25 Hotel Murah Di Kota Kinabalu | Bilik Selesa Bawah RM200

Ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu dinamakan sempena Gunung Kinabalu yang menjadi kebanggaan Malaysia sebagai sebuah gunung tertinggi di asia tenggara. Kota Kinabalu kaya dengan peninggalan sejarah  dan keindahan alam semulajadi terutama sekali pemandangan indah Laut China Selatan yang terbentang luas di hadapan kota ini.

Lokasi-lokasi pelancongan yang begitu banyak di Kota Kinabalu membuatkan ia berbaloi dilawati sebagai destinasi percutian sekeluarga ataupun bersama teman-teman.

Memang seronok melancong tapi sudah pasti ramai yang memikirkan bajet percutian bukan? Bukan setakat bajet, malahan keselesaan penginapan juga penting dalam merancang sesebuah percutian, kalau ada yang tak kena, tak dapatlah anda nikmati percutian yang hanya boleh dirasai sekali-sekala ini.

Untuk menyelamatkan percutian anda, di sini saya senaraikan 25 hotel murah di Kota Kinabalu yang selesa dan dalam masa yang sama membantu anda menyimpan bajet.

25. Tune Hotel 1 Borneo | Dari RM94+ Semalam

Tune Hotel-1 Borneo 1

Dengan harga yang agak murah ini anda mendapat sebuah penginapan yang sangat strategik terletak berdekatan dengan pusat tarikan pelancongan seperti Borneo Marine Research Institute (BMRI) Complex yang hanya 2.2 km dari hotel serta pusat membeli-belah.

Tune Hotel 1 Borneo 2

Tune Hotel 1 Borneo yang bertemakan merah dan putih ini menawarkan tempat penginapan yang lengkap dengan kemudahan kedua-dua penyaman udara dan kipas, tandasnya pula lengkap dengan pancuran air panas dan pengering rambut. Di samping itu, di hotel ini juga terdapat kedai serbaneka untuk kemudahan anda membeli barangan keperluan sewaktu penginapan.

Harga: Dari RM94+ Semalaman

Alamat: Unit No. G-803, 1Borneo Hypermall, Jalan Sulaman, 88450 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com


24. Diamond Inn | Dari RM189+ Semalam

Diamond Inn Hotel Kota Kinabalu Main Image

Diamond Inn menawarkan 34 buah bilik yang dihias dengan elegan, siapa pun tidak menyangka bahawa ianya hanyalah sebuah hotel 2 bintang sebaik memandang keindahan suasana dalam hotel yang kelihatan sungguh selesa dan bersih.

Ini juga mungkin disebabkan oleh usia hotel yang masih agak baru, keadaan segalanya dari perabot hinggalah kepada dekorasi lain masih lagi ‘berbau kedai.’

Sepanjang waktu berehat di dalam bilik hotel, anda boleh melayan YouTube dengan menggunakan wifi percuma yang disediakan.

Diamond Inn Hotel Kota Kinabalu - Room Image

Lokasinya, hanyalah 750 meter dari Oceanus Waterfront Mall, 350 meter dari Gaya Street dan hanyalah beberapa minit perjalanan kaki dari Pasar Filipina. Pendek kata, bagi yang kaki shopping, anda wajib book hotel ini.

Harga: Dari RM189+ Semalaman

Alamat: Jalan Haji Yaacob Lot 7, Shop No 37, Kampung Air, 88000 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com

23. Qi Hotel and Club | Dari RM194+ Semalam

Qi Hotel and Club Kota Kinabalu - Main Image

Nikmati ketenangan yang tidak berbelah-bahgi dengan meluangkan saat-saat percutian di Qi Hotel and Club.

Tanpa perlu keluar dari kawasan hotel, anda sudah dapat merasai nikmat percutian yang sukar didapati di tempat lain, keindahan lanskap tamannya dan tawaran aktiviti yang ada di hotel ini sudah cukup untuk membuatkan anda terlupa segala masalah dan tekanan di kota.

Antara aktiviti menarik yang ditawarkan untuk anda memanjakan badan dan fikiran adalah kelas meditasi, yoga dan tai chi. Ingin melakukan aktiviti luar dari penginapan? Dalam hanya 15 minit pemanduan, anda boleh singgah ke kawasan pantai peribadi yang jauh dari gangguan orang ramai.

Qi Hotel and Club Kota Kinabalu - Room Image

Bila tiba waktu malam, anda boleh menikmati pemandangan bintang berkelipan yang dapat dilihat jelas dari kawasan hotel sambil dikelilingi oleh flora dan fauna.

Apa lagi sebab anda bercuti kalau bukan untuk mengembalikan kesegaran fikiran dan jiwakan? Sekiranya ini yang anda idamkan, bookinglah penginapan Qi Hotel and Club bila bercuti di Kota Kinabalu nanti.

Harga: Dari RM194+ Semalaman

Alamat: Kampung Giling, Mile 16, Jalan Tuaran, P.O. Box 200, 89208 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com

22. Hotel Gaia 95 | Dari RM159+ Semalam

Hotel Gaia 95 Kota Kinabalu - Main Image

Hotel Gaia 95 adalah sebuah penginapan moden yang dihias dengan dekorasi yang sedap dipandang mata, padat dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan sepanjang penginapan di sini.

Dari harga sekitar RM150+ semalaman, anda dijanjikan sebuah bilik yang selesa dengan katil empuk dan lengkap dengan hiburan tv bersaluran satelit. Tak rasa nak tengok tv? Jangan risau, anda juga boleh online sepuas hati dengan menggunakan wifi percuma yang disediakan, memang laju!

Hotel Gaia 5 Kota Kinabalu - Room Image

Lokasinya, cukup memuaskan hati kerana terletak berdekatan dengan pelbagai tarikan di Kota Kinabalu seperti Menara Jam Atkinson, Pasar Filipina Sabah dan Pasar Ahad (Jalan Gaya). Hotel ini juga turut dikelilingi oleh banyak kedai makan. Memang cunlah untuk siapa yang tak pernah kenyang tu.

Harga: Dari RM159+ Semalaman

Alamat: Lot 95, Gaya Street, 88300 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com

21. Winner Hotel | Dari RM83+ Semalam

Winner Hotel 1

Hotel ini berada di pusat bandar Kota Kinabalu. Kedudukannya yang strategik menjadikan ia salah sebuah hotel yang menjadi pilihan ramai, lebih kurang dalam 5 minit perjalanan kaki anda boleh ke Gaya Street, Kompleks Membeli-belah Centre Point Sabah, Warisan Square dan Pasar Malam. Untuk menjamu selera pula apatah lagi, semuanya berada di sekitar hotel ini.

Winner Hotel 2

Setiap bilik di hotel lengkap dengan penyaman udara, bar mini, kemudahan membuat air dan lain-lain lagi. Yang menariknya, anda boleh menggunakan komputer secara percuma yang disediakan di lobi hotel. Tapi jangan risau, wifi percuma tetap boleh digunakan di setiap bilik.

Harga: Dari RM83+ Semalaman

Alamat: No. 9 & 10, Jalan Pasar Baru, Kampung Air, 88000 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com


20. The Crown Borneo Hotel | Dari RM111+ Semalam

The Crown Borneo Hotel 1

Hotel ini adalah pilihan yang tepat bagi anda yang inginkan sebuah penginapan yang berdekatan dengan lapangan terbang kerana perjalanan yang diambil hanyalah lebih kurang 15 minit dari hotel.

Apa yang menariknya lagi, perkhidmatan shuttle untuk ke lapangan terbang juga disediakan secara percuma kepada para penginap hotel.

Antara tarikan pelancongan terdekat dengan hotel adalah Pantai Tanjung Aru, Taman Perdana dan gerai-gerai makanan malam yang hanya 15 minit berjalan kaki dari hotel.

The Crown Borneo Hotel 2

Sebuah hotel yang bertema agak simple dan dalam masa yang sama dipengaruhi konsep royal. Setiap bilik di hotel ini menawarkan penginapan yang selesa dengan perabot-perabot kayu, televisyen dan kemudahan membuat air. Tandas juga lengkap dengan pancuran mandian.

Harga: Dari RM111+ Semalaman

Alamat: 23 Jalan Pinang, 88100 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com


19. OYO Room Center Point Mall | Dari RM134+ Semalam

OYO Room Centre Point Mall 1

Hotel ini terletak berdekatan dengan pasar Filipino Sabah dan Pasar Ahad Jalan Gaya yang mana kedua-duanya kurang 0.5 km dari hotel. Tarikan pelancongan terdekat adalah Muzium Negeri Sabah & Kampung Warisan yang hanya 2.1 km dari hotel.

OYO Rooms Centre Point Mall 2

Bilik-bilik di hotel ini lengkap dengan televisyen, peralatan mandian dan pengering rambut. Wifi percuma turut boleh digunakan di seluruh kawasan hotel.

Terdapat kemudahan air tapisan yang disediakan di ruang legar.  Hotel ini adalah pilihan yang tepat bagi anda yang inginkan penginapan murah dan di lokasi yang strategik.

Harga: Dari RM134+ Semalaman

Alamat: Yomi Hotel Plot No.13-15, Yomi Convimart, 88000 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com


18. Kinabalu Daya Hotel | Dari RM134+ Semalam

Kinabalu Daya Hotel 1

Hotel ini terletak di kawasan daerah komersial dan hiburan Kota Kinabalu. Terletak kurang 2 km dari hotel adalah Kota Kinabalu Central Market, Pasar Minggu, Pasar Filipino Sabah, Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu Wetland Centre dan banyak lagi.

Kinabalu Daya Hotel 2

Dengan harga yang bermula dari RM120 ini anda dapat menginap di hotel yang amat mengambil berat tentang keselesaan tetamu. Setiap bilik di hotel ini lengkap dengan kemudahan televisyen, wifi, kemudahan membuat air dan lain-lain.

Terdapat sesetengah bilik yang menawarkan pemandangan  yang menyejukkan mata bandar Kota Kinabalu. Anda juga boleh memilih untuk menginap di bilik yang menyediakan dapur kecil.

Harga: Dari RM134+ Semalaman

Alamat: Lot 3 & 4, Blok 9 Jalan Pantai, 88000 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com


17. TD Plaza Hotel | Dari RM119+ Semalam

TD Plaza Hotel 1

Dari hotel ini, banyak kawasan terkenal yang boleh anda lawati dengan hanya berjalan kaki dari hotel.

Antara tempat-tempat yang boleh anda lawati tanpa perlu mengeluarkan wang untuk pengangkutan adalah seperti Pusat Membeli-belah Wawasan Plaza, Taman Tunku Abdul Rahman, Oceanus Waterfront Mall, Imago Shopping Mall, Pasar Kraftangan Filipino Sabah dan banyak lagi.

TD Plaza Hotel 2

Setiap bilik di hotel ini berlantaikan parket dan lengkap dengan penyaman udara. Turut disediakan adalah kemudahan televisyen bersaluran satelit untuk anda tontoni sambil berehat-rehat di bilik, kemudahan menyeterika dan cerek. Untuk tandas, pancuran air panas juga disediakan.

Untuk ke lapangan terbang yang terletak dalam 10 minit pemanduan dari hotel, anda boleh mendapatkan khidmat shuttle yang disediakan pihak hotel dengan caj tambahan.

Harga: Dari RM119+ Semalaman

Alamat: Tingkat 3, Wisma San Hin, Plaza Wawasan, 1-1, Lorong Plaza Wawasan, 88000 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com


16. Cititel Express Kota Kinabalu | Dari RM160+ Semalam

Cititel Express Hotel 1

Hotel ini terletak berdekatan dengan pelbagai lokasi menarik di Kota Kinabalu. Kurang 5 km dari hotel terdapat Signal Hill Observatory, Sabah State Museum & Heritage Village, Atkinson Clock Tower, KK Esplanade dan banyak lagi.

Cititel Express Hotel 2

Setiap bilik di hotel ini dilengkapi dengan penyejuk udara dan berlantaikan kayu untuk keselesaan anda. Dengan harga bermula dari RM128 ini anda dapat menginap di sebuah hotel yang bukan sahaja selesa malahan berdekatan dengan pelbagai lokasi yang menarik.

Harga: Dari RM160+ Semalaman

Alamat: No. 1 Jalan Singgah Mata 1, Asia City, 88000 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com


15. Tang Dynasty Park Hotel | Dari RM131+ Semalam

Tang-Dynasty-Hotel-1

Hotel ini terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu iaitu hanya 4 km dari hotel.

Sekiranya anda ingin membeli-belah sewaktu di Sabah, berdekatan hotel ini terdapat Imago Shopping Mall, Oceanus Waterfront Mall, Pasar Ahad Jalan Gaya dan lain-lain lagi yang terletak dalam kurang 2 km dari hotel. Dalam 0.5 km pula terdapat Muzium Negeri Sabah dan Kampung Warisan.

Tang Dynasty Hotel 2

Setiap bilik di hotel ini menawarkan penginapan yang selesa dengan bilik yang luas berpenghawa dingin, amat sesuai untuk anda yang datang bercuti bersama ahli keluarga.

Di samping itu, kemudahan lain adalah TV bersaluran kabel dan tandas yang lengkap dengan kemudahan mandian. Dengan harga permulaan sebanyak RM130, hotel ini memberikan anda sebuah penginapan yang sangat berbaloi berdasarkan lokasi dan kemudahan yang disediakan.

Harga: Dari RM131+ Semalaman

Alamat: Lot TL, 147, Jalan Belia, 88000 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com


14. Celyn Hotel | Dari RM140+ Semalam

Celyn Hotel 1

Celyn Hotel terletak di dalam pusat membeli-belah Giant, ini bermaksud anda dapat memilih tempat menjamu selera mengikut citarasa anda kerana banyak sekali pilihan kafe dan restoran di sini.

Selain itu, untuk ke pusat bandar Kota Kinabalu, pihak hotel menyediakan perkhidmatan shuttle secara percuma kepada para pelanggan, dapatlah anda berjimat dari segi pengangkutan juga.

Celyn Hotel 2

Setiap bilik di hotel ini berkonsepkan kontemporari dan kelihatan elegan. Bilik yang amat selesa ini juga lengkap dengan TV plasma bersama pemain DVD serta wifi percuma.

Harga: Dari RM140+ Semalaman

Alamat: Unit S-0-30, Block F, Ground Floor, City Mall, Jalan Lintas, 88450 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com


13. Oceania Hotel | Dari RM136+ Semalam

Oceania Hotel 1

Konsep hotel ini adalah sangat menyegarkan, bukan sahaja unik malahan menyejukkan mata. Seperti namanya Oceania Hotel, setiap bilik di hotel ini dihias dengan konsep yang bercirikan pantai yang tenang.

Tema yang digunakan adalah warna-warna seperti pasir di laut dan biru laut. Apa kata anda booking bilik di hotel ini dulu untuk merasakan pengalamannya.

Ocenia Hotel 2

Setiap bilik di hotel ini lengkap dengan penghawa dingin, TV bersaluran satelit, kemudahan membuat air, cerek, seterika dan banyak lagi untuk kemudahan anda yang menginap di hotel ini.

Yang menariknya lagi, dari bilik di hotel ini anda dapat menikmati pemandangan yang indah sekitar Kota Kinabalu. Berbaloi bukan?

Harga: Dari RM136+ Semalaman

Alamat: Lot 60-64, Lorong Ikan Juara 5, Sadong Jaya, 88000 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com


12. The Palace Hotel | Dari RM154+ Semalam

The Palace Hotel 1

Cuba tanya diri anda, apa yang anda inginkan sebagai seorang penginap di sesebuah hotel? Mungkin inilah yang dipraktikkan pihak hotel The Palace.

Hotel yang dihias dengan penuh elegan dan moden ini menawarkan kemudahan spa, sauna, urutan, pusat kecergasan, kolam renang dan perkhidmatan shuttle yang percuma ke beberapa tempat seperti Centre Point, Suria Sabah dan Imago KK Times Square.

The Palace Hotel 2

Setiap bilik di hotel ini  berlantaikan kayu dan berkonsep moden. Dilengkapi dengan bar mini, TV bersaluran antarabangsa dan tandasnya pula lengkap dengan air panas untuk anda merehatkan badan selepas seharian makan angin di Kota Kinabalu. Harganya? Sudah pastinya  sangat berbaloi dengan fasilitinya yang begitu lengkap sekali.

Harga: Dari RM154+ Semalaman

Alamat: No. 1, Jalan Tangki, Karamunsing, 88100 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com


11. Courtyard Hotel 1 Borneo | Dari RM148+ Semalam

Courtyard Hotel 1 Borneo 1

Hotel ini memiliki reka bentuk luaran yang agak  gah, rekaan dalamannya juga turut memberikan aura yang sama, elegen dan moden.

Hotel yang bersambung dengan pusat membeli-belah 1 Borneo Mall ini turut menawarkan restoran yang berpemandangan indah kawasan bandar daripada tempat duduk di teres luaran.

Courtyard Hotel 1 Borneo 2

Setiap bilik di hotel ini memiliki TV berskrin rata bersama pemain DVD untuk hiburan anda sekeluarga.  Kemudahan-kemudahan lain turut tersedia yang menjamin keselesaan penginapan anda di sini. Perkhidmatan yang lain juga seperti kemudahan untuk menyewa kereta dan untuk melayari internet turut disediakan di business centre hotel ini.

Harga: Dari RM148+ Semalaman

Alamat: G-800 1 Borneo Hypermall Jalan UMS, 88450 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com


10. Mandarin Hotel | Dari RM142+ Semalam

Mandarin Hotel 1

Hotel ini terletak di kawasan yang agak strategik, anda boleh ke Pasar Minggu Jalan Gaya dengan hanya berjalan kaki dan untuk ke Pasar Besar pula hanyalah 5 minit pemanduan dari hotel.

Banyak sekali kawasan tarikan di Kota Kinabalu yang terletak berdekatan hotel misalnya Atkinson Clock Tower dan Signal Hill Observatory yang terletak kurang 1 km dari hotel.

Mandarin Hotel 2

Sudahlah lokasinya yang strategik, bilik-bilik di hotel ini juga begitu selesa sekali dengan fasilitinya lengkap untuk para penginap.

Setiap bilik lengkap dengan penghawa dingin dan berlantaikan parket. Kemudahan lain adalah seperti TV bersaluran satelit dan tandas yang berpancuran mandian.

Harga: Dari RM142+ Semalaman

Alamat: Number 138, Jalan Gaya, 88000 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com


9. Lintas View Hotel | Dari RM148+ Semalam

Lintas View Hotel 1

Lintas View Hotel terletak di Kompleks Stesen Lintas. Terletak kurang daripada 3 km dari hotel ini adalah destinasi-destanasi tarikan seperti Muzium Negeri Sabah & Kampung Warisan, Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan Kamunsing Capital.

Lintas View Hotel 2

Setiap bilik di hotel ini menawarkan keselesaan yang diperlukan oleh semua penginap seperti penyaman udara, TV bersaluran satelit, kemudahan membuat air kopi dan teh dan banyak lagi. Tandasnya pula lengkap dengan pancuran mandian air panas.

Yang menarik lagi, hotel ini turut menawarkan perkhidmatan shuttle percuma. Untuk anda yang membawa kenderaan sendiri pula, hotel ini memiliki parking dalaman yang mana anda tidak perlu risau tentang keselamatan kenderaan anda sewaktu menginap di hotel ini.

Harga: Dari RM148+ Semalaman

Alamat: 5th & 6th Floor, Kompleks Lintas, Jalan Lintas, 88300 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com


8. Celyn City Hotel | Dari  RM143+ Semalam

Celyn City Hotel 1

Berada di tengah-tengah kawasan bandar, membuatkan harganya amat berbaloi sekali dengan harga permulaan sebanyak RM150.

Dari hotel ini, anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke pusat-pusat membeli-belah atau ke pasar-pasar di Kota Kinabalu. Di sekitar hotel ini juga terdapat banyak sekali pilihan spa-spa untuk anda memanjakan badan anda sewaktu bercuti.

Celyn City Hotel 2

Setiap bilik di hotel ini dihias dengan konsep moden dan mengutamakan keselesaan  penginap. Antara fasiliti yang disediakan hotel adalah penyaman udara, TV bersaluran kabel, kemudahan membuat air dan tandasnya juga lengkap dengan kemudahan mandian percuma, pancuran mandian, pengering rambut dan lain-lain. Tidak lupa juga, akses internet percuma yang agak baik turut tersedia untuk anda.

Harga: Dari RM143+ Semalaman

Alamat: Ground Floor, Block A, Warisan Square, Jalan Tun Fuad Stephens, 88000  Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com


7. Gaya Centre Hotel | Dari RM181+ Semalam

Gaya Centre Hotel 1

Hotel ini merupakan lokasi yang amat sesuai untuk anda yang ingin merehatkan fikiran kerana kedudukannya yang berhadapan dengan Laut China Selatan.

Anda boleh memilih bilik dengan pemandangan sama ada kawasan bandar ataupun laut untuk dinikmati dari bilik. Perjalanan dari hotel ke kawasan laut hanyalah 3 minit sahaja. Anda juga boleh ke kawasan jeti yang terletak hanya 10 minit perjalanan kaki untuk menikmati pemandangan indah matahari terbenam.

Gaya Centre Hotel 2

Bukan itu sahaja, anda tidak perlu mengeluarkan wang untuk pengangkutan ke pusat-pusat membeli-belah yang menarik di Sabah kerana banyak yang boleh dilawati dengan hanya berjalan kaki dari hotel. Untuk ke destinasi lain juga anda tidak perlu risau kerana agak mudah untuk mendapatkan teksi di sini.

Setiap bilik di hotel ini pula lengkap dengan TV bersaluran satelit dan kemudahan membuat kopi dan teh. Anda juga boleh bersenam di pusat kecergasan yang disediakan pihak hotel.

Harga: Dari RM181+ Semalaman

Alamat: Jalan Tun Fuad Stephens, 88843 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com


6. TH Hotel Kota Kinabalu | Dari RM194+ Semalam

Tabung Haji Hotel Kota Kinabalu 1

Hotel ini terletak berdekatan dengan Masjid Negeri Sabah yang hanya 5 minit perjalanan kaki. Untuk ke destinasi tarikan pelancongan pula, terdapat Muzium Negeri Sabah, Pantai Tanjung Aru dan Menara Jam Atkinson yang kesemuanya terletak dalam 10 minit pemanduan dari hotel.

Tabung Haji Hotel Kota Kinabalu 2

Hotel ini berkonsep moden dan elegan. Rekaan dalamannya agak menyejukkan mata dan penuh dengan keselesaan.  Bilik-bilik di hotel ini berlantaikan parket dan lengkap dengan penghawa dingin di samping kemudahan-kemudahan lain yang memudahkan penginapan anda di sini. Tandasnya pula lengkap dengan pancuran mandi air panas.

Untuk menjamu selera, terdapat 2 restoran yang boleh dipilih yang menyediakan masakan Melayu, Arab dan barat.

Harga: Dari RM194+ Semalaman

Alamat: Jalan Sembulan, 88832 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com


5. KK Waterfront Hotel | Dari RM220+ Semalam

KK Waterfront Hotel 1

Hotel yang berkonsep moden dan minimal ini terletak di tengah bandar Kota Kinabalu. Lebih kurang 1 km dari hotel ini terdapat banyak lokasi untuk dilawati seperti Pasar Kraftangan Sabah, Kota Kinabalu Central Market, Menara Jam Atkinson, Signal Hill Observatory dan banyak lagi.

KK Waterfront Hotel 2

Bilik-bilik di hotel ini pula menawarkan penginapan yang selesa dengan penghawa dingin, akses internet percuma, dan TV bersaluran satelit untuk hiburan anda. Kemudahan-kemudahan lain adalah seperti peralatan membuat air, peti keselamatan dan pengering rambut  yang disediakan untuk kemudahan anda sepanjang menginap di hotel ini.

Harga: Dari RM220+ Semalaman

Alamat: Warisan Square, Jalan Tun Fuad Stephen, 88000 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com


4. Hotel Sixty3 | Dari RM90 Semalam

Hotel-Sixty3 1

Hotel bajet ini bukan sahaja berlokasi yang sangat strategik, malahan, dekorasinya yang agak moden dan menarik ini, mungkin membuat anda tidak menyangka yang harganya hanyalah bermula daripada RM90 sahaja.

Dari hotel ini, terdapat banyak tempat yang boleh dilawati yang kurang daripada 5 minit perjalanan kaki seperti Pasar Minggu Jalan Gaya, Lembaga Pelancongan Sabah, pusat membeli-belah Suria Sabah dan Terminal Feri Kota Kinabalu.

Hotel Sixty3 2

Hotel Sixty3 dihias dengan konsep moden menggunakan warna-warna natural yang sedap dipandang. Bilik-bilik di hotel ini lengkap dengan bar mini, kemudahan membuat air dan papan seterika.

Harga: Dari RM304+ Semalaman

Alamat: 63, Jalan Gaya, 88000 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com


3. Hotel Capital | Dari RM260+ Semalam

Hotel Capital 1

Sebuah hotel yang menawarkan pemandangan yang indah Laut China Selatan. Hotel ini turut memiliki sebuah restoran yang menyediakan masakan Itali yang telah memenangi anugerah.

Dari harga RM180 anda dapat menikmati semua ini, cukup berbaloi bukan? Di samping itu, hotel ini turut memiliki lokasi yang strategik kerana berada di tengah kawasan kota. Banyak lokasi tarikan pelancongan yang boleh dilawati dengan hanya berjalan kaki.

Hotel-Capital-2

Bilik-bilik di hotel ini lengkap dengan panyaman udara, TV bersaluran satelit, bar mini, kemudahan membuat air, dan lain-lain lagi.

Harga: Dari RM260+ Semalaman

Alamat: 23, Jalan Haji Saman, 88813 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com


2. Dreamtel Kota Kinabalu | Dari RM171+ Semalam

Dreamtel Kota Kinabalu 1

Hotel ini terletak berdekatan Jalan Gaya di mana terletaknya Pasar Ahad.  Dari hotel ini terdapat banyak kemudahan pengangkutan seperti teksi dan hentian bas, dan ini pastinya dapat memudahkan anda yang melancong ke sini.

Selain itu, terletak hanya 200 meter dari hotel ini adalah Menara Jam Atkinson yang merupakan salah satu tarikan pelancongan yang terkenal di Sabah.

Dreamtel Kota Kinabalu 2

Setiap bilik di hotel ini menawarkan penginapan yang berpenyaman udara, TV bersaluran satelit, kemudahan membuat air dan banyak lagi. Hotel ini turut memiliki restorannya sendiri yang menawarkan makanan tempatan dan antarabangsa.

Harga: Dari RM171+ Semalaman

Alamat: 5, Jalan Padang, 88000 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com


1. C’haya Hotel | Dari RM180+ Semalam

C'haya Hotel Kota Kinabalu 1

C’haya Hotel terletak hanya 5 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Hotel ini menyediakan perkhidmatan shuttle ke lapangan terbang secara percuma kepada penginap hotel.

Memiliki konsep yang ringkas dan dalam masa yang sama moden, bilik-bilik di hotel ini agak luas serta lengkap dengan penyaman udara dan berlantai kayu, ini sudah pasti memberikan suasana yang agak selesa untuk anda yang menginap. Bukan itu sahaja, untuk hiburan pula, terdapat TV bersaluran antarabangsa serta kemudahan wifi percuma tersedia untuk anda nikmati pada waktu senggang.

C'haya Hotel Kota Kinabalu 2

Yang menarik lagi tentang hotel ini adalah kolamnya yang terletak di atas bumbung hotel, dari sini anda dapat menikmati pemandangan Kota Kinabalu yang begitu indah sekali sambil merehatkan badan dan fikiran.

Harga: Dari RM180+ Semalaman

Alamat: Lot 7, Jalan Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu

Selanjutnya Di Booking.com


Memang banyak pilihan hotel di Malaysia ini, terutama sekali di kawasan bandar. Kota Kinabalu sebagai ibu kota Sabah turut sama menyediakan pilihan hotel yang banyak seperti  bandar-bandar lain.

Pilihan-pilihan hotel murah di Kota Kinabalu membuatkan jiwa tidak keruan, agak sukar untuk membuat pilihan apabila masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangan yang berbeza-beza. Untuk itu, dengan wujudnya laman web seperti Booking.com anda dapat membuat pilihan yang tepat berdasarkan deskripsi hotel dan testimoni penginap-penginap yang lain.

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Kota Kinabalu

Selain daripada keselesaan sewaktu bercuti, anda juga pasti inginkan bajet percutian anda berada dalam lingkungan yang telah dirancang bukan?  Oleh itu, dinasihatkan supaya anda membuat perancangan awal untuk sesebuah percutian, ini kerana lebih awal tempahan dibuat, lebih rendah harga yang ditawarkan.

Untuk pengetahuan anda juga, harga hotel ini sebenarnya berubah-ubah mengikut musim. Harga hotel akan lebih murah pada musim off-peak jika dibezakan dengan musim cuti persekolahan.

Berdasarkan artikel ini, diharapkan anda dapat mula merancang percutian anda dan membuat pilihan yang terbaik dari segi lokasi, harga dan fasiliti yang ditawarkan hotel. Selamat bercuti ke Sabah, bah!