Mendambakan percutian di pantai timur yang masih mengekalkan suasana tradisionalnya? Negeri Cik Siti Wan Kembang adalah jawapannya. Banyak sekali bangunan lama, masjid yang indah dan tempat membeli-belah klasik yang terdapat di ibu negeri ini yang terletak di Kota Bharu.
Tak sabar ingin melihat dengan lebih dekat tarikan-tarikan yang ada di bandar tertua di pantai timur ini? Jangan terlebih excited sampai terlupa menempah penginapan pula.
Untuk memudahkan anda membuat pilihan penginapan, di sini kami senaraikan 30 hotel murah di Kota Bharu, bila dah jumpa yang melekat di hati, tak perlu buang masa lagi, mari kito pakak ke Kelate!
30. Jewels Hotel
Hanyalah beberapa langkah sahaja dari Jewels Hotel anda boleh sampai ke pelbagai tempat makan bagi menghilangkan rasa lapar yang dirasai setelah puas berjalan. Namun, untuk sarapan pagi, anda tak perlu risau kerana bayaran penginapan yang dikenakan adalah termasuk dengan sarapan.
Sarapan yang dapat anda nikmati di sini adalah terdiri daripada masakan Melayu dan barat. Selain itu, untuk anda yang kaki shopping pula, pusat membeli-belah Parkson terletak tidak jauh dari hotel.
Lokasi mantap dan seleksi makanan yang tidak mengecewakan, bonus lain untuk membuatkan anda memilih hotel ini adalah kerana ia juga turut menyediakan fasiliti pusat kecergasan yang lengkap dengan pelbagai peralatan senaman yang termasuklah treadmill dan basikal.
Harga: Dari RM137+ Semalaman
Alamat: Lot 1159-1162 Seksyen 11 Jalan Maju, 15000 Kota Bharu
29. De’Viana Hotel
Anda memiliki anak-anak yang aktif? Jika begitu, anda mungkin ingin menjadikan De’Viana Hotel sebagai tempat penginapan. Ini kerana hotel ini menyediakan kolam renang khas untuk kanak-kanak. Maaf kepada yang dewasa, banyak energi yang anda perlu simpan untuk meneroka sekitar Kota Bharu ni.
Di samping itu, seperti kebanyakkan hotel bajet yang lain, De’Viana Hotel terletak di lokasi yang cukup strategik, berdekatan dengan Kampung Kraftangan, Billion Shopping Centre, Wakaf Che Yeh dan banyak lagi.
Selain itu, bagi anda yang kelaparan, hanyalah beberapa tapak dari hotel anda boleh menjumpai McDonald dan Oldtown White Coffee. Tempat makan lain? Tidak menjadi isu di Kelantan ini.
Setelah puas berjalan di kawasan sekitar, di dalam bilik hotel ini anda dapat menonton pelbagai siaran Astro yang menarik dari tv, channel FOX pun ada, memang cool.
Apa lagi yang menarik tentang hotel ini? Tak kisahlah apa pun jenis pilihan penginapan yang dibuat, sama ada superior room, executive room atau sebagainya, semuanya cukup luas dan lengkap dengan dapur mini.
Harga: Dari RM125+ Semalaman
Alamat: LOT 2992, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh Viana Court Service Apartment, 15150 Kota Bharu
28. Cyber Studio Apartment
Cyber Studio Apartment menawarkan bilik-bilik moden yang dihias ringkas bertemakan warna natural iaitu pelbagai tona coklat dan putih, gabungan warna yang sangat sedap dipandang.
Walaupun ditawarkan dalam harga yang begitu murah, biliknya lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti microwave, seterika, peti ais, wifi, tv, pembakar roti dan banyak lagi. Tidak cukup dengan kesempurnaan kelengkapannya, dari hotel yang bertaraf 3 bintang ini juga, anda boleh menyaksikan pemandangan di sekitar bandar.
Lokasinya, sangat menarik kerana anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke kawasan membeli-belah (Pasar Siti Khadijah dan Giant), kedai-kedai makan dan banyak lagi.
Harga: Dari RM115+ Semalaman
Alamat: Apartment Unit No. 4-S-13 Kota Bharu City Point, 15000 Kota Bharu
27. Aam Hotel
Terletak di dalam kawasan perumahan teres, Aam Hotel adalah sebuah hotel bergaya Inggeris yang sangat menarik untuk diinapi bukan hanya kerana harganya yang begitu murah tapi juga kerana dekorasinya yang sangat sedap dipandang, memang kreatif!
Perkhidmatan pelanggan yang ditawarkan juga sungguh memuaskan hati, tak ubah seperti layanan di hotel 5 bintang.
Di samping itu, walaupun harga penginapannya sudah begitu murah, hotel ini menawarkan sarapan pagi secara percuma.
Yang bestnya, salah satu menu yang disediakan adalah nasi kerabu Kelantan yang dikatakan sangat sedap oleh yang pernah mencuba. Hidangan lain yang tak kurang enaknya adalah seperti nasi lemak, kari ayam, mihun goreng dan lain-lain lagi. Semuanya secukup rasa!
Lokasinya, hanyalah 3.6 km dari pusat membeli-belah Billion dan dalam sekitar 5 km dari stesen bas / teksi serta Muzium Kraftangan.
Harga: Dari RM54+ Semalaman
Alamat: Bandar Baru Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu
26. Crown Garden Hotel
Terletak di Bandar Kota Bharu, Crown Garden Hotel adalah sebuah penginapan menarik di dalam bangunan gah berwarna putih. Dari luar sudah terpancar gaya elegan hotel ini yang turut dapat dilihat melalui dekorasi dalamannya.
Bilik-biliknya dihias dengan moden, lengkap dengan segala kemudahan penting untuk keselesaan optimum. Selain bilik yang selesa, hotel ini turut lengkap dengan banyak lagi fasiliti lain seperti peralatan bbq, perkhidmatan shuttle, parking percuma, kafe dan kemudahan permainan seperti meja ping-pong dan board games.
Lokasinya, hanyalah berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah, Kelantan Trade Centres dan Pantai Timur Shopping Centre. Kedai dan gerai makan juga tidak sukar untuk ditemui di sekitar hotel.
Harga: Dari RM168+ Semalaman
Alamat: Jalan Kebun Sultan, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan
25. Cahaya Qaira Homestay @ D’Perdana Kota Bharu
Ingin menikmati pemandangan yang terindah di sekitar Kota Bharu?Anda patut booking Cahaya Qaira Homestay @ D’Perdana Kota Bharu.
Bukan sahaja menawarkan pemandangan yang menarik, homestay ini juga menawarkan keselesaan seolah-olah berada di rumah sendiri. Bagi yang bercadang untuk menginap beramai-ramai, dua buah tilam toto turut disediakan dengan percuma sebagai tambahan kepada 2 buah katil bersaiz queen yang disediakan.
Dah puas berehat? Di tingkat yang sama dengan homestay ini terdapat kolam renang yang boleh digunakan sehingga lewat malam. Kemudahan lain yang disediakan adalah taman permainan kanak-kanak dan gimnasium.
Berkenaan lokasinya, Kota Bharu Mall hanyalah sekitar 3 km dari sini, manakala Billion Shopping Centre pula hanyalah 2.2 km. Anda juga hanya perlu berjalan kaki untuk ke Pasar Siti Khadijah, 7E, kedai-kedai makan, dobi dan banyak lagi kemudahan yang lain.
Harga: Dari RM150+ Semalaman
Alamat: D’Perdana Apartment, PT 736, Seksyen Jalan Sri Cemerlang 7/27, 15300 Kota Bharu
24. OYO 559 Aslah Boutique Hotel
OYO 559 Aslah Boutique Hotel menawarkan bilik penginapan yang dihias ringkas namun tetap selesa dalam harga bajet serendah RM70+ semalaman.
Bilik-bilik yang disediakan juga cukup luas dan bersih. Walaupun ditawarkan dalam harga yang begitu murah, anda pasti tidak akan percaya betapa empuknya katil hotel ini.
Mengenai lokasinya, kurang 1 km dari Kampung Kraftangan. Destinasi lain yang tidak jauh dari sini adalah seperti Pasar Siti Khadijah, stesen bas, bank dan banyak lagi. Pada waktu malam, terdapat food truck yang menjual aneka masakan Kelantan.
Harga: Dari RM70+ Semalaman
Alamat: 1121, Wisma Suara Muda, Jalan Doctor, Kelantan, 15000 Kota Bharu
23. Flora Place Hotel
Menggabungkan warna-warna natural pelbagai tona warna coklat dan putih dalam 45 buah bilik yang ditawarkan, Flora Place Hotel adalah sebuah penginapan yang selesa untuk anda sekeluarga inapi sepanjang percutian di Kota Bharu.
Jika anda menginap di sini, jangan lupa untuk singgah ke gerai makan yang viral dengan roti titabnya yang terletak berdekatan iaitu Kopitiam Kita.
Bukan ini sahaja yang terletak tidak jauh dari hotel, tarikan lain seperti Pasar Siti Khadijah, pusat membeli-belah Billion dan Kota Bharu Mall juga semuanya hanya dalam 2 km.
Sudah sampai ke satu-satu tempat, mestilah anda nak beraktiviti, tak gitu? Anda boleh mendapatkan pakej menyelam dan snorkeling secara terus dari pihak hotel. Selain itu, jika sudah puas menerokai sekitar Kota Bharu, anda juga boleh mendapatkan pakej percutian ke Pulau Perhentian melalui hotel ini.
Harga: Dari RM100+ Semalaman
Alamat: Flora Place Lot 202, Jalan Kebun Sultan, 15350 Kota Bharu
22. Crystal Lodge
Hanyalah 10 minit berjalan kaki dari hotel ini anda boleh sampai ke bangunan bersejarah Istana Kota Lama dan pusat membeli-belah Parkson. Manakala, Pasar Siti Khadijah pula hanyalah 6 minit berjalan kaki dari hotel. Lokasi yang hebat untuk sebuah hotel bajet bukan?
Crystal Lodge adalah sebuah penginapan yang dihias dengan minimal untuk memaksimakan keselesaan anda sepanjang penginapan di sini. Untuk pengetahuan anda, hotel ini turut menyediakan pusat kecergasan untuk anda beraktiviti.
Yang menariknya lagi, untuk pengalaman yang lebih memuaskan, jangan melepaskan peluang untuk menikmati sarapan pagi di restoran atas bumbung hotel ini, pemandangan sekitar bandar dapat dinikmati dengan sepuas hati sambil menghirup kopi. Apa lagi cara terbaik untuk memulakan hari dari ini bukan?
Harga: Dari RM164+ Semalaman
Alamat: 124 Jalan Che Su, 15000 Kota Bharu
21. Grand Riverview Hotel
Anda mengidamkan sebuah penginapan yang lengkap dengan pelbagai fasiliti? Booking sahaja Grand Riverview Hotel. Lengkap dengan 3 buah tempat menjamu selera, kolam renang dan pusat kecergasan. Macam hotel mewah pulakan? Dari hotel ini juga anda dapat menikmati pemandangan yang indah sungai yang berdekatan.
Dekorasi dalaman hotel ini pula cukup moden lengkap dengan katil yang empuk untuk tidur malam yang lena. Yang bestnya lagi, pihak hotel turut menyediakan snek percuma di dalam bar mini yang terdapat di dalam bilik. Siapa tak suka dengan makanan percuma!
Harga: Dari RM238+ Semalaman
Alamat: Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu
20. Dynasty Inn
Dynasty Inn adalah sebuah lagi hotel bajet yang memiliki restoran di bahagian atas bumbungnya untuk anda menikmati sarapan sambil melihat pemandangan sekitar bandar.
Pilihan makanan yang disediakan untuk sarapan juga cukup banyak, perut kenyang, barulah bersemangat nak bergerak ke seluruh Kota Bharu.
Di mana destinasi yang telah anda rancang untuk pergi? Pasar Siti Khadijah? Aeon? Semuanya dekat sahaja dengan hotel.
Harga: Dari RM120+ Semalaman
Alamat: 2865-D & E, Jalan Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu
19. Green Mango @ Sri Cemerlang
Penginapan murah dengan wifi power? Macam susah je nak jumpa, namun jika ini menjadi salah satu keutamaan pilihan penginapan anda di Kota Bharu, Green Mango @ Sri Cemerlang adalah salah satunya.
Bukan itu sahaja, hotel ini turut menyediakan khidmat sewaan basikal untuk anda bersiar-siar di kawasan sekitar. Untuk pengetahuan anda, hotel ini berada di kawasan yang strategik yang mana banyak lokasi menarik terletak dalam hanya 10 minit pemanduan dari hotel.
Harga: Dari RM90+ Semalaman
Alamat: Lot 316-324, Jalan Sri Cemerlang, 15300 Kota Bharu
18. Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu
Memiliki kolam renang dalaman, bagi anda yang ingin berenang sepuas hati tanpa dipanahi sinaran mentari, Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu adalah hotel yang sesuai untuk diinapi.
Lebih sebab kenapa anda sekeluarga perlu memilih hotel ini adalah kerana lokasinya yang terletak tidak jauh dari bandar Kota Bharu iaitu dalam 10 minit pemanduan dari hotel.
Hotel yang kelihatan cukup gah dari luar ini juga turut membawa aura yang sama melalui rekaan dalamannya, elegan dan moden, lengkap dengan lantai parket, keselesaan yang ditawarkannya agak sukar ditandingi oleh banyak hotel murah yang lain.
Pemandangan dari bilik juga agak menarik, pemandangan bandar ataupun kolam renang, yang mana yang menjadi pilihan anda?
Harga: Dari RM169+ Semalaman
Alamat: PT 968, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu
17. Tune Hotel – Kota Bharu City Centre
Siapa tak kenal Tune Hotel, cawangan hotel bertemakan putih dan merah ini cukup luas sekali di sekitar Malaysia ini.
Mengutamakan kemudahan asas yang lengkap di dalam setiap biliknya, Tune Hotel adalah pilihan penginapan yang terbaik bagi anda yang inginkan tempat menginap yang ringkas dan selesa.
Lokasinya yang terletak bersebelahan dengan Kota Bharu Mall cukuplah sesuai bagi anda yang kaki shopping. Selain itu, untuk santapan pula, kedai makan yang dibuka 24 jam juga terletak berdekatan dengan hotel.
Harga: Dari RM113+ Semalaman
Alamat: KBCC, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan, 15050 Kota Bharu
16. Royal Guest House
Jika anda merasakan hanya di Melaka dan Penang sahaja tempatnya untuk menikmati penginapan dalam era berbeza, jangan terkejut kerana di Kota Bharu juga terdapat bangunan dengan reka bentuk kolonial abad ke-19 ini.
Bangunan yang kelihatan megah ini sebenarnya menawaran penginapan dengan harga yang cukup berpatutan. Menjejakkan kaki ke ruang lobi hotel ini, dapat dirasakan aura elegannya dengan perabot berwarna coklat gelap dan lampu-lampu mewahnya.
Berkaitan lokasinya, hotel ini terletak di dalam kawasan yang sangat menarik, berdekatan dengan banyak tarikan pelancong di Kelantan seperti muzium-muzium dan Pasar Besar Siti Khadijah.
Walaupun strategik berdekatan dengan lokasi yang meriah dengan kedatangan orang luar, suasana di dalam hotel ini cukup tenang dan sunyi.
Harga: Dari RM119+ Semalaman
Alamat: Lot 440 – 443 & Lot 448 – 452 Jalan Hilir Kota, 15300 Kota Bharu
15. Adha Studio & Suite Kota Bharu
Jika anda tidak membawa kenderaan sendiri sewaktu bercuti ke Kota Bharu, menginap di Adha Studio & Suite Kota Bharu adalah salah satu pilihan penginapan terbaik.
Untuk pengetahuan anda, masa yang diambil jika anda berjalan kaki dari penginapan ini ke lokasi menarik seperti laman seni, Pasar Siti Khadijah, masjid yang tertua di Kelantan, Muzium Kraftangan, Muzium Diraa dan banyak lagi hanyalah dalam 10 minit.
Lokasi yang hebat bukan? Untuk mengukuhkan lagi sebab bagi anda menginap di sini adalah kerana kondisi biliknya yang cukup moden, luas dan lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Harga: Dari RM150+ Semalaman
Alamat: Jalan Hilir Pasar, 15400 Kota Bharu
14. Sabrina Court Hotel
Datang beramai-ramai dengan anak-anak yang comel ke Kota Bharu? Sabrina Court Hotel menawarkan bilik yang cukup luas untuk memuatkan anda sekeluarga.
Barulah seronok anak-anak anda berlari-lari, tak gitu? Waktu cutilah waktu untuk mereka berseronok sepuas hati.
Bukan itu sahaja, lokasinya yang terletak begitu dekat dengan kedai makan Nasi Ulam Cikgu yang bukan main popular lagi di Kota Bharu, mungkin boleh menjadi salah satu sebab utama untuk anda memilihnya sebagai tempat penginapan. Siapa tak suka makanan yang sodap sentiasa ada di depan mata?
Harga: Dari RM108+ Semalaman
Alamat: Lot 177-181, Jalan Padang Garong, 15000 Kota Bharu
13. Al Khatiri Hotel
Di Arab Saudi atau Malaysia? Menginap di Al Khatiri Hotel boleh membuatkan anda terasa seperti bercuti di negara Arab. Tak perlu bayar mahal untuk sebuah pengalaman penginapan yang semenarik ini konsepnya.
Bayangkan menginap di sebuah bilik dengan lantai yang kelihatan seperti baldu berwarna merah tua, setiap sudut hotel pula dihiasi dengan perabot yang elegan rekaannya, terasa seperti bayaran hotel sepatutnya lebih mahal daripada harga yang ditawarkan.
Tambahan lagi dengan kebersihannya yang mantap persis sebuah hotel mewah. Yang menariknya lagi, hotel ini turut menghantar sarapan ke bilik setiap pagi. Istimewa sekali layanan yang diberikan untuk sebuah hotel bajet bukan?
Harga: Dari RM153+ Semalaman
Alamat: LOT PT 1761 Bandar Baru Kubang Kerian Kota Bharu, 16150 Kubang Kerian
12. Dynasty Inn – Wakaf Che Yeh
Ini adalah sebuah lagi cawangan Dynasty Inn di Kelantan selain daripada yang terletak di Jalan Sultanah Zainab. Dynasty Inn yang seterusnya ini terletak di Wakaf Che Yeh yang terkenal dengan pasar malamnya ini.
Bagi anda yang berniat ingin membeli-belah di Kuantan, mai booking hotel ini na. Bukan itu sahaja, bab makanan jangan cerita, di depan hotel ini sahaja anda boleh menjumpai gerai makanan yang mampu menggegarkan deria rasa anda.
Bercakap tentang penginapannya pula, bilik-bilik yang dihias dengan minimal di hotel bajet ini cukup selesa dengan katil yang empuk dan penyejuk udara yang sungguh menyamankan. Dari RM93 untuk semua ini? Sudah lebih dari baik rasanya.
Harga: Dari RM93+ Semalaman
Alamat: 2618, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15100 Wakaf Che Yeh#
11. Menara One Hotel
Menara One Hotel yang terletak di Jalan Pengkalan Chepa ini adalah sebuah penginapan yang cukup ringkas dekorasi dalamannya namun lengkap dengan segala kelengkapan penting untuk menjadi sebuah penginapan yang selesa.
Berkenaan dengan lokasinya pula, hotel ini terletak dalam sekitar 20 minit pemanduan untuk ke Wakaf Che Yeh dan Pasar Besar Siti Khadijah.
Pantai Cahaya Bulan pula hanyalah dalam 35 minit pemanduan dari hotel. Untuk menjamu selera, di sekitar hotel ini terdapat banyak gerai makanan yang dapat mengisi perut kosong anda.
Harga: Dari RM98+ Semalaman
Alamat: Lot 647, Seksyen 26, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu
10. Hotel Diamond
Terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu, lokasinya sangat strategik yang mana anda boleh berjalan kaki dan sampai ke banyak mercu tanda negeri ini seperti Pasar Besar Siti Khadijah, muzium dan Istana Kota Lama dalam hanya 10 ke 15 minit. Tak perlu anda menghabiskan minyak untuk ke lokasi tarikan yang terdekat.
Bajet selebihnya pula, bolehlah digunakan untuk menikmati pelbagai juadah menarik di Kelantan ini. Di samping itu, dalam harga murah yang ditawarkan hotel ini, anda turut mendapat sarapan pagi tanpa caj tambahan.
Harga: Dari RM113+ Semalaman
Alamat: PT376 Wisma Koopguru Jalan Tok Guru, 15400 Kota Bharu
9. G Home Hotel
G Home Hotel yang terletak di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu ini memiliki kedudukan yang agak strategik bagi anda yang sentiasa kelaparan, mana tidaknya, di sekitarnya sahaja terdapat 3 buah restoran menarik, apa yang anda inginkan?
Masakan barat? Mee hailam? Roti tempayan? Tepuk dada, tanya selera. Lokasi lain yang terletak berdekatan G Home Hotel adalah Kampung Kraftangan dan Muzium Kraf yang hanyalah 500 meter dari penginapan.
Harga: Dari RM89+ Semalaman
Alamat: No. A-01-05, Pelangi Mall Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu
8. THE ROOM2 @ zishi
Sukakan suasana hotel yang hipster? Kalau begitu, mungkin THE ROOM2 @ zishi amat kena dengan jiwa anda. Lihat sahaja dari ruangan lobinya, dihias dengan cukup menarik menggunakan konsep yang terkenal sejak kebelakangan ini.
Bukan itu sahaja, pihak hotel dengan baik hatinya turut menyediakan ruang pantri dengan minuman seperti teh dan kopi yang boleh dibuat sendiri di sini, jangan terlepas pandang stok biskut yang turut disediakan. Cukup santai.
Pihak hotel juga turut menyediakan permainan papan untuk anda sekeluarga meluangkan waktu berkualiti bersama. Terasa seperti di rumah bukan? Lokasinya juga tidak mengecewakan, terletak berdekatan dengan pusat membeli-belah dan juga kedai 24 jam, 7E.
Harga: Dari RM109+ Semalaman
Alamat: 5229-H,1st Floor Jalan Sultan Ibrahim, 15050 Kota Bharu
7. Mutiara Penthouse Hotel
Wow! Serius ke penthouse? Jangan risau, anda tidak perlu membayar berjuta untuk menginap di Mutiara Penthouse Hotel ini kerana ia menawarkan bilik dengan harga yang tak kering poket.
Bukan itu sahaja, dengan harga yang cukup murah ini juga anda dapat menikmati pemandangan yang sungguh mengasyikkan dari tingkap dan balkoni bilik. Kalau anda nak tahu, bangunan kondo tempat terletaknya penthouse ini adalah bangunan yang tertinggi di Kelantan.
Pemandangannya membuatkan anda terasa seperti berada di skydeck, tunggu sahaja pemandangan cahaya bergemerlapan di sekitar Kota Bharu apabila tiba waktu malam.
Selain menawarkan pemandangan yang menggoda pandangan, bagi anda yang kaki shopping pula, pusat membeli-belah terletak hanyalah di tingkat bawah penginapan ini. Jadi apa lagi? Sediakan bajet lebih untuk bershopping!
Harga: Dari RM89+ Semalaman
Alamat: Kota Sri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra , Kota Bharu 15150 Malaysia, 15150 Kota Bharu
6. Thank Q Inn
Hotel bajet Thank Q Inn ini adalah sebuah penginapan yang cukup ringkas rekaan dalamannya, bersesuaian dengan harga murah yang ditawarkan. Kedudukan hotel ini yang tidak begitu dekat dengan kawasan bandar membuatkan suasana lebih senyap untuk ketenangan tidur malam anda sekeluarga.
Yang menariknya, hotel murah ini juga terletak hampir dengan kedai makan yang terkenal dengan roti titapnya, Kopitiam Warisan, jangan lepaskan peluang untuk mencubanya ya? Tarikan lain yang terletak tidak jauh dari hotel adalah Pasar Besar Siti Khadijah.
Ringkas, luas, bersih dan strategik untuk tidur malam yang lena. Bukan itu sahaja, hotel ini juga terletak berdekatan dengan gerai makan terkenal, apa lagi yang anda inginkan?
Harga: Dari RM80+ Semalaman
Alamat: Lot 882, Jalan Sri Cemerling 11/27, 15300 Kota Bharu
5. Mizwar Inn Hotel
Berada di kedudukan cukup strategik, hanyalah beberapa tapak dari hotel, anda dapat merasai pengalaman sebenar kehidupan di Kelantan. Dari Pasar Besar Siti Khadijah, istana raja, muzium kraftangan, masjid dan banyak lagi hanyalah beberapa minit berjalan kaki dari hotel.
Kedudukan Pasar Besar Siti Khadijah adalah yang paling dekat dengan hotel, yang mana anda hanya perlu berjalan kaki dalam 3 minit untuk sampai ke pasar yang cukup ‘legend’ ini.
Kerana kedudukannya yang terletak di tengah-tengah pekan, banyak pengangkutan awam yang boleh didapati di kawasan sekitar sekiranya anda ingin meneroka dengan lebih meluas lagi bandar Kota Bharu ini.
Harga: Dari RM58+ Semalaman
Alamat: 321 & 322 Jalan Hilir Kota, 15000 Kota Bharu
4. Sireh Hotel & Apartment
Menyediakan penginapan jenis bilik dan apartment, Sireh Hotel & Apartment dapat memenuhi keperluan penginapan anda sewaktu di Kota Bharu.
Sekiranya anda bercuti bersama keluarga yang ramai, anda boleh memilih penginapan jenis apartment 3 bilik yang mampu menampung sekitar 6 orang penginap dalam satu-satu masa.
Ketiga-tiga bilik di apartment ini memiliki ruang yang cukup luas untuk keselesaan sepanjang penginapan.
Lokasinya pula, cukup menarik, hanyalah 1 minit berjalan kaki anda akan sampai ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh dan dalam 10 minit berjalan kaki pula terdapat pusat membeli-belah Ceria.
Harga: Dari RM70+ Semalaman
Alamat: PT 1080, Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh, Jalan Kuala Krai, 15100 Kota Bharu
3. Ridel Boutique Hotel
Ridel Boutique Hotel menawarkan penginapan bilik keluarga yang sangat luas, sesuai untuk anda yang mempunyai bilangan keluarga yang ramai.
Kemudahan seperti selimut, bantal dan katil yang disediakan pihak hotel juga sangatlah empuk, membuatkan tidur anda sekeluarga senyenyak bayi, jangan tak terjaga sudahlah ya.
Kemudahan lain seperti akses wifi yang disediakan secara percuma pula memiliki kelajuan yang agak memuaskan untuk sebuah hotel bajet.
Harga: Dari RM76+ Semalaman
Alamat: PT 762, Blok H , Pasar Awam Wakaf Che Yeh, 15100 Wakaf Che Yeh
2. Staycity Apartments
Staycity Apartments adalah sebuah penginapan yang sesuai bagi anda yang memiliki citarasa moden dan mewah. Bilik-biliknya juga luas untuk anda yang memiliki keluarga yang besar.
Selain menawarkan keselesaan yang melampau, Staycity Apartments turut menyediakan fasiliti yang agak lengkap menjadikan ia salah satu penginapan yang boleh dipertimbangkan untuk penginapan jangka masa panjang. Bukan itu sahaja, pemandangan yang disajikan dari apartment juga agak menarik. Lokasinya?
Terletak di dalam kawasan yang strategik kerana tidak jauh dari hotel ini adalah pusat membeli-belah dan pasar yang popular di Kelantan.
Harga: Dari RM120+ Semalaman
Alamat: Jalan Hilir Pasar, Kota Bharu Kelantan 3s45 Kota Bharu City Point, 15000 Kota Bharu
1. Dar Es Salam
Jika anda seorang yang cepat homesick, mungkin dengan menginap di Dar Es Salam dapat membuatkan anda terlupa segala lara di hati secara serta-merta.
Penginapan studio apartment yang ditawarkan Dar Es Salam ini memiliki aura yang agak luar biasa ‘homie’nya, dengan petikan kata-kata yang menarik ataupun quote menghiasi pelbagai sudut apartment ini yang apabila dibaca cukup menghiburkan hati.
Apartment yang dihias moden ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan penginapan jangka masa panjang. Salah satu kemudahannya adalah mesin membasuh baju yang terletak di tingkat bawah hotel ini.
Lokasinya pula, tidak kurang menariknya, hanyalah 5 minit berjalan kaki dari apartment anda boleh sampai ke Pasar Besar Siti Khadijah.
Harga: Dari RM140+ Semalaman
Alamat: Kota Bharu City Point, 15000 Kota Bharu
Daripada kesemua 30 hotel murah di Kota Bharu ini, ada yang menjadi pilihan hati? Jika anda ingin mendapatkan pilihan penginapan yang lebih luas lagi, anda boleh melayari booking.com, dari hotel yang simple hinggalah yang mewah, semuanya ada di sini, bergantung kepada bajet dan citarasa anda.
Yang penting, walau apa sekali pun pilihan penginapan yang dibuat, kami harap percutian anda di negeri Cik Siti Wan Kembang ini penuh dengan keseronokan.
Sekadar peringatan, hati-hati bercuti di Kelantan ya? Kemungkinan besar sebaik pulang dari Kelantan, berat badan anda sekeluarga bertambah secara tidak sedar kerana boleh dikatakan dalam banyak-banyak negeri di Malaysia ini, masakan negeri ini adalah antara yang sukar dilupakan keenakannya. Selamat bercuti ke Kota Bharu!