Tercari-cari destinasi jalan-jalan cari makan dan tempat bershopping yang best untuk cuti akan datang? Kalau macam tu, mai singgah ke Hatyai! Terletak di dalam Wilayah Songkhla, Hatyai merupakan bandar keempat yang terbesar di Thailand.
Kalau anda nak tahu, Hat Yai adalah singkatan bagai “Mahat Yai,” ataupun Pokok Ma Hat Besar iaitu sejenis pokok nangka. Pada asalnya, Hatyai merupakan sebuah perkampungan kecil yang seterusnya membangun dengan pesat setelah pembinaan Hat Yai Junction (stesen keretapi).
Terkenalnya bandar ini bukanlah kerana keretapinya tapi kerana keistimewaannya sebagai salah satu kawasan di Thailand yang meriah dengan pusat membeli-belah, pasar malam-pasar malam untuk anda bertawar-menawar sehingga puas hati, tempat rawatan spa yang melegakan badan dan banyak lagi tarikan unik yang lain.
Memang kenyang jiwa kembara anda sekeluarga! Apa-apa pun sebelum ke sana, jom kita tengok dulu antara penginapan yang menarik yang ada di Hatyai. Teruskan membaca senarai hotel murah di Hatyai ini.
35. Get GuestHouse ( Sangsri Soi 4)
Sebaik menjejakkan kaki masuk ke dalam Get GuestHouse ( Sangsri Soi 4), anda pasti terkejut melihat suasana sekitar lobinya yang kelihatan tak ubah seperti sebuah hotel berbintang-bintang, namun rupanya adalah sebuah hotel dalam bajet yang bergaya minimal dan moden. Setiap sudut hotel ini sungguh mesra insta.
Bilik-biliknya juga cukup terserlah keselesaannya dengan adanya katil bercadar dan comforter empuk yang berwarna cerah, anda pasti tidak sabar untuk merebahkan badan selepas kepenatan berjalan. Tahap kebersihannya? Tip-top!
Lokasinya juga sangat stategik, menambahkan lagi nilai penginapan ini. Dari hotel ini dalam sekitar 1 km anda boleh sampai ke pusat membeli-belah Kom Yong, Pusat Dagangan Plaza Hat Yai, Menara Jam Hat Yai, Lee Garden Plaza dan banyak lagi. Nak makan angin dengan cara yang lebih chill? Anda boleh menyewa motor daripada pihak hotel.
Alamat: Sansri Soi 4, Hat Yai Downtown, 90110 Hat Yai
34. The Ring Residence
Siapa kata bila bercuti ke luar negara terpaksa mengabaikan keselesaan macam di rumah? Anda sebenarnya masih boleh bercuti tanpa hilang keselesaan biasa dengan menginap di The Ring Residence.
Hotel yang bertaraf 3 bintang ini menawarkan bilik-bilik luas yang selesa untuk diinapi bersama keluarga. Perut menggerodak kelaparan semasa berehat di dalam bilik? Anda boleh menyediakan masakan panas dengan menggunakan dapur lengkap yang disediakan.
Antara kemudahan memasak yang sudah ada di dapur adalah seperti dapur memasak elektrik, microwave, cerek elektrik dan banyak lagi. Dah selesai masak, anda boleh menikmati hidangan sambil menghirup udara luar dari ruang balkoni.
Tak menyempat nak masak sendiri? Jangan risau, kedai makan halal cukup mudah untuk ditemui di sekitar kedai ni. Lokasinya, terletak dalam sekitar 3 km dari beberapa pusat membeli-belah seperti Hat Yai Plaza Trade Centre dan juga Kim Yong Mall.
Alamat: 17 Soi 25/1 Rajuthit Road, Hat Yai, Songkhla, 90110 Hat Yai
33. TK Mansion Hat Yai
TK Mansion Hat Yai adalah sebuah penginapan selesa dalam harga permulaan yang melampau murahnya, tidak lebih daripada RM100. Bagi anda yang bercadang untuk bercuti lama di Hat Yai, apa kata kalau anda booking tempat ni? Pasti tak akan kecewa.
Sambil berehat di dalam bilik selesa yang dihias dengan ringkas ini anda boleh berhibur dengan menggunakan wifi yang disediakan, kelajuannya? Superb!
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak pilihan bilik yang disediakan di sini, dari bilik peribadi hinggalah kepada asrama yang lengkap dengan locker berkunci elektronik.
Lokasinya, terletak kurang 2 km dari pusat membeli-belah Kim Yong dan juga Central Festival. Untuk melapik perut sebelum membeli makanan berat, 7E terletak hanyalah di seberang jalan hotel ini.
Alamat: 376 Supasarnrangsan Road, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla, 90110 Hat Yai
32. Chestnut Hill Eco Resort
Percutian yang terindah adalah apabila anda dapat menikmati rehat yang sebenar dalam suasana yang nyaman alam semula jadi, setuju? Kalau ini yang anda bayangkan untuk percutian akan datang, maka pilihlah Chestnut Hill Eco Resort.
Terletak di atas bukit, keindahan lanskap di sekitar Chestnut Hill Eco Resort bukanlah sesuatu yang dibuat oleh tangan manusia, tetapi adalah 100% neutral.
Anda sekeluarga boleh berendam badan di dalam kolam semula jadi yang diairi oleh air sungai, dan sekiranya anda berjiwa ekstrem, dalam 1 jam pendakian daripada utara resort, anda dapat mencuci mata melihat keindahan air terjun yang berketinggian 10 meter.
Anda juga boleh mendapatkan rawatan spa ikan percuma daripada sebatang sungai kecil yang terletak beberapa minit daripada resort.
Mengenai penginapannya pula, terdapat beberapa jenis rumah kayu atau chalet yang disediakan iaitu Ban Tonsala yang menyajikan pemandangan gunung-ganang serta lengkap dengan balkoni yang besar untuk anda berjalan-jalan menghirup angin segar.
Seterusnya adalah chalet Ban Tonsai, rumah kayu yang terletak di atas bukit, lengkap dengan balkoni yang luas untuk anda bersantai sambil membaca novel. Kemudian, chalet Ban Shawmuwang yang terletak di kawasan bukit yang lebih rendah, yang juga lengkap dengan ruang balkoni dan hammock di tingkat bawah. Ada yang menggoda jiwa anda? Sebenarnya banyak lagi jenis penginapan lain yang boleh dipilih mengikut bajet anda.
Alamat: 174/3 Moo 5, Ban Thung Chang, Phatong, Hat Yai, 90230 Hat Yai, Thailand
31. Luxsna Residence
Luxsna Residence adalah sebuah penginapan yang terdiri daripada 2 buah wings di dalam bangunan empat tingkat. Hotel yang kelihatan tidaklah begitu besar kalau dibezakan dengan hotel gah yang lain ini sebenarnya menawarkan fasiliti yang setaraf dengan hotel yang berbintang-bintang seperti kolam renang dan pusat kecergasan.
Untuk beraktiviti, selain bermandi-manda dan mengeluarkan peluh di gym, anda juga boleh berbbq di tepian kolam. Selain itu, bagi anda yang mengidamkan ketenangan, anda boleh bersantai di taman mini hotel ini yang dikelilingi oleh lanskap yang cukup menyejukkan mata pokok-pokok yang menghijau.
Biliknya pula diberikan sentuhan dalaman yang moden dengan warna-warna yang menyejukkan mata. Bagi anda yang datang bersama keluarga, penginapannya juga cukup luas untuk keselesaan beramai-ramai.
Lokasinya, terletak dekat dengan banyak tarikan pelancongan seperti Khlong Hae Floating Market, Hatyai Plaza, dan banyak lagi.
Alamat: 99, Soi 10/3, Petchakasem Rd., Hat Yai, 90110 Hat Yai, Thailand
30. Thong Maneee Apartment
Thong Maneee Apartment adalah sebuah penginapan yang strategik, terletak kurang 1 km dari Central Festival Hatyai Department Store iaitu sebuah pusat membeli-belah yang moden dan besar untuk anda yang suka bershopping. Tempat beli-belah yang lain pula, iaitu Kim Yong Shopping Center hanyalah dalam 2.5 km dari apartment.
Mengenai penginapan ini, Thong Maneee Apartment menawarkan bilik-bilik yang dihias dengan moden dengan aura yang cukup ‘fresh’ supaya sebaik anda melangkah masuk ke dalam bilik, anda dapat terus tenggelam dalam keselesaannya. Bilik-biliknya juga luas dan lengkap dengan ruang balkoni bagi anda yang ingin melegakan fikiran dengan menikmati pemandangan yang ditawarkan.
Alamat: Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110
29. PM Residence
PM Residence adalah sebuah penginapan yang dihias dengan moden dan selesa untuk diinapi bersama keluarga. Penginapannya cukup luas serta lengkap dengan katil dan bantal yang empuk untuk tidur malam yang lena.
Kemudahan lain yang disediakan adalah perkhidmatan wifi yang pantas untuk anda upload gambar-gambar percutian terbaru di media sosial tanpa sebarang masalah.
Lokasinya, terletak hanya 600 meter dari Central Festival Hatyai Department Store dan kurang 2 km dari Kim Yong Shopping Center. Nak berjalan lebih jauh? Stesen bas juga boleh diakses dengan hanya berjalan kaki beberapa minit dari sini. Bagi muslim, penginapan ini turut terletak dekat dengan masjid.
Setelah penat bershopping dan berjalan, anda boleh terjun ke kolam renang penginapan ini untuk menyegarkan badan, dan seterusnya menikmati waktu santai di dalam bilik sambil menonton siaran TV yang pelbagai.
Alamat: 9 Rajdamri Soi 2 Road, 90110 Hat Yai, Thailand
28. Nutchana Hill Boutique Hotel
Nutchana Hill Boutique Hotel adalah sebuah penginapan yang berlanskap indah dengan tumbuh-tumbuhan di sekitar dan kehadiran arca-arca arnab yang comel bersaiz kecil.
Sebaik memasuki kawasan hotel butik ini, anda dapat melihat rekaan rumah-rumah kecilnya yang begitu unik dan menarik pandangan mata. Ruang dalaman penginapannya pula dihias dengan moden. Yang menariknya lagi, rumah ini juga lengkap dengan halaman yang kecil sebagai tempat bersantai di waktu petang sambil menikmati angin segar.
Sekiranya anda memilih untuk menginap di sini, anda sekeluarga dapat menikmati rehat yang sebenar kerana lokasinya yang terletak di dalam kawasan yang tenang daripada sebarang gangguan.
Mengenai kemudahan yang disediakannya pula, hotel butik ini lengkap dengan kolam renang dan kemudahan shuttle percuma untuk ke kawasan sekitar.
Alamat: 1395 Airport Road, 90110 Hat Yai, Thailand
27. Tonaoi Grand Hotel
Anda ingin merasakan suasana yang elegan dan moden sewaktu bercuti? Bookinglah penginapan Tonaoi Grand Hotel. Masuk sahaja ke ruang lobinya anda akan terpesona melihat sentuhan dalamannya yang cukup classy!
Hotel ini bukan sahaja cantik pada pandangan mata, tetapi juga sangat selesa untuk penginapan bersama keluarga kerana bilik-biliknya cukup luas dan lengkap dengan segala keperluan penting. Untuk pengetahuan anda, sesetengah bilik di Tonaoi Grand Hotel ini menawarkan pemandangan gunung yang menyegarkan mata.
Di samping tempat penginapan yang sempurna, hotel ini juga lengkap dengan tempat meletak kereta percuma bagi anda yang membawa kenderaan sendiri.
Alamat: Soi 24 Klongtoei, Petkaserm Road, Hat Yai North, Kho Hong, 90110 Hat Yai, Thailand
26. S Hadyai Hotel
S Hadyai Hotel adalah sebuah penginapan 4 bintang yang memiliki dekorasi dalaman super eksklusif, menggunakan warna-warna seperti hitam, putih dan kelabu, hiasan dalamannya membuatkan anda terasa seperti menginap di dalam office CEO yang berjaya.
Untuk ke banyak destinasi sekitar Hatyai, anda boleh menaiki tuk-tuk yang sangat mudah didapati di sekitar hotel ini.
Setelah puas berjalan, anda boleh menikmati banyak kemudahan yang disediakan pihak hotel seperti sauna, kolam renang dan spa. S Hadyai Hotel turut memiliki pusat kecergasan yang lengkap dengan pelbagai peralatan senaman.
Alamat: 220 Prachathipat Road,, 90110 Hat Yai, Thailand
25. Neca Reiche
Hotel 3 bintang Neca Reiche merupakan sebuah penginapan yang selesa dan lengkap dengan kemudahan kolam renang untuk anda sekeluarga bermandi-manda. Sambil berseronok, anda sekeluarga juga dapat menikmati pemandangan indah pokok-pokok yang menghijau di sekitar.
Bilik-bilik di Neca Reiche ini dihias dengan konsep moden kontemporari menggunakan warna-warna neutral dan lembut untuk melahirkan rasa santai sebaik anda melangkah masuk. Anda juga boleh memilih bilik yang lengkap dengan ruang balkoni.
Lokasinya, hotel ini terletak kurang 4 km dari Hat Yai Plaza Trade Centre dan Kim Yong Shopping Centre.
Alamat: Soi Punnakan – Ban Khwan 736/2 Punnakan Road Khohong, Kho Hong, 90110 Hat Yai, Thailand
24. Hop Inn Hat Yai
Sekali pandang hotel Hop Inn Hat Yai ini tak ubah macam pejabat Celcom kerana tona birunya. Hotel ini menawarkan 79 buah bilik yang selesa di tengah-tengah kota Hatyai.
Sekiranya anda menginap di sini, anda boleh merancang untuk melawat Greenway Night Market yang cukup menarik dengan jualan pelbagai barangan serta kedai-kedai makanan halal. Lokasi shopping lain yang terletak berdekatan adalah Central Festival dan Tesco Lotus.
Anda boleh mendapatkan bantuan kakitangan hotel untuk memanggil tuk-tuk bagi lawatan ke kawasan lain yang lebih jauh.
Penginapannya, dihias dengan minimal dengan warna tema putih dan biru yang sangat menyegarkan mata.
Alamat: 1318 Kanchanavanich Road, Hat Yai, Songkhla, 90110 Hat Yai, Thailand
23. The Smart Hotel Hat Yai
The Smart Hotel Hat Yai adalah sebuah penginapan yang terletak di dalam bangunan 7 tingkat yang menyediakan 70 buah bilik yang sangat ‘smart’ designnya dengan warna-warna lembut yang sedap dipandang.
Sambil bersantai di dalam bilik ini anda boleh berhibur menggunakan akses wifinya yang berkelajuan mantap. Bilik-biliknya juga luas untuk anda menginap dengan selesa bersama keluarga tercinta.
Sekiranya anda menginap di sini, anda boleh menuju ke banyak kawasan membeli-belah dengan hanya berjalan kaki iaitu Asean Night Bazaar, Central Festival Mall dan Makro. Antara kawasan tarikan menarik yang terletak tidak jauh dari hotel adalah 3 Eye Museum yang terletak dalam 1 km dari hotel dan Hatyai Clock Tower yang hanyalah 3.1 km dari penginapan.
Kalau anda ingin menyimpan tenaga yang ada, anda boleh menggunakan perkhidmatan shuttle percuma yang disediakan oleh pihak hotel untuk ke kawasan yang berada di dalam jarak 3 km dari hotel.
Alamat: 100 Soi 27 Kanchanavanich Road, Kho Hong, Songkhla, Kho Hong, 90110 Hat Yai, Thailand
22. Hatyai Signature Hotel
Siapa tak suka kalau dapat menginap di dalam hotel yang menawarkan harga bajet tapi dalam masa yang sama cukup lengkap fasilitinya. Ini dapat anda nikmati di Hatyai Signature Hotel. Dengan harga kurang kurang daripada RM120, anda boleh menggunakan kemudahan kolam renang dan pusat kecergasan yang disediakan hotel ini.
Untuk pengetahuan anda, gym hotel ini agak lengkap dengan pelbagai peralatan. Kolam renangnya pula, walaupun kecil, rekaannya membuatkan perasaan untuk anda berenang membuak-buak.
Bilik-biliknya juga luas dan tenang daripada sebarang gangguan bunyi bising untuk tidur yang lena. Dekorasi dalamannya pula sangatlah cantik dan menyejukkan mata kerana menggunakan warna yang cerah.
Bagaimana pula dengan lokasinya? Dari hotel ini untuk ke bandaraya Hatyai, anda boleh mendapatkan khidmat tuk-tuk dengan bantuan kakitangan hotel.
Alamat: 44, Noppakaow-Rimmaung Road, Korhong, Songkla, 90110 Hat Yai, Thailand
21. Z Sleep Hotel
Penginapan yang strategik, Z Sleep Hotel terletak betul-betul bersebelahan dengan Central Festival Mall dan hanyalah beberapa tapak daripada Greenway Night Market dan Asean Night Bazaar untuk anda menipiskan poket.
Bukan sahaja strategik, sebab lain kenapa anda perlu memilih hotel ini adalah kerana bilik-bilik yang ditawarkannya. Luas, selesa dan yang penting sekali memiliki tahap kebersihan yang terbaik!
Selain itu, suasana di dalam hotel juga cukup sunyi untuk keselesaan anda berehat setelah kepenatan. Yang bestnya, kalau bernasib baik, anda mungkin mendapat bilik dengan pemandangan matahari terbenam yang memukau jiwa.
Bagi anda yang membawa kenderaan sendiri, kemudahan tempat meletak kereta turut disediakan. Untuk anda yang memerlukan kemudahan awam pula, stesen bas hanyalah 5 minit perjalanan kaki dari hotel, tuk-tuk juga mudah untuk didapati di kawasan sekitar.
Alamat: 1564 Kanjanavanit Road, Hat Yai, 90110
20. V.L. Hatyai Hotel
V.L. Hatyai Hotel merupakan sebuah hotel murah di Hatyai yang berkedudukan strategik, terletak kurang 1 km dari Lee Garden Plaza, Kim Yong Market dan Odean Supermarket.
Untuk anda yang ingin membeli cenderamata Hatyai, anda boleh ke Clock Tower yang juga hanyalah beberapa minit perjalanan kaki dari hotel. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan tuk-tuk yang mudah didapati di sekitar hotel.
Mengenai bilik-biliknya, ruangnya cukup luas untuk keselesaan penginapan, ia juga dilengkapi dengan arah kiblat untuk memudahkan penginap beragama Islam menunaikan solat. Bukan itu sahaja, makanan yang disediakan makanan hotel ini juga halal, tak perlulah anda bersusah-payah mencari kedai makan di luar hotel.
Alamat: 1-3-5-7 Niphatautid1.Rd, Hat Yai Downtown, 90110 Hat Yai, Thailand
19. Ac Sportcenter
Tak mahu hanya duduk diam di dalam hotel atau anda memang sudah dilahirkan aktif? Apa kata kalau anda menginap di Ac Sportcenter apabila berada di Hatyai nanti.
Seperti namanya Ac Sportcenter, hotel ini menawarkan banyak fasiliti yang dapat membantu anda meningkatkan stamina dan mengekalkan bentuk badan sihat walaupun dah makan bermacam-macam sepanjang percutian.
Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah kolam renang yang luas untuk anda berenang tanpa henti, tempat bermain tenis, pusat kecergasan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan senaman dan juga sauna. Lokasinya, terletak dekat dengan pusat bandaraya Hatyai.
Alamat: 224 PLUGTHONG-KUANJONG , Kho Hong, 90110 Hat Yai, Thailand
18. Klongrien Boutique Hotel
Penginapan yang sangat comfy dan cantik dipandang ini, Klongrien Boutique Hotel adalah salah satu penginapan yang patut anda pertimbangkan di Hatyai. Hotel ini turut menyediakan ruang meletak kereta sekiranya anda datang ke sini dengan kenderaan sendiri.
Biliknya pula, luas dan lengkap dengan pelbagai kemudahan yang penting. Katilnya yang empuk ditambah lagi dengan suasana tenang di dalam hotel membuatkan tidur anda selena yang mungkin tanpa sebarang gangguan.
Lokasinya, terletak dekat dengan pasar malam dan banyak tarikan hebat yang lain di Hatyai.
Alamat: 55-59 Klongrien 2 Road, Hat Yai, Songkhla, 90110 Hat Yai, Thailand
17. THE BED Hatyai
THE BED Hatyai menawarkan penginapan yang dihias dengan moden dan ceria dengan lukisan yang bertemakan cerita dongeng Eropah seperti Snow White dan Rapunzel yang terkenal sebagai ‘bedtime story’ sesuailah dengan nama hotel ini ‘The Bed.’
Setiap bilik di hotel ‘kisah dongeng’ ini lengkap dengan tilam yang berkualiti tinggi iaitu daripada Egyptian Cotton yang dikatakan sebagai antara jenis cotton yang terbaik di dunia. Sambil bersantai di atas tilam empuk ini, anda boleh menonton video-video viral dengan menggunakan wifi berkelajuan tinggi yang disediakan hotel secara percuma.
Antara jenis bilik yang ditawarkan adalah Deluxe Room dan Grand Room yang masing-masing bersedia menanti anda dengan aromaterapi yang menyegarkan deria bau.
Alamat: 170/1-2 Supasarangsan Road, Hatyai, Songkhla , Hat Yai Downtown, 90110 Hat Yai, Thailand
16. Buri Sriphu Boutique Hotel
Buri Sriphu Boutique Hotel adalah sebuah penginapan yang cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti tempat meletak kereta, kolam renang yang indah untuk dewasa dan kanak-kanak, kemudahan wifi yang berkelajuan pantas dan lain-lain lagi. Sememangnya keselesaan yang ditawarkan hotel ini tidak ubah seperti sebuah hotel 5 bintang.
Lokasinya juga agak strategik dengan kawasan seperti Asean Night Market yang terletak di belakang hotel dan Greenway Night Market di sebelah hotel. Di pasar-pasar ini anda dapat mencari banyak makanan halal untuk menghilangkan rasa lapar. Pusat membeli-belah seperti Tesco Lotus dan Central Festival Mall pula hanyalah 5 minit pemanduan dari hotel.
Alamat: 310 Sripuwanart Road Songkhla, 90110 Hat Yai, Thailand
Baca: 34 Hotel Murah Di Krabi Yang Terbaik Untuk Bajet Traveller
15. Centara Hotel Hat Yai
Bukan senang nak jumpa hotel dalam harga bajet yang lengkap dengan khidmat rawatan spa. Bila dah sampai ke Thailand ni, macam tak lengkap pula rasanya kalau tak memanjakan badan dengan spakan? Kalau macam tu, bookinglah Centara Hotel Hat Yai sebagai penginapan di Hatyai nanti.
Spa yang ditawarkan di Centara Hotel Hat Yai terdiri daripada urutan badan yang melegakan segenap sendi yang telah lenguh kepenatan dan juga terapi kecantikan untuk menjadikan wajah anda berseri di dalam foto percutian.
Tidak cukup dengan itu, hotel ini turut menyediakan kemudahan gimnasium dan kolam renang untuk anda beraktiviti.
Alamat: 3 Sanehanusorn Road, Hat Yai, Hat Yai Downtown, 90110 Hat Yai, Thailand
14. The Bedroom
The Bedroom adalah sebuah penginapan yang berkonsep cukup menarik yang menggabungkan sentuhan moden, urban dan beraura ceria. Kalau kebanyakan hotel lain banyak menggunakan warna neutral, hotel ini agak berani dan bijak menggabungkan warna-warni yang lain. Nak rasa suasana penginapan yang berbeza? Bookinglah The Bedroom ya?
Penginapannya juga luas untuk keselesaan bersama keluarga dan lengkap dengan katil yang cukup empuk untuk anda mencampakkan diri selepas puas berjalan di kawasan sekitar Hatyai.
Untuk pengetahuan anda, hotel ini turut memiliki kemudahan gym sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk badan semasa bercuti.
Alamat: 22 Suwannawong Road, 90110 Hat Yai, Thailand
13. Anytime at 24 Resort
Sebaik sampai ke Anytime at 24 Resort, anda dapat merasakan betapa hebatnya kualiti penginapan yang ditawarkan resort ini kerana anda akan disambut dengan minuman bunga yang menyegarkan tekak hasil tanaman pemilik resort ini sendiri. Layanan yang best bukan?
Penginapannya juga sempurna, dengan konsep yang trendy iaitu sentuhan hipster dan moden, Anytime at 24 Resort adalah penginapan yang sesuai untuk anda yang berjiwa muda.
Bilik-biliknya agak luas untuk penginapan dengan harga yang bermula dari bawah RM100, terasa macam tak percaya. Bagi anda yang membawa kenderaan sendiri, anda boleh meletakkan kereta di hadapan bilik yang diinapi.
Lokasinya juga menarik, anda boleh berjalan kaki dalam hanya 20 ke 30 minit untuk kawasan tengah bandar. Exerciselah sikit cuti-cuti ni kan?
Alamat: 8 Samchai Soi 1 Road, Songkhla, 90110 Hat Yai, Thailand
12. Hatyai GreenView Hotel
Hatyai GreenView Hotel adalah sebuah penginapan selesa yang strategik, terletak hanyalah 500 meter dari Pusat Membeli-belah Kim Yong dan Hat Yai Plaza Trade Centre. Tarikan Hat Yai Clock Tower pula hanyalah 4 minit berjalan kaki dari hotel.
Mengenai kemudahannya, penginapan ini cukup mudah bagi anda yang membawa kenderaan sendiri kerana hotel ini turut memiliki banyak tempat meletak kereta.
Kemudahan lain seperti wifinya agak pantas, manakala hiburan TV pula sangat menarik kerana menyediakan banyak pilihan siaran untuk ditonton sewaktu berehat di dalam bilik.
Di samping itu, bilik-bilik yang ditawarkan juga luas dan ‘terlebih’ bersih untuk harganya yang teramatlah murah. Tak perlu fikir banyak kali lagi bukan?
Alamat: 85/4 Sangsri Rd., Hat Yai Market Area, Hat Yai, Thailand, Hat Yai Downtown, 90110 Hat Yai, Thailand
11. V-Ocean Palace
Berlokasi di kawasan yang tenang daripada bunyi bising, V-Ocean Palace adalah sebuah penginapan yang dapat memberikan anda kedamaian penginapan yang diidamkan. Lokasinya ini juga agak menarik, terutama sekali kerana terdapatnya kedai makan halal di sebelah hotel.
Untuk membeli-belah pula, Center Festival Mall dan Lee Garden Plaza masing-masing hanyalah 1 km dari hotel. Anda juga mudah untuk mendapatkan kemudahan pengangkutan di kawasan sekitar hotel.
Lokasi yang hebat bukan? Bagaimana pula dengan penginapannya? Bilik-bilik di hotel ini dihias dengan moden menggunakan warna turquoise dan putih sebagai tema utama, gabungan warna yang agak sedap dipandang mata.
Alamat: 43/10 Sriphadungvithi Road. Had-Yai Songkhla Thailand, 90110 Hat Yai, Thailand
10. Hi Season Hotel
Hi Season Hotel menawarkan penginapan yang dihias dengan minimal dan moden. Bukan itu sahaja, sebaik menjejakkan kaki ke dalam ruang bilik ini, anda dapat menghidu bau yang harum melahirkan rasa damai sewaktu berehat-rehat di dalam bilik.
Bagi anda yang datang bercuti bersama keluarga, Hi Season Hotel adalah salah satu penginapan yang boleh dijadikan pilihan kerana biliknya agak luas untuk keselesaan beramai-ramai.
Di samping itu, walaupun berkonsepkan minimal, segala yang disediakan di hotel ini adalah daripada barangan yang berkualiti tinggi, membuatkan anda terasa seperti menginap di hotel yang mahal.
Lokasinya, terletak dekat dengan tempat-tempat yang efektif dalam melicinkan poket anda iaitu Asean Night Bazaar dan Lee Garden Plaza. Untuk ke kawasan lain di sekitar Hatyai, anda boleh menggunakan tuk-tuk yang setia menanti di luar hotel.
Alamat: 33/2 Rajyindee Road Hatyai, 90110 Hat Yai, Thailand
9. G2 Hotel Hatyai
G2 Hotel Hatyai menyediakan dua jenis penginapan iaitu Standard Room yang dihias dengan moden dan simple, serta bilik jenis G2 Suites iaitu penginapan berkonsep elegan yang selesa untuk diinapi bersama keluarga. G2 Suites juga lengkap dengan ruang balkoni untuk anda menikmati udara luar dan pemandangan yang seluas pandangan mata kawasan sekitar.
Anda juga dapat menginap dalam jangka masa panjang di sini dengan selesa kerana ia turut menyediakan perkhidmatan dobi dan wifi percuma sebagai hiburan di waktu lapang.
Lokasinya, terletak hanya dalam 10 minit pemanduan dari stesen bas dan kereta api Hatyai. Untuk ke pusat bandar Hatyai pula hanyalah mengambil masa 5 minit pemanduan.
Alamat: 147 Royal Rd Soi Boon Sam Chai-Yai, Songkhla , 90110 Hat Yai, Thailand
8. Crystal Hotel Hat Yai
Crystal Hotel Hat Yai sesuai dengan nama yang diberikan, aura yang dapat dirasakan daripada bilik-bilik yang ditawarkannya adalah bersih dan suci bak kristal yang disebabkan oleh warna-warna yang digunakan dalam sentuhan dalamannya iaitu warna putih yang lembut dan coklat cair.
Keindahan rekaan dalaman bilik ini disempurnakan lagi dengan pencahayaan malap di celah-celah sudut perabot dan siling, jelas bertambah serinya.
Bukan itu sahaja, dari bilik-bilik di sini juga anda dapat menikmati pemandangan yang indah sama ada gunung-ganang, taman ataupun kolam renang.
Alamat: 327 Kanchanavanich Road Songkhla, 90110 Hat Yai, Thailand
7. La Pause Hatyai
Inginkan percutian yang cool? Kenalah menginap di hotel yang cool jugakan? Kalau macam tu, jom menginap di La Pause Hatyai. Hotel ini memiliki rekaan dalaman yang sungguh menarik!
Yang penting sekali, ianya tidak hanya cantik pada pandangan mata, tetapi cukup selesa dengan katil yang empuk dan kemudahan yang lengkap untuk keselesaan penginapan anda selama mana sekali pun. Kalau anda nak tahu, sesetengah unit hotel ini lengkap dengan ruang tamu untuk anda bersantai sambil merancang masa depan.
Bukan itu sahaja, layanan yang diberikan oleh kakitangan hotel ini bukan main hebat lagi, membuatkan anda terasa seperti artis Hollywood. Hotel dalam harga murah ini akan memberikan anda layanan bertaraf 5 bintang!
Lokasinya, terletak hanyalah dalam 15 minit berjalan kaki ke Lee Garden Plaza. Tapi kalau anda terasa seperti ingin menikmati snek ringan, 7-11 hanyalah 5 minit berjalan kaki dari hotel.
Alamat: 43,45 Juti Utit 3 Road, Hatyai, 90110 Hat Yai, Thailand
6. U Hatyai Hotel
U Hatyai Hotel menawarkan penginapan yang luas, bersih dan lengkap dengan katil yang sangat selesa, apa lagi yang anda inginkan untuk penginapan? Lokasinya juga strategik dengan banyak tarikan menarik dan tempat membeli-belah yang terletak tidak jauh dari hotel.
Kedengaran macam meriah bukan? Tapi begitu, kawasan di sekitar hotel ini agak tenang daripada keriuhan kota, tidur lena adalah satu kepastian.
Di samping itu, pihak hotel juga turut menyediakan air kopi, teh, roti dan lain-lain secara percuma di ruang lobi pada setiap pagi. Yang bestnya, makanan yang disediakan adalah halal untuk penginap muslim.
Perkhidmatan pelanggannya juga adalah antara yang terbaik di Hat Yai. Hotel dah best, kalau servicenya thumbs down, apalah maknanya kan?
Alamat: 11 Boonrong Uthit 2 Road, Hat Yai Market Area, Hat Yai Downtown, 90110 Hat Yai, Thailand
5. Diamond Plaza Hotel
Terletak di tengah bandaraya Hatyai, Diamond Plaza Hotel adalah sebuah penginapan yang terbaik untuk anda yang datang ke Hat Yai tanpa membawa kenderaan sendiri kerana terdapat banyak kemudahan pengangkutan dan kedudukan hotel ini yang hampir dengan banyak tempat membeli-belah di sekitar bandar.
Di dalam lokasi ini juga, agak mudah bagi yang beragama Islam mencari kedai makanan yang halal.
Mengenai penginapannya, Diamond Plaza Hotel memiliki rekaan dalaman yang beraura klasik, jadi bagi anda yang memiliki ‘old soul,’ hotel ini didedikasikan untuk anda.
Alamat: 62 Niphat Uthit 3 Rd, Hatyai, Songkhla, Hat Yai Downtown, 90110 Hat Yai, Thailand
4. Baai Baai Mansion
Baai Baai Mansion adalah sebuah penginapan yang dihias dengan moden dan minimal, sesuai sekali untuk anda yang sukakan sesuatu yang simple. Biliknya yang menggunakan warna yang cerah seperti putih dan kelabu terang ini menonjolkan lagi kebersihannya yang sangat memuaskan hati.
Bukan sahaja selesa, kedudukan hotel ini juga menjadi salah satu sebab kenapa ianya adalah pilihan yang tepat di Hatyai. Baai Baai Mansion terletak kurang 1 km dari pusat bandar yang meriah untuk anda teroka.
Macam mana pula kalau tiba-tiba sahaja perut menggerodak semasa berehat di dalam bilik? Anda boleh membeli kudapan yang ada dijual di kedai 7-11 yang hanyalah beberapa tapak dari hotel.
Alamat: 107 soi 6, rajyindee road hatyai, songkhla, 90110 Hat Yai, Thailand
3. Dusita Grand Resort
Resort indah Dusita Grand Resort, terletak di dalam sebuah kawasan yang berlanskap indah. Sekiranya anda merindukan suasana kampung yang nyaman disebalik keindahan alam semula jadi dan jauh dari kacau-bilau kota, jadikanlah resort ini sebagai pilihan penginapan di Hatyai nanti.
Sambil bersantai di sebalik tamannya, anda boleh menggunakan akses wifinya yang cukup pantas untuk mendengar muzik instrumental sambil mencuci mata melihat pemandangan yang mendamaikan.
Resort ini cukup sempurna untuk penginapan bersama keluarga dan bagi anda yang membawa kenderaan sendiri kerana ia menawarkan bilik-bilik yang luas, dan setiap bilik yang diinapi memiliki ruang garajnya sendiri.
Alamat: 29 Moo 3, Lardsadorn Luam Jai Road, Tambon Kuan Lang, Amphoe Hat Yai, Songkhla, 90110 Hat Yai, Thailand
2. Ps Sriphu Hotel
Ps Sriphu Hotel adalah sebuah hotel yang masih agak baru, maka kebersihannya cukup terserlah, keindahan dekorasinya juga sangat menyegarkan jiwa.
Bukan itu sahaja, bagi anda yang datang bercuti bersama keluarga, tidak perlulah berebut soket untuk mengecaj peralatan elektronik kerana bilik-biliknya lengkap dengan ruang soket yang banyak.
Alamat: Sripoovanart Road, 90110 Hat Yai, Thailand
1. The Habita Hatyai
The Habita Hatyai adalah sebuah penginapan yang terletak di dalam sebuah struktur bangunan yang cukup inovatif dan menyamankan. Bangunannya yang menggunakan gabungan kayu-kayan serta persekitaran yang dihiasi dengan tumbuhan hijau mewujudkan suasana yang menyegarkan pandangan mata.
Seni bina hotel ini secara tidak langsung memantapkan sistem pengudaraan di setiap pelusuk hotel, jadi, setiap masa anda di hotel ini, kesegaran udara dapat dinikmati tanpa sebarang masalah.
Yang menariknya lagi, hotel ini turut lengkap dengan perpustakaan kecil yang bergabung dengan cafe yang boleh memuatkan 10 orang pada satu-satu masa. Anda boleh meluangkan waktu untuk mengisi minda di sini sambil menikmati pemandangan bilik yang berdekorasi dalaman eksklusif dan suasana luar yang penuh kehijauan.
Lokasinya, terletak dekat dengan kedai 7-11 dan Lee Gardens yang hanyalah beberapa minit berjalan kaki untuk mendapatkan makanan halal. Anda juga boleh mendapatkan sarapan pagi yang halal daripada pihak hotel.
Alamat: Sangsri Road Hatyai, Hat Yai Downtown, 90110 Hat Yai, Thailand
Walaupun hotel-hotel ini berada di dalam kategori penginapan dalam harga bajet, dekorasi dalaman, lanskap kawasan di sekitar dan tawaran banyak lagi fasiliti yang lain menjadikan semua hotel ini sebenarnya tiada bezanya dengan hotel yang lebih mewah yang lain. Siapa kata perlu bayar lebih untuk semua ini?
Banyak sekali hotel murah di Hatyai yang menarik untuk dicuba ini bukan? Nak tambahkan lagi pilihan yang ada dalam tangan anda? Boleh layari booking.com untuk mendapatkan senarai pilihan penginapan yang beratus-ratus di Hatyai ini yang ditawarkan dalam harga yang terbaik.
Kalau bilik sudah dibooking, apa kata kalau anda cuba baca artikel kami tentang Tempat Menarik di Hatyai untuk membantu anda membuat rancangan perjalanan di sana nanti.
Banyak tarikan yang menunggu anda di sana, jangan buang masa lagi, kemaskan pakaian anda sekarang juga untuk sebuah percutian yang sempurna di Thailand. Selamat bercuti di Hatyai!