Siapa sangka kawasan yang pada asalnya hanyalah sebuah perkampungan nelayan, kini tidak henti-henti dilawati pelancong dari seluruh dunia dek kerana tarikan yang dimilikinya sebagai bandar yang menawarkan banyak tempat membeli-belah bebas cukai.
Bukan itu sahaja, Kuah juga menempatkan banyak lagi magnet pelancongan lain seperti masjid dengan reka bentuk Islamik yang indah Al-Hana, Taman Chogm, Dataran Helang, Langkawi Kristal dan banyak lagi yang boleh diakses dengan hanya berjalan kaki.
Apa-apa pun, sebelum membuka langkah kaki untuk ke sini, jangan lupa untuk membuat tempahan penginapan terlebih dahulu. Untuk memudahkan anda membuat pilihan tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak, dalam artikel ini Mai Singgah telah menyenaraikan 34 buah hotel murah di Kuah, Langkawi. Dah jumpa yang suka, booking cepat-cepat!
34. Chill Box Langkawi
Chill Box Langkawi adalah sebuah penginapan moden yang terletak tidak jauh dari banyak lokasi menarik di sekitar Langkawi seperti Sungai Kilim Nature Park, Langkawi Bird Paradise, Malaysia Book Village dan Langkawi Kristal yang mana kesemuanya hanyalah dalam 5 km dari hotel ini.
Bercakap tentang penginapan yang ditawarkan pula, ruangan biliknya sangat luas untuk keselesaan anda yang datang bersama keluarga. Keadaan biliknya juga sungguh cozy dengan katil yang begitu empuk.
Sambil bersantai di dalam bilik yang tenang dari sebarang gangguan bunyi ini, anda boleh menggunakan mesin kopi yang disediakan untuk membuat kopi kaw habis tanpa perlu ke kedai! Sambil minum kopi, anda boleh berhibur menonton Smart TV yang disediakan atau online dengan wifi yang cukup pantas.
Dah puas berehat dalam bilik, apa kata kalau anda sewa scooter yang disediakan hotel ni untuk makan angin sekitar pulau? Memang seronok!
Satu perkara lagi yang best pasal hotel ini adalah sebab mereka menghantar sarapan terus ke dalam bilik anda! Servisnya? Mengalahkan hotel mewah.
Alamat: 2827, Kg Dato Syed Nahar Langkawi Kedah, 07000 Kuah
33. HIG Hotel
Tak payah susah-susah berjalan jauh atau berhabis duit minyak, menginap sahaja di HIG Hotel kalau anda nak semuanya ada di depan mata. Untuk pengetahuan anda, hotel ini terletak hanyalah beberapa tapak dari pusat membeli-belah HIG, food court dan juga bazaar. Apa lagi yang anda nakkan?
Bukan sahaja berlokasi menarik, bilik penginapannya sendiri juga tidak kurang hebatnya. Cukup luas dan lengkap dengan pelbagai kemudahan penting. Daripada bilik yang dihias dengan moden ini juga, anda boleh menikmati pemandangan lautan atau bukit-bukau yang menyegarkan mata.
Tak cukup dengan itu, hotel ini juga cukup memudahkan bagi muslim kerana ia turut menyediakan kemudahan yang lengkap seperti telekung, sejadah dan al-Quran. Segalanya bermula dari hanya RM140, murah semacamkan?
Nak meneroka sepuas hati tarikan di sekitar Langkawi? Anda boleh berjalan kaki sahaja untuk ke banyak kawasan tarikan!
Alamat: Lot 1852, Jalan Penarak, 07000 Kuah
32. CampValley Fitness Getaway
Terletak di dalam lanskap yang indah penuh dengan kehijauan, CampValley Fitness Getaway mampu menggoda jiwa sesiapa sahaja memandang. Bukan itu sahaja, fasiliti yang disediakan penginapan ini juga memang best!
Seperti namanya “CampValley Fitness,” bagi anda yang bergaya hidup aktif dan nak mencuba aktiviti baru, singgahlah ke boxing gymnya. Di sini, anda boleh menyertai kelas fitness dari sukan Muay Thai, crossfit dan banyak lagi!
Dah puas mengeluarkan peluh, pada waktu-waktu petang pula anda boleh menyewa motorsikal yang disediakan untuk makan angin menikmati udara segar kawasan sekitar.
Rasa malas nak ke mana-mana? Pemandangan matahari terbenam dan terbit dari CampValley ini juga cukup mempesonakan. Anda boleh bersantai-santai sambil minum petang atau bersarapan dalam suasana yang penuh kedamaian.
Bercakap tentang penginapan yang disediakan, anda boleh memilih bermacam jenis penginapan menarik yang ada seperti “modern cabin,” “romantic bamboo,” atau “hillside villas.”
Alamat: 2267, Kampung Teluk, Mukim Ulu Melaka, Kedah, 07000 Kuah
31. Bed Attitude (Backpacker)
Penginapan ini sememangnya luar biasa murah! Bed Attitude (Backpacker) yang terletak di Jalan Mahawangsa ini adalah sebuah penginapan jenis hostel yang sesuai untuk para backpackers. Dengan harga yang semurah ini, dapatlah anda gunakan bajet selebihnya untuk buat banyak aktiviti lain lagikan?
Berapa murah hostel ni? Bayaran yang dikenakan hanyalah dari RM20 dan keatas. Bukan senang nak cari kan? Bukan sahaja murah, tapi sangat selesa, lengkap dengan kemudahan moden seperti aircond yang sejuk, wifi percuma, adapter USB dan lain-lain lagi.
Ruang santai yang disediakan pihak hostel juga memang cool habis dengan pemandangan yang sungguh mengujakan. Sambil berehat-rehat, anda boleh menikmati minuman sejuk, panas, kopi atau teh yang disediakan secara percuma.
Alamat: 23A-2 & 23A-3 Langkawi BHD, Jalan Mahawangsa 1, 07000 Kuah
30. Bayview Hotel Langkawi
Bayview Hotel Langkawi adalah sebuah penginapan elegan yang menyajikan panorama memukau jiwa lautan yang membiru ataupun kawasan bukit-bukau yang menghijau.
Sambil menikmati pemandangan ini, anda dapat menghilangkan kepenatan dengan bersantai di dalam bilik yang dihias dengan penuh elegan menggunakan warna yang sejuk dipandang mata. Bukan itu sahaja, saiz biliknya juga cukup luas untuk keselesaan penginapan bersama keluarga.
Di samping bilik yang selesa, anda juga boleh menggunakan banyak lagi kemudahan lain yang disediakan hotel seperti sauna, spa, kolam renang dan gym.
Ingin berseronok luar dari hotel dengan aktiviti seperti island hopping atau aktiviti outdoor lain? Segalanya boleh diatur secara terus di kaunter hotel ini. Service babysitting juga ada disediakan.
Alamat: Jalan Pandak Mayah 1, 07000 Kuah
29. My Rainforest Suite Hotel
My Rainforest Suite Hotel adalah sebuah penginapan moden jenis aparthotel yang lengkap dengan pelbagai kemudahan penting, cukup berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Biliknya sangat selesa dan sesuai untuk diinapi bersama keluarga.
Terasa haus selepas puas berjalan? Anda boleh mendapatkan minuman secara percuma di ruangan lobi hotel ini. Ingin mengisi perut yang lapar? Jangan lepaskan peluang untuk mencuba kedai nasi kandar yang terletak bersebelahan sahaja dengan hotel ini. Enaknya bukan main.
Selain berdekatan dengan restoran yang best, dari hotel ini juga mudah untuk anda menuju ke Jeti Kuah, Idaman Suri dan Kompleks HIG.
Alamat: Jalan Padang Matsirat 125, 07000 Kuah
28. Adya Hotel Langkawi
Walaupun dibanjiri dengan kehadiran ramai pelancong dari negara-negara mat salleh, tak bermaksud harapan untuk anda menemui hotel yang Islamik adalah satu perkara yang mustahil sebab sebenarnya ada banyak hotel mesra muslim yang ditawarkan di sini, salah satunya adalah Adya Hotel Langkawi.
Sebagai penginapan yang ‘halal’ ada bermacam kemudahan mesra muslim yang disediakan seperti kolam renang khas untuk wanita, surau, shuttle untuk ke masjid, bilik yang lengkap dengan sejadah serta al-Quran dan juga azan yang dialunkan setiap kali masuk waktu solat. Suasana yang sangat mendamaikan jiwa.
Hotel ini bukan sahaja cuba memaksimumkan keselesaan penginap Muslim, kemudahan lain juga tak kurang mantapnya, seperti hidangan breakfast yang pelbagai, bilik yang luas untuk penginapan bersama keluarga, tahap kebersihan yang tak ubah seperti sebuah hotel mewah dan banyak lagi!
Lokasinya, terletak kurang 500 meter dari Langkawi Parade Shopping Complex dan hanya 1.7 km dari Pasar Malam Kuah.
Alamat: No. 1, PT4001, Persiaran Mutiara 2, Mukim Kuah, 07000 Kuah
27. Langkawi Yacht Club Hotel
Langkawi Yacht Club Hotel menawarkan 45 buah bilik yang kesemuanya menghidangkan pemandangan mempesonakan sekitar pulau dan lautan yang menjadi laluan bot dan feri.
Setelah puas menikmati pemandangan dari bilik yang dihias dengan moden ini, anda boleh menyegarkan badan di kolam renang infiniti yang terdapat di sini. Terasa lenguh? Terjah sahaja spa hotel ini untuk mendapatkan rawatan yang pasti akan menghilangkan segala kesengalan badan. Bila badan dah lega, barulah syok nak berjalan!
Lokasinya, terletak hanyalah 10 minit berjalan kaki dari Dataran Helang. Untuk ke terminal feri utama pula hanyalah 5 minit.
Hotel ini adalah penginapan yang tepat sekiranya anda inginkan keselesaan maksima dan bagi anda yang merancang untuk meneroka pulau lain kerana terletak berdekatan dengan terminal feri.
Alamat: Jalan Dato Syed Omar Kuah Town, Langkawi, 07000 Kuah
26. Langkawi Seaview Hotel
Menawarkan bilik yang dihias indah menggunakan warna-warna natural seperti putih dan pelbagai tona coklat, Langkawi Seaview Hotel adalah sebuah penginapan dalam harga bajet yang tidak ubah seperti sebuah hotel mewah.
Hotel bertaraf 3 bintang ini bukan sahaja luas, tapi lengkap dengan ruang balkoni yang menyajikan pemandangan laut dan flora semula jadi.
Setelah puas merehatkan badan di dalam bilik yang disimbahi cahaya semula jadi melalui tingkap yang luas ini, anda boleh terjun ke kolam renang yang luas sambil menikmati pemandangan matahari terbenam Langkawi. Kemudahan lain yang boleh anda manfaatkan juga adalah pusat kecergasan.
Alamat: Jalan Penarak, 07000 Kuah
25. Hotel Langkasuka Langkawi
Bercuti beramai-ramai tapi tak nak keluar belanja lebih untuk penginapan? Apa kata kalau anda booking Hotel Langkasuka Langkawi? Bukan sahaja murah, tapi saiz biliknya cukup luas untuk keselesaan penginapan satu keluarga.
Hotel yang terletak berhadapan dengan pemandangan lautan membiru ini juga hanyalah bersebelahan denagn pusat membeli-belah yang lengkap dengan panggung wayang dan food court yang menyediakan pelbagai jenis hidangan!
Lokasinya, hanyalah 5 minit pemanduan dari Pekan Kuah dan 10 minit dari Jeti Kuah.
Alamat: Batu 3/4, A14-15, Pokok Asam, 07000 Kuah
24. Greenish Hotel Langkawi
Greenish Hotel Langkawi menawarkan 39 buah bilik yang dihias dengan eksklusif disempurnakan dengan pemandangan kolam renang dan taman yang pasti akan menggamit jiwa.
Tidak puas dengan pemandangan dari hotel, anda boleh menuju ke kawasan pantai untuk menikmati pemandangan matahari terbenam atau terbit yang terletak hanyalah sekitar 500 meter dari hotel.
Untuk pengetahuan anda, saiz bilik di hotel ini juga cukup luas dan kesemuanya lengkap dengan ruang balkoni di mana anda dapat bersantai sambil menikmati udara segar. Wifi yang disediakan pihak hotel juga agak pantas sekiranya anda inginkan hiburan.
Bagi kaki shopping, anda pasti tidak akan kecewa dengan kedudukan hotel ini yang terletak berdekatan dengan banyak kedai jualan. Anda juga boleh menaiki Grab atau scooter dari sini untuk makan angin di sekitar pulau.
Alamat: Lot 263, Mukim Kuah, Jalan Ayer Hangat Kuah, 07000 Kuah, Pulau Langkawi, Kedah
23. Pak Raja Villas
Pernah bermimpi untuk memiliki rumah yang dikelilingi dengan kehijauan? Jadikanlah impian ini satu realiti dengan memilih Pak Raja Villas semasa bercuti di Langkawi.
Terletak di dalam kawasan sawah padi dan berlatar belakangkan bukit-bukau di kejauhan, percutian ini pasti akan menjadi salah satu memori yang terindah dalam hidup anda sekeluarga.
Sepanjang berada di sini, anda dapat menikmati angin lembut yang sentiasa bertiupan sambil memberi ikan makan di kolam. Nak segarkan badan? Villa ini turut lengkap dengan kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa.
Pak Raja Villas menawarkan beberapa jenis penginapan berbeza yang bersesuaian dengan bilangan geng cuti-cuti anda iaitu villa dengan sebuah bilik tidur, villa 2 bilik dan villa 3 bilik.
Alamat: Lot 690, Paya Keli, Mukim Ulu Melaka, 07000 Kuah
22. Season Inn Langkawi
Season Inn Langkawi adalah sebuah penginapan dalam harga bajet yang bermula kurang daripada RM100. Walaupun murah, keselesaan yang ditawarkannya sungguh tidak mengecewakan.
Bilik-bilik yang dihias secara minimal ini memiliki tahap kebersihan yang sangat memuaskan hati. Bukan senang nak jumpa hotel semurah ini yang bersihkan?
Perut berbunyi kelaparan? Jangan risau, ada banyak kedai makan di depan hotel ini. Anda juga boleh berjalan kaki untuk ke Pekan Kuah.
Alamat: 66, Persiaran Mutiara, Pusat Dagangan Kelana Mas, 07000 Kuah
21. De Langkawi Resort and Convention Centre
Terletak di Air Hangat, De Langkawi Resort and Convention Centre menawarkan penginapan yang dihias ringkas dan selesa untuk anda yang datang bercuti bersama keluarga. Tahap kebersihan hotel bajet ni? Semacam bersihnya, kerana setiap hari bilik akan dibersihkan dengan pro, hari-hari terasa macam menginap di dalam bilik baru!
Lokasinya, hanyalah dalam 15 ke 20 minit dari pelbagai tarikan menarik Langkawi dengan menaiki scooter atau kereta. Kawasan pantai yang terdekat pula iaitu Tanjung Rhu yang hanyalah dalam 5 ke 10 minit dari resort ini.
Sebelum keluar ke mana-mana, jangan lupa untuk mencuba hidangan sarapan yang disediakan hotel ini, memang terbaiklah!
Alamat: 133, Jalan Durian Perangin, Ayer Hangat, 07000 Kuah
20. Wild Pasir Panjang
Ingin merasa seperti berada di dalam pulau peribadi? Anda dapat menikmatinya sekiranya memilih untuk menginap di Wild Pasir Panjang. Lengkap dengan kawasan pantai peribadi dan taman yang tenang dari gangguan orang ramai, menginap di sini dapat membawa anda sekeluarga tenggelam dalam keindahan sebenar yang ditawarkan Pulau Langkawi.
Sepanjang penginapan di sini juga anda boleh merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti memancing ikan, bersnorkelling dan berkanu.
Setelah puas beraktiviti, anda boleh berkelah atau bersantai di tepian pantai untuk menikmati pemandangan yang disajikan, kalau bernasib baik, anda mungkin dapat melihat kehadiran ikan lumba-lumba yang memunculkan diri mereka di tengah lautan.
Alamat: Pantai Pasir Panjang, 07000 Kuah
19. Sunderland Motel
Sunderland Motel adalah sebuah penginapan dalam harga melampau murah yang terletak di dalam lokasi yang sangat strategik. Hotel di dalam bangunan dua tingkat ini dikelilingi oleh kedai-kedai jualan bermacam jenis barangan. Ini termasuklah food court, kompleks bebas cukai HIG, pasar malam dan juga Jeti Kuah sekiranya anda ingin ber’island hopping.’
Sudah puas berjalan dan kehausan tekak? Anda boleh mendapatkan minuman percuma daripada water dispenser yang disediakan hotel.
Alamat: 19, Jalan Pandak Mayah 5, Pusat Bandar Kuah, 07000 Kuah
18. Motel Seri Mutiara
Motel Seri Mutiara adalah sebuah penginapan yang dihias ringkas namun penuh dengan keselesaan. Penginapan ini sangat sesuai untuk anda yang ingin berjimat banyak dari segi penginapan kerana tawaran harganya yang bermula kurang dari RM70.
Terdapat beberapa jenis penginapan yang ditawarkan Motel Seri Mutiara iaitu bilik tidur double / twin, bilik tidur superior untuk keluarga dan juga villa dengan 3 buah bilik. Jangan terkejut, harga untuk villanya pun tidak melicinkan poket, cukup murah!
Lokasinya, terletak hanyalah dalam 15 minit berjalan kaki dari masjid dan pasar malam. Manakala Pekan Kuah dan Pantai Taman Lagenda pula hanyalah 5 minit berjalan kaki dari sini. Malas nak berjalan kaki? Anda boleh mendapatkan khidmat sewaan kereta secara terus dari pihak motel.
Alamat: Kampung Penarak, Jalan Penarak, 07000 Kuah
17. Langkasuka Express
Langkasuka Express adalah sebuah penginapan murah yang terletak di dalam kawasan sangat stratregik di Kuah kerana dalam hanya 2 km dari hotel ini, banyak kawasan menarik yang boleh anda lawati seperti Langkawi Bird Paradise, Sungai Kilim Nature Park dan Malaysia Book Village.
Kalau lokasinya masih tidak cukup untuk buat anda memilih hotel ini, layanan pelanggannya pasti akan membuatkan anda tidak fikir 2 kali. Memang tip-top untuk sebuah hotel bajet!
Bagaimana pula dengan biliknya? Cukup luas, bersih dan lengkap dengan katil yang keempukannya dapat membawa anda ke dunia mimpi. Booking jangan tak booking ya?
Alamat: Batu 3/4, A – 14 -15, Pokok Asam, 07000 Kuah, Langkawi, Kedah
16. Riverra Inn
Riverra Inn menyediakan penginapan berkonsep minimal bertema monokrom yang sesuai untuk anda yang inginkan sesuatu yang simple namun tetap selesa.
Jangan terkejut, hotel dalam harga bajet ni juga lengkap dengan swimming pool tau! Tak cukup dengan itu, mereka turut menawarkan sarapan percuma kepada para penginap.
Lokasinya, kurang 10 minit pemanduan untuk ke Pekan Kuah dan Dataran Helang. Untuk ke pasar malam pula hanyalah 5 minit berjalan kaki dari hotel ini.
Alamat: Lot 290 Kampung Padang Lalang Langkawi, 07000 Kuah
15. Lemonia Holiday Resort
Bila lagi nak merasa penginapan kayu ala-ala kampung melainkan masa cuti? Kalau ini yang anda inginkan, bookinglah Lemonia Holiday Resort. Resort berlantaikan kayu ini cukup luas untuk memberikan keselesaan optimum kepada anda yang datang bersama keluarga.
Sepanjang penginapan di sini, anda boleh bermandi-manda di kolam renang ataupun bersantai di kawasan taman yang mendamaikan jiwa. Kemudahan lain yang disediakan resort ini adalah wifi yang pantas.
Sebelum mula makan angin, jangan melepaskan peluang untuk makan breakfast di resort ni dulu! Sarapan yang disediakan di Lemonia Holiday Resort ini agak banyak pilihannya, sedap-sedap pula tu!
Alamat: Batu 1 3/4 Jalan Kelibang Mukim Kuah, 07000 Kuah
14. Gm Motel
Hanya bermula dari RM170 je untuk 2 malam? Memang murah untuk sebuah penginapan yang selesa seperti di Gm Motel. Nak lagi berbaloi, anda boleh memilih untuk menginap di bilik yang lengkap dengan balkoni untuk menikmati udara luar.
Lokasinya, terletak berdekatan dengan pekan Kuah, dan hanyalah dalam 5 km dari Sungai Kilim Nature Park dan Langkawi Kristal.
Alamat: No. 161, Kampung Kelibang Mukim Kuah, 07000 Kuah
13. Hotel Geopark Inn Langkawi
Hotel Geopark Inn Langkawi adalah sebuah penginapan murah yang terletak di Kompleks Pekan Rabu, lokasi yang sangat strategik untuk anda yang berniat meneroka keindahan Langkawi.
Sebagai info, hotel ini terletak kurang 3.5 km dari jeti Kuah dan Dataran Helang. Langkawi Fair Shopping Mall pula hanyalah 2.6 km dari sini.
Bukan sahaja pilihan yang terbaik kerana lokasinya, tetapi hotel ini juga menawarkan pelbagai pilihan penginapan untuk memenuhi kesesuaian bilangan geng percutian anda.
Antara jenis penginapan yang disediakan adalah bilik standard, superior, deluxe, suite hinggalah bilik studio. Walaupun murah dan dihias dengan agak simple, kelengkapannya cukup sempurna.
Alamat: Kompleks Pekan Rabu, Level 3, Pekan Kuah, 07000 Kuah
12. Milvus Hotel
Milvus Hotel menawarkan 19 buah bilik yang dihias dengan ringkas dan lengkap dengan kemudahan yang penting dengan harga yang bermula bawah daripada RM100.
Antara fasiliti yang boleh anda gunakan sepanjang percutian di sini adalah kawasan taman, kemudahan wifi dan juga grill untuk berbbq.
Lokasinya, terletak berdekatan dengan kawasan pantai, pasar malam dan masjid. Dalam jarak berjalan kaki juga, anda boleh menemui banyak kedai makan. Kalau malas nak cari kedai jauh-jauh, apa kata anda cuba je makanan yang ada di hotel ni, nasi lemak sambalnya boleh tahan sedapnya!
Alamat: No 1&2, Jalan Persiaran Putera, 07000 Kuah
11. Zeala Asmara Motel
Zeala Asmara Motel adalah sebuah hotel bajet yang serba lengkap dengan pelbagai jenis fasiliti. Inginkan kemudahan dalam segala aspek, jom booking hotel ni!
Antara kemudahan yang disediakan adalah wifi yang percuma, kedai runcit, kedai cenderamata, khidmat teksi, perkhidmatan tiket dan lain-lain lagi. Sebagai penginap, sudah semestinya kesemua kemudahan ini dapat melancarkan percutian anda.
Lokasinya, terletak berdekatan dengan Pekan Kuah, kedai makan dan tempat untuk membeli-belah.
Alamat: No.3 Jalan Persiaran Dayang, Bandar Baru Baron, 07000 Kuah
10. Hotel Grand Continental Langkawi
Elegan dan beraura klasik, Hotel Grand Continental Langkawi adalah sebuah penginapan yang sangat sesuai untuk anda yang inginkan penginapan yang selesa dan menarik dalam harga bajet. Dalam harga semurah ini, anda juga boleh mendapatkan bilik dengan pemandangan lautan.
Bangunan 7 tingkat ini menempatkan 193 buah bilik yang selesa dan luas untuk para penginap. Sambil berehat di dalam bilik, anda boleh menghiburkan diri menggunakan kemudahan wifi yang disediakan atau menonton tv. Kemudahan lain yang boleh digunakan adalah kolam renang.
Lokasinya juga cukup strategik kerana berada di dalam kawasan komersial yang dikelilingi oleh kedai-kedai jualan bebas cukai, panggung wayang, restoran, bank dan banyak lagi.
Alamat: Lot 398, MK Kuah, Kelibang, 07000 Kuah
9. P Motel Langkawi 2
Hotel yang kelihatan ringkas ini, P Motel Langkawi 2, sebenarnya menawarkan keselesaan yang setaraf dengan hotel 5 bintang. Kebersihan yang sangat tip-top dengan katil yang cukup empuk, segala yang diperlukan untuk sebuah penginapan yang selesa untuk mendapatkan rehat yang sebenar boleh ditemui di hotel ini.
Lokasinya juga tidak mengecewakan, terletak berdekatan dengan Pekan Kuah yang hanyalah 5 minit dari sini dan betul-betul bersebelahan dengan mart yang dibuka 24 jam.
Alamat: Lot 403, GM2858, Taman Indah Kuah, 07000 Kuah, Langkawi
8. P Motel Langkawi
Sebuah lagi cawangan P Motel Langkawi terletak di Taman Langkawi, Kuah. Penginapan ini juga tidak kurang menariknya untuk dijadikan pilihan penginapan. Kedudukan hotel ini jauh daripada sebarang gangguan bunyi untuk tidur malam yang lena.
Katil yang disediakan juga cukup luas, siapa yang tidur lasak tu, jom book hotel ni.Lokasinya, terletak berdekatan dengan jeti Kuah dan kedai yang dibuka 24 jam. Sebelum keluar berjalan, pastikan anda mencuba sarapan pagi yang disediakan, cukup enak!
Alamat: 3, Taman Langkawi, 07000 Kuah
7. The Baron Water Front
The Baron Water Front adalah sebuah penginapan jenis motel yang terletak di Pekan Kuah berdekatan dengan banyak tarikan menarik seperti Sungai Kilim Nature Park, Langkawi Bird Paradise dan Langkawi Kristal yang mana kesemuanya kurang 1 km dari sini. Untuk ke Dataran Helang pula anda hanya perlu berjalan kaki 12 minit dari hotel.
Berkaitan bilik yang disediakan, cukup selesa dengan ruang yang luas sesuai untuk penginapan bersama keluarga.
Terasa lapar? Kedai-kedai makan hanyalah beberapa tapak dari hotel. Dobi juga hanyalah di sekitar hotel, lokasi yang sangat memudahkan bukan?
Alamat: Bandar Baru Baron, 07000 Kuah
6. Pino’s Place
Suka kucing? Kalau ya, anda pasti tertarik dengan Pino’s Place sebab biasanya pencinta kucing ni mesti akan tergoda dengan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kucing, betul tak? Di Pino’s Place anda dapat melihat lukisan-lukisan kucing pada dinding yang sangat comel.
Berkaitan dengan perabot yang digunakan pula, secara keseluruhannya homestay ini berkonsep moden dengan suasana yang super comfy. Homestay jenis apartment ini juga lengkap dengan ruang balkoni untuk anda menikmati pemandangan kolam renang dan menghirup udara luar yang segar.
Selain itu, homestay ini lengkap dengan water dispenser untuk kegunaan sepanjang penginapan. Nak masak sendiri? Dapurnya sudah lengkap dengan bermacam peralatan.
Alamat: Block 2, Sri Legenda Resort Condo Jalan Sri Legenda, 07000 Kuah
5. Seaview Apartment
Moden dengan dekorasi dalaman yang sangat sedap dipandang mata. Kalau anda mementingkan interior yang menarik, tak perlu berfikir panjang, menginaplah di Seaview Apartment.
Apartment dengan 3 buah bilik ini lengkap dengan ruang dapur yang sempurna dengan pelbagai fasiliti dan ruang tamu yang selesa, tak ubah macam di rumah sendiri.
Selain ini semua, homestay ini turut lengkap dengan kemudahan mandian air panas, mesin basuh, microwave, akses wifi dan banyak lagi yang menjadikan ianya sesuai untuk dipilih sekiranya anda bercadang untuk bercuti dalam jangka masa panjang dan bersama keluarga.
Alamat: Lot 40, Jalan Penarak, 07000 Kuah
4. NFA Langkawi Guest House
Alamak! Ramai sangat ikut bercuti ni, mana nak cari hotel murah? Tak payah pening kepala sebab dengan harga untuk sebuah bilik di hotel, anda boleh mendapatkan sebuah apartment dengan 4 buah bilik tidur! Inilah yang ditawarkan oleh NFA Langkawi Guest House.
Murah dan selesa untuk sehingga 8 orang penginap. Tak ada yang perlu tidur di atas lantai. Bukan sahaja menawarkan bilik yang banyak, tapi juga lengkap dengan banyak lagi kemudahan menarik lain seperti dapur yang sempurna dan ruang balkoni dengan pemandangan kolam renang.
Anda juga boleh menyewa basikal atau kereta secara terus dari pihak homestay.
Alamat: Jalan Seri Lagenda 5205, Block 5, 07000 Kuah
3. Villa Sri Kampung
Nak suasana betul-betul macam balik kampung halaman? Ini dia penginapan khas untuk memenuhi kehendak anda iaitu Villa Sri Kampung yang terletak di Kampung Syed Nahar.
Rumah kampung dengan seni bina tradisional melayu ini tidaklah klasik semata-mata, kerana ianya tetap lengkap dengan pelbagai kemudahan moden untuk memaksimumkan keselesaan anda sepanjang berada di sini.
Antara yang disediakan di villa kampung ini adalah penyejuk udara yang menyegarkan, tab mandian, ruang balkoni dengan pemandangan yang mempesonakan dan banyak lagi.
Namun, ini semua bukanlah satu-satunya sebab sebab anda patut menempah penginapan ni, kerana tarikan utamanya adalah taman indah di sekitarnya dan kehadiran air sungai di tepi rumah. Ya, anda akan ditemani dengan bunyi aliran air sungai yang menyegarkan halwa telinga sepanjang penginapan di sini.
Alamat: PT188, Villa Sri Kampung, Kampung Syed Nahar, Kuah, 07000 Kuah
2. De Baron Resort
Inginkan kepuasan bermandi-manda? Kalau anda memilih De Baron Resort, anda bukan dapat satu tapi 2 kolam renang dengan pemandangan lautan yang kebiruan. Yang bestnya, ada kolamnya yang lengkap dengan gelongsor! Anak-anak gerenti happy kalau inilah pilihan penginapan anda di Langkawi nanti.
Bagaimana pula dengan penginapannya? Bilik keluarga yang disediakan hotel ini cukup luas dan selesa. Dah puas berehat di dalam bilik, bawa keluarga anda keluar untuk bersantai di taman berlanskap indah dalam kawasan resort ini untuk menghirup udara segar.
Selain menawarkan banyak fasiliti menarik, lokasinya juga cukup strategik, terletak sangat dekat dengan jeti menjadikan ianya pilihan yang tepat untuk anda yang bercadang untuk melawat pulau lain. Tarikan lain yang hampir dengan resort adalah kompleks HIG dan Dataran Helang.
Alamat: Bandar Baru Baron, 07000 Kuah
1. Rock Resort Langkawi – Coral Reefs
Tiada yang lebih menyeronokkan daripada terus dapat melihat kolam renang di depan mata sebaik membuka pintu bilik. Dah ada kolam depan mata tak akan nak tengok je kan?
Selain dapat menyegarkan badan di dalam kolam renang yang dibuka sehingga lewat malam, banyak lagi aktiviti lain yang boleh anda rancang untuk dilakukan seperti berbasikal dan memancing.
Inginkan pemandangan yang tidak dapat lupakan? Apa sahaja yang dapat dilihat di sekitar hotel ini cukup menarik pandangan mata. Lanskap di sekitarnya penuh dengan dan dapat menyegarkan fikiran anda sekeluarga. Tak ubah seperti bercuti di pulau peribadi.
Alamat: PT3167, Jalan Beringin, Kampung Penarak, Kuah Town, 07000 Kuah
Dalam banyak-banyak penginapan yang kami senaraikan ni, mesti ada yang berjaya menarik hati andakan? Andai kata anda teringin melihat lebih banyak lagi pilihan penginapan lain, layari sahaja booking.com. Bukan sahaja banyak lagi pilihan penginapan lain tapi anda juga dapat melihat harga terbaru yang ditawarkan penginapan-penginapan di sekitar Kuah, Langkawi.
Kandungan yang berkaitan:
- 21 Hotel Murah Di Batu Ferringhi Untuk Percutian Pantai Yang Sempurna
- 25 Hotel Terbaik Di Langkawi Untuk Percutian Pulau Yang Istimewa
- 25 Hotel Murah di Langkawi | Percutian Bajet Bawah RM100 & RM200
- 22 Hotel Murah di Pantai Cenang Langkawi | Bajet RM100 & RM200
- 37 Homestay Di Langkawi Yang Menarik Untuk Percutian Pulau Luarbiasa
Kalau dah jumpa, jangan buang masa, terus je booking. Bukan sikit orang yang datang melawat Pulau ‘Lagenda Mahsuri’ yang kaya dengan bermacam tarikan menarik ni! Selamat bercuti ke Langkawi!