
Bila bercakap tentang street food dan street art, negeri mana di Malaysia yang akan terlintas di fikiran anda? Kalau tak Ipoh, Pulau Pinanglah tempatnya bukan?
Semua tarikan ini cukup meriah di ibu negeri Pulau Pinang, Georgetown, sebuah bandar yang sangat popular dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara.
Di mana sahaja anda pandang, mesti ada sahaja tarikan yang menarik dan cun untuk bergambar, sebuah bandar yang ternyata cukup kreatif dan penuh warna-warni.
Teringin ke Georgetown untuk merasai semua ini tapi tak nak keluar bajet yang banyak untuk penginapan?
Dalam artikel ini kami senaraikan lebih daripada 21 buah hotel murah di Georgetown yang unik dan menarik, jangan buang masa lagi, teruskan membaca.
Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Georgetown
01. Time Capsule Hotel

Anda suka sains fiksyen? Time Capsule Hotel ini memang sesuai sangatlah untuk anda!
Ruang tidur yang kelihatan futuristik di hotel ini cukup selesa, pencahayaannya melenakan mata, katil dan bantalnya sangat empuk, semuanya sempurna untuk merehatkan badan yang penat setelah seharian berjalan.

Setiap ruangan tidur ataupun โpodโnya agak luas dan lengkap dengan penyejuk udaranya sendiri.
Bagi wanita, ruang tidur sebegini mungkin kurang selesa kalau bercampur dengan lelaki kan? Jangan risau, pihak hotel mengkhaskan tingkat 1 hotel ini hanya untuk ruang tidur wanita.
Alamat: 420,Chulia Street,10200,Georgetown Malaysia, 10200 George Town
02. Betel Nut Lodge

Terletak di dalam struktur klasik abad ke-19 yang telah dibaikpulih, bangunan ini pada suatu ketika dulu pernah digunakan sebagai kediaman, pejabat, kedai dan tempat penternakan burung.

Kini menempatkan hotel 2 tingkat berkonsep tradisional Cina, Betel Nut Lodge adalah hotel yang dapat memberikan anda pengalaman penginapan yang unik semasa bercuti di Penang.
Walaupun memiliki atmosfera klasik, ia tetap padat dengan pelbagai kemudahan moden termasuklah wifi yang berkelajuan tinggi.
Lokasinya, hanyalah 400 meter dari Prangin Mall dan 200 meter dari 1st Avenue Complex dan Komtar.
Alamat: 100, Lebuh Melayu, 10100 Georgetown
03. Le Dream Boutique Hotel

Untuk penginapan penuh stylish yang beraura mewah, Le Dream Boutique Hotel adalah salah satu hotel yang boleh dijadikan pilihan utama.
Daya tarikannya tidak terhenti pada dekorasi dalamannya yang menarik, kerana hotel ini juga menawarkan antara layanan terbaik yang boleh anda temui di Penang. Tak percaya, teruskan membaca.
Baca: 21 Hotel Bajet Terbaik Di Batu Ferringhi
Sebagai penginap di hotel ini, anda boleh mendapatkan perkhidmatan shuttle percuma untuk ke destinasi yang tidak jauh dari hotel.
Bukan itu sahaja, pihak hotel turut menyediakan hi-tea secara percuma. Bermula dari pukul 5 petang pula terdapat buffet dengan hidangan aneka biskut, aiskrim, kopi dan lain-lain lagi.

Tidak cukup dengan itu, hotel ini turut lengkap dengan banyak fasiliti menarik untuk anda gunakan sepanjang penginapan seperti jakuzi sdan gimnasium.
Lokasinya, terletak kurang 1 km dari pelbagai tarikan di sekitar Georgetown seperti Muzium Upside Down, Komtar dan Dark Mansion.
Alamat: 139, Jalan Pintal Tali, 10100 Georgetown
04. Ren I Tang Heritage Inn

Ren I Tang Heritage Inn menawarkan penginapan dengan dekorasi dalaman yang menggabungkan konsep tradisional dan juga minimal.
Terletak di dalam bangunan klasik tahun 1800 yang telah dibaikpulih, aura antik hotel ini begitu terserlah.
Berlantaikan kayu, dengan ruang udara serta jubin bumbung bergaya tradisional Cina, struktur hotel ini begitu menarik untuk diamati.

Hotel bajet yang terletak di dalam kawasan rumah kedai ini turut menempatkan sebuah muzium kecil di tingkat bawahnya.
Tarikan lain yang terletak tidak jauh dari hotel ini adalah Fort Cornwallis dan juga Rumah Agam Peranakan Pinang.
Hanyalah menawarkan 17 buah bilik, sekiranya anda tertarik untuk menginap di sini, booking secepat yang mungkin sebelum disambar orang lain.
Alamat: 82A Lebuh Penang, 10200 Georgetown
05. The Landmark Seaview Suite

Nikmati antara pemandangan terindah yang pernah disaksikan di Penang sekiranya anda menginap di The Landmark Seaview Suite Gurney.
Dari mana-mana jenis apartment dan suite yang ditawarkan, anda boleh melihat sama ada panorama lautan biru, Gurney Drive atau Georgetown dari ruang balkoni atau tingkap penginapan.
Setelah puas melihat keindahan sambil berehat, anda boleh bermandi-manda sepuas hati di kolam renang bersaiz Olimpik yang terdapat di sini atau ke gimnasium untuk membina stamina.

Kembali ke bilik penginapan, anda boleh bersantai sambil melayari internet menggunakan wifi berkelajuan tinggi yang disediakan atau menonton tv.
Kaki kopi? Starbucks dan Coffee Bean terletak kurang 5 minit berjalan kaki dari penginapan.
Alamat: 100A, The Landmark By Katana, Jalan Tanjong Tokong, 10470, Tanjung Tokong, 10470 Georgetown
06. Chulia Mansion

Bagi anda yang datang ke Penang dengan kenderaan sendiri, Chulia Mansion adalah salah satu hotel yang sesuai untuk anda kerana lengkap dengan kawasan parking percuma.
Yang menariknya lagi tentang hotel ini adalah anda dapat menikmati minuman ringan percuma setiap hari pada pukul 5.30pm – 7.30pm, ais krim percuma dari pukul 2.00pm – 12.00am, di samping minuman percuma seperti teh, kopi serta biskut selama 24/7!

Di bahagian bumbung hotel ini juga terdapat jakuzi dengan 8 ruang duduk. Macam mana? Hebat juga untuk hotel dengan harga yang semurah ini kan?
Di samping itu, lokasi hotel ini juga agak strategik, berdekatan dengan tarikan pelancongan Little India dan banyak lagi.
Alamat: 413 Lebuh Chulia, 10200 George Town
07. Kimberley Hotel Georgetown

Kimberley Hotel Georgetown terletak di lokasi yang sangat strategik yang mana di sebelah kanannya terdapat 2 buah pusat membeli-belah serta stesen bas Komtar, manakala sebelah kiri hotel pula terdapat banyak gerai-gerai makanan.
Sesuai sangatlah untuk anda yang tak suka duduk diam.
Kalau anda dah penat berjalan ke sana sini di kawasan sekitar, jangan lepaskan peluang untuk bersantai di Sky Bar hotel ini, pemandangan dari sini cukup menarik.

Selain itu, yang membezakan hotel ini dengan hotel murah yang lain adalah tahap sekuritinya yang memuaskan kerana untuk naik ke tingkat atas menggunakan lif, anda perlu menggunakan kad hotel.
Nak lagi selamat? Anda boleh letak barang-barang berharga anda di dalam peti keselamatan yang disediakan di dalam bilik, barulah boleh anda menjelajah sekitar Georgetown dengan senang hati!
Alamat: No.36, G-02, Jalan Sungai Ujong No.36, G-02, 10100 George Town
08. Ryokan Muntri Boutique Hostel

Majoriti penginapan yang disediakan di Ryokan Muntri Boutique Hostel adalah berkonsepkan bilik dorm dengan katil dua tingkat dalam 13 buah bilik yang berbeza, untuk penginapan di bilik dorm tandasnya bukan di dalam bilik ya.
Kalau anda inginkan lebih privasi dengan tandas sendiri, terdapat 3 buah bilik yang lengkap dengan TV bersaluran kabel dan katil bersaiz king.

Yang menjadikan hotel ini terkenal dalam kalangan pelancong selain daripada harganya yang sangat berpatutan adalah lokasinya yang berdekatan dengan gerai-gerai makanan jalanan, Chinatown, pasar malam, Penang Street Art dan Little India.
Dari sini juga, mudah untuk anda mendapatkan bas 101 yang menuju ke Taman Negara dan Batu Ferringhi.
Alamat: 62 Muntri St, George Town, 10200 George Town
09. Hotel Mingood

Sekiranya anda memilih Hotel Mingood sebagai lokasi penginapan sepanjang percutian di Pulau Pinang anda akan dapat menikmati keindahan pemandangan dari taman atas bumbung hotel ataupun balkoni bilik, ruang santai yang sempurna untuk menghirup udara malam yang menyegarkan.

Anda juga boleh menikmati sarapan pagi seperti jus buah, kopi, bijirin dan roti bakar sambil melihat pemandangan sekitar dari ruang makan atas bumbung hotel.
Yang menariknya lagi, hotel in turut menyediakan ruang bacaan dan permainan biliard untuk anda mengisi masa lapang sewaktu menginap di hotel. Agak menarik untuk sebuah penginapan yang cukup murah.
Alamat: 164 Argyll Road, 10050 Georgetown
10. Armenian Street Heritage Hotel

Lihat sahaja reka bentuk luaran Armenian Street Heritage Hotel, nampak agak klasik, namun lain pula ceritanya dengan suasana bilik-bilik penginapan di hotel ini yang memiliki dekorasi yang simple dan moden.
Lantai kayu yang digunakan hotel ini menimbulkan aura tenang dan selesa.

Dengan harga yang cukup murah, anda dapat menginap di hotel yang sangat strategik berdekatan dengan pelbagai tarikan terkenal termasuklah muzium, street art, Kimberly Street, Chulia Street dan macam-macam lagi yang wajib anda lawati semasa di Georgetown.
Alamat: 139, Lebuh Carnarvon, 10200 George Town
11. Hotel Malaysia

Terletak di Penang Road yang meriah dengan gerai-gerai makanan barat, tempatan dan Jepun, Hotel Malaysia adalah sebuah penginapan yang tepat untuk pencinta street food.
Selain daripada banyak tempat makan yang best, tidak jauh daripada hotel ini iaitu kurang daripada 1 km dari sini anda boleh melawat Muzium Penang Peranakan, Komtar dan Prangin Mall. Lokasi Hotel Malaysia memang mantaplah!

Bercakap tentang bilik tidur di hotel ini pula, setiap bilik lengkap dengan penyejuk udara, bar mini, TV bersaluran satelit, bilik mandi yang lengkap dengan tab mandi ataupun mandian hujan dan banyak lagi.
Lokasi hebat, bilik yang cukup lengkap, harga pun sangat murah, apa lagi yang anda fikirkan?
Alamat: 7, Penang Road, 10000 George Town
12. Cititel Express Penang

Dekorasi dalaman bilik di Cititel Express Penang ini adalah berkonsepkan moden dan minimal dengan tona warna natural coklat, putih dan hitam.
Rekaan dalaman bilik ini menimbulkan suasana yang cukup selesa dan menenangkan untuk anda sekeluarga mendapatkan tidur yang lena dan rehat yang sempurna.
Sekiranya anda inginkan pemandangan yang cantik, anda boleh mendapatkan bilik di tingkat yang lebih tinggi.

Kalau dah datang bercuti, mesti anda inginkan penginapan dengan lokasi yang best bukan?
Cititel Express Penang juga seperti kebanyakan hotel yang lain di Georgetown, anda tidak perlu mengambil teksi untuk ke kawasan tarikan seperti Penang Street Art, Prangin Mall, Komtar, 1st Avenue dan banyak lagi.
Alamat: No. 123, Nordin Street, 10300 George Town
13. Hotel Royal Penang

Bagi anda yang datang tanpa membawa kenderaan sendiri, Hotel Royal Penang terletak berdekatan dengan stesen bas termasuklah bas CAT ataupun bas percuma untuk anda melawat banyak lokasi menarik di sekitar Pulau Pinang.

Selain lokasi yang mudah untuk anda mendapatkan kenderaan awam, hotel ini turut lengkap dengan kemudahan persis tinggal di hotel yang mewah seperti pusat kecergasan dan juga kolam renang.
Alamat: 3 Jalan Larut, 10500 George Town
14. T+ Hotel Macallum Georgetown

Rekaan dalaman T+ Hotel Macallum Georgetown ini sangat simple dengan penggunaan warna putih pada sebahagian besar ruangannya, sangat menyejukkan pandangan mata.
Walaupun keluasan bilik tidur tidaklah begitu besar, namun siling yang tinggi membuatkan bilik kelihatan luas.

Hotel ini turut memiliki ruang letak kereta pecuma bagi anda yang datang dengan kenderaan sendiri. Bukan senang nak dapat hotel bajet dengan ruang parking percuma.
Alamat: No. 171, Jalan C.Y. Choy,, 10300 George Town
15. 1926 Heritage Hotel

Nak tahu satu fakta menarik tentang 1926 Heritage Hotel? Seperti nama yang diberikan, hotel ini dibina pada tahun 1926, pada masa itu, ia digunakan sebagai tempat tinggal penjajah British dan pentadbir tempatan.
Terletak di Jalan Burma, bangunan klasik ini memiliki seni bina pengaruh Inggeris, Melayu dan India sepertimana kebanyakan bangunan klasik di Malaysia.
Kini, bangunan yang sudah berusia hampir satu dekad ini digunakan sebagai tempat penginapan yang menawarkan 96 buah bilik yang dihias elegan lengkap dengan penyejuk udara.
Sesetengah bilik di hotel ini memiliki ruang balkoni untuk anda bersantai sambil menikmati pemandangan dan udara segar.

Hotel ini turut menyediakan kolam renang untuk anda menyejukkan badan setelah puas menikmati segala yang ditawarkan di bandaraya terkenal ini.
Klasik, elegan, lengkap dengan kolam renang, apa lagi yang menarik? Kalau anda nak tahu, dari hotel ini juga anda boleh menuju ke pantai dalam hanya 9 minit berjalan kaki. Memang berbaloilah!
Alamat: 227 Jalan Burma, 10050 George Town
16. Hotel Sentral Georgetown

Hotel Sentral Georgetown terletak berdekatan dengan stesen bas untuk memudahkan anda menuju ke lokasi-lokasi menarik sekitar Pulau Pinang seperti Bukit Bendera, Gurney Plaza dan banyak lagi.
Selain lokasi yang strategik, dengan harga yang berpatutan ini juga anda dapat menikmati sebuah penginapan dengan kemudahan yang lengkap, bilik yang luas dengan kebersihan yang sangat memuaskan.

Setelah puas meneroka bandar ini, anda boleh bersantai di dalam bilik sambil menikmati pemandangan indah kawasan bandar Georgetown dan juga bukit-bukau.
Alamat: No.12, Lorong Kinta, Georgetown, 10400 George Town
17. Hotel 22 Gurney, Penang

Hotel 22 Gurney terletak berdekatan dengan pusat membeli-belah, kedai-kedai makan, tarikan pelancongan seperti Bukit Bendera, Kek Lok Si dan banyak lagi.
Untuk menuju ke pantai juga, anda hanya perlu berjalan kaki sahaja dari hotel.

Lokasi dah sempurna, bagaimana pula dengan hotel ini sendiri? Setiap bilik di Hotel 22 Gurney yang dihias moden dilengkapi dengan penyejuk udara dan TV sebagai hiburan.
Sekiranya anda bernasib baik, mungkin anda mendapat sebuah bilik dengan pemandangan air laut.
Kalau anda sudah bosan lepak di dalam bilik, turun sahaja ke taman hotel untuk menikmati udara segar sambil berbual dengan orang tersayang.
Alamat: No. 22 Jalan Kelawei, George Town, Penang Island 10250
18. Victoria Inn, Penang

Tidak jauh dari Terminal Bas dan Jeti Pulau Pinang yang hanya 5 minit perjalanan kaki adalah sebuah hotel berkonsep moden, Victoria Inn.
Menginap di sini bukan sahaja memudahkan anda untuk mengakses kenderaan awam, malahan ia juga dekat dengan pelbagai tarikan pelancongan yang lain seperti Khoo Kongsi, Fort Cornwallis dan Muzium Pulau Pinang dengan hanya berjalan kaki.

Bilik-bilik di sini pula dihias dengan moden menggunakan warna yang menarik hati. Setiap bilik di sini berlantaikan kayu, berpenghawa dingin serta lengkap dengan TV berskrin rata.
Alamat: 278 Victoria Street, George Town, Penang Island 10030
19. Tune Hotel Georgetown Penang

Tune Hotel Georgetown Penang terletak di lokasi yang sangat strategik berdekatan dengan banyak gerai-gerai makan yang menarik.
Nak beli makanan ringan untuk melapik perut sebelum memulakan penjajahan sekitar Georgetown, atau tiba-tiba sahaja perut menggerodak di waktu malam?
Singgah sahaja ke 7E yang terletak di tingkat bawah hotel ini, macam-macam makanan dan minuman ringan terdapat di sini.

Setiap bilik di hotel ini lengkap dengan dengan penyejuk udara, kipas dan pengering rambut, mandian air panasnya pula sangat memuaskan.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda datang bercuti bersama keluarga, hotel ini kurang sesuai kerana ruang biliknya agak kecil kerana konsep yang digunakan oleh Tune Hotel adalah โruang penginapan yang efisien.
Alamat: 100, Jalan Burmah, Section 15, George Town, 10050 Penang, Malaysia, 10050 George Town
20. Cintra Heritage House

Cintra Heritage House adalah sebuah rumah kedai yang diubahsuai dan dibaikpulih menjadi sebuah penginapan dengan atmosfera tradisional. Dari luar lagi anda sudah terasa aura klasik hotel ini.
Masuk sahaja ke ruangan dalam bangunan ini anda akan disambut dengan bau perabot kayu yang digunakan dalam dekorasi.
Suasana di sekeliling hotel dihidupkan dengan tumbuhan hijau, satu pemandangan yang sangat menyegarkan.

Bilik-bilik di hotel ini juga mengeluarkan aura klasik dengan rekaan dalaman seperti tinggal di rumah kampung namun tetap lengkap dengan keselesaan moden penghawa dingin dan lain-lain lagi.
Ia juga adalah sebuah penginapan yang sesuai untuk percutian bersama keluarga kerana biliknya agak luas.
Alamat: Lot 1,3,5,7 Lebuh Cintra, 10100 George Town
21. Berjaya Penang Hotel

Berjaya Penang Hotel ataupun nama asalnya Georgetown City Hotel terletak kurang 1 km dari Gurney Drive untuk pilihan makanan yang banyak, untuk ke Gurney Plaza pula hanyalah 500 m dari hotel.
Dengan harga di bawah RM200, anda sekeluarga dapat menikmati pelbagai kemudahan menarik yang disediakan hotel seperti kolam renang, pusat kecergasan dan khidmat sewa kereta.

Bilik-bilik yang disediakan hotel ini juga menawarkan pemandangan yang menarik sekitar bandar Georgetown. Nama pun bercuti, memang bonuslah kalau dapat bilik dengan pemandangan indahkan?
Alamat: 1-Stop Midlands Park, Jalan Burmah, 10350 George Town
Bagaimana? Macam tak percaya je hotel bajet pun banyak yang hebat-hebat di Georgetown ni. Dari yang moden hinggalah yang klasik, siap ada yang berkolam renang lagi. Memang rugi kalau tak ke Georgetown!
Jangan anda ingat ini sahaja hotel murah yang ada di sini, sebenarnya banyak lagi hotel murah di Georgetown ini, nak tahu? Layari agoda.com, macam-macam ada di sini.
Bagi anda yang inginkan penginapan yang lebih istimewa dengan keluarga tercinta, mai baca artikel kami 27 Hotel Menarik Di Penang.
Tapi, apa-apa pun, sebelum datang ke Penang, apa kata kalau anda luangkan masa untuk baca artikel kami tentang 33 Tempat Menarik di Penang. Bila cukup ilmu pasal Penang, baru syok nak berjalan!
Jangan buang masa lagi! Banyak gerai makanan best-best yang mesti anda cuba di Georgetown ni, jangan biaq diri terlioq! Booking hotel sekarang untuk kepuasan perut yang tak terhingga di Georgetown!