Kalau anda betul-betul ingin mengenali kota metropolitan Kuala Lumpur ini, apa kata kalau anda menginap di hotel yang terdapat di sekitar KL Sentral? Memilih untuk menginap berdekatan dengan KL Sentral merupakan satu pilihan yang bijak kerana KL Sentral merupakan sebuah hab pengangkutan dan stesen kereta api yang terbesar di Asia Tenggara, KTM, Monorel, LRT, semuanya berpusat di sini.
Selain itu, terletak tidak jauh dari KL Sentral ini adalah bangunan pencakar langit yang menjadi tarikan pelancongan terkenal di Malaysia, KLCC, dan tempat-tempat membeli-belah terkenal yang lain. Dari KL Sentral anda dapat meluaskan lagi langkah penerokaan anda di sekitar KL sehingga ke Batu Caves ataupun Mid Valley yang juga terkenal dalam kalangan pelancong, semuanya melalui kemudahan pengangkutan yang disediakan di KL Sentral.
Bukan sahaja memudahkan anda yang datang bersama keluarga kerana pengangkutan sebegini sudah pasti tiada had dari segi bilangan penumpang, malahan untuk anda yang datang ke KL untuk lawatan bekerja pula, mesti anda memikirkan masa bukan? Dari KL Sentral ini, anda boleh sampai ke destinasi yang ingin dituju dalam hanya beberapa minit sahaja.
Baca: 15 Hotel Berdekatan KLCC Yang Menarik
Banyak sebabnya kenapa menginap berdekatan KL Sentral adalah satu keputusan yang tepat. Jimat masa, wang dan tenaga untuk ke kawasan menarik di KL. Bagaimana pula dengan penginapan? Mesti mahal kan? Jangan risau, sebenarnya terdapat banyak hotel dengan harga yang murah yang terdapat di sekitar KL Sentral. Teruskan membaca senarai hotel murah di KL Sentral.
14. Prescott Hotel KL Sentral
Hotel Prescott ini bukan sahaja berlokasi strategik kerana terletak di kawasan hab pengangkutan KL, malahan harganya juga sangat berpatutan, macam tak percaya sahaja.
Setiap bilik yang dijaga dengan bersih di Hotel Prescott lengkap dengan penyejuk udara, TV bersaluran satelit, cerek elektrik dan peti simpanan keselamatan untuk anda menyimpan barangan berharga sewaktu makan angin di sekitar bandaraya. Tandasnya pula lengkap dengan pancuran mandian, pengering rambut dan lain-lain lagi kemudahan mandian.
Selain itu, bilik-biliknya agak luas dan sesuai untuk anda yang datang bersama keluarga. Kalau anda bernasib baik, anda mungkin akan mendapat bilik yang menawarkan pemandangan yang indah sekitar KL. Agak menarik dan lengkap untuk sebuah hotel bajet bukan?
Bukan itu sahaja, sekiranya anda ingin ke Chinatown yang juga merupakan sebuah lokasi yang menjadi tarikan pelancong, hanyalah 20 minit perjalanan kaki dari hotel.
Jarak Dari Stesen: 0.5 KM (10-15 Minit Berjalan Kaki)
Harga: Dari RM96+ Semalaman
Alamat: No. 10, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
13. City Central Hotel
City Central Hotel terletak berdekatan dengan banyak pusat membeli-belah terkenal seperti Berjaya Times Square, Fahrenheit 88 dan Suria KLCC yang kesemuanya kurang 4 km dari hotel. Ia juga berdekatan dengan KL Sentral yang hanya 0.2 KM dari hotel, menginap di hotel ini memudahkan anda untuk melawati banyak tempat menarik di sekitar KL tanpa perlu bersusah-payah mencari pengangkutan lain.
Bilik-bilik yang berkalis bunyi di City Central Hotel ini lengkap dengan penyejuk udara yang menyegarkan dan katil yang selesa. Setelah penat berjalan-jalan di sekitar KL, anda boleh bersantai di dalam bilik sambil minum air kopi atau teh kerana peralatan membuatnya lengkap tersedia. Kemudahan lain yang disediakan hotel ini adalah pancuran mandian air panas dan peralatan mandian yang lengkap. Untuk hiburan anda, bilik hotel turut memiliki TV berskrin rata yang bersaluran satelit dan akses internet percuma.
Jarak Dari Stesen: 0.2 KM (10 Minit Berjalan Kaki)
Harga: Dari RM135+ Semalaman
Alamat: 80 & 82, Jalan Tun Sambanthan Brickfields, KL Sentral, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
12. Hotel Central Kuala Lumpur
Di mana anda mahu pergi sekitar KL ni? Semuanya mudah sahaja untuk anda akses tanpa bersusah-payah mencari pengangkutan lain kerana Hotel Central ini terletak sangat berdekatan dengan pintu masuk KL Sentral. Kalau anda terasa ingin mengisi perut tak kira masa, di sekitar hotel ini terdapat banyak kedai-kedai makan untuk anda pilih. Semuanya kurang 5 minit berjalan kaki dari hotel.
Setiap bilik di hotel ini sangat bersih, luas dan lengkap dengan penyejuk udara. Kemudahan lain yang disediakan adalah minibar, TV, cerek elektrik serta peralatan membuat air teh dan kopi. Tandasnya yang luas juga lengkap dengan peralatan mandian untuk keselesaan anda sepanjang penginapan. Selain itu, akses internet yang ditawarkan hotel ini pula agak mantap untuk anda yang ingin berinstagram sepanjang percutian.
Jarak Dari Stesen: 0.2 KM (1-2 Minit Berjalan Kaki)
Harga: Dari RM120+ Semalaman
Alamat: No.30, Jalan Thambypillai, Brickfields, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
11. M&M Hotel
Lokasi M&M Hotel ini yang berdekatan dengan stesen Monorel, NU Sentral dan KL Sentral ternyata memberikan anda harga sebuah penginapan yang sangat berpatutan, terutama sekali kerana ia turut memberikan anda kemudahan yang cukup lengkap.
M&M Hotel menawarkan penginapan berlantaikan kayu yang selesa dalam harga yang sangat murah. Setiap bilik yang dihias dengan simple namun menarik dilihat ini dilengkapi dengan penyejuk udara, TV bersaluran satelit dan cerek elektrik. Bukan itu sahaja, tandasnya juga lengkap dengan pancuran mandian ataupun tab mandi beserta dengan peralatan mandian lain yang penting serta pengering rambut.
Jarak Dari Stesen: 0.2 KM (5-9 Minit Berjalan Kaki)
Harga: Dari RM74+ Semalaman
Alamat: Jalan Thambypillai brickfields No 20, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
10. Hotel Royce Kuala Lumpur
Sudahlah murah, lengkap dengan spa pula tu. Hotel yang berkonsep moden dan elegan ini juga berlokasi strategik untuk anda yang ingin menerokai bandaraya Kuala Lumpur tanpa perlu pening kepala memikirkan pengangkutan.
Rekaan dalaman bilik-bilik di Hotel Royce ini tampak agak ekslusif dengan gabungan warna seperti putih, coklat dan sedikit keemasan pada bahagian tertentu. Bukan sahaja sejuk dipandang mata, ia juga lengkap dengan segala kemudahan penting seperti penyejuk udara serta katil dan bantal yang empuk untuk keselesaan tidur malam anda.
Bab makanan pula, memang anda tak perlu risau, banyak kedai-kedai makanan tempatan yang best terdapat di sekitar hotel. Kalau anda ke Rooftop Bar hotel ini, anda dapat melihat pemandangan menakjubkan Menara KL yang cukup indah terutama pada waktu malam.
Jarak Dari Stesen: 0.5 KM (5-8 Minit Berjalan Kaki)
Harga: Dari RM129+ Semalaman
Alamat: Jalan Tun Sambanthan 3, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
9. Sentral Residences
Sentral Residences memberikan anda penginapan yang cukup selesa, lengkap dan strategik di tengah-tengah kota, berdekatan dengan KL Sentral yang hanya 0.3 km dari hotel. Dari penginapan anda di sini, anda dapat menikmati pemandangan indah sekitar bandaraya KL yang sukar untuk dilupakan.
Bukan itu sahaja, ia lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti gym, kolam renang, bilik sauna, mandian stim dan kemudahan bbq. Macam-macam aktiviti yang boleh anda rancang bersama keluarga sekiranya menginap di sini.
Jarak Dari Stesen: 0.3 KM (6 Minit Berjalan Kaki)
Harga: Dari RM250+ Semalaman
Alamat: Jalan Stesen Sentral 2, 50470 Kuala Lumpur
8. My Hotel
Sebagai sebuah hotel bajet, My Hotel ternyata menawarkan sesuatu yang di luar jangkaan. Kemudahan-kemudahan yang disediakan agak lengkap dan berlokasi strategik lagi. Kedai-kedai makan terdapat agak banyak di sekitar hotel.
Setiap bilik di hotel ini berlantaikan parket dan lengkap dengan penyejuk udara untuk anda tidur lena walau bagaimanapun cuaca di luar. Bilik-bilik juga memiliki TV bersaluran satelit sebagai hiburan sewaktu anda berehat-rehat di dalam bilik. Di samping itu, kemudahan untuk membuat air turut tersedia.
Bukan itu sahaja, perkhidmatan penukaran matawang, khidmat shuttle ke lapangan terbang dan khidmat penyimpanan bagasi turut ditawarkan oleh hotel yang kecil ini.
Jarak Dari Stesen: 0.4 KM (6-7 Minit Berjalan Kaki)
Harga: Dari RM89+ Semalaman
Alamat: No. 68, Jalan Padang Belia, Brickfields, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
7. Metro Hotel KL Sentral
Simple sekali hiasan dalaman Metro Hotel ini, tapi cukup lengkap dan selesa. Menawarkan tempat tidur yang empuk, bilik yang berpenyejuk udara di hotel ini turut memiliki TV sebagai hiburan dan peti sejuk untuk kemudahan sepanjang penginapan anda bersama keluarga.
Metro Hotel turut menyediakan akses wifi yang agak baik untuk para penginapnya. Dapatlah anda sentiasa up-to-date dengan info terkini walaupun sedang bercuti.
Sesetengah bilik di hotel ini menyajikan pemandangan indah Menara Petronas dan Menara KL, untunglah kalau anda berjaya mendapat bilik ini. Kalau tak dapat pun, anda masih boleh menikmati pemandangan bandaraya metropolitan ini daripada restoran atas bumbung hotel.
Jarak Dari Stesen: 0.2 KM (5 Minit Berjalan Kaki)
Harga: Dari RM121 Semalaman
Alamat: 3, Jalan Thambypillai, Brickfields, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
6. Hotel New Winner
Hotel New Winner terletak hanya lebih kurang 5 minit perjalanan kaki dari KL Sentral. Bukan sahaja lokasinya yang tepat di tengah kawasan hab pengangkutan, Hotel New Winner juga menawarkan keselesaan dan kemudahan yang tip-top kepada sesiapa sahaja yang menginap di sini.
Bilik-bilik di Hotel New Winner ini cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan penting untuk keselesaan penginapan anda. Berpenghawa dingin dan agak sunyi dari sebarang bunyi bising walaupun di tengah kota. Tapi kalau anda nak lebih sunyi, anda boleh meminta bilik yang tidak bertingkap, mesti lena punyalah tidur malam anda di sini. Setiap bilik juga dilengkapi dengan TV dan pemanas air. Kalau anda dalam percutian berbajet rendah, hotel ini sangat sempurna untuk anda.
Jarak Dari Stesen: 0.2 KM (5 Minit Berjalan Kaki)
Harga: Dari RM75+ Semalaman
Alamat: No.11, Jalan Thambipillai, Off Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
5. Euro Life Hotel @ KL Sentral
Euro Life Hotel terletak hanya 0.3 km dari stesen yang boleh membawa anda ke banyak tempat menarik sekitar KL. Lokasi hotel bajet ini boleh dikatakan sebagai terletak di dalam kawasan yang agak selamat dan tenang kalau dibezakan dengan yang lain. Bukan sahaja lokasinya yang menarik, hotel ini turut menyediakan khidmat spa untuk anda memanjakan diri selepas kepenatan makan angin di KL.
Bilik-bilik di Euro Life Hotel yang lengkap dengan penyejuk udara, dihias dengan kombinasi warna neutral kelabu, putih dan coklat yang memberikan rasa selesa kepada para penginap.
Jarak Dari Stesen: 0.31 KM
Harga: Dari RM155+ Semalaman
Alamat: 65, Jalan thambipillay Brickfield, Kl Sentral Kuala Lumpur, 50470
4. Nu Hotel KL Sentral
Nu Hotel KL Sentral menawarkan bilik yang selesa dan cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti penyejuk udara, TV bersaluran satelit dan cerek elektrik. Tandasnya pula memiliki pancuran mandian, pengering rambut dan peralatan mandian yang lengkap.
Kalau anda menginap di Nu Hotel, KL Sentral terletak hanya bersebelahan sahaja dari hotel. Hotel yang masih agak baru ini pastinya memberikan anda kepuasan, mana taknya, hotel ini agak bersih, lokasinya pun strategik, tak ada sebab untuk tidak memilih hotel ini sekiranya anda ke KL.
Jarak Dari Stesen: 0.27 KM (2-5 Minit Berjalan Kaki)
Harga: Dari RM130+ Semalaman
Alamat: No.37 Jalan Thambypillai, Brickfileds, 50470 Kuala Lumpur
3. Hotel Westree
Harga yang murah, namun bilik penginapan yang ditawarkan penuh dengan keselesaan. Warna-warna yang digunakan dalam rekaan dalamannya juga agak sedap dipandang. Sah-sah lena tidur anda kalau menginap di sini. Bilik-bilik yang dihias moden ini lengkap dengan penyejuk udara, kemudahan menyeterika dan TV sebagai hiburan.
Setelah penat meneroka kota raya ini, anda boleh menyegarkan diri di bilik mandi yang lengkap dengan pancuran mandian ataupun tab mandi. Dah puas melepak dalam bilik, anda boleh bersantai sambil berkaraoke bersama keluarga kerana kemudahan ini turut disediakan oleh pihak Hotel Westree.
Nak makan? Berdekatan dengan hotel ini terdapat kedai nasi kandar yang dibuka 24 jam. Semuanya ada di hotel ini dan di sekitarnya, apa yang anda fikirkan lagi?
Jarak Dari Stesen: 0.2 KM (5-10 Minit Berjalan Kaki)
Harga: Dari RM94+ Semalaman
Alamat: No. 142 Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
2. PODS Backpacker Hotel
Apa yang menariknya di PODS Backpacker ini adalah ruang santai di atas bumbungnya yang menawarkan pemandangan yang begitu indah sekitar bandaraya KL yang mekar dengan bangunan-bangunan yang penuh cahaya di malam hari. Di sini juga anda boleh berbbq sambil menikmati pemandangan yang agak mengujakan.
Namanya sebagai ‘backpacker’ hotel adalah kerana ia turut menyediakan penginapan dorm untuk anda yang tidak kisah berkongsi bilik dengan pelancong yang lain, harga pun lebih murah. Tempat menyimpan barang ataupun locker yang disediakan juga agak besar untuk setiap penginap di dalam sebuah dorm.
Selain daripada penginapan yang selesa, hotel ini turut menawarkan akses wifi yang agak pantas, bolehlah anda online sewaktu berehat di dalam bilik.
Jarak Dari Stesen: 0.3 KM (5 Minit Berjalan Kaki)
Harga: Bilik Dari RM65+ Semalaman | Dorm Dari RM30 Semalaman
Alamat: No. 30 Jalan Thambipillay, Brickfields, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
1. Summer View Hotel
Summer View Hotel walaupun menawarkan penginapan dengan harga yang murah ia ternyata dapat memberikan anda kepuasan yang tak terkata dari segi kebersihan, layanan dan kemudahan yang disediakan. Bukan itu sahaja, lokasinya pun strategik, hanya lebih kurang 5 minit sahaja untuk ke KL Sentral.
Setiap bilik di Summer View Hotel dibersihkan setiap hari, jadi anda boleh bayangkan betapa berbaloinya dengan harga yang dibayar bukan? Lengkap dengan penyejuk udara, TV dan kemudahan membuat air. Tandasnya pula dilengkapi dengan mandian air panas. Kalau anda kebosanan, wifi turut disediakan secara percuma.
Sarapan pagi yang disediakan hotel ini turut memuaskan hati ramai pelanggan kerana kepelbagaiannya, jadi kalau anda menginap di sini berhari-hari dapatlah anda mencuba makanan yang berbeza setiap hari.
Jarak Dari Stesen: 0.4 KM (5-10 Minit Berjalan Kaki)
Harga: Dari RM117+ Semalaman
Alamat: 165, Jalan Sultan Abdul Samad, Jalan Tun Sambathan 4, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Bagaimana? Ada yang tepat dengan bajet anda? Kalau anda nak tahu, semua hotel yang disenaraikan ini adalah dipilih mengikut jarak hotel-hotel ini yang terletak hampir dengan KL Sentral di samping menawarkan harga yang murah. Sebenarnya banyak lagi pilihan hotel murah di KL Sentral yang boleh anda temui sekiranya anda melayari booking.com, untuk harga terbaru yang ditawarkan hotel-hotel yang tersenarai ini juga, anda boleh lihat melalui laman web tersebut.
Baca: 74 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur
Sekiranya anda berniat untuk membeli-belah dengan sakan kalau datang ke KL, apa kata kalau anda menginap di hotel murah di Bukit Bintang yang terletak di kawasan Segitiga Emas.
Bagi anda yang inginkan pengalaman seperti warga KL yang sebenar dan ingin menikmati pemandangan terindah kalau di KL, jom menginap di hotel berdekatan dengan KLCC. Tapi kalau anda ingin memberikan suatu pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan kepada orang yang anda sayangi, apa kata kalau anda membaca artikel kami, senarai hotel yang menarik di KL.
Akhir kata, terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel ini sehingga ke penghujung. Diharapkan anda mendapat sebuah percutian yang penuh dengan keseronokan di KL nanti!