25 Hotel Murah Di Ipoh | Penginapan Bajet Bawah RM200 Yang Selesa

Hipster dan Ipoh berpisah tiada.  Manakan tidak, sebagai sebuah bandaraya yang kaya dengan kesenian, peninggalan klasik, dan tidak lupa juga kemahsyuran kopinya membuatkan ia sesuai sekali diberi gelaran sebagai ‘hipster town’. Bukan itu sahaja, terdapat banyak sekali tarikan-tarikan lain yang menjadikan bandaraya Ipoh ini sebuah destinasi pelancongan dalam Malaysia yang wajib dilawati bukan sahaja oleh backpackers tapi untuk percutian sekeluarga.

Banyaknya tempat menarik untuk dilawati, maka banyak jugalah pilihan hotel yang tersedia di Ipoh yang boleh anda pilih untuk dijadikan penginapan selama anda di sini. Mungkin sukar untuk anda membuat pilihan kerana rambang mata dengan kewujudan hotel-hotel yang ada, maka di sini saya akan memudahkan pemilihan anda dengan menyenaraikan 25 hotel murah di Ipoh yang menawarkan harga yang berpatutan dan mendapat testimoni yang baik.

25. 1st Guest House | Dari RM78 Semalam

1st Guest House 1

Terletak hampir dengan tarikan pelancongan seperti Muzium Han Chin Pet Soo, Jabatan Mineral dan Geosains  dan Sam Poh Tong Temple. Hotel ini memiliki konsepnya yang tersendiri yang melahirkan suasana santai dalam dekorasi yang tampak simple dan menarik hati.

Hotel ini turut menyediakan dapur berkongsi yang dapat membuatkan anda berasa seperti berada di rumah sendiri. Yang penting sekali, setiap bilik di hotel ini dilengkapi dengan penghawa dingin dan televisyen bersaluran satelit supaya dapatlah anda berehat di dalam bilik tanpa berasa bosan.

1st Guest House 2

Yang menariknya lagi, hotel ini menyediakan perkhidmatan sewa kereta, tidak perlulah anda membuang masa menunggu pengangkutan awam untuk ke destinasi yang ingin dituju.

Lokasi: 103, Jalan King, Taman Hoover, 31650 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

24. Golden Roof Hotel | Dari RM94 Semalam

Golden Roof Hotel 1

Golden Roof Hotel merupakan sebuah hotel yang memberikan anda pengalaman penginapan yang eksklusif. Dari luar hotel terutama pada waktu malam anda dapat melihat lampu neon hotel yang menghidupkan lagi hotel ini. Sebaik anda masuk ke lobi hotel, anda dapat melihat dekorasi berkonsepkan moden kontemporari di setiap sudut. Yang menariknya juga, hotel ini turut memiliki pusat refleksologi yang terletak di aras bawah hotel.

Bilik-bilik di hotel ini luas menjadikan ia sangat sesuai untuk penginapan bersama keluarga. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin dan tandasnya pula memiliki pancuran air panas.

Golden Roof Hotel 2

Hotel ini turut terletak berdekatan dengan pasaraya Jusco dengan hanya 3 minit pemanduan. Dalam jarak 2 minit pula terdapat restoran makanan tempatan untuk anda menjamu selera. Destinasi pelancongan terdekat pula adalah Lost World of Tambun yang terletak hanya 10 minit dari hotel.

Lokasi: No. 2, 6A Jalan Ampang Baru, Pusat Perdagangan Ampang Baru, 31350 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

23. Hotel Premium  | Dari RM98 Semalam

Hotel Premium Ipoh 1

Hotel ini terletak berdekatan dengan Terminal Amanjaya Ipoh dan pasaraya Mydin dengan hanya 5 minit berjalan kaki. Untuk menjamu selera pula, terdapat sebuah restoran makanan segera dalam 3 minit berjalan kaki.

Hotel Premium Ipoh 2

Dengan harga bemula dari bawah RM100 anda mendapat sebuah penginapan yang mengutamakan keselesaan anda. Setiap bilik disertai dengan penghawa dingin dan kemudahan air panas. Yang menariknya lagi, di lobi hotel ini disediakan kerusi urut  untuk anda merehatkan badan selepas puas makan angin di Ipoh.

Lokasi: 23A-G Jalan Meru Bestari B5, 30020 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

22. Fair Park Hotel | Dari RM102 Semalam

Fair Park Hotel 1

Fair Park Hotel terletak berdekatan dengan bandar dan tidak jauh dari hotel ini terdapat restoran-restoran, kedai-kedai runcit dan pusat membeli-belah. Lokasi hotel ini yang agak strategik membuatkan harganya sangatlah berbaloi.

Fair Park Hotel 2

Tambahan pula, dengan bilik yang berdekorasi moden dan berpenghawa dingin, sudah pasti membuatkan percutian anda penuh dengan keselesaan. Di samping itu, pancuran mandian air panas turut tersedia untuk anda melegakan badan anda setelah seharian beraktiviti.

Lokasi: No. 85, Jalan Kamaruddin Isa, 31400 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

21. The Regency Garden Hotel | Dari RM104 Semalam

The Regency Garden Hotel 1

Hotel yang berkonsep moden ini terletak berdekatan dengan bandar lama Ipoh iaitu sekitar 5 minit pemanduan. Pusat membeli-belah Kinta City pula hanyalah 5 minit berjalan kaki dari hotel.  Lokasi pelancongan yang terdekat adalah Lost World of Tambun yang hanyalah 3.9 km dari hotel. Terdapat juga banyak gerai makan di sekitar hotel yang hanya memakan masa 2 minit berjalan kaki.

The Regency Garden Hotel 2

Bukan sahaja lokasinya yang strategik, malahan, keselasaan dan kemudahan yang disediakan hotel ini adalah di tahap yang ‘tip-top’. Di setiap bilik yang sejuk berpenghawa dingin, disediakan juga kemudahan seterika, mandian air panas, pengering rambut, dan lain-lain lagi. Selain itu, hotel ini turut memilik gymnya sendiri. Menarik bukan?

Lokasi: No. 38-40, Jalan Medan Ipoh 6, Bandar Baru Medan Ipoh, 31400 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

20. Ritz Garden Hotel | Dari RM105 Semalam

Ritz Garden Hotel 1

Hotel ini sangat sesuai untuk anda yang inginkan tempat-tempat bersantai di sekitar hotel. Di pusat kecergasan yang disediakan pihak hotel, anda boleh melakukan senaman dan boleh juga mendapatkan perkhidmatan urutan tradisional untuk memanjakan badan anda. Di samping itu, terdapat juga bilik hiburan di mana anda boleh berkaraoke dan bermain billiard.  Yang menariknya lagi, kolam renang turut disediakan.

Ritz Garden Hotel 2

Setiap bilik di hotel ini lengkap dengan penghawa dingin, pancuran air panas, pengering rambut dan lain-lain lagi. Wifi percuma turut disediakan.

Mengenai lokasi hotel pula, ia terletak berdekatan dengan pusat membeli-belah Ipoh Parade yang hanyalah sekitar 5 minit pemanduan. Dalam 15 minit perjalanan kaki pula terdapat Restoran Signature Chicken Rice and Noodle.

Lokasi: 86-88, Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

19. Ipoh Boutique Hotel | Dari RM109 Semalam

Ipoh Boutique Hotel 1

Hotel ini berada di kawasan yang dikelilingi dengan pelbagai lokasi menarik di sekitarnya. Terletak benar-benar di tengah bandaraya Ipoh, anda hanya perlu berjalan kaki selama 2 minit untuk sampai ke The Store dan 10 minit untuk ke pasar Gerbang Malam yang terkenal dengan jualan pelbagai barangan menarik.

Ipoh Boutique Hotel 2

Sekitar 2 minit perjalanan kaki dari hotel ini terdapat banyak pilihan restoran untuk anda menjamu selera.

Setiap bilik di hotel ini dilengkapi dengan penghawa dingin dan berlantaikan kayu serta pelbagai lagi kemudahan lain. Tandasnya juga lengkap dengan pancuran air panas dan pengering rambut.

Lokasi: 69-70, Jalan Dato Onn Jaafar (Cockman Street), 30300 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

18. Cititel Express Ipoh | Dari RM111 Semalam

Cititel Express Ipoh 1

Hotel ini terletak berdekatan dengan Kinta Riverfront dalam 2 minit berjalan kaki dari hotel. Kawasan tarikan lain yang berada kurang 2 km dari hotel adalah Han Chin Pet Soo Museum, Ipoh Railway Station, Pasar Gerbang Malam, DR Park dan Ipoh Parade, banyak bukan? Bukan itu sahaja, Cititel turut menyediakan perkhidmatan shuttle percuma untuk anda ke destinasi paling terkenal di sekitar Ipoh.

Cititel Express Ipoh 2

Yang menariknya lagi, dari bilik hotel yang berpenghawa dingin ini anda dapat menikmati pemandangan sungai ataupun bandar. Setiap bilik juga dilengkapi dengan saluran televisyen IPTV. Untuk menjamu selera, hotel ini terletak berdekatan dengan pelbagai restoran yang berada dalam sekitar 5 minit perjalanan kaki.

Lokasi: No 2, Jalan S.P. Seenivasagam, 30000 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

17. Regalodge Hotel Ipoh | Dari RM102 Semalam

Regalodge Hotel Ipoh 1

Regalodge Hotel menawarkan penginapan yang selesa berkonsep moden. Yang menariknya, hotel ini dilengkapi dengan pusat refleksologi dan tab mandian air panas di mana anda boleh merehatkan badan.

Setiap bilik di hotel ini lengkap dengan penyejuk udara, televisyen bersaluran kabel dan lain-lain lagi kemudahan yang akan memudahkan penginapan anda di hotel. Kemudahan lain yang disediakan juga adalah seperti khidmat dobi dan sewa kereta.

Regalodge Hotel Ipoh 2

Untuk pengetahuan anda, hotel ini terletak kurang 1 km dari Greentown Mall, Ipoh Parade dan Bazar Memory Lane. Kawasan tarikan semula jadi yang terdekat pula adalah Perak Cave iaitu hanya 5.1 km dari hotel.

Lokasi: 131, Jalan Raja Ekram, 30450 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

16. D Eastern Hotel | Dari RM128 Semalam

D Eastern Hotel 1

Dengan harga di bawah RM150 anda mendapat sebuah penginapan yang berada di kawasan perniagaan Ipoh, lokasinya agak strategik untuk anda yang ingin membeli-belah sewaktu di Ipoh. Ipoh Parade dan pasar Memory Lane terletak 5 minit perjalanan kaki dari hotel dan 15 minit pemanduan ke pasaraya Tesco dan Jusco.

D Eastern Hotel 2

Setiap bilik di sini berlantaikan karpet dan berpenghawa dingin. Televisyen pula dilengkapi dengan siaran satelit, dan terdapat juga peralatan untuk membuat kopi dan teh. Wifi percuma turut tersedia untuk para pelanggan.

Lokasi: 118, Jalan Sultan Idris Shah, 30300 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

15. Seemsoon Hotel | Dari RM128 Semalam

Seemsoon Hotel Ipoh 1

Hotel ini terletak berdekatan dengan dua pusat tarikan alam semula jadi iaitu Sam Poh Tong Temple dan Perak Cave Temple yang hanya 10 minit perjalanan dari hotel.

Seemsoon Hotel 2

Bilik-bilik di hotel ini yang luas dan selesa memiliki aura elegan yang membuatkan penginapan anda terasa mewah. Setiap bilik lengkap berpenghawa dingin dan berlantai karpet. Kemudahan hiburan adalah saluran televisyen bersiaran satelit dan wifi percuma. Selain itu, anda dapat menikmati pemandangan bandar dari tingkap hotel anda.

Lokasi: 2, Regat Dato Mahmud (Jalan Pasir Puteh), 31650 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

14. Brick Box Hotel | Dari RM138 Semalam

Brickbox-Hotel-1

Jika anda inginkan suasana tempat tinggal yang ‘hipster’ bookinglah hotel ini, hotel yang berdindingkan batu-bata ini memiliki lokasi yang agak strategik untuk anda yang ingin melawat pelbagai lokasi menarik di Ipoh. Terletak kurang 5 km dari hotel adalah muzium Han Chin Pet Soo, Ipoh Railway Station dan Muzium Geologi Ipoh. Untuk membeli-belah pula anda boleh lawati AEON Mall yang hanya 4.9 km dari hotel. Pihak hotel turut menyediakan perkhidmatan shuttle percuma.

Brick Box Hotel 2

Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin dan turut lengkap dengan wifi percuma. Apa yang lain dari yang lain tentang hotel ini adalah anda boleh menggunakan basikal yang disediakan hotel secara percuma kerana kawasan ini agak terkenal dengan aktiviti berbasikalnya.

Lokasi: No 31 Jalan Dato Maharajalela, 30000 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

13. Merton Hotel Ipoh | Dari RM148 Semalam

Merton Hotel Ipoh 1

Sesiapa sahaja pasti akan terpukau dengan ketelitian dekorasi hotel ini, daripada rekabentuk luarannya lagi anda dapat merasakan atmosfera yang cuba diwujudkan hotel ini dan ternyata apabila anda melangkah masuk anda akan dapat melihat konsepnya yang unik dan dalam masa yang sama menyegarkan pandangan. Dengan warna-warna natural sebagai tema hotel ini, anda akan berasa santai sebaik masuk ke lobi hotel.

Merton Hotel Ipoh 2

Bilik-bilik lengkap dengan penyaman udara, katil yang selesa dan kemudahan-kemudahan lain. Terdapat juga ruang duduk yang selesa dalam bilik-bilik tertentu.

Antara lokasi terkenal yang terdekat dengan hotel adalah Guan Yin Cave, Sam Poh Tong Temple, Muzium Geologi Ipoh  dan Ipoh Parade. Bukan itu sahaja, sekitar hotel ini juga terdapat pelbagai kedai-kedai yang boleh anda lawati.

Lokasi: 25 Jalan Lapangan Symphony, Symphony Business Park, 31350 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

12. Impiana Hotel Ipoh | Dari RM152 Semalam

Impiana Hotel Ipoh 1

Hotel ini terletak di kawasan antara perjalanan Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Yang menariknya, Hotel Impiana ini terletak di dalam kawasan taman-taman yang disekitarnya terdapat bukit-bukit batu kapur.

Impiana-Hotel-Ipoh-2

Hotel yang memiliki rekabentuk dalaman yang moden ini bukan sahaja menawarkan bilik-bilik yang luas, malahan turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk penginap seperti penghawa dingin, peti deposit keselamatan, tv bersaluran kabel dan lain-lain lagi.

Anda boleh juga bersantai di teres taman yang terdapat di hotel. Sarapan pagi turut disediakan di teres taman ini.

Lokasi: 18, Jalan Sultan Nazrin Shah, 30250 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

11. Hotel Excelsior | Dari RM155 Semalam

Hotel Excelsior Ipoh 1

Hotel ini terletak di lokasi yang strategik sekali, muzium Han Chin Pat Soo, muzium Ho Yan Hor, Art of Old Town dan Concubine Street kesemuanya dalam lingkungan 20 minit perjalanan kaki dari hotel.

Hotel Excelsior Ipoh 2

Bilik-bilik di hotel ini dihias dengan minimal dan elegan untuk keselasaan anda. Dilengkapi dengan penyaman udara, bilik-bilik ini juga turut kalis bunyi agar anda dapat menikmati tidur malam yang lena.

Antara kemudahan lain yang disedikan hotel ini adalah pusat kecergasan dan kolam renang.

Lokasi: 43, Jalan Sultan Abdul Jallil, 30300 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

10. Heritage Hotel Ipoh | Dari RM155 Semalam

Heritage-Hotel-Ipoh-1

Bagi yang inginkan pemandangan yang menarik dari bilik hotel anda, menginaplah di hotel ini.  Hotel yang terletak di Jalan Raja Dihilir ini bukan sahaja berada di kawasan yang menawarkan pemandangan cantik terutama pada waktu malam, malahan lokasinya juga strategik sekali. Terletak kurang  dari 5 km hotel ini adalah Muzium Geologi Ipoh, Muzium Han Chin Pet Soo, Sam Poh Tong Temple dan banyak lagi.

Heritage Hotel Ipoh 2

Setiap bilik di hotel ini lengkap dengan penyaman udara, wifi yang mantap dan siaran Astro yang pelbagai, jadi tidaklah anda bosan untuk lepak di dalam bilik. Yang menariknya lagi, hotel ini menawarkan 3 restoran yang berbeza yang menghidangkan makanan tempatan, barat dan antarabangsa. Anda juga boleh menikmati muzik piano secara langsung sekiranya anda ke Garden Lounge di hotel ini.

Untuk beraktiviti pula, hotel ini turut memiliki pusat sauna dan gymnya sendiri. Dengan harga yang bermula dari RM155, banyak fasiliti yang boleh anda nikmati.

Lokasi: Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

9. Ipoh Downtown Hotel | Dari RM158 Semalam

Ipoh Downtown Hotel 1

Hotel yang memiliki bangunan berekabentuk luaran yang unik dan berwarna merah ini dapat menarik perhatian sesiapa sahaja. Hotel ini terletak hampir dengan pusat membeli-belah Ipoh Parade dengan hanya 5 minit pemanduan dari hotel.

Ipoh Downtown Hotel 2

Setiap bilik di hotel ini dihias dengan menarik sekali untuk keselesaan anda. Ianya lengkap dengan penghawa dingin, TV satelit dan wifi yang mantap.

Selain daripada kemudahannya yang lengkap, hotel ini turut menyediakan shuttle dengan caj tambahan.

Lokasi: No. 210, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

8. OYO Rooms Jalan Leong Boon Swee | Dari RM160 Semalam

OYO Room Jalan Leong Boon Swee 1

Hotel ini terletak tidak jauh dari Ipoh Parade iaitu hanya 1.5 km dari hotel.  Terdapat banyak pusat pelancongan yang terletak berdekatan dengan hotel ini seperti Muzium Han Chi  Pet Soo, Ipoh Railway Station, Muzium Geologi Ipoh  dan lain-lain lagi. Terdapat juga restoran yang boleh anda lawati untuk menjamu selera yang terletak berdekatan kawasan hotel.

OYO Room Jalan Leong Boon Swee 2

Bilik di hotel ini agak luas dan dilengkapi dengan penyaman udara dan wifi internet. Kemudahan dan keluasan bilik yang disediakan hotel ini membuatkan ia sebuah penginapan yang selesa dan sesuai untuk anda yang datang bersama keluarga.

Lokasi: Plot No. 37, Near Kota Utama Automobile, 31650 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

7. M Roof Hotel & Residence | Dari RM160 Semalam

M Roof Hotel Residence Ipoh 1

Hotel yang memiliki aura ekslusif dengan tema hitam dan putih ini memberikan anda sebuah penginapan yang sangat selesa dan berbaloi. Dekorasi hotel ini yang sangat menarik membuatkan anda berasa seperti menginap di sebuah studio profesional di New York!

M Roof Hotel Residence Ipoh 2

Bilik-bilik di hotel ini dilengkapi penghawa dingin, televisyen bersaluran satelit, tandas yang bertab mandi dan banyak lagi kemudahan lain yang melengkapkan penginapan seharian anda di sini.

Lokasi: Jalan Dato Lau Pak Khuan, 31400 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

6. Tower Regency Hotel | Dari RM167 Semalam

Tower Regency Hotel 1

Sebuah penginapan mewah yang memberikan pilihan kepada anda sama ada apartmen ataupun bilik studio. Penginapan ini turut menyediakan kolam renang luaran, pusat kecergasan, dan restoran untuk anda menjamu selera.

Semua penginapan yang ditawarkan lengkap dengan penyaman udara dan wifi yang percuma. Setiap bilik juga memiliki tv bersaluran satelit dan tandas yang berpancuran mandi. Peti sejuk turut disediakan di apartmen hotel ini.

Tower Regency Hotel Ipoh 2

Terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Ipoh dan  kuil Sam Poh Tong dalam 15 minit pemanduan. Lokasinya yang berdekatan dengan bandar memudahkan anda untuk mencari kedai makan di kawasan sekitar.

Lokasi: 6-8, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Greentown , 30450 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

5. The Syeun Hotel | Dari RM179 Semalam

The Syuen Hotel 1

Hotel ini terletak hanya 5 minit berjalan kaki dari Ipoh Parade dan Bougainvillea Park. Kedudukannya yang berada berdekatan dengan bandar memberikan anda banyak pilihan tempat menjamu selera.  Hotel ini turut memiliki pusat kecergasan, kolam renang luaran dan spanya sendiri. Jadi, banyaklah aktiviti yang boleh anda rancang sekiranya ke hotel ini.

The Syuen Hotel 2

Setiap bilik lengkap dengan penyaman udara, perabot kayu, dan pencahayaannya juga baik sekali. Tandasnya pula lengkap dengan kemudahan tab mandi.

Lokasi: No. 88, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30300 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

4. MH Hotel Ipoh | Dari RM180 Semalam

MH Hotel Ipoh 1

Hotel ini dikelilingi oleh pasaraya-pasaraya besar seperti Tesco dan Jusco untuk anda membeli-belah sewaktu di Ipoh. Bukan itu sahaja, ia juga dekat dengan tarikan pelancongan yang lain seperti Lost World of Tambun dan kuil Sam Poh Tong yang terletak hanya 10 minit pemanduan dari hotel.

MH Hotel Ipoh 2

Setiap bilik di hotel ini lengkap dengan pendingin hawa, tv bersaluran satelit dan banyak lagi kemudahan lain. Bilik-bilik ini turut lengkap dengan wifi percuma.

Lokasi: Jalan Medan Ipoh 1A, Medan Ipoh Bistari, 31400 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

3. M Boutique Hotel | Dari RM212 Semalam

M Boutique Hotel Ipoh 1

Dari luar bangunan M Boutique Hotel anda dapat melihat ciri-ciri binaan yang gah sekali. Dekorasi dalaman hotel ini juga diberikan perhatian pihak hotel.  Setiap pelusuk hotel dihias dengan menarik. Dengan harga bermula dari RM212 anda mendapat sebuah penginapan yang terasa hipster dan mewah.

M Boutique Hotel Ipoh 2

Setiap bilik di hotel yang berkonsep tersendiri  ini dilengkapi dengan penyaman udara, tv bersaluran satelit, bar mini dan wifi percuma. Anda juga dapat menikmati karya-karya seni yang dipaparkan di dinding bilik.

Selain itu, hotel ini juga memiliki pusat kecergasan, kedai jualan barangan gaya hidup dan restorannya sendiri.

Lokasi: No. 2, Hala Datuk 5, 31650 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

2. Kinta River Front | Dari RM217 Semalam

Kinta Riverfront Ipoh 1

Terletak di pusat perniagaan Ipoh, merupakan tempat penginapan yang tepat bagi anda yang ingin membeli-belah di Ipoh. Pusat membeli-belah Ipoh Parade terletak hanya 6 minit pemanduan dari hotel ini. Terdapat banyak restoran yang berada berdekatan dengan hotel untuk dilawati. Shuttle juga disediakan kepada para pelanggan dengan caj tambahan.

Kinta Riverfront Ipoh 2

Hotel ini lengkap dengan pusat kecergasan dan kolam renang yang luas.  Setiap bilik hotel yang berpenghawa dingin ini didatangkan dengan kemudahan menyeterika, bar mini dan lain-lain. Terdapat juga bilik yang menawarkan pemandangan sungai.

Lokasi: Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

1. MU Hotel | Dari RM218 Semalam

MU Hotel 1

MU Hotel merupakan sebuah hotel yang berdekorasi moden dengan warna-warna yang menyegarkan pandangan mata. Ianya terletak berdekatan dengan Bandar Lama Ipoh dan Ipoh Railway Station yang hanya 4 minit pemanduan dari hotel.

Mu Hotel 2

Setiap bilik berkonsep moden ini dilengkapi dengan penghawa dingin, tv bersaluran satelit, cerek dan banyak lagi fasiliti lain untuk kemudahan anda. Hotel ini juga menyediakan khidmat cucian kering, dobi dan shuttle untuk ke lapangan terbang.

Lokasi: No 18, Jalan Chung Onn Siew, 30250 Ipoh

Selanjutnya Di Booking.com

Menarik sekali pilihan-pilihan hotel murah di Ipoh bukan? Lokasi-lokasi hotel ini juga kebanyakannya berada di kawasan yang agak strategik. Segala pilihan berada di tangan anda, mungkin anda membuat pilihan berdasarkan dekorasi? Mungkin juga berdasarkan restoran-restoran yang terdapat di sekitar hotel? Tepuk dada, tanya selera.

Apa yang penting sekali, dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu memberangsangkan ini, kita bolehlah cuba untuk berjimat dalam aspek-aspek yang perlu. Dalam hal ini, keselesaan tempat penginapan juga adalah penting, jadi anda perlulah mengetahui cara untuk mendapatkan harga yang murah dan dalam masa yang sama tidak mengecewakan. Anda perlulah merancang percutian anda dengan lebih awal supaya tempahan hotel dapat dibuat lebih awal dengan harga yang rendah.

Untuk makluman anda, harga yang ditawarkan pihak hotel boleh berubah mengikut musim. Harga hotel lebih murah sewaktu musim off-peak berbanding cuti persekolahan. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari Booking.com.

Sekian penulisan saya tentang hotel bajet di Ipoh, saya berharap artikel ini dapat membantu anda membuat pilihan yang terbaik supaya anda mendapat sebuah percutian yang menyeronokkan di Ipoh nanti.