28 Hotel Murah Di Johor Bahru | Pilihan Bajet Traveller

Hotel Murah Di Johor Bahru

Johor, sebuah negeri yang sangat terkenal dengan zon bebas cukai, Taman Tema Legoland, keindahan alam semula jadi seperti pantai, taman negara, taman rekreasi dan banyak lagi.

Selain itu, Johor turut terkenal kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Kota Singa iaitu Singapura yang sangat dikenali di seluruh dunia. Oleh kerana itu, Johor memiliki banyak kemudahan pengangkutan awam dan lapangan terbang yang menghubungkan negeri ini dengan negeri-negeri lain dan terutama sekali Singapura.

Kepesatan pembangunan Johor Bahru sebagai sebuah kota raya dapat dilihat dengan kewujudan pelbagai destinasi percutian dan tarikan pelancongan. Pembangunan banyak tempat yang boleh dilawat di Johor secara tidak langsung membuatkan banyak hotel disediakan untuk penginapan pelancong.

Namun begitu, bukan semuanya dapat memberikan keselesaan yang diingini terutama sekali dengan harga yang rendah, oleh itu, di sini saya senaraikan 28 hotel murah di Johor Bahru yang dapat memenuhi bajet anda dan mendapat testimoni yang baik.

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Johor Bahru

01. OYO 246 Link Inn

OYO 246 Link Inn Hotel - Main Image

Untuk hotel dalam harga bajet, OYO 246 Link Inn menawarkan antara penginapan murah paling memuaskan hati di Johor Bahru. Bilik-biliknya cukup bersih dan luas untuk keselesaan yang maksima dalam harga yang minimum.

Bukan itu sahaja, hotel ini turut menyediakan kemudahan wifi yang berkelajuan tinggi, macam tak percaya hotel bajet ada wifi lajukan?

OYO 246 Link Inn Hotel - Room Image

Dah puas berehat dalam bilik? Sekiranya anda menginap di sini pada hari Khamis, bolehlah anda membuka langkah menuju ke pasar malam yang dibuka. Untuk membeli kudapan atau minuman, kedai 99speedmart juga terletak tidak jauh dari hotel.

Alamat: 28, Berdekatan SMK Taman Selesa Jaya 2Jalan Silat Harimau 2, Bandar Selesa Jaya, 81300 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

02. Elmark Hotel

Elmark Hotel 1

Terletak 5 km dari JB City Square adalah sebuah hotel yang sangat menarik hati, dari jauh lagi anda akan dapat melihat hotel yang berwarna kemerahan ini.

Setiap bilik di hotel ini dihias dengan corak-corak ceria dan kreatif pada dinding dan pastinya bilik-bilik ini berpenghawa dingin untuk keselesaan anda.

Elmark Hotel 2

Antara ulasan yang diberikan pelanggan adalah tahap kebersihan hotel yang memuaskan hati, tempat tidur yang amat selesa, tandas yang cantik dan wifi yang disediakan juga agak laju. Dengan harga yang bermula bawah daripada RM70 ini ianya amat berbaloi.

Alamat: No. 2 Jalan Bayu Puteri 2/10, 80150 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

03. Golden Court Hotel

Golden Court Hotel 1

Dengan harga yang bermula daripada RM76 ini anda mendapat penginapan yang terletak berdekatan dengan pusat membeli-belah.

Bilik-bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, wifi internet, TV nipis 32 inci dan kemudahan seterika.

Golden Court Hotel 2

Hotel ini turut menyediakan tempat pertukaran mata wang. Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Senai yang hanyalah mengambil masa 30 minit memandu.

Alamat: 33, Jalan Tun Abdul Razak, Susur 1, 80000 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

04. Suria Hotel Johor Bahru

Suria Hotel Johor Bahru 1

Hotel yang bereka bentuk moden dan unik ini terletak tidak jauh dari pusat bandar.Hotel Suria turut menyediakan bilik mesyuarat dan bankuet. Sekiranya anda ingin melayari internet, perkhidmatan wifi disediakan di kawasan awam dan lobi hotel. Yang menarik lagi, hotel ini memiliki kolam renangnya sendiri.

Suria Hotel Johor Bahru 2

Ia juga berdekatan dengan kawasan  tarikan alam semula jadi seperti Taman Rekreasi Hutan Bandar dan Pantai Stulang Laut yang kedua-duanya terletak kurang 4 km dari hotel.

Alamat: No 10, Jalan Bukit Meldrum, 80400 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

05. Grand Hallmark Hotel

Grand Hallmark Hotel 1

Hotel Grand Hallmark merupakan sebuah hotel yang sangat kemas serta bersih. Bukan itu sahaja, bilik-biliknya dilengkapi dengan pemain DVD dan di bilik mandi pula disediakan kemudahan dandanan yang berjenama. Hotel ini turut menyediakan kemudahan wifi internet, dobi, penukaran mata wang dan perkhidmatan tiket.

Grand Hallmark 2

Terletak 3 km dari hotel ini adalah padang-padang golf. Perkhidmatan shuttle juga disediakan sekiranya anda ingin ke lapangan terbang dengan caj tambahan.

Alamat: No. 32, Jalan Molek 2/2, Taman Molek. 81100 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

06. Hotel Vistaria

Hotel Vistaria 1

Terletak berdekatan Jusco Tebrau, hanya 5 minit pemanduan dari hotel. Selain daripada kemudahan pusat membeli-belah yang berada begitu hampir, dengan harga bermula dari RM88 anda akan mendapat sebuah bilik yang sangat selesa dengan lantai berkarpet serta berpenghawa dingin.

Hotel Vistaria 2

Kemudahan lain yang disediakan adalah bar mini serta tandas yang didatangkan dengan kemudahan pancuran mandi. Berdasarkan ulasan pelanggan, katil dan bantal yang disediakan juga adalah amat lembut dan selesa.

Alamat: No.1&3, Jalan Austin Height 3, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

07. Citrus Hotel Johor Bahru

Citrus Hotel Johor Bahru 1

Kedudukannya yang berada di pusat bandar menjadikan harga RM95 sangat berpatutan. Dari hotel ini, terletaknya pusat-pusat membeli-belah seperti City Square, Komtar dan Kotaraya dengan hanya perjalanan kaki yang singkat.

Citrus Hotel Johor Bahru 1

Bilik-bilik disediakan dengan penghawa dingin, TV dan tandas yang memiliki pancuran mandi berair panas. Kemudahan pengering rambut dan seterika juga disediakan atas permintaan pelanggan. Turut disediakan adalah kemudahan wifi internet.

Apa yang menarik lagi, hotel ini menyediakan gym dan tempat bermain snooker.

Alamat: No 16 Jalan Station, 80000 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

08. Tune Hotel Danga Bay

Hotel yang kelihatan sangat menyejukkan mata dengan tema putih dan merah ini menyediakan bilik yang sangat selesa  berpenghawa dingin dengan katil yang empuk.

Kemudahan yang lain adalah wifi internet percuma dan peti keselamatan peribadi untuk anda menyimpan barang-barang berharga tanpa perlu risau. Hotel ini turut mesra warga OKU kerana bilik yang sesuai dengan golongan OKU disediakan atas permintaan.

Tune Hotel Danga Bay 2

Terletak 10 minit pemanduan dari hotel ini adalah restoran-restoran untuk anda menjamu selera. Perkhidmatan shuttle bercaj disediakan sekiranya anda ingin ke Marina Bay Sands, Resorts World of Sentosa dan Universal Studio yang terletak di Singapura.

Alamat: Lot PTB 22819, Jalan Skudai, Mukim Bandar, 80200 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

09. Silka Hotel Johor Bahru

Silka Hotel Johor Baharu

Untuk sebuah penginapan yang elegan dan selesa, Silka Hotel menawarkan segalanya dengan harga bermula serendah RM103 semalam.

Bilik-bilik di hotel ini dihiasi dengan hiasan berkonsepkan moden dan biliknya turut berpenghawa dingin. Kemudahan lain yang disediakan hotel ini adalah kelengkapan untuk membuat kopi dan teh, peti simpanan keselamatan dan pancuran air panas.

Silka Hotel Johor Baharu 2

Hotel ini terletak berdekatan dengan Tesco. Tarikan pelancongan yang terdekat adalah seperti Taman Tema Air Austin Heights dan Tiram Indoor Water Park.

Juga amat sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti kecergasan, pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di hotel ini seperti skuasy, dart, pingpong dan tenis.

Alamat: Lot 101375, Jalan Masai Lama, Mukim Plentong, 81750 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

10. ฤ“RYA by SURIA Johor Bahru

ฤ“RYA by SURIA Johor Bahru - Main Image

ฤ“RYA by SURIA Johor Bahru adalah sebuah hotel terkenal yang terletak di dalam sebuah bangunan bergaya unik, siapa pun tidak akan terlepas pandang bentuk bangunan ini yang sememangnya kreatif.

Dengan gaya hotel yang begini menarik, mesti harganya mahalkan? Jangan tersalah anggap, caj semalaman yang dikenakan cukup murah! Lebih-lebih lagi dengan tahap keselesaan yang ditawarkan dan kerana kepelbagaian fasilitinya.

ฤ“RYA by SURIA Johor Bahru - Room- Image

Bercakap tentang fasiliti yang disediakan, sepanjang berada di sini, anda boleh memanfaatkan kemudahan seperti kolam renang, padang untuk permainan netball, beach ball dan banyak lagi.

Setelah penat beraktiviti, anda boleh berehat di dalam bilik sambil menonton tv bersiaran Astro atau siaran-siaran daripada Singapura dengan sepuas hati.

Alamat:  No. 10, Jalan Bukit Meldrum, 80400 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

11. Hermess Hotel Johor Bahru

Hermess Hotel 1

Hotel yang berkonsepkan moden kontemporari ini terletak di sempadan Singapura dan Johor.  Tarikan pelancongan yang terdekat adalah seperti  Hello Kitty Town dan Legoland yang perjalanannya hanyalah 20 minit dari hotel.

Hermess Hotel 2

Setiap bilik di hotel ini didatangkan dengan penghawa dingin, katil yang empuk, kemudahan menyeterika, TV skrin rata, wifi internet serta tandas yang berpancuran air panas.  Bilik-bilik di hotel ini juga dihias dengan konsep yang moden.

Terdapat pelbagai restoran dan pusat membeli-belah terkemuka yang boleh dilawati di sekitar hotel ini dengan hanya berjalan kaki. Airport shuttle disediakan dengan caj tambahan.

Alamat: 51, 53, 55, Jalan Bestari 1/4, Taman Nusa Bestari, 81300 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

12. Hotel Grand Sentosa

Hotel Grand Sentosa 1

Terletak dalam Plaza Sentosa Mall adalah hotel Grand Sentosa yang berdekorasi moden yang menawarkan penginapan yang selesa dengan caj yang berpatutan.

Bilik-bilik yang berpenghawa dingin ini turut disediakan dengan kemudahan peti keselamatan peribadi untuk memudahkan anda untuk menyimpan barangan berharga.

Hotel Grand Sentosa 2

Apa yang menariknya lagi, hotel ini dikelilingi oleh restoran-restoran yang menawarkan pelbagai pilihan makanan tempatan.  Lokasi hotel ini juga berdekatan dengan bandaraya.

Alamat: Ground Floor, Block A, Plaza Sentosa, Jalan Sutera, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

13. Hotel Zamburger Bliss

Bliss Hotel 1

Hotel ini berkedudukan strategik di pusat bandar. Untuk ke Tambak Johor-Singapura dan Terminal Feri Antrabangsa Johor Bahru, masa yang diambil hanyalah 10 minit pemanduan.

Hotel ini dihias dengan kreatif sekali bukan sahaja dari segi luarannya malahan setiap bilik memiliki tema yang berbeza antara satu sama lain, sangat menarik!

Bliss Hotel 2

Setiap bilik lengkap dengan penghawa dingin, wifi internet yang mantap, TV bersaluran kabel, kemudahan membuat kopi dan teh serta peti deposit keselamatan.

Banyak pilihan kedai makan termasuk kedai makan yang dibuka 24 jam yang terletak di sekitar hotel ini. Jadi, anda tidak perlu risau di mana nak makan kalau rasa lapar di tengah-tengah malam.

Alamat: 50 Jalan Jaya, Taman Maju Jaya, 80400 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

14. Pariss Hotel

Paris Hotel 1

Hotel ini terletak berdekatan dengan banyak tarikan pelancong seperti Taman Tema Legoland, Puteri Harbour dan Taman Tema Hello Kitty dengan jarak hanya 10 minit pemanduan. Antara pasaraya yang terdekat adalah Giant yang terletak hanya 0.1 km dari hotel dan Tesco yang hanya 0.5 km dari hotel.

Setiap bilik di hotel ini berlantaikan kayu dan mempunyai TV nipis bersaluran satelit  32 inci, kemudahan menyeterika, peralatan membuat kopi serta peti deposit keselamatan.

Paris Hotel 2

Yang menariknya lagi di sini, dengan harga yang bermula daripada RM136 semalam, anda dapat bersantai di kolam renang infiniti yang terdapat di hotel ini.

Kemudian anda boleh mendapatkan rawatan spa yang turut disediakan. Di samping itu, anda boleh menjamu selera di kafe yang terletak di atas bumbung sambil menikmati pemandangan sekitar kota.

Alamat: 38 Jalan Bestari 7/2, Taman Nusa Bestari, 81300 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

15. Hallmark Regency Hotel

Hallmark Regency 1

Untuk sebuah penginapan yang sangat selesa dengan harga yang berpatutan, Hallmark Regency Hotel merupakan pilihan yang tepat. Bilik yang disediakan adalah luas dengan pemandangan bandar.

Bilik-bilik ini mempunyai wifi internet, penyaman udara, TV bersaluran kabel, bar mini, peralatan untuk membuat air serta peti  keselamatan untuk penyimpanan komputer riba. Tandasnya juga lengkap dengan kemudahan yang diperlukan pelanggan.

Ramai juga pelanggan yang memuji sarapan bagi di hotel ini yang pelbagai serta menyelerakan.

Hallmark Regency Hotel 2

Terdapat pelbagai restoran dan pasar yang boleh dilawati di sekitar hotel dengan hanya berjalan kaki. Hotel ini juga terletak berdekatan dengan Legoland dan Taman Tema Puteri Harbour yang hanya mengambil masa 15 minit pemanduan dari hotel.

Alamat: 16, Jalan Harimau Taman Abad, 80250 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

16. KSL Hot Spring Resort

KSL Hot Spring Resort Johor Bahru - Main Image

Sebuah hotel yang eco-friendly, KSL Hot Spring Resort menjanjikan penginapan yang mampu membuat anda terlupa segala beban di fikiran dek kerana kepelbagaian fasiliti yang ditawarkan.

Antara kemudahan yang ada adalah seperti hot spring spa, gimnasium, simulasi golf 18-lubang, kolam renang yang luas dan banyak lagi. Bagi yang membawa anak kecil, taman permainan kanak-kanak turut disediakan.

KSL Hot Spring Resort Johor Bahru - Room Image

Untuk kolam mandian air panasnya, terdapat 3 suhu berbeza yang boleh dipilih. Yang menariknya lagi, kolam air panas ini turut mengasingkan wanita dan lelaki untuk lebih keselesaan.

Kelaparan selepas beraktiviti? KSL Hot Spring Resort terletak di lokasi yang sangat strategik, kerana anda hanya perlu berjalan kaki dalam sekitar 230 meter dari resort untuk ke food court terdekat. Untuk ke pusat bandar dan pusat membeli belah seperti Aeon dan Paradigm Mall, hanya mengambil masa selama 18 minit pemanduan dari hotel.

Alamat: 31, Jalan Kangkar Tebrau, Taman Daya,, 81100 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

17. Belllo Hotel JB Cenral

Bello Hotel Johor 1

Hotel ini terletak berdekatan dengan JB City Square yang hanya 400 meter dari hotel dan Angry Birds Activity Park yang berada 500 meter dari hotel.

Bilik-bilik di hotel ini dilengkapi dengan penghawa dingin, TV bersaluran kabel dan satelit, cerek, bar mini, peti keselamatan untuk deposit dan komputer riba, rak pengeringan baju dan ruang santai.

Bello Hotel Johor 1

Tandasnya pula lengkap dengan kelengkapan dandanan, pancuran mandian, pengering rambut, tuala dan linen. Yang menariknya lagi, anda dapat melihat pemandangan bandar daripada hotel ini.

Alamat: 21 Jalan Meldrum 80000, Johor Bahru, Malaysia, 80000 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

18. Holiday Inn Express

Terletak di tengah pusat bandar Johor Bahru, jarak hotel ini adalah lebih kurang 1.4 kmย dengan City Square MALL, Komtar Mall dan Bazar Karat dan 4 km dengan KSL City menjadikan ia hotel yang sesuai untuk anda yang ingin membeli-belah di sekitar Johor Bahru.

Bukan itu sahaja, hotel Holiday Inn Express ini turut menyediakan perkhidmatan shuttle secara percuma kecuali untuk ke lapangan terbang yang akan dicaj.

Swiss Inn Johor Bahru 2

Setiap bilik di hotel ini lengkap dengan penghawa dingin, katil yang empuk dengan bantal dan comforter yang lebih, TV satelit, bar mini dan cerek elektrik. Tandasnya juga lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Yang menarik lagi, terdapat pusat kecergasan  untuk anda bersenam. Turut tersedia adalah khidmat dobi, cucian kering, khidmat menyeterika, serta meja tempahan lawatan untuk melancarkan perjalanan anda di Johor Bahru. Kemudahan untuk warga OKU turut diberikan perhatian oleh pihak hotel.

Alamat: Lot 512, Jalan Syed Mohd Mufti, 80000 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

19. Suasana Private Suites By Subhome

Suasana Private Suites By Subhome - Main Image

Penginapan berkonsep moden yang penuh gaya, Suasana Private Suites By Subhome adalah salah satu hotel dalam harga bajet yang tidak boleh anda pandang sebelah mata. Menyajikan pemandangan yang luas sekitar bandar dari tingkap bilik, di sinilah anda dapat merasai kepuasan percutian yang sebenar.

Tidak cukup dengan itu, setiap unit yang ditawarkan juga lengkap dengan ruang dapur dan pelbagai kemudahan lain yang dapat membuatkan anda berasa seperti berada di rumah sendiri.

Suasana Private Suites By Subhome - Room Image

Untuk beraktiviti pula, banyak perkara menarik yang boleh dilakukan antaranya adalah seperti bermandi-manda di kolam renang dan juga bersenam di gimnasium.

Lokasinya, memang menarik memandangkan anda hanya perlu berjalan kaki dalam sekitar 5 minit sahaja untuk ke kawasan kedai makan dan pusat membeli-belah.

Alamat:  Suasana Suites, No.82C, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

20. Gbw Hotel

Grand Blue Wave 1

Hotel ini terletak berdepan dengan Selat Johor yang mana anda dapat menikmati pemandangan indah dari bilik anda. Kedudukan hotel ini juga begitu dekat dengan Pemeriksaan Kastam Singapura iaitu 2 minit pemanduan. Terdapat shuttle percuma yang disediakan untuk ke pusat membeli-belah City Square dan KSL.

Bilik-bilik yang dihias secara moden didatangkan dengan wifi internet, penghawa dingin, peti deposit keselamatan, bar mini dan peralatan membuat kopi dan teh. Di samping itu, tandas dilengkapi dengan keperluan seperti selipar dan kelengkapan mandian.

Grand Blue Wave 2

Terdapat banyak pilihan restoran di hotel ini seperti Orient Express untuk hidangan bufet, Trevi Fountain Lounge untuk hidangan koktel dan hiburan muzik serta Agehan Restaurant untuk makanan Jepun. Hotel ini turut memiliki kolam renang luaran.

Alamat: 9R, Jalan Bukit Meldrum, 80300 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

21. KSL Hotel & Resort

KSL Hotel & Resort - Main Image

Untuk pengalaman percutian yang sebenar di mana anda boleh bershopping sakan dan bermandi-manda dengan sepuasnya, tiada penginapan yang lebih tepat daripada KSL Hotel & Resort.

Terletak di tingkat atas dalam bangunan yang sama dengan sebuah pusat membeli-belah, hotel ini juga memiliki taman tema airnya sendiri. Nak menonton movie dengan sound system yang power? Anda boleh menuju ke panggung wayang yang disediakan.

KSL Hotel & Resort - Room Image

Untuk menghilangkan rasa lapar pula, banyak pilihan kedai makan yang boleh ditemui di dalam KSL City Mall.

Menawarkan sehingga 868 buah bilik dan suites, hotel ini turut lengkap dengan pelbagai kemudahan lain seperti permainan simulasi golf, permainan arked kanak-kanak, billiard, gimnasium dan banyak lagi.

Alamat: 33 Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

22. New York Hotel

New York Hotel JB 1

Bilik yang disediakan di hotel ini agak luas dan menawarkan pemandangan yang menarik. Kedudukan hotel ini adalah 10 minit dari Johor-Singapore Causeway dan 30 minit pemanduan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail.

Dengan harga bawah daripada RM160, anda dapat menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan seperti gym yang lengkap, pusat spa yang lengkap dengan kolam dan khidmat urutan serta terdapat juga kolam indoor. Bukan itu sahaja, khidmat kereta sewa dan tukaran mata wang turut disediakan.

New York Hotel JB 2

Bilik-bilik yang berdekorasi moden ini juga mempunyai televisyen, bar mini dan kemudahan peralatan membuat kopi dan teh. Tandasnya bukan sahaja lengkap, malahan terdapat tab mandi untuk anda menikmati mandian yang menyegarkan.

Alamat: No 22, Jalan Dato Abdullah Tahir, 80300 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

23. Puteri Pacific Johor Bahru

Puteri Pacific Johor Bahru 1

Penginapan ini terletak berhadapan dengan Selat Johor dan kedudukannya yang berada di tengah bandar menjadikan ianya dekat dengan pusat membeli-belah dan pasaraya seperti Johor Bahru City Square dan Galleria Kotaraya.

Bilik-bilik hotel lengkap dengan penghawa dingin, katil yang empuk, TV, bar mini, kemudahan membuat teh dan kopi, peti keselamatan dan pengering rambut. Tandasnya juga lengkap dengan kemudahan penting.

Puteri Pacific Johor Baharu 2

Fasiliti lain yang menambahkan lagi keseronokan anda di hotel ini adalah kolam renang, pusat spa dengan sauna serta gym. Anda juga boleh mendapatkan bilik bertab mandi dengan caj tambahan.

Terdapat empat restoran di hotel ini dengan pilihan makanan seperti bufet antarabangsa, makanan halal cina, masakan a la carte dan masakan Malaysia.

Alamat: Jalan Abdullah Ibrahim, 80730 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

24. G5 Hotel And Services Apartment

G5-Hotel And Services Apartment Hotel - Main Image

G5 Hotel And Services Apartment menyediakan penginapan jenis bilik dan juga apartment untuk memenuhi keperluan penginap dari dua sehingga 4 orang pada satu-satu masa demi keselesaan yang optimum. Kesemua 31 buah penginapan yang ditawarkan lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti peti ais, microwave dan cerek elektrik.

Kedudukan hotel ini juga tidak mengecewakan, kerana terletak hanyalah sekitar 1 km dari KSL City Mall, 3 km dari Danga City Mall dan 3.2 km dari Paza Pelangi. Sekiranya anda bercadang untuk bershopping sakan, ini adalah antara pilihan penginapan yang terbaik.

G5 Hotel And Services Apartment Hotel - Room Image

Untuk menjamu selera pula, banyak kedai makan yang boleh ditemui, dari kedai mamak, masakan Melayu hinggalah kepada Thailand, semuanya boleh diakses dengan hanya berjalan kaki dari hotel.

Alamat: Lot G-01, Duta Impian Building, No.14, Jln Dato Abdullah Tahir, Johor Bahru, 80050

Selanjutnya Di Agoda.com

25. Mutiara Johor Bahru

Mutiara Johor Bahru - Main Image

Terletak hanyalah 750 meter dari KSL City Mall, Mutiara Johor Bahru adalah sebuah penginapan yang berlokasi strategik untuk para pelancong.

Bukan sahaja strategik, sepanjang penginapan di sini, anda juga boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kolam renang, wifi percuma, gimnasium, restoran dan banyak lagi.

Mutiara Johor Bahru - Room Image

Nak makan angin di sekitar bandar? Tak perlu bersusah-payah mencari kenderaan sebab shuttle turut disediakan oleh pihak hotel (atas permintaan) untuk ke mana-mana pusat membeli-belah secara percuma.

Alamat: Jalan Dato Sulaiman, Taman Century, K.B. No 779, 80990 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

26. Berjaya Water Front Hotel

Berjaya Water Front 1

Dari hotel ini anda dapat menikmati pemandangan Selat Tebrau yang menenangkan. Bukan itu sahaja, hotel ini turut berada di pusat membeli-belah dan hiburan yang bebas daripada cukai.

Setiap bilik disediakan dengan penghawa dingin, seterika, TV bersaluran kabel dan tandas bertab mandi yang juga lengkap dengan kemudahan dandanan.

Berjaya Water Front 2

Hotel ini menyediakan gym, sauna, kolam renang, khidmat urutan serta pusat spa dan kesihatan. Kemudahan lain adalah khidmat tiket, ATM, kereta sewa, kemudahan OKU, dan lain-lain lagi.  Berbaloi sekali bayaran hotel ini dengan segala kemudahan yang disediakan untuk pelanggan.

Alamat: No. 88, Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut, 80300 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

27. Thistle Johor Bahru

Thistle Johor Bahru Hotel - Main Image

Terletak di dalam sebuah struktur yang gah di tengah bandaraya, hotel Thistle Johor Bahru menawarkan bilik-bilik yang dihias moden dengan gabungan warna yang lembut dipandang mata.

Di samping itu, penggunaan tingkap yang luas dari lantai ke siling juga dapat memberikan anda kepuasan dalam menikmati pemandangan sekitar bandar Johor Bahru atau lautan biru.

Thistle Johor Bahru Hotel - Room Image

Selain menyediakan bilik yang selesa, Thistle Johor Bahru  turut menyediakan pelbagai fasiliti menarik yang lain seperti kolam renang yang luas, gimnasium yang serba lengkap, khidmat rawatan spa yang pelbagai dan lain-lain lagi.

Alamat: Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

28. Amari Johor Bahru

Amari Johor Bahru - Gambar Pintu Masuk Hotel

Dapatkan perkhidmatan bertaraf dunia sekiranya anda menginap di hotel 5 bintang, Amari Johor Bahru.

Menawarkan bilik-bilik yang dihias elegan dan eksklusif, hotel ini bukan sekadar sedap dipandang, kemudahan seperti katil dan bantal yang disediakan juga sungguh empuk untuk tidur malam yang lena.

Amari Johor Bahru Hotel - Room Image

Selepas puas berehat, banyak aktiviti menarik menanti untuk dilakukan dengan adanya pelbagai fasiliti seperti gimnasium, kolam renang, spa dan lain-lain lagi.

Lokasinya, sangat strategik kerana dari hotel ini anda boleh berjalan kaki untuk ke pusat membeli-belah terdekat iaitu Komtar dan City Square. Stesen kereta api juga tidak begitu jauh dari hotel.

Alamat: No. 82C, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru

Selanjutnya Di Agoda.com

Berdasarkan senarai di atas ternyata banyak sekali pilihan hotel yang berpatutan yang boleh anda pilih di Johor. Yang pastinya, hotel-hotel ini kebanyakannya berada di lokasi yang agak strategik dan berdekatan dengan pelbagai pusat tarikan pelancongan.

Sekiranya anda merancang untuk melakukan banyak aktiviti dan lawatan semasa bercuti, digalakkan untuk anda berjimat dari segi penginapan dan ini boleh dilakukan dengan merancang perjalanan anda dengan awal supaya tempahan dapat dibuat awal pada harga yang lebih murah jika dibandingkan dengan tempahan di waktu-waktu akhir.

Baca: 27 Hotel Menarik Di Johor Bahru

Untuk pengetahuan anda juga, harga hotel yang disenaraikan ini berubah mengikut musim, anda akan mendapati bahawa harga hotel adalah jauh lebih murah pada musim off-peak berbanding musim cuti. Sekiranya anda inginkan informasi yang lebih lanjut mengenai harga jenis bilik-bilik berbeza di hotel ini, anda bolehlah melayari agoda.com.

Saya berharap, melalui senarai ini, anda dapat membuat pilihan yang terbaik untuk keselesaan dan kelancaran aktiviti anda semasa berada di Johor. Akhir kata, terima kasih kerana meluangkan masa anda sehingga ke hujung artikel. Semoga anda menikmati percutian yang menyeronokkan di Johor nanti!