
Rasanya, jika dilihat dari ruang angkasa, Kuala Lumpur ini ibarat lampu suluh yang cerah berbanding dengan kota-kota lain di Malaysia. Tanpa mengira siang atau malam, ada sahaja aktiviti yang menghidupkannya.
Oleh sebab itu, ia menjadi destinasi percutian yang sangat terkenal bukan sahaja buat rakyat Malaysia tapi juga dari seluruh dunia.
Dengan itu, banyaklah wujudnya hotel-hotel yang menawarkan harga-harga best dan berkonsep menarik untuk dipilih.
Di sini, kami di MaiSinggah telah menyenaraikan 38 buah hotel murah yang terletak di kawasan terbaik di KL iaitu di sekitar KLCC dan Bukit Bintang. Teruskan membaca senarai hotel murah di Kuala Lumpur untuk mencari penginapan yang cocok dengan jiwa anda.
01. Flora by Crossroads Hotel | CapSquare

Flora by Crossroads Hotel memiliki rekaan luaran bangunan yang agak unik sesuai dengan namanya โfloraโ dimana anda dapat melihat rumput-rumput yang menghijau di sekitar tingkap hotel. Memang berbeza daripada bangunan yang lain.
Kalau anda nak tahu, hotel ini diinspirasikan daripada hutan simpan Bukit Nanas dan air terjun. Konsep ini diketengahkan untuk menggambarkan keindahan alam semula jadi yang wujud di negara ini bagi para pelancong yang datang.

Memasuki ruang biliknya pula, anda dapat melihat sebuah penginapan moden yang memiliki dekorasi dalaman berwarna lembut untuk mewujudkan aura tenang walau dimana sahaja dipandang.
Aura โkehutananโ dan alam semula jadi hotel ini cukup sesuai untuk anda yang ingin melupakan kesibukan kota sementara berehat-rehat di dalam hotel.
Lokasinya, terletak berdekatan dengan KLCC, Sogo, Subway dan banyak lagi restoran-restoran yang menarik untuk dicuba.
Alamat: No. 66 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
02. The ZON All Suites Residences| KLCC

The ZON All Suites Residences on the park Kuala Lumpur menawarkan pilihan bilik suite satu bilik dan dua buah bilik yang masing-masing dilengkapi dengan ruangan dapur dan ruang tamu yang berasingan.
Baca: 23 Hotel Berdekatan Dengan KLCC Yang Menarik
Kelengkapannya tidak ubah seperti menginap di homestay. Cukup luas dan padat dengan pelbagai fasiliti penting untuk keselesaan penginapan jangka masa panjang.
Di samping itu, anda juga dapat menggunakan kemudahan lain yang tersedia di hotel ini seperti pusat kecergasan, spa dan kolam renang yang hanyalah berkedalaman 4 kaki, tak perlu risau kalau tak pandai berenang untuk menikmatinya.

Sambil merasai kesegaran mandian, anda dapat menyegarkan mata dengan pemandangan KLCC yang berdiri megah tidak jauh dari mata.
Lokasinya, terletak hanya dalam 300 meter dari stesen LRT Ampang Park dan 700 meter dari KLCC.
Alamat: 161D, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
03. Le Apple Boutique Hotel | KLCC

Le Apple Boutique Hotel adalah sebuah hotel butik yang terletak kurang 500 meter dari KLCC. Lokasinya dari tarikan lain seperti Pavilion, Berjaya Times Square dan Sungai Wang Plaza pula kurang 2 km dari hotel.
Memang strategik bagi anda yang bercadang untuk bershopping sakan di KL.
Hotel ini menawarkan 76 buah bilik superior dan 144 buah bilik deluxe yang kesemuanya lengkap dengan akses wifi dan TV bersiaran satelit untuk digunakan sewaktu berehat-rehat di dalam bilik setelah puas meneroka sekitar bandar.

Anda dapat menikmati rehat yang sempurna di dalam bilik-bilik yang dihias dengan elegan dan kontemporari sambil menikmati pemandangan sekitar bandaraya yang moden ini melalui tingkap yang luas.
Alamat: No. 160, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
04. The Bed KLCC | KLCC

Anda ingin simpan wang lebih untuk bershopping? Jom menginap di The Bed KLCC. Dengan harga yang bermula dari RM69, anda dapat menikmati tidur yang lena di atas katil empuk di dalam ruang kapsul anda sendiri.
Berkonsep minimal, hotel kapsul ini menyediakan segala kemudahan yang diperlukan di hujung jari.

Bagi anda yang tidak selesa duduk di dalam ruang kapsul pula, boleh memilih untuk menginap di dalam bilik-bilik suite yang disediakan. Harga? Tiada yang lebih daripada RM200.
Yang penting, kebersihan dan keselesaan yang ditawarkannya memang tip-top!
Alamat: 12 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
05. WP Hotel | Chow Kit

WP Hotel menawarkan bilik-bilik yang dihias dengan moden dan lengkap dengan pelbagai kemudahan yang memberikan keselesaan yang diinginkan daripada sebuah penginapan.
Biliknya juga agak luas untuk diinapi bersama keluarga tanpa rasa lemas.

Anda rasa ini sahaja yang boleh anda nikmati dengan bayaran murah yang dikeluarkan?
Sebenarnya hotel ini menawarkan nilai lebih dengan kolam renang infinitinya yang menghidangkan pemandangan indah dan mengujakan menara Kuala Lumpur dan bandaraya di sekitar.
Alamat: No 362 Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur
06. Prescott Hotel Kuala Lumpur | Medan Tuanku

Dah penat berjalan-jalan di KL, mesti anda mengharapkan sebuah penginapan yang sempurna untuk anda melabuhkan sauh dan berehat bukan?
Di dalam bilik yang dihias minimal ini, Prescott Hotel Kuala Lumpur Medan Tuanku menyediakan atmosfera yang nyaman untuk anda melelapkan mata dan merehatkan badan.
Dengan perabot yang bertona coklat terang dan dinding yang berwarna neutral, sebuah pemandangan yang sangat menyejukkan pandangan mata dapat dinikmati.

Lokasinya, cukup menarik bagi anda yang ingin melangkah jauh di sekitar KL kerana berjarak hanya 1 minit berjalan kaki dari stesen monorel, manakala stesen LRT terdekat pula hanyalah 5 minit dari hotel.
Alamat: 23, Lorong Medan Tuanku Satu Off Jalan Sultan Ismail, 50300 Kuala Lumpur
07. Tian Jing Hotel

Seorang yang berjiwa klasik? Anda pasti akan menghargai pengalaman yang ditawarkan di Tian Jing Hotel. Elemen klasiknya sudah terpancar jelas dari reka bentuk luar hotel lagi.
Bilik-bilik yang ditawarkannya dihias dengan minimal menggunakan perabot yang kelihatan antik, dalam masa yang sama lengkap dengan kemudahan moden untuk memaksimakan keselesaan.

Sebelum memulakan aktiviti, anda boleh menebus kopi percuma daripada kafe yang terletak di tingkat bawah hotel ini untuk mendapatkan tenaga di pagi hari.
Terletak di Jalan Sultan, hotel ini berada di lokasi menarik kerana berada hanya dalam sekitar 2 km sahaja dari pelbagai tarikan KL seperti Berjaya Times Square, Muzium Kesenian Islam dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia.
Alamat: No. 66 & 68, Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur
08. BackHome Kuala Lumpur ย (Backpackers)

BackHome Kuala Lumpur menawarkan penginapan bergaya industrial dengan elemen semula jadi yang dapat dilihat daripada tona kayu dan juga tumbuhan hijau yang menghiasi sekitar hotel.
Melihatkan daripada atmosfera sekitar hotel ini yang kelihatan begitu tenang dan santai, boleh membuatkan anda terlupa seketika tentang lokasinya yang terletak di tengah-tengah kota.
Untuk mengisi masa yang terluang, anda boleh menikmati hidangan simple sandwich dan salad daripada kafe LOKL Coffee.
Setelah kekenyangan, anda boleh menuju ke kiosk internet atau bersantai di perpustakaan mini yang menempatkan pelbagai jenis bahan bacaan menarik.

Lokasinya, cukup strategik, kerana hanyalah 15 minit berjalan kaki untuk ke Berjaya Times Square, Menara KLCC dan juga Chinatown. Masjid Jamek pula hanyalah 5 minit berjalan kaki dari sini.
Alamat: 30 Jalan Tun H.S. Lee, 50000 Kuala Lumpur
09. Iron Inn (Backpackers)

Ada ke tempat penginapan semurah RM20 untuk backpackers di KL ni? Ada, dan lokasinya adalah di Iron Inn yang terletak di Jalan Sultan, KL.
Menginaplah selama mana yang diingini sehingga anda puas meneroka kesemua tarikan yang ditawarkan kota metropolitan ni tanpa perlu terlalu memikirkan bajet.
Bagi yang datang bersama keluarga atau teman yang ramai dan inginkan lebih privasi, anda boleh memilih bilik kuadrupel yang dapat memberikan keselesaan kepada sehingga 6 orang penginap.

Lokasinya, hanyalah dalam sekitar 2 km dari Berjaya Times Square, Muzium Seni Islam dan Muzium Bank Negara.
KLCC pula hanyalah 3 km dari sini. Untuk ke stesen Pasar Seni, anda hanya perlu berjalan kaki 3 minit sahaja dari hostel.
Alamat: No 38A Jalan sultan, 50000 Kuala Lumpur
10. The Regency Hotel Kuala Lumpur | Chow Kit

Inginkan hotel dengan pemandangan yang best di KL? The Regency Hotel Kuala Lumpur dapat memberikan apa yang hati anda idamkan untuk percutian akan datang.
Pemandangan yang mengujakan sekitar bandaraya KL dapat dinikmati sepuasnya dari tingkap bilik. Nak lagi syok? Anda boleh menuju ke kawasan kolam renangnya yang menyajikan panorama indah menara KL dan kawasan sekitar.

Mengenai biliknya pula, walaupun terletak berdekatan dengan Chow Kit dan pasar basah, ketenangan suasana di dalam hotelnya membuatkan anda terasa seperti menginap di lokasi yang jauh dari kesibukan.
Alamat: 3rd Floor, Menara Safuan, 50450 Kuala Lumpur
11. The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur |ย Campbell Complex

Terletak di lokasi yang strategik dikelilingi oleh tempat membeli-belah seperti Pertama Complex, Sogo, Jalan TAR dan Jakel, The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur adalah penginapan yang tepat bagi anda yang merancang untuk berbelanja besar di KL.
Setelah puas bershopping, anda dapat melegakan badan sambil bersantai di dalam bilik yang dihias dengan penuh elegan ini. Susun atur yang kemas hotel ini juga sangat sedap dipandang mata.

Sewaktu menginap di sini, jangan lupa untuk mencuba makanan yang disediakan di restorannya yang dikatakan sangat enak berbaloi dengan harga.
Alamat: Ground Floor, Campbell Complex, 98 Jalan Dang Wangi, 50100 Kuala Lumpur
12. Arenaa Star Hotel

Terletak di Jalan Hang Lekiu, adalah sebuah penginapan dengan dekorasi yang agak unik, Arenaa Star Hotel.
Mengetengahkan konsep yang โfunโ dan dalam masa yang sama mewah dan moden untuk sentuhan dalamannya, hotel ini bukanlah sebuah hotel murah yang biasa.
Sesetengah bilik di hotel ini turut lengkap dengan jakuzi untuk anda yang ingin merasakan nikmat berendam badan di dalam air yang suam-suam kuku panasnya.

Setelah puas memanjakan diri di dalam bilik, anda boleh menuju ke Wins Boulangerie & Restaurant, restoran di hotel ini yang dihias dengan unik bertemakan Hollywood untuk menikmati pelbagai masakan barat dan tempatan dalam harga yang berpatutan. Yang penting, halal.
Selain itu, hotel ini turut menyediakan kemudahan pusat kecergasan yang lengkap dengan segala peralatan senaman di tingkat 11.
Alamat: 49-51, Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur
13. Holiday Inn Express Kuala Lumpur City Centre | Raja Chulan

Holiday Inn Express Kuala Lumpur City Centre adalah sebuah hotel yang menawarkan fasiliti yang basic, namun di tahap yang pasti memberikan kepuasan hati.
Anda sekeluarga dapat menikmati tidur yang lena di dalam bilik yang dihias dengan moden ini di atas katil dan bantal yang empuk. Sekali terbaring, terasa berat pula badan untuk bangun.
Selain itu, bagi anda yang membawa kenderaan sendiri, ruang parking percuma turut disediakan oleh pihak hotel.

Bagi anda yang bercadang untuk melawati pelbagai tarikan yang terdapat di KL ini tanpa perlu bersusah-payah mencari pengangkutan lain, bas percuma GoKL akan berhenti di hadapan hotel setiap hari.
Mengenai lokasinya pula, penginapan ini terletak kurang 1 km dari KLCC, Starhill Gallery dan Berjaya Times Square.
Alamat: 84 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur
14. Cosmo Hotel | Medan Pasar

Cosmo Hotel menyediakan lebih daripada 300 buah bilik yang dihias dengan moden dan penuh gaya. Jangan terkejut kalau terlihat panda sedang duduk dengan comel di atas katil menyambut kedatangan anda.

Apabila sudah puas menghilangkan kepenatan di dalam bilik, singgahlah ke kafe Starbucks yang terletak di dalam bangunan yang sama untuk menikmati minuman kopi yang dapat menyegarkan mata dan memberikan tenaga untuk anda makan angin sepuasnya di KL.
Alamat: 13-15 Leboh Ampang, 50050 Kuala Lumpur
15. Citin Hotel Masjid Jamek by Compass Hospitality

Diberikan sentuhan kontemporari, Citin Hotel Masjid Jamek merupakan hotel murah yang menyediakan lebih daripada 130 pilihan bilik dengan fasiliti yang lengkap seperti wifi percuma, hiburan TV dan lain-lain lagi.

Bukan sahaja lengkap dan cantik dipandang mata, biliknya juga cukup tenang tanpa gangguan bunyi walaupun terletak di tengah-tengah bandaraya berdekatan dengan Jalan TAR.
Alamat: No.7, Seksyen 33, Jalan Melayu/Jalan Masjid India, 50350 Kuala Lumpur
16. Citin Seacare Pudu by Compass Hospitality

Bertentangan dengan Terminal Bas Puduraya dan LRT STAR adalah Citin Hotel Masjid Jamek yang telah diberikan nafas baru untuk menambahkan keselesaan kepada para penginap.
Hotel ini memiliki rekaan dalaman yang moden bersesuaian dengan kedudukannya yang berada di tengah-tengah kotaraya.

Kesemua 99 buah bilik yang ditawarkannya lengkap dengan kemudahan seperti TV dan akses wifi sebagai hiburan sewaktu bersantai. Katilnya juga sungguh empuk untuk membawa anda ke alam mimpi tanpa sebarang gangguan.
Alamat: No.38, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur
17. The 5 Elements Hotel | Chinatown

Sekiranya anda inginkan penginapan yang selesa untuk diinapi bersama keluarga, The 5 Elements Hotel adalah salah satu hotel yang boleh dijadikan pilihan.
Bilik-biliknya cukup luas untuk anda sekeluarga membuat hal masing-masing tanpa berlanggar bahu.

Hotelnya juga cukup selesa berlantaikan permaidani dan lengkap dengan kemudahan moden seperti wifi percuma dan TV bersaluran Astro. Macam dekat rumah sendiri pulakan?
Alamat: Lot 243, Jln Sultan (Chinatown), 50000 Kuala Lumpur
18. Geo Hotel Kuala Lumpur | Central Market

Geo Hotel Kuala Lumpur menawarkan bilik yang diberikan sentuhan minimal dan elegan.
Kesemua 180 buah bilik yang disediakan, lengkap dengan penghawa dingin dan katil empuk yang dapat membantu anda sekeluarga tidur dengan nyenyak sebelum meneruskan pelbagai aktiviti menarik yang anda cadang untuk lakukan di KL.

Lokasi hotel ini sememangnya menarik, terletak berdekatan dengan kemudahan awam LRT Pasar Seni, Petaling Street dan banyak lagi.
Untuk memuaskan perut yang menggerodak pula, kedai makan 24 jam, Texas Chicken hanyalah beberapa tapak dari penginapan.
Alamat: No 7 Jalan Hang Kasturi, 50050 Kuala Lumpur
19. Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur | Chinatown

Tak perlu ke Thailand untuk merasai nikmat spa setelah puas berjalan, kerana khidmat memanjakan badan ini turut ditawarkan di hotel KL, Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur. Alang-alang dah menginap di sini, jangan lepaskan peluang untuk merasainya ya?
Baca:ย 13 Hotel Bajet Terbaik Di Bukit Bintang
Bila badan sudah terasa lega, sebaik melangkah masuk ke dalam bilik pula, anda dapat merebahkan badan di atas katil yang lembut sambil menikmati kecantikan bilik yang baru sahaja diperbaharui ini.

Segalanya kelihatan segar sambil dicahayai dengan lampu yang indah.
Anda juga boleh melihat pemandangan mengasyikkan dari tingkap bilik yang sudah pastinya lebih memukau pada waktu malam. Segalanya tentang hotel ini agak romantik dan elegan.
Lokasinya pula, terletak berdekatan dengan Chinatown dan banyak kemudahan pengangkutan seperti stesen LRT dan terminal bas.
Alamat: Jalan Tun Tan Cheng Lock (Off Jalan Bukit Bintang), Chinatown, 50050 Kuala Lumpur
20. Ahyu Hotel | Masjid Jamek

Di dalam sebuah bangunan bereka bentuk klasik di Leboh Ampang ini terletaknya sebuah hotel yang menawarkan keselesaan yang tidak berbelah bahagi, Ahyu Hotel.
Walaupun bukanlah sebuah hotel yang mewah, anda dapat menikmati keselesaan yang setaraf seperti hotel mahal yang lain.
Tahap kebersihannya yang mantap dan kesunyiannya daripada sebarang gangguan bunyi membuatkan anda terlupa bahawa hotel ini hanyalah terletak di barisan yang sama dengan kedai-kedai. Terbaiklah!

Bagi anda yang tak mudah kenyang, hotel ini boleh dipertimbangkan kerana lokasinya yang terletak berdekatan dengan banyak restoran-restoran India, restoran makanan segera seperti Burger King dan banyak lagi.
Alamat: 34, Leboh Ampang, 50100 Kuala Lumpur
21. BIG M Hotel | Masjid Jamek

Hotel ini berlokasi cukup strategik dengan hanya 1 minit berjalan kaki untuk ke stesen LRT, manakala Chinatown pula hanyalah beberapa tapak dari hotel.
Walaupun begitu, bilik-bilik di BIG M Hotel ini berkalis bunyi untuk membolehkan anda menikmati tidur yang lena.
Selain itu, sekiranya anda memilih untuk menginap di hotel ini, anda boleh bermalas-malasan di ruang santai yang dihias indah di tingkat atas hotel yang lengkap dengan kemudahan seperti water dispenser dan microwave.

Perut menggerodak meminta makanan yang mengenyangkan? Restoran-restoran makanan segera seperti KFC, McDonalds dan Burger King juga mudah diakses dari hotel ini.
Alamat: 38, Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur, 50050 Kuala Lumpur
22. Ceria Hotel | Berjaya Times Square

Ceria Hotel menawarkan 40 buah bilik yang dihias dengan moden dan minimal untuk keselesaan penginapan kepada anda yang datang untuk meneroka kota yang agak futuristik ini.

Keselesaan penginapan anda di sini ditambah lagi dengan tahap kebersihannya yang cukup memuaskan hati.
Di samping itu, kelajuan akses wifi yang disediakan juga tidak mengecewakan.
Lokasinya, terletak dekat dengan stesen Imbi dan Berjaya Times Square.
Alamat: 270, Jalan Changkat Thambi Dollah, Pudu, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
23. City Comfort Hotel | Bukit Bintang

Ingin menikmati keselesaan yang sebenar di dalam lokasi yang strategik? City Comfort Hotel adalah jawapannya.
Bilik-bilik yang ditawarkannya dihias dengan minimal namun lengkap dengan segala fasiliti asas yang dapat membuatkan penginapan anda terasa lebih sempurna.
City Comfort Hotel menyediakan bilik yang dihias dengan minimal dengan menggunakan warna-warna yang lembut untuk melahirkan suasana santai.

Terletak di antara rumah-rumah kedai, hotel ini berjarak hanyalah 500 meter dari Berjaya Times Square dan kurang 2 km dari banyak tarikan lain di bandaraya ini.
Alamat: No.22 Lorong Thambi 2, Off Changkat Thambi Dollah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
24. Hotel Transit Kuala Lumpur | Bukit Bintang

Moden dan elegan, Hotel Transit Kuala Lumpur bukan sekadar indah di pandangan mata, tapi turut menawarkan keselesaan yang sempurna melalui ketersediaan fasiliti yang lengkap.
Anda juga dapat menikmati pemandangan sekitar bandar yang mempesonakan daripada tingkap besar di dalam bilik yang dihias menggunakan warna neutral ini.

Lokasinya, terletak hanya 5 minit berjalan kaki dari LRT Plaza Rakyat. Tarikan-tarikan lain di sekitar KL ini juga banyak yang boleh diakses dengan hanya berjalan kaki dari hotel.
Alamat: 42 Jalan Pudu, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
25. Izumi Hotel | Bukti Bintang

Berlokasi strategik, Izumi Hotel terletak hanyalah 5 minit pemanduan dari KLCC.
Untuk ke pusat-pusat membeli-belah yang lain pula seperti Starhill Gallery, Fahrenheit 88 dan Pavilion, hanyalah dalam 5 minit berjalan kaki dari hotel. Lokasi? Terbaik!
Mengenai biliknya pula, Izumi Hotel menyediakan bilik-bilik yang mampu menampung dari 2 ke 4 orang penginap.
Kesemua 108 buah bilik yang disediakan ini dihias dengan elegan dan moden menggunakan warna-warna yang kelihatan eksklusif seperti hitam, putih dan coklat.

Kesemua bilik ini lengkap dengan katil yang selesa untuk tidur nyenyak setelah puas makan angin di KL.
Hotel ini turut menyediakan kemudahan water cooler berdekatan dengan pintu lif untuk anda mendapatkan air bagi menghilangkan dahaga.
Alamat: 85, Jalan Berangan, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
26. Alpha Genesis Hotel | Bukit Bintang

Alpha Genesis Hotel adalah sebuah hotel yang dihias dengan simple dan elegan dengan menggunakan warna yang neutral yang dapat membuatkan anda terasa tenang sebaik melangkah masuk ke dalam bilik.
Bagi anda yang memilih untuk menginap di sini, anda dapat menikmati kemudahan wifi berkelajuan pantas yang disediakan.
Untuk anda yang memandu, kemudahan tempat meletak kereta turut disediakan, jadi tak perlu risau tentang bab mencari parking di sini.

Sampai sahaja di hotel, anda hanya perlu relaks dan enjoy penginapan anda. Lokasinya, terletak hanyalah dalam 3 minit berjalan kaki untuk ke stesen monorel Bukit Bintang dan Bintang Walk.
Alamat: No 45, Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
27. Starus Hotel | Bukit Bintang

Starus Hotel menggunakan perhiasan yang agak klasik di dalam bilik-bilik yang ditawarkannya, jadi bagi anda yang memiliki old soul, hotel ini boleh menjadi salah satu pilihan sekiranya ke KL nanti.
Kalau anda nak tahu, Starus Hotel merupakan sebuah penginapan bertaraf 3 bintang yang pertama di sekitar Bukit Bintang iaitu sejak tahun 1998 lagi.

Lokasinya, berjarak hanya dalam 3 km daripada tarikan-tarikan seperti Bintang Walk, KLCC dan Pasar Seni.
Alamat: 51A Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
28. The Mesui Hotel | Bukit Bintang

Sekiranya sewaktu sedang berjalan-jalan di sekitar KL anda terlihat sebuah bangunan dengan kiub-kiub bercermin yang terkeluar daripada dinding, kemungkinan besar anda telah menemui The Mesui Hotel, sebuah penginapan yang moden namun beraura klasik. Segalanya tentang hotel ini adalah unik.

Bukan sekadar cantik di mata, hotel ini turut menyediakan kemudahan wifi yang cukup pantas walau dimana sahaja anda berada. Lokasinya, terletak hanya 500 meter dari pusat membeli-belah Sungei Wang Plaza dan Fahrenheit 88.
Alamat: 9, Jalan Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
29. Hotel Twenty 8B | Bukit Bintang

Hotel Twenty 8B ini walaupun tidaklah segah bangunan-bangunan lain di sekitar KL yang ketinggiannya menggaru langit, namun reka bentuk bangunannya dan rekaan dalamannya cukup menonjol.
Baca: 38 Hotel Menarik Di Kuala Lumpur
Menggunakan warna-warna seperti hitam dan banyak lagi warna neutral yang lain, setiap sudut hotel ini diberikan perhatian yang teliti.
Rasanya, masuk sahaja ke dalam lobi hotel ini, anda mesti nak lepak terlebih dahulu di ruang-ruang chillnya yang ternyata menarik hati.

Lokasinya, hotel butik ini terletak kurang 1 km dari The Weld, KLCC dan Berjaya Times Square. Manakala, Fahrenheit 88 pula hanyalah 6 minit berjalan kaki dari hotel ini.
Alamat: 28 Jalan Berangan, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
30. MOV Hotel Kuala Lumpur | Bukit Bintang

Bagi anda yang berjiwa muda, penginapan di hotel 4 bintang, MOV Hotel Kuala Lumpur ini pasti akan memberikan anda kepuasan di tahap maksimum. Dekorasi yang digunakan di setiap ruang hotel ini cukup moden dan simple.
Hotel baru ini juga dapat memberikan anda nafas yang segar walau dimana sahaja anda berjalan kerana segalanya masih berbau kedai.

Dari RM158 juga anda dapat menikmati pelbagai fasiliti menarik yang disediakan seperti pusat kecergasan yang lengkap dengan pelbagai peralatan senaman.
Sambil bersenam, anda dapat menyaksikan pemandangan di sekitar bandar. Dah puas bersenam, jangan lepaskan peluang untuk berendam di dalam kolam renangnya yang serius cool.
Nak lagi cool? Lepas berenang, anda boleh membersihkan badan di dalam bilik mandi di bilik penginapan anda sendiri sambil ditemani cahaya disko yang berwarna-warna. Unikkan?
Alamat: 41 Jalan Berangan Off Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
31. InnB Park Hotel | Bukit Bintang

Pencinta alam sekitar? Menginap di InnB Park Hotel adalah satu pilihan yang bijak. Kalau anda nak tahu, hotel ini sangat mengutamakan penjagaan alam sekitar dalam hampir segala aspek yang mana kebanyakan peralatan elektrik termasuklah penghawa dinginnya telah dikuasakan oleh tenaga solar.
Bukan itu sahaja, kalau anda melihat teknologi tempat meletak keretanya juga, anda pasti terasa teruja, cukup futuristik!

Tak cukup dengan itu, anda juga akan dapat menghirup udara yang segar sepanjang penginapan di sini kerana teknologi pengaliran udaranya yang hi-tech dan sangat efektif dalam membekalkan udara yang bersih.
Di samping semua teknologi ini, yang penting sudah semestinya keselesaan biliknya bukan?
Semua bilik yang ditawarkannya dihias dengan moden menggunakan warna-warna putih dan neutral lain yang memberikan kelegaan pandangan mata anda setelah puas melihat warna-warni di sekitar bandaraya yang meriah ini.
Alamat: 102 Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
32. The Hulo Hotel+Gallery Bukit Bintang | Bukit Bintang

Hotel murah yang seterusnya ini pula memanggil-manggil golongan yang berjiwa artistik untuk memilihnya sebagai penginapan.
The Hulo Hotel+Gallery yang terletak di Bukit Bintang ini adalah seperti namanya, menggabungkan hotel dan juga galeri seni menjadi satu.
Oleh sebab itu, dimana sahaja mata anda diarahkan, pasti ada sesuatu yang akan menarik perhatian.
Terutama sekali di sepanjang perjalanan menuju ke bilik, di mana kiri dan kanan anda tergantung pelbagai lukisan menarik untuk diamati kehalusan seninya.

Masuk ke dalam bilik penginapan pula, anda akan terpesona melihat rekaan dalamannya yang sungguh kreatif berlatarbelakangkan dinding berwarna kelabu.
Untuk pengetahuan anda, hotel 3 bintang ini turut dilengkapi dengan tempat meletak kereta, lobi, kedai menggunting rambut dan peti keselamatan. Kemudahan lain yang tersedia adalah akses wifi percuma dan TV bersaluran satelit.
Alamat: 196 Jalan Changkat Thambi Dollah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
33. Furama Bukit Bintang, Kuala Lumpur | Bukit Bintang

Sekali menginap di sini, pasti tak terasa untuk mencuba tempat lain lagi, inilah penangannya menginap di Furama Bukit Bintang.
Moden dan mewah sekali sentuhan yang diberikan pada setiap pelusuk hotel ini. Terasa macam tak percaya bahawa hotel ini menawarkan bilik-bilik berharga bajet.
Dari RM193 juga anda dapat menggunakan pelbagai kemudahan menarik yang disediakan seperti gimnasium yang luas dan lengkap dengan pelbagai peralatan senaman termasuklah peralatan angkat berat.

Selain itu, kolam renangnya juga membuatkan anda terasa seperti menginap di hotel Las Vegas. Inginkan percutian yang terasa eksklusif dalam harga bajet? Tidak perlu memandang hotel lain lagi.
Alamat: 136, Jalan Changkat Thambi Dollah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
34. Melange Boutique Hotel | Bukit Bintang

Diberikan sentuhan artistik oleh seorang bekas jurugambar fesyen yang mengambil angin baru sebagai pengarah kreatif, Daniel Goh, Melange Boutique Hotel adalah hotel yang menawarkan konsep yang lain daripada yang lain dengan 3 tema berbeza iaitu Tampan, Ayu dan Manja. Apa yang anda bayangkan melalui tema-tema ini?
Bilik bertema Tampan menawarkan perabot-perabot kayu yang berwarna gelap, serta meja kerja yang luas. Bilik ini cukup sesuai bagi anda yang menginap atas urusan kerja.

Bilik dengan tema Ayu pula dihias dengan minimal menggunakan warna putih secara keseluruhannya. Manakala tema Manja pula agak fun dengan gabungan aneka warna dan bentuk yang unik dipandang.
Yang mana satu sesuai dengan jiwa anda? Menawarkan hanyalah 40 buah bilik, nak menginap di sini, cepat-cepatlah booking ya?
Alamat: 14, Jalan Rembia, off Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
35. Hotel Capitol Kuala Lumpur | Bukit Bintang

Jarang sekali kita mendengar kombinasi urban dan klasik bukan? Di Hotel Capitol Kuala Lumpur ini anda dapat melihat bagaimana kedua-dua komponen ini digabungkan melalui penggunaan perabot-perabot dan perhiasan kayu, rotan atau kulit.
Agak berbeza dengan dekorasi yang sering dilihat di penginapan lain.

Mengenai lokasinya pula, terletak dekat dengan pusat membeli-belah seperti Sungei Wang Plaza dan Lot 10 yang hanyalah 2 minit berjalan kaki dari hotel.
Stesen monorel BB dan LRT Hang Tuah pula hanyalah dalam 10 minit dari hotel ini.
Alamat: Jalan Bulan, Off Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
36. Corona Inn Kuala Lumpur | Bukit Bintang

Corona Inn Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Tong Shin ini adalah sebuah hotel yang menawarkan penginapan yang dihias dengan minimal menggunakan warna neutral.

Walaupun diberikan sentuhan yang agak ringkas, fasiliti yang disediakan hotel ini cukup untuk memberikan keselesaan sepanjang penginapan anda di sini.
Bilik-biliknya juga agak luas menjadikan ianya sesuai untuk diinapi bersama keluarga.
Alamat: 22, Jalan Tong Shin, Off Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
37. Metro Hotel Bukit Bintang | Bukit Bintang

Ringkas dan elegan, Metro Hotel Bukit Bintang adalah sebuah penginapan yang dapat membuatkan anda terasa relaks dan tenang sebaik menjejakkan kaki ke dalam ruang bilik.
Penggunaan cahaya malap turut menambahkan keselesaan anda untuk melelapkan mata setelah kepenatan di siang hari.

Mengenai lokasinya, hotel murah ini terletak hanya dalam 500 meter daripada tempat-tempat yang menggoda anda untuk berbelanja seperti Berjaya Times Square, Lot 10 dan Sungei Wang Plaza.
Alamat: No 208 Jalan Pudu-Imbi Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
38. Hotel Maison Boutique | Bukit Bintang

Terletak di dalam bangunan berwarna merah berani di sudut paling hujung rumah-rumah kedai, Hotel Maison Boutique adalah sebuah penginapan bertema yang pasti membuatkan jiwa anda sekeluarga riang-ria raya sepanjang penginapan.
Hiasan dalamannya agak di luar kotak, penuh dengan kreativiti dengan tema seperti Marilyn Monroe, Arabian Nights, Space Odyssey, Atlantis, James Bond dan Fairy Tale.

Jangan terkejut kalau sebaik anda melangkah masuk ke dalam bilik penginapan yang luas ini, anda mungkin akan terlihat kereta kuda, ataupun โtingkapโ yang memaparkan ruang angkasa, membuatkan anda tertanya-tanya sekiranya anda masih di atas permukaan bumi di Malaysia.
Ketelitian dekorasinya tidak ubah seperti sebuah hotel 5 bintang, mungkin juga lagi best daripada hotel 5 bintang yang lain kerana tema-tema uniknya ini.
Alamat: No. 36 – 38, Jalan Baba, Off Jalan Changkat Thambi Dollah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Sebenarnya terdapat lebih daripada 500 hotel di sekitar kota metropolitan ini, namun kami telah memilih hotel murah di Kuala Lumpur yang terbaik yang dapat memberikan lebih daripada nilai yang dibayar.Jadi janganlah ragu-ragu untuk memilih salah satu daripada penginapan yang disenaraikan ini ya?
Tapi kalau anda masih ingin mencari penginapan yang berbeza di KL ini, anda boleh melayari Agoda.com untuk melihat banyak lagi pilihan lain yang tiada kesudahannya.
Bagi anda yang ingin mencari penginapan berdekatan dengan KLCC, anda boleh singgah untuk membaca artikel kami tentang Hotel berdekatan KLCC.
Namun sekiranya anda tercari-cari hotel bajet di sekitar Bukit Bintang,ย ย jom baca artikel kami bertajuk 13 Hotel Murah di Bukit Bintang.
Inginkan percutian yang sempurna dalam segala aspek? Penginapan yang menarik sudah semestinya menjadi salah satu kriteria penting bukan? Kalau nak tahu di mana, mai baca artikel kami tentang Hotel Menarik di Kuala Lumpur.
Hotel sudah dipilih, tibalah masanya untuk anda memulakan eksplorasi ke semua destinasi menarik yang terdapat di sekitar KL ini. Sehari dua sememangnya tidak cukup untuk melawat segalanya di bandaraya yang tidak pernah tidur ini.
Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Kuala Lumpur
Walau dimana pun anda merancang untuk pergi, semoga anda sekeluarga dapat menikmati percutian yang tergempak di KL!