
Adakah anda merancang ke Kuantan untuk percutian yang akan datang? Jika ya, percutian yang dapat memberikan ketenangan dan kekenyangan sedang menanti anda. Jika tidak merancang untuk ke sana, anda mungkin tertanya-tanya apa yang menarik di Kuantan ini?
Ibu negeri bagi negeri yang terbesar di Malaysia iaitu Pahang, Kuantan, sebenarnya kaya dengan alam semula jadi yang tak berpenghujung dan makanan yang sekali dicuba, sukar dilupakan.
Daya penarik Kuantan sebagai pusat pelancongan terbukti dengan kewujudan banyak sekali tempat-tempat penginapan di sekitarnya. Dari penginapan yang mewah hinggalah yang berpatutan, semuanya tersedia untuk anda yang berjiwa traveller.
Untuk artikel kali ini, jom kita terokasi hotel murah di Kuantan yang menarik dan memberi nilai paling baik untuk wang anda.
Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Kuantan
01. Hotel Seri Malaysia Kuantan

Apabila bercuti sudah semestinya anda inginkan sebuah penginapan yang berlokasi strategik.
Salah satu penginapan yang memenuhi kriteria ini adalah Hotel Seri Malaysia Kuantan yang terletak berdekatan dengan pelbagai tarikan menarik yang termasuklah pantai yang indah Teluk Chempedak dan kawasan bandarnya.

Selain itu, di sekitar Hotel Seri Malaysia Kuantan ini juga terdapat banyak tempat makan yang boleh disinggahi dikala perut kelaparan. Untuk beraktiviti, anda sekeluarga boleh bermandi-manda di kolam renang yang disediakan hotel.
Selain itu, jika anda bermalas-malasan di dalam bilik dan inginkan kudapan, hotel ini turut memiliki kiosknya sendiri yang menjual pelbagai jenis snek dan minuman.
Alamat: Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan
02. The Zenith Hotel Kuantan

Hotel yang kelihatan begitu gah dengan reka bentuk bangunan futuristik ini, The Zenith Hotel Kuantan adalah sebuah hotel yang semegah fasiliti yang ditawarkannya.
Lengkap dengan kolam infiniti dan spa, untuk harga hotel yang bermula dari bawah RM250, ternyata memberi lebih nilai daripada harga yang ditawarkan. Bukan itu sahaja, The Zenith Hotel Kuantan turut memiliki pusat kecergasan serta taman permainan kanak-kanak.

Inginkan hotel yang tidak membuatkan anda kebosanan seperti zombi pada waktu yang tidak mengizinkan anda berjalan-jalan?
The Zenith Hotel Kuantan adalah sebuah penginapan yang tepat. Di samping itu, hotel ini terletak berhadapan sahaja dengan pusat membeli-belah.
Anda hanya perlu berjalan kaki beberapa tapak dari hotel untuk melepaskan gian shopping yang tidak tertahan. Lokasi yang memang tip-top!
Alamat: Jalan Putra Square 6, Putra Square, 25200 Kuantan
03. AC Hotel Kuantan City Centre

Hotel yang elegan luar dan dalamnya ini adalah sebuah penginapan yang cukup nyaman, bagi anda yang kaki kopi, di AC Hotel Kuantan City Centre turut memiliki kedai kopinya sendiri yang kelihatan begitu ekslusif sepertimana setiap pelusuk hotel ini.
Bila sudah mengecaj tenaga anda dengan kafein, anda sekeluarga boleh terus memenuhkan aktiviti seharian dengan bermandi-manda di kolam renang atau mengeluarkan peluh di pusat kecergasan yang lengkap di hotel ini.

Berkaitan dengan lokasi hotel, AC Hotel terletak berdekatan dengan Bandar Kuantan dan juga Tanjung Lumpur.
Untuk pengetahuan anda, di Tanjung Lumpur ini terdapat banyak restoran-restoran seafood yang menarik untuk dicuba. Lokasi? Pass.
Bagaimana pula dengan kondisi biliknya? Luas, elegan dan cukup bersih untuk keselesaan penginapan anda sekeluarga. Untuk harga yang bermula dari RM216, hotel ini cukup sempurna bukan?
Alamat: Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan
04. Arabian Bay Resort@ Bukit Gambang Resort City

Arabian Bay Resort@ Bukit Gambang Resort City adalah sebuah hotel yang menawarkan 320 penginapan jenis suite 2 bilik tidur, 216 penginapan jenis studio suite, 8 buah Arabian suite dan 2 buah penthouse suite.
Yang menariknya, setiap penginapan memiliki ruang balkoni dan ruang tamunya sendiri.
Jika anda tidak kisah untuk berbelanja lebih, dan inginkan keselesaan seperti di rumah sendiri dengn ruang dapur dan tempat makan, suite 2 bilik tidur dan penthouse adalah pilihan yang boleh dipertimbangkan.

Selain suite-suite selesa dan luas untuk penginapan bersama keluarga, Arabian Bay Resort@ Bukit Gambang Resort City turut menyediakan pelbagai fasiliti menarik bagi anda yang tidak mahu membuang masa di dalam bilik seperti kolam renang, pusat kecergasan, sauna, bilik stim, taman permainan kanak-kanak, meja pool dan bilik karaoke.
Di samping ini semua, yang bestnya, bagi anda yang ingin menyimpan tenaga apabila berseronok di Waterpark yang terletak berdekatan, anda boleh menaiki tram yang disediakan hotel untuk kemana-mana.
Alamat: Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang
05. Hotel Sentral Kuantan

Hotel 3 bintang, Hotel Sentral Kuantan adalah sebuah penginapan yang berlokasi sempurna di antara bandaraya yang meriah dengan pelbagai aktiviti dan alam semula jadi yang terpelihara.
Bayangkanlah menyegarkan mata di waktu pagi dengan pemandangan indah Sungai Kuantan dan kawasan bakau yang menghijau dari tingkap bilik, sebuah perasaan yang cukup mendamaikan.
Baca: 13 Destinasi Menarik Di Cherating

Menginap di hotel ini membolehkan anda merancang pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan bersama keluarga seperti merentas sungai, memancing ikan dan banyak lagi aktiviti lain.
Sudah puas bersatu dengan alam hijau, anda boleh kembali ke dunia moden dengan melawat pusat membeli-belah dan banyak lagi yang hanya beberapa minit berjalan kaki dari hotel. Bak kata Hannah Montana โYou get the best of both worlds!โ Tak ke cool?
Alamat: No 45-p Jalan Besar, 25000 Kuantan
06. Cathayana Hotel Kuantan

Inginkan tempat bershopping yang tak ada hadnya? Apa kata kalau anda sekeluarga menginap di Cathayana Hotel Kuantan.
Terletak di tengah-tengah bandar, di sekitarnya terdapat banyak tempat untuk anda berbelanja, dari pusat membeli-belah hinggalah ke pasar.
Kerana lokasinya yang menarik di tengah-tengah bandaraya, pemandangan yang disajikan dari tingkap bilik juga agak menarik. Tunggulah apabila tiba waktu malam, apabila cahaya lampu melimpahi segenap pelusuk bandar.

Jika anda tertanya-tanya akan keselesaan penginapan ini, mengikut pendapat ramai penginap sebelum ini, katil hotel ini sungguh empuk, jangan terlena seharian sudahlah ya?
Bilik juga cukup luas untuk anda yang menginap bersama keluarga terutama sekali dengan anak-anak yang sukar duduk diam. Bagi anda yang membawa kenderaan sendiri, hotel ini menyediakan ruang parking bertingkat.
Alamat: A41/3, Lrg Tun Ismail 5, 25000 Kuantan
07. Hotel Grand Continental Kuantan

Apalah makna sebuah percutian jika tidak mendapat sesuatu yang diidamkan jiwa, jika salah satu keinginan anda adalah untuk berโbubble bathโ di dalam tab mandi sepuasnya, Hotel Grand Continental Kuantan menawarkan fasiliti ini di setiap jenis penginapan.
Bukan itu sahaja, kemudahan lain yang disediakan hotel adalah kolam renang luaran dengan kedalaman yang selesa untuk anda sekeluarga menyegarkan badan.

Lokasi hotel ini cukup strategik terletak berdekatan dengan kawasan bandar dan Teluk Chempedak. Di sekitar hotel juga terdapat banyak tempat makan menarik untuk dicuba.
Apabila sudah puas menjamu selera, anda boleh singgah ke pusat membeli-belah Berjaya Megamall yang terletak bersebelahan dengan hotel ini.
Di samping itu, bagi anda yang tidak sabar untuk update aktiviti sepanjang percutian di Kuantan ini di laman sosial, akses wifi hotel ini cukup laju! Amacam? Booking cepat-cepat.
Alamat: Jalan Gambut, 25000 Kuantan
08. Seasons View Hotel

Seasons View Hotel adalah sebuah hotel yang dihias dengan ringkas menggunakan warna putih dan coklat. Walaupun agak simple dari segi dekorasinya, keselesaannya tiada tolok bandingnya, berkatil empuk, tidur malam anda sekeluarga pasti lena dibuai mimpi.
Setelah bangun dari tidur, jangan melepaskan peluang untuk menikmati sarapan pagi di hotel ini kerana ramai mengatakan sarapan yang disediakan di sini cukup menyelerakan, tiada apa yang lebih indah daripada memulakan hari dengan santapan yang sedap bukan?

Sememangnya hotel ini cukup sesuai bagi anda yang tidak pernah kenyang, mana tidaknya, selain sarapan yang enak di hotel, di sekitar hotel ini juga terdapat banyak kedai makan yang menarik untuk di cuba.
Tak cukup dengan itu? Hotel ini juga terletak berdekatan dengan padang MPK yang menempatkan banyak foodtruck pada waktu malam.
Alamat: A22, Lorong Haji Abdul Rahman 1, 25000 Kuantan
09. Pantai Regal Hotel

Pantai Regal Hotel adalah sebuah penginapan yang masih muda usianya. Seperti yang dibayangkan untuk sebuah hotel yang baru, rekaan dalamannya agak moden dan minimal menjadikan auranya terasa cukup menyegarkan.

Di samping itu, anda sekeluarga juga dapat menikmati pemandangan yang menarik sekitar bandar ataupun keindahan gunung.
Pantai Regal Hotel adalah sebuah hotel yang sesuai untuk anda yang menginginkan suasana yang menyejukkan minda sewaktu bercuti di Kuantan. Harga permulaannya juga sukar dipercayai!
Alamat: A1 Lorong Pandan Damai 2/201, Jalan Gambang, 25150 Kuantan
10. Skytree Hotel

Terletak di lokasi yang strategik berdekatan dengan pusat membeli-belah dan bandar, Skytree Hotel adalah pilihan yang tepat bagi anda yang inginkan akses yang mudah ke banyak tarikan di Kuantan.
Bagaimana pula dengan penginapannya? Bilik-bilik yang ditawarkan Skytree Hotel sangat selesa untuk diinapi bersama keluarga kerana keluasannya.

Apabila bercuti bersama keluarga sudah semestinya anda menitikberatkan keselesaan semua bukan?
Di dalam bilik moden yang sedap dipandang mata ini, anda sekeluarga dapat menikmati keindahan tidur bak di dalam dunia khayalan dengan bantal dan tilam empuk yang disediakan pihak hotel.
Alamat: B-50, Jalan Dato Lim Hoe Lek, 25200 Kuantan
11. Grand DarulMakmur Hotel Kuantan

Siapa sangka dapat menginap hotel 4 bintang dengan harga yang bermula serendah RM128 semalaman? Namun inilah kebenarannya, jika tak baca artikel ini, macam mana nak tahu bukan?
Dengan harga yang serendah ini anda dapat menikmati penginapan cukup lengkap fasilitinya yang termasuklah gimnasium, kolam renang dan sauna.

Bukan itu sahaja, hotel ini juga terletak di lokasi yang agak menarik yang mana anda hanya perlu memandu dalam sekitar 5 minit untuk sampai ke Berjaya Megamall dan juga East Coast Mall. Jadi, simpan bajet anda untuk bershopping juga ya?
Alamat: Lot 5 & 10 Lorong Gambut Off Jalan Beserah, 25300 Kuantan
12. Arenaa Batik Boutique

Tidak pernah menginap di hotel butik? Inilah masanya untuk anda sekeluarga mencuba penginapan dengan konsep yang unik ini.
Sama ada anda inginkan latar belakang foto yang gempak di setiap pelusuk hotel untuk instagram anda ataupun sekadar ingin mencari idea hiasan dalaman, menginap di hotel butik dapat memberikan anda inspirasi.
Salah satu penginapan dengan sentuhan yang menarik ini adalah di Arenaa Batik Boutique.

Bilik-bilik yang dihias dengan elegan dan agak โroyalโ ini turut menimbulkan suasana romantik. Bukan sekadar sedap dipandang mata, katil hotel ini juga cukup empuk untuk tidur malam yang lena.
Sebaik bangun dari tidur dan sebelum memulakan langkah penjelajahan anda sekeluarga ke sekitar Kuantan, jangan lupa untuk menikmati sarapan pagi hotel ini terutamanya nasi lemaknya yang memang pergh!
Alamat: E2324-2326, Jalan Dato’Wong Ah Jang, 25100 Kuantan
13. Cempaka Beach Resort

Bayangkan bangun pagi dengan pemandangan matahari terbit dari pantai yang hanya beberapa tapak dari hotel, suatu perasaan yang menyamankan bukan?
Menginap di Cempaka Beach Resort dapat memberikan anda sekeluarga pengalaman percutian yang santai.

Kerana lokasinya ini yang terletak berdekatan dengan Pantai Cempaka, anda sekeluarga boleh merancang pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan bersama antaranya adalah mencuba nasib memancing ikan ataupun merasai sendiri pengalaman menjaring ikan secara tradisional.
Setelah berjaya mendapatkan hasil laut yang fresh ini, apa lagi, berbarbekulah anda beramai-ramai di tepi pantai yang berbayu lembut sambil menikmati pemandangan yang mengasyikkan.
Alamat: Lot 746, Lorong Cempaka 1, Pantai Sepat, 26060 Kampung Sungai Dua
14. Laman Sentosa Boutique Residence

Trendy, unik dan stylish, inilah kata-kata yang boleh digunakan untuk menggambarkan reka bentuk dan dekorasi Laman Sentosa Boutique Residence.
Bagi anda yang memiliki citarasa yang tinggi, penginapan ini pasti tidak akan mengecewakan.

Konsep yang diketengahkan cukup menarik, boleh dikatakan dimana sahaja anda berada sewaktu menginap di sini, pasti terlihat sentuhan โhijauโ di beberapa ruangannya.
Bukan sahaja memiliki konsep yang unik, bagi anda yang ingin bersantai di sekitar sambil menikmati keindahan boleh menikmati kudapan yang disediakan secara percuma.
Alamat: B809, Jalan Air Putih 2, Taman Sentosa, 25350 Kuantan
15. Silalima

Jika dilihat dari segi lokasinya yang terletak bersebelahan dengan jalan utama, anda pasti tidak percaya bila dikatakan Silalima ini sebenarnya adalah sebuah penginapan yang cukup menenangkan dan penuh dengan privasi.

Reka bentuk penginapan ini cukup memukau bukan sahaja dari luaran malahan juga dalamannya membuatkan anda terasa seperti berada di Bali.
Dekorasi dalamannya agak minimal, namun serinya dinaikkan dengan taman indoor, unik bukan? Lokasinya pula memang strategik, kerana terletak hanyalah dalam sekitar 10 minit untuk ke Teluk Chempedak dan juga Tanjung Lumpur.
Alamat: 5 Jalan Alor Akar, Taman Sri Kuantan, 25050 Kuantan
Jumpa penginapan yang menarik hati? Mesti ada yang jatuh ke hati andakan? Jika tidak kerana dekorasinya, mungkin kerana fasilitinya ataupun lokasi penginapan ini sendiri.
Memang banyak hotel murah di Kuantan ini, kalau tak percaya layarilah agoda.com, anda pasti terkejut melihat pilihan-pilihan penginapan murah yang sebenarnya lebih banyak daripada yang disenaraikan di dalam artikel ini.
Baca: 10 Hotel Bajet Di Cherating Yang Menarik Dan Istimewa
Dari hotel 4 bintang ke homestay yang persis 4 bintang, penginapan bajet di Kuantan sudah terbukti luar biasa.
Bukan sahaja banyak penginapan murah dan menarik, destinasi menarik dan kedai makan yang hebat juga tidak putus-putus kewujudannya.
Apa lagi yang ditunggu? Bawalah keluarga anda bercuti ke Kuantan untuk percutian yang akan datang, jangan lupa juga untuk merancang jadual perjalanan anda di sana untuk sebuah pengalaman percutian yang sempurna. Selamat bercuti ke Kuantan!