangkan fikiran sambil menghirup udara segar. Penginapan yang cukup sempurna untuk percutian yang relaks di Genting Highlands.
Alamat: No.11, Jalan Jati 1, Goh Tong Jaya, 69000 Genting Highlands
8. The Pillowz SkyHome Suites Geo38 Genting Highlands
Pasti ramai yang akan teringat-ingat dengan penginapan The Pillowz SkyHome Suites Geo38 Genting Highland sebaik pulang daripada bercuti di sini. Sempurna segalanya dari ‘atas ke bawah’ iaitu kebersihannya, dekorasi dalamannya hinggalah kepada fasiliti yang ditawarkan.
Anda boleh memilih daripada beberapa buah penginapan yang ditawarkan iaitu apartment 2 bilik tidur dengan pemandangan gunung, apartment 1 bilik tidur, apartment 3 bilik tidur dan juga bilik superior triple, mana satu yang bersesuaian dengan bajet dan keselesaan yang diinginkan?
Walau apa pun pilihan yang dibuat, kesemua penginapan ini lengkap dengan katil yang teramatlah empuk, hilang terus kepenatan sebaik merebahkan badan.
Sepanjang percutian di sini, anda boleh merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti bermandi-manda di kolam renang, relaks di bilik sauna, berwall climbing, meningkatkan stamina di gym dan sebagainya. Kemudahan lain yang disediakan adalah seperti mesin basuh dan wifi.
Alamat: Jalan Permai 2 T2-27-13A, Geo38 Residence, 69000 Genting Highlands
7. The Movel @ Midhills Genting Highlands
Sempurnakan percutian anda di kota yang penuh dengan keseronokan Genting Highlands dengan memilih penginapan ceria The Movel @ Midhills Genting Highlands. Penginapan-penginapan yang ditawarkan boleh memuatkan dari 5 ke 12 orang penginap.
Penginapannya dihias dengan tema kartun yang bakal membuat anak-anak tersenyum gembira sebaik melangkah masuk. Antara temanya adalah seperti Mickey Mouse, Chin Chan, Lilo and Stitch, Hello Kitty dan banyak lagi. Apartment ini juga lengkap dengan taman permainan kanak-kanak yang padat dengan pelbagai permainan menyeronokkan.
Macam mana? Tertarik untuk booking? Kalau dilihat dari segi tahap keselesaan dan kelengkapan penginapan ini, harga yang ditawarkan begitu murah jika dibandingkan dengan penginapan lain untuk memuatkan ahli keluarga yang ramai.
Alamat: Midhills Jalan Jaya Permai, 69000 Genting Highlands
6. Sky Suite @ Midhills Genting Highlands
Sky Suite @ Midhills Genting Highlands menawarkan penginapan moden yang lengkap dengan ruang balkoni di mana anda boleh meluangkan waktu petang untuk menikmati pemandangan luar dan menghirup udara yang menyegarkan.
Dikelilingi oleh flora dan fauna, dengan memilih untuk menginap di suite ini, anda telah memberikan hadiah yang terindah kepada diri sendiri untuk mengembalikan kesegaran badan yang telah berbulan-bulan tenggelam dalam pencemaran di kota.
Sambil berehat di dalam bilik, anda boleh menikmati hidangan yang boleh disediakan dengan menggunakan dapur ringkas yang terdapat di dalam suite.
Setelah puas bersantai di dalam bilik, anda boleh menyegarkan badan dengan terjun ke kolam renang terbuka yang disediakan.
Alamat: Jalan Meranti Midhills at Genting, 69000 Genting Highlands
5. Family Cozy Home @ Midhills Genting
Family Cozy Home @ Midhills Genting menawarkan penginapan jenis apartment studio yang dilengkapi dengan ruang balkoni. Dikelilingi oleh flora yang menghijau, suasana di sekitar hotel ini terasa sungguh cozy untuk anda yang ingin lari dari kesibukan kota.
Dari balkoni penginapan ini, anda disajikan dengan pemandangan gunung-ganang yang sungguh mengasyikkan jiwa. Sambil mendengar bunyi kicipan burung, anda boleh relaks dan menikmati teh panas yang boleh disediakan di ruangan dapur.
Lokasinya, hanyalah 8 minit dari pusat membeli-belah yang terkenal di Genting iaitu Genting Highlands Premium Outlets. Tarikan lain yang terletak berdekatan adalah Bee Farm, Strawberry Farm dan lain-lain lagi yang kesemuanya kurang 10 minit perjalanan dari sini.
Ingin mendapatkan ‘kick’ tenaga sebelum memulakan perjalanan? Jangan lupa singgah ke kafe Starbucks yang terletak hanya 2 minit pemanduan dari sini, nak jalan kaki pun apa salahnya.
Alamat: Jalan Jaya Permai Midhills Genting T3-03-12, 69000 Genting Highlands
4. MU Home l Midhill Genting Highland
Seorang yang perfectionist? Anda pasti akan puas hati dengan penginapan jenis apartment 1 bilik tidur ini iaitu MU Home l Midhill Genting Highland. Dapat memberikan keselesaan kepada sehingga 5 orang penginap pada satu-satu masa, segalanya tentang apartment ini pasti akan membuatkan anda tersenyum.
Dari tahap kebersihannya yang menyinar sehinggalah kepada kemudahan yang disediakan, semuanya dalam kualiti yang tidak ubah seperti di hotel 5 bintang. Katil dan bantalnya cukup empuk, jangan tak terjaga sudahlah ya?
Dah bosan duduk dalam bilik tapi malas nak keluar jauh-jauh? Anda telah memilih penginapan yang tepat kerana ianya lengkap dengan pelbagai fasiliti best seperti kolam renang, taman, gimnasium dan juga bilik sauna, pilih saja apa yang ingin dilakukan. Bagi yang membawa anak kecil pula, taman permainan kanak-kanak turut disediakan.
Alamat: Midhills at Genting T3-09-13, 69000 Genting Highlands
3. Cold Geo38 Suites Genting Highland
Cold Geo38 Suites Genting Highland adalah sebuah penginapan jenis apartment superior yang dapat memberikan keselesaan optimum kepada sehingga 6 orang penginap. Apartment ini lengkap dengan 2 buah bilik dan juga sebuah ruang tamu yang selesa.
Sambil berehat anda boleh mencuci mata melihat pemandangan sekitar Genting Highlands yang boleh dinikmati sepuas hati dari bilik.
Sudut lain seperti ruang dapur dan ruang makannya juga sempurna dengan pelbagai perkakasan penting untuk memudahkan anda sepanjang percutian. Nak berjimat dalam bab makanan semasa bercuti dengan cara memasak sendiri?
Booking penginapan ini cepat-cepat sebelum terlepas! Kalau nak makan di luar pun tiada masalah, kedai makan halal cukup mudah untuk ditemui tidak jauh dari hotel.
Mengenai kemudahan lain yang turut boleh dimanfaatkan sebagai penginap di bangunan apartment ini, anda boleh menggunakan kolam renang, gelanggang tenis, bilik sauna dan juga kawasan tamannya.
Apa lagi yang anda inginkan? Apartment cukup lengkap, kebersihan yang tip-top, pemandangan yang mengujakan dari harga hanya dalam sekitar RM150+ semalaman, agak melampau murahnya.
Alamat: 27-3A, Geo38 Residence, Jalan Permai 2, Genting Permai, 69000 Genting Highlands
2. DZH Health Resort Club
Terletak hanya 10 minit dari stesen kereta kabel, DZH Health Resort Club adalah sebuah penginapan dengan suasana yang cukup tenang dan penuh privasi.
Resort ini memiliki kawasan kolam ikan dan taman yang sangat cantik untuk anda meluangkan masa bersama keluarga di waktu petang. Kalau terasa lapar, hanya dalam 5 ke 7 minit perjalanan kaki, terdapat banyak gerai makanan untuk anda pilih.
Berkaitan bilik-bilik di hotel ini pula, kesemuanya lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti mandian air panas, bar mini, TV, kipas dan katil yang empuk. Di samping itu, biliknya juga agak luas, sesuai untuk anda yang datang bersama keluarga.
Alamat: No. 12, Persiaran Jati 3-A, Jln Jati 3, Gohtong Jaya, 69000 Genting Highlands
1. Resorts World Genting – Theme Park Hotel
Theme Park Hotel terletak tidak jauh dari pusat membeli-belah terkemuka di Genting Highlands, Sky Avenue yang hanya beberapa tapak dari hotel.
Setiap bilik di hotel ini pula memiliki dekorasi dalaman yang unik dan kreatif, semua sudut adalah street art!
Sekiranya anda inginkan pemandangan yang lebih menarik, cuba dapatkan bilik dengan pemandangan taman dari tingkat yang tinggi, panorama dari sini memang mengasyikkan.
Selain itu, hotel ini turut menyediakan vending machine untuk anda membeli snek sebagai kudapan semasa bersantai di dalam bilik.
Alamat: Theme Park Hotel, Genting Highlands 69000
Tak tahu nak yang mana satu? Rancang aktiviti-aktiviti yang anda ingin lakukan terlebih dahulu, baru senang nak buat pilihan.
Walaupun hotel yang kami sertakan kan dalam senarai ini banyak tetapi masih banyak lagi pilihan penginapan lain yang terdapat di Genting Highland setiap satu menawarkan pengalaman menginap yang berbeza. Anda boleh melihat tawaran penginapan yang terkini di laman web booking.com.
Akhir kata, terima kasih kerana meluangkan masa membaca sehingga ke penghujung artikel hotel murah di Genting Highland ini. Semoga artikel ini dapat membantu merealisasikan percutian impian anda sekeluarga. Selamat bercuti ke Genting Highlands!